Tan Sri Yusuf
memandu perlahan di MRR2 untuk pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa.
Sejak seminggu lalu, dia lebih suka memandu sendiri. Sengaja berbuat begitu
untuk menghilangkan
rasa gelisah setelah mengetahui akan perihal anak bongsunya. Sebagai seorang ayah dan ketua
keluarga, pastinya
berita seperti ini amat meresahkan.
Dia perlu cepat untuk membuat keputusan, sebelum berita kurang enak mengenainya tersebar.

Bukan Tan Sri
Yusuf mahu menolak qada’ dan qadar Tuhan, tetapi dia perlu juga memikirkan
implikasi berita
negatif itu kepada keluarganya, rakan-rakan kongsinya dan empayar
perniagaannya.
Dia tidak mahu
imej bersih yang dibina selama ini tercalar dengan berita itu.
Untuk menghantar Fifi ke pusat pemulihan, Tan Sri Yusuf tidak sanggup. Buruk macam mana

sekalipun, biarlah
anaknya itu berada di depan mata. Dia terfikir juga untuk menghantar Fifi ke
London untuk tinggal dengan keluarga adiknya di sana. Tetapi, menghantar Fifi
ke London sama seperti membuka pekung di dada. Seboleh mungkin, dia mahu
merahsiakan perkara ini dari semua, termasuklah pengetahuan ahli keluarga dan
saudara-maranya yang lain.
Takkanlah
mahu membuang Fifi dari keluarga pula? Sungguhpun hati Tan Sri Yusuf terluka
kerana perbuatan anaknya, untuk menghalau Fifi dari rumah, sudah pasti tidak!
Tidak tergambar perasaanya seandainya Fifi dibiarkan berseorangan menghadapi
masalah ini. Entah-entah, Fifi akan membunuh diri ataupun, membunuh bayinya
sendiri dek kerana tekanan perasaan.
Runsing
sungguh fikirannya saat ini. Apa akan terjadi pada Fifi nanti? Bagaimana dengan
masa depan anaknya? Dan yang lebih merungsingkan, apa akan terjadi kepada
bayi yang dikandung
oleh Fifi? Apakah
dia perlu membela anak itu? Ataupun, mungkin memberikan saja anak itu kepada
orang lain? Satu demi satu persoalan menerjah ruang mindanya. Dia mengeluh
perlahan. Jauh di
sudut hati, sungguh Tan Sri Yusuf tidak sanggup berlaku kejam. Anak yang di kandung Fifi adalah
cucunya, tetap
darah dagingnya walaupun tidak sah taraf.
“Ya ALLAH, andai ini caraMu untuk menguji keimananku, aku terima Ya ALLAH. Tapi aku

bermohon, kau
berikanlah petunjuk agar aku dapat menghadapi dugaan ini.” Dalam diam, Tan Sri
Yusuf berdoa.
Sesungguhnya, dia juga manusia biasa yang pastinya merasa resah dan gundah bila
di
timpa ujian.
Tiba-tiba kereta yang di pandunya tersentak-sentak dan akhirnya enjin kereta termati sendiri.
“Ah, sudah!” Tan Sri Yusuf merengus.
Lampu kecemasan dinyalakan lalu Tan Sri Yusuf keluar dari Mercedes Benznya. Dia

termangu-mangu
seorang diri. Banyak kereta yang berselisih dengannya tapi tidak berhenti,
sekadar menyalakan lampu tinggi beberapa kali. Tan Sri Yusuf mengeluarkan
telefon bimbitnya lalu menelefon Aziz, pemandunya.
Fandi
memerhatikan Mercedes Benz yang tersadai itu. Kelihatan pemandunya sedang
bersandar di pintu
kereta sambil berbual di telefon. Badannya penat dan dia ingin cepat sampai ke
rumah tetapi atas
rasa perikemanusian, Fandi berhenti juga di tepi, mahu menghulurkan bantuan
kepada lelaki separuh umur itu.
“Assalamualaikum, pakcik.” Fandi menyapa setelah lelaki yang kelihatan berumur itu selesai

bercakap di
telefon. Motor Suzuki RX-Z nya sudah diparkir berhampiran kereta yang rosak
itu. Fandi membuka topi keledarnya lalu di letakkan di atas tangki sebelum
turun dari motorsikal.
“Waalaikummusalam.” Tan Sri Yusuf menjawab, memberikan sedikit senyuman kepada anak

muda itu. Fandi
menghulurkan tangan lalu disambut oleh Tan Sri Yusuf.
“Kereta rosak ke pakcik?” Walaupun sudah tahu, Fandi masih bertanya lagi, sekadar mahu

memulakan
perbualan.
“Iya.” Tan Sri Yusuf menjawab pendek, masih memerhatikan pemuda yang berambut panjang

separas bahu itu.
“Boleh saya tolong?”
“Boleh saya tolong?”
Tan
Sri Yusuf mengangguk lagi. Fandi memberikan senyuman dan terus membantu Tan Sri
Yusuf menolak keretanya ke bahu jalan.
“Kalau pakcik nak, saya boleh tengok-tengokkan kereta pakcik.” Fandi berkata lagi. Kali ini
“Kalau pakcik nak, saya boleh tengok-tengokkan kereta pakcik.” Fandi berkata lagi. Kali ini
Tan Sri Yusuf
mengangkat kening.
“Awak mekanik ke?”
“Iya pakcik. Saya kerja dengan C&C Batu Caves.” Fandi berkata lagi, sambil membuka jaketnya dan menunjukkan uniform Cycle and Carriage Bintang, bengkel panel untuk semua jenis

kereta Mercedez
Benz. Bukan niat menunjuk, sekadar mahu membuktikan yang dia memang bekerja
dengan syarikat
itu.
“Oh, eloklah tu. Pakcik ni pun bukan tahu sangat pasal
enjin kereta ni. Pakcik tahu bawak
je…” Suara Tan Sri Yusuf kedengaran lebih mesra.
Fandi mengangguk. Dia pergi ke bahagian pemandu lalu cuba menghidupkan enjin.
Tak mahu hidup. Fandi kemudiannya membuka penutup enjin tetapi dek kerana suasana
yang tidak berapa cerah, menyukarkan Fandi mencari punca enjin kereta itu
termati dengan sendiri.
“Saya rasa, alternator rosak ni pakcik.” Fandi membuat telahan.
“Altanator?” Kening Tan Sri Yusuf berkerut. Fandi mengangguk.
“Pakcik dah telefon pusat servis?” Fandi bertanya lagi.
“Belum lagi.” Tan Sri Yusuf menjawab. Seharusnya dia boleh saja terus menghubungi pusat servis tetapi Tan Sri Yusuf tidak berbuat begitu. Urusan seperti ini selalunya diserahkan saja kepada pemandunya, Aziz.

“Tak apalah. Biar saya tolong.”
Fandi berkata sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia
mendail nombor
lalu berkata sesuatu apabila talian bersambut. Fandi memberikan juga plat
nombor
kereta yang rosak
kepada penasihat servis yang menjawab telefon. Tan Sri Yusuf tetap memerhatikan
perlakuan pemuda itu, membuat penilaian sendiri dalam hati.
“Okay, terima kasih.” Fandi meletakkan telefon setelah habis bercakap.
“Lima belas minit nanti tow-truck sampai.” Fandi berkata kepada Tan Sri Yusuf. Tan Sri

Yusuf mengangguk
sambil tersenyum.
“Anak ni siapa nama?” Tan Sri Yusuf pula bertanya.
“Fandi pakcik. Muhammad Affandi.” Fandi menjawab.
“Nama pakcik Yusuf.” Tan Sri Yusuf memperkenalkan diri. Fandi mengangguk lagi.
“Dah lama ke kerja kat workshop tu?”
“Adalah lebih kurang dalam tiga tahun.”
“Umur Fandi berapa?”
“26 tahun.”
“Oh..muda lagi.”

tersengih.
“Sekejap ya…” Tan Sri Yusuf meminta diri bila telefon bimbitnya berbunyi. Fandi

mengangguk,
mendengar saja perbualan sebelah pihak antara pakcik itu dengan orang di dalam
talian.
“Waalaikummusalam. Kamu kat mana Aziz?”
“Waalaikummusalam. Kamu kat mana Aziz?”
“Saya
dekat dengan Shell”
“Okay..” Tan Sri Yusuf berkata sebelum mematikan talian telefon. Fandi diam, tidak tahu

hendak berbual apa
lagi.
“Fandi tinggal di mana?”
“Wangsa maju, pakcik.”
“Dengan keluarga ke?”
“Tak, rumah sewa je. Mak dengan abah saya di kampung.”
“Kampung kat mana?”
“Di Johor, pakcik. Kluang.”
“Oh…orang Kluang. Pakcik pernah pergi sana dua tiga kali..”

Mereka
kembali berbual mesra. Rajin pula Tan Sri Yusuf mengajak Fandi berbual.
Macam-macam soalan yang ditanya. Fandi melayankan sahaja.
Dari jauh kelihatan sebuah lagi kereta menuju ke arah mereka. Fandi mengecilkan mata

apabila kereta itu
diparkir di belakang kereta kepunyaan Tan Sri Yusuf. Aziz keluar dari kereta
BMW itu lalu
berjalan ke arah Tan Sri Yusuf dan Fandi.
“Tan Sri…” Aziz menyapa. Tan Sri Yusuf pula mengangukkan kepala ke arah Aziz.
Tan Sri? Fikir Fandi. Keningnya terangkat sedikit. Tan Sri mana pulak ni?
Aziz tersenyum memandang Fandi lalu dia menghulurkan tangan.
“Kita tunggu sekejaplah, Aziz. Rasanya, kejap lagi tow-truck sampai.” Tan Sri Yusuf berkata.
“Lambat lagi ke Tan Sri? Puan Sri dah tunggu kat rumah tu.” Balas Aziz. Tan Sri Yusuf melihat jam seraya menarik nafas. Sepatutya, dia dan Puan Sri Haryati akan menghadiri jamuan makan malam di rumah kenalan Puan Sri Haryati.
“Tak apalah, boleh cancel je. Dah kereta rosak, nak buat macam mana…” Ujar Tan Sri Yusuf.
“Merajuk Puan Sri nanti. Tidur luarlah Tan Sri malam ni.” Aziz berseloroh sambil tersengih.
“Kamu ni…”
“Err.. Tan Sri.” Fandi memanggil. Tan Sri Yusuf menoleh, tersenyum apabila panggilan Fandi

sudah bertukar dari pakcik ke Tan Sri.
“Kenapa Fandi?” Tan Sri Yusuf bertanya apabila melihat Fandi seperti serba-salah.
“Macam ni. Kalau Tan Sri nak cepat, Tan Sri boleh balik dulu. Biar saya tunggu tow-truck tu

sampai..” Fandi berkata teragak-agak. Agak bimbang jika niatnya disalah
erti.
“Itupun kalau Tan Sri tak kisahlah. Saya cuma nak tolong…” Fandi menyambung kata. Tan Sri Yusuf hanya tersenyum.
“Fandi tak kisah ke?”

“Eh.. tak apa Tan Sri. Saya rasa, kejap lagi sampailah tow truck tu. Lagipun, Tan Sri ada hal
kan? Saya ni orang bujang, bukan buat apa pun malam-malam macam ni…”
Tan Sri Yusuf memandang Fandi sambil otaknya berkira-kira.
“Kalau Fandi tak kisah, pakcik pun tak kisah. Fandi ambil ni.” Tan Sri Yusuf menghulurkan

sekeping kad perniagaan kepada Fandi.
“Kalau ada apa-apa, call pakcik.” Tan Sri Yusuf masih membahasakan dirinya pakcik kepada

Fandi. Fandi mengambil kad yang dihulurkan.
“Terima kasihlah Fandi, sebab tolong pakcik.”
“Sama-sama pakcik… err Tan Sri.” Fandi membetulkan kesilapannya.
“Tak payah panggil Tan Sri. Panggil pakcik aje.” Fandi mengangguk sambil tersenyum sumbing.
“Pakcik balik dulu. Assalamualaikum.”
“Waalaikummusalam.” Fandi menjawab. Aziz mengangkat tangan lalu dia bergerak bersama-

sama Tan Sri Yusuf
ke arah kereta yang di pandu oleh Aziz. Fandi memerhatikan kereta itu hingga
hilang dari
pandangan. Setelah itu, Fandi memerhatikan pula kereta Mercedes Benz yang telah
di
tinggalkan oleh Tan
Sri Yusuf.
Tan Sri Yusuf rupanya. Patutlah macam pernah nampak…
***
Sepanjang perjalanan pulang ke rumahnya, Tan Sri Yusuf diam
memikirkan sesuatu.
“Tan Sri.” Aziz memanggil.
“Ya?”
“Tan Sri percaya ke pada budak tu?”
“Kenapa kamu cakap macam tu?” Tan Sri Yusuf menjawab dengan soalan.
“Tan Sri main tinggal je kereta tu. Di buatnya dia bawa lari kereta Tan Sri, macam mana?”
“Tak kot. Saya tengok budak tu elok je…”
“Jangan percaya sangat Tan Sri. Orang zaman sekarang ni, macam-macam benda dia boleh buat.” Aziz sekadar menasihati.
“Saya tahu Aziz. Tapi saya yakin dia boleh dipercayai.”
“Macam mat rempit.” Sambil berkata, Aziz tersengih sendiri. Tan Sri Yusuf hanya tersenyum, serta-merta teringatkan anak muda yang baru dikenalinya sebentar tadi. Fandi agak tinggi pada perkiraan Tan Sri Yusuf, kurus tapi tidaklah terlalu melidi. Rambut pula panjang separas bahu. Pandangan pertamanya apabila melihat Fandi juga begitu, macam mat rempit.. Tetapi, setelah berbual agak panjang dengan Fandi, Tan Sri Yusuf mula menyenangi sikap pemuda itu.
“Saya rasa budak tu baik.” Tan Sri Yusuf berkata lagi. Setelah itu, Tan Sri Yusuf diam tidak

berkata apa-apa. Otaknya kembali ligat berfikir.
Isk…Gila punya plan ni. Fikir Tan Sri Yusuf lantas menggelengkan kepala.

No comments:
Post a Comment