DARIS mengekori Zara dari belakang dengan motosikalnya manakala
Zara memandu Audi R8nya sehingga sampai ke kediamannya. Sebelum Daris beredar
dengan motosikal besarnya mereka sempat berbual seketika. Bibir Zara yang mula
membiru Daris tatap dengan pandangan penuh kasihan.
“Hm..” Daris tunduk menilik wajah Zara dengan jemarinya. Tak sampai
sesaat Daris berdecit sambil menggelengkan kepalanya. Wajah Zara yang cantik
telah tercemar dengan lebam dan kemerahan. Kasihannya..
“Dah lebam bibir tu..tuam
sikit kat bibir yang bengkak tu. Kalau malas, saya boleh kurangkan sikit
bengkak tu dengan magic kiss. Sekali kiss terus elok, nak?” usik Daris
tiba-tiba. Sengaja berlelucon mengalih perasaan menyakitkan bermain di fikiran.
“Jangan nak terejal!”
ditolaknya pipi Daris ke tepi sampai terteleng kepala budak tu ke kiri. Daris
berpaling kembali dengan sengihan nakal siap menjelir lidahnya sedikit. Zara
tersenyum kerana Daris kelihatan sangat comel bila buat muka nakal seperti itu.
“Ayat copy paste umi yang
tak menahan tu..nak jadi menantu umi, eh?” usik Daris lagi sambil
tergelak-gelak.
“Daris..jangan bergurau
lagi, boleh? Saya nak masuk dah ni. Awak baliklah saya dah okay.” Halau Zara
dengan muka tak mengenang budi.
“Halau saya, ya? Tak
apa..saya akan bawa diri saya ni.” Daris buat muka merajuk.
“Dah malam ni..awak
baliklah..saya risau awak balik rumah awak nanti dah lewat sangat. Nanti call
saya bila awak dah sampai, okay?” jelas Zara. Sebenarnya, dia bimbangkan Daris
kalau pulang lewat sangat.
“Hm..ni yang buat saya sayang
awak sangat, nih! Jadi, awak..saya ni accepted atau rejected. Saya menunggu ni,
Zara..” gurau Daris dengan penuh mengharap. Zara masih belum memberi apa-apa
respon terhadap pengakuannya tadi. Dia
terlalu inginkan jawapan dari Zara. Adakah perasaan cintanya terhadap gadis itu
berbalas? Dada Daris berdebar menunggu jawapan dari Zara.
Zara senyum nipis.
“Daris..semuanya berlaku
terlalu pantas. Beri saya masa, Daris!” ujar Zara serba-salah.
Terus air muka Daris
berubah mendung.
“Hok aloh..” Daris
menepuk-nepuk helmetnya beberapa kali dengan wajah frust tak hengat.
“Kita berkawan dulu,
boleh?” Zara membuat tawaran. Nak terus bercouple dia bukannya budak remaja
yang terus melompat-lompat tak hengat kalau declare couple.
“Sejujurnya, saya
frustrated Cik Zara tapi apa yang boleh saya buat.” Wajah Daris betul-betul
frust. Daris tersenyum nipis menunduk merenung helmetnya. Betapa kecewanya dia!
PINTU bilik dibuka dan Zara melangkah masuk dengan langkah lesu.
Terasa sengal di seluruh badan dan fikirannya pula terlalu berkecamuk. Zara
pergi ke meja solek lalu menilik wajahnya di cermin. Pipi kemerahan bukannya
kerana blusher dan bibir lebam bukannya kerana lipstick. Betul-betul dapat
mekap free hari ini, bukan tajaan MAC atau Bobby Brown tetapi cap tengkorak
ayam punya mekap. Kurang ajar betul perempuan gila tu! Sakit betul hatinya
kerana tidak dapat melawan habis-habisan. Patutnya, dia ambil kelas kickboxing
atau kungfu kot tak adalah menjadi mangsa perempuan meroyan selalu. Asal
perampas dituduhnya dia, asal dia saja dituduh perampas. Huh! Ingat hadap
sangat ke?!
“Ouchh..” Zara berdecit
sakit bila secara tidak sengaja menggigit bibirnya kerana terlalu geram. Jarinya
terus menyentuh bibirnya yang sakit dan ketika itu dia mula teringatkan Daris
yang begitu lembut mengusap dan meniup bibirnya tadi. Tiba-tiba, badannya terasa
panas dan hangat semacam. Pipi terasa membahang.
“You drown me, Zara..” makin
laju Zara mengipas blausnya.
“Drown me in love..I love
you, Zara..” Zara menepuk kedua belah pipinya beberapa kali. Ayat Daris memang
melemahkan jiwa raga. Zara terus merebahkan badannya ke tilam dan
terkelip-kelip matanya merenung siling. Zara memejamkan matanya pula tetapi
jiwanya dilanda keresahan lagi kerana hidungnya bagaikan terhidu-hidu keharuman
dari badan Daris. Membuatkan jantungnya berdenyut dengan kapasiti luar biasa.
Menyerbu ke segenap salur darah. Hot sangat kot!!
“Kita berkawan dulu,
boleh?” Zara tiba-tiba menepuk mulutnya beberapa kali. Kenapalah lancar sangat
dia berkata begitu? Pasti hati Daris terluka dengan kata-katanya. Zara pejam
mata rapat-rapat. Dia begitu kesal.
“Zara..” nama Zara
dipanggil dari luar pintu. Zara membuka matanya dan mama sudah tercegat di
hadapannya.
“Zara..kenapa ni sayang?”
mama nampaknya terkejut dengan perubahan dirinya. Zara bangun dari pembaringannya
dan mama sekali lagi terkejut melihat wajah anaknya yang lebam dan merah di
sana-sini.
“Kenapa teruk sangat anak
mama ni? Zara bergaduh ke?” Datin Seri Delilah cemas melihat anak kesayangannya
nampak begitu teruk di matanya. Apa yang terjadi?
Zara hanya terdiam.
“Zara…kenapa sampai boleh
bergaduh ni?” mama berterusan bertanya.
Zara tidak tahu nak
bermula dari mana. Banyak perkara berlaku di dalam hidupnya sekarang. Berbagai
dugaan dan dia tidak tahu kenapa dia yang harus melaluinya?
“Zara penat mama..mental
and physical..kita bincang lain kali, ya?” kata Zara dengan harapan mamanya
akan memahami dirinya. Sungguh..dia terlalu penat dengan dirinya.
“Zara..mama tak pandai
bercakap tetapi mama pandai mendengar. Mama sentiasa ada untuk mendengar luahan hati anak mama ni. Mama
takkan memaksa Zara. Tidurlah..” ujar Datin Seri Delilah. Kasihan anaknya itu,
harta berjuta pun masih tidak dapat mengubati kelukaan hati anaknya. Dia akui
itulah kegagalannya sebagai seorang ibu walaupun mempunyai harta berjuta. Kasih
sayang dan kebahagiaan terlalu jelas tidak dapat dibeli dengan wang berjuta.
Datin Seri Delilah seakan tersedar sesuatu. Dia terlalu leka dengan duniawi,
itu yang nyata.
“Ma..” Zara menangis
teresak-esak. Sungguh..bukan mudah untuk dia melupakan lelaki bernama Qaiser.
Jiwanya sudah sebati. Itulah perkara yang paling dia kesali.
“Kasihan anak mama..”
Datin Seri Delilah mengusap ubun-ubun kepala anak kesayangannya dengan penuh
kasih sayang.
DARIS terasa kehilangan bila Zara mendiamkan diri dengannya sudah
beberapa hari sejak dari hari itu. Hidupnya menjadi pudar dan suram tanpa Zara.
Daris menjadi hilang punca. Daris mengusap rambutnya beberapa kali sambil
mengeluh di tepi cermin kaca. Matanya sedang memerhati suasana kotaraya yang
sentiasa sibuk dan sesak.
“Daris..are you there..”
Daris terus berpaling bila telinganya mendengar namanya dipanggil. Wajah yang
suram mula bercahaya.
“Zara?” matanya bagaikan
tidak percaya melihat Zara berada di depan matanya dengan senyuman paling
manis. Daris bimbang dia hanya bermimpi kerana terlalu rindukan Zara.
“Zara?” betul ke? Daris
cuba mengelipkan matanya. Manalah tahukan kalau memang benar dia hanya
bermimpi. Angau sangat, kan!
“Daris..” Zara mendekati
Daris.
“Daris..are you okay?”
Zara melambai-lambai di depan wajah Daris. Pelik melihat Daris merenung dirinya
terlalu lama.
“Zara..” bukan mimpi
membuatkan Daris terus melebarkan senyuman. Lega hatinya kerana Zara sudah
berada di depan mata.
“Kenapa ni?” Zara tak
faham.
“Tak..terkejut lihat awak
ada di sini.” Daris akhirnya dapat tersenyum. Kalau tak kalut semacam sepanjang
ketiadaan Zara.
“Oh..saya baru habis
board meeting tadi. Itu yang saya datang ke sini tengok awak.” Penjelasan Zara
membuatkan senyuman Daris terus mati. Kalau bukan pasal board meeting Zara tidak
akan datang menemuinya. Entah kenapa hatinya terasa hampa bila mendengarnya.
“Oh..” suara Daris
perlahan.
“Jom, pergi minum dengan
saya.” Ajak Zara. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Daris. Seminggu dia
berada di Paris, kononnya nak terapi minda dengan shopping non stop. Ini mama
punya idea, treatment untuk merawat hati
tapi apa yang dia dapat hanyalah kekosongan. Jenama-jenama terkenal tidak
mengujakan hatinya langsung. Hatinya masih juga begitu tetapi ada sesuatu yang
baru kerana sepanjang berada di Paris dia selalu teringatkan Daris dan kata-kata Daris yang melemahkan jiwanya. You
drown me..oh my..sebenarnya siapa yang dah drown siapa ni? Zara confused kejap!
“Tak dapat kot! Saya ada
hal jap lagi.” tolak Daris. Sebenarnya dia tiada apa-apa pun, nak melawat site
pun petang karang. Hanya kerja-kerja pejabat saja pagi ini, kalau nak skip pun
boleh saja tetapi disebabkan hatinya dah terusik Daris menolak mentah-mentah.
“Daris..please..” pujuk
Zara. Dia harus mengajak Daris keluar kerana dia amat memerlukan bantuan Daris.
Ini Bianca punya pasallah ni! Heboh mengajaknya hi tea di Hilton kononnya nak
memberi nasihat dan menyuruh dia move on. Tapi, diakan Zara Diandra mana boleh
nampak dia seorang yang lemah. Zara tidak akan sesekali membiarkan orang
memandang kasihan terhadap dirinya. Dia masih seorang Zara Diandra yang angkuh
dan bongkak. Dengan adanya Daris, Zara tahu Bianca dan teman-temannya akan
menutup mulutnya.
“Saya sibuk, Zara..”
dalih Daris.
“Daris..jomlah..” Zara
mendekat lalu memeluk lengan Daris dengan intonasi suara merengek. Walau apa
pun, dia harus berjaya memujuk Daris.
“Tak nak! Saya ada
kerja.” Tangan Zara dilepaskan. Tak teruja langsung dengan sentuhan Zara yang
terlalu rapat.
Zara mencebik. Ini
merajuk apa? Tak faham dengan perangai lelaki sorang ni! Zara berpeluk tubuh
dengan perasaan bengang kerana
pelawaannya dengan mudah di reject tanpa berfikir walau seminit oleh Daris.
Hei..tiada lelaki reject ajakan Zara Diandra, okay!
“Zara..awak ke mana?”
tiba-tiba Daris bertanya. Zara angkat kepalanya dan mata Daris terus tepat
memandang ke arahnya. Siap terjungkit keningnya yang tebal.
“Paris..” sepatah.
“Paris?” Daris agak
terkejut. Zara pergi tanpa memberitahu dengannya langsung. Hati Daris agak
terguris.
“Mama yang ajak pergi
shopping. Saya ikut aje. Sorry awak..” Zara mendekat lagi dengan Daris. Buat
muka kasihan.
“Saya hanya risaukan
awak. Saya ingat awak tak suka dengan
apa yang saya cakap pada awak hari itu.” luah Daris serius.
“Tak! Bukan macam tu..saya..”
Zara masih tidak dapat menghuraikan perasaannya lagi.
“Awak..jomlah..keluar
dengan saya. Pergi minum je..” rengek Zara cuba alih topik. Zara bukan sengaja
mengelak. Hatinya..dia masih belum pasti.
Daris terdiam. Zara
mengelak dengan kata-katanya. Hati Daris sakit dengan tiba-tiba. Zara mungkin
tiada perasaan dengannya, hanya dia yang terhegeh-hegeh. Gila tak frust!
“Zara..saya sibuk!” tolak
Daris. Buat apa nak keluar lagi?
“Ala..” Zara merengek lantas
menarik lengan Daris supaya rapat dengan dirinya lagi. Daris terkejut kerana Zara
memeluk lengannya terlalu rapat. Menadah senyuman sambil mendongak tepat ke
wajahnya. Hati Daris berdetak tidak
keruan dengan panahan mata Zara. Daris berdehem cuba menyembunyikan
perasaannya. Berpaling ke arah lain sambil menyeluk poket seluar.
“Saya malas! Ada banyak
kerja, Zara..” Daris menolak dengan wajah stone. Tanpa riak.
“Hm..tolonglah,
Daris..temankanlah saya..” Zara terus melentok kepalanya di dada Daris. Mereka
terlalu rapat dan melekat sehinggakan Daris dapat menghidu bau harum rambut
Zara dan terasa kulit Zara yang mulus. Hati Daris semakin kencang.
“Nop! Dah! Dah! Lepaskan
saya, Zara!” Daris cepat-cepat menolak badan Zara jauh.
Daris bimbang dia tidak
dapat mengawal dirinya nanti.
“Daris..hm..” Zara
merengek sambil menarik lengan Daris lagi seperti budak kecil siap mencebik
bibir kasihan.
“Zara..sudahlah tu! Saya
tak nak pergilah..” Daris cuba melepaskan tangan Zara tetapi Zara tetap
berdegil buat muka kasihan.
Daris menggelengkan
kepalanya masih tidak bersetuju untuk keluar bersama.
“Tak nak sudahlah! Saya pergi
dan takkan kacau awak lagi!” Zara melepaskan tangannya dengan kasar. Sakit
betul hatinya kerana Daris menolak permintaannya. Zara terus berpusing dan
mendapatkan pintu. Serius Zara merajuk gila dengan Daris.
“You never see me again,
Daris! Sampai bila-bila..” Zara sempat mengugut Daris sebelum dia mencapai
tombol pintu. Huh! Geramnya!
“Jangan buat drama kat sini
la, Zara! Dah, kita pergi..” Daris terus mengalah setelah mendengar kata-kata
Zara. Gila tak nak jumpa sampai bila-bila? Seminggu tak berjumpa pun dah buat
dia hilang arah, kalau selama-lamanya? Mau hilang akal! Pandainya, budak ni
mengugut. Sungguh..cinta butakanku..tutup mata dan redha sajalah dengan
perangai Zara. Lengan Zara terus dipaut dan keluar bersama-sama.
“Tau pun!” Zara senyum
menang kerana dapat membawa Daris keluar juga akhirnya. Hoyeahh!!
MENYESAL sangat-sangat memperkenalkan Daris dengan Bianca.
Sudahnya, dia juga yang makan hati melihat Bianca dan Memey bukan main
menggedik dengan Daris. Mulut inilah! Zara menepuk mulutnya banyak kali. Mulut
ni ringan sangat berkata Daris hanyalah seorang kawan. Apalagi, Bianca dan
Memey teruslah menggedik tak hengat semasa mereka hi tea di Hilton tempohari.
Selepas itu, Bianca
selalu menelefonnya bertanyakan tentang Daris dengan pelbagai pertanyaan yang
membuatkan dirinya sedikit lagi nak meletup dan dia terpaksa mengarang cerita
bohong Daris itulah Daris inilah. Bianca pula macam tak reti bahasa.
Last-last..
“Bianca..I have to tell
you something..Daris not what you expected..he’s gay! ” terbaik punya cerita
bohong. Zara sudah kehabisan idea mengelak Bianca lagi. Kalaulah Daris tahu mau
kena babap selang seminit. Kalaulah Zara tahu fitnah itu lagi besar dosanya
dari membunuh. Kalaulah..
Hari ini, mereka keluar
bersama-sama. Zara sedang menunggu Daris membeli pop corn dan soft drink.
Mereka akan masuk menonton Fast and Furious 6 di GSC Midvalley bersama sebentar
lagi. Sambil menanti, Zara melihat persekitaran yang penuh dengan ramai orang. Daris
datang dengan satu pop corn yang besar dan satu soft drink yang besar.
“Satu je?” tanya Zara
menunjukkan satu jarinya yang comel.
“Haah..share boleh, kan?”
Daris sengih nakal. Sengaja dia membeli setiapnya satu. Bukan kerana dia
kedekut tetapi sengaja nak meromantiskan diri. Suap menyuap, kan! Tak ke sweet?
Daris sengih nakal.
“Sharing is caring,
right?” Zara tergelak kecil.
“Tau tak apa!” Daris
menyua pop corn ke mulut Zara sambil tersenyum. Okay, bermulalah adegan sweet
muweet. Hati Daris berbunga riang.
Belum sempat Zara membuka
mulut, mereka terdengar dari jauh nama Daris dipanggil. Mereka sama-sama
menoleh. Bianca? Erk!!
“Daris, is that you?
Waaa..” muncul Bianca entah datang dari mana. Siap menjerit macam mak tarzan
happy sangatlah kononnya bertemu Daris.
Zara pula dah tarik
muncung sedepa. Sambil berpeluk tubuh. Kacau betul!
“You all buat apa kat sini?” tanya Bianca dengan wajah
teruja sangat melihat Daris. Macam ulat beluncas pula Zara menengoknya.
Tergedik-gedik! Sungguh..tak mau mengaku kawan! Zara tiba-tiba rasa moodnya dah
terjun ke laut. Spoil gila!!
“Fast and Furious 6!”
Daris menunjukkan dua tiket wayang kepada Bianca. Daris sebenarnya pelik
melihat kawan Zara yang seorang ini, macam budak hyperactive pun ada. Tapi, dah
kawan Zara layankan sajalah. Mungkin macam ni kot perangai anak-anak orang
kaya. Daris hanya tersenyum selepas itu.
“Zara..please take my
picture with Daris! He is so sweet..” Bianca menyuruh Zara mengambil gambarnya
dengan Daris.
“Bolehkan, Daris!
Please..” pinta Bianca tanpa perasaan malu. Bianca terlalu gembira dapat
bertemu dengan Daris yang terlalu kacak. Tujuan dia meminta untuk bergambar
dengan Daris kerana nak upload di dalam facebooknya nanti. Pasti ramai yang
jealous dia bergambar dengan lelaki hot seperti Daris. Bianca terlalu teruja.
Daris garu kepalanya.
Pening melihat perangai hyperactive budak sorang ni!
“Boleh ye, Daris?
Please..please..” dah tahap merayu Daris terpaksa mengangguk bersetuju. Banyak
mata di hadapan GSC memandang ke arah mereka. Maunya tak dengan perangai
hyperactive Bianca yang menarik perhatian.
Nak tak nak Zara terpaksa
mengambil Galaxy Note ii yang dihulur oleh Bianca. Air muka Zara
sekeruh-keruhnya. Bianca betul-betul merosakkan keheningan petangnya bersama
Daris. Sweet moment kononnya dah melayang entah ke mana. Grrrr..
“Damn! You’re so cute,
Daris!” puji Bianca melambung. Nampak Daris macam nampak artis K-pop.
Terjerit-jerit! Betul-betul macam budak kena sawan. Entah apa-apa entah! Sempat
Zara mengutuk kawannya sendiri.
Dengan tak rela Zara
mengambil gambar mereka berdua. Muka Zara dah macam cekodok basi. Sebal gila!!
“Dah lama I nak jumpa
dengan you..” kata Bianca dengan Daris selepas mereka berdua bergambar. Lepas
tu terjerit lagi apabila melihat gambar mereka yang telah diambil.
“So..cute..”
Daris hanya mampu
tersengih. Budak ni, kalau tak menjerit tak boleh ke?
“I suka sangat tengok
you..you cute sangat! I nak jumpa you tapi Zara cakap you busy sangat sampai
tak ada masa.” Bianca macam bertih goreng bercakap.
Daris terpaksa menadah
telinga mendengar dan hanya tersengih melihat perangai hyperactive budak sorang,
nih! Tak penat ke mulut tu? Bercakap tak ada noktah. Eh, budak ni cakap apa
tadi?
“Hah?” Daris terus
pandang Zara. Kenapa Zara tak bagi Bianca bertemu dengannya? Memang betul dia
sibuk tapi kalau ada hal penting sangat dia boleh je mencari masa.
“You ada hal penting nak
jumpa I ke?” tanya Daris lurus.
“Haah..I nak tahu sendiri
betul ke you yang sebegini cute dan baik orangnya. Er..sorry to say..you bukan
gay, kan?” bulat mata Daris mendengar kata-kata Bianca. Terkejut!
“Hah? Gay?” mata Daris
terus pandang Zara amat memerlukan penjelasan.
“Ok..oww..” Zara terus
memusingkan badannya ke arah lain. Sah kena babap selang seminit, nih! Bianca..betul-betul
malapetaca! Zara gigit bibir.
“Zara..” panggil Daris
dengan suara tertahan-tahan. Gay? Nauzubillah..minta dijauhkan mengikuti kaum
Nabi Luth itu. Astarghfirullah..Daris mengucap panjang. Budak, nih! Grr..
Zara buat tak dengar dan
terus berlalu masuk ke dalam GSC, kebetulan nombor panggung mereka telah
dibenarkan masuk.
“I have to go, Bianca!
It’s time..” Daris minta diri dengan tergesa-gesa dan cepat-cepat pergi
mendapatkan Zara yang sudah jauh ke depan.
“Zara!” panggil Daris
lagi selepas mereka masuk ke dalam. Mereka sedang mencari panggung yang
menayangkan Fast and Furious 6.
Zara tak dapat mengelak
lagi.
“Ya, Daris!” Zara senyum
selebarnya walaupun palsu semata-mata. Dia tahu dia sudah tertangkap. Nak buat
apa lagi? Senyum sajalah..
“Awak cakap dengan Bianca
saya gay?” tanya Daris geram. Sesuka hati Zara memfitnah dia gay? Dia sebegini
macho, muscle berketul-ketul dan yang paling penting wajah suci murni versi
lelaki baik-baik ni dikatakan gay? Huh! Mana tak geram, der!
“She’s so annoying,
Daris! Hari-hari bertanya pasal awak. Saya jadi stress dan terlepas cakap awak
gay.” Zara terpaksa mengaku.
“Kot ye pun..takkan gay,
Zara?’ Daris menggelengkan kepalanya.
“Saya tak nak dia kacau
awak. Budak tu bukan boleh percaya sangat! Saya tak nak awak terperangkap
dengan perempuan macam tu.” Zara cuba menjelaskan kenapa dia terpaksa berbuat
begitu.
“So, awak cakap kat dia
yang saya ni gay pasal awak takut saya kena kacau kena perangkap macam tu?” Daris
bengang. Gay? Idea Zara betul-betul gila semata-mata untuk menjauhkan Bianca
dari dirinya.
“Betul tu!” Zara tayang
sengih.
“Tapi, Zara..saya rasa
saya suka kena kacau dengan dia. Dia nak perangkap saya pun saya tak kisah. Dia
comel apa?! Walaupun agak hyperactive sikit! Seronok bila ada orang sukakan
kita tau.” balas Daris sengaja memprovok Zara. Kalaulah statement dia adalah
gay tersebar mana nak letak mukanya nanti. Habislah reputasi lelaki melayu
terakhirnya nanti. Memang tak patut, der!
“Apa awak?” Zara dah
terkejut besar. Bengang pula dengan statement Daris sukakan Bianca.
“Budak macam terkena
sawan macam tu pun awak suka ke?” Bianca tu? Hek..eleh..tak ada kelas!
Menggedik je tahu! Zara mencebik.
“Sekurang-kurangnya dia
mengaku dia sukakan saya. Tak macam orang tu, kan?!” provok Daris lagi sengaja
buat Zara sakit hati seperti mana hatinya sakit dikatakan gay.
“Daris..awak ni..” Zara
dah geram gila.
“Dahlah, Zara! Saya ni
masih terasa dengan tuduhan awak tu. Awak tahu tak menuduh seseorang sama
ertinya dengan memfitnah kalau tak ada bukti yang jelas. Awak cakap saya gay, Zara!
Awak tau tak dosa memfitnah lebih besar dosanya dari membunuh?” Daris meluahkan
perasaan sakit hatinya dituduh gay supaya Zara faham sengaja mereka-reka cerita
yang tidak betul adalah salah. Buat orang tersalah faham dan seterusnya
menjatuhkan maruah orang. Zara tidak patut berkata begitu walaupun alasannya
ingin melindungi Daris.
Zara menggelengkan
kepalanya. Sungguh..dia tak tahu.
“Baik awak bunuh saya
saja, Zara!” nada Daris kedengaran tersangat kesal.
Zara terdiam lama. Dia
mula faham apa yang dimaksudkan oleh Daris. Dia sudah melampau walaupun pada
mulanya dia hanya berniat untuk melindungi Daris. Dia tak mahu Bianca mengacau
Daris. Dia..Oh, Tuhan..adakah ini perasaan cemburu?
“Daris..i didn’t mean it happened
that way..” luah Zara dengan penuh kesalan.
“Dahlah, Zara! Kita masuk
dalam. Saya pun tak tahu hati saya ni boleh layan ke tidak Fast and Furious 6
ni lagi. Hati dah separuh, Zara!” Daris juga kedengaran seperti tersangat
kesal. Zara terasa sangat-sangat bersalah.
“Daris..maafkan saya..”
No comments:
Post a Comment