DO you know how much I..” belum sempat Daris menghabiskan ayatnya
kedengaran dentingan pinggan dan meja mereka ditepuk kasar. Semuanya berlaku
dengan pantas dan sedar-sedar wajah Zara telah disimbah dengan caffe latte yang
sudah tinggal separuh.
“Oh..inilah perempuan
yang you tergila-gilakan sangat tu?” seorang perempuan datang menyerang Zara
dengan bertubi-tubi. Tidak cukup menyimbah air ditunjalnya dahi Zara
berkali-kali. Zara pula masih tercengang dan fikirannya lambat nak mencerna apa
yang sedang berlaku akibat terlalu terkejut. Zara blur hanya melihat Kevin datang
menghalang perempuan itu dari menyakiti dirinya. Daris pula cuba menariknya ke
belakang tetapi kakinya masih terpaku di situ. Tidak berganjak!
“Antasya..enough! Enough,
okay!” Kevin berusaha menghalang perbuatan gila perempuan bernama Antasya itu
dari terus menyakiti Zara. Tidak menyangka spare-partnya boleh berada di café
itu dan menyaksikan dia menggatal dengan Zara tadi. Itu yang dia tergesa-gesa
keluar apabila mendapat panggilan dari Antasya, rupanya Antasya sudah lama
memerhatikan dia dan Zara. Mereka bergaduh di luar café, Antasya tidak berpuas
hati dengan penjelasannya dan akhirnya meluru masuk menyerang Zara. Semuanya
berlaku di luar kawalan.
“Biar I ajar perempuan
ni! Ada hati nak merampas boyfriend I. Dasar perempuan jalang!” terus menunjal
dahi Zara lagi dan lagi.
Perempuan jalang? Zara
tersentak lalu tersedar apabila dirinya diherdik sebagai perempuan jalang. Zara
yang dalam mood terkejut terus bertukar mood bengang. Amboih! Sesedap rasa melabelkan
dirinya perempuan jalang? You’re so dead, bitch!
Tangan perempuan gila yang
masih menunjal dahinya ditepis kuat. Mata Zara merah merenung perempuan gila di
hadapannya. Berani betul meletakkan tangan ke atas badannya. Memang betul-betul
mencari pasal! Zara berang.
“You make a big mistake!
You crazy maniac..B.U.L.L..S.H.I.T woman!!” terus melempang perempuan gila itu
sekuat hati. Zara tidak akan membiarkan dirinya disakiti lagi. Zara yang angkuh
dan bongkak masih ada di dalam dirinya. Jangan ingat dia akan membiarkan
dirinya disakiti sewenang-wenangnya. Zara merenung tajam perempuan gila itu
dengan garang.
“Zara..sudahlah tu! Kita
balik, okay!” Daris cuba menarik tangan Zara supaya pergi dari situ tetapi Zara
mengeraskan dirinya. Masih merenung garang ke arah perempuan gila yang
kelihatan amat terkejut dengan tindak balasnya. Pantang betul tok nenek dan moyangnya
ada orang suka-suka memaki hamun dan menamparnya. Betul-betul silap orang,
der!!
“Jangan cuba-cuba
letakkan tangan kotor kau ke badan aku lagi, betina!!” dengan nada keras sambil
menunding jarinya tepat ke muka perempuan gila itu. Zara memberi amaran. Kemudian,
berpaling mengambil handbag dan berlalu. Zara merasakan tamparannya tadi sudah cukup mengajar perempuan bedebah itu. Daris
pula tergesa-gesa mengekori Zara.
“Kurang ajar kau
perempuan sial!!” Antasya tidak mahu mengaku kalah mengejar Zara dari belakang.
Menarik rambut Zara dengan kasar dan melempang pipi Zara pula.
“Perampas macam kau ni memang
patut diajar! Kemaruk jantan! Bohsia! Sundal!” maki Antasya dengan kata-kata
kesat yang seangkatan dengannya.
“Apa dia perempuan
gilaaa!!! Kaulah sundal! Jalang!”
Pergaduhan besar tidak
dapat dielakkan lagi. Kedua perempuan itu saling bertarik rambut dan memukul.
Kevin dan Daris masing-masing cuba menarik perempuan mereka dari berhentam
lagi. Suasana café hingar-bingar dengan babak drama yang tak dijangka.
“Antasya! Jangan buat
malu kat sini!” Kevin cuba meleraikan mereka yang saling menarik rambut.
Perempuan kalau bergaduh, parah gila!! Kevin tak tahu nak meleraikan mereka
macam mana? Malunya tak payah ceritalah. Kevin terpaksa menebalkan muka cuba
menghentikan pergaduhan. Perempuan memang leceh!!
“You..shut up, Kev! It’s
all your fault!” Antasya menolak Kevin jauh-jauh.
Daris pula cuba
melepaskan tangan Antasya dari menarik rambut Zara tetapi ditepis-tepis kasar
oleh Antasya. Tak padan dengan perempuan, kasar gila! Getus hati Daris terkejut
dengan sikap agresif perempuan itu. Daris melihat hanya Zara yang menjadi
mangsa pukulan dan tarikan rambut tanpa dapat membalas sedari tadi. Daris dah
tak sanggup melihat Zara disakiti lagi. Daris terpaksa bertindak kasar dengan
perempuan itu tatkala melihat bibir Zara sudah berdarah.
“Sudah!” Daris menolak
Antasya jauh-jauh dari Zara. Bila Antasya masih berdegil tidak mahu melepaskan
rambut Zara terpaksalah Daris menolak Antasya dengan kuat sehingga Antasya
terdorong ke belakang.
Zara yang telah bebas
dari tarikan rambut Antasya tidak berpuas hati terus menerkam ke arah Antasya
cuba membalas pukulan perempuan gila
itu. Tetapi, cepat pula ditahan oleh Daris. Zara tetap berdegil nak mengerjakan
perempuan gila itu. Daris terpaksa mendukung Zara pergi dari situ. Zara yang
masih tidak berpuas hati cuba meronta-ronta di dalam dukungan Daris kerana
tidak dapat membalas dengan secukupnya dengan perempuan gila itu. Sakit betul
hatinya kerana dirinya yang teruk kena belasah dengan perempuan gila itu. Geram
juga pada diri kerana tidak dapat melawan perempuan gila itu sehabis-habisnya.
Eeeiiii..geramnya!!
“Turunkan saya, Daris!
Turunkan saya! Biar saya ganyang perempuan gila tu! Turunkan!” jerit Zara masih
meronta-ronta. Daris tidak mengendahkan kata-kata Zara terus mendukung Zara
sehingga ke tempat parkir di mana kereta Zara diletakkan.
“Zara..” pujuk Daris
sewaktu mereka berada di tempat parkir. Zara hanya membeku di tepi Audi R8nya
sambil berpeluk tubuh. Sakit hatinya masih belum reda. Sakit juga hatinya
kerana Daris menghalangnya dari terus mengerjakan perempuan gila tu.
“Zara..”
“Aarrrgghhhhhh..” Zara tiba-tiba
menjerit. Zara betul-betul geram kerana tidak dapat membalas setiap perbuatan
perempuan gila itu terhadap dirinya. Kenapa dia begitu lemah? Zara betul-betul
sakit hati dan tidak dapat menerima kenyataan dirinya yang selalu menjadi
mangsa. Kenapa dia yang selalu disakiti? Zara tidak dapat menerima semua itu
lagi.
“Dear..” dah keluar ayat
keramat memujuk Daris. Bahu Zara disentuh lembut dan Daris menunduk mencari
anak mata Zara.
“Sudahlah, Daris!” terus
membeku. Terlalu sakit hatinya kalau nak dibandingkan dengan badannya yang dah terasa
sengal-sengal.
“Dear..please..hm..” dagu
Zara diangkat. Mata mereka bertatapan. Zara tidak jadi nak memberontak.
Kepalanya tiba-tiba berhenti berfikir tatkala mendengar suara Daris yang
lembut.
“Awak terluka..” bibir
Zara yang berdarah diusap perlahan. Zara dilihatnya berdecit sakit.
“Sakit sangat ke?” tanya
Daris cemas.
Air mata Zara tiba-tiba bergenang.
Daris bertambah cemas.
“Awak sakit sangat ke?”
hati Zara terus dan terus tersentuh dengan sikap Daris. Lelaki itu selalu
menggoyahkan perasaannya.
Zara tiba-tiba menangis
tanpa dapat ditahan-tahan lagi.
“Saya benar-benar orang
yang paling kasihan, kan? So..pathetic..” amat kesal dengan dirinya sendiri. Sudahlah
cinta tak berbalas. Kena hentam dengan perempuan gila sudah dua kali pula tu.
Dia betul-betul, hopeless!
“Dear..jangan macam ni?”
Daris yang lembut dan cukup prihatin. Zara hanya mampu menggelengkan kepalanya.
Menunduk. Dia tidak tahu..tidak faham..dia keliru..
“I’m hopeless, Daris!”
Zara mengongoi kesedihan.
Daris terdiam hanya
tangannya menarik Zara ke dalam pelukan. Menepuk dan mengggosok belakang Zara
dengan lembut.
“Ouchh..” Zara berdecit
kesakitan bila bibirnya tergesel kolar baju Daris.
“Bibir sakit lagi?” tanya
Daris menjenguk Zara yang masih berada di dalam pelukannya. Zara mendongak lalu
mengangguk sambil mencebik kasihan.
“Bibir tu nak ubat tu!”
ujar Daris di tepi telinga Zara.
“Hah?” mata Zara membulat
terkejut dengan kata-kata nakal Daris.
Daris tersenyum herot.
“Sapu ubat..” jelas Daris
dengan mata bersinar nakal.
“Saya sakit ni..jangan
nak buat perangai terejal kat sini!” Zara menolak Daris jauh. Bengang
dipermainkan. Orang dahlah sakit, nih!
“Hok aloh..merajuk pulak!
Okay, tunggu kat sini jap! Saya nak pergi Seven E..jap! Tunggu tau!” Daris
menyuruh Zara menunggu sementara dia pergi ke Seven Eleven untuk mencari
bandage dan ubat sapu.
Daris muncul tak lama
kemudian..
“Okay, ke sini kakak
princess! Meh, saya ubatkan kakak princess yang cantik ni.” Daris menarik Zara
mendekat dan menundukkan wajahnya mencari bibir Zara yang terluka.
“Analgesic ointment tak
ada just ada Bonjela for mouth ulcer. Maybe..boleh pakai kot takut bibir yang
terluka tu jadi ulcer pulak. Okay, dear?” pipi Zara diusap lembut.
“Hm..apa-apa aje
la..sakit ni..” rengek Zara.
Daris tergelak.
“Okay..meh sini..”
“Gentle, okay..” ujar
Zara mula tersenyum.
“Okay..” Daris juga
tersenyum. Gembira apabila melihat Zara mula tersenyum. Tangannya memicit
sedikit ointment di jari lalu diacu ke bibir Zara. Belum sempat menyentuh Zara
sudah menjerit.
“Hei..belum sentuh
lagilah! Kenapa nak menjerit?!” Daris tergelak.
“Sakit awak..” rengek
Zara. Sakit hati akibat insiden di café makin berkurangan dengan sikap Daris
yang cukup perhatian. Bila diingatkan balik dia terasa malu pula kerana Daris
telah mendukung dirinya di hadapan ramai orang tadi.
“Tahan sikit tau!” Penuh
perhatian Daris mengusap bibir Zara dengan ubat sapu. Kemudian, menampal
plaster comel di tepi bibir Zara.
Zara sedang merenung
Daris.
“Okay, siap!” Daris
sengih.
Masih lagi merenung
Daris.
“Kenapa ni? sakit lagi
ke?” tanya Daris tatkal melihat Zara merenungnya sedari tadi.
“Awak baik sangat,
Daris!” ucap Zara tersenyum manis.
“Baru tahu ke?” Daris
angkat kening berlagak.
Zara tergelak tetapi
tidak lama dia mengaduh sakit pula. Dah tau bibir tu sakit buat apa tergelak
Cik Zara oii..
“Ha..kan dah sakit!”
Daris memegang pipi Zara lalu mengusap bibir Zara yang telah ditampal plaster.
Tanpa sedar Daris merapatkan wajahnya lalu ditiup perlahan di tepi bibir Zara
kononnya nak mengurangkan rasa sakit Zara. Perbuatan romantis Daris benar-benat
membuatkan Zara..speechless..
Daris tersedar dia
terlalu rapat dengan Zara. Entah kenapa bila selalu berada dekat dengan Zara
dia akan mula lupa diri.
“Zara..” seru Daris
dengan suara hampir berbisik dan hati Zara bergetar aneh.
“Daris..I have to go..”
Zara tidak dapat bertahan lagi. Hatinya semakin goyah. Dada Daris ditolak
perlahan lalu menarik pintu keretanya. Dia perlu pergi untuk memahami dirinya.
Tangan Daris pula menolak
pintu kereta Zara. Dia tidak akan membiarkan Zara pergi tanpa mendengar luahan
hatinya.
“Zara..saya tak pernah
terfikir saya segila ini..tapi..you drown me, Zara!”
“Drown me in love..I love
you, Zara..” Zara harus tahu tentang perasaannya. Dia tidak dapat menyimpannya
lagi.
No comments:
Post a Comment