DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 2 March 2016

ROMANCINTA- BAB 3



Tan Sri Yusuf hanya duduk bersandar di kerusi. Dia masih memikirkan cara terbaik untuk
menyelesaikan masalah anak bongsunya. Sudah beberapa hari mereka tidak bertegur sapa. Fifi lebih
kerap menyendiri di dalam bilik, menunjukkan tanda protes. Fifi akan hanya bercakap dengan
isterinya. Itupun tidak lagi semesra dulu.
            Beberapa buah album keluarga berselerak di atas meja, di dalam bilik bacaan. Gambar permata hatinya, anak-anaknya ditatap satu demi satu. Dari mereka berumur sehari sehinggalah yang terbaru.
Sudah cukup rasanya perhatian, didikan dan kemewahan diberikan kepada mereka. Doa dan harapannya cuma satu, agar kesemua anak-anaknya menjadi seorang yang berjaya di dunia, dan di akhirat. Aidil Zakry, anaknya yang sulung bakal mewarisi tempatnya di YUSHAR Group of Companies setelah dia bersara nanti. Manakala Adzim Zafry, kini menetap di Jepun. Setelah menamatkan pelajaran, Adzim nampaknya telah jatuh cinta dengan negara tempat matahari terbit itu.
 Tetapi Sofea Raihana, hidup anak gadisnya ini seperti kehilangan arah. Anak gadisnya ini lebih suka berseronok lantaran hidupnya yang disaluti kemewahan. Segala-galanya bermula apabila Fifi menyambung pelajaran di salah sebuah istitusi pengajian swasta yang terkenal di ibukota. Sejak dari itu, gaya hidup Fifi mula berubah, mungkin terpengaruh dengan rakan-rakannya yang suka berpoya-poya. Kelab malam menjadi tempat Fifi beriadah. Sudah berkali-kali kata nasihat diberikan, tapi semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi.
            Tan Sri Yusuf memejamkan mata. Buntu fikirannya ketika ini, cuba mencari di manakah
kesilapannya. Sudah diberikan segala yang terbaik untuk ketiga-tiga orang anaknya, baik dari segi
duniawi mahupun agama. Mungkin memang ada salahnya juga. Fifi satu-satu anak perempuannya.
Oleh itu, dia dan isterinya kurang bertegas dengan Fifi berbanding abang-abangnya.
            Tan Sri Yusuf mengeluh lagi. Dia perlu mencari cara untuk menyelesaikan perkara ini dengan segera. Untuk dia menanggung malu sedemikian rupa, agak sukar untuk Tan Sri Yusuf menerimanya. Dia adalah ahli korporat yang dikenali di Malaysia. Imej yang terpamer cukup sempurna di mata masyarakat. Bertahun-tahun dia membina empayar perniagaannya sendiri. Telah dilalui segala ranjau untuk berjaya hingga ke tahap ini. Sekiranya keluar berita yang anaknya mengandung luar nikah, sudah pasti imejnya di mata masyarakat akan tercela.
“Gugurkan anak itu.” Bagai ada satu suara menghasutnya, entah dari mana.
“Anak itu tidak berdosa.” Fikirannya meningkah.
“Kalau kau tak mahu menanggung malu, gugurkan.”
“Aku tak mahu jadi pembunuh.”
“Bunuh? Apa yang kau bunuh? Anak itu masih dalam perut ibunya.”
“Tapi..”
“Buat senyap-senyap. Takkan ada sesiapa yang tahu.”
“Senyap-senyap?”
“Ya. Hapuskan saja. Dan kau tak perlu runsing lagi.”
“Tapi..anak tu…”
“Lakukan saja...lakukan saja…lakukan saja….”
“TIDAK.”
            “Abang.” Puan Sri Haryati memanggil. Tan Sri Yusuf tersentak. Pertelingkahan yang berlaku dalam mindanya hilang begitu saja.
            “Astargfirullahhaladzim. Ya ALLAH... Subanallah…” Tan Sri Yusuf segera melafazkan
istighfar.
            Apa yang aku fikirkan ini, Ya ALLAH? Fikir Tan Sri Yusuf lalu meraup wajahnya lagi.
Puan Sri Haryati berdiri sahaja di pintu bilik bacaan itu, mengukir senyuman. Tan Sri Yusuf
turut tersenyum…hambar. Puan Sri Haryati bergerak menghampirinya lalu duduk berhadapan.
           
“Berterabur album atas meja. Ti lah yang kena kemas nanti ni.” Puan Sri Haryati berseloroh.
            “Saja, tengok gambar anak-anak.” Tan Sri Yusuf membalas. Puan Sri Haryati tersenyum lagi.
            “Fifi macam mana?” Tanya Tan Sri Yusuf. Senyuman di wajah Puan Sri Haryati pudar.
            “Entahlah bang. Dia tak nak cakap banyak. Berkurung aje dalam bilik.”
            “Awak dah tanya Nina, siapa Shah tu?” Tan Sri Yusuf bertanya lagi.
            “Sudah. Tak banyak yang dia tahu. Nina pun, first time jumpa Shah masa birthday party dia
dulu. Entah macam mana Fifi boleh tersangkut.” Terang Puan Sri Haryati. Tan Sri Yusuf hanya
mengangkat bahu.
            “Kita nak buat apa ni bang?”
            Tan Sri Yusuf menggelengkan kepala. Puan Sri Haryati juga terdiam. Seperti suaminya, hatinya juga resah memikirkan anaknya itu.
            “Bawa bersabarlah Ti. Mungkin, ini semua dugaan Allah buat kita.” Tan Sri Yusuf bersuara, sekadar menyedapkan hati isterinya dan juga, hati sendiri. Puan Sri Haryati menganggukkan kepala lalu beristighfar perlahan, mengharapkan galau hatinya akan reda biarpun seketika.



            Fifi termenung sendirian di atas katil. Hatinya sakit. Di tambah pula dengan keadaan dirinya
yang mengandung, semakin menambahkan ketidakstabilan emosinya. Dia lebih mudah menjadi marah. Dia juga kerap terjaga dari tidur ketika waktu malam dan dia terasa lebih cepat penat
berbanding dulu. Selera makannya turun. Sepanjang hari, Fifi cuma mahu memakan roti dan pisang
serta air putih saja. Makanan yang lain-lain, dia tidak lalu. Tetapi yang peliknya, dia tidak pula
mengalami rasa loya seperti lazimnya wanita yang mengandung.
            “Huh!” Fifi merengus lagi. Telefon bimbit yang baru dicampakkan ke lantai dikutip semula. Fifi mendail lagi telefon bimbit Shah.
Sudah berkali-kali dia cuba tapi tidak berangkat. Ada  kalanya talian langsung tak dapat di tembusi. Memang Shah selalunya begitu. Akan menghilangkan
diri beberapa hari dan kemudian muncul semula. Fifi tidak kisah dengan keadaan itu kerana dia pasti,
Shah akan tetap mencarinya. Tetapi kali ini, Fifi terdesak. Dia betul-betul memerlukan Shah. Shah perlu mengetahui keadaannya. Shah perlu tahu yang dia mengandungkan anaknya. Shah perlu
bertanggungjawab!
            “Talian yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi.”
            “Arggghhh! Pick up the phone!” Fifi menjerit. Telefon bimbit dihempas ke tilam.
            Fifi menangis lagi.

***

The Sign
Sri Hartamas

            Shark menggeliat kecil. Secara perlahan-lahan, dia mengalihkan tangan yang memeluk
pinggangnya, tidak mahu menganggu tidur pasangannya yang kelihatan nyenyak sekali. Shark
tersenyum memandang Bella. Tubuh wanita itu hanya ditutupi dengan sehelai selimut, begitu juga dirinya. Satu ciuman diberikan di dahi Bella.
            Thanks.” Ucap Shark. Bella bergerak sedikit tetapi masih tidak terjaga.
            Shark menolak selimut yang menutupi tubuhnya. Shark mencapai tuala yang terletak di lantai  lalu dia ke bilik air. Setelah mencuci muka dan badannya serba sedikit, Shark mencapai sekotak rokok dan telefon bimbitnya lalu terus keluar ke beranda. Shark berdiri sambil memerhatikan permandangan indah Kuala Lumpur dari tingkat 17, penthouse mewah sewaannya di The Sign, Sri Hartamas. Langit kelihatan gelap tidak berbintang, sepertinya malam ini akan hujan.
            Shark menyalakan rokoknya lalu dihisap dalam-dalam. Kemudian, dia memeriksa telefon
bimbitnya yang telah diletakkan dalam keadaan ‘silent mode’. Nombor telefon yang sama terpapar lagi di skrin untuk kesekian kali. Shark menarik nafas tetapi tidak pula menunjukkan apa-apa reaksi. Rokoknya dihisap lagi sehingga habis. Kemudian, barulah dia mendail nombor telefon itu.
            “Hai sayang.” Shark menyapa setelah talian berangkat, namun yang di hujung talian hanya mendiamkan diri…merajuk mungkin.
            “Sayang… kenapa ni? You tak suka ke… I call?” Shark memujuk. 
            “Sayang, talk to me. I miss you so much.
            You pergi mana? Dah seminggu I cari you, tapi tak dapat?” Akhirnya. kedengaran suara di
hujung talian.
            You rindukan I ya?” Soal Shark.
            “Huh.”
            “Sayang. Kenapa ni? I penat tau. I baru je sampai rumah. Tapi bila I call you, you nak marah-
marah pulak.”
            I call you banyak kali tapi you tak pernah nak angkat. SMS pun tak ada.”
            “Kan I dah kata, I pergi oversea…ada kerja. Sorrylah.”
            “Yalah, tapi takkan sampai tak boleh call I.” Suara itu kedengaran merajuk.
            I  busy sayang. Bukan I sengaja pun.”
            Tiada jawapan. Hanya terdengar rengusan.
            Sorrylah sayang. I betul-betul busy. I sampai rumah, terus I call you. I rindu…” Shark memujuk lagi. Itu memang salah satu kepakarannya, memujuk wanita.
            Sorry ya?”
            “Okay…”
            Shah tersenyum mendengar jawapan itu.
            “Sayang, kenapa ni? Cuba cakap dengan I, you ada masalah ke?” Shark bertanya lagi setelah
gadis itu kembali mendiamkan diri. Dia mula terasa malas mahu melayan tetapi digagahkan juga.
            “Bi, I ada problem.”
            “Okay... tell me. Maybe I can help you to fix it.
            It’s our problem.”
            I’m listening…”
            II….I’m pregnant.”
            Berita yang baru saja diterima bagai satu hentaman kuat di kepalanya. Shark terdiam, agak lama.
            “Bi, please say something.” Suara itu kedengaran resah.
            “Anak I ke?”
            “Apa you tanya ni? Mestilah anak you!” Terdengar jeritan bingit di telinga Shark. Telefon  
bimbit dijauhkan sedikit dari telinganya.
            “Bi!”
            Calm down, okay? Dah berapa bulan?” Soal Shark.
            “Masuk ni, dah enam minggu.”
             Mendengar jawapan itu, Shark mengeluh perlahan.
           
“Bi… apa kita nak buat?”
            Shark kembali mendiamkan diri.
            “Bi…” Suara itu seperti merayu.
           
“Gugurkan?” Shark memberi cadangan.
            You gila?!” Sekali lagi telinga Shark diterjah bunyi bingit. “I taknak gugurkan. I takut. Lagipun…”
            “Lagipun apa?”
            “Papa…papa dah tahu.”
             Ayat terakhir itu menyebabkan Shark tersedak air liur lalu terbatuk-batuk beberapa kali.     
            “Bi…”
“Sayang, macam nilah. I penat, baru je balik. I nak rehat dulu. You pun pergilah tidur. Dah
malam ni.” Setelah hampir seminit terdiam, itu saja yang mampu Shark ucapkan.
            “Tapi Bi, macam mana dengan I?” Shark terdengar gadis itu mula teresak-esak.
            “Sayang, janganlah nangis. I janji, esok I datang jumpa you. Kita bincang hal ni. Malam ni, kasi I rehat dulu.”
           
“Bi..I takut. You kena bertanggungjawab. Ini anak you.
            “Sayang…Don’t worry, okay? Esok kita jumpa, kita bincang.” Shark membalas.
            “Sayang…” Shark memanggil apabila gadis itu masih tidak menyahut. Hanya esak tangisnya
yang kedengaran.
            You kena janji, you mesti datang jumpa I, esok!” Kata gadis itu lagi.
            “Okay sayang, I janji.” Balas Shark.
            “Bi, I love you
            Yeah, me too
            Bye.
            Bye sayang. Sleep tight.” Shark pantas memutuskan talian.
            “Jahanam! Macam mana boleh silap pulak ni?”  Shark merengus kasar. Keningnya berkerut.
            “Hey, Shark.”
Shark menoleh. Dia melihat Bella telah berdiri di tepi pintu beranda.
            What’s wrong with you? Toya je muka…” Bella bertanya. Dia bergerak ke tengah beranda lalu duduk di kerusi. Tanpa meminta izin, Bella mengambil sebatang rokok milik Shark yang terletak di atas meja. Rokok itu dinyalakan dan dihisap dalam-dalam.
            “Pasal girlfriend you tu ke?” Bella meneka. Perkataan ‘girlfriend’ sengaja ditekankan. Sudah beberapa kali Bella melihat Shark dengan gadis yang sama di beberapa kelab malam. Bella sudah masak dengan perangai Shark. Adalah pelik seandainya benar Shark mahu berteman wanita. Lelaki itu tidak pernah kekal lama dengan mana-mana perempuan. Paling lama pun seminggu. Tetapi, dengan gadis ini, rekod seminggu berjaya dipecahkan malah, lebih dari sebulan.
Shark masih mendiamkan diri. Keningnya juga masih berkerut.
            “Kalau tak nak jawab, betullah tu. What's wrong with her?” Bella bertanya lagi.
            She’s pregnant.” Shark menjawab pendek, tepat dan jujur tanpa berkias.
            “Serius?” Bella benar-benar terkejut. Shark pula tidak menunjukkan sebarang reaksi. Rokoknya yang hampir habis dihisap dalam-dalam sebelum puntungnya dijentikkan terus ke bawah.
            “Anak you?” soal Bella lagi.
            “Yalah kot.” Bella hanya ketawa mendengar jawapan Shark. Rokoknya dihisap lagi.
            “Siapa suruh tak pakai protection?” Sindir Bella. Shark memandang Bella tajam. Rambut Bella yang lurus panjang hingga ke pinggang itu terbuai-buai ditiup angin.
            “Tak guna.”
            Shut up! If you got nothing good to say.” Shark membalas kata-kata Bella. Dia bergerak menuju ke arah Bella lalu duduk di sebelahnya. 
            What good that I can say about you?” Bella menjawab, masih tersenyum sinis. Shark diam.
Rokok di atas meja diambil lagi sebatang, dinyalakan dan dihisap lagi.
            So, apa you nak buat sekarang?”
            “Buat bodoh ajelah.” Shark menjawab sambil memandang Bella tanpa perasaan.
Bella hanya
menggelengkan kepala.
            “Jantan macam you ni, tabur benih je pandai…” Bella menyindir lagi.
            “Diamlah!” Kata-kata Shark tidak dibalas kali ini. Bella hanya ketawa kecil melihatkan Shark yang tidak keruan.
Mereka senyap, menghisap rokok masing-masing. Berlawan-lawan pula asap yang keluar dari
mulut mereka.
          I tak pernah tengok you stay lama dengan mana-mana perempuan. Tak macam dia. You love herdon’t you?” Tiba-tiba Bella menyoal. Shark mengalihkan pandangan kepada Bella sambil menarik nafas panjang. Dia cuba mencari alasan untuk menafikan kata-kata Bella. Rokoknya dihisap dalam-dalam sebelum menjawab.
             “Mana ada…” Suara Shark mendatar, itu saja yang mampu diucap. Bella memandang Shark agak lama. Dari air muka Shark, Bella tahu Shark tidak jujur apabila menuturkan kata-kata itu.Tak semena-mena, Bella ketawa.
             What?” Shark memandang Bella dengan kening terangkat.
            Gosh…you are lying. You do love her. I can’t believe this. Shark jatuh cinta? Oh My God!” Dengan tawa yang masih bersisa, Bella berkata. Walaupun dalam nada bersenda, separuh hatinya masih berteka-teki. Benarkah Shark telah jatuh cinta? Lelaki itu hati batu! Sekiranya benar gadis itu telah membuatkan Shark jatuh cinta, pasti gadis itu benar-benar hebat.
            I am not falling in love with anybody. So, can you just…shut up?!” Shark membalas dengan nada jengkel.
            She’s pretty. Siapa dia?” Soal Bella lagi tanpa mempedulikan kata-kata Shark sebentar tadi. Shark tidak menyahut. Jauh di sudut hati, dia membenarkan kata-kata Bella. Gadis yang berdampingan dengannya bukan saja comel dan cantik, malah keletahnya yang manja benar-benar membuat hatinya terpikat. Tidak dapat disangkal lagi yang dia sememangnya sudah jatuh cinta. Namun, dek kerana egonya yang melangit, Shark tidak mahu mengakui yang hatinya telah terpaut sayang.
            I tanya ni, siapa girlfriend you tu? Hebat sangat…sampai boleh buat you angau siang malam…” Dalam bertanya, sempat lagi Bella menyindir. Shark tertawa kecil sebelum menjawab.
            You tahukan, Tan Sri Yusuf?” Soal Shark.
            Yes…?” Balas Bella lalu mengerutkan kening. Shark memberikan jawapan hanya dengan senyum menyeringai.
            Really? Anak Tan Sri Yusuf?” Bella bersuara nyaring. Serta-merta wajah Tan Sri Yusuf tergambar di benaknya. Sungguhpun Bella jarang mengambil tahu hal ehwal semasa, tetapi sudah pasti dia tahu siapa itu Tan Sri Yusuf. Wajah ahli korporat ternama Malaysia itu pernah keluar di majalah dan akhbar arus perdana beberapa kali. Juga pernah muncul di kaca televisyen. Perniagaan Tan Sri Yusuf merangkumi rangkaian hotel bertaraf tiga bintang di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, perniagaan penjualan kereta-kereta mewah terpakai dan entah apa lagi, Bella sendiri kurang pasti. Tidak penting dan tiada keperluan untuk dia mengambil tahu akan perihal Tan Sri Yusuf sehinggalah Shark menyebut nama tokoh korporat itu sebentar tadi. Wajah anak gadis Tan Sri Yusuf itu pula terbayang di ruang mata.  
            Senyuman Shark masih kekal tapi dia tetap mendiamkan diri. Shark menyalakan sebatang rokok lagi dan menghisap rokoknya dalam-dalam. Pandangan matanya ditebarkan ke arah langit Kuala Lumpur yang gelap.
            Bella memandang Shark yang masih kekal membisu. Dia sudah lama mengenali Shark.  Malah, hubungan mereka sungguh akrab hingga ke ranjang. Tetapi, mereka bukanlah pasangan kekasih. Hubungan mereka hanyalah berlandaskan nafsu semata-mata. Mereka memang memilih untuk hidup begini. Hidup bertunjangkan dosa, berpaksikan noda semata-mata demi kemewahan.
            “Shark...you nak buat apa sekarang?” Bella bertanya, kali ini lebih serius. Mengandungkan anak orang, sudah satu hal. Bukan sembarangan orang, anak tokoh korporat terkenal pula tu. Entah bagaimana pula anak gadis tokoh korporat itu boleh terjebak dengan lelaki seperti Shark…
            I tak boleh buat apa-apa.” Shark menjawab.
            You mengandungkan anak orang, lepas tu you nak lari macam tu je?” Kali ini, nada suara
Bella agak tinggi.
            You nak I buat apa? Kahwin dengan dia?” Soalan Bella dijawab dengan soalan. Nada suara Shark juga meninggi. Bella mengangkat keningnya memandang Shark. Kahwin? Sudah pasti itu bukan jalan penyelesaian terbaik. Kalaulah Tan Sri Yusuf tahu siapa sebenarnya Shark, mati hidup balik pun, belum tentu orang tua itu rela menerima Shark menjadi menantunya.
            “Kalau Tan Sri Yusuf cari you, macam mana?”
            Come on, Bella. You kenal I dah lama. Kalau polis pun tak dapat cari I, tak mungkin Tan Sri
Yusuf boleh jumpa I.
            But she’s pregnant. I tahulah you samseng terkenal kat KL ni sampai polis pun takut dengan you...” Balas Bella dengan sindiran. “Tapi takkanlah you langsung tak ada hati perut, Shark? Itu anak you tau?” Sambung Bella. Tidak tahu mengapa, hatinya terkesan dengan sikap Shark. Mungkin kerana dia juga seorang wanita. Mungkin juga dalam dirinya, masih ada sedikit rasa perikemanusian.
            I…” Shark bersuara lemah lalu menarik nafas. Bicaranya mati di situ. Shark akui, dia juga buntu. Namun, perkahwinan bukan penyelesaiannya. Berkahwin dan berkeluarga? Tidak sama sekali. Tak mungkin dengan kehidupannya yang seperti ini. Tapi, benarkah dia sanggup meninggalkan gadis itu? Dan anak itu?
            “Shark…” Bella masih menantikan jawapan tetapi Shark tetap bungkam.
            Tanpa berkata apa-apa lagi, Shark bangun lalu meninggalkan Bella seorang diri di beranda dengan seribu tanda tanya.



No comments:

Post a Comment