“DENGAR sini, adik! Lepas ni, abang tak nak tengok adik layan budak form six tu lagi. Ingat! Adik jangan nak
berbalas surat dengan budak form six
tu lagi. Faham tak?” marah Qaiser. Dia cukup menyirap dengan budak lelaki form six yang selalu mengirim surat
dengan Zara.
“Apsal pulak? Zara suka dialah, abang! Dia budak lelaki form six yang paling hensem tau kat sekolah ni. Budak-budak perempuan sekolah lain pun ramai
yang minat dengan dia. Tapi..dia minat Zara.” Zara sengih tidak peduli dengan
teguran Qaiser. Dia memang sukakan Abang Riyan. Mereka dah declare couple dah!
“Abang tak suka adik berkawan
dengan budak perasan bagus tu! Nak termuntah abang!” Qaiser cukup meluat dengan
Riyan yang begitu terkenal dikalangan pelajar perempuan. Huh! Macam bagus!
“Zara dah couple dengan Abang Riyan la..” Zara tak suka Qaiser menghalangnya
dari berkawan dengan Abang Riyan.
“Putuskan! Dengar cakap
abang ni! Adik tak boleh ada hubungan dengan sesiapa pun kecuali abang!” bentak
Qaiser kuat. Sakit betul hatinya melihat Zara berbual mesra dengan budak form six itu di perpustakaan tadi. Kalau
tak disabarkan hati mau ditibai budak form six tu kat tengah
jalan karang.
“Kenapa Zara nak dengar
cakap abang? Zara bukan adik betul abang pun. Abang anak Auntie Qarlina kawan mama Zara je,
kan?” bantah Zara dengan sakit hati. Dia tak pernah kata apa pun bila
kawan-kawan perempuannya meminati lelaki itu. Dia yang selalu menjadi orang
tengah kepada mereka yang meminati Qaiser. Dia sekali pun tak pernah merungut.
“Adik kena dengar! Kalau
tak abang report kat papa dan mama
adik bercinta dengan budak form six!
Adik nak kena grounded ke? No more Disneyland, no more shopping..kelas
persendirian..duduk rumah dua puluh empat jam siap bodyguard, nak?” ugut Qaiser.
“Abang jahat!” air mata
Zara terus tumpah. Qaiser telah menakutkan dirinya. Dia mana boleh hidup dua
puluh empat jam di rumah saja. Siapa boleh tahan dikurung walaupun di dalam
sangkar emas? Zara tak rela. Dia sanggup mengakhiri hubungannya dengan abang
Riyan jika dapat mengekalkan kebebasannya seperti sekarang.
“Ingat, adik! Kalau abang
nampak adik dengan mana-mana lelaki lain lagi. Abang terus report dengan Auntie Delilah.” Qaiser tak habis-habis dengan
mengugut. Sakit betul hatinya Zara menjadi rebutan budak-budak lelaki
sekolahnya.
“Abang ni memanglah! Zara
benci abang!” Zara merajuk terus berpeluk tubuh dengan geram lalu dipalingkan
badannya ke arah lain. Tunjuk protes!
“Adik..abangkan ada! Buat
apa berkawan dengan budak lelaki lain. Adik nak keluar dengan abang bila-bila
masa pun boleh. Mama adik percayakan abang. Dengan budak lelaki lain adik tak
boleh berkawan sesuka hati. Nak keluar pun tak dapat tanpa bodyguard. Hm..?” pujuk Qaiser. Dia sangat-sangat tahu Zara amat menghargai
kebebasan, Hanya dia satu-satunya pintu kebebasan Zara.
“Adik..” pujuk Qaiser
lembut. Rambut Zara dielus dari belakang.
“Okay..Zara putus..” ujar Zara dengan wajah paling monyok. Abang
Riyan..sob..sob..putus kerana
terpaksa..
“Macam tu la adik abang.” Qaiser mengusap rambut
Zara yang lembut beralun.
“Zara nak balik!” dah tak
ada mood! Mood dah diambil oleh Encik
Mahmood. Bergurau dengan hatinya sendiri yang dah tentu-tentu bengang giler! Urghhh..
“Abang hantar?” pelawa
Qaiser.
“Tak payah!” masih
menunjuk protes.
“Okay..karang abang ambil
adik tengok wayang, nak?” tanya Qaiser cuba mengembalikan keriangan Zara.
“Tak de mood!” pendek.
“Hm..kalau tak nak tak apa. Abang tak paksa. Abang balik dulu. Make sure adik balik dengan Uncle George. Kalau abang tahu adik
balik dengan orang lain abang tak teragak-agak beritahu Auntie Delilah adik tak nak dengar nasihat abang.” Sakit hati
dengan penolakan Zara yang banyak kali, masih sempat mengugut.
“Huh!” Zara menghentak kakinya membentak tanda protes dan teramat
geramkan Qaiser yang terlalu mengawal dirinya.
Qaiser tergelak. “Adik..”
tangan Zara ditarik supaya Zara mendekat. Wajah comel Zara dipandang dekat.
Geram betul melihat bibir mungil Zara yang merah asli sedang muncung sedepa.
Kepala Zara digosok-gosok perlahan dengan sengihan nakal. Dengan tidak
semena-mena Qaiser meraup kedua belah pipi Zara lalu memberi satu ciuman di
dahi.
Zara terus tersedu.
Terkejut!
ZARA tersedar dari lamunan. Teringat zaman kanak-kanak, remaja dan
menginjak dewasa yang sentiasa membesar bersama Qaiser. Satu waktu dulu, mereka
terlalu rapat. Qaiser terlalu menyayangi dirinya. Namun, tidak lagi..Qaiser
bukan seperti dulu. Dia bukan lagi keutamaan Qaiser. Dia bukan sesiapa bagi
lelaki itu lagi. Hati Zara terlalu bersedih apabila terfikirkan kenangan lama.
Zara terus berjalan.
Langit mendung seperti memahami perasaan Zara yang terlalu terluka. Air mata
Zara jatuh berderaian. Serentak itu, hujan mula menitik. Zara meneruskan
langkahnya langsung tidak mempedulikan rintik hujan yang mula terasa keras jatuh
di kulitnya.
“Zara..” terasa lengannya
dicapai. Zara menoleh dan kelihatan Daris dengan sekaki payung. Zara hanya
dapat merasakan badannya ditarik dan dipeluk. Sedar-sedar dia sudah berada di
bawah sekaki payung bersama Daris. Bahunya dipeluk erat dari belakang dan
kehangatan dapat dirasai kerana mereka begitu melekat seperti gam UHU. Terus
terngiang kata-kata Daris.
“For every girl with broken heart there is a guy with a glue. Untuk
cantum semula hati yang berkeping-keping tu, don’t worry!” Zara merenung lama wajah Daris tanpa Daris sedari.
Zara seperti tersedar akan sesuatu.
Daris yang melihat Zara
dari jauh dibasahi hujan terus mencari sekaki payung di tempat security guard yang menjaga di hadapan
lobi syarikat.
“Payung ada, uncle?” tanya Daris kepada security guard yang menjaga.
Security guard tak banyak bunyi terus meminjamkan sekaki payung
kepada Daris.
Daris dengan tergesa-gesa
berlari mendapatkan Zara yang sudah menjauh. Bila sudah hampir dengan Zara
terus menarik Zara berteduh di bawah sekaki payung yang dibawanya semata-mata
kerana perempuan itu.. Tanpa diduga dia memeluk bahu Zara dan menarik badan
mereka supaya rapat di antara satu sama lain. Niat Daris hanya satu tidak mahu
Zara kebasahan lagi.
“Kenapa berhujan? Nanti
demam, Zara!” tanya Daris. Kedengarannya seperti marahkan Zara berhujan.
Zara kelu nak bersuara.
Sikap Daris membuatkan Zara sukar nak berkata-kata. Zara tidak tahu kenapa
harus ada Daris di setiap kali dia terluka? Pelindung? Malaikat penjaga? Zara
tidak tahu. Apa yang dia rasakan kini? Zara mula menerima seorang lelaki lain
selain Qaiser di dalam hidupnya.
“Zara? Are you listen what I’m saying? Zara? Awak okay tak ni? Jangan takutkan saya, Zara?” kedengaran suara Daris
cemas pula.
Zara masih memerhati
wajah Daris dari riak wajah tegang marahkan dirinya bertukar menjadi cemas
risaukan dirinya. Hati Zara tersentuh.
“Zara?” Daris cukup risau
melihat Zara merenung dirinya tanpa berkelip. Apa yang tak kena? Daris tidak
dapat menangkap apa yang sedang berlaku dengan Zara? Seperti Zara baru
mengalami shock sehinggakan tiada
kata-kata yang mampu diucapkan.
“Bertenang, Zara! Ikut
saya ke café, okay?” Daris cuba
menenangkan Zara ingin membawa Zara ke café
yang berdekatan.
Daris mendorong Zara
dengan memeluk bahu Zara disepanjang perjalanan mereka ke café.
“Daris!” Zara tiba-tiba
bersuara sewaktu mereka masih berjalan menuju ke café di dalam renyai-renyai hujan. Mendongakkan wajah merenung
Daris.
Daris menundukkan wajah melihat Zara dengan pandangan tidak
mengerti.
Mereka saling memandang..
“Saya akan mengingati
awak setiap kali hujan mula menitik. Perasaan hujan dan kehangatan di samping
awak membuatkan saya kuat. Awak balut jiwa saya dengan sikap hangat awak.
Terima kasih, awak! Kerana selalu ada..” tangan Daris yang sedang memegang
pemegang payung di genggam lembut. Zara merenung lembut ke dasar mata Daris
biarpun matanya masih berkaca-kaca.
Mereka masih
berpandangan.
“Zara..” Daris dapat
merasakan hati Zara yang bersedih. Tidak semena-mena menarik Zara rapat ke
dadanya.
“Menangislah sepuas-puas
hati..” Daris rela dadanya basah dek air mata jika dapat mengembalikan
keriangan di wajah Zara.
“Daris..” Zara
teresak-esak di dada Daris dengan semahu-mahunya.
Hujan semakin deras
membasahi bumi. Mereka berdua di bawah sekaki payung. Saling menyandarkan hati
masing-masing.
TAN SRI Megat Arman Zainal Abidin menganjurkan majlis makan malam
tahunan syarikatnya. Kesemua pekerja tidak kira pekerja atasan atau bawahan
dijemput memeriahkan majlis. Tidak terkecuali Zara sebagai pemegang saham dan
rapat dengan keluarga Qaiser dia tiada alasan untuk tidak menghadiri majlis
itu. Zara menghadiri majlis itu separuh hati. Bila teringatkan Daris juga
menghadiri majlis itu barulah Zara bersemangat sedikit untuk menghadirinya.
Zara berhias cantik
dengan gaun malam berwarna keemasan. Gaun yang terdedah di dada dan belakang.
Fesyen berkemban! Rekaan dari rumah fesyen terkemuka di New York. Bila sudah
berpuas hati, Zara turun ke bawah. Zara akan mengikuti papa dan mama ke majlis
itu. Zara tidak mengharapkan Qaiser datang menjemputnya seperti waktu yang
sudah-sudah. Dia dan Qaiser sudah lama tidak berhubungan.
Dato Sri Farid hanya
menggelengkan kepala melihat anak daranya berfesyen dengan gaun malam yang
terlalu terdedah. Matanya dijelingkan pula ke arah isterinya menunjukkan
perasaan tidak puas hati dengan sikap anak dara yang terlalu berani dengan
fesyen tidak cukup kain. Datin Sri Delilah hanya menjungkitkan bahu. Dato Sri
Farid masih menggeleng-gelengkan kepalanya sewaktu George membukakan pintu
Rolls Royce putih.
George juga menjungkitkan
bahu sewaktu Dato Sri Farid melabuhkan punggungnya ke seat yang empuk. Huh!
Ramai betul yang menyebelahi anak manjanya itu termasuk ketua securitynya. Zara! Zara!
MAJLIS berlangsung dengan gilang gemilang sewaktu Zara melangkah
masuk. Lampu disorot ke arahnya sewaktu dia sedang berjalan masuk ke dalam ballroom. Zara tidak gentar kerana dia
sudah biasa begitu. Menjadi perhatian setiap mata di dalam majlis itu. Zara
umpama patung cendana ada yang menggelarkan Zara seperti patung Barbie pun ada.
Dengan rambut yang keemasan dan gaun malam yang juga keemasan. Terlalu menarik
dan menjadi perhatian.
Zara mengikuti papa dan
mamanya ke meja makan VVIP. Tidak sampai
beberapa minit dia duduk di situ Zara mula tidak betah. Dia dilanda kebosanan.
Selalunya dia bersama dengan Qaiser setiap masa jika menghadiri apa-apa majlis.
Tetapi, perkara itu tidak lagi menjadi kebiasaannya lagi.
Zara tidak tahu dia harus
lakukan apa? Zara langsung tidak teringatkan Daris. Sewaktu pengacara majlis
mengumumkan ketibaan Tan Sri Megat Arman Zainal Abidin pengerusi Armada. Zara
menoleh kerana dia tahu pasti Qaiser juga berada di situ. Zara ingin tahu
adakah Qaiser juga berseorangan seperti dirinya? Ternyata sangkaan Zara meleset
sama sekali. Zara melihat Qaiser begitu megah bergandingan dengan seorang gadis
yang lembut dan ayu dengan gaun malam berwarna green emerald. Semangat Zara terus down
dengan tiba-tiba. Tubir matanya mula panas dek takungan air mata. Zara cuba
kuat tetapi dia tidak berdaya. Hatinya terlalu sakit melihat perempuan lain
berjalan bergadingan dengan Qaiser sambil memeluk lengan perkasa Qaiser yang
satu waktu dulu dia juga terlalu megah apabila berjalan bergandingan dengan
lelaki itu.
Qaiser dilihatnya terlalu
kacak dengan tuksedo putihnya. Alam bagaikan terhenti sewaktu melihat Qaiser
melangkah masuk ke dalam ballroom
persis seorang putera raja sedang melangkah ke singgahsana. Qaiser nampak
begitu gembira dengan pasangannya. Hati Zara tidak berdaya memandang Qaiser
tersenyum lebar memandang pasangannya. Senyuman semanis itu tidak pernah
terukir sekali pun untuk dirinya. Hati Zara menjadi sayu.
Hati yang sudah terluka
bagai disiram cuka bila Qaiser dan pasangannya mengambil tempat di meja yang
sama dengan Zara duduki. Zara cuba tersenyum walaupun awkward sewaktu Qaiser
menyapa. Tanpa sedar Zara menggenggam napkin di atas riba dengan kuat cuba
menahan dirinya sedaya yang mungkin. Wajah Qaiser yang bersahaja sewaktu mata
mereka berlaga membuatkan Zara mengetap bibir dengan tiba-tiba. Lelaki itu
benar-benar tiada perasaan! Qaiser melayannya seolah-olah dia seorang yang
asing. Setiap yang pernah berlaku di dalam hidup mereka tidak pernah memberi apa-apa makna bagi lelaki itu. Every moment..every kiss..even the fight and
the pain. Zara amat kecewa.
“Excuse me..” Zara bingkas bangun. Dia tidak dapat bertahan lagi.
Dia harus pergi. Mata, telinga dan lebih-lebih lagi hatinya tidak dapat
bertahan jika dia masih berada di situ. Tanpa memandang Qaiser dan pasangannya
Zara terus beredar. Zara sempat menjeling mama yang memandang simpati ke
arahnya. Zara hanya memandang mama dengan mata yang sudah berkaca-kaca. Zara
menggelengkan kepala sebelum berlalu.
Baru separuh jalan Zara
melangkah, kedengaran pengumuman dari pengacara majlis. Jelas di telinga Zara
pengacara majlis menjemput Qaiser memberi ucapan. Zara berpusing ke belakang.
Entah kenapa Zara teringin melihat Qaiser di atas pentas. Mungkin itulah kali
terakhir dia melihat Qaiser. Zara tersenyum nipis melihat Qaiser segak dengan
tuksedo pilihannya. Zara baru teringat itulah pilihannya yang terakhir untuk
lelaki itu. Selepas ini, tak akan ada lagi.
Zara menunduk dan mula
melangkah. Zara tidak sepatutnya berada di situ dari awal lagi. Langkah Zara
tiba-tiba terhenti. Telinganya dapat menangkap suara Qaiser sedang mengumumkan
sesuatu. Zara berpusing lagi.
Terpempan dan benar-benar
terkejut.
Kelihatan Qaiser begitu
erat memeluk pinggang bakal tunangannya yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Itulah pengumuman Qaiser sebentar tadi. Zara hampir tumbang mendengar
pengumuman dari Qaiser. Hatinya seakan ditikam berkali-kali sehinggakan Zara
sukar untuk bernafas. Zara cuba bernafas seperti biasa namun terasa semput.
Salur pernafasannya terasa sempit dan membuatkan Zara memegang dada dan leher.
Ditambah tepukan gemuruh bergema di seluruh ballroom
membuatkan Zara memejamkan mata. Zara dapat merasakan badannya ringan dan
semakin ringan.
“Zara!”
“Daris..” terus memeluk
Daris. Kakinya teramat longlai dan sukar untuk berdiri dengan dayanya sendiri.
Zara terpaksa berpaut pada Daris.
“Bertenang Zara..” Daris
menyokong Zara dari rebah. Memaut bahu Zara dengan erat. Kemudian, mendorong
Zara keluar dari ballroom. Zara perlukan udara segar.
“ Okay sikit tak?” tanya Daris sambil menghulur air mineral kepada
Zara yang duduk di sofa di ruang lobi. Daris lihat wajah Zara kelihatan amat
pucat walaupun dilitupi mekap.
Zara hanya mengangguk
lesu sambil meneguk sedikit air mineral pemberian Daris.
“Zara..saya hantar awak
balik.” Daris fikir yang dia patut menghantar Zara pulang. Zara kelihatan
terlalu lemah pada pandangan matanya. Daris tahu Zara tidak dapat menerima
kenyataan yang CEO mereka akan bertunang dengan perempuan lain. Zara tahu hati
Zara amat terluka tetapi dia buntu tidak tahu bagaimana harus memujuk?
Tanpa menunggu Zara
bersuara Daris memegang kedua belah bahu Zara dan membangunkan Zara supaya
berdiri. Zara hanya menurut dengan lemah. Hatinya lesu.
Zara masih mendiamkan
diri di dalam kereta. Daris hanya mampu mengeluh. Daris terlalu kasihankan
Zara. Perempuan itu walaupun pada luarannya kelihatan angkuh dan sombong namun
bukan begitu sifat dalamannya. Daris melihat Zara dari sudut berlainan. Daris nampak
sisi Zara yang bersedih dan terluka. Zara seorang yang amat memerlukan
perhatian dan perlindungan. Oleh kerana
itu, Daris selalu terdorong untuk menjaga dan melindungi perempuan itu. Terjadi
begitu saja tanpa alasan..
“Dear..” seru Daris cuba memujuk. Bukan dia sengaja mengada-ngada
memanggil Zara begitu. Ia hanya perkataan lembut untuk memujuk. Daris tiada
niat lain.
“Daris..hug me!” Zara yang lama berdiam diri
tiba-tiba bersuara.
“Hah?” Permintaan Zara amat mengejutkan Daris.
“Buat saya lupakan Qaiser!”
suara Zara kedengaran bukan meminta tetapi seperti arahan. Daris blur dengan sikap Zara yang tiba-tiba
berubah dari lesu kecewa bertukar menjadi agresif dan menggoda.
“Saya tak faham, Zara?”
Daris merenung Zara dari sisi tanpa berkelip. Sedang berfikir apa yang
dimaksudkan oleh Zara sebenarnya.
“Saya akan buat awak
faham, Daris!” Zara yang hanya memandang ke hadapan nekad melakukan sesuatu
yang berani. Zara hanya ingin melupakan lelaki bernama Qaiser. Jika begini
jalan yang boleh membuatkan dia melupakan Qaiser sampai bila-bila Zara sanggup!
Zara terus membawa
badannya merapati Daris dan terus mengucup bibir Daris.
Dunia seakan terhenti..
Daris tercengang dengan
kucupan Zara yang masih melekat di bibirnya. Tidak berkelip merenung Zara.
Terkejut pada mulanya kemudian naluri lelakinya menjalar ke segenap salur
darah. Dia juga seorang lelaki.
Wajah Zara direnung
tajam.
Zara kembali menyandar.
Dia tidak percaya dengan dirinya kerana terlalu nekad. Tangannya tanpa sedar
menyentuh bibirnya yang masih basah. Zara menoleh ke arah Daris. Lelaki itu
sedang merenungnya dengan renungan yang tajam. Zara mengagak Daris marah dengan
sikap nekadnya. Perasaan kesal mula bertandang di hati kerana membuat Daris
begitu. Dia cuba mempergunakan Daris bagi tujuan melupakan Qaiser. Betapa selfishnya dia!
“I’m sorry, Daris! Saya tak patut! Oh..” Zara rasa bersalah
sangat-sangat.
Situasi mereka menjadi
janggal dan Zara tidak senang duduk.
“Kita balik, Daris!” ajak
Zara cuba menjernihkan suasana. Seat belt
yang berada di sisi ditarik bersedia untuk memulakan perjalanan namun belum
sempat Zara lock seat belt tangan
Zara ditarik pantas oleh Daris sehingga rapat.
Terlalu rapat! Hidung
bertemu hidung.
Zara pula yang tercengang.
Tidak faham dengan sikap Daris pula.
Sewaktu Daris mula
mendekatkan wajahnya Zara memejamkan matanya. Zara dapat merasakan bibirnya
dikucup lembut. Zara membuka matanya. Terasa bibirnya dikucup lembut kemudian
bertukar rentak menjadi liar. Zara sukar bernafas dan perasaannya mula dilanda sesuatu
yang sukar diungkap. Tanpa sedar Zara mula membalas kucupan demi kucupan
sehingga tidak terkawal lagi.
“Hotel room?” desah Daris
di telinga Zara kerana dia tidak dapat menahan dirinya lagi. Nafsunya tidak
dapat dibendung lagi. Dia hanyalah manusia biasa. Kehidupan yang cuba dia
tinggalkan sewaktu di US tersingkap satu persatu. Bila cuba berubah kepada yang
lebih baik cubaan semakin keras menghujani diri.
Melihat anggukan Zara
membuatkan Daris menjadi lebih tidak terkawal.
No comments:
Post a Comment