TERPISAT-PISAT Zara membuka mata. Zara masih mengantuk lagi. Cuba
menoleh ke sebelah dilihatnya Daris sedang tidur dengan lenanya. Wajah kacak
Daris diamati dengan penuh perasaan. Zara terpaku tatkala cahaya mentari
menyinari wajah kacak itu. Jarinya menyelusuri setiap lekuk wajah Daris dan mengelus.
Daris..tercetus nama itu di hatinya dan jantungnya bergetar aneh.
“Dah bangun?” Daris
tersedar dan juga terpisat-pisat membuka matanya. Lantas tersenyum ke arah Zara
lalu dielus pipi Zara beberapa kali.
Zara mengangguk sambil
membalas senyuman Daris. Tangan Daris dipegang dan turut mengelus tangan Daris
yang masih berada di pipinya.
Tangan Zara yang
menggenggam tangannya di bawa ke bibir lalu dikucup dengan penuh perasaan.
Matanya merenung tepat ke mata Zara sewaktu mengucup jemari Zara.
“I’m sorry for what
happened last night..” Daris tiba-tiba memohon maaf. Tangan Zara digenggam lalu
diramas perlahan. Matanya dihala ke hadapan pula. Merenung jauh, tidak
menyangka dia boleh bertindak sejauh itu. Apabila nafsu mengawal akal..
“Saya yang salah, Daris!
Segalanya bermula dari saya. Awak tak salah! It’s okay..” akui Zara. Matanya
juga dihala ke hadapan. Zara teramat malu dengan perlakuannya semalam. Terlalu
berani..
“Saya..tak patut saya
buat awak macam tu.” Daris teramat kesal.
“Daris..bukan
awak..saya..saya yang relakan diri saya. It’s not your fault!” Zara tidak mahu
Daris menyalahkan dirinya.
“Zara..”
Zara tidak mempedulikan
panggilan Daris. Sengaja!
“Cantik kampung awak ni!”
Zara menurunkan tingkap kereta. Udara pagi menyerbu masuk ke dalam. Zara
menghirup udara segar sedalam-dalamnya.
“Hm..segar betul
rasanya..” Zara memejamkan matanya pula cuba merasai keharmonian suasana
kampung. Hm..tenangnya..
Daris hanya tersenyum
nipis. Membiarkan Zara menikmati suasana kampung yang masih diselubungi kabus
pagi. Kedua belah tangannya diletakkan di belakang kepala sambil menyandar.
Daris turut menghirup udara segar pagi sambil memejamkan mata. Terasa tenang sekali
perasaannya.
“Daris saya macam pernah
tengok tempat ni tapi di mana, ya?” Zara cuba berfikir di mana dia pernah
melihat panorama sawah padi dan tali air ni.
“Nur Kasih..” tanpa
membuka mata Daris bersuara.
“Apa awak?” Zara yang
leka tidak mendengar dengan jelas kata-kata Zara.
“Tempat ni pernah menjadi
tempat shooting drama Nur Kasih.” Daris membuka matanya.
Zara yang terjengul
kepalanya keluar tingkap menoleh. Nur Kasih? Baru pertama kali Zara mendengar
tentang perkara itu. Wajah Zara nampak sangat tidak pernah tahu tentang drama
itu.
“Forget it! Beautiful
place, isn’t it?” budak macam Zara ni banyak masa dihabiskan di luar negara.
Manalah tahu tentang perkembangan dan fenomena di Malaysia ni. Terlupa pula
Daris.
“Yeah..you’re right! The
most beautiful place I’ve ever seen.” Benar kata-kata Daris, inilah tempat yang
paling cantik yang pernah dia lihat. Kalah
pemandangan pergunungan salji di Alps dan musim luruh di Korea. Mungkin
jati diri sebagai anak Malaysia membuatkan Zara lebih menyukai hujan batu di
negara sendiri.
Zara keluar dari kereta.
Dengan gaun labuh berwarna keemasan dia keluar memandang langit. Cahaya pagi
yang juga keemasan membuatkan Zara kelihatan tersangat cantik dengan rambutnya
yang panjang dan ikal.
Daris melihat Zara dari
sudut pandangan yang seni. Bertemakan sawah padi, tali air, kabus pagi dan
mentari pagi. Kombinasi yang amat menarik. Kamera DSLR yang berada di belakang
diambil lalu keluar dari kereta. Zara yang leka memandang ke langit tidak sedar
Daris mengambil gambarnya. Daris semakin galak mengambil gambar Zara berbagai
postur. Wajah indah Zara membuatkan Daris juga terleka.
“Daris..kenapa ambil
gambar saya? Muka bangun tidur awak tau tak?” marah Zara yang baru tersedar.
Cepat tangannya memekup muka.
“Awak sangat cantik..”
puji Daris. Matanya tidak lepas memandang Zara.
“Jangan buat saya malu!”
Zara pusingkan badannya ke arah sawah yang terbentang luas sambil berpeluk
tubuh.
Postur Zara berpeluk
tubuh sambil memandang ke arah sawah yang terbentang luas kelihatan seperti
bidadari.
“Everything has beauty,
but not everyone sees it..” Daris menghampiri Zara dari belakang. Kot yang
dipakai olehnya semalam disangkut ke bahu Zara melindungi kulit yang putih
mulus itu. Mereka kini berada di kampung sebentar lagi pasti ramai yang keluar
ke sawah.
Zara agak terkejut
apabila Daris menyangkutkan kot di bahunya. Terus menoleh. Entah kenapa setiap
kata-kata Daris selalu mencuit hati kecilnya.
“Jom, balik rumah parent
saya. Dah tak jauh dah..” ujar Daris. Pukul tiga pagi mereka bertolak dari
Kuala Lumpur sampai dah hampir Subuh. Mata pula mengantuk tak hengat. Zara yang
tidur nyenyak membuatkan Daris tidak dapat meneruskan lagi pemanduannya. Kalau
diikutkan sudah dekat tetapi bila terfikir keadaan mereka yang ‘messy’ semacam
Daris berfikir banyak kali nak terus ke rumahnya. Sengaja dia memberhentikan
keretanya di bawah pohon mengadap sawah ini. Cuba berfikir alasan apa nak
diberikan kepada orang tuanya akhirnya dia terlelap di situ. Nasib baik mereka
tersedar awal pagi kalau terlajak tak pasal satu kampung heboh.
“Okay..” Zara mengangguk.
Mereka melangkah ke
kereta. Sebelum memandu Daris menghela nafas resah.
“About last night..”
masih tersisa perasaan bersalah walaupun Zara berkeras menganggap dirinya yang total
bersalah.
“It was only a kiss..” Zara
ingin Daris tahu ia hanya sekadar ciuman tidak lebih dari itu. Dia tidak mahu
Daris terus menerus merasa bersalah.
“That’s our first
kiss..those tight long hugs..our late night conversations..I remember them all..It’s
not only a kiss..” pedih pula hati Daris mendengar kata-kata Zara yang
menganggap apa yang berlaku semalam hanyalah kisah enteng.
“I still feel it in on my
lips..” Daris meletakkan jarinya di bibir. Bukan hanya sekadar ciuman baginya.
Ia menyelusuri setiap genap jiwa raganya. Zara membuatkan jantungnya menderu
laju.
“I kiss you
spontaneously..unexpected..unplanned..ones that come..hanya untuk melepaskan
perasaan sakit hati dan terluka saya dengan seseorang. Ia tidak adil untuk awak
mengingatinya.” Ia tidak adil bagi Daris. Zara bukan tidak mahu mengingati,
baginya ianya sesuatu yang unexpected. Tanpa perasaan cinta. Kosong. Terdorong hanya
kerana membalas dendam dan didorong oleh nafsu. Tiada keikhlasan.
“You really love him,
don’t you?” Daris kecewa. Dia tahu hakikat itu. Hanya dirinya yang telah
disentuh oleh Zara. Perasaan itu mula kuat melingkari hatinya.
“Saya tak tahu..apa yang
saya rasa hanya perasaan terluka yang teruk. Saya dah tak tahu hati saya lagi,
Daris..” kekecewaan hatinya sukar untuk diubati lagi. Dia akan melupakan lelaki
itu walaupun terpaksa mengambil sejuta tahun untuk melupakan.
“It was only a kiss.
Let’s put it that way..” dia seorang lelaki. Ada kejantanan. Dia bukan lembik.
Kalau ianya sekadar ciuman..hanya ciuman..tidak memberi apa-apa makna..so..put
it that way..
“JEMPUT minum anak..” pelawa Hajah Siti Khadijah dengan senyuman
ramah. Perasaannya masih terkejut apabila anak lelakinya membawa pulang seorang
teman perempuan. Melihat dari mata tuanya agak terkejut dengan penampilan gadis
itu yang memakai pakaian seperti nak pergi mandi di perigi. Berkemban! Dan
nampak keterlaluan dengan kain yang lip lap lip lap. Apapun hati tuanya amat
berkenan melihat air muka gadis itu. Cantik!
“Maaf susahkan auntie.”
Zara segan dengan kebaikan ibu Daris.
“Eh, panggil umi
sudahlah.” Tangan Zara ditepuk lembut dengan senyuman manis oleh umi Daris.
“Er..umi..” Zara membalas
senyuman umi dengan rasa janggalnya.
“Kamu berdua ni dari mana
sebenarnya?” tanya Hajah Siti Khadijah hairan. Mereka seperti baru balik dari
sesuatu majlis. Agak Hajah Siti Khadijah.
“Semalam ada majlis
tahunan di syarikat kami. Zara teringin nak tengok kampung. Itu yang Ris terus
bawa balik sini selepas majlis selesai.” Kata Daris tak sepenuh hati. Wajah
Zara tidak dipandang. Segan memberi alasan macam budak kecil dengan ibunya.
Zara buat muka tak tahu.
Di dalam hati nak tergelak besar. Pandainya dia..
“Begitu..kenapa tak
tunggu siang, Ris! Bukan ambil masa lama sangat pun nak sampai di sini.” Hajah
Siti Khadijah menggelengkan kepala. Apalah yang ada difikiran budak-budak zaman
sekarang dia pun tak tahu.
“Esokkan dah kerja, mi!
Baik terus pulang je. Jimat masa dan boleh manfaatkan masa di kampung ni.” rasa
bersalah sangat-sangat memberi alasan yang entah apa-apa. Daris memejamkan mata
sesaat. Muhasabah diri..
Tersungging senyuman herot
di bibir Zara. Daris nampak tapi buat-buat tak nampak. Zara tersengih pula.
“Betul tu, umi! Ni
pertama kali Zara datang ke kampung. Suasana kampung di sini sangat cantik.”
Puji Zara dengan wajah teruja.
“Zara tak ada kampung?”
tanya Hajah Siti Khadijah.
Zara menggelengkan
kepala.
Kasihan pula Hajah Siti
Khadijah bila mendapat tahu gadis itu tidak mempunyai kampung.
“Oh iye ke? Anggap saja
ini kampung anak.” lembut tangan Hajah Siti Khadijah mengelus rambut Zara yang keemasan. Macam
anak patung pula dia menengoknya. Subhanallah..kebesaran Allah yang mencipta
setiap makhluk-NYA.
Hati Zara tersentuh
dengan penerimaan umi Daris. Terlalu baik orangnya. Zara amat menyenanginya.
“Terima kasih, umi!” Zara
senyum.
Daris melonggarkan bow
tie di leher. Kemudian menyandar rileks di sofa dan terus memejamkan mata.
Sedang berfikir dengan diri sendiri. Kesal kerana masih tidak dapat mengawal
diri. Kesal kerana hampir melakukan kesilapan yang sama. Kesal juga kerana
ketinggalan solat Subuh tadi. Kesal dengan diri yang masih belum insaf
sepenuhnya. Sesungguhnya..dia seorang manusia yang tidak sempurna.
“Tahu pula kamu
mengantuk, ye? Tadi cakap nak memanfaatkan masa. Takkan nak memanfaatkan masa
dengan tidur pula.” Perli Hajah Siti Khadijah dengan anak lelakinya.
“Lima minit je mi..”
rengek Daris tanpa membuka mata.
Zara tergelak melihat
sikap Daris dengan uminya. Nampak manja..
“Biarkan Daris tu. Meh,
ikut umi ke dalam.” Ajak Hajah Siti Khadijah. Sebentar lagi suaminya Haji
Dhaifullah pulang. Rasanya tak manis melihat anak dara seperti Zara berpakaian
sebegini. Pakaian anak gadisnya yang bongsu mungkin padan dengan Zara.
Zara mengikuti umi Daris
tanpa membantah.
“Ini bilik adik Daris
yang bongsu..Salsabila namanya. Anak pergilah bersihkan diri. Pakailah
mana-mana pakaian yang sesuai di dalam almari tu.” Ujar Hajah Siti Khadijah
menunjukkan almari baju.
“Baiklah, umi!” ucap Zara
dan terus masuk ke dalam bilik.
ALMARI adik Daris yang bongsu diselongkar untuk mencari pakaian
yang sesuai. Zara keluar selepas siap berpakaian. Zara senang dengan
pemakaiannya sekarang, baju kurung kain cotton berwarna merah jambu. Rambut
diikat ponytail. Wajah bersih tanpa mekap.
Sewaktu keluar Daris
sudah tiada di sofa. Tercari-cari sehingga ke dapur. Apabila hidungnya tercium
bau yang enak kakinya seakan melayang ke udara terus ke dapur. Perut mula
terasa lapar.
Hajah Siti Khadijah
sedang memasak lemak ikan sembilang.
“Harumnya bau..” puji
Zara sambil menjenguk periuk yang sedang membuak-buak.
Hajah Siti Khadijah
tersenyum senang melihat penampilan baru Zara yang kelihatan cukup manis.
Ditambah dia cukup senang dengan pujian Zara tentang masakannya.
“Manis tengok anak macam
ni.” Hajah Siti Khadijah turut memuji. Kepala Zara digosok lembut.
Zara dapat merasai sifat
keibuan umi Daris yang menghangatkan jiwanya sewaktu umi Daris menggosok
kepalanya dengan lembut. Zara cukup tersentuh.
“Eh, tak adalah umi.”
Zara tersipu-sipu menafikan.
“Tak manis mi..nampak
kelat!” timbul Daris entah dari mana dengan seluar track dan baju t-shirt putih
dengan senyum herot.
Terkejut Zara lalu
menjegilkan matanya.
“Jangan nak menyakat!
Pergi ambil jantung pisang kat belakang rumah. Umi nak masukkan dalam masak
lemak ni.” arah Hajah Siti Khadijah sambil menggelengkan kepala dengan perangai
tak semengah anak terunanya.
“Okeh, mi! Anakanda pergi
sekarang jugak!” Daris memberi tabik dengan wajah boleh tahan cute. Terlopong
Zara dengan sikap Daris yang kelihatan nakal bila dengan uminya. Kalau tak, nampak
pendiam saja orangnya.
“Umi..perangai Daris memang
macam tu, eh?” tanya Zara dengan wajah tak percaya.
“Macam tu la..terejal!”
Hajah Siti Khadijah menggelengkan kepala dengan kenakalan Daris.
“Wh..what..umi? Terejal?”
Zara tak faham. Apa tu?
“Oh..terejal maksudnya
nakal sangat-sangat.” Tergelak Hajah Siti Khadijah menerangkan maksud terejal
kepada Zara.
“Oh..” Zara baru faham.
Lantas duduk di kerusi. Zara melihat ada tepung gandum dan bahan-bahan lain
untuk membuat kuih.
“Umi nak buat kuih ke?”
Zara memandang umi Daris yang sibuk mengupas bawang.
“Haah..nak buat karipap
inti daging. Daris suka makan karipap.” Ujar Hajah Siti Khadijah. Gulai lemak
dikacau perlahan kalau tak nanti santannya pecah pula.
“Biar Zara yang buatkan
boleh, umi?” pinta Zara dengan wajah excited.
“Boleh..buatlah.” Hajah
Siti Khadijah tersenyum senang dengan permintaan Zara. Kalau jadi menantu pun
elok juga ni. Tak kisah ke dapur. Getus hati Hajah Siti Khadijah.
Zara senyum terus
menyinsing lengan baju kurung yang dipakainya. Dah lama tangannya tak mengadun
tepung. Rasa gatal pula tapak tangannya. Tanpa kekok Zara mengadun tepung.
Hajah Siti Khadijah
tersenyum senang melihat Zara yang tidak kekok menguli tepung.
“Mi..banyak ni boleh?” tiba-tiba
muncul Daris bersama jantung pisang. Seluar dah disingsing sehingga ke lutut.
Siap berpeluh-peluh pula tu.
“Ish, awak ni..peluh awak
tu! Jangan sampai masuk dalam tepung ni.” Zara menolak badan Daris dengan
menyondol sisi badan Daris ke tepi.
“Eh, awak buat apa ni?”
Daris bercekak pinggang menjenguk apa yang Zara sedang lakukan dari belakang
Zara. Apa yang diulikan sangat tu? Zara pandai masakkah? Macam tak caya je..
“Tengah main Play-Doh
awak..” Zara faham reaksi dan intonasi suara Daris yang nampak sangat double
standard dengan orang seperti dirinya. Ingat orang kaya tak pandai masak ke? Huh..
Daris dari belakang
menundukkan badannya di tepi kepala Zara lalu memandang rapat-rapat wajah Zara
yang straight focus dengan ‘Play-Doh’nya. Umi yang sedang leka dengan acara
masak memasaknya dipandang sekilas. Line clear!
“Nak kena gigit? Main-mainkan saya, eh?” bisik Daris dekat di
telinga Zara.
Hampir melompat Zara bila
tiba-tiba Daris berbisik di telinganya. Terkejut bukan apa dekat sangat di
telinga terasa geli sangat.
“Hei..” Zara cepat mencepuk
pipi Daris yang masih menunduk memandang rapat ke arahnya. Tindakan refleks. Kang
dah free kena cepuk dengan tangan penuh tepung. Berbekas tapak tangan Zara di
pipi Daris.
Terpejam mata Daris
setelah dicepuk. Kemudian berdiri tegak sambil bercekak pinggang. Hm..apa nak
buat dengan budak sorang nih? Grrr..
“Oh my..” bulat mulut
mugil Zara terlopong dengan tindakannya sebentar tadi. Zara tergelak sejurus
kemudian. Muka Daris serius lawak!
“Apa kena dengan kamu
berdua ni?” Hajah Siti Khadijah berpusing memandang anak-anak muda itu dengan
pandangan pelik dan curiga. Pipi anaknya yang terpalit dengan tepung dipandang
lama. Hati tuanya curiga. Haish.anak teruna aku ni! Anak dara orang jangan
dibuat main.
“Tak ada apa-apalah, mi!
Daris tengok budak ni ha..uli tepung. Nampak macam uli getah sekerap je Ris
tengok.” Menyindir sinis. Pipi terasa melekat dengan sesuatu digenyeh cepat.
Hm..sah dah jadi tepung gomak muka aku. Wajah Zara dipandang geram. Ni yang nak
jadi monster makan budak ni..
“Amboih..belum cuba belum
tau, okay..” Zara menyirap diperlekehkan. Ini air tangan Perancis mari ma..sia-sia
Chef Leodegrance mengajarnya pastry hampir setengah tahun sewaktu di Perancis.
“Okay, dear..we’ll
see..how it goes..” senyuman herot dengan wajah double standard terpamer. Zara
rasa tercabar dengan Daris yang belum tahu siapa dirinya yang sebenarnya.
“Challenge accepted!” we’ll
see Encik Daris. Grr..
“Budak-budak
ni..macam-macam.” Hajah Siti Khadijah membebel. Di dalam hati, dia patut duduk
berbincang dengan anak terunanya tentang Zara lebih serius. Tak manis bertepuk
tampar dan bersuka-suka begitu tanpa pertalian yang sah. Menjuruskan diri ke
lembah maksiat dan Hajah Siti Khadijah tidak mahu perkara begitu berlaku
dikemudian hari. Jika anaknya menyukai Zara dia sebagai umi menerima dengan seadanya.
“Saja bergurau, mi!”
Daris sengih.
“Bergurau-gurau juga!
Jangan melebih..kamu berdua bukan ada apa-apa ikatan lagi.” Hajah Siti Khadijah
mengingatkan anak-anak muda itu.
Daris tayang sengih lagi
buat muka suci murni. Padahal betul-betul terkena batang hidung. Jangan
melebih? Dah melebih sangat dah nasib baik tak terbabas je. Kepala ditoleh ke
arah Zara yang selamba menguli tepung. Entah kenapa tangannya terus menyentuh
bibir. Menderu laju darahnya ke kepala. Hish..budak ni!
“Eh, terlupa pula nak
suruh kamu ambil serai kat belakang rumah tadi.” Hajah Siti Khadijah terlupa.
“Ris boleh pergi ambil
sekarang juga.” Mendengar kata-kata ibunya Daris terus memusingkan badannya
ingin ke pintu keluar. Baik dia keluar cepat-cepat sebelum kepalanya melayang
entah ke mana.
“Tak payah, Ris! Biar umi
pergi sendiri. Kamu pergi mandi lekas. Zara dah mandi, kamu je yang belum
mandi. Badan dah bau kambing!” Hajah Siti Khadijah menolak badan anak terunanya
menggesa supaya pergi mandi.
“Umi..” tak puas hati.
Jatuh percentage kemachoannya di depan Zara.
Umi dah hilang di sebalik
pintu. Zara mengekek ketawa tanpa henti. Siap memicit hidungnya supaya tidak
berbau busuk. Daris bengang!
“Oh..” laju tangan Daris
cuba mencubit pipi Zara tetapi cepat pula Zara mengambil pinggan plastik cuba
menutup mukanya. Tindakan spontan membuatkan Zara terlupa pinggan plastik itu
berisi sisa-sisa kulit bawang yang telah dikopek. Habis mata Zara terkena sisa-sisa
kulit bawang.
“Aw..awak..mata
saya..pedihnya!” rengek Zara terpejam-pejam matanya kerana terlalu pedih.
“Jangan buka mata! Wait!”
Daris menggelabah mencari kain bersih. Alamak! Mana nak cekau kain bersih ni?
Takkan nak pakai kain buruk.? Nak cepat punya pasal baju di badan menjadi
alternative. Daris terus ke sinki membasahkan hujung bawah bajunya. Setelah itu
terus pergi mendapatkan Zara yang merengek tak sudah-sudah.
“Jangan bergerak, saya
nak bersihkan mata awak ni.” Daris memegang sebelah bahu Zara manakala
tangannya yang sebelah lagi menarik hujung bajunya sehingga tersingkap ke atas
menampakkan perut dan dada six paxnya. Nasib baik Zara tidak dapat melihat
panorama machonya. Mak aihh..
“Jangan buka mata!” ujar
Daris sewaktu Zara cuba membuka matanya. Mata Zara terpejam lagi.
Dengan penuh perhatian Daris
mengelap mata Zara dengan bajunya yang basah.
“Okay, boleh buka mata.”
arah Daris apabila sudah membersihkan mata Zara.
Zara membuka matanya yang
sudah merah saga. Matanya masih pedih dan berair.
“Pedih..” rengek Zara
dengan wajah masih terpejam-pejam. Wajah Zara yang kemerahan mendongak ke arah
Daris membuatkan Daris terpaku lama. Jiwa lelakinya resah.
“Zara..”
“Pedih awak..” Zara
merengek lagi siap menggoyangkan badannya.
“Zara..” suara Daris
mengendur. Dia tak tahu nak mengadap Zara bagaimana dah? Terlalu menguji
keimanannya. Sudahnya, dia menarik Zara ke sinki lalu disiram air ke wajah Zara
beberapa kali. Sepatutnya dari tadi dia buat begitu tak payah nak mengelap
bagai. Apa yang terlintas di fikirannya tadi pun dia tak tahu?
No comments:
Post a Comment