B
|
UKAN
Tengku Iskandar dan Aisyah saja yang gembira mendengar berita Tengku Haziq
ingin menamatkan zaman bujangnya. Tengku Yusuf dan Tengku Maria juga begitu.
Teruja sungguh Tengku Maria sebaik Tengku Haziq meminta dia meminang Ros
untuknya. Tak henti-henti dia mengucap syukur ke hadrat Ilahi. Akhirnya anak
teruna seorang itu berjumpa dengan gadis pilihan hatinya.
“Nanti majlis tunang dengan nikah kita satukan
sekali. Lepas tu, buat majlis kat rumah pihak perempuan. Seminggu lepas tu baru
buat resepsi kat hotel. Pasal tu semua, Haziq tak perlu risau. Biar mummy yang handle. Mummy tahu dekat
mana nak cari wedding planner yang terbaik urus perkahwinan
Haziq dengan Ros nanti.”
Sedari tadi Tengku Maria tak habis-habis dengan
rancangan perkahwinan anak terunanya seorang itu. Lima tahun dulu dia
menguruskan majlis perkahwinan Tengku Iskandar. Kini tiba masa Tengku Haziq
pula. Tak ada perbezaan di antara kedua anaknya.
“Awak ni pun… Haziq tu baru nak suruh kita pergi
meminang. Belum tahu tarikh kahwinnya lagi. Awak dah rancang macam-macam.”
Sampuk Tengku Yusuf. Isterinya bila tiba bab kahwin, dialah yang paling
bersemangat. Siap merancang itu dan ini.
“Eh, abang ni. Dari sekarang ni la kita mula
merancang. Abang tengok waktu majlis Is dengan Aisyah dulu. Semuanya berjalan
lancar. Sampaikan kawan-kawan semua puji majlis tu. Kerja siapa? Saya jugak. Sebab tu saya suka buat kerja
kena rancang awal-awal dengan teliti. Baru majlis berjalan baik.” Balas Tengku
Maria. Sikapnya memang begini. Bukan cerewet tapi dia sukakan kesempurnaan.
“Nanti Aisyah tolong mummy ya? Kita nak buat majlis besar-besaran untuk Haziq dan Ros.”
Tangan menantu kesayangan yang duduk di sebelahnya ditepuk perlahan.
Belum sempat Aisyah menjawab, Tengku Iskandar
terlebih dahulu mencela. “Eh… kenapa nak libatkan isteri kesayangan Is pulak mummy?”
“Laaa… tak boleh ke mummy pinjam isteri kesayangan kamu ni?”
“Bukan tak boleh… tapi Is tak nak isteri kesayangan
Is ni penat urus itu dan ini.”
Mengecil mata Aisyah memandang suaminya. Tak patut
kata macam tu dekat mummy. Kalau mummy tak minta bantuannya sekali pun,
dia tetap nak turut serta menjayakan majlis perkahwinan Tengku Haziq dan Ros.
Mereka berdua merupakan antara orang yang penting dalam hidupnya. Sudah tentu
dia inginkan yang terbaik sempena majlis perkahwinan itu nanti.
“Mummy takyah dengar sangat cakap Abang Is.
Pasal hal tu, Aisyah janji akan tolong mummy.
Aisyah pun nak yang terbaik untuk Abang Haziq dan Ros jugak.” Aisyah bersuara.
“Thanks
Aisyah… Abang Haziq tahu Aisyah memang akan tolong Abang Haziq.” Ucap Tengku
Haziq. Senang hati bila Aisyah sudi membantu mummy menguruskan majlisnya dengan Ros nanti.
Aisyah tersenyum dan mengangguk. Dia turut senang
hati dapat membantu. Wajah Tengku Iskandar yang duduk di sebelahnya dijeling.
Cemberut saja suaminya itu. Tak puas hati la tu! Takpe… pulang nanti Aisyah akan pujuk. Bukan susah pun nak pujuk
suaminya! Semua dalam kocek Aisyah.
AISYAH
menghampiri Tengku Iskandar yang sedang merenung pemandang lampu neon Kuala
Lumpur di waktu malam. Indah dan mempesona tapi Aisyah tahu, hati suaminya tak
tenang. Sejak pulang dari rumah daddy
tadi, wajah suaminya itu kelihatan tegang. Bercakap pun tidak. Apatah lagi nak
tersenyum.
‘Muka macam raja harimau dalam
hutan!’ Sempat hati Aisyah memerli.
Aisyah menarik nafas panjang. Kemudian dihela
perlahan. Dia tahu suaminya merajuk. Merajuk hal remeh-temeh. Namun jika tidak
dipujuk, kemungkinan hal remeh-temeh itu bisa menjadi hal yang serius. Hidup
berumahtangga kena saling bertolak ansur. Jika seorang merajuk, seorang lagi
kena memujuk.
Aisyah ketap bibir. Dia memberanikan diri
menghampiri suami yang membelakanginya. Kemudian, perlahan-lahan dia memeluk
tubuh Tengku Iskandar dari belakang. Erat pelukannya mendamaikan hati sang
suami. Namun ego mengatasi segala rasa.
“Abang… abang marah Aisyah ke?” Tanya Aisyah lembut.
Suaranya yang manja mencarikan hati keras Tengku Iskandar. Baru nak tinggikan
ego hingga ke langit biru, bila mendengar suara sang pujaan hatinya yang
mendayu-dayu it uterus egonya jatuh ke tanah.
Seraya itu, Tengku Iskandar menarik tangan Aisyah
menghadapnya. Pinggang Aisyah dipeluk erat.
“Abang bukan marah tapi… abang tak berapa suka la
sayang tolong mummy uruskan majlis
Haziq nanti.”
“Laaa… kenapa pulak?
Salah ke kalau Aisyah nak tolong? Bukannya majlis orang lain. Majlis ipar
Aisyah jugak. Lagipun takkan Aisyah
nak biarkan mummy buat semua perkara sorang diri. Apa gunanya Aisyah sebagai
menantu kalau tak dapat tolong mummy?
Kesian mummy buat semua tu sorang diri, bang.”
Tengku Iskandar bersetuju dengan kata-kata Aisyah.
Tapi dia risau.
“Abang bukannya apa… cuma risau kalau Aisyah sibuk
uruskan perkara tu. Nanti Aisyah tak dapat luangkan masa bersama abang pulak.”
Dah agak pasti suaminya keberatan hendak membenarkan
dia membantu mummy kerana takut
dirinya diabaikan.
Alahai… suaminya ini. Comel sangat! Hal sekecil itu
pun nak berkira. Macamlah selama ini Aisyah abaikan dirinya. Setahu Aisyah, dia
tidak pernah lupakan suami kesayangannya ini dalam situasi apa sekali pun.
Disebabkan gelihati, ketawa Aisyah terlepas juga
akhirnya. Serta-merta Tengku Iskandar kembali menarik muka. Tahu isterinya
sedang mentertawakan dirinya. Hilang machonya di hadapan isterinya itu.
Aisyah meletakkan kedua belah tangannya ke pipi
Tengku Iskandar. Serius, suaminya kelihatan keanak-anakan buat aksi merajuk
seperti itu. Tengku Iskandar yang garang macam harimau, tapi bila dah merajuk
dia kelihatan seperti anak kucing yang teramat comel pada pandangan Aisyah.
“Abang jangan la risau. Sibuk macam mana pun, Aisyah
takkan sisikan abang. Abang tetap yang kedua.”
“Kedua?” Dahi Tengku Iskandar berkerut.
Angguk.
“Habis tu yang pertama siapa pulak?” Sedikit keras suara Tengku Iskandar menyapa pendengaran
Aisyah.
Tiba-tiba dia diamuk rasa cemburu. Kenapa mesti
Aisyah meletakkan dirinya sebagai orang kedua? Sedangkan dia… Aisyah adalah
yang pertama dan terakhir. Ini tidak adil! Siapakah yang pertama dalam hati
isterinya itu?
Aisyah koyak senyum. “Yang pertama… Dia!” Jari
telunjuk lurus naik ke atas. Sungguh, Allah merupakan yang pertama di hatinya.
Walau ada lelaki ini, cintanya tetap utuh buat Sang Pencipta Alam.
Dijeling wajah Aisyah dengan ekor mata. Aisyah
tersenyum manis. Senyuman itulah yang tak mampu membuatkan Tengku Iskandar
merajuk lama. Cepat saja hatinya menjadi cair seperti ais yang tak pernah lama
membeku.
“Janji? Sibuk macam mana pun sayang kena ada masa
untuk abang? Sayang tak boleh abaikan abang.” Soalnya mahukan kepastian.
“Janji, abang sayanggg….” Meleret panjang ucapan
Aisyah penuh kasih.
Melihat senyuman Tengku Iskandar, dia tahu rajuk
suaminya itu sudah berlalu. Susah dapat suami manja seperti ‘Tengku Harimau’
ini. Namun dia senang memanjakan suaminya. Dia cintakan Tengku Iskandar sepenuh
jiwa.
No comments:
Post a Comment