Banglo Mewah Tan
Sri Yusuf
Bukit
Antarabangsa
Sekali
lagi ruang tamu banglo mewah milik Tan Sri Yusuf di landa suasana tegang. Fifi
menangis
teresak-esak. Dia cuba menolak, dia cuba merayu namun langsung tidak
dipedulikan. Jiwa
mudanya kembali
memberontak tetapi tiada apa yang mampu dilakukan. Pilihan yang dia ada Cuma
lari dari sini. Tapi…ke mana?
“Papa…tolonglah papa. Fifi tak nak kahwin dengan dia.” Fifi merayu lagi.
“Sudahlah Fifi, jangan melawan cakap papa lagi. Cukuplah dengan apa yang Fifi dah buat. Papa dah buat keputusan dan keputusan papa…muktamad.”
“Fifi nak kahwin dengan Shah…”
“Shah? Lepas dia buntingkan Fifi, batang hidung dia pun tak nampak. Langsung tak

bertanggunjawab.
Lelaki macam tu yang kamu nak kahwin?” Tinggi suara Tan Sri Yusuf ketika ini.
Sungguh dia tak
sangka, hingga saat ini pun, Fifi masih menyebut nama Shah.
Dah kena bomoh agaknya. Tan Sri Yusuf menggelengkan kepala.
“Tapi papa, Fifi sayangkan Shah. Tolonglah…Fifi tak nak kahwin dengan orang lain. Fifi nak
Dah kena bomoh agaknya. Tan Sri Yusuf menggelengkan kepala.
“Tapi papa, Fifi sayangkan Shah. Tolonglah…Fifi tak nak kahwin dengan orang lain. Fifi nak
kahwin dengan Shah…pa.
Fifi sayangkan Shah”
“Fifi, cubalah fikir betul-betul. Kalau Shah tu sayangkan Fifi, dah lama dia datang jumpa
“Fifi, cubalah fikir betul-betul. Kalau Shah tu sayangkan Fifi, dah lama dia datang jumpa
kami.” Puan Sri
Haryati pula berkata.
“Mama, Fifi sayangkan Shah…mama. Fifi tak nak kahwin dengan orang lain. Fifi nak kahwin
“Mama, Fifi sayangkan Shah…mama. Fifi tak nak kahwin dengan orang lain. Fifi nak kahwin
dengan Shah. Lagipun…anak
ni…anak Shah.” Fifi merayu lagi. Sungguh dia tidak mampu menerima sesiapa
selain Shah. Di hatinya Cuma ada Shah, tidak mungkin dia sanggup mengahwini
lelaki lain selain Shah.
Suasana di ruang tamu itu kembali sunyi. Yang kedengaran Cuma esak tangis Fifi. Tan Sri
Suasana di ruang tamu itu kembali sunyi. Yang kedengaran Cuma esak tangis Fifi. Tan Sri
Yusuf mengerutkan
dahi.
“Papa…” Fifi memanggil Tan Sri Yusuf. Dia benar-benar berharap yang papanya itu akan mengubah keputusan yang telah dibuat.
“Papa…” Fifi memanggil Tan Sri Yusuf. Dia benar-benar berharap yang papanya itu akan mengubah keputusan yang telah dibuat.
“Okay…fine. Betul Fifi nak kahwin dengan
Shah?” Setelah agak lama berdiam diri, akhirnya
Tan Sri Yusuf bersuara. Fifi mengangguk laju.
“Papa beri masa sampai malam ni. Telefon Shah, beritahu dia yang papa nak berjumpa
“Papa beri masa sampai malam ni. Telefon Shah, beritahu dia yang papa nak berjumpa
dengan dia. Kalau
Shah tak datang sini jumpa papa, you don’t have any other choice. Fifi akan
kahwin dengan
Affandi. Does that sound fair to you?!” Tan Sri Yusuf membuat keputusan. Sengaja
dia berkata begitu
walaupun dia yakin, tak mungkin Shah akan menjejaki rumah ini. Fifi mengangkat
muka memandang Tan Sri Yusuf lalu membalas kata-kata papanya.
“Shah mesti datang, papa. Dia sayangkan Fifi.” Dalam esakan yang semakin berkurangan, Fifi
“Shah mesti datang, papa. Dia sayangkan Fifi.” Dalam esakan yang semakin berkurangan, Fifi
cuba meyakinkan
Tan Sri Yusuf atau mungkin, cuba meyakinkan dirinya sendiri. Fifi bangun lalu
beredar ke biliknya. Dia akan membuktikan pada Tan Sri Yusuf yang Shah tidak
sekeji itu.
“Fifi…Fifi…” Tan Sri Yusuf menggelengkan kepala. Dia bukan saja tidak yakin, kalaupun
“Fifi…Fifi…” Tan Sri Yusuf menggelengkan kepala. Dia bukan saja tidak yakin, kalaupun
Shah datang ke rumahnya, belum tentu dia mahu menerima lelaki seperti itu
menjadi menantunya. Lelaki tak bertanggungjawab seperti itu tak akan layak
menjadi ahli keluarganya. Lagipun, latar-belakang
lelaki yang bernama Shahrizal itu agak kabur. Sudah Tan Sri Yusuf cuba untuk
menyiasat namun semua maklumat yang di dapati tidak membantu.
“Abang.” Puan Sri Hayati memanggil namun Tan Sri Yusuf tidak menyahut. Tan Sri Yusuf memandang isterinya sekilas dan kemudiannya, berlalu perlahan-lahan ke bilik bacaan.
“Abang.” Puan Sri Hayati memanggil namun Tan Sri Yusuf tidak menyahut. Tan Sri Yusuf memandang isterinya sekilas dan kemudiannya, berlalu perlahan-lahan ke bilik bacaan.
***
-Please,
I nak jumpa you. Kalau tidak, papa nak kahwinkan I dengan orang lain. Tolonglah
Bi. I nak kahwin dengan you. Ini anak you. Tolong call I balik.-
Shark
membaca pesanan ringkas yang diterima di telefon bimbitnya. Sudah banyak kali
pesanan yang lebih
kurang sama diterima. Tapi dia sengaja tidak mahu membalas.
Kahwin?
Shark
menghembus nafas berat.Lelaki seperti dia tidak akan mahu terikat dengan
simpulan ini. Menyusahkan saja nanti. Namun, sekeras-keras hatinya, Shark
terasa ada satu perasaan yang sukar dimengertikan apabila membaca sms itu. Dia berasa kehilangan, seperti ada sesuatu
telah diragut dari dalam dirinya.
Tak mungkin aku boleh terus bersama dia. Fikir Shark lalu mengetap bibir. Tapi..anak tu…anak aku. Dia mengandungkan anak aku. Mata Shark terpejam. Bayang wajah Fifi hadir di fikiran.
Tak mungkin aku boleh terus bersama dia. Fikir Shark lalu mengetap bibir. Tapi..anak tu…anak aku. Dia mengandungkan anak aku. Mata Shark terpejam. Bayang wajah Fifi hadir di fikiran.
“Shark.”
Shark
memuka mata.
“Dah sampai.” Zidan, orang kanannya memberitahu. Shark mengangguk. Telefon bimbit disimpan di dalam poket seluarnya. Beberapa ketika kemudian, tiga orang lelaki kulit hitam berbangsa Afrika masuk ke ruang tamu suite hotel lima bintang itu, diiringi oleh kuncu-kuncu Shark sendiri. Shark bangun menganggukkan kepala sedikit kepada ketiga-tiga mereka.
“I’m Markus. This is Akemi and Daren.” Lelaki yang paling tinggi antara ketiga-tiga mereka memperkenalkan diri. Shark menganggukkan kepalanya sekali lagi lalu mengajak mereka duduk.
“Have a seat.”
Mereka duduk.
“I guess, Jedi has informed you about us.” Markus kembali bersuara.
“Yeah, he did.” Shark menjawab. “Tell me your plan, Markus.”
“Four days from now, my people will land in Bangkok. Three man, two ladies. They will

carry the African Black with them.” Terang
Markus. Shark tidak membalas, hanya menumpukan perhatian.
“They need to be transported across border by road to here.” Sambung Markus.
“My people will be there. We will have three cars to transport them.” Balas Shark.
“They also need a place to stay before hopping to Aussie.” Markus membuat permintaan lagi.
“Understand. Leave it all to me. I will let you know their location once they have arrive in KL.”
“These are the details and their arrival in Bangkok.” Markus menghulurkan sehelai kertas

kepada Shark.
Shark menyambut lalu kertas itu dibaca beberapa kali, memastikan data yang ada lekat
di kepalanya. Setelah yakin, kertas itu dihulurkan kepada Black, juga salah
seorang kuncunya.Setelah membaca beberapa kali untuk memastikan maklumat itu
terpahat kukuh dalam fikirannya, Black membakar kertas itu menggunakan pemetik
api.
Zidan
hanya memerhati. Cara Shark memang begitu. Shark hanya memberikan maklumat
kepada orang yang tertentu untuk tugas tertentu. Maklumat itu tidak boleh di
kongsi oleh kuncu-kuncunya yang lain, termasuk Zidan, orang yang paling rapat dengan Shark. Itu cara
Shark untuk memastikan tiada maklumat yang akan jatuh ke tangan pihak lain,
polis terutamanya.
“But remember, if trouble arise, I don’t want to have any shit with you or your people.” Ujar Markus lagi.
“Don’t worry Markus. This is not our first time. Trust us.” Shark memberikan keyakinan.
“Good.” Sambil berkata, Markus mencapai beg hitam yang telah dibawa bersamanya. “This is the upfront, agreed by Jedi.” Markus menyambung kata. Beg berwarna hitam di hulurkan kepada Shark. Shark membuka dengan pantas. Banyak ikatan wang terdapat di dalam beg itu. Semuanya di dalam mata wang Amerika.
“It’s USD250,000.”

Shark mengangguk. Bibirnya mengukir sedikit
senyuman.
“Balance will be paid after it’s done.”
“Balance will be paid after it’s done.”
Shark
mengangguk lagi.
“Alright then. If it’s a success, we can have a long term business.” Markus berkata lagi. Memang sejak tadi, hanya dia saja yang bersuara. Akemi dan Daren hanya memerhati. Shark
“Alright then. If it’s a success, we can have a long term business.” Markus berkata lagi. Memang sejak tadi, hanya dia saja yang bersuara. Akemi dan Daren hanya memerhati. Shark
tersenyum lalu menganggukkan kepala. Perbincangan tamat di situ. Mereka bangun
dan berjabat
tangan antara satu sama lain.
“Is daar enige plek waar ons kan pret hê ?”
Daren bersuara sambil tersenyum, menampakkan
barisan gigi.
“He wants to have fun tonight. Can recommend any place?” Markus menterjemahkan kata-kata Darren.
“Depends on your ‘fun’ definition.” Balas Shark.
“Musiek, bier en meisies.” Daren berkata lagi.
“Music, beers and girls.” Kata Markus pula. Shark tersenyum mengangguk.
“Boon!” Shark memanggil salah seorang kuncunya.
“Yes, boss…”
“Bawa dia orang pergi jumpa Madam Zoey. Beritahu Madam, untuk dia orang, free of

charge.”
“Okay boss.” Boon mengangukkan kepala.
“Boon will bring you to the place where you can have fun. Don’t worry, everything is on me.” Shark berkata kepada Markus.
“Nice to do business with you, Shark. Say hi to Jedi for me.” Markus membalas dan mula

melangkah dituruti
oleh Daren dan Akemi. Shark memandang hingga mereka hilang dari pandangan.
Setelah itu, dia
mengambil telefon bimbitnya dan mula mendail nombor.
“Aku nak cakap dengan Jedi.” Shark berkata apabila talian bersambung. Shark menunggu beberapa saat sebelum Jedi menyambut talian.
“Shark…”
“Dah settle.” Shark berkata lagi, pendek dan ringkas.
“Bagus. Pastikan semuanya lancar, Shark. Kau akan dapat habuannya.”
“Baiklah.”
“Hantar duit tu ke tempat biasa.”
“Okay.” Talian di putuskan.
Shark menoleh kepada Zidan dan kemudian, menyentakkan sedikit kepalanya, ke arah beg hitam di atas

meja.
“Tempat biasa.” Shark berkata. Zidan mengangguk lalu keluar dari situ.
Shark berseorangan kini. Dengan langkah perlahan, Shark bergerak menuju ke arah tingkap kaca yang menampakkan pemandangan waktu senja Kuala Lumpur. Nun di arah barat, matahari mula menenggelamkam diri sedikit demi sedikit. Lama Shark termenung, memerhatikan suasana di luar cermin tingkap.

mengeluh. Nama Fifi bergema di setiap sudut benaknya membuatkan dia terasa
rindu secara tiba-tiba. Untuk pertama kali dalam hidup Shark, dia mula mengenali
erti kasih sayang. Pemilik nama Sofea Raihana itu telah benar-benar membuatkan
hatinya terbuka pada cinta.
Telefon bimbit dibelek beberapa
kali. Dia perlu membuat keputusan sekarang. Mana mungkin dia boleh hidup
berkeluarga seandainya dia masih meneruskan cara hidup yang salah di sisi
undang-undang. Sekiranya dia mahu bersama Fifi, dia perlu meninggalkan dunia
kongsi gelap ini dan itu bermakna, segala kemewahan dan kuasa yang ada dalam
tangannya akan hilang begitu saja.
Selain
itu, ada perkara lain yang bermain di fikiran Shark. Seandainya mereka tahu
perkara sebenar tentang kegiatannya, mahukah keluarga Fifi menerima dia sebagai
ahli keluarga?
Sudah pasti tidak! Shark mengeluh
lalu menarik nafas dalam-dalam. Hatinya berat tetapi keputusan harus di buat.
Shark
menaip sesuatu di telefon bimbitnya. Kemudian, telefon bimbit di matikan. Shark
kembali termenung, memerhatikan panorama Kuala Lumpur yang sudah beransur-ansur
gelap.
***
Banglo Mewah Tan
Sri Yusuf
Bukit
Antarabangsa
-Problem solved!-
Air mata Fifi turun laju setelah membaca sms itu. Ringkas, sinis dan menyakitkan hati.
Air mata Fifi turun laju setelah membaca sms itu. Ringkas, sinis dan menyakitkan hati.
Apa maksud Shah? Dia tinggalkan aku? Shah dah lupakan aku?
Fifi cuba menidakkan realiti yang di alaminya ketika ini.
“Sampai hati kau Shah!” Fifi menjerit.
“Aku benci kau. Jantan tak guna.” Emosi Fifi semakin tidak stabil. Dia mula menjerit-jerit
Fifi cuba menidakkan realiti yang di alaminya ketika ini.
“Sampai hati kau Shah!” Fifi menjerit.
“Aku benci kau. Jantan tak guna.” Emosi Fifi semakin tidak stabil. Dia mula menjerit-jerit
bagai terkena histeria.
“Kau bukan anak aku. Aku benci kau! Benci! Benci!” Tangannnya mula memukul-mukul dan
“Kau bukan anak aku. Aku benci kau! Benci! Benci!” Tangannnya mula memukul-mukul dan
menarik perutnya
sendiri, seolah-olah apa jua yang menghuni rahimnya kini ingin ditarik keluar.
Tangisannya makin menggila.
Fifi mula hilang kawalan. Tanpa berfikir panjang, sepasang gunting di ambil
dari laci meja soleknya.
“Fifi… Ya Allah… Fifi.” Puan Sri Haryati segera menerpa ke arah Fifi lalu merampas gunting di tangan. Fifi dipeluk erat. Mujur dia sempat masuk ke bilik Fifi sebelum sempat Fifi mencederakan dirinya sendiri. Jerit tangis Fifi dapat didengari hingga ke tingkat bawah. Lagaknya seperti dirasuk. Fifi meronta-ronta sekuat hati namun rontaannya semakin lama semakin lemah.
“Fifi, bawa mengucap sayang…” Puan Sri Haryati cuba menenangkan anaknya. Walaupun

marah, walaupun
kecewa, Puan Sri Haryati tidak mampu melihat satu-satu anak perempuannya
berkeadaan seperti
itu. Jahat macam mana sekalipun, Sofea Raihana itu anaknya, darah dagingnya.
Begitulah kasihnya
seorang ibu.
“Abang! Abang!” Puan Sri Haryati menjerit memanggil suaminya.
“Abang! Fifi pengsan!”
“Abang! Abang!” Puan Sri Haryati menjerit memanggil suaminya.
“Abang! Fifi pengsan!”
Keadaan kembali tenang. Fifi hanya
berbaring di atas katil. Matanya terpejam dan dadanya turun naik. Tidak dapat
di pastikan sama ada Fifi sudah tidur ataupun tidak. Mak Ton, pembantu rumah ini duduk di sebelah
anak majikannya. Buat sementara waktu, dia akan menjaga Fifi. Dr. Suhaila baru
saja selesai membuat pemeriksaan ke atas Fifi.
‘‘Saya keluar dulu Kak Ton’’ Ujar
Dr. Suhaila. Dia adalah doktor pakar sakit puan dan merupakan rakan baik Puan
Sri Haryati. Sejak Fifi mengandung, Puan Sri Haryati membawa Fifi melakukan
pemeriksaan di klinik milik Dr. Suhaila. Lebih mudah berurusan dengan rakan
baik sendiri yang memahami situasi.
‘‘Yati.’’ Tegur Dr. Suhaila kepada
Puan Sri Haryati yang menunggu di luar bilik.
‘‘How is she?’’ Soal Puan Sri Haryati.
‘‘Fifi okay. Not so fine but okay, nothing to worry. She need a good rest. Jangan bagi dia stress lah ya?’’ Balas Dr. Suhaila. Puan Sri Haryati hanya mengeluh.
‘‘Cuba cerita dengan I, kenapa boleh jadi sampai macam ni
sekali?’’ Soal Dr. Suhaila. Mereka bersama-sama melangkah menuruni tangga untuk
ke ruang tamu.
‘‘Yusuf…” Jawab Puan Sri Haryati
perlahan. Mereka sudah pun berada di ruang tamu lalu duduk di sofa. Dr. Suhaila
membuat muka tanda tanya.
“Dia nak kahwinkan Fifi.” Sambung
Puan Sri Haryati.
“Dengan siapa?” Pantas Dr. Suhaila
menyoal.
“Nama dia Affandi. I tak kenal. Tapi Yusuf cakap, budak tu
baik.” Terang Puan Sri Haryati.
“Baik?” Kening Dr. Suhaila berkerut.
“Baik macam mana?”
“Entah. I pun tak pernah jumpa.” Balas Puan Sri Haryati.
“Aik..takkan
Yusuf suka-suka cekup orang suruh kahwin dengan Fifi? Di buatnya kahwin dengan
perompak ke, penyamun ke…macam mana?” Dr. Suhaila menyatakan rasa sangsinya.
“Itulah. Tapi Yusuf cakap, dia dah
siasat latar-belakang budak tu, nampak macam okay.” Puan Sri Haryati mengurut
dahinya sendiri apabila berkata.
“Hhmm…handsome?”
Dalam
kelibut, sempat lagi Dr. Suhaila bergurau. Puan Sri Haryati tersenyum sedikit
mendengar soalan Dr. Suhaila. Sahabatnya itu memang kelakar orangnya. Dikenali ketika
menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi yang sama, hubungan mereka
tetap rapat hingga sekarang. Serta-merta pula gambaran Fandi menerpa minda Puan
Sri Haryati. Pada pendapat Puan Sri Haryati, rupa boleh tahan, sedap mata
memandang. Tapi, satu saja yang menjadikan dia kurang berkenan – rambut panjang
separas bahu. Puan Sri Haryati memang tidak gemar dengan penampilan lelaki
berambut panjang.
“Boleh tahanlah. Ala-ala mat rock gitu…” Jawab Puan Sri Haryati, turut melucu. Kedengaran Dr. Suhaila ketawa
kecil di ikuti Puan Sri Haryati.
“Yati, you
okay tak ni?” Soal Dr. Suhaila, kembali serius. Sebagai sahabat, sudah pasti
dia mengambil berat tentang keadaan Puan Sri Haryati ketika ini. Dugaan yang di
terima agak berat. Dia juga seorang wanita dan juga seorang ibu. Sudah pasti
dia memahami kekusutan yang melanda keluarga ini.
“Entahlah
Su. I pun tak tahu nak buat apa lagi.
I tak sangka yang Fifi…” Puan Sri Haryati
tidak mampu meneruskan kata-kata apabila sebak menerpa hatinya. Nafasnya di
tarik dalam-dalam, cuba untuk bertenang.
“Sabarlah Yati. Allah suka pada
hamba-hambaNya yang bersabar. Mungkin ada hikmah yang kita tak tahu.” Dr.
Suhaila cuba memujuk. Puan Sri Haryati hanya mengangguk dan tersenyum sedikit.
Ya, dia sedang cuba bersabar dan redha dalam menghadapi ujian. Iman dan
tawakkal yang menjadi kekuatannya saat ini. Perkara sudah terjadi, tiada apa
lagi yang dapat dilakukan untuk mengubahnya.
Ya Allah, Kaulah sebaik-baik pendengar dan tempat mengadu.
Berikanlah aku kekuatan Ya Allah…
No comments:
Post a Comment