T
|
ENGKU ISKANDAR
tersenyum seorang diri. Masih teringat saat romantik antara dia dan Aisyah
malam tadi. Terasa haruman Aisyah melekat ke tubuhnya sehingga pagi ini. Jika
diturutkan kata hati, malas rasanya mahu datang ke pejabat. Rasa nak duduk
dekat kondo dan terus memeluk isterinya. Tak puas menghabiskan masa bersama
Aisyah.
Ketukan di muka pintu langsung tidak dihiraukan.
Asyik benar dia mengenang keindahan malamnya bersama Aisyah. Apatah lagi saat
itu irama lagu Mewangi nyanyian Akim berkumandang dari telefon pintarnya.
Semakin angaulah dia dibuatnya.
Macamlah kejadian malam tadi itu merupakan
pengalaman pertama. Sedangkan sudah lima tahun Aisyah berada dalam dakapannya.
Namun dia tak pernah merasa bosan. Setiap malam yang dilalui, dirasakan seperti
malam pertama. Aisyah benar-benar buat dia terpukau!
“Ehem… ehem… melamun jauh nampak. Sampai aku
ketuk pintu pun kau tak hiraukan.”
Tengku Haziq melangkah masuk ke dalam dan menegur
abang sepupunya yang kelihatan ralit mengenang sesuatu. Sempat telinganya
menangkap nyanyian kecil Tengku Iskandar. Lelaki itu kelihatan cukup bahagia
sejak berkahwin dengan Aisyah. Alhamdulillah. Dia tumpang gembira.
Tengku Iskandar mengalihkan pandangan matanya ke
wajah Tengku Haziq. Kemudian senyumannya terkoyak lebar.
“Nanti kau dah kahwin, tahulah apa yang buat aku
tersenyum. Seronok!” Otak Tengku Iskandar sudah bertukar warna. Dengan Tengku
Haziq, dia memang suka lepas cakap. Tapi itu bukan bererti dia menceritakan hal
dalam selimutnya bersama Aisyah. Itu adalah rahsia mereka berdua. Tak mungkin
diceritakan pada sesiapa.
“Ceh! Pasal tu rupanya. Takde benda lain!” Dengus Tengku Haziq. Dia sudah cukup faham
dengan otak 18sx Tengku Iskandar itu. Tak sudah-sudah!
“Sekarang ni memanglah kau cakap macam tu Ziq. Esok
lusa kau dah kahwin dengan Ros, entah-entah kau lagi teruk dari aku. Mahu
sebulan agaknya kau tak keluar bilik. Asyik nak peluk bini kau aje.” Perli
Tengku Iskandar berserta senyuman sumbing.
Memori kali pertama memiliki Aisyah terlintas di
benaknya. Angau dia asyik memikirkan kehangatan isterinya ketika itu.
Disebabkan egonya yang tinggi melangit, dia buat sombong. Konon tak pandang
wanita kampung seperti Aisyah. Bukan citarasanya.
Tapi sekarang, dia juga yang tewas dengan ego
sendiri. Aisyah juga yang sering dicari setiap malam. Jika ‘bantal peluknya’
itu tiada, tidurnya jadi tak lena.
“Kau jangan nak samakan aku dengan kau. Aku ni
bukannya macam kau yang asyik fikir perkara tu aje.” Balas Tengku Haziq. Tak
suka bila Tengku Iskandar cuba menyamakan mereka berdua.
Tertawa besar Tengku Iskandar mendengar kata-kata
Tengku Haziq itu. Seronok dapat menyakat Tengku Haziq pagi ini. Itu belum adik
sepupunya ini berkahwin lagi. Jika dah kahwin nanti, memang lagi kaw-kaw dia kenakan. Biar berasap
telinga Tengku Haziq mendengar gurauannya.
“Dahlah! Aku ada perkara nak bagitau kau ni.”
“Apa dia? Kau dah nak kahwin ke?” Usik Tengku
Iskandar.
Mata Tengku Haziq membutang. Dari mana Tengku
Iskandar tahu? Baru semalam dia melamar Ros untuk dijadikan ratu hidupnya.
Belum seorang pun dimaklumkan hal itu. Sejak bila sepupunya ini ada ilmu
menilik? Pelik!
Tengku Iskandar memetik jari di hadapan Tengku
Haziq. “Kenapa? Betul ke?”
“Macam mana kau tahu?”
“Eleh… aku hidup dengan kau dah lama la Ziq. Aku dah
tahu luar dalam kau. Tengok muka kau yang dah mula miang tu, aku tahu kau nak
kahwin.” Selamba Tengku Iskandar kata Tengku Haziq miang. Membuatkan bibir
Tengku Haziq mencemik.
“Anyway,
congrat’s! I’m happy for you.”
Tengku Iskandar menghulurkan tangan. Sungguh dia tumpang gembira mendengar
berita itu. Kahwin juga adik sepupu kesayangannya ini. Ingatkan nak membujang
sampai ke tua.
Salam yang dihulurkan disambut. Bibir Tengku Haziq
mengulum senyum. Insya-Allah dia bakal menemui orang tua Ros untuk memberitahu
perkara itu. Sudah tiba masa untuk dia mendirikan rumahtangga. Ros merupakan
pilihan yang tepat.
“BETUL
ke ni Ros?” Aisyah bertanya sekali lagi. Matanya bersinar-sinar. Dia inginkan
kepastian yang pasti dari teman baiknya itu. Berita yang disampaikan itu
membuatkan dia jadi begitu teruja.
Ros mengangguk dengan kepalanya tunduk ke bawah
kerana rasa malu. Aisyah merupakan orang pertama yang diberitahu akan hal itu.
Hujung minggu ini dia bercadang balik ke kampung bagi memaklumkan hal itu
kepada orang tuanya. Sudah tiba masanya dia menamatkan zaman solo dan mengikut
jejak langkah Aisyah membina rumahtangga.
“Tahniah!!! Aku happy
untuk kau dan Abang Haziq. Akhirnya… jodoh tu milik korang.” Berita itu amat menggembirakan Aisyah. Lantas dia memeluk
tubuh sahabatnya itu dengan erat.
“Terima kasih Aisyah.”
“Sama-sama.” Balas Aisyah setelah pelukan terlerai.
Jemarinya dengan Ros bertaut erat.
“Tak sia-sia aku kenalkan korang berdua. Akhirnya korang bersatu juga. Abang Haziq tu baik
orangnya Ros. Tak salah kau pilih dia sebagai pasangan hidup. Aku yakin kau
pasti bahagia hidup di samping Abang Haziq.”
Tersenyum Ros mendengar celoteh temannya itu.
Teringat kembali bagaimana Aisyah beria-ia memperkenalkan dia kepada Tengku
Haziq. Hubungan yang pada awalnya berlangsung sebagai kawan biasa itu akhirnya
bertukar menjadi teman tapi mesra. Rasa rindu yang cuba disembunyikan, rasa
cinta yang terpendam akhirnya terluah juga. Tiga bulan bercinta, semalam Tengku
Haziq melamarnya untuk dijadikan teman hidup.
“Mak ayah kau dah tahu ke hal ni?” Aisyah bertanya
lagi. Di Kuala Lumpur ini, hanya dia yang Ros ada. Mereka saling memerlukan.
“Tu yang aku nak balik kampung. Harap-harap big bos
luluskan cuti aku hari jumaat ni. Aku nak bagitau mak ayah aku hal ni.” ujar
Ros. Borang cuti telah diisi, cuma perlu menunggu kelulusan saja lagi. Sejak
bekerja di TG Holdings ini, susah benar dia hendak mengambil cuti. Sibuk
memanjang.
“Kau dah isi borang cuti ke?”
Ros angguk.
“Okey takpe,
yang tu kau takyah risau. Anggap aje
cuti kau dah lulus.”
“Hisy, kau
ni Aisyah. Pepandai je kata dah
lulus. Selagi big bos tak reply borang cuti aku tu, selagi tulah aku tak boleh bercuti sesuka hati.”
“Kau ni Ros, macamlah tak tahu big bos kau tu laki
kesayangan aku. Nanti aku pandai-pandai la pujuk dia supaya luluskan cuti kau.
Apa yang penting sekarang, kau kena balik kampung bagitau mak ayah kau berita
gembira ni. Aku dah tak sabar nak makan nasi minyak kau dengan Abang Haziq.”
Teruja benar Aisyah dengan berita gembira itu. Tidak sabar mahu melihat
sahabatnya ini naik pelamin.
Ros sekadar tersenyum. Dia ini rasa berdebar tak
habis lagi, Aisyah sudah sibuk berceloteh pasal nasi minyak. Nampak sangat
Aisyah begitu gembira. Sepatutnya dia mengucapkan terima kasih pada temannya
ini. Jika bukan kerana Aisyah, tentu saja dia tak mengenali Tengku Haziq.
Lelaki yang membuatkan dia merasa nikmat cinta buat kali pertama.
“Hmmm… kau
dah tempah mak andam ke? Pelamin? Baju pengantin?” Bertubi-tubi Aisyah menyoal.
Tak semena-mena, Ros tergelak besar. Kelakar
mencengkam jiwa.
“Aisyah! Aku baru kena lamar. Takkan dah fikir pasal
tu semua. Kau ni… kalau iye pun
agak-agak la sikit.”
Aisyah tayang sengih. “Ngeee… aku teruja sangat Ros. Tu yang sampai dah ke situ aku
berfikir. Maklumlah… kaulah satu-satunya sahabat aku. Bila tahu kau nak kahwin,
aku pulak yang terlebih excited.”
“Aisyah… terima kasih ya.” Ucap Ros lalu mencapai
jemari Aisyah dan digenggamnya erat.
“Terima kasih pasal apa pulak?”
“Sebab kau baik sangat dekat aku. Kalau bukan sebab
kau yang kenalkan Abang Haziq dekat aku, tentu semua ni takkan terjadi.”
Genggaman Ros dibalas. “Ros, aku ni cuma kenalkan korang aje. Soal jodoh tu semua kerja
Allah. Apa yang aku buat tu hanya penyebabnya aje. Lagipun Ros, aku memang nak
tengok kau bahagia.”
“Nanti aku kahwin, kau jadi pengapit aku ya?” Ros
sudah berura-ura hendak menjadikan Aisyah sebagai pengapitnya bila bersanding
nanti.
“Aku jadi pengapit kau?” Aisyah menunding jari ke
batang hidung sendiri. Ros pula sekadar mengangguk.
Aisyah ketawa. Gelihati mendengar permintaan Ros
yang satu itu. “Baik kau cari orang lain aje la Ros. Aku ni dah jadi isteri
orang. Dah basi pun. Tak sesuai rasanya jadi pengapit lagi.”
“Apa pulak
tak sesuainya? Tak kisahlah isteri orang ke tidak. Yang penting, aku nak kau jugak yang jadi pengapit.”
“Kalau aku jadi pengapit, sah Tengku Iskandar tak
kasi. Kau faham-faham ajelah laki kesayangan aku tu. Cemburunya boleh tahan
tahap petala.”
Ketawa Ros mendengar Aisyah mengumpat Tengku Iskandar.
Memang Tengku Iskandar itu boleh tahan cemburu orangnya. Pantang ada mata
lelaki menjeling pada Aisyah, mulalah dia nak peluk Aisyah kuat-kuat. Isyarat
nak bagitahu, Aisyah itu adalah miliknya.
“Takpelah…
kau jadi pengapit aku, Tengku Iskandar pulak
jadi pengapit Abang Haziq. Kira adil dan saksama la kan?” Ros dapat idea baik
punya!
Aisyah ketawa lagi. Ada-ada saja idea sahabatnya
itu. Boleh pula nak jadikan dia dan suaminya sebagai pengapit.
“Boleh la Aisyah….” Ros merayu dengan suara merengek.
Berharap sangat agar Aisyah menerima cadangannya itu. Hanya Aisyah sahabatnya.
Sudah tentulah dia mahu Aisyah yang berada dekat dengannya ketika dia
bersanding nanti.
“Ye la…
nanti aku tanyakan Abang Is dulu.”
“Horrey!”
“Eh, jangan nak horrey
dulu. Big bos belum bagi kelulusan.”
“Takpe…
anggap aje big bos dah luluskan.” Ros
memulangkan cakap Aisyah yang tadi.
Serentak itu, mereka berdua ketawa riang.
No comments:
Post a Comment