DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 6 March 2016

SESUNGGUHNYA.. DIA LELAKI PELINDUNGKU - BAB 3



DASAR perempuan murah! Muka tak original! Cucuk sana sini! Ada hati nakkan Qaiser. Cerminlah muka tu sikit!” herdik Zara kuat. Menyirap melihat Sazzy model yang baru nak meningkat naik begitu mesra dengan Qaiser di dalam pejabat.

“Siapa ni, sayang? Macam mak lampir terjerit-jerit!” Sazzy merengek. Tangan memeluk erat lengan Qaiser.

“Mak lampir? Hoah..memang cari nahas!” Zara melenting gila bila dipanggil mak lampir. Stiletto Jimmy Choo setinggi 2 inci sebentar lagi mau terpacak kat dahi minah kampung tak sedar diri ni. Bikin panas!

Zara terus meluru ke arah Qaiser kerana Sazzy dengan enaknya memeluk Qaiser dari belakang cuba melindungi dirinya dari serangan Zara. Lagi menyirap melihat Sazzy selamba giler peluk Qaiser sesuka hati. Sah-sah stiletto Jimmy Choo ni terpacak kat dahi kau jap gi!! Zara betul-betul naik hantu.

Qaiser yang sedang asyik melayan kemanjaan terlampau Sazzy terkejut betul dengan kedatangan Zara yang muncul dengan tiba-tiba. Qaiser terasa seperti dia baru saja di 'ambush' oleh biniku gangster lagaknya. Qaiser bengang. Zara sudah melampau kerana mencampuri urusan peribadinya. Padahal, mereka bukanlah pasangan kekasih pun.

“Zara! Stop! Zara..” Qaiser menahan Zara dari menghampiri Sazzy.

“Abang ke tepi! Biar Zara ajar model tak laku ni!” stiletto merah dengan tumit yang begitu runcing ditanggalkan dari kaki. Perempuan murah itu harus diajar. Bukan dia tak tahu Sazzy menempel dengan Qaiser hanya kerana wang semata-mata. Zara percaya Sazzy mungkin anjing suruhan musuh perniagaan Qaiser. Diupah untuk menjatuhkan Qaiser.

Enough!” tempik Qaiser kuat. Bulat mata Zara menerima tempikan kuat Qaiser. Terkejut!

“Ab..abang..” tergagap Zara memanggil Qaiser. Tak mengerti.

I've had enough of you, Zara Diandra!” Qaiser dengan muka menyinga.

“Tapi, Zara..just nak tolong abang. Perempuan ni nak perangkap abang. Dia ada agenda abang!” Zara cuba nak jelaskan, niatnya baik.

No need, Zara! Abang tau nak jaga diri. Zara tak perlu sibuk-sibuk nak jaga atau ambil tahu pasal abang. Zara bukan sesiapa pun bagi abang! Bukan sesiapa!” Qaiser bersuara dengan nada agak tinggi dan tegas. Baginya Zara semakin melampau. Harus diajar.

“Zara..sayangkan abang! Zara buat semua ni kerana abang! Zara..” tak sempat habis Qaiser dah memotong.

Stop Zara! Sudah! Pergi balik!” halau Qaiser tak mahu mendengar apa-apa lagi. Sazzy tersengih-sengih menang bila Zara dihalau pergi.

Shuh..shuh..” Sazzy menghalau dengan senyuman sinis. Hambik kau! Kau yang kena halau. Sazzy tergelak sakan di dalam hati.

“Sampai hati abang!” bentak Zara sambil menghentak kaki. Berpusing dan keluar dari pejabat Qaiser dengan perasaan sakit hati sangat-sangat.

“Miss Zara!” Arni bingkas bangun cepat bila Zara keluar dan melalui meja Arni. Zara tak peduli terus berlalu. Meninggalkan Arni dengan penuh tanda tanya.


DHAMIRAH berjalan menuju ke bilik air perempuan. Masuk ke dalam bilik air tiba-tiba dia terdengar bunyi seseorang sedang menangis teresak-esak. Cuak jugak manalah tau ada 'benda' nak main-mainkannya. Dhamirah dekatkan dirinya dengan pintu tandas yang kedengaran bunyi menangis. Teragak-agak nak mengetuk.

“Cik! Cik! Okay ke?” tanya Dhamirah risau. Jangan dibuat bukan-bukan di dalam sudahlah. Lama Dhamirah menunggu tetapi tiada respon.

“Cik..jangan macam ni! Jangan nangis-nangis dalam tandas macam ni! Tak elok! Orang kalau dengar tak fikir lain dah dia orang mesti ingat ada han..” pintu tandas terus terbuka. Terjegul seorang perempuan dengan rambut emas yang kusut-masai menutupi ke seluruhan wajah.

Dhamirah terkejut besar!

“Tu..hah! Astarghfirullah..” Dhamirah mengucap beberapa kali terkejut melihat perempuan yang entah betulkah orang? Cuak betul Dhamirah melihat wanita dengan rambut kusut-masai menutupi hampir keseluruhan wajah.

Er..er..awak okay tak?” tanya Dhamirah takut-takut. Perempuan itu mula menyebak rambutnya yang sedang menutupi wajahnya. Jantung Dhamirah dah melantun laju sikit lagi nak pecah dadanya kerana terlalu takut. Sekali, apa yang dilihatnya hanyalah muka lencun dengan air mata. Mata pula..mak aii..macam mata panda dah bila menengoknya, apa taknya habis luntur maskara yang dipakai. Ada macam budak gothic pun ada. Awat teruk bebenor minah ni? Dhamirah tercengang sambil menutup mulut dengan jemari. 

None of your business!” perempuan itu menepis badan Dhamirah yang menghalang langkahnya. Dhamirah terpinga-pinga melihat seorang perempuan cantik tetapi biadap berlalu di depan matanya. Dhamirah menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya, yang tadi tu manusia. Dhamirah geleng kepala beberapa kali. Mengomel kerana masyarakat masa kini terlalu kurang budi bahasa. Dhamirah jungkit bahu. Malas nak melayan, baik dia layan hajatnya yang tak sampai lagi ni.


QAISER cuba mencari Zara. Entah kenapa Qaiser rasa bersalah pula memarahi Zara dengan teruk. Bukan niatnya nak memarahi Zara sebegitu rupa. Qaiser bengang sangat kerana Zara terlalu mengambil tahu tentang dirinya. Qaiser  merasa rimas dan bosan. Zara berkelakuan seperti seorang isteri kepada dirinya padahal mereka bukannya ada apa-apa pun. Sambil bercekak pinggang, Qaiser menunggu lif sampai ke bawah. Bila lif terbuka Qaiser menonong keluar. Tak sengaja terlanggar seseorang. Nasib baik Qaiser sempat memaut bahu perempuan itu dari terjatuh. Di saat mata menatap mata itu, Qaiser terus terpanar. Cantik sungguh! Terkesima..

Er..cik tak apa-apa?” Qaiser bertanya. Walaupun terlanggar, tak adalah kuat sangat pun. Kot-kot la tercedera kat mana-mana? Ulat beluncas gergasi sudah naik daun bila terpandang perempuan cantik. Apalagi..

“Eh, tak! Saya tak apa-apa! Okay je!” terdengar saja suara perempuan itu Qaiser dah terpegun. Lagi buat matanya tak berkelip melihat keayuan wajah gadis itu. Bersih dan suci. Wajah yang lama Qaiser ternanti-nanti. Polos! Edisi yang amat susah dicari masa kini. Sesuatu yang rare la..

“Kalau macam tu, baguslah!” Qaiser senyum macho.

“Maaf, ye! Saya pergi dulu!” ucap gadis melayu terakhir yang begitu cantik mengenakan baju kurung polos dengan rambut panjang dibiarkan lepas bebas ke bahu. Aduhai..

“Cik! Cik!” Qaiser sempat menahan. Mana boleh pergi macam tu je kot!

“Ada phone number, tak?” ish! Dah macam budak sekolah mengorat je! Lantaklah, janji dapat kenal! Qaiser cuba nasib. CEO boleh buat perangai macam ni? Memang terbaik!

“Maaf, saya tak bagi pada orang yang saya tak kenal.” si gadis tak habis-habis nak minta maaf. Tersipu-sipu selayaknya seorang gadis melayu. Qaiser gigit bibir kemudian tersengih.

“Saya CEO awak pun tak boleh minta nombor telefon ke?” terpaksalah guna kuasa. Kalau tak, melepas! Terkejut betul gadis itu bila sebut perkataan CEO. Nasib matanya sempat melihat ID yang tergantung di leher gadis itu. Pekerja syarikatnya rupanya. Bagaimanalah dia boleh terlepas pandang gadis yang sebegini cantik?!

“Maaf, bos besar! Saya tak tahu!” tengok tu! Tak habis-habis dengan maafnya. Siap panggil bos besar pulak tu! Qaiser tersengih lucu.

“Bos besar bapak saya! Saya bos kecik je..” Qaiser sengih nakal. Tersipu-sipu lagi gadis itu. Qaiser benar-benar tertarik.

“Nama awak siapa, ya?” tanya Qaiser.

“Dhamirah!”

DARIS keluar dari pejabat agak awal hari ini kerana perlu bergegas ke satu tempat. Superbike kesayangan ditunggang laju sewaktu melalui hadapan syarikatnya. Tidak menyangka pula ada makhluk yang begitu berani menyeberangi jalan dengan tiba-tiba. Daris terpaksa membrek superbikenya sekuat hati. Nasib baik masih sempat brek kalau tidak dah lama selamat kena langgar. Perempuan yang hampir dilanggarnya terduduk sambil berpeluk tubuh dan memejamkan mata rapat-rapat. Daris cepat-cepat turun dari superbikenya pergi mendapatkan perempuan yang hampir dilanggar.

“Awak tak apa-apa?” tanya Daris cemas. Perempuan itu menoleh dengan wajah terpinga-pinga. Mereka bertatapan mata seketika. Daris memandang perempuan itu dengan riak amat terkejut. Daris kenal perempuan itu.

“Tak! Saya tak apa-apa! Maaf!” tergagap perempuan itu memohon maaf.

“Nasib baik awak tak apa-apa! Saya hampir nak terlanggar awak tadi.” Daris menarik perempuan itu perlahan-lahan bangun dan membawanya ke tepi jalan.

Sorry..” mohon perempuan itu yang masih terkejut. Daris tersenyum. Tak sangka dia boleh berjumpa lagi dengan perempuan itu.

“Tak apa! Saya pun salah juga! Bawak motor laju tadi” Daris juga akui kesalahannya. Bukan salah perempuan itu seratus peratus. Perempuan itu hanya tersenyum nipis saja. Wajah perempuan itu nampak terlalu pucat. Daris risau pula melihatnya.

“Nak saya bawa ke klinik? Nampak tak okay je ni?” tanya Daris risau. Perempuan itu masih menggigil. Trauma sangatkah?

“Saya okay! Thanks..” Zara bingkas bangun. Dia kenal lelaki itu. Lelaki yang pernah dapat maki free darinya tempohari. Nak marahkan lelaki itu seperti tempohari kerana hampir terlanggarnya tadi? Zara penat untuk melakukan itu. Zara tak mampu nak berfikir lagi. Hatinya terlampau sedih. Tiada daya nak marah-marahkan orang lagi.

“Hari tu awak garang sangat tapi saya nampak comel je. Hari ni saya nampak awak tersangat ayu bila lembut begini.” tutur kata Daris membuatkan Zara membulatkan matanya.

Sweet talkernya awak..” ujar Zara tanpa sedar. Lelaki itu terlalu manis berkata-kata. Terlalu cool! Zara jadi awkward dengan lelaki seperti itu. Tidak seperti Qaiser, hanya tahu membentak dan memarahinya saja. Tidak pernah sekali pun Qaiser melayan dirinya dengan baik. Kevin juga tidak dapat menandingi kemanisan bicara lelaki itu walaupun terkenal dengan sikap buayanya. Lelaki itu terlalu lain.

Hah? Sweet talker?” Daris tergelak-gelak.

Hm..” Zara ikut tergelak. Perasaan gemuruh tadi terus hilang.

“Awak cantik sangat bila ketawa!” ketawa Zara tiba-tiba terhenti. Tapi, tak lama Zara kembali ketawa. Memang betul-betul sweet talker! Zara amat menyenangi lelaki itu. Lain..

“Kita kawan nak?” usul Daris tiba-tiba.

Kawan? Zara senyum.

QAISER benar-benar mabuk. Terperangkap dengan pujukan Sazzy supaya menerima cabaran dari Albert menghabiskan beberapa gelas minuman beralkohol. Tak mahu digelar bacul atau penakut Qaiser sanggup menghabiskan kesemua minuman yang ada. Sudahnya, Qaiser langsung tidak mampu berdiri. Sazzy yang terpaksa memapahnya keluar dari kelab eksklusif itu tetapi Qaiser tidak pasti dia dibawa ke mana? Sedar-sedar, dia sudah terlentang di atas katil tanpa seurat benang. Banyak kali berfikir untuk mengingati apa yang telah berlaku namun hampa.

Mata Qaiser beralih ke arah meja solek. Terpempan melihat foto dirinya di dalam keadaan memalukan tertampal pada cermin meja solek. Qaiser termangu lama di atas katil. Qaiser terlalu takut jika daddynya mendapat tahu tentang perkara memalukan itu terjadi terhadap dirinya. Daddynya pasti mengamuk gila! Lebih teruk,  jika para pemegang saham syarikatnya mendapat tahu perkara memalukan ini. Sudah pasti jawatan CEO yang disandangnya akan dipertikaikan oleh pemegang saham yang lain. Qaiser tidak mahu perkara itu berlaku. NO!

Huh, dasar betina sundal!” Qaiser menyumpah Sazzy. Benarlah kata-kata Zara. Qaiser terlalu menyesal kerana tidak mempedulikan nasihat Zara. Terlalu geram!  Qaiser bertindak membaling bekas kaca abu rokok ke arah cermin meja solek yang tertampal gambar pornonya.

“Mana pulak  baju aku ni? Sial!” Qaiser bertambah berang mendapati pakaiannya habis dibawa pergi oleh Sazzy yang masih belum puas mengenakannya. Sumpah! Betina sial itu akan diajar secukup-cukupnya nanti! Qaiser mengetap bibirnya dengan geram.

Sekarang, apa yang harus dia lakukan? Qaiser termenung. Nak meminta pertolongan dengan siapa sekarang ni? Mummy? Pengsan bangun pengsan balik kalau mummy  dapat tahu dia begini. Mummy tak boleh! Daddy? Huh! Bukan daddy yang pengsan bangun pengsan balik entah-entah dia yang selamat kena tanam hidup-hidup. Memalukan keluarga saja! Baik mampus! Macamlah dia tidak tahu ketegasan daddynya bagaimana? Perkara memalukan seperti ini Tan sri Megat Arman Zainal Abidin nak bertoleransi? Dalam mimpilah..

Sebelum daddynya mendapat tahu, Qaiser harus selesaikan masalah ini dahulu. Yang pasti bukan sedikit wang yang akan keluar untuk menutup malunya nanti. Siapalah dalang durjana itu? Qaiser betul-betul sakit hati!

Qaiser terpaksa menghubungi Zara. Hanya Zara Diandra yang dapat menolongnya diketika ini.

“Zara..tolong abang! Yang penting, bawa pakaian abang ke hotel..”












No comments:

Post a Comment