DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 6 March 2016

PEMILIK HATI ENCIK DOKTOR - BAB 1


MATANYA terpaku lagi buat ke sekian kali.Terpaku
pada susuk tubuh tegap yang tidak pernah jemu mengunjungi
seseorang yang sudah pasti bertakhta paling teratas dalam
hati. Bertuah kau, budak! Sebiji macam Sleeping Beauty!
monolognya.

Matanya memerhati sang puteri sedang beradu. Sang
putera setiap hari datang dengan harapan dapat mengejutkan
lena panjang sang puteri tetapi sayang, sang puteri pula sibuk
melayan dunia gelapnya. Dengan endotracheal tube di dalam
mulut, ventilator untuk memanjangkan hayat serta bunyi-bunyi
dari berbagai alatan monitor. Sungguh! Sang puteri bukan
mengharapkan sekadar ciuman sakti tetapi cinta sejati.

“Buat apa kau kat sini? Tak guna kau kat sini! Dia tak
perlukan kau!” Bulat mata melihat adegan tidak dijangka. Oh...
Jangan bertumbuk sudah! getus hati mula cuak melihat dua
orang lelaki kacak bila-bila masa akan berhentam.

“I have the right and don’t need your permission to
stay!” balas lelaki yang baru sahaja sampai. Sampai-sampai dah
diajak berhentam. Itulah, masa Sleeping Beauty sedar diri tak
ingat pula tentang hak. Huh, nasib baik hati ini tak sempat nak
tersangkut dengan mamat supercold tu! Erk, ya ke? Adalah
sikit. Normallah, kan! Aci potong kuku kalau hati tak goyang
dengan mamat kategori handsome macam tu. Siapa yang tak
nak jadi kekasih encik doktor, kan?

Tetapi, sedihnya apabila melihat hero seorang lagi
itu. Setiap hari datang tanpa jemu ke sini melihat Sleeping
Beauty masih tak bangun-bangun. Bila kau nak bangun,
Sleeping Beauty? Kasihan dua orang mamat ni. Seorang muka
monyok macam cekodok basi dan seorang lagi muka macam
tapai masam. Berkerut-kerut muka depa tengok hang tak mahu
bangun-bangun. Sudah-sudahlah tu bawa diri dalam dunia
gelap tu.

“Hmm... Aku balik dulu, Del!” bisik Edlin dari kejauhan.
Bukan waktu yang sesuai datang melawat temannya sekarang.
Edlin sempat mencuri pandang kedua-dua mamat handsome
itu sebelum beredar. Masing-masing sedang merenung
perempuan yang mereka sayang menerusi dinding kaca.
Hati Edlin sebak. Hatinya juga rindu dengan temannya
itu. Adelia merupakan teman baiknya yang paling rapat
sepanjang bekerja di hospital ini. Mereka berdua bersama
memulakan tugas di hospital ini selepas menamatkan pengajian
di kolej jururawat. Apa yang berlaku terhadap Adelia sangat
memberi impak kepadanya. Dia juga sayangkan Adelia dan
berharap semoga Adelia cepat sedar. Adelia, bertahanlah.

Keluar saja dari ICU, Edlin menggunakan tangga
untuk turun. Bersemangat menggunakan tangga untuk turun
ke tingkat bawah. Sengaja nak membakar lemak-lemak degil
di pahanya. Edlin sempat menggosok-gosok pahanya yang
mantap. Haish... lemak... lemak... susah hati betul!

“Eh!” Tiba-tiba bahu dirempuh kasar. Menonong
pelaku yang merempuh bahunya menuruni tangga. Langsung
tak menoleh. Jauh sekali nak memohon maaf. Bikin hati Edlin panas aje!

“Hello, brader!”

Lelaki itu menoleh ke belakang. Rahang Edlin sikit lagi
nak terjatuh apabila terpandang lelaki itu. Oh... Mamat tapai
masam rupa-rupanya.

Edlin tekup mulut. Mata lelaki itu hanya memerhati
Edlin dengan renungan yang susah untuk dijelaskan.

“Tak apa, tak apa... teruskan.” Tangan Edlin memberi
isyarat supaya lelaki itu mengabaikan sahaja apa yang berlaku
di situ.

“Sorry... tengah rushing!” Lelaki itu sempat memohon
maaf, kemudian terus hilang di tingkat tiga. Hanya kedengaran
pintu kecemasan tertutup rapat.

Edlin terkelip-kelip. Aura lelaki itu tertinggal dalam
hati Edlin. Terasa sesuatu yang pelik sedang menelusuri
hatinya. Mata tu, betul-betul panahan arjuna! Edlin menyentuh
dadanya yang dup dap semacam.

Ed, sedar diri tu sikit! Edlin menggeleng beberapa kali
bagi centre sedikit kepala otaknya. Tiba-tiba jadi bingung, apa
hal?

IRFAN tidak dapat menahan dirinya lagi. Jika dia masih
berlama di situ, tak pasal-pasal semua benda di sekeliling
bilik ICU melayang ke udara macam UFO karang. Huh, kalau
diikutkan hati, mahu dipatah-patahkan kesemua anggota badan
houseman hingusan itu satu per satu. Biar lumpuh satu badan
baru puas hatinya.

Apabila diingatkan balik waktu di labour room dahulu,
teruk juga mamat itu dikerjakannya. Berbirat lebam di merata
muka. Itu pun belum cukup membalas apa yang telah lelaki
bedebah itu pernah lakukan terhadap Adelia. Teringatkan
perempuan kesayangannya masih belum sedarkan diri, Irfan
menjadi terlalu sayu. Delia, bertabahlah! Saya sentiasa ada
untuk awak, Delia
.
Mood Irfan memang jauh ke laut dalam. Tak
pasal-pasal selalu melenting sejak dua menjak ini. Emosi
memang merudum. Nak-nak jika matanya singgah ke wajah
lelaki bedebah itu.

Huh, Irfan laju melangkah keluar dari ruangan ICU.
Panas hati dan terbakar jiwa melihat lelaki bedebah itu. Itu
yang menonong turun tangga dan tidak sengaja merempuh
bahu seorang jururawat. Apabila dah kena sound, barulah buka
mulut memohon maaf dan memberi alasan nak cepat. Kalau
tak... menonong buat tak tahu aje. Sejak bila dia menjadi
manusia tak berhemah pun dia tak tahu. Betul-betul berserabut
sejak Adelia tidak sedarkan diri.

EDLIN menapak ke tempat parkir motosikal. Anak kunci
motosikal dikeluarkan. Matanya sempat menilik sebuah
motosikal besar berada di sebelah skuter cabuknya.
Pergh, cun siot! Jenama apa ni? Edlin menunduk
melihat. Oh... Ducati Monster. Tidak semena-mena Edlin
teringatkan teman baiknya yang terbujur kaku di ICU.

Temannya itu sangat meminati motosikal besar. Adelia selalu
menyebut jenama-jenama motosikal besar apabila bersembang
dengannya. Edlin tidak berminat nak mengambil bahagian
bab-bab motosikal besar macam ni. Manalah dia mampu. Yang
dia mampu hanyalah berangan.
Tetapi, Edlin salute habis dengan Adelia kerana
meminati motosikal besar dan pandai pula membawa motosikal
besar. Edlin selalu teruja mendengar cerita-cerita Adelia
tentang pengembaraannya dengan grup motosikal besar yang
disertainya. Awek bawa superbike. Cool gila! Tak macam dia,
skuter cabuk ini aje la yang dia mampu. Mana ada manyak
ongkos nak melayan motosikal besar macam ni. Kalau dia ada
duit lebih baik dia simpan untuk adik-adiknya di kampung yang
masih bersekolah.
Edlin memakai helmet. Kemudian dia bersedia untuk
menarik skuternya keluar dari tempat parkir. Motosikal yang
diletakkan rapat-rapat menyukarkan Edlin mengeluarkan
skuter merah jambunya. Terkial-kial!

“Nak saya tolong?” Suara entah dari mana menyinggah
di tepi telinga. Edlin menoleh kepalanya. Tercengang sekejap!
Rahang yang hampir jatuh cepat-cepat ditutup. Oksigen,
oksigen. Tiba-tiba Edlin rasa semput dengan makhluk ciptaan
Tuhan yang sempurna. Sungguh, panahan mata arjuna itu
sangat terkesan dalam hatinya. Jantung Edlin bergetar aneh,
dup dap semacam!
“Hah!”
Irfan mengerutkan keningnya. Perempuan di
hadapannya kelihatan blur apabila dia cuba nak menolong.
Tangan Irfan laju saja menarik motosikal di sebelah skuter
comel perempuan itu ke tepi supaya skuter perempuan itu
dapat keluar dari tempat parkir dengan mudah. Selepas itu,
Irfan terus menaiki Ducati Monsternya. Perempuan itu masih
belum pergi. Kelihatan seperti bingung semacam.
Irfan tidak mengambil pusing. Masih banyak perkara
yang berpusing-pusing di dalam kepalanya daripada mengambil
pusing perkara yang bukan berkenaan dengan hidupnya. Irfan
menarik motosikalnya keluar. Bila nak memakai helmet fullface,
Irfan pandang perempuan itu yang masih belum beredar.
“Tak nak balik?” tanya Irfan dengan senyuman nipis.
Pelik pula melihat perempuan itu seperti terkejutkan sesuatu

Dengan senyum nipis sahaja cukup membuatkan hati
Edlin terasa nak melayang ke kayangan. Mak, tolong cheq!
“Cik...” Irfan menegur lagi.
“Eh...” Edlin tayang sengih sambil menggaru kepalanya
yang tidak gatal. Baru tersedar. Boleh pula dia tercegat macam
kena paku di situ. Adeh, nampak sangat kesengalannya di situ.
Habis percentage ayunya. Oh... Edlin rasa nak meraung.
Lelaki kacak itu dengan penuh bergaya memakai
helmet di kepala kemudian melambai dua jari kepada Edlin
sebelum beredar. Namun cukup membuatkan Edlin seperti
kena paku lagi di situ. Huuu... Betul-betul macho!
IRFAN datang lagi. Adelia masih tetap sama. Tiada
perubahan. Masih bergantung dengan mesin ventilator. Irfan
melihat data-data keadaan Adelia sepanjang hari semalam.
Tekanan darah Adelia semakin stabil. Keputusan darah juga
sudah banyak yang normal. Tetapi, kenapa Adelia masih belum
sedar daripada lena yang panjang? Bangunlah, Delia... rintih
hati Irfan tiada kesudahan.
Irfan masuk ke dalam bilik Adelia. Bunyi-bunyi mesin
monitor kedengaran di telinganya. Irfan mengenakan stetoskop
di telinga lalu meletakkan diaphragm di dada Adelia. Memeriksa
keadaan paru-paru Adelia. Lungs clear! Irfan berpuas hati
melihat progress Adelia semakin stabil.
“Awak kena kuat, Delia! Saya sedang menunggu awak,”
bisik Irfan di telinga Adelia. Luluh hatinya melihat perempuan
kesayangannya terbujur kaku di situ. Hatinya benar-benar
terseksa melihat Adelia begini. Dengan wayar dan tiub berselirat
dan anggota badan yang ditusuk dengan pelbagai kanula.
Irfan dapat merasai kesakitan yang sedang dilalui oleh Adelia.
Kasihan awak, Delia.
“Dr. Irfan kat sini rupa-rupanya!” Muncul seorang
jururawat.
“Kenapa?” tanya Irfan tanpa senyum. Tangannya sibuk
membelek lengan Adelia yang lebam. Ini kerja jururawatlah ni,
suntik blood thining drug pada tempat yang sama aje. Irfan tak
puas hati.
“OT called, cari doktor,” beritahu jururawat itu.
“Okey!” Pendek. Tahu pula staf OT mencarinya di ICU.
Irfan tahu mukanya familiar sangat di wad ICU sekarang. Selagi
Adelia masih berada di sini, dia akan menjadi pengunjung setia
di sini.
Irfan keluar dari bilik Adelia. Menonong dengan
pakaian OT berwarna biru. Mata sibuk membelek gadget di
tangan untuk mencari nama yang ingin dihubungi.
“Helo... Okey, I’ll be there in five minutes!” Kaki
diayun pantas. Suis pintu besar automatik ditekan dan pintu
ICU terbuka. Dia terus melangkah tanpa memandang sesiapa.
Akibatnya, Irfan tidak sengaja terlanggar orang lagi.
“Sorry...” mohon Irfan. Kemudian Irfan seperti
terkejut sedikit apabila melihat orang yang dilanggarnya ialah
orang yang sama dia langgar semalam.
“Tak apa, tak apa, teruskan...” Gaya perempuan
itu masih sama. Irfan rasa bersalah pula. Ini kali kedua dia
terlanggar perempuan itu.
“Sorry... Saya nak cepat.” Alasan yang sama diberikan.
Semalam, dia tak adalah mengejar masa sangat tetapi hari ini
dia betul-betul mengejar masa. Khidmatnya diperlukan di bilik
bedah dengan segera. Kes ectopic pregnancy. Dia tidak boleh
berlengah lagi.
“Eh, tak apa! Bukan ada apa pun,” balas perempuan
itu dengan senyuman. Irfan membalas dengan senyuman nipis
Rasanya dah tiga kali dia terserempak dengan perempuan itu.
Seingatnya, di tempat parkir juga.
“Sorry, ya!” Irfan dengan gaya dua jari melambainya
kemudian terus berlalu.
EDLIN masuk ke dalam bilik teman baiknya. Dia melihat
Adelia yang sedang lena beradu di dalam dunia kegelapan.
Entah bila akan sedar.
“Kau dah mandi belum, Del? Busuk aje aku bau. Haaa..
Tak pun kau yak ya, Del?” Edlin memeriksa teman baiknya itu.
“Kau minum susu ikut hidung aje kut! Awat kau yak
busuk sangat ni?” Hidung Edlin kembang kempis.
“Aku tukarkan diaper untuk kau, ya? Relakslah...
Kitakan best friend! Buat apa nak malu. Hari ini hari kau,
esok-esok hari aku kau jangan pula tak pedulikan aku. Sedih
woo...” Edlin membebel walaupun tiada respons daripada
teman baiknya.
Selepas menukar diaper, Edlin membancuh susu.
“Kau hari-hari minum susu ikut hidung. Tak boring
ke, Del? Aku yang tolong bagi ni pun naik muak tengok. Kau
bangunlah, nanti kita pergi makan piza ramai-ramai. Fuh,
terliurnya nak makan piza.” Edlin selamba berceloteh sambil
menuang susu melalui tiub.
“Weh, lama kau tak masuk kerja. Aku rindulah.”
Tiba-tiba suara Edlin berubah. Air mata bertakung menunggu
jatuh sahaja tetapi Edlin menahannya sedaya mungkin.
Dan Adelia masih juga begitu. Masih dengan lena
panjangnya.
“Suami kau datang tak hari ni, Del? Aku tengok suami
kau, aku geram tapi dalam waktu yang sama, kesian pula aku
tengok dia, Del! Dah macam hero Hindustan berjambang. Tak
terurus langsung!” Edlin selamba mengutuk suami Adelia.
“Kalau aku jadi kau pun, mesti susah nak maafkan.
Terpulang pada kau, Del! Tapi, kau kena bangun. Kau tak boleh
lari macam ni.” Si Edlin masih lagi membebel.
“Kau tengok badan kau ni... penuh lebam-lebam kena
cucuk sana sini. Bangunlah!” Walaupun membebel, tangan
sedang membetulkan tubing drip.
“Eh, aku nak balik dululah. Boring siot bila kau tak
ada ni. Kalau kau ada, kita boleh keluar tengok wayang ke?
Shopping ke? Kalau kau belanja aku makan lagi bagus. Sukanya
aku tapi... hmmm...” Edlin monyok lagi.
“Okey, Del! Aku balik. Esok aku cuti. Kalau aku
boring-boring kat rumah, aku datang sini tengok kau, ya! Kau
jangan lupa bangun tau!” Apabila berpuas hati teman baiknya
dalam keadaan kemas dan rapi, Edlin bersiap ingin keluar.
Mulut Edlin terlopong sewaktu melihat Dr. Pasha
betul-betul berada di muka pintu dengan wajah suram. Alamak,
terdengarkah ocehannya tadi? Edlin tayang senyum buat-buat.
Oho... Mulut ni betullah!
“Dr. Pasha baru sampai ke?” Edlin saja berbasa-basi,
cuba menutup perasaan bersalah kerana sesuka hati dia saja
mengutuk doktor itu.
Anggukan lemah si hero Hindustan berjambang itu
sudah cukup membuatkan Edlin terlalu kasihan. Tak larat
nak beramah-tamah dengan hero Hindustan seorang ini. Tak
apalah, faham.
“Dr. Pasha, saya baru aje bagi susu. Diaper pun saya
dah tukar. Okey, doc! Saya pergi dulu!” beritahu Edlin sebelum
beredar.
“Terima kasih, ya!” ucap Pasha dengan suara agak
serak.
Aduh, kasihannya! Edlin tak boleh berlama-lama nanti
dengan dia sekali menangis karang.
“Tak apa. Adelia kawan baik saya. Cuma kalau Adel
bangun, tolong jangan lukakan hatinya lagi,” pesan Edlin
sebelum menutup pintu. Huh, ayat cek macam drama! Edlin
garu kepala sebelum beredar.
LULUH hati Pasha melihat Adelia terbujur kaku. Sudah dua
minggu isterinya masih tidak sedarkan diri. Adelia bergantung
sepenuhnya dengan mesin ventilator dan ubat-ubatan.
Sepanjang itu Pasha sentiasa dirundung dengan perasaan
bersalah. Dia seorang yang benar-benar teruk.
“Abang teruk, kan? Apa yang abang dah lakukan ni?
Abang buta, sayang. Sungguh, abang buta. Maafkan abang.
Abang tahu ucapan maaf abang takkan mampu menyembuhkan
luka dalam hati sayang. Tapi, abang tak tahu lagi. Jika nyawa
abang jadi pertaruhan, abang rela menggantikan nyawa abang
untuk sayang. Bangunlah, sayang...” Penyesalan sudah tiada
gunanya sekarang. Mereka telah kehilangan anak mereka dan
Adelia pula masih tidak sedarkan diri.
Teringat kembali detik-detik cemas di labour room.
Pasha pejam mata kerana terasa amat perit bila teringatkan
betapa teganya dia tidak mempedulikan isterinya kala itu.
Sungguh, dia seorang yang pengecut! Akui Pasha dalam getir.
Seketika Pasha membelai rambut Adelia dengan lembut. Wajah
pucat Adelia dengan mata tertutup membuatkan Pasha hampir
menangis lagi di situ.
“Anak kita perempuan, sayang... Abang sempat
iqamatkan anak kita sebelum dia pergi. Dia hanya sempat
bertahan selama satu jam saja. Berat lahirnya hanya 1 kilo
lebih,” beritahu Pasha dalam sendu. Bayi mereka juga bertarung
nyawa untuk menjenguk dunia namun Allah lebih sayangkan
anak mereka. Walaupun telah diberikan bantuan pernafasan
dengan ventilator, bayi mereka masih tidak mampu bertahan.
“Sayang... Anak kita comel sangat.” Air mata mengalir
tanpa sedar. Terimbas dalam minda wajah anak perempuan
mereka. Sangat-sangat comel dan kemerah-merahan. Pasha
tidak dapat menahan dirinya lagi lalu terus menyembamkan
wajahnya ke dada Adelia. Teresak-esak dengan penuh rasa
penyesalan.
“Abang tak layak dimaafkan! Anak kita...” Tanpa malu,
Pasha mengongoi kesedihan.
“Abang rela tidak dimaafkan dengan sayang sampai
bila-bila asalkan sayang bangun. Tolong bangun, sayang...” rayu
Pasha tidak peduli lagi dengan keadaan sekeliling.
Irfan merenung tanpa jiwa ke dalam bilik Adelia
menerusi cermin kaca. Irfan nampak suami Adelia sedang
menangisi Adelia yang belum sedarkan diri. Tiba-tiba Irfan
mendengus sambil mengepal penumbuk. Gigi diketap rapat.
Asal nampak saja malaun seorang itu, darahnya membuak-buak.
GITAR dipeluk rapat ke dada. Hatinya sunyi... Delia,
bangunlah...
Irfan humming suara perlahan sambil memetik
gitarnya. Dengan sayu Irfan menyanyi dengan penuh perasaan.
“Dengarlah bintang hatiku, aku akan menjagamu.
Dalam hidup dan matiku, hanya kaulah yang kutuju. Dan
teringat janjiku padamu, suatu hari pasti akan kutepati. Aku
akan menjagamu semampu dan sebisaku. Walau kutahu
ragamu tak utuh. Kuterima kekuranganmu dan aku tak akan
mengeluh. Karena bagiku engkaulah nyawaku. Aku akan
menjagamu semampu dan sebisaku...”
Nyanyian Irfan tiba-tiba terhenti apabila suaranya
mula serak dengan sendu yang tak tertahan.
“Delia, please wake up...” Air mata mengalir tanpa
sedar.

No comments:

Post a Comment