ZARA menyusup masuk ke dalam lif. Seboleh-bolehnya, Zara tidak mahu
ada orang mengenalinya. Dengan berhati-hati, Zara melangkah keluar dari lif dan
mencari bilik yang dihuni oleh Qaiser. Sampai di pintu bilik hotel, Zara terus
mengetuk pintu beberapa kali. Zara tertunduk-tunduk apabila ada orang melepasi
dirinya. Army cap yang dipakai sengaja
dilorot jatuh menutupi mata. Zara memakai pakaian kasual sebagai penyamaran.
Sebentar kemudian, pintu dibuka tangan
Zara terus ditarik pantas masuk ke dalam.
Kelihatan Qaiser hanya memakai
bathrob berjalan menuju ke katil lalu duduk. Wajah Qaiser berserabut!
Zara amat terkejut
melihat keadaan bilik yang berantakan dengan cadar dan selimut bergumpal di
atas katil dan kaca bertaburan di lantai. Mata Zara terpandang beberapa foto di
atas lantai lalu diambil dan diteliti lama. Terkejut!
Qaiser membiarkan saja
dengan wajah keruh. Tiada tanda-tanda menahan Zara dari melihat foto itu lagi.
Zara sakit hati
sangat-sangat melihat foto-foto itu. Walaupun hanya belakang badan perempuan
itu saja yang kelihatan Zara amat pasti dan mengenali siapa perempuan jahanam
itu? Zara ketap bibir geram. Tidak tunggu lama, hati pun membara Zara terus mencampak
beg kertas berisi pakaian Qaiser di atas lantai. Terus berpusing menuju ke
pintu. Sakit betul hatinya!
Qaiser memanggilnya hanya
semata-mata mahu menunjuk hubungan mereka berdua yang tersangat intim. Huh! Baik dia blah! Menyesal pula menuruti kemahuan Qaiser datang ke hotel.
Ingatkan apa?! Rupanya..Ahh..
“Zara nak ke mana tu?”
tanya Qaiser serentak bangun.
Zara tidak mempedulikan
pertanyaan Qaiser terus mendapatkan pintu. Sakit hati di pejabat belum hilang, ditambah
pula sakit hati di sini. Qaiser memang pakar menyakitkan hati orang. Urgh..
“Zara!” laungan Qaiser tidak
dipedulikan langsung. Terus melangkah ke pintu.
“Zara..” belum sempat
membuka pintu, lengan Zara ditarik dari belakang. Kemudian, kedua belah bahu
Zara dipegang dari belakang oleh Qaiser. Zara hanya mendiamkan diri sedari
tadi. Tiada kata sepatah pun!
“Zara nak balik!” Zara
terpaksa bersuara kerana Qaiser masih memegang bahunya tetapi masih tidak
berkata apa-apa dengannya. Zara menggerakkan bahunya ke kiri dan ke kanan cuba
meleraikan pegangan tangan Qaiser. Sentuhan Qaiser amat menyakitkan hatinya.
“Zara tunggu abang, jap! Bagi abang mandi dan bersiap
selepas itu kita keluar sama-sama.” pinta Qaiser.
“Zara tak boleh tunggu
abang! Zara ada hal selepas ini. Abang baliklah dengan siapa-siapa pun!” Zara tidak
akan menunggu Qaiser. Seminit pun Zara tidak sanggup menunggu.
“Ala..tunggu la kejap! Okay?” kedua belah bahu Zara dipegang lagi dan terus mendorong Zara
duduk di atas katil. Nak tak nak Zara terpaksa menurut dan duduk di atas katil.
Demi terpandang cadar dan
selimut yang bergumpal membuatkan hati Zara mendidih entah ke tahap berapa
degree pun tak tau. Zara menjeruk
rasa. Menunggu Qaiser mandi dan bersiap membuatkan Zara tidak senang duduk.
Ditambah pula, Qaiser yang selamba badak keluar dari bilik air hanya bertuala
separas pinggang dengan titik-titik air masih di badan memang membuatkan jiwa
keperempuanan Zara bergetar hebat.
Zara mengalih pandangannya
ke arah lain. Tak sanggup! Qaiser sempat perasan reaksi Zara hanya tersengih.
Siapa yang tidak terpikat dengan bentuk badan tegap sepertinya? Qaiser bangga memiliki
keistimewaan itu. Selesai berpakaian, Qaiser terus memaut bahu Zara bangun dan
beriringan keluar dari bilik hotel. Dia kesiangan dan sudah pasti takkan masuk
ke pejabat hari ini.
“Apa yang Zara nampak
tadi tu..tolong rahsiakan, ya? Abang sebenarnya, kena perangkap!” Qaiser
terpaksa berterus-terang sewaktu mereka berdua sudah berada di dalam kereta.
Zara menoleh ke arah
Qaiser sambil mengerut kening. Perangkap!
“Sazzy perangkap abang!
Betullah kata Zara yang perempuan tu ada agenda nak kenakan abang.” keluh
Qaiser menyesal kerana tidak mendengar kata-kata Zara.
“Kenapa beritahu Zara?
Abangkan cakap jangan sibuk-sibuk hal abang!” Zara memulang paku buah keras.
Sakit hati dihalau dari pejabat lelaki itu semalam masih berbekas di hatinya
sehingga ke hari ini. Dia juga ada hati dan tau sakit hati. Kata-kata Qaiser
amat mengguris hatinya.
“Kata-kata abang
menyakitkan hati Zara, kan? Abang tak patut, sorry Zara!” mohon Qaiser dan
terus menggenggam tangan Zara dengan eratnya.
“Hantar Zara balik! Zara
ada hal lagi ni!” gesa Zara sambil melepaskan tangannya yang berada di dalam
genggaman tangan Qaiser. Zara malas nak mengambil tahu tentang hal Qaiser lagi.
“Okay!” Qaiser hampa bila Zara tidak mengendahkan dirinya. Masalah
besar yang bakal di hadapi nanti amat merunsingkan hati Qaiser. Qaiser masih
belum menerima apa-apa panggilan dari sesiapa yang mungkin mengugutnya dengan
foto-foto itu. Entah siapa yang durjana sangat tu? Kalaulah dia tahu siapa
orangnya sumpah patah-riuk dikerjakan olehnya nanti! Qaiser bengang betul!
Zara yang banyak mendiamkan
diri juga membuatkan Qaiser keresahan. Hai..
SAMPAI di rumah tanpa memandang Qaiser, Zara terus meluru turun
dari kereta. Pintu kereta sengaja dihempas kuat-kuat seperti hatinya yang telah
direnyuk-renyuk oleh Qaiser sewenang-wenangnya. Tersentap jugalah Qaiser
dibuatnya. Zara tidak peduli. Hatinya yang sakit tidak pula Qaiser ubati malah
menyakitinya berulang kali.
Zara terus ke bilik dan
bersiap-siap untuk keluar lagi. Dia harus berjumpa dengan seseorang.
Audi R8 berwarna putih
siap sedia keluar dari garage.
Sewaktu memandu Zara sempat update di
twitter tentang satu perkara. Tidak
sampai beberapa minit memandu banyak komen muncul di twitter. Zara tahu dia nak ke mana selepas ini dengan bantuan
teman-temannya di twitter.
Zara menuju ke Mandarin
Oriental Hotel kerana ada pertunjukan fesyen di sana. Zara harus bersemuka
dengan seseorang untuk membuat perhitungan.
Sesampai di hotel, Zara
terus mencari orang yang dikehendaki. Sazzy! Dari info teman-teman di twitter,
perempuan bedebah itu ada fashion show
di hotel itu. Zara mencari Sazzy dan menunggu masa yang sesuai untuk membuat
perhitungan.
Apabila selesai fashion show Zara mengekori Sazzy dari
belakang.
“Hei, perempuan!” panggil
Zara.
Langkah Sazzy terhenti
dan menoleh.
“Oh, kau rupanya!” Sazzy
tersenyum sinis sambil memeluk jambangan bunga ros dari fashion show sebentar tadi. Sazzy yang memakai pakaian berjenama
yang diperagakan di atas pentas tadi kelihatan terlalu murah pada pandangan
mata Zara. Semewah mana pun pakaian membaluti perempuan itu tetap nampak murah
di mata nya kerana perangai sundal si pemakai. Betapa meluatnya Zara!
“Apahal?” tanya Sazzy
sombong. Sekejap kecil, sekejap besar matanya melihat Zara yang kelihatan amat
cantik walaupun hanya berpakaian kasual. Paris Hilton Malaysialah sangat!
Meluat betul Sazzy dengan Zara.
“Pasal gambar! Aku nak
semua gambar dan salinan yang ada. Kalau tak..” ugut Zara berani.
“Kalau tak kenapa? Kau
nak buat apa?” Sazzy buat-buat gelak sengaja mengejek Zara.
“Jangan cari pasal dengan
aku! Kau tau siapa aku kan! Dengan
satu panggilan kau takkan dapat cari makan dengan modeling kau tu sampai bila-bila. Jadi pelacur kelas atasan sajalah
kau nanti.” ugut Zara lagi tanpa rasa gentar.
“Takutnya..” Sazzy
buat-buat takut kemudian tergelak.
“Frankly, my dear..I don't give a damn!” Sazzy terus memukul
jambangan bunga ke muka Zara berkali-kali. Sakit betul hatinya mendengar
kata-kata Zara.
“Ahh..Ahh..” Zara terjerit-jerit kerana dipukul dengan jambangan
bunga. Habis muka Zara pedih kerana terkena duri bunga ros.
Sazzy tidak peduli
berterusan memukul Zara hanya di bahagian muka. Biar muka betina di depannya
menjadi cacat atau berparut! Biar hodoh! Biar jelik! Baru puas hati Sazzy.
“Ugutan kau tu tak laku, okay!” terus memukul.
Zara cuba mengelak
pukulan tetapi asakan bertalu-talu membuatkan Zara terpaksa menahan serangan
dengan tangannya. Zara tiada peluang untuk melawan balik kerana Sazzy
berterusan memukulnya tanpa henti.
“Aku rasa kau tak tau apa itu ugutan yang sebenar. Meh, sini
aku ajar kau cara nak mengugut cara yang betul! Ha..” Sazzy belum puas memukul Zara dengan jambangan bunga. “Nak
ugut aku konon!” terus menghempas sekuat hati jambangan bunga ke muka Zara.
“Hei, berhentilah bodoh!”
jerit Zara cuba menepis tetapi tidak sempat. Habis mukanya tercalar dengan duri
bunga ros.
“Siapa bodoh? Kaulah yang
bodoh! Qaiser pun bodoh! Senang kena tipu!” ejek Sazzy menaikkan darah Zara.
“Perempuan tak guna!”
maki Zara cuba menyerang tetapi sebaliknya Sazzy terlebih dahulu menolak dada
Zara dengan kuat sehingga terlonjak ke belakang.
“Kaulah tak guna!
Perempuan bodoh dan paling kasihan yang pernah aku tengok terhegeh-hegeh dengan Qaiser yang langsung
tak sudi dengan kau. Kalau tak, tak adalah Qaiser mencari aku!” balas Sazzy
sambil menunjal dahi Zara beberapa kali pula.
Zara terjerit-jerit
kerana tidak dapat melawan Sazzy yang lebih agresif dari Zara.
“Apa kau kata?!” Zara dah
tak dapat menahan dirinya lagi. Sedari tadi hanya dia yang menjadi mangsa
pukulan dan hinaan. Ini sudah terbalik! Sepatutnya, dia yang kenakan perempuan
bedebah itu cukup-cukup! Zara tahu dia harus lebih kuat untuk melawan perempuan
bedebah itu.
“Kaulah perempuan paling
kasihan yang pernah aku jumpa.” ejek Sazzy tergelak sinis.
“Apa?” Zara terlalu sakit
hati diejek-ejek. Berdiri dengan garang dan bersiap sedia untuk membalas. Kalau
berakhir dengan bertarik rambut dan bercakaran pun dia sanggup sekarang ni.
Untuk mengalah jauh sekali.
“Hai..kau ni memang buat
aku..” Sazzy terlalu jengkel dengan Zara dan tangannya terasa ringan saja nak menampar
muka Zara. Tangan baru diangkat tinggi-tinggi.
Zara cepat-cepat
memalingkan wajahnya ke arah lain cuba mengelak tamparan Sazzy namun ada tangan
yang menghalang Sazzy dari menampar Zara. Ada seseorang telah datang menghalang Sazzy dari mengasari Zara lagi.
Sazzy pula terjerit-jerit apabila kedua belah tangannya dipulas ke belakang.
“Hei!!” jerit Sazzy
nyaring. Sakit kerana tangannya dipulas kuat.
“Ops! Sorry..” lelaki itu
melepaskan tangan Sazzy.
Sazzy berpusing dan
bersedia nak memberikan tamparan paling kuat kepada pelaku yang kurang ajar
sangat memulas lengannya yang cantik mulus ini. Hii..
Tangan dah dihayun
tinggi-tingi..
Tetapi..
Mata Sazzy terkelip-kelip melihat lelaki itu tayang smartphone
betul-betul di hadapan matanya. Bukan saja-saja nak menunjuk smartphone canggih
tetapi sebagai bukti. Sazzy mula kecut perut melihat video yang telah
dirakamkan oleh lelaki itu. Video di mana dia telah mengasari Zara. Jika video
itu tersebar di laman YouTube seperti wabak yang sukar dihentikan. Habislah dia
nanti.
“Delete video tu!” Sazzy
cuba merampas smartphone lelaki itu. Tetapi, cepat pula lelaki itu menarik
smartphonenya lalu diangkat tinggi-tinggi. Sazzy walaupun dikategorikan
perempuan yang tinggi masih tidak dapat mencapai smartphone lelaki itu kerana
lelaki itu lebih tinggi darinya. Terlompat-lompat Sazzy nak mencapai.
“Nop! Selagi cik tak
mohon maaf dengan cik yang ini.” Lelaki itu menggelengkan kepalanya.
“NO!!” Sazzy membentak
keras sambil berpeluk tubuh. Huh! Minta maaf? Tunggu kucing tumbuh tanduk lembu
dululah.
“Orait! Video ni..dalam
beberapa saat akan dimuat turun ke laman YouTube. Cik modelkan?” ujar lelaki
itu dengan tenang siap dengan senyuman. Tangan mula skrol application untuk
membuka laman YouTube pada smartphone.
“Wait!! Okay!” Sazzy
mengalah. Hanya di hujung jari masa hadapannya yang gemilang bakal musnah jika
video itu tersebar di YouTube. Sazzy tak sanggup. Dia masih belum puas dengan dunia
glamour dan anggan-angannya untuk menjadi supermodel masih belum tercapai.
Akhirnya, Sazzy mengalah.
Zara yang menunduk sedari
tadi membuka mata. Zara hairan kerana masih tiada apa-apa berlaku terhadap
dirinya. Zara pandang sekeliling. Kelihatan seorang lelaki sedang memulas
lengan Sazzy ke belakang. Zara terpinga-pinga dengan tindakan lelaki itu dan
yang lebih membuatkan Zara terkejut. Lelaki itu! Macam mana boleh berada di
sini?
“Hei, perempuan! Sorry!”
tiada keikhlasan langsung sewaktu Sazzy memohon maaf. Nampak sangat kerana
terpaksa.
“Huh, in your dream!”
Zara mencebik jengkel. Badannya terasa sengal-sengal akibat pukulan perempuan
jahat itu. Nak maafkan? Sorry!
“Aku pun tak ingin pun
kau maafkan aku! Kalau tak kerana lelaki ni yang suruh. Jangan harap!” Sazzy
juga mencebik benci.
Zara semakin sakit hati.
Sedari tadi hanya dirinya yang dihina dan disakiti. Zara rasa nak ganyang
rambut perempuan tu kuat-kuat. Tanpa sedar kedua belah tangannya juga turut
digenggam kuat-kuat. Menzahirkan perasaan amarah dan geram yang ada di dalam
hatinya.
Lelaki itu dapat melihat
riak wajah Zara yang memerah menahan marah sangat-sangat. Kalau tak dielakkan
lelaki itu rasa mungkin berlaku lagi pergaduhan di antara kedua mereka. Harus
dihentikan segera!
“Sudahlah tu! Baik cik
model pergi sekarang.” Lelaki itu menyuruh Sazzy beredar dari situ. Penat pula
melihat pergaduhan mereka sedari tadi. Nasib baik dia bertindak bijak merakam
video perlakuan model itu. Bukan sengaja nak menjatuhkan aib orang hanya
sebagai ikhtiar untuk menghentikan kekasaran perempuan model itu dengan
perempuan seorang lagi ni.
“Video tu?” Sazzy takkan
pergi selagi video itu tidak didelete oleh lelaki itu.
“Kalau cik model tak
beredar sekarang dan-dan ni jugak saya muat turun video ni ke YouTube.” Begitu
kuatnya pengaruh YouTube membuatkan Sazzy terus beredar tanpa banyak bunyi
lagi.
Lelaki itu baru dapat
bernafas lega. Smartphone di tangan terus dimasukkan ke dalam poket. Berpusing
dan mengadap perempuan yang seorang lagi ni. Anak patung ‘bergerak’ yang cute!
“Awak?” Zara hairan. Bagaimana
Daris boleh berada di sini?
“Ye, saya!” Daris senyum. Tautan mata redup itu membuatkan Zara
terkedu seketika.
“Macam mana awak boleh
ada kat sini?” Zara buat muka pelik
bin ajaib. Comel je Daris tengok.
“Saya ada hal kat sini tadi. Jumpa klien. Saya nampak
awak dari jauh. Itu yang saya ikut awak dari belakang. Ingat nak tegur awak jap sekali lain pula yang saya nampak.”
jelas Daris memandang tepat ke wajah Zara. Matanya tertancap sesuatu pada pipi
Zara. Darah ke tu?
“Eh, Pipi awak berdarahlah!” Daris terkejut melihat ada darah di
pipi Zara terus menyebak rambut Zara yang menutupi pipi. Jarinya mengelus
lembut di tepi luka dengan penuh perhatian.
Zara juga terkejut bila
Daris bercakap ada darah di pipinya. Pantas merasai pipinya yang perit dengan
jari. Kemudian membawa jarinya yang basah ke depan mata. Betullah, dia
berdarah!
“Berdarah..ahh..” Zara pejam mata. Air matanya
tumpah. “Perempuan paling kasihan yang pernah aku jumpa!” terngiang-ngiang
kata-kata Sazzy sebentar tadi. Emosi Zara 'down'
sangat-sangat.
“Awak okay tak?” Daris cemas melihat Zara
menangis tiba-tiba. Sakit sangatkah?
“Saya perempuan paling
kasihan..paling kasihan..” Zara mengulangi kata-kata Sazzy. Benar, dialah
perempuan paling kasihan kerana terlalu mencintai Qaiser yang tidak pernah
membalas perasaannya. Qaiser tidak pernah mencuba untuk mengenalinya malah tidak
pernah mencuba untuk mencintainya. Zara menangis tersedu-sedu.
“Awak..jangan begini..kita
ada Allah di sisi kita. Tiada siapa yang paling kasihan di muka bumi ini
melainkan hamba-Nya yang dimurkai oleh Allah dan tidak diampuni dosanya oleh
Allah. Itulah manusia paling kasihan Zara.” Daris menenangkan Zara. Kemudian, Daris
tersenyum dengan renungan mata yang redup.
Zara yang melihat
senyuman Daris ibarat sesejuk embun pagi merasa tenang dengan tiba-tiba. Renungan
redup dari lelaki itu mendamaikan jiwanya.
“You never know how
strong you are..believe me..you’re strong..you’re beautiful..you’re worth
it..jangan sedih-sedih macam ni..hm..” nasihat Daris sambil memujuk Zara yang
kesedihan.
Zara senyum nipis. Adakah
dia cukup kuat? Zara tak tahu tetapi kata-kata Daris terpahat kukuh di hatinya.
“Terima kasih, awak! Kata-kata
awak amat bermakna buat saya.” Ucap Zara cuba tersenyum manis walaupun terasa
hambar.
“Awak tau tak! Senyuman awak tu mahal. Bila
awak senyum macam ni seperti saya menang duit sejuta tau.” dah keluar dah ayat-ayat sweet
talker tak hengat dia. Tanpa
sedar Zara tersengih.
“You're such a sweet talker!” Zara menolak pipi Daris ke tepi lalu
tersengih.
Daris memusingkan
wajahnya kembali dan tertawa.
“Tak habis-habis cakap
saya sweet talker! Apa sweet talkernya? Saya tak nak menjadi
punca awak diabetes nanti.” Daris
mencuit hidung Zara dengan jari telunjuknya dan ketawa gelihati.
“Apa taknya! Semanis
gula, mau tak diabetes siapa yang mendengarnya!” balas Zara dengan tawa kecil.
Gembira dengan kehadiran Daris yang lucu dan nakal membuatkan Zara lupa akan kesedihan
yang dialaminya.
“Saya pemain cinta
handalan. Sudikah Cik Zara bermain cinta dengan saya? Saya gerenti cinta kita menjadi lagenda terindah sepanjang musim.” Zara
dah terkedu dengan tutur kata yang indah keluar dari bibir Daris. Jika hatinya
bukan pada Qaiser mungkin sudah lama Zara terpaut pada lelaki di hadapannya. Suweeet sangat! Namun..
“Cukup Daris! Simpan
kata-kata tu untuk perempuan awak.” Daris harus dihentikan. Jika melalut lebih
jauh dia mungkin akan terjatuh hati pula. Lelaki seperti Daris pasti bersusun
perempuan meminati. Zara hanya mahukan Qaiser bukan lelaki lain. Dia akan setia
untuk Qaiser. Walaupun kesetiaannya tidak pernah dihargai.
“Perempuan saya? Awak
ni..saya tak pernah kenal perempuan sedekat ini kecuali awak tau.” memang betul pun. Dah lama Daris tidak
sedekat ini dengan perempuan sejak balik dari luar negara selepas tamat
pengajian.
“Dahlah tu, Daris! Makin
melalut pulak kita ni.” Zara
cepat-cepat menghentikan Daris.
“Okay, Daris! Saya pulang
dulu. Keep in touch! Senang-senang twitlah saya, okay!” Zara tidak boleh berlama lagi dengan Daris nanti bertambah
melalut. Lagipun, dia ada hal nak berjumpa dengan seseorang yang boleh
menolongnya mencari dalang yang prank
Qaiser. Uncle George ketua security keluarganya pasti boleh menolongnya
mencari siapa dalangnya? Uncle George lelaki campuran india dan portugis itu
banyak kaki sudah tentu tidak sukar untuk mencari.
Zara berlalu meninggalkan
Daris. Zara harus cepat untuk selesaikan masalah Qaiser sebelum dalangnya memulakan
permainan jahat. Zara faham sangat dengan manusia sebegitu takkan berhenti
selagi boleh meminta wang. Ingat apa? Bank negara apa nak cop duit
banyak-banyak. Bank pun bukan senang-senang bagi macam tu , der! Yang Zara nak
tahu sangat siapa yang nak tengok Qaiser jatuh sangat tu? Siapa?
No comments:
Post a Comment