DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 6 March 2016

SESUNGGUHNYA.. DIA LELAKI PELINDUNGKU - BAB 6



DARIS baru balik dari melawat tapak projek di Setia Alam. Daris berpuas hati dengan peratusan yang telah siap mengikut masa yang telah ditetapkan. Para pekerja pula tidak banyak ragam. Terik matahari buat Daris tidak terus ke pejabat tetapi teringin pula membasahkan tekaknya dengan cendol Mat Ali. Lagipun,dia belum makan tengahari lagi pekena dengan mee rojak pun cantik jugak ni. Gerai cendol Mat Ali yang berada tidak jauh dari pejabatnya menjadi pilihan. Gerai kecil atau lebih tepat lagi motosikal beroda tiga menjadi tempat berjualan mee rojak dan cendol sebenarnya. Daris mencari  bangku kosong untuk duduk. Meja yang ada hanya dua. Sharing is caring la kepada sesiapa yang nak menjamu selera di sini. Nak selesa pergi makan kat hotel sana tu.

“Ali..rojak mee satu! Cendol special satu!” order Daris sebaik saja dia duduk di bangku kosong. Matanya beralih ke hadapan, teman makan cendolnya perempuan rupanya. Ingatkan lelaki tadi siap pakai topi bagai. Menunduk saja sedari tadi menyudu cendol. Memang patut orang cakap mak mertua lalu pun tak sedar pasal makan kusyuk sangat. Sebaik saja perempuan itu mengangkat kepala Daris pula yang terkedu.

“Masya..Allah!” terkejut sakan Daris dengan perempuan di hadapannya. Sesuatu yang susah nak diterima akal. Sesuatu yang mustahil la.

“Eh,awak?” perempuan itu juga terkejut.

“Awak?” kemudian mereka berdua tertawa.


“Buat apa kat sini?” Daris menyoal dengan wajah tidak percaya. Zara boleh makan kat sini? Unbelievable..

“Buat kuih koci, Daris! Dah tentu-tentu mamam cendolkan?” Zara angkat sudunya yang dipenuhi cendol sambil tersengih.

“Saya masih tak percaya ni.” Luah Daris rasa tak percayanya. Anak billionaire seperti Zara makan di tempat macam ni? Biar betul!

“Shh..perlahan sikit! Cendol kat sini sedap. Buat saya nak datang lagi bila dah makan sekali. Nak-nak bila cuaca panas macam ni.” Ujar Zara.

“Memang sedap! Tapi..macam mana boleh tau tempat ni?” Tanya Daris. Nak tahu juga anak orang kaya seperti Zara boleh pula tersesat makan di tempat-tempat awam macam ni.

“Saya tak tahu nak story macam mana. Saya nak lari dari press, menyamar dan keluar dari Armada dengan berjalan kaki. Kebetulan saya lalu di sini dan duduk di sini sambil menanti bodyguard saya datang ambil. Cuaca panas dan saya tengok orang yang makan di sini nampak berselera saja. Saya try la. Sekali..superb! Then,saya datang lagi try rojak pula..superb! Then,the end of my story.” Panjang lebar Zara bercerita. Entah kenapa dengan Daris dia boleh menjadi dirinya.

“Amazing story..” Daris memuji Zara yang tidak cerewet walaupun makan di gerai di tepi jalan seperti ini.

“Syokkan makan di sini? Saya boleh makan sesuka hati. Sampai kenyang.” Zara tergelak. Hatinya yang walang terubat sedikit dengan kehadiran Daris yang menghiburkan hati. Kesan alkohol yang diteguk semalam totally hilang dengan kesedapan cendol. Bila teringat balik bagaimana dia boleh meneguk minuman keras bergelas-gelas dia masih tak percaya dengan dirinya boleh melakukan itu. Pahit dan keras. Amat meloyakan. Bukan sedap pun! Rundingan tak berjaya pula tu. Hampeh betul cina mangkuk tingkat tu! Seranah Zara di dalam hati.

“Awak ni tak seperti yang disangka. Mengenali awak dari hari ke hari buat saya kagum.” Daris kagum dengan sikap Zara. Walaupun pada mulanya Zara nampak sombong dan berlagak ternyata bukan begitu sikap orangnya yang sebenarnya. Daris nampak sifat zuhud di dalam diri gadis itu. Sikap yang orang lain tak nampak. Bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh orang-orang di syarikatnya. Daris tertarik dengan sikap gadis itu. Betullah kata pepatah jangan menilai buku dari kulitnya.

“Awak memang macam ni, eh?” Zara bertanya. Pada pandangan matanya lelaki itu nampak seperti seorang yang pendiam, pemalu dan tak banyak cakap. Tetapi, bila sekali membuka mulut ayat yang dikeluarkan manis-manis bahasanya. Orang boleh salah faham dengan sikap terlalu gentleman dan lembut lelaki itu. Seperti dirinya diawal perkenalan. Bila dah banyak kali bertemu, barulah Zara sedar perwatakan lelaki itu sememangnya begitu. Sweet talker sangat-sangat kalah Kevin Shah otai player satu KL ni.

“Macam apa?” tak faham apa yang nak dimaksudkan oleh Zara.

“Saya perasan. Awak ni kan..bila berkata-kata tak pernah mengeluarkan percakapan yang tak elok didengar. Semuanya kedengaran manis saja.” Beritahu Zara tentang pendapatnya.

“Saya biasa-biasa saja Zara! Hanya Hamba Allah. Apa yang ada pada saya adalah milik Allah.” Ujar Daris merendah diri.

Zara terdiam mendengar kata-kata Daris. Tangkai hatinya tercuit sesuatu. Seakan perit tetapi dia tak tahu apa. Zara tak dapat tafsir.

“Saya..saya nak balik ke Armada.” Tiba-tiba Zara bersuara selepas beberapa saat terdiam dengan kata-kata Daris.  Sungguh dia kelu.

“Saya pun nak balik ke Armada juga. Kita jalan samalah.” Ajak Daris terus bingkas bangun dan pergi membayar makanan yang dipesan termasuklah yang Zara punya.

“Awak bayar saya punya?” Tanya Zara segan. Dia yang melantak orang lain yang bayarkan. Banyak cantik kau, Zara!

Daris mengisyaratkan tangannya ‘tak apa’ dan membayar segalanya. Zara mengangkat kedua belah bahunya. Well..

Mereka sama-sama berjalan menuju ke Armada. Zara ingin berjumpa dengan Qaiser sebenarnya tetapi Qaiser berada di dalam bilik mesyuarat terlalu lama. Itu yang dia melencong ke sini. Zara datang ke Armada semata-mata nak beritahu Qaiser supaya berhati-hati dengan Albert yang berkemungkinan besar berpakat dengan seseorang yang ingin menjatuhkan empayar perniagaan keluarga Megat Arman Zainal Abidin.

Sesampai di lif, sedang menanti ketibaan lif. Tiba-tiba mereka berdua di kepung oleh beberapa orang yang membawa kamera. Zara sedar mereka semua itu adalah press tetapi dia tak tahu kenapa dia dicari oleh press? Terpinga-pinga dengan kehadiran press yang mengerumuninya.

“Boleh Cik Zara jelaskan tentang pergaduhan Cik Zara dengan model terkenal Sazzy di Mandarin Oriental Hotel pada hari ahad yang lepas? Kami dapat berita Cik Zara bergaduh hanya kerana rebutkan seorang lelaki berpengaruh. Benarkah?” Tanya press dengan selambanya tanpa menghiraukan perasaan Zara.

“Ap..apa? Saya tak faham apa yang kamu semua maksudkan?” Zara menafikan dengan tergagap.

“Kami juga mendapat berita yang Cik Zara mabuk teruk di sebuah kelab malam ternama kerana kecewa dengan perhubungan model itu dengan lelaki berpengaruh tersebut?” Zara diasak dengan pertanyaan press yang lain.

Zara dah pucat lesi. Dia tak tahu bagaimana berita itu boleh tersebar? Tak tahu nak jelaskan apa? Fikirannya tak dapat nak berfikir apa pun apabila diasak bertalu-talu dengan soalan sebegitu.

“Saya..saya..no komen!” itu saja yang mampu dia katakan. Sesungguhnya..dia lemas dengan kehadiran press yang mengasak tanpa jemu. Zara mahu beredar tetapi ditahan pula meminta dia menjelaskan dengan segera tentang apa yang berlaku. Zara terperangkap. Setiap butir percakapannya perlu dijaga jika tidak dia, Qaiser dan keluarga mereka akan susah. Zara cuba beredar lagi tetapi gagal mengeluarkan dirinya dari kepungan press. Zara hampir menjerit dibuatnya.

Daris pula yang ditolak sehingga ke tepi terpaksa menyelinap dikalangan press tersebut dan bila dia mendapat peluang yang terbuka luas apabila lif terbuka dan hampir tertutup. Daris terus menarik tangan Zara dan memaut belakang Zara terus masuk ke dalam lif siap berpusing membelakangkan press. Sengaja dia berbuat begitu supaya press tidak sempat melihat wajahnya. Lif tertutup rapat tetapi tangan mereka berdua masih erat menggenggam tangan masing-masing dan saling berhadapan dengan rapat sekali. Terlalu rapat sehinggakan hidung Zara mengenai dada Daris. Zara tertunduk dengan perasaan berdebar kencang. Bau harum badan Daris menambah pecutan jantungnya berdetak. Mata Zara tertancap lama pada tangan mereka yang masih saling menggenggam. Daris juga memandang sama dengan cepat dia melepaskan genggaman tangannya dengan wajah rasa bersalah. Apabila lif mula bergerak Daris terus tersandar lega di dinding lif siap tergelak.

“That was so close! Hampir..kalau tak sempat tadi saya minta maaf,ye!” Daris senyum nakal sambil mencuit hidung Zara. Sengaja dia berbuat begitu supaya Zara hilang perasaan gemuruhnya. Pucat lesi sangat!

“Oh my..” Zara juga tersandar di dinding lif. Ketar lututnya nak berdiri betul.

Pintu lif terbuka..

“Awak, okay tak ni?” Tanya Daris sewaktu mereka keluar dari lif. Zara yang masih terkejut hanya menganguk kecil. Kakinya masih goyah untuk berdiri dengan betul. Hampir darahnya kering tadi. Kalau tak kerana Daris dia pun tak tahu bagaimana nak melepasi para press yang tak reti bahasa tu.

“Shit!!” Zara tiba-tiba  teringat kembali kata-kata press. Mabuk? Habislah..ini pasti angkara cina mangkuk tingkat tu! Sial!

“Hei..what’s wrong?” Tanya Daris pelik.

“Nothing..” habislah..

“Betul okay?” Tanya Daris bimbang melihat wajah Zara yang pucat lesi.

“I guess..” Zara berjalan perlahan walaupun lututnya terasa lemah.

“I guess not! Come! Saya papah. Nak ke mana?” Daris terus memegang lengan Zara dengan selamba. Nak tak nak Zara akur dengan pertolongan Daris. Zara memang terasa lemah sangat-sangat. Mungkin separuh semangatnya telah hilang dengan onar press tadi. Apa kata Qaiser nanti? Dia bukan nak menolong tetapi menambahkan masalah pada Qaiser.

“Pejabat CEO.” Kening Daris terus terangkat. Dia pernah dengar tentang hubungan CEOnya dengan anak pemilik saham kedua terbesar di syarikatnya. Desas-desus hubungan mereka lebih kepada company merging relationship. Mungkin ada kebenarannya?

“Miss Zara..kenapa ni?” Arni meluru ke arah Zara membantu memapah Zara juga. Belum sempat mereka berjalan ke pintu bilik CEO ada suara menegur kasar.

“What the hell are you doing here, Zara! Stop bothering me!” tanpa perasaan Qaiser memuntahkan lahar kemarahannya. Dia betul-betul bengang apabila mendapat tahu yang Zara bergaduh dengan Sazzy dan melibatkan dia. Sudah pasti video yang tersiar di YouTube orang dapat mengagak siapa orangnya? Terkini, dia baru menerima khabar yang Zara mabuk teruk di kelab malam dan melibatkan namanya juga. Teruk dia diperli dengan para pemegang saham yang lain tadi.

“Don’t mix business with pleasure” berdesing telinganya dengan sindiran Datuk Fikri di meja mesyuarat. Semua yang ada di bilik mesyuarat memandangnya dengan pandangan serong dan sinis.

“Er..bos! Miss Zara tak sihat ni!” Arni terpaksa bersuara. Kasihan pula dengan Miss Zara yang nampak pucat.

“Rehatkan dia di bilik saya. Menyusahkan betul!” Qaiser merengus dan  berlalu masuk ke dalam biliknya siap menghentam pintu dengan kuat.

Daris yang melihat perangai tak semengah bos besarnya hanya mampu memandang simpati ke arah Zara. Tak patut gadis itu diperlakukan sedemikian. Setiap manusia mempunyai darjat dan maruahnya tersendiri. Bukankah manusia itu adalah sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan di atas muka bumi ini? Daris menunduk hormat kepada Zara sebelum dia beredar. Tanpa kata. Daris sendiri kelu nak bersuara.

Di dalam bilik, teruk Zara dimarahi oleh Qaiser. Arni yang berada di luar bilik boleh mendengarnya. Nasib baik bilik CEO jauh dari pejabat staf kalau tak dah tentu  ramai yang tak jadi buat kerja, menguping telinga! Arni jatuh kasihan dengan Miss Zara. Sombong-sombong dan cerewet-cerewet Miss Zara pun segalanya untuk bosnya. Dari susun atur perabot, failing di meja kerja dan makanan semuanya dijaga rapi oleh Miss Zara kerana dia tahu bosnya adalah cerewet yang amat orangnya. Itupun bosnya masih belum sedar tentang kebaikan Miss Zara. Khabar gossip terbaru yang didengari,bosnya itu ada ushar seorang awek di jabatan human resource. Arni pernah nampak budak tu sewaktu mengambil borang guarantee letter ketika anak sakit. Nampak budak baik-baik. Berbaju kurung dan berambut lepas bebas. Lari dari citarasa bos sebelum ini yang selalu dikerumuni perempuan-perempuan berbedak sepuluh inci dan berskirt singkat. Arni perasan dua,tiga menjak ni bosnya kelihatan baik saja. Dah kurang perempuan-perempuan tak cukup kain datang ke ofis. Tak macam dulu. Mungkin bosnya serius dengan budak human resource itu agaknya? Miss Zara tau tak agaknya? Arni terfikir.

“Eh, Miss Zara!” pintu dikuak dan keluar susuk tubuh Zara dari balik pintu dengan langkah lemah. Arni terus mendapatkan Zara lalu dipegang lengan Zara untuk memapah.

“Tak payah, Arni! Buat kerja you.” Tolak Zara sambil menolak tangan Arni yang memegang lengannya.

“Saya tolong Miss Zara.” Arni pandang Zara dengan mengharap cuba mencapai lengan Zara lagi.

“Thanks..but no thanks.” Zara menepis tangan Arni dan terus berlalu.
“Miss Zara..” panggil Arni cuba menahan tetapi kelibat Zara telah menghilang di sebalik pintu.

ZARA bersiap secantik mungkin dengan dress labuh satin berwarna kuning lembut yang terbelah tinggi sehingga menampakkan kakinya yang panjang. Dengan sanggul ringkas dan make up natural look. Zara menunggu ketibaan Qaiser. Zara teringat disaat-saat dia dimarahi oleh Qaiser tadi. Sebelum dia keluar dari bilik, Qaiser sempat meminta pertolongan darinya. Kalau diikutkan hati tak kuasa Zara menolong kerana terlalu sakit hati dengan kata-kata Qaiser yang amat melukakan hatinya. Tetapi, Zara tak sampai hati pula. Inilah peluang Qaiser membuktikan kredibiltinya sebagai seorang CEO. Inilah satu-satunya cara Qaiser mempertahankan jawatan CEOnya.

“You look stunning as always..” puji Qaiser sewaktu mereka di dalam Lambourghini. Sepert biasa Zara pandai menghias dirinya dan kelihatan sangat cantik. Qaiser akui kehebatan Zara. Namun, Zara tidak pernah mengujakan hatinya. Aura Zara tidak dapat membuatkan dia merasakan ada kupu-kupu mengembangkan sayap di dalam perutnya atau membuat adrenalinnya merembes laju. Perasaan itu! Tiada! Tidak seperti Dhamirah, tanpa solekan yang tebal atau dress yang seksi Dhamirah bisa menbuatkan jantungnya berdegup laju biarpun hanya mencium bau harum rambutnya dari jarak satu kaki. Dengan hanya berbaju kurung Qaiser memandang Dhamirah dengan penuh daya penarik. Dhamirah membuatkan perasaannya seperti sedang menaiki rollercoaster. Begitu teruja.

“Zara terlalu cantik malam ni!” puji Qaiser melangit sambil tersenyum penuh makna. Zara curiga. Ada sesuatu ni..

“Thank you..er..” Zara berterima kasih dengan pujian Qaiser tetapi mengerutkan dahinya. Menunggu,apa yang sebenarnya Qaiser cuba sampaikan?

“Zara boleh tolong abang tak?”

‘Tolong apa?”

“Zara nampak tak dua orang lelaki tua perut buncit kat sana tu?”

“Yang mana?” Tanya Zara masih tidak nampak siapa yang dimaksudkan.

“Yang tu! Dekat dengan stage tu.”

“Okay Zara nampak.” Zara baru nampak lelaki-lelaki tua berperut buncit yang dah tentu-tentu berpangkat datuk atau tan sri. Zara fokus kembali dengan Qaiser. Menunggu lagi apa yang cuba Qaiser sampaikan.

“Mereka tu stiff competitor Armada untuk dapatkan tender baru dengan syarikat industry Korea.” Terang Qaiser sambil menjeling sekilas arah orang yang dimaksudkan.

“Okay..” Zara cuba nak faham apa yang ingin Qaiser sampaikan.

“Mr Jang ada di sini malam ni. Dia pengerusi AXL Industries syarikat industri terbesar di Korea.” Zara mengangguk walaupun tak faham sepenuhnya.

“Abang nak Zara pergi korek rahsia mereka. You’re damn gorgeous! Dah tentu-tentu datuk-datuk buncit tu terpikat. Gunakan kecantikan Zara untuk korek rahsia mereka.”

“Find out everything you can about their meeting with Mr Jang.” Sambung Qaiser lagi.

“Wait, you’re saying..hm..you want me to spy on them?” Zara tak percaya dengan permintaan Qaiser. Zara tiba-tiba menjadi bengang. Dia dipergunakan!

Qaiser hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Zara.

“Am not Angelina Jolie in Mr & Mr Smith. Why should I?” bantah Zara. Ingatkan jadi teman parti saja rupanya dah naik pangkat jadi spy pulak. Zara hangin.

“Tolong abang Zara?” Qaiser meminta pertolongan dengan suara sayu. Zara terdiam. Zara masih tak setuju sebenarnya. Sebelum sempat Zara berkata lebih lanjut.

“Zara tolong, ye?!” tangan Zara digenggam penuh mengharap. Qaiser amat terdesak untuk memenangi tender itu. Qaiser terpaksa mempergunakan Zara untuk kepentingan syarikat.

“Demi abang..demi syarikat..” Qaiser tak putus asa memujuk.

“Okay..” akhirnya Zara setuju walaupun hatinya berat.

Qaiser tersenyum lebar dan terus pergi mencari teman-teman perniagaannya. Zara ditinggalkan begitu saja selepas memberi mandat tak masuk akal kepada Zara.

Mata Zara hanya memerhati Qaiser sedang menuju ke arah sekumpulan lelaki bertuksedo yang dikelilingi ramai perempuan cantik. Ketika kedatangan Qaiser kesemua perempuan yang ada di dalam kumpulan itu mula menghimpit Qaiser. Hati Zara tersentap gila.

“Oh..” Zara geram tak hengat. Dia dapat mandat tak masuk akal manakala Qaiser bersuka-ria? Huh, tak aci! Zara rasa nak menjerit. Terus berpeluk tubuh dengan geram. Grr..

Zara langsung tiada hati terpaksa pergi mendapatkan lelaki-lelaki tua tak sedar diri itu. Zara harus memulakan perkenalan dengan mereka berdua. Eeuuww..tengok perut buncit dengan rambut hampir botak tu! Zara betul-betul geli-geleman. Hadap saja, Zara! Lakukan demi Qaiser. Orang yang amat kau cintai. Zara cuba kuatkan dirinya.

Tak sampai beberapa minit, hanya berdiri berdekatan dengan mereka sambil minum cocktail sudah menarik perhatian mereka. Kecantikan Zara memang tiada tolok bandingnya. Sesiapa pun takkan terlepas pandang melihat kecantikan Zara seperti patung cendana. Datuk-datuk tua tak sedar diri datang menghampiri. Menegur Zara dengan karektor kononnya Don Juan pencen. Zara hampir nak termuntah dibuatnya tetapi terpaksa memaniskan muka. Melayan mereka berbual-bual dan sesekali tangan datuk-datuk tua itu tak segan-segan meletakkan tangan mereka di bahu Zara amat merimaskan Zara. Rasa nak dipotong tangan gatal mereka berdua itu. Zara sempat melirik matanya mencari Qaiser dicelah tetamu-tetamu yang hadir. Lebih membuatkan Zara menyirap melihat Qaiser begitu seronok berbual dengan sekumpulan perempuan. Huh! Zara mendongkol geram.

Datuk-datuk tua itu mengajak Zara keluar minum di lounge sambil berbual dengan lebih selesa. Zara berat hati mengikuti mereka tetapi demi Qaiser dia turuti. Tangan datuk-datuk itu memang tak reti duduk diam. Zara cuba bertahan sambil tersenyum plastik. Sampai di lif, Zara mengikuti mereka masuk ke dalam lif yang transparent. Zara boleh nampak persekitaran hotel. Zara cuba berlagak biasa dan mesra. Apabila butang lif ditekan. Zara terpempan. Apabila lif mula naik ke tingkat atas. Zara terngadah. Cakap nak berbual di lounge? Kenapa ke atas pula yang dah tentu-tentu hanya bilik-bilik hotel. Zara cemas.

“Datuk cakap nak pergi loungekan?” Tanya Zara tergagap. “Buat apa kat atas?” Zara dah tersandar di dinding lif. Melihat pandangan menakutkan dari datuk-datuk itu membuatkan Zara hampir kering darahnya. Zara cuba beralih sedikit cuba mencapai butang lif tetapi malangnya tangannya ditahan dan digenggam kuat.

“Lounge tak privasi! Kita berbual di atas, di bilik I baru ada privasi and..kita enjoy. Don’t worry! I’ll give you anything! Ferrari! Lambourghini! Diamond! Shopping non stop Paris,Milan!” offer datuk itu seperti tak tahu pula yang berada di hadapannya adalah anak sudu perak. Sedari kecil dipenuhi dengan kemewahan.

“I nak balik datuk!’ Zara merentap tangannya dan cuba mencapai butang lif. Tergapai-gapai tangannya tetapi dihalang oleh kedua datuk itu. Kuat pula tenaga mereka walaupun sudah setengah abad. Zara hampir menangis di situ. Di dalam fikirannya hanya terlintas nama Qaiser. Berharap Qaiser perasan dengan kehilangannya di majlis.

Pintu lif terbuka..

Zara dipaksa keluar dari lif dan di bawa dengan paksa ke bilik mereka. Zara meronta-ronta minta dilepaskan tetapi tidak dipedulikan langsung oleh mereka berdua.

“Tadi manja macam kucing parsi. Jangan berlagak baiklah!” tangan Zara ditarik kasar. Kuat pegangan tangan datuk itu dan sudah pasti akan membuatkan pergelangan tangan Zara lebam.

“Lepaslah,datuk! I tak nak! Jangan paksa I!” Zara cuba merentap kuat.

“Kau ni kalau dah sundal tu jangan nak berlagak baiklah! Ikut aku!” datuk yang seorang lagi memaksa Zara dengan memaut pinggang Zara pula. Sempat pula tangan yang satu lagi menyusup masuk ke dalam dress yang terbelah tinggi meramas peha Zara yang pejal. Datuk-datuk itu sudah kemarukkan Zara yang gebu.

“Don’t touch me!’ marah Zara. Dia amat menyesal kerana terlalu berani mengikut datuk-datuk kurang ajar itu. Di dalam hatinya masih berharap Qaiser akan menyelamatkan dia.

“Don’t touch her!” jerit satu suara kuat. Zara berpaling. Qaiser? Hah! Bukan! Daris!

“Keep your hands off of her!” Daris meluru ke arah lelaki yang memaut pinggang Zara. Merentap dan menolak lelaki tua gayut tak sedar diri itu ke tepi dinding dengan kuat. Pantas pula tangannya mengeluarkan Iphone menunjukkan perangai binatang lelaki-lelaki tua itu yang telah diambil oleh Daris tadi sebelum dia datang mendapatkan Zara. Idea yang sama digunakan untuk menyelamatkan Zara dulu. Terus bertumbuk bukanlah idea yang cerdik walaupun ringan saja tangannya nak mendebik lelaki-lelaki gayut tak sedar diri itu cukup-cukup. Harus ada idea yang bernas nak menangani orang-orang seperti ini.

“Nah,tengok ni! Lihat gambar-gambar pakcik yang tak bermoral ni? Saya akan laporkan kepada polis atas tuduhan mencabul dan memperkosa.” Ugut Daris sambil menunjukkan gambar lelaki-lelaki tua itu yang sedang memaksa Zara. Hanya wajah kedua mereka saja yang nampak kerana Zara membelakangi kamera. Kecut wajah tua gayut mereka berdua.

Zara berdiri di belakang Daris sambil memegang baju Daris. Zara teramat takut. Tangan Daris yang erat memegang tangannya sedikit sebanyak mengurangakan perasaan ketakutannya.

‘Saya ada, Zara!” bisik Daris supaya Zara bertenang.

“Okay! Enough of this! Delete the picture! We’ll be gone forever!” datuk itu cuba berunding dengan Daris. Mereka lebih takutkan  reputasi mereka tercemar dari takutkan balasan dari Allah kerana perbuatan jahat mereka. Daris rasa orang sebegini tidak patut dilepaskan.

“Let them go, Daris! Enough with this!” kata Zara perlahan. Zara juga tak sanggup. Bimbang nama baik keluarganya tercemar. Walaupun hakikatnya hanya sekadar nama. Itulah duniawi.

Daris merengus..

“Please..Daris!” rayu Zara dengan suara sayu.

“Pakcik-pakcik selamat kali ni!” Daris menunding jarinya ke arah lelaki-lelaki tua itu dengan perasaan marah. Kemudian menarik tangan Zara sehingga ke lif.

“Pakcik? Aku taklah tua sangat, huh!” Salah seorang dari datuk itu tak berpuas hati dan sakit hati apabila dipanggil pakcik. Masih merasakan diri muda belia. Lebih sakit hati ‘lauk’ mereka telah dibawa pergi.

Daris tersangat marahkan Zara. Marah kerana Zara melepaskan lelaki-lelaki tua tak sedar diri itu begitu saja. Daris tak bercakap walau sepatah. Menonong menarik Zara sehingga ke lobi.

Kebetulan sewaktu Daris menarik tangan Zara, Qaiser baru saja keluar dari ballroom. Qaiser nampak seorang lelaki muda menonong menarik tangan Zara bergegas keluar. Cara Zara mengikuti lelaki itu seperti dah kenal lama. Qaiser pelik. Zara tak pernah rapat dengan mana-mana lelaki selain dia. Qaiser cuba mengekori mereka.

Daris menarik Zara sehingga ke tempat parkir motosikal. Nasib baik dia bawa dua buah helmet. Kalau tidak kerana menghantar temannya dari US balik ke hotel, Daris tak akan bertembung dengan Zara. Kebetulan yang Allah aturkan telah menyelamatkan maruah gadis itu dari jenayah pemerkosaan. Bersyukur tetapi geram dan sakit hati dengan Zara kerana melepaskan mereka begitu saja. Senang-senang melepaskan penjenayah macam tu? Esok-esok anak gadis orang lain yang akan menjadi mangsa mereka. Daris betul-betul tak setuju dengan Zara. Itu yang buat dia panas hati.

“Nah, helmet!” helmet dihulur ke arah Zara. Langsung tak menilai pakaian Zara yang seksi gila dan dah tentu-tentu sukar nak membonceng di belakang Daris.

“Er..my dress..” Zara serba-salah melihat pada pakaiannya yang ketat dan terbelah. Sudah tentu susah untuk menaiki motosikal besar seperti itu.

“Your dress..hm..” Daris termenung sejenak. “Jangan marah tau!” selamba bawah kain Zara dikoyakkan sekelilingnya sehingga ke lutut. Kemudian membuka jaket yang dipakai olehnya lalu dipakaikan dipinggang Zara dan diikat kemas-kemas. Sekurang-kuarangnya yang terbelah tu tertutup walaupun betis terdedah. Senang nak naik motor. Fikir Daris.

“Dress ni mahalkan? Tak apa ke?” Tanya Daris. Zara terdiam saja melihat dress Versacenya dah jadi macam baju mak tarzan.

“Dah koyak pun, Daris!” Zara muncung. Mahal tau!

“Jangan buat macam tu! Itu yang pakcik-pakcik tua tu tak tahan. Muncung itik ni seksi sangat!” tindakan refleks Daris mencuit mulut muncung Zara yang seksi menggamit rasa geram di hati. Daris juga teralpa dengan godaan syaitan walaupun sebentar.

“Awak ni!” Zara muncung lagi sambil berpeluk tubuh. Perli-perli pulak! Bengang!

“Okay, jom! Saya hantar awak balik. Meh, sini saya pakaikan helmet.” Daris menarik kedua belah bahu Zara dekat dengan dirinya. Dengan senyuman menyindir Daris menyarungkan helmet ke atas kepala Zara. Lalu diketap tali safety di leher. Daris merenung Zara lama.

“Okay, budak baik?” helmet di kepala di tepuk-tepuk lembut sambil tersengih. Hilang rasa marahnya tadi dengan kecomelan Zara memakai helmet.

“Budak baik?” Zara menjegilkan matanya. Tahu Daris tak habis-habis memperli dirinya.

“Awak cute sangat!” Daris mencuit hidung Zara lalu ketawa kecil.

“Awak..” Zara marah kerana Daris masih mempermainkan dirinya.

“Dah, jom naik!” menarik tangan Zara dan menyuruh Zara menaiki motosikal yang sudah dia naiki sebentar tadi. Dengan bantuan Daris, Zara dapat menaiki motosikal Daris dengan jayanya. Menonggek di belakang motosikal besar Daris. Apabila Daris mula memecut motosikalnya hati Zara terus kecut perut kerana inilah kali pertama Zara membonceng motosikal. Superbike pula tu. Zara memeluk belakang Daris dengan kuat dan kemas. Jantung Zara tidaka berhenti-henti melantun dengan laju kerana superbike Daris memecut laju mencilok sana dan sini dicelah-celah kenderaan di jalan raya Kuala Lumpur yang sentiasa sibuk dan padat.

Jantung Daris juga melantun hebat..dup..dap..dup..dap..kerana Zara melekap kemas memeluk dirinya. Daris istirghfar banyak kali menetapkan hatinya. Daris hanya berniat untuk menolong Zara. Tidak lebih dari itu.






No comments:

Post a Comment