“DARIS..awak tak perlu layan saya macam ni. Sikap awak ni boleh buat
saya salah faham.” Ujar Zara dah tak tahan menahan debaran jantungnya yang
berdegup tidak sekata sedari tadi. Rasa seperti nak terkena heart attack pun
ada. Zara terfikir lelaki di hadapannya itu sebenarnya seorang yang merbahaya.
Bahaya untuk para gadis dengan sikap caring
terlebihnya. Boleh buat para gadis salah faham. Zara gigit bibirnya tanpa
sedar. Serentak itu, Zara dapat merasa kehangatan jari Daris mengusap bibirnya.
Jantung Zara menderu laju.
“You mean..yang tadi tu? Sorry,
sikap saya tadi tu buat awak salah faham. It’s
just a little help from me. Forget it!” tak menyangka pertolongan kecilnya
disalah erti pula. Daris sengih.
“Dear..awak betul-betul tak tahu hati perempuankah?” Zara
menggelengkan kepalanya dengan sikap Daris yang terlalu perhatian dengan
perempuan. Zara tidak tahu hanya dengan dirinya sajakah atau dengan perempuan
lain juga Daris bersikap perhatian begitu? Jika memang sifat azali Daris sememangnya
begitu, memang Daris seorang lelaki yang merbahaya.
“Well, dear..lelaki tidak akan pernah tahu tentang hati perempuan!
Jenis spesies susah nak faham. Bila
lelaki faham A, perempuan fahamnya Z. Jauh dari jangkauan fikiran. Awak tak
rasa perempuan tu, merbahaya!” selamba Daris meluahkan buah fikirannya.
Zara tergelak bengang. Amboih!
“Girls fact! Millions of things are running in her mind. Itu yang
merbahaya!” tambah Daris sengaja memanaskan Zara. Tergelak bila melihat Zara
sudah kembang kempis menahan marah. Nampak comel dengan pipi memerah.
“So..apa yang ada dalam fikiran lelaki pula? Millions of things are running in his mind to break girl’s heart,
right?” balas Zara geram.
“Zara..you know what? For every girl with broken
heart there is a guy with a glue. Untuk cantum semula hati yang
berkeping-keping tu, don’t worry! Mans
fact! Believe me!” Daris
tersengih kemudian tergelak.
Zara dah cemberut. Wah!
Wah! Ini sudah lebih! Sakit pula hatinya mendengar kata-kata Daris. Bila sakit
hati dia teringatkan Qaiser yang tidak pernah cuba memahami dirinya,
perasaannya dan hatinya. Tidak pernah sedikit pun mencuba. Sayu pula hatinya.
“Daris! Awak pernah
terluka? I mean..sentiasa dilukai..to be hurt, to feel lost, to be left out in
the dark, to be kicked when you’re down, to feel like you’ve been pushed
around, to be on edge of breaking down and no one’s there to save you. No, you
don’t know what it’s like!” teringat setiap perkara Qaiser pernah lakukan
terhadap dirinya satu persatu. Adakah dia yang terlalu bodoh membiarkan dirinya
dipergunakan oleh lelaki itu sesuka hati?
“Ada lelaki dengan gam UHU ke? Gam gajah ke? Dapat ke tampal
balik hati yang dah berkeping-keping tu? Dapat?” Zara marahkan siapa sebenarnya? Marah dengan
kata-kata Daris atau marahkan Qaiser yang selama ini memperkotak-katikkan
perasaannya? Urghhh..
“Zara..I’m so..sorry..my fault! Saya tak patut
buat awak tersinggung. Saya agak saya dah terlebih bergurau ni! I didn’t mean anything to hurt your feeling.
Ah, mulut ni!” Daris tepuk mulutnya yang lancar sangat berkata-kata. Dia
dapat merasakan Zara di dalam kekecewaan yang teramat sangat. Mungkinkah kerana
CEO mereka?
“I really don’t know, Daris..” Zara menundukkan wajah. Kenapa
hatinya begini? Kenapa berdenyut demi untuk lelaki bernama Qaiser?
“Zara..walau seremuk mana
hati dilukai, bentuklah ia semula dan serahkannya kepada Allah.
Sesungguhnya..Allah sentiasa ada untuk hamba-Nya.” Itu saja yang mampu Daris katakan.
Dia bukan siapa-siapa dengan gadis itu dan dia tidak tahu hujung pangkal
perihal gadis itu.
Kata-kata Daris
membuatkan hati Zara bagai diregut sesuatu. Zara terasa diri amat kekurangan.
Walaupun dia kaya harta tetapi seperti dia miskin sesuatu? Ada kekosongan di
dalam hatinya.
Zara membuang pandang ke
arah luar menerusi cermin lutsinar. Dari dalam café, Zara terlihat seseorang yang amat dia kenali berada di luar
sedang berjalan berduaan dengan seorang perempuan yang tidak dikenali.
Kemudian, Zara tergelak pahit.
Daris pelik dengan riak
wajah Zara seperti terlihat sesuatu. Lantas, menoleh ke arah yang sama. Daris
nampak CEO mereka berjalan dengan
seorang perempuan. Daris tarik nafas dan menghembus nafas dengan keluhan.
Mungkin Zara terlalu menyukai CEO
mereka? Daris dapat merasakan kepedihan hati Zara kini. Barulah Daris mengerti
setiap kata-kata Zara tadi.
“Be that girl who never backed down, Zara! Be that strong girl that
everyone knew would make it through the worst,” Daris membawa badannya
sekali lagi mendekati wajah Zara yang suram. Wajahnya sengaja mendekat mencari
anak mata Zara yang kehilangan cahaya. Lantas, Daris meletakkan tapak tangannya
ke pipi Zara. Hangat tapak tangan Daris menghangatkan hati Zara yang kedinginan
dengan cinta.
Zara mendongak.
Tersentuh..
Mereka bertatapan dengan
perasaan berbaur.
“TAK mau la..ma! Abang
Qaiser dah ada orang lain. Buat apa Zara pergi ofis dia lagi.” Zara malas nak bangun dari katil. Zara sedang bersedih.
Meratapi kepedihan Qaiser mustahil untuk dimiliki lagi kerana lelaki itu telah
menemui cinta sejatinya.
“Is that true?” Datin Sri Delilah terkejut mendengar kata-kata anak
kesayangannya.
“Betullah, ma! Abang
Qaiser betul-betul bersungguh dengan perempuan tu. Pertama kali Zara melihat
Abang Qaiser begitu serius dengan perempuan. Zara nak buat apa lagi, ma?” luah
Zara dengan perasaan membuku. Sungguh Zara sakit hati tetapi dia bukan
siapa-siapa dengan lelaki itu. Mereka tidak pernah bercinta. Hanya dia yang
memburu Qaiser sedari dulu lagi. Qaiser tidak pernah membalas cintanya.
“Sini, sayang..” panggil
Datin Sri Delilah cuba memujuk hati anak perempuan kesayangannya. Datin Sri
Delilah tahu pasti Zara terluka teruk. Dia tahu hati Zara bagaimana dengan
Qaiser. Datin Sri Delilah mengeluh. Mereka teramat kaya namun ternyata dengan
harta kekayaan mereka tidak dapat membeli kebahagiaan anak mereka sendiri.
Datin Sri Delilah kesal.
Zara terus mendapatkan
mama dan tanpa dapat ditahan lagi jatuh berderaian air matanya. Zara memeluk
mama dengan erat sekali.
“It’s okay..shh..dah jangan menangis lagi. Nanti mama bincang dengan
Puan Sri pasal Qaiser,” Datin Sri Delilah menepuk perlahan belakang anak
kesayangannya memberi semangat.
“Jangan mama! Tak ada
gunanya lagi..Abang Qaiser memang tak pernah sukakan Zara dari dulu lagi. Kalau
dia ada perasaan dengan Zara dah lama dia terima Zara, ma! Jangan paksa Abang
Qaiser lagi. Lagipun, perempuan yang dia sukakan tu perempuan baik-baik dan
Abang Qaiser nampaknya terlalu sukakan perempuan tu. Biarlah..Zara rela, ma!
Demi kebahagiaan Abang Qaiser Zara terima.” Zara terlalu mencintai Qaiser.
Kegembiraan dan kebahagiaan lelaki itu adalah kebahagiaan dan kegembiraannya
juga. Cinta tidak semestinya memiliki. Walaupun pahit dan terlukanya hati.
Biarkan saja perasaan ini, pasti suatu masa akan pergi jauh-jauh melewati masa.
“Tapi, anak mama yang
terluka. Mama sakit hati melihatnya, Zara.” Datin Sri Delilah tidak dapat
menerima hati anak kesayangannya disakiti sewenang-wenangnya.
“Ma..biarlah..selepas
ini..Zara tidak mahu mengambil tahu tentang Abang Qaiser lagi. Zara akan
berhenti, ma!” Sepatutnya begitu. Selama ini Zara ibarat penjaga kepada Qaiser.
Segalanya Zara yang uruskan padahal mereka tidak pernah punyai apa-apa hubungan
istimewa. Hanya kerana mereka berdua berkawan rapat sedari remaja lagi dan juga
kerana keluarga mereka berkawan rapat. Selepas ini, Zara akan mengikut hala
tujunya sendiri dan tiada kena mengena lagi dengan lelaki bernama Qaiser.
Lagipun, Qaiser sudah mempunyai perempuan lain yang akan menjaga dan mengambil
tahu. Buat apa dia nak menyibuk lagi.
“Kita pergi bercuti
sayang? Pergi Europe nak?” Datin Sri
Delilah memberi cadangan cuba menggembirakan hati anak kesayangannya. Mungkin dengan
bercuti anaknya dapat melupakan Qaiser.
Mungkin tidak sepenuhnya sekurang-kurangnya dapat menenangkan fikiran.
Zara menganggukkan
kepalanya bersetuju dengan cadangan mama. Zara inginkan ketenangan hati.
Biarlah dia membawa hati yang retak berjuta ini pergi. Qaiser tidak memerlukan
dirinya lagi.
HATI Zara berbelah-bagi, dia sebenarnya tidak mahu melangkah lagi
ke Armada namun dia harus juga kerana dia pemegang saham terbesar selepas Tan
Sri Megat Arman Zainal Abidin, Megat Qaiser dan papanya sendiri. Zara terpaksa
mengikuti papa ke mesyuarat agung syarikat mereka. Terpaksa!
Zara seperti biasa
sentiasa cantik dengan pemakaiannya tetapi ada perubahan sedikit dengan gayanya
pada hari ini kerana selalunya Zara gemar mengikuti fesyen Paris Hilton.
Tetapi, tidak pada hari ini Zara mengenakan pakaian dari rekaan pereka fesyen
terkenal iaitu Zang Toi. Dari atas sehinggalah ke bawah semuanya berwarna putih
gading. Rambutnya yang keemasan dan curly
dibiarkan lepas bebas dan diselit pin rambut bertatahkan berlian di tepi
kepalanya. Terlalu cantik dan sofisikated.
Kehadiran Zara di bilik
mesyuarat mengundang banyak mata ke arahnya. Zara hanya tersenyum. Papa hanya
melirik ke arahnya perasan begitu banyak mata memandang ke arah anak daranya.
Sempat dilihat papa menggelengkan kepala. Zara nak tergelak di dalam hati.
Bukannya dia salah apa-apa pun. Zara mengikuti papa dari belakang. Zara
langsung tidak mencari di mana Qaiser berada. Zara dah tahu sangat tempat
Qaiser di mana dan dia tidak peduli langsung. Sewaktu Zara duduk, sempat
jugalah matanya memandang ke arah Qaiser yang berada betul-betul di hadapannya.
Zara memandang tanpa riak dan kosong. Kemudian, Zara mengeluarkan Ipad dari briefcase comelnya. Baik dia melayan facebook lagi bagus.
Mesyuarat berlangsung
tidak lama kemudian tetapi Zara dengan dunianya sendiri. Bila memerlukan persetujuan
darinya, Zara hanya memandang papa dan mengangguk setuju jika papa
menganggukkan kepala. Zara tidak tahu apa-apa. Zara hanya pemegang saham
sekadar pada nama sahaja. Kemudian, perhatiannya lebih kepada mengadap Ipad.
Zara tersenyum-senyum sendiri sewaktu chatting
dengan Daris di facebook. Lelaki itu
terlalu sweet orangnya. Terlalu
perhatian. Senang berkawan dengan lelaki itu.
“Ehem..sudah-sudahlah tu! Meeting
dah habis.” Tegur papa sewaktu dia sedang leka membalas mesej dari Daris.
Zara mendongak dengan
wajah tersengih. Kemudian, cepat-cepat bangun dan mengikuti papa dari belakang.
Zara ingin menemui Daris di bawah. Daris sedang menunggunya.
“Zara pulang dulu! Papa
ada hal dengan Uncle Megat.” Ujar
papa menyuruh Zara beredar terlebih dahulu tanpa menunggu papa. Zara hanya
tersenyum mendengar kata-kata papa kerana dia sememangnya terburu-buru ingin
berjumpa dengan Daris di bawah.
Kaki cepat dihayun ke
arah lif. Sewaktu melalui bilik Qaiser, tiba-tiba lengannya ditarik dari
belakang. Zara terpinga-pinga. Matanya pantas mencari siapa yang suka-suka hati
menarik lengannya dengan kasar.
“Lepaslah! Buat apa
tarik-tarik Zara macam ni? Sakitlah!” Zara terus merentap tangan Qaiser yang
sedang memegang tangannya dengan kuat. Rupanya Qaiser yang mengasarinya.
“Ikut abang!” Qaiser
tidak peduli terus menarik tangan Zara sehingga ke ofis. Arni pula yang terpinga-pinga dengan sikap kasar bosnya
menarik Zara masuk ke dalam ofis.
“Apa kena dengan mereka
berdua tu?” getus hati Arni hairan. Dah lama Miss Zara tidak muncul di pejabatnya. Alih-alih hari ini muncul
pula. Bila muncul drama sebabak pula terhidang di depan mata. Apa hal?
“You..sit down!” paksa Qaiser menyuruh Zara duduk dengan paksaan.
“Kenapa dengan abang ni?
Sakit lengan Zara ni.” keluh Zara sambil menggosok lengannya yang sudah
berbirat merah.
“Zara pergi mana malam
tu?” tanya Qaiser geram. Teringat Zara yang hilang begitu saja sewaktu di hotel
dulu. Qaiser menyuruh Zara mengorek rahsia perniagaan boleh pula Zara
menghilangkan diri. Yang membuatkan dia lebih menyirap melihat Zara menonong
mengikuti seorang lelaki tidak dikenali. Entah pergi ke mana? Jangan-jangan
pergi ke tempat yang tidak elok untuk memuaskan nafsu. Qaiser begitu mudah
membuat penilaian.
“Zara balik rumah! Tak
sihat!” dalih Zara. Malas nak memberitahu perkara yang sebenar. Bukannya Qaiser
mahu mendengar kata-katanya pun.
“Tak sihat atau pergi
menggatal mengikut jantan. Abang nampak Zara, mata abang belum buta. Zara
mengikut jantan mana entah malam tu? Pergi puaskan nafsu, kan?” tuduh Qaiser
tanpa berfikir panjang.
“Dah tau kenapa bertanya lagi!” urghh..Zara
rasa nak meletup dituduh yang bukan-bukan. Kalaulah Qaiser tahu apa yang
berlaku terhadap dirinya malam itu, apa agaknya tindakan Qaiser? Menyelamatkan
dirinyakah? Atau membiarkan dirinya dibaham lelaki-lelaki tua kerepot yang nak mampus tu?
“Pasal Zara, abang kalah
dengan tender Mr Jang tu! Syarikat
kerugian berjuta ringgit tahu tak?” Qaiser memaki Zara seenaknya. Sakit hatinya
bila mendapat tahu Global yang
memenangi tender AXL industries.
Kredibilitinya sebagai CEO dipertikaikan
lagi oleh pemegang-pemegang saham tadi dan dia melihat Zara hanya
tersengih-sengih dan tersenyum-senyum mengadap Ipad. Mau tak bertambah-tambah sakit hatinya.
“So what? Kalau dah tahu Zara tak boleh diharap kenapa harapkan
Zara. Carilah perempuan lain untuk menjayakan rancangan abang tu!” Zara terus
bangun. Buat apa dia di sini hanya sekadar mendapat maki hamun orang. Dia juga
ada harga diri.
“Sit down, Zara! Abang tak habis lagi ni.” Qaiser menahan dan
memaksa Zara duduk kembali.
“Why should I care, hah?” Zara hangin.
Tangan Qaiser menahan.
Kedengaran bunyi ring tone handphone
Qaiser dari dalam poket seluarnya. Tangan masih menahan Zara dari bangun. Zara
terdiam. Malas nak melawan. Hanya mendengar suara Qaiser yang sedari tadi kasar
bertukar lembut apabila bercakap di talian. Zara tahu pasti perempuan itu,
kekasih hati Qaiser. Hati Zara mendongkol geram.
“Well..abang tengah meeting
tadi sayang. Pasal tu tak dapat menjawab panggilan sayang.” Lembut saja suara
Qaiser memujuk kekasih hatinya.
Wajah Zara masam. Sakit
telinganya mendengar suara lembut Qaiser berbicara dengan kekasih hatinya.
Kalau dengan dia entah berapa skala ritcher suara halalintar membelah bumi. Huh! Sebal..sebal..
“I’m sorry..It’s my fault..Abang
banyak kerjalah sayang. Jangan marah dengan abang.” Zara mendengar lagi.
Terkejut juga mendengar Qaiser memohon maaf kerana itulah perkara yang paling
susah Qaiser ingin lakukan. Perempuan itu benar-benar istimewa di hati Qaiser.
Hati Zara terasa sayu pula. Dirinya tidak pernah dilayan sebegitu baik oleh Qaiser.
“No, I haven’t eaten anything yet! I’m so hungry, sayang.”
“Yes, I’m so tired..”
“But,It’s all gone when I hear your voice.” Rengekan Qaiser
membuatkan Zara tidak percaya. Sudah lama dia tidak melihat Qaiser yang manja
begitu. Qaiser yang manja begitu hanya pernah dilihat sewaktu zaman remaja
mereka. Satu waktu dulu mereka teramat rapat dan sering berdua. Apabila
menginjak dewasa, sikap Qaiser banyak berubah. Dingin dan tidak lagi rapat
dengannya. Hanya dia yang terhegeh-hegeh mencari perhatian Qaiser. Zara tidak
dapat melupakan kenangan sewaktu remaja mereka yang seindah pelangi.
“Senyum untuk abang!
Jangan tipu abang tahu sayang tengah tarik muncung. Tengok tu! Dah boleh buat
sangkut baju dah.” Kedengaran Qaiser berseloroh dengan kekasihnya. Zara makan
hati dengan sikap Qaiser yang tidak peduli dengan kehadirannya di situ seperti
sengaja mahu menunjukkan kemesraannya dengan kekasih hatinya.
“Do you love me?” That’s it! Zara rasa dia sudah cukup mendengar
perbualan pasangan kekasih yang bahagia. Zara harus keluar dari situ sebelum
hatinya terbakar dengan perasaan cemburu dan sakit hati yang melampau.
“Yes, I love you too..”
Zara bingkas bangun
dengan kasar. Zara dah hampir nak meletup sekarang ni.
“I’m not done with you yet!” bisik Qaiser cepat di telinga Zara
sebelum Zara sempat melangkah. Lengan Zara dipegang kuat. Dalam waktu yang sama
Qaiser masih berbual di talian.
Tajam mata Zara memandang
Qaiser. Tidak percaya Qaiser masih sanggup menahan dirinya dari beredar
walaupun sedang berbual dengan kekasih hatinya. Masih belum puas menyakiti
hatinya lagikah?
“Sayang..I got to go now. I’ll see you at exactly
eight! Kita dinner sama-sama, okay?”
perbualan masih belum ditamatkan.
Zara berusaha membebaskan
dirinya.
“Okay, bye sayang.”
“Let go of me!” tinggi suara Zara menyuruh Qaiser melepaskan
dirinya. Lengannya terlalu sakit dipegang kuat begitu. Malah hatinya juga
terlalu sakit dengan kemesraan Qaiser dan kekasih hatinya.
“Kita belum habis lagi,
Zara!” suara Qaiser juga meninggi.
“Apa yang abang nak lagi
ni? Kalau pasal malam tu? Okay, Zara
memang ikut jantan tu! Puas hati! Tapi, kalau nak salahkan Zara kerana
kehilangan tender tu? Okay, salah Zara! Puas hati! Jadi,
selepas ini jangan nak harap apa-apa lagi dengan Zara.” jerit Zara geram. Bagi
Qaiser menyalahkan dirinya jika itu membuatkan Qaiser berpuas hati.
“Oh..tahu nak mengaku!
Keluar dengan entah mana-mana jantan! Zara ni betul-betul rosak tau tak? Rosak!
Bibir ni..dah lumat dikerjakan jantan tu, kan? Tapi, masih nak melawan cakap
abang!” bibir Zara dicuit kasar.
Zara cuba mengelak jari
Qaiser yang mencuit bibirnya. Air matanya tidak dapat ditahan lagi. Mudahnya
mulut Qaiser menuduhnya bukan-bukan setelah begitu banyak pengorbanan yang
telah dia lakukan untuk lelaki itu. Sampainya hati..
“Kalau Zara rosak pun
abang peduli apa? Bibir Zara, tubuh badan Zara suka hati Zara nak bagi kat siapa pun. Siapa abang dengan Zara?
Bukan sesiapa, okay!” balas Zara.
Hatinya terlalu sakit dengan kata-kata Qaiser yang tajam menikam tangkai hatinya.
“Oh..macam tu! Dari bagi kat entah mana-mana jantan baik bagi kat abang, kan? Biar abang yang puaskan
Zara. Kenapa tak cakap dengan abang kemaruk sangat dengan jantan? Abang boleh
puaskan Zara.” serentak itu Qaiser memagut bibir Zara dengan kasar. Kelakiannya
amat tercabar dengan kata-kata Zara.
Terkejut Zara dengan
tindakan Qaiser memagut bibirnya dengan kasar dan mengucup tanpa henti. Zara
meronta-ronta cuba melepaskan diri. Tangannya memukul-mukul dada Qaiser.
Qaiser yang tidak dapat
menahan dirinya dipukul terpaksa melepaskan Zara. Dadanya terasa sangat sakit
dengan pukulan Zara.
“Ahhh..You..jerk!!” Zara menjerit nyaring. Zara sudah tidak peduli.
Biar semua orang mendengarnya.
“Do you have any respect for me, hah! At least, once!” Zara menangis
semahunya. Zara tidak dapat menahan perasaan geram dan sakit hatinya lagi
bertindak memukul Qaiser lagi. Pukul dengan kuat dan semahunya. Zara benar-benar
sakit hati.
Qaiser terpaksa melawan
dengan memegang tangan Zara yang tidak sudah-sudah memukul dirinya.
“Hei..sudahlah tu,
perempuan!” Qaiser pula menjerit tidak tahan dengan Zara yang asyik memukul.
Zara menolak dada Qaiser
dengan kuat. Qaiser terdorong ke belakang hampir terjatuh ke belakang tetapi
masih dapat mengawal dirinya dari terjatuh.
Zara telah tiada. Bagai
taufan berlalu meninggalkan pejabatnya dengan suasana kelam-kabut. Qaiser
terpaku. Tidak menyangka Zara menjadi agresif seperti itu. masih terasa bibirnya
yang basah dengan kucupan mereka.
ZARA berlari masuk ke dalam lif, dia tidak peduli dengan mata-mata
yang melihat dirinya yang berserabut dan menangis macam orang gila keluar dari
bilik CEO mereka. Entah drama apa yang berlaku di dalam mereka semua tidak tahu
hanya mengandaikan di dalam fikiran sahaja. Masing-masing terfikirkan budak
human resource menjadi punca perbalahan di antara anak tycoon itu. Hanya kerana
seorang budak pejabat human resource.
Tiada apa yang dapat
menggambarkan kekecewaan dan kesakitan yang Zara alami kini. Tiada perkataan
yang dapat menggambarkan apa yang Zara rasakan. Zara hanya mampu menangis dan
menangis. Teresak-esak menahan tangis. Benarlah, dia seorang yang paling
kasihan. Pathetic! Pathetic! Pathetic!!!!!
Zara tiba-tiba menjerit
nyaring. Melepaskan apa yang tersekat di hatinya. Zara ingin kepedihan yang dia
rasakan nyah terus dari hidupnya.
No comments:
Post a Comment