DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 6 March 2016

SESUNGGUHNYA.. DIA LELAKI PELINDUNGKU - BAB 11



UHUK..Uhuuukkk..Eheemmm..” kedengaran suara kecil terbatuk-batuk. Bukan ter..batuk tetapi sengaja batuk dibuat-buat. Daris dan Zara yang masih berada di sinki dengan usaha nak menghilangkan kepedihan mata Zara menoleh sama-sama ke arah suara yang mengada-ngada sangat tu. Tatkala mata Daris melihat siapa orangnya terus berdiri tegak. Tangan Daris yang meraup muka Zara dengan air paip sedari tadi sepantas kilat diangkat terus menggosok rambutnya beberapa kali. Pretending baik punya! Zara pula dengan matanya terkenyit-kenyit cuba melihat siapa orangnya terus bulat matanya. Homak aihh..tercegat dua orang budak lebih kurang umur lima atau enam tahun. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang budak lelaki dengan muka nakal tersengih-sengih siap menunjuk-nunjukkan jarinya yang comel..ayokkk..tak tahuuu..yang budak perempuan pula Zara tak tahu apa kes kerana mukanya masam sahaja sambil berpeluk tubuh. Homak aihh!! Kecik-kecik dah pandai kerek.

“Er..” Zara blur sekejap!

“Eh, dak kecik! Bila sampai ni?” Daris terus menerkam ke arah dua orang budak itu dan seraya itu kepala kedua orang budak itu digosok berkali-kali. Sengaja menyerabutkan rambut anak-anak buahnya.

“Pak ngah ni..habislah rambut pacak Ayatt..” si budak lelaki itu menepis-nepis tangan Daris. Dari berwajah nakal terus bertukar ke wajah cemberut. Kalau bab-bab rambut sensitiipp okehhh..

“Op..ops..soriiii..” Tergelak besar Daris melihat tingkah lucu anak buahnya yang kelihatan teramat cute.

“Pak ngah ni! Dah tak smart dah..” rungut si budak lelaki itu cuba membetulkan rambutnya supaya terpacak balik beberapa kali. Bila tak dapat nak membetulkan balik mulut mungil tu membebel-bebel..pak ngah ni la pak ngah tu la..mak aihh..becoknya tak padan dengan budak kecik.

Zara tidak dapat menahan perasaan gelihati terus meledak tawanya tetapi tidak lama kerana bila si budak perempuan memandang Zara dengan muka tak puas hati seperti Zara berhutang gula-gula pula lagaknya. Apa kes ni?

“Hok aloh..meh..pak ngah betulkan rambut Ayatt.” Tubuh kecil itu ditarik sehingga berhadapan. Kemudian, Daris duduk supaya menyamai paras anak kecil itu lalu tangannya membetulkan balik rambut Ayatt menjadi terpacak semula. Cuba beberapa kali namun tidak menjadi.

“Aiseh..man..tak menjadi la Ayatt! Kita buat style K-pop la.” Daris menarik Ayatt ke sinki lalu dibasahkan rambut Ayatt yang masih bersisa gel. Selepas itu, tangannya sibuk mendandan rambut anak buahnya.

“Ha..dah encem macam pak ngahnya.” Daris mencuit pipi Ayatt yang montel lagi cute itu. Rambut pacak bertukar menjadi style rambut artis korea yang kebanyakannya menutup dahi.

Si budak lelaki yang comel tak hengat itu mula melorek senyuman lebar.

“Macam pak ngahnya? Please..” Zara ketawa lagi.

“Kenapa tak percaya?” kata Daris sambil menegakkan badannya kembali. Tersenyum sambil mengangkat kening tebalnya.

“Percaya..muka orang tak mandi memang hensem sangat-sangat.” Zara kenakan Daris yang masih tertunda niat untuk pergi mandi.

“Adess!!” terkena sebijik! Daris menjegilkan matanya ke arah Zara yang sedang senyum sumbing.

“Pak ngah siapa ni?” tanya Ayatt baru berpeluang bertanya siapa Zara. Kakak yang tersangat cantik yang berada di hadapannya dipandang tak berkelip. Ayatt tersengih-sengih sambil melenggok badannya ke kiri dan ke kanan. Gedik!

“Oh..ini kawan pak ngah!” perkenal Daris kepada anak buahnya. Nak tergelak melihat anak buahnya itu yang nampak gedik semacam.

Zara senyum mengangguk ke arah budak dua orang itu. Diperhatikan sedari tadi, si budak perempuan tidak bercakap walau sepatah pun sedangkan yang si budak lelaki rasanya dah beratus patah perkataan bercakap. Seorang macam bertih goreng dan seorang lagi berat mulut nak bercakap. Macam-macam!

“Kawan pak ngah, eh?” Ayatt membetulkan kolar bajunya supaya kelihatan smart di depan kakak cantik. Ayatt dah jatuh hati dengan kakak cantik tu tau. Hehehe..

“Haah..panggil Auntie Zara.” tanpa berfikir panjang Daris menyuruh anak buahnya memanggil Zara dengan panggilan auntie.

“Who’s the auntie? Please..” Zara tidak setuju dengan panggilan itu. Dia baru dua puluh empat tahun, okay! Tak sesuai..

Daris tergelak mendengar kata-kata Zara.

“Kakak ni cantiklah pak ngah! Kalau auntie macam Ucu Abil. Ini kakak princesslah..” Ayatt juga tidak setuju. Baginya panggilan auntie untuk orang tua-tua dan untuk ibu saudaranya Ucu Abil.

Daris tercengang dengan kepetahan anak buahnya yang tak menahan. Aii..tak padan dengan kecik!

“Boleh Ayatt panggil kakak..kakak princess.” Tanya Ayatt dengan innocentnya. Kakak itu terlalu cantik seperti cerita princess yang selalu dilihatnya di saluran Disney.

“So..cute…kakak princess? I like..kakak suka..kakak suka..” Zara bertepuk tangannya beberapa kali suka sangat dipanggil kakak princess. Terus pergi mendapatkan Ayatt. Geram pula nak memicit pipi montel Ayatt.

“Kakak princess? Please..” Daris melotot matanya ke langit.

“Adik..” panggil Zara tetapi matanya melihat Daris yang membuat muka ‘please..’ dengannya.

“Panggil Ayatt la kakak princess.” Ayatt sengih. Dia suka sangat dengan kakak princess. Bila besar nanti nak kahwin dengan kakak princesslah yang cantik sangat-sangat ni.

“Ha..Ayatt boleh panggil kakak princess. Jangan pedulikan pak ngah ni. Dia dengki sebab dia dah tua.” Balas Zara dengan cebikan.

“Baiklah, kakak princess..” Ayatt suka sangat dengan panggilan itu.

“So sweet..” Zara senyum lebar. Kembang setaman mendengar si kecil memanggilnya dengan panggilan yang sweet. Kakak princess, okay! Kau haderr?

“Ayatt nanti tak pasal ada kain terkoyak karang pasal dah kembang semangkuk.” Giat Daris sambil tergelak. Suka melihat Zara menjegilkan mata bulatnya dan mencebik bibirnya. So..cute..

“Jangan peduli cakap pak ngah tu! Ayatt boleh panggil kakak princess macam yang Ayatt suka panggil.” Zara membalas. Apa barang auntie-auntie ni?!

“Oh..really?” Daris membalas juga. Dengan kening terangkat. Sengaja mencabar!

“Kakak princesskan, Ayatt?!” Zara mencabar Daris.

“Kakak princess..” panggil Ayatt seperti yang diminta oleh Zara.

Zara senyum lebar puas hati Ayatt menyebelahinya.

“Auntie la..” Daris menyakat Zara lagi.

“Kakak!” balas Zara tegas.

“Auntie..” Daris mengajuk Zara dengan memek muka lucu.

“Kakak!” tak mahu mengalah.

“Auntie..”

“Kakak..” Zara dah mula menjerit.

“Okay! Okay! Kakak princess..kakak princesslah sangat..” Daris melotot matanya ke langit lagi. Wajah Daris yang ‘please..’ tu  membuatkan Zara bercekak pinggang. Hangin!

“Don’t try to lie to yourself too much, you should learn to accept the truth.” Daris tak puas menyakat Zara yang dah masam mencuka. Keletah Zara cukup membuatkan dia gelihati sangat-sangat. Macam budak-budak!

Pergh..mau menanah telinga Zara mendengarnya. So..sarcastic!

“Daris..” suara Zara mula  ke tingkat satu oktah.

Terdengar ketawa Ayatt dan pertama kali Zara terdengar suara budak perempuan yang sedari tadi diam sahaja ketawa. Zara pandang budak perempuan itu dengan hairan.

“You’re really funny, Zara! Sampaikan Ayyin pun boleh ketawa.” Ujar Daris dengan sengihan panjang. Kepala budak perempuan bernama Ayyin digosok beberapa kali.

“Hah?” tak faham maksud Daris.

“Ayyin ni..dia special.”

“Special?” tertanya-tanya.

Daris mengangguk perlahan. Berharap Zara dapat menangkap apa yang tersirat.

“Ohh..” Zara agak terkejut kerana budak perempuan yang dipanggil Ayyin kelihatan seperti kanak-kanak normal yang lain. Apa yang jelas di matanya budak perempuan itu tidak bercakap walau sepatah pun. Ingatkan berat mulut? Rupanya? Kasihan..

“Nanti-nantilah saya ceritakan. Saya nak mandi dulu, badan pun dah bau hangit. Terjangkit dengan budak yang terkena ‘hangit’ je dari tadi.” Sempat lagi menyakat Zara. Tak puas hati lagi tu!

“Daris!” ingatkan dah berhenti menyakat rupanya ada lagi akalnya. Zara bengang sehinggakan mukanya dikerut-kerutkan. Tak puas hati dan sakit hati kerana dirinya yang selalu terkena sedari tadi. Betul-betul terejal!

Daris tergelak besar. Sukanya melihat Zara begini. Mungkin dah lupa agaknya tentang semalam. Lupa tentang malam yang membuatkan hati gadis itu patah dan terluka dengan teruk. Tapi, Daris berharap sangat Zara tidak melupakan apa yang terjadi di antara mereka semalam kerana hatinya cukup terkesan dengan malam itu.

“Pergilah! Terejal!!” Halau Zara sambil menolak badan Daris ke tangga kayu.

“Aik! Mana belajar?” Daris mengeraskan dirinya. Seinci pun tak bergerak bila ditolak oleh Zara.

“Kamus dewan dan pustaka bahasa orang kampung muka surat lima ratus lima puluh lima.” Laju Zara berkata.  Hantam sajalah labu..

Daris tergelak besar lagi.

“Dah! Dah! Pergi mandi. Doh karipap saya tu dah lama terbiar.” Zara dah malas nak melayan. Daris versi kampung ni memang menguji kesabaran sungguh. Tak macam versi uptown boy..pendiam..misteri..konon macho..huh! Now, I know Daris true colors, what’s Daris look like? Huh..boleh tahan annoying! Gumam Zara bengang.
AYATT..AYYIN..lepas dah rasa karipap AUNTIE ni, pak ngah nak kamu berdua jujur bagi pendapat kalau tak sedap cakap je. Tak baik menipu Tuhan marah, kan?” usik Daris sewaktu mereka semua sudah berada di meja makan.

Terangguk-angguk budak berdua itu.

Terjegil mata bulat Zara mendengar kata-kata Daris yang masih mengusiknya dengan panggilan auntie dan persepsi double standard dengannya. Huh!

Ahli keluarga Daris semua berkumpul di meja makan. Haji Dhaifullah ayah kepada Daris, kakak Daris bernama Surfina, Adik Daris bernama Salsabila dan anak-anak buahnya bernama Hidayat dan Hazurrin. Kembar rupanya!

Zara terasa amat segan dengan ahli keluarga Daris yang tidak jemu-jemu memandangnya sedari tadi. Naik kebas rahangnya kerana duk asyik tersenyum.

“Jangan buat perangai terejal la, Daris! Zara nak makan pun tak senang.” Tegur Hajah Siti Khadijah. Bimbang hati Zara terasa dengan kata-kata anak terunanya tu.

“Oh..Now, I know..where you get kamus dewan bahasa dan pustaka tu?” Daris menunjuk-nunjuk jarinya ke arah Zara sambil senyum.

Zara mengangkatkan bahunya sambil mencebik.

Tergelak semua ahli keluarga Daris. Masing-masing belum ‘blend’ well yet! Jap-jap lagi riuh la gamaknya?

“Okay, now juri-juri cilik sila berikan pendapat tentang karipap AUNTIE ni. Menipu Tuhan marah tau..” siap mengingatkan anak-anak buahnya supaya berkata jujur dan lebih menekankannya kepada Ayatt yang sangat menyukai Zara.

Tersengih Ayatt. Sorry, kakak princess! Tak boleh tipu..Tuhan marah..

Kalau tidak berada di depan keluarga Daris dah lama Daris dah kena tarik telinga dengannya. Mulut..huh..

“Urrmm..hmm..” Ayatt mengunyah karipap seperti juri yang pro pula. Siap berhenti dan berfikir. Cewah..dah macam juri masterchef pulak!

“Karipap kakak Princess ni..sedaplah!!” jerit Ayatt sambil tepuk tangan dengan girang. Betul-betul sedap!

“Yeke?” Daris tak percaya.

“Ayatt tipu ni..tak takut Tuhan marah?” Daris cuba menakutkan Ayatt.

“Betullah, pak ngah! Tak caya tanya Ayyin!” marah benar Ayatt kerana tidak percaya keredibilitinya sebagai juri cilik professional.

Semua mata pandang Ayyin yang sedang mengunyah karipap. Semua tak sabar menunggu jawapan dari Ayyin pula.

Ayyin pula selamba menghabiskan karipap baru pandang semua orang. Saja buat suspen budak kecik, nih? Ayyin angkat tapak tangan kanannya. Semua pandang tapak tangan kanan Ayyin. Kemudian, Ayyin mengambil jari telunjuknya tangan kiri menekan beberapa kali di tengah-tengah tapak tangan dan selepas itu menunjukkan ibu jari tangan kanannya ke atas. Thumbs up!

Daris tak sangka Ayyin dah belot dengannya. Takkan sedap sangat kot!

“Biar betul, Ayyin?”

Ayyin terangguk-angguk kepalanya.

“Sudah-sudahlah tu, Ris! Kalau budak-budak ni cakap sedap tu sedaplah. Nak tau sangat cubalah makan.” Hajah Siti Khadijah mencelah.

“Biar abah yang rasa.” Haji Dhaifullah mengambil karipap buatan Zara.

“Abil nak cuba juga.” Adik Daris turut mengambil karipap Zara.

“Kak Fin pun.” Kakak Daris juga turut mengambil.

Semua sedang merasa kecuali Daris dan uminya. Hajah Siti Khadijah sudah merasanya di dapur tadi. Memang sedap!

“Sedaplah, angah! Siap tak percaya bagai. Entah apa..entah!” semua terangguk-angguk mengiyakan kata-kata Salsabila.

“So..I win this challenge, bro?” tanya Zara seperti rasa nak melompat. Hambik kau! Air tangan dari Perancis mari maa..mana boleh challenge? Kalau tak sia-sia Chef Leodegrance mengajar. Setakat karipap je kot! Belum cuba pastry yang lain. Mau addicted karang. Kalau tak..tak adalah hari-hari Qaiser sarapan dengan roti Croissant buatannya. Sengaja dia memberitahu Arni roti croissant yang selalu dibekalkan untuk Qaiser dibelinya dari kedai roti yang terkenal di ibu kota. Kalaulah Arni atau Qaiser tahu dia yang membuatnya dah tak surpriselah bila dia dan Qaiser berkahwin nanti. Zara sengaja merahsiakannya untuk kebahagiaan rumahtangganya nanti. The way to A man’s heart is through his stomach. Tapi, there’s no way..mereka tidak  akan bersama lagi. Zara mula mengingati malam di mana hatinya patah dan sangat-sangat terluka. Wajah ceria Zara hampir mendung tetapi bila berada di depan keluarga Daris dia tak patut menunjukkan hatinya yang galau. Zara cuba sedaya upaya menceriakan wajahnya dan sebolehnya hatinya juga.

“Wait..until I say so..” Daris masih tidak berpuas hati. Bukan apa, macam susah nak percaya anak manja seperti Zara pandai memasak. Ahh..cubalah rasa bagaimana dulu? Gesa hati Daris dari berteka-teki lagi.

Daris mengambil sebiji karipap dan mula mengunyah dan menelan perlahan-lahan selepas melafazkan Bismillah. Hm..

“Okay, Zara! You..win!” Daris surrender. Sedap kot! Kalah karipap di IKEA yang sedap tu.

Zara paksa senyum cuba menyembunyikan perasaan galau di hatinya.

“Hoyeehhh..” bertepuk tangan Ayatt mendengar kata-kata pak ngahnya. Penyokong kuat Zara tu!

Ayyin yang mula menerima Zara mengangkat kedua belah tangannya menunjuk thumbs up dengan riangnya. Semua ahli keluarga Daris tercengang dengan Ayyin yang kelihatan riang. Sesuatu yang tidak dijangka.

Ayatt pula menghampiri ibunya lalu ditarik lengan bajunya supaya menunduk ke arahnya. Gaya seperti nak berbisik.

“Ibu..Ibu..kakak princess cantik, kan?” Ayatt kononnya berbisik di telinga ibunya, Kak Surfina tetapi satu ruang makan boleh terdengar kata-kata Ayatt. Masing-masing dah tersengih melihat Ayatt menggedik semacam.

‘Apa Ayatt cakap dengan ibu tu? Tok abah dengar tau..” Haji Dhaifullah hampir tergelak melihat cucu lelakinya merenyam semacam.

“Tok abah ni..malu la Ayatt! Okay la..okay la..nantikan..bila Ayatt besarkan..Ayatt nak kahwin dengan kakak princess.” Budak kecik tu mengaku nak berkahwin dengan kakak princessnya. Mau tak buat satu keluarga pecah perut.

“Apa Ayatt ni? Ini bakal isteri pak ngah la!” Salsabila memotong angan si budak kecik.

“Eh, taklah! Bukan-bukan!” Zara tergayang-gayang tangan menidakkan kata-kata Salsabila. Wajah dah mula merah menahan malu. Ish, budak kecik, nih!

“Ha..kakak princess cakap tak!” Ayatt berlagak.

Daris pula terkejut dengan Zara yang sungguh-sungguh menidakkan kata-kata Salsabila. Terasa betul hatinya. Siapalah dirinya, kan?!

“Malu-malu pulak Kak Zara ni..angah ni solo-molo lagi tau. Ha..dak kecik ni pulak! Kalau nak kahwin dengan kakak princess kena sunat dulu baru boleh banyak cerita, okay!” sakat Salsabila selamba.

Daris diam. Dia tak tahu nak kata apa. Hatinya cukup terusik dengan kata-kata Zara tadi.

“Alah..sekarang nak sunat pun bolehlah, Ucu Abil! Ayatt tak kisahh...” Amboih! Dak kecik ni! Satu keluarga membuntangkan mata ke arah Ayatt yang mungkin overdose agaknya. Merenyam semacam!

“Qalisya nak letak mana, dak kecik?” tanya Salsabila. Seronok melayan perangai Ayatt yang menggelikan hati semua orang. Kita tengok apa dak kecik ni jawab? Pasti menggeletek ketiak semua orang yang mendengarnya.

“Oh..Qalisya..Ayatt kahwin lepas Ayatt kahwin dengan kakak princess. Bagi yang tua dulu baru adil.” Semua dah terlopong. Ini budak umur berapa da…?

“Amboih, dak kecik! Pak ngah pun tak terfikir nak kahwin lebih dari satu tau. Lawan tauke nampak!” Daris terpaksa bersuara kerana Ayatt memang serius lawak gila. Nak syahdu kejap pun tak dapat dengan keletah tak semengah Ayatt yang amat menggelikan hati. Ada hati nak berpoligami, tak padan dengan kecik!

“Lelakikan boleh kahwin sampai lima.” Selamba.

Sah! Ini mesti terpengaruh dengan filem Kahwin Lima yang Usop wilca berlakon tu.

“Kak Finlah ni..bagi budak-budak ni tengok cite Usop wilca tu. Ha..kan, dah terpengaruh.” Kata Salsabila sambil memeluk Ayatt lalu disekeh-sekeh kepala budak kecil tu beberapa kali. Action je lebih, bukan sakit pun kena sekeh dengan Ucu Abil. Ayatt siap tergelak-gelak.

“Buat apa ramai-ramai, Ayatt? Satu pun tak terjaga tau.” Celah Haji Dhaifullah seraya memandang isterinya yang terchenta. Mata Haji Dhaifullah yang hampir sepet itu Hajah Siti Khadijah faham sangat.

“Jangan nak mengada-ngada, bang haji!” Hajah Siti Khadijah memberi amaran.

“Tok abah..tok abah..Ayatt nak kahwin lima tau. Biar ibu senang nanti..” balas Ayatt dengan muka tak bersalahnya.

Semua terlopong dengan angan-angan si budak kecik.

“Apa yang senangnya? Ayatt nak buat apa kahwin ramai-ramai?” Tanya Kak Fin sambil menggelengkan kepala. Menyesal betul bagi tengok filem tu kat budak kecik, nih!

“Untuk senangkan ibulah..yang pertama tolong picit kepala ibu, yang kedua tolong picit belakang ibu, yang ketiga tolong picit lengan ibu, yang keempat tolong picit kaki ibu, yang kelima tolong buatkan air kat ibu masa tengah urut-urut tu. Kesian kat ibu, kerja susah-susah balik rumah sakit-sakit badan. Ayatt dengan Ayyin picit kuat-kuat pun sakit ibu tak hilang. Kesian kat ibu.. kalau babah ada dulu..selalu picitkan ibu.” Semua terdiam mendengar kata-kata Ayatt.

Zara pandang semua orang di meja makan. Ada kekeruhan di wajah mereka.

“Ayatt..kakak okay je jadi yang pertama. Nanti kakak tolong picitkan ibu, okeh!” Zara tidak mahu suasana sedih menyelubungi mereka semua lagi. Biarlah mereka bergelak ketawa seperti tadi. Zara amat menyenangi keluarga Daris.

“Amboih! Saya nak letak mana Cik Zara oii.” Daris mencelah. Sengaja tunjuk muka cemburu dengan Ayatt. Bagi havoc balik tak mau sedih-sedih.

“Letak dalam kotak! Kakak princess Ayatt punya!” sambil peluk Zara dengan erat-erat. Meledak ketawa Zara.

“Tak boleh..ini pak ngah yang punya. Pak ngah dah cop dulu..” rengek Daris dengan muka kesian.

Ayatt berlari lalu menerkam pak ngahnya lalu dipeluk erat-erat juga.

“Yelah..yelah..nanti Ayatt kahwin dengan Qalisya bukan dengan kakak princess.” Pujuk Ayatt sambil menepuk-nepuk bahu pak ngahnya.

Tersengih Daris. Siap berebut Zara dengan budak kecik! Apada..

Semua dah tergelak-gelak. Satu petang yang menyenangkan.

Satu keluarga bergembira.
















No comments:

Post a Comment