DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 6 March 2016

SESUNGGUHNYA.. DIA LELAKI PELINDUNGKU - BAB 7



BUAT pertama kalinya, Zara hanya termangu di atas katil tanpa berbuat apa-apa atau berfikir apa-apa. Zara hanya bermalasan, tidak tergesa-gesa untuk bangun melakukan aktiviti kebiasaannya. Zara hanya terfikirkan seorang lelaki bernama Daris. Semakin lama Zara merasakan Daris seolah-olah utusan Tuhan menjadi pelindungnya. Zara tidak tahu kenapa dia boleh berfikiran begitu. Daris istimewa orangnya, melihat seseorang bukan dari lahiriah tetapi dengan mata hati. Walaupun dia berlagak dingin dan sombong, Daris masih tetap tersenyum dan melayaninya dengan penuh penghormatan. Zara terasa dirinya sangat dihargai oleh lelaki itu. Hatinya sentiasa tenang disamping lelaki itu. Daris sememangnya lelaki yang baik. Zara akui itu.

Zara berpusing badan menghala mengadap siling. Terkelip-kelip matanya memandang siling. Kemudian, matanya dihala ke arah jam di dinding.  Zara sudah terlewat untuk melakukan rutin hariannya. Hari ini, Zara tiada angin nak menjejakkan kaki ke pejabat Qaiser. Hati Zara masih sakit. Tidak sekali pun Qaiser menelefon dirinya selepas majlis di hotel semalam. Zara betul-betul berkecil hati dengan Qaiser langsung tidak mengambil tahu apa yang telah berlaku terhadap dirinya. Siapakah dirinya di mata Qaiser pun Zara tidak tahu? Zara mula tertanya pada diri, kenapa dia boleh jatuh cinta dengan lelaki bernama Qaiser? Lelaki yang tak pernah peduli tentang hati dan perasaannya. Hanya dia yang bertepuk sebelah tangan selama ini.

“Zara, sayang..belum bersiap lagi? Tak nak pergi ke pejabat Qaiserkah?” Tanya mama. Pelik melihat Zara masih bermalasan di atas katil. Selalunya, anak perempuannya yang seorang itu pagi-pagi lagi sudah bangun dan bersiap-siap untuk ke pejabat Qaiser dan selepas itu akan menghadiri beberapa kelas khas.

“Tak kot, ma! Malas la..” ujar Zara dengan senyum nipis. Zara betul-betul tiada angin dan lebih kepada tawar hati. Perasaan terhadap Qaiser semakin hari semakin pudar setiap kali dilayan sesuka hati dan kasar oleh Qaiser. Dia juga punya perasaan. Dia bukan Barbie doll pelepas kebosanan dan nafsu. Dia..hm..tak kuasalah! Zara dah mula bosan.

“Lepas tu? Kelas macam mana, sayang?” Tanya mama. Mungkin anaknya nak berehat agaknya. Setiap hari melalui banyak rutin yang telah disediakan khas. Penat agaknya tu! Telah Datin Sri Delilah.

Zara pandang mama dengan tersengih. “Tuang boleh, ma?”

Hm..penat ke?” Tanya mama lagi.

“Penat, ma! Campur malas sekali..hehehe.” Zara sengih comel. Zara penat mental sebenarnya.

Hm..” mama geleng kepala. Sebelum bangun sempat dibelai rambut anak perempuan kesayangannya. Itulah satu-satunya permata hatinya. Tiada yang lain.

“Jangan amalkan selalu. Kita perlu ada prinsip dan ada ketetapan di dalam hidup.” Datin Sri Delilah mengingatkan anaknya itu. Benar, dia manjakan anaknya namun bukan bermakna dia membiarkan anaknya tidak berdisiplin dan tiada matlamat di dalam hidup. Oleh kerana itu, Datin Sri Delilah sedaya upaya menyediakan Zara Diandra sebagai seorang isteri CEO yang disegani. Bukan sekadar isteri CEO semata-mata tetapi sebagai pemangkin dan penggerak kepada seorang CEO yang berkaliber.

Behind every successful man there is a woman..” getus hati kecil Datin Sri Delilah.

I know, ma! Just for today..I need rest.” Zara merengek kasihan.

Just for today!” Datin Sri Delilah mengingatkan lagi anaknya. Siap dengan jari telunjuk ditunjuk berkali-kali.

I..I..ma’am.” Zara memberi tabik ke arah mama sambil tersenyum lebar.

Good..”  Datin Sri Delilah senyum sebelum keluar.

QAISER meneliti fail tetapi tidak dapat menumpukan perhatiannya. Seperti ada sesuatu yang kurang hari ini. Apa, ya? Qaiser cuba berfikir tetapi masih tidak dapat menelah perasaannya. Seminit, Qaiser menjungkit bahunya sambil mencebik. Buat apa susah-susah fikir ni! Tak penting!

Qaiser menekan butang memanggil setiausahanya.

“Arni, masuk!” arah Qaiser pendek.

Call bahagian marketing saya nak jumpa managernya. Bawa laporan bulan lepas.” Arah Qaiser. Tidak terkesan dengan ketidakhadiran Zara pada hari ini.

“Baik, bos!” Arni mengangguk faham.

Ketika keluar, Arni sempat memandang jam di tangan hampir ke tengahari tetapi Miss Zara belum muncul seperti kebiasaan. Terasa sesuatu yang kurang pada hari ini. Tetapi, bosnya pula tidak bertanya apa-apa pun pasal Miss Zara. Arni menggelengkan kepalanya.

Qaiser bangun dari kerusi lalu berlalu ke tepi tingkap memandang suasana kota di bawah yang jelas kelihatan padat dengan hiruk-pikuk manusia dan kenderaan. Entah kenapa dia teringatkan Dhamirah pula, teringat sewaktu mereka berada di bumbung bangunan. Entah kenapa dia senang dengan gadis itu. Hatinya begitu tercuit.

Dengan tidak semena-mena, Qaiser lantas mencapai kot Armani pilihan Zara lalu dipakainya. Hatinya tiba-tiba teringin sangat ingin menemui Dhamirah dikala ini. Kakinya dihayun ke arah pejabat human resource. Qaiser berjalan dengan wajah berseri-seri seperti dilamun cinta.

Demi terpandangkan Dhamirah yang sedang berada di meja kerjanya. Qaiser terus meletakkan kedua belah tangannya di atas meja lalu tersenyum ke arah gadis idaman hati. Qaiser nampak mata bulat Dhamirah yang terkejut besar dan amat menggelikan hatinya. Nampak comel sangat!

Jom?” ajak Qaiser dengan senyuman melumpuhkan segala sendi setiap wanita yang melihatnya. Dhamirah tidak terkecuali, lututnya dah lembik tatkala melihat senyuman kacak Qaiser. Sikit lagi jantungnya mungkin tembus menerusi dinding dada agaknya. Terlalu berdebar.

Hah?” terpinga-pinga apabila diajak ‘Jom’. Ke mana? Hanya terlintas di hati. Bibir masih terkelu.

Dhamirah menonong ditarik oleh Qaiser keluar dari pejabat human resource. Banyak mata memandang. Masing-masing tercengang melihat drama sebabak yang menimbulkan pelbagai spekulasi.

Qaiser membawa Dhamirah ke sebuah restoran eksklusif di ibu kota. Dhamirah hanya berbaju kurung cotton perlahan-lahan mengikuti bos besar dari belakang. Perasaannya terlalu segan dan malu dengan kekurangan diri apabila dibawa ke tempat eksklusif seperti ini. Sungguh..Dhamirah rasa terlalu janggal. Bukan tempatnya di sini. Bukan tarafnya.

Namun, dipaksa kakinya melangkah dengan wajah hanya ditundukkan sedari tadi.

Seorang pelayan dengan bertuksedo datang menunjukkan tempat mereka. Mereka dibawa ke sebuah bilik persendirian dan mejanya berada di tepi tingkap lutsinar dan boleh melihat suasana di luar sana. Dhamirah sempat menjenguk ke bawah. Tingginya! Dhamirah menelan air liurnya.

Nevermind!” Qaiser menunjukkan tangannya dengan ‘sign’ tidak mengapa. Qaiser sendiri akan menarik kerusi untuk gadis idaman hati.

“Silakan duduk!” pelawa Qaiser dengan hormat kepada Dhamirah dengan senyuman paling menawan.

Dhamirah dah terpaku dan terkelu. Terpinga-pinga!

“Dhamirah..” seru Qaiser dengan sengihan yang cukup sweet.

Er..” dengan wajah teragak-agak Dhamirah duduk di kerusi yang disediakan oleh CEO companynya. Sekali lagi diulang CEO, okay! Mau tak terkedu.

Dhamirah benar-benar ‘culture shock’ dengan apa yang sedang dilaluinya kini. Dhamirah awkward dan benar-benar tidak tahu apa yang harus dia katakana dan lakukan.

“Dhamirah macam orang terkejut je? Kenapa?” Qaiser menyoal lembut.

Dhamirah mengangkat kepalanya cuba memandang CEO yang paling disegani berada di hadapannya. “Taklah, saya..er..okay je ni..” tergagap-gagap nak menghabiskan ayat. Nafasnya semput.

Qaiser ketawa kecil. Qaiser tahu Dhamirah malu-malu dan segan dengannya.

Relaks..hari tu awak belanja saya makan, so..kali ni saya belanja awak makan pula.” Ujar Qaiser tentang niatnya. Dalam masa yang sama cuba mengurangkan perasaan tidak selesa di hati gadis itu.

Eh, bos! Itu tak seberapa, setakat nasi berlauk je pun. Saya masak sendiri. Berapalah sangat, bos! Saya tak minta balasan pun. Saya ikhlas, bos!” bersungguh Dhamirah menolak. Kalau nak membalas budi pun bawa pergi makan di kedai mamak di hadapan company mereka yang cekik darah tu pun dah okay sangat-sangat. Ini, di sini? Dhamirah telan liur. Tidak tercapai dek akalnya dia boleh sampai ke tempat eksklusif sebegini.

It’s, okay! My treat..don’t worry.” Qaiser senyum. Begitu tercuit dengan telatah innocent gadis itu. Qaiser cukup terpikat!

Er..” Dhamirah tidak tahu nak berkata apa lagi. Kiranya rezeki tergolek-golek dialah hari ini. Syukur, ya, Allah! Bukan selalu tetapi kalau selalu dua lalu pun terima kasih, ya, Allah..

“Dah..jangan difikirkan lagi. Kita makan, ya?” ajak Qaiser. Perutnya dah menggelodak dah. Lapar!

“Saya ikut bos je!” balas Dhamirah dengan perasaan segan tidak pernah surut.

Ha..macam tu la..” Qaiser senyum menawan lagi.

Dhamirah beristirghfar di dalam hati kerana hatinya lemah geliut melihat senyuman menawan itu. Dhamirah tarik nafas dan cuba membalas senyuman lelaki kacak itu walaupun nampak sangat canggungnya.

Sewaktu pelayan mengambil order tadi Dahmirah memberikan sepenuhnya tanggungjawab mengorder dengan bos besarnya. Gila tak! Mana dia tahu nak sebut semua menu yang tertera di dalam buku menu tu. Tulisan perancis maa..nak menyebut pun boleh tergeliat lidah. Dhamirah redha je la apa-apa saja makanan yang dipesan oleh bos besarnya. Telan saja la labu!

Makanan sampai..

Dhamirah dah tertelan liur melihat stik apa entah masih berasap-asap di dalam pinggang. Nampak menyelerakan! Hm..kontrol weh, karang air liur terluaq? Buat malu company,  ja!

“Jemput makan!” pelawa Qaiser tidak habis-habis dengan senyuman menawannya.

Dhamirah teragak-agak mencapai sudu yang bersusun. Tidak tahu menggunakan yang mana? Terkial-kial!

Qaiser ketawa kecil. Bukan sengaja nak gelak cuma tidak dapat menahan hatinya yang begitu tercuit dengan telatah comel gadis itu.

Look here!” panggil Qaiser.

Tangannya sedang menunjuk sudu dan garfu yang perlu diambil. Qaiser faham keadaan Dhamirah dan latar belakang Dhamirah. Oleh kerana itu, Qaiser tidak kisah.

“Oh, lupa pula!” Qaiser terlupa mengingatkan Dhamirah. Qaiser terus bangun mengambil napkin di atas meja lalu dibuka dan dengan penuh gentleman meletakkan napkin di atas riba gadis itu. Qaiser boleh nampak wajah gadis itu terkejut. Qaiser hanya mengenyitkan matanya lalu tersengih.

Selepas makan, mereka keluar beriringan..

Qaiser membukakan pintu kereta untuk gadis idaman hati. Lagi-lagi muka terkejut yang ditunjukkan oleh Dhamirah sedari tadi. Cute sangat!

Di dalam kereta, Qaiser tidak terus memandu tetapi menatap wajah Dhamirah dari sisi. Gadis itu tersangat ayu. Membuatkan hatinya terpaut. Qaiser tahu hatinya sedang menyukai gadis itu. Mungkin dia telah jatuh cinta.

“Sejuk, eh?” perasan Dhamirah duk asyik bermain dengan tangannya. Qaiser berpusing ke seat belakang dan mencapai mafela yang diberikan oleh Zara. Dengan penuh perhatian, Qaiser meletakkan mafela ke atas tangan Dhamirah yang sejuk.

Dhamirah terpinga-pinga lagi dan lagi. Dhamirah betul-betul ‘culture shock’. Dia hanyalah gadis biasa dan dibesarkan di dalam keluarga biasa. Apabila dirinya dilayan dengan begitu istimewa Dhamirah memang terkejut gila. Hatinya dengan mudah mencair dan tidak mengambil masa yang lama untuk jatuh hati dengan lelaki kacak seperti Qaiser. Sungguh..Dhamirah merasakan hidupnya seperti fairytale.

HUJAN..

Zara tidak dapat keluar dari Audi R8nya kerana hujan. Zara menjenguk keluar. Hm..

Dari dalam kereta, Zara nampak susuk tubuh yang amat dikenali sedang berlari dengan beg sandang dijadikan perlindungan dari terkena air hujan yang menimpa. Zara cepat-cepat membuka tingkap keretanya, melaung nama lelaki itu kuat-kuat melawan bunyi hujan yang turun membasahi bumi. Lelaki itu berpaling lalu tanpa banyak soal meredah hujan dan berlari ke arah kereta Zara.

Daris tersenyum sewaktu melabuhkan punggungnya di seat kereta Zara. Hampir basah keseluruhan baju yang dipakainya. Daris cuba mengelap air hujan yang membasahi bajunya bimbang kereta Zara basah dengan air hujan yang dibawa olehnya.

I don’t mind!” Zara tahu Daris serba-salah dengan dirinya yang kebasahan.

Aaachumm..” Daris terbersin.

Zara menoleh ke arah Daris.

Excuse me..sorry! Tindakan luar kawalan.” Sempat melawak sebenarnya segan.

It’s, okay!” Zara tergelak kecil.

“Macam nak kena selsema je?” Zara berkata lagi.

“Mungkin kot! Ermm..aachuummm..” Daris terbersin sekali lagi.

“Bukan kot lagi dah..memang betul dah selsema.” Zara tergelak lagi. Orang sakit dia gelakkan lagi. Ish, tak patut!

Ermm..tak kesian kat saya ke?” rengek Daris tidak semena-mena. Tidak terlintas pun di hati nak mengada-ngada sebenarnya.

Aloo..” tanpa sedar Zara meletakkan tapak tangannya di bahu Daris. Tindakan spontan.

Daris pandang tangan Zara yang jatuh ke bahunya. Bibirnya membuahkan senyum.

“Awak nak ke mana sebenarnya?” Tanya Zara teringat tadi Daris meredah hujan. Entah dari mana?

“Oh..baru balik dari site. Hujan pulak!” jawab Daris tersengih. Hidungnya dah mula berair.

“Nah, ambil tisu ni.” Zara menghulurkan tisu untuk Daris.

Thanks!

“Lepas ni nak pegi mana?” Tanya Zara lagi.

“Balik ofis jap! Hantar barang then tunggu pukul lima sharp saya balik la,” jawab Daris setelah berfikir apa yang harus dia lakukan selepas ini.

“Balik teruslah! Awakkan dah basah ni.” Zara tidak setuju.

“Saya ni kerja makan gaji kenalah ikut masa bekerja, kan?” balas Daris.

“Oh..lupa..awak ni bakal pekerja cemerlang tahun ni, kan?” perli Zara. Senyum herot.

“Saya setakat pekerja biasa je, Zara.” Daris bersuara perlahan. Terasa hati kot?

I’m sorry..saya tak patut cakap macam tu,” mohon Zara terlajak katalah pula. Mulut ni betullah!

I don’t mind! Saya ni siapa, kan? Kuli je kot!” Daris menyembunyikan senyum. Gelihati kerana Zara boleh feeling pula dengan kata-katanya. Dia okay je nak terasa hati bagai tak adalah.

Jom, kita pergi mana-mana café. Punch card karang saya hantar awak balik ofis. Jangan argue dengan saya! Just ikut je!” Zara memberi arahan. Dia juga mempunyai kuasa di dalam board director. Setakat bawa staf pergi minum kopi, no hallah!

DI STARBUCKS COFFEE..

“Awak duduk di sini dulu. Jangan pergi mana-mana! Saya nak pergi somewhere, jap! Awak order apa saja, saya nak caffe latte.” Zara menyuruh Daris menunggu di situ sementara dia pergi ke satu tempat yang tidak diketahui oleh Daris.

Daris hanya sengih. Lucu dengan pesanan Zara. Jangan pergi mana-mana!

“Saya maksudkannya, Daris!” geram Daris gelakkan dirinya.

Okay..” Daris tergelak kecil.

Daris menghirup hot chocolate dengan penuh nikmat. Sejuk-sejuk begini jika dapat minum minuman panas seperti ini. Memang heaven!

Daris masih menunggu Zara..

Hampir dua puluh minit, baru nampak kelibat Zara sedang membawa satu beg kertas berjenama. Hm..perempuan..shopping memanjang..

“Lama tunggu?” soalan yang malas betul Daris nak menjawab.

“Tak adalah lama sangatt..” saja Daris menekan suaranya.

Zara tergelak.

“Saya belikan awak pakaian baru ni. Pakaian kasual je! Nanti awak tukar, ya? Kalau tak makin melarat selsema awak tu pakai baju basah?” Zara menolak beg kertas berjenama ke arah Daris. Zara risaukan Daris selsema nanti. Zara hanya ingin membalas jasa lelaki itu yang selalu menolongnya dikala dia kesusahan.

Eh, tak payah susah-susah, Zara! Baju basah sikit je ni!” tolak Daris yang tak menyangka Zara pergi lama-lama tadi sebenarnya mencari pakaian kering untuknya. Berjenama pula tu! Segan pula dirinya.

“Saya penat la..nak main tarik tali. Awak ambil je la! Nanti pergi tukar, okay!” arah Zara dengan suara tegas. Penat-penat dia mencari pakaian yang bersesuaian nak menolak pula. Terasa hatinya!

Hm..saya sebenarnya tak nak susahkan awak tapi kalau itu yang awak nak saya terima je.” Jawab Daris dengan suara serba-salah.

“Macam tu la..” Zara senyum sambil menghirup caffe latte.

Hm..dah sejuk!” omel Zara dengan caffe lattenya yang dah sejuk.

“Awak pergi lama sangat! Tukar yang baru, okay!” Daris terus menggamit pelayan untuk memesan caffe latte  yang baru.

Zara menghirup caffe latte yang baru dan masih panas dengan penuh nikmat. Zara memang penggemar coffee.

“Sedap sangatkah?” Tanya Daris apabila melihat memek wajah Zara yang terlalu lega sewaktu menghirup coffee itu.

Coffee? I’m addicted with coffee. Satu hari tak lengkap tanpa coffee secawan.” Akui Zara.

You know, it’s vasoconstrictor? Banyak disease berpunca dari coffee. Yang common, gastric. Tahap aciditynya tinggi.” Daris menjelaskan tanpa dipinta.

Zara sengih. Dah jadi Dr Daris pulak!

“Macam yang saya cakap tadi..I’m addicted with coffee.” Ulang Zara dengan senyuman.

“Hm..saya just bagi nasihat tak bertauliah je.” Daris jungkit bahu. Kemudian, tunduk menghirup hot chocolatenya.

Okay, saya dengar nasihat awak tu! Tapi, saya ni penagih tegar coffee.” Zara juga menjungkit bahunya dan menghirup caffe lattenya. Buih-buih caffe latte melekat pada bibir atasnya.

Daris nampak bibir Zara comot dengan buih-buih caffe latte tanpa berfikir panjang terus membawa badannnya ke depan dan tangannya ringan saja menyapu buih-buih caffe latte yang melekat di atas bibir Zara. Menyapu dengan ibu jarinya seakan membelai bibir Zara yang kebasahan.

Mata Zara membulat. Terkejut dengan perbuatan Daris yang berani dan tidak dijangka. Jantungnya terus berdegup laju.

Sorry, ada foam caffe latte pada bibir awak. Nampak comot!” jelas Daris masih memegang sedikit pipi Zara. Mengelus buih-buih caffe latte yang tersisa sedikit di tepi bibir.

Daris masih memerhatikan wajah Zara secara dekat.

Zara baru tersedar dari lamunan terus memalingkan wajahnya ke arah lain. Zara pasti wajahnya pasti sedang memerah sekarang. Blushing!

Ehem..” Zara cuba menutup perasaan awkward dengan batuk dibuat-buat.

“Kenapa ni?” tanya Daris tidak faham dengan wajah Zara yang berubah benar. Nampak merah seperti dipanggang.

Nothing!” cepat mengelak dari ditanya yang bukan-bukan.Zara tak sanggup nak menjawab jika bertanya riak wajahnya sekarang.

Jantungnya masih berdebar. Zara tak tahu kenapa setiap perbuatan dan pergerakan lelaki itu selalu membuatkan jantung dan perasaannya bergetar aneh.

No comments:

Post a Comment