Banglo Mewah Tan
Sri Yusuf
Bukit Antarabangsa
Fandi
menghela nafas dan menghembuskannya perlahan. Hingga saat ini, dia masih
berkira-kira,apakah keputusannya ini benar? Mengahwini seseorang yang tidak
pernah dia kenali, perasaan cinta jauh sekali.
Pada
mulanya, Fandi teragak-agak untuk menerima tawaran dari Tan Sri Yusuf. Tawaran yang datang secara tiba-tiba itu
dianggap sebagai gurauan. Tetapi bila Tan Sri Yusuf membuat perjanjian
berkontrak, Fandi sedar ini bukanlah permainan. Tan Sri
Yusuf benar-benar memerlukan seseorang untuk menutup aib keluarganya sendiri. Tan
Sri Yusuf ahli korporat ternama, sekiranya keluar berita yang anak bongsunya itu
hamil luar nikah, sudah pasti itu akan memberi impak kepada Tan Sri Yusuf
sekeluarga.
Kenapa aku?
Apakah mata dan hatinya sudah di kaburi dengan wang ringgit?
Mengapakah dia rela memperjudikan nasibnya demi sesuatu yang dia pun tidak pasti ?
Satu demi satu persoalan menerjah mindanya. Fandi pun tidak tahu mengapa dia yang

menjadi pilihan Tan Sri Yusuf. Sedangkan, sebelum ini dia langsung tidak
mengenali ahli korporat ternama itu secara rapat. Perkenalan mereka juga berlaku
secara tidak sengaja.
Fandi bukanlah seorang mata duitan. Malah dia sentiasa bersyukur dengan hidupnya. Gaji
Fandi bukanlah seorang mata duitan. Malah dia sentiasa bersyukur dengan hidupnya. Gaji
bulanan yang diterima tidaklah mewah tetapi cukuplah untuk menampung
hidupnya di kota lumpur
ini. Tetapi duit adalah satu keperluan, apatah lagi di zaman di mana serba-serbinya
berbayar hatta
ingin ke tandas
sekalipun. Tiada lagi yang percuma. Lalu, apabila kesempatan itu datang, salahkah dia kerana mengambil peluang ? Dan
ini juga satu-satunya peluang yang dia ada untuk mencari Nabilah.
Fandi cuba merasionalkan tindakannya. Bukan dia yang menawarkan diri, tetapi Tan Sri
Fandi cuba merasionalkan tindakannya. Bukan dia yang menawarkan diri, tetapi Tan Sri
Yusuf yang mahukan
pertolongannya. Dan ini kerja yang mungkin…mudah. Apa yang dia perlu lakukan,
hanyalah bernikah dengan gadis bernama Sofea Raihana dan menjadi suami kepada
gadis itu sehinggalah dia melahirkan anak. Yang pasti, anak itu bukan anaknya.
Dia hanya menjadi seorang ‘pak sanggup’ untuk menutup mata dan mulut orang
keliling. Selepas itu, terpulang kepadanya sama ada untuk terus
bersama Sofea Raihana ataupun memilih untuk bebas.
Fandi meraup wajah. Hatinya terkenangkan Alya. Apa agaknya gadis itu sedang buat ketika
Fandi meraup wajah. Hatinya terkenangkan Alya. Apa agaknya gadis itu sedang buat ketika
ini? Mungkin juga
sedang berdebar menunggu hari bahagianya. Tiba-tiba, segala kenangannya
bersama Alya hadir di ingatan. Alya, rakan
sepermainan semenjak kecil. Hubungan yang bermula
sebagai rakan baik
akhirnya membuahkan cinta. Tetapi kini, dia terpaksa akur. Jodohnya bukan dengan
Alya. Fandi memejamkan mata. Senyuman Alya, wajah Alya hadir di kotak
ingatannya.
Aku harap kau bahagia, Alya. Fandi menarik nafas dan membuka mata. Bayangan Alya
Aku harap kau bahagia, Alya. Fandi menarik nafas dan membuka mata. Bayangan Alya
hilang.
Fandi memandang keliling. Jumlah tetamu yang hadir tidak ramai. Di pihak pengantin
Fandi memandang keliling. Jumlah tetamu yang hadir tidak ramai. Di pihak pengantin
perempuan, hanya
keluarga Tan Sri Yusuf berserta beberapa
orang saksi. Begitu juga di
pihaknya. Hanya
kedua-ibu bapanya saja yang hadir. Majlis yang dianjurkan benar-benar tertutup.
Tiada hantaran dari kedua-dua belah pihak. Fandi hanya menyediakan mas kahwin yang dipersetujui sebanyak lima ratus ringgit. Malah, cincin perkahwinan juga dia beli sendirian mengikut
Tiada hantaran dari kedua-dua belah pihak. Fandi hanya menyediakan mas kahwin yang dipersetujui sebanyak lima ratus ringgit. Malah, cincin perkahwinan juga dia beli sendirian mengikut
citarasa dan
kemampuannya. Tan Sri Yusuf cuma memberikan sebentuk cincin kepunyaan Sofea
Raihana sebagai
contoh.
Sofea Raihana…
Mata Fandi terpaku kepada pengantin perempuan yang duduk bersimpuh tidak jauh darinya.
Sofea Raihana…
Mata Fandi terpaku kepada pengantin perempuan yang duduk bersimpuh tidak jauh darinya.
Wajah itu
direnung. Ini kali pertama Fandi melihat wajah bakal isterinya.
Berkulit kuning-langsat,
mukanya bujur
sireh. Agak manis di pandang mata. Sekali imbas, tidak pula kelihatan yang
Sofea Raihana mengandung. Mungkin sebab bakal isterinya itu bertubuh kecil
molek.
Fandi merenung wajah itu agak lama. Sofea Raihana hanya memandang ke bawah. Tiada riak yang ditunjukkan. Tidak sedih, tidak gembira, tidak marah. Wajahnya kosong dan sukar di mengertikan. Terdetik di hati Fandi, adakah Sofea Raihana juga menerima pernikahan ini dengan hati terbuka? Ataupun menurut saja kemahuan Tan Sri Yusuf semata-mata ingin menutup malu?
‘‘Yang penting dalam hal ni…keikhlasan…” Bergema kata-kata Nazri di kepala.

Ikhlaskah aku? Fandi menarik nafas.
Tiba-tiba Sofea Raihana mengangkat mukanya.
Mereka bertentangan mata.
Terasa ada getaran melanda jiwa secara tiba-tiba.
Tiba-tiba Sofea Raihana mengangkat mukanya.
Mereka bertentangan mata.
Terasa ada getaran melanda jiwa secara tiba-tiba.
Fifi terasa gelisah duduk
di situ. Seakan-akan semua mata memandang ke
arahnya. Dan
akhirnya, anak
mata Fifi tertancap kepada lelaki yang duduk tidak jauh darinya. Fifi membalas
renungan Fandi,
tajam. Buat pertama kali, Fifi melihat wajah Muhammad Affandi, lelaki yang akan
menikahinya
sebentar lagi. Fifi menarik nafas. Dia kembali menundukkan wajah.
Terdetik persoalan di hati Fifi, mengapa begitu mudah lelaki ini menerimanya. Pasti
Terdetik persoalan di hati Fifi, mengapa begitu mudah lelaki ini menerimanya. Pasti
bersebab! Jika
tidak, masakan lelaki ini sanggup menikahinya yang hamil luar nikah sedangkan,
mereka tidak
pernah saling mengenali sebelum ini. Apa yang Fifi tahu, lelaki itu adalah
kenalan papa.
Fifi mencuri pandang lagi ke arah Fandi. Lelaki itu pula yang menundukkan wajah. Matanya
Fifi mencuri pandang lagi ke arah Fandi. Lelaki itu pula yang menundukkan wajah. Matanya
terpejam, seperti
memikirkan sesuatu. Fifi cuba mencari keistimewaan lelaki itu. Sekadar mencari
sebab kenapa Fandi
yang dipilih oleh papanya. Melihat dari gayanya, Fifi yakin Fandi bukanlah dari
golongan berada seperti dia.
Entah mat rempit mana yang papa kutip! Fikir Fifi lantas merengus.
“Ah, begitu mudah kau mengadili seseorang. Sedangkan kau sendiri telah hanyut sehingga mengandungkan anak tak berbapa. Bapa anak ini langsung tidak mahu bertanggungjawab!” Bagai ada suara dari dalam dirinya menempelak. Fifi terkedu sendiri.
Fifi merintih dalam hati. Sehingga saat-saat terakhir, dia masih memikirkan Shah. Dia benar-

benar berharap
bahawa lelaki yang akan menikahinya sebentar lagi adalah Shah, bukan Fandi.
“Assalamualaikum w.b.t.” Terdengar suara memberi salam. Serentak itu, semua tetamu jemputan memandang kepada suara yang memberi salam.
“Alhamdulillah. Pada hari ini, kita bakal meraikan majlis pernikahan diantara Muhammad

Affandi Bin Omar
dan Sofea Raihana Binti Yusuf. Di harapkan kedua-dua mempelai ini akan beroleh
kebahagiaan dan
rumahtangga semoga masjid yang bakal terbina nanti sentiasa diberkati.” Ringkas
mukadimah yang di berikan oleh Imam Ahmad.
“Boleh kita mulakan?” Tanya Imam Ahmad kepada Tan Sri Yusuf dan juga Fandi. Kedua-duanya hanya mengangguk.
“Bismillahhirahmanirrahim…”
Nafas Fandi mula tidak teratur. Bunyi-bunyian suara di sekelilingnya juga seperti lagu yang tidak bernada. Sukar untuk Fandi menumpukan perhatian. Secara tiba-tiba, seluruh badannya terasa berpeluh-peluh. Darah di wajahnya juga hampir tiada, pucat lesi mukanya. Oksigen yang cuba dihela juga seperti tersekat-sekat.

Janganlah aku pengsan masa menikah
nanti…
‘‘Muhammad
Affandi Bin Omar. Aku nikahkan dikau dengan anakku, Sofea Raihana Binti Yusuf
dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai.’’
“Aku terima nikahnya, Sofea Raihana Binti Yusuf, dengan mas
kahwinnya lima ratus ringgit
tunai.”
“Sah.”
“Sah.”
“Sah.”
Dengan
sekali lafaz, Sofea Raihana sudah sah menjadi isteri Fandi. Para
tetamu bersama-sama mengaminkan doa yang dibaca, agar kedua-dua mempelai ini
diberkati dan dirahmati. Tetapi, benarkah pernikahan seperti ini akan diberkati
dan dirahmati? Tidakkah ini satu pembohongan?
Pernikahan ini sah
mengikut hukum syarak tetapi hakikatnya, perkahwinan ini adalah hanya berlandaskan
kontrak semata-mata.
Fandi menarik nafas. Sekarang, dia tak akan boleh berpatah balik. Menurut kontrak, sekiranya
Fandi menarik nafas. Sekarang, dia tak akan boleh berpatah balik. Menurut kontrak, sekiranya
dia menceraikan
Sofea Raihana sebelum gadis itu bersalin, dia pula yang harus membayar seratus
ribu ringgit
kepada Tan Sri Yusuf. Menurut kontrak lagi, Sofea Raihana perlu dijaga
selayaknya seperti seorang isteri. Sofea Raihana tidak boleh diabaikan. Tapi,
bukankah itu sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai suami? Apakah sebabnya Tan
Sri Yusuf meletakkan syarat-syarat begitu di dalam kontrak?
Usai doa dibaca, Puan Sairah, ibu
Fandi menyuakan cincin kepada Fandi. Fandi teragak-agak
namun cincin itu
di ambil juga. Perlahan-lahan, Fandi bangun, menghampiri Sofea Raihana yang
masih menundukkan
wajah.
“Fifi.” Puan Sri Haryati menegur perlahan. Fifi mengangkat muka memandang Fandi.
“Fifi.” Puan Sri Haryati menegur perlahan. Fifi mengangkat muka memandang Fandi.
Tangannya kanannya
dihulurkan lalu Fandi menyarungkan cincin, sebagai tanda simbolik yang
Fifi
itu adalah
isterinya yang sah.
Shah, I wish it was you. Fifi memejamkan mata.
“Salam, Fifi.” Puan Sri Haryati menegur lagi. Sekali lagi, Fifi menghulurkan tangan kepada
Shah, I wish it was you. Fifi memejamkan mata.
“Salam, Fifi.” Puan Sri Haryati menegur lagi. Sekali lagi, Fifi menghulurkan tangan kepada
Fandi lalu tangan
suaminya itu dicium. Secara
tiba-tiba, Fandi mengucup dahinya. Fifi terpempan,
sungguh dia tidak
menyangka yang Fandi akan berbuat begitu. Air matanya turun tanpa dapat di
tahan, entah atas sebab apa, Fifi sendiri tidak pasti.
***
Fandi duduk di halaman
luar, memerhatikan suasana di banglo mewah itu. Majlis pernikahan
sudah lama tamat, di akhiri dengan sedikit jamuan ringkas. Jam juga sudah
menunjukkan hampir
pukul sepuluh malam. Semua tetamu sudah pun pulang termasuk emak dan
abahnya. Walaupun
berkali-kali Tan Sri Yusuf mengajak Encik Omar dan Puan Sairah untuk
bermalam saja di sini, tetapi emak dan abahnya menolak dengan memberi alasan
mahu menziarahi rumah saudara-mara mereka
di Kajang. Tapi, Fandi tahu, yang sebenarnya emak dan abahnya kurang
selesa untuk bermalam di sini. Rumah Azwan, rumah yang
disewa bersama sebelum ini di jadikan tempat persinggahan. Fandi mengeluh. Pada
saat ini, dia turut berharap untuk ikut emak dan abahnya bermalam di rumah
Azwan.
Sofea
Raihana pula sudah lama menghilangkan diri. Pasti berkurung diri saja di dalam
biliknya.
“Jaga diri Fandi. Ingat, kamu dah jadi suami orang sekarang. Walau buruk macam mana pun
“Jaga diri Fandi. Ingat, kamu dah jadi suami orang sekarang. Walau buruk macam mana pun
masa silam isteri
kamu, kamu harus terima dia seikhlas hati. Kamu yang terima dia sebagai isteri,
jangan sekali-kali
kamu abaikan tanggungjawab kamu sebagai suami.” Nasihat Puan Sairah bergema.
Wajah sayu Puan Sairah bagai terbayang di ruangan mata. Fandi menggelengkan
kepalanya tiba-tiba.
“Meow…”
“Meow…”
Telinga
Fandi menangkap bunyi mengiau dan serentak dengan itu, Fandi terasa kakinya bergesel
dengan sesuatu. Fandi memandang ke bawah. Seekor kucing bertompok hitam putih
sedang enak bermain di kakinya. Fandi tersenyum lalu membelai kepala kucing
itu.
“Itu kucing Fifi, namanya Nicki.”
“Itu kucing Fifi, namanya Nicki.”
Fandi
berpaling pula ke belakang, ke arah empunya suara. Kelihatan Puan Sri Haryati
sedang berdiri sambil memerhatikannya. Rasa segan mula mengetuk pintu hati. Terasa
juga hendak meninggalkan tempat ini dengan segera. Tapi, ke mana pula dia
hendak pergi?
“Comel…” Fandi membalas.
“Jarang si Nicki tu nak dekat dengan orang yang dia tak kenal. Tapi, sejak akhir-akhir ni, dengan semua orang dia manja. Rindu dengan tuan dia kot. Tuan dia asyik berkurung dalam bilik…” Puan Sri Haryati berkata lagi, bagai meluahkan isi hati. Fandi hanya tersenyum sumbing, tak tahu apa yang perlu dikatakan.
“Kenapa termenung kat luar ni ?” Puan Sri Haryati bertanya lagi. Dia cuba untuk mengenali

anak muda ini dengan lebih dekat walaupun, terasa janggal dengan Fandi yang
tiba-tiba sahaja telah menjadi sebahagian dari keluarganya.
“Saja aje, Puan Sri…” Fandi menjawab.
“Dah nikah pun, Fandi. Tak payah panggil Tan Sri ke.. Puan Sri ke. Panggil papa dengan
“Saja aje, Puan Sri…” Fandi menjawab.
“Dah nikah pun, Fandi. Tak payah panggil Tan Sri ke.. Puan Sri ke. Panggil papa dengan
mama.” Tan Sri
Yusuf muncul lalu berdiri di sebelah isterinya. Dia kelihatan jauh lebih mesra
dengan Fandi berbanding Puan Sri Haryati. Fandi hanya tersenyum dan kembali mendiamkan diri.
“Dah malam ni, Fandi. Masuklah rehat. Mama tahu, Fandi mesti penat.” Puan Sri Haryati berkata lagi. Melalui riak wajah Fandi, Puan Sri Haryati memahami yang Fandi mungkin masih terasa kurang selesa.
“Baiklah..Puan..err..mama…papa. Saya…masuk bilik dululah.” Fandi pantas bersetuju, segan untuk berlama-lama di sini. Sungguh dia terasa lidahnya amat kelu untuk membahasakan papa dan mama pada ibu bapa mertuanya sendiri. Fandi bangun dan segera berlalu. Dia tersenyum sedikit apabila menghampiri Tan Sri Yusuf dan isteri.
“Fandi.”

Beberapa
tapak melangkah melepasi ibu dan bapa mertuanya, namanya dipanggil lagi. Langkah
Fandi terhenti lalu dia berpaling. Puan Sri Haryati sedang merenungnya
menyebabkan Fandi terkebil-kebil tanpa suara.
“Terima kasih.”
“Terima kasih.”
Kedengaran
ikhlas dan sayu ucapan yang keluar dari mulut Puan Sri Haryati. Mata ibu mertuanya
itu berkaca. Fandi tergamam dan tercegat beberapa ketika di situ. Walaupun hanya dengan ucapan seringkas terima kasih, hati Fandi tersentuh.
Fandi malu sendiri, kerana dia sendiri belum mengetahui di mana letak keikhlasannya
memperisterikan Sofea Raihana. Dalam diam, dia berjanji untuk cuba menjaga
Sofea Raihana semampunya.
‘‘Mama…’’
Fandi bersuara sambil memandang tepat ke wajah Puan Sri Haryati.
‘‘InsyaAllah
saya akan jalankan tanggungjawab saya sebaik mungkin. Mama jangan risau ya?’’
Fandi menyambung kata. Air mata Puan Sri Haryati turun membasahi pipinya.
Kata-kata Fandi tidak dibalas. Fandi juga tidak tahu apa lagi yang perlu
diucapkan. Perlahan-lahan, dia meninggalkan tempat itu tanpa berkata apa-apa
lagi.
Langkahnya
terhenti di hadapan pintu bilik. Bilik isterinya di sebelah kanan manakala
biliknya di
sebelah kiri. Fandi mengangkat tangan namun apabila buku limanya hampir
mengenai pintu bilik Fifi, niatnya terhenti.
“Aku
bukan isteri kau, FAHAM?! Jangan sekali-kali kau berani nak sentuh aku!”
Kata-kata
Fifi ketika bertembung di tangga petang tadi mematikan niatnya. Fandi sedar,
mereka tidak
pernah mengenali antara satu sama lain namun ayat-ayat yang keluar dari mulut
Fifi langsung tidak dijangka. Mungkin ini sebabnya, Tan Sri Yusuf membuat
perjanjian berkontrak. Pastinya Tan Sri Yusuf sudah menjangka yang tak mungkin
Sofea Raihana dapat menerima pernikahan ini dengan mudah. Lalu, syarat-syarat
di dalam kontrak diperincikan sebaik mungkin agar Fandi tidak menceraikan
anaknya itu sesuka hati. Menurut kontrak, seandainya Fandi berniat untuk
menceraikan Sofea Raihana, ia hanya boleh dilakukan selepas Sofea Raihana bersalin.
Fandi mengeluh. Niatnya terus mati. Langkahnya diatur ke bilik sebelah. Pintu biliknya
dibuka, lampu
bilik dihidupkan. Fandi termenung sendiri di atas katil, agak lama. Mulai dari hari ini,
banglo mewah ini akan menjadi tempat tinggalnya yang baru. Mulai hari ini,
bermulalah tugasnya menjadi seorang suami. Tugas ? Suami ? Tiba-tiba
dia bingung. Kalau beginilah keadaanya, bagaimanakah harus dia menjalankan
tanggungjawab sebagai suami kepada Sofea Raihana ?
Nasib kaulah Fandi. Orang lain…lepas nikah, boleh peluk bini. Kau peluk ajelah bantal peluk tu…
Fandi menarik nafas dan dilepaskan perlahan. Lampu biliknya dimatikan lalu dia berbaring
Nasib kaulah Fandi. Orang lain…lepas nikah, boleh peluk bini. Kau peluk ajelah bantal peluk tu…
Fandi menarik nafas dan dilepaskan perlahan. Lampu biliknya dimatikan lalu dia berbaring
di atas katil. Tangannya di letakkan di atas dahi, memikirkan apa saja
kemungkinan yang bakal
terjadi selepas ini.
Sambungan??????
ReplyDelete