DARIS HADIF sedang memasukkan plan
projek ke dalam plan holder.
Daris perlu berkejar ke tapak pembinaan secepat mungkin untuk melawat tapak
projek. Kamera Nikon D4 juga dia bawa untuk mengambil gambar di tapak
pembinaan. Turun dari lif Daris tergesa-gesa keluar kerana pemandu yang akan
membawanya ke tapak projek sedang menanti. Daris tak mahu orang ternanti-nanti
akan dirinya walaupun dia menyandang pangkat yang lebih besar. Ayah dan emak
menasihatinya supaya menerapkan sifat zuhud di dalam diri biarpun telah
berpangkat besar. Daris sentiasa ingat tentang itu. Mencari keredhaan Allah itu
adalah wajib sebagai umat-Nya.
Sewaktu menuruni tangga,
mata Daris sibuk mencari Pajero syarikat yang akan membawanya ke tapak projek.
Rupanya, Pajero sedang menunggunya di seberang jalan. Daris faham mungkin
Maniam tak dapat masuk ke dalam kerana banyak sangat kereta sedang memasuki
kawasan entrance syarikat tempatnya
bekerja.. Tanpa menunggu lebih lama Daris melangkah ke tepi jalan menunggu
lampu isyarat untuk pejalan kaki bertukar hijau. Maniam yang berada di dalam
kereta diberikan isyarat tangan supaya bersabar menunggunya melintas jalan.
Kemudian, matanya sabar menanti lampu isyarat bertukar hijau. Cermin mata hitam
Rayban Aviator dibetulkan letak duduknya. Mata Daris straight pandang ke seberang jalan dan ternampak seorang
wanita muda juga sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Di sebelah
wanita muda itu, ada seorang pakcik tua bertongkat memakai cermin mata hitam.
Mata Daris fokus kembali ke arah wanita muda itu. Orangnya tersangat cantik.
Daris sempat membuat penilaian.
Lampu isyarat bertukar
hijau. Semua pejalan kaki yang menunggu sibuk melintas tidak terkecuali Daris.
Dalam kesibukan manusia melintasi jalan, Daris sempat melihat wanita muda itu
membuat sesuatu yang amat menyentuh hatinya. Wanita muda itu sedang memimpin
pakcik tua yang buta tadi melintasi jalan dengan cukup berhati-hati. Daris
terkesima. Bila wanita muda dan pakcik tua itu melewati tempat Daris berdiri
Daris masih lagi tercegat. Bila lampu isyarat hampir bertukar merah barulah
Daris tersedar dan cepat-cepat melintasi jalan dengan kelam-kabutnya. Selepas
itu, Daris berpusing ke belakang melihat wanita muda itu lagi. Daris nampak
wanita muda itu sedang bercakap sesuatu dengan pakcik tua itu dan Daris terkesima
lagi melihat betapa indahnya ciptaan Allah sedang merekahkan senyuman paling manis
yang pernah Daris lihat. Walaupun senyuman itu untuk pakcik tua itu, Daris pula
yang terasa seperti tidak jejak di bumi. Terawang-awang! Daris rasa dia sudah jatuh cinta..
QAISER menghadiri Super GT
Launch Party di Zouk KL dengan membawa Lambourghini kesayangannya. Malam
keraian di mana Super GT Fans
berkumpul. Malam yang meriah dengan ramai peminat kereta Super GT dan gadis-gadis GT berpakaian
seksi. Party starter memulakan irama
rancak memanaskan suasana. Hingar-bingar muzik amat merangsang adrenalin
menyerbu ke segenap tubuh. Qaiser tanpa segan menyisip arak kesukaannya
ditemani perempuan-perempuan seksi yang tanpa jemu cuba menarik perhatiannya.
Teman-teman yang lain juga sibuk berpeleseran dengan entah mana-mana perempuan.
Asal berdahi licin semuanya disapu. Mereka hanya mahu berseronok. Adat lelaki urban dan kaya sepertinya. Sibuk berparti
sehingga ke pagi. Esok Ahad, no hal la!
“Look who's here? Qaiser..” Kevin Shah menyapa. Kevin juga tidak
berseorangan ditemani perempuan seksi kiri dan kanan.
“Well..” Qaiser hanya mengangkat keningnya. Tak berminat dan tak nak
ambil tahu. Qaiser memang tak suka dengan lelaki itu, bajet kononnya hebat
sangat! Setakat anak tauke commercial
airline tambang murah, apa barang! Kutuk Qaiser dengan menzahirkan senyuman
herot ke arah Kevin.
“Mana Zara?” selamba
Kevin bertanya. Perempuan cantik berambut emas walaupun dah tahu sangat bukan original colour still buat Kevin susah
nak tidur malam tu. Mungkin cara perempuan tu dibawa pergi membuatkan Kevin
rasa tercabar dan tak berpuas hati.
“Kenapa tanya aku? Aku
tak jaga dia!” Qaiser sengih sinis. Menyirap pula bila mamat perasan bagus ni
bertanya tentang Zara.
“Chills, bro! Just asking..” Kevin balas dengan senyum. Tak terkesan
dengan kata-kata Qaiser. Mamat berlagak itu harus diajar tapi ada caranya.
Kevin terus senyum.
What da..Qaiser hampir nak menyumpah. “Hm..you are asking with the wrong person, bro!” bunyi ala
menyampah. Senyum herot!
Kevin tergelak besar. “Enjoy the party, bro!” mengejek.
“I will..” Qaiser panas hati tapi saja buat cool. Gelas alkohol yang dipenuhi ais diacu ke arah Kevin. Dalam hati
menyumpah bila nak berambus!
Kevin tergelak besar lagi
sebelum beredar membawa perempuan murahannya.
Qaiser bersandar dengan
perasaan tak puas hati. Alkohol diteguk rakus bila teringatkan Zara.
Perempuan-perempuan di kiri dan kanan tidak menarik perhatiannya lagi. Mood berparti hilang begitu saja dek
kehadiran Kevin. Betul-betul perosak parti! Gumam Qaiser sebal.
“Kat sini abang rupanya!” orang yang difikirkan tiba-tiba muncul
tanpa disangka-sangka. Mata Qaiser agak bulat memandang Zara Diandra yang
tercegat dengan dress singkat berwarna merah hati dengan bukaan luas di dada. Terseksa
sungguh matanya!
“Satu hari kalau tak
mengekor abang tak boleh ke?!” dengan wajah bosan.
Zara hanya tersengih.
“Zara pun dapat jemputan tau! Lagipun, Zara datang dengan kawan
perempuan Zara, okay! Tapi, tak
sangka abang ada kat sini.” jelas Zara.
Dia pun tak sangka Qaiser juga berada di situ. Gembiranya hati!
“Kalau macam tu pergilah enjoy dengan kawan-kawan Zara! Buat apa
datang kat abang.” halau Qaiser
dengan riak dingin.
“Zara nak pergilah ni!”
Zara bengang. Perempuan-perempuan yang berkepit dengan Qaiser memandang sinis
ke arahnya membuatkan Zara sakit hati. Jatuh maruahnya dihalau di depan
perempuan-perempuan murahan. Zara terus angkat kaki.
Zara pergi mendapatkan
kawan-kawan perempuannya yang sedang ligat menari. Hatinya yang tengah panas
nak menari pun tak ada mood lantas diheret
kakinya ke bar pula. Memesan sesuatu yang sejuk. Bila kesejukan menyusuri
kerongkongnya Zara mula bertenang. Zara datang ke sini untuk enjoy, jadi dia akan enjoy sepuas-puas
hatinya. Matanya sempat menjeling ke arah meja Qaiser duduki. Menyampah betul
melihat perempuan-perempuan murahan yang sibuk menarik perhatian Qaiser siap
tanpa malu-malu menggeselkan aset-aset murahan mereka pada tubuh badan Qaiser.
Zara kembali panas hati. Zara perlukan sesuatu yang khayal yang boleh
membuatkan dia melupakan segalanya malam ini. Tanpa berfikir panjang Zara
memesan lagi minuman untuk menyejukkan hatinya. Bila kepalanya mula terangguk-angguk
mendengar irama Zara melangkah ke arah kawan-kawannya dan mula menari dengan riang.
Dengan lenggang-lenggok
seksi Zara menari membuatkan ramai lelaki menghampiri. Zara tidak peduli terus
menari dan menari mengikut alunan muzik. Zara menjadi perhatian ramai, tanpa
disangka dia diangkat oleh sekumpulan lelaki ke pentas yang lebih tinggi yang
ada tiang di tengah-tengahnya. Zara terus menari dengan liuk-lentuk yang seksi.
Semua bersorak bila Zara berpusing-pusing mengelilingi tiang dan tunduk.
Kevin yang berada tidak
jauh dapat mengesan kehadiran Zara terus pergi mendapatkan Zara. Dengan penuh gentleman, Kevin menghulurkan tangannya
ke arah Zara dan Zara menunduk menghulurkan kedua belah tangannya mengisyaratkan
Kevin supaya menurunkan dirinya dari atas pentas. Pucuk dicita ulam mendatang,
Kevin terus memegang pinggul Zara bagi menurunkan Zara dari pentas. Bila kaki
Zara jejak ke lantai Kevin terus memeluk pinggang Zara dan mereka menari.
Kebetulan irama perlahan
mula mengambil alih. Lagi erat pelukan Kevin di pinggang Zara. Melekat!
“I bertuah malam ni!” bisik Kevin di tepi telinga Zara. Menggoda!
“Hm..” Zara hanya tersenyum. Kepala tak berapa nak betul.
“Kerana you ada!” Kevin mula meng'ayat'.
Zara tertawa..
Qaiser melihat Zara menari
tiang di atas pentas. Qaiser tidak suka Zara begitu tetapi dia tidak pula pergi
mendapatkan Zara kerana mahu menjaga reputasinya. Bila Zara diturunkan oleh
Kevin dari atas pentas tidak semena-mena Qaiser terus tegak berdiri. Bila Kevin
dengan selamba memeluk Zara dan menari dengan gaya sensual siap tangan Kevin
merayap ke sana ke sini. Qaiser tak boleh tahan! Terus, meluru ke arah Zara dan
Kevin. Merentap tangan Kevin dan menarik tangan Zara pergi dari situ.
Kevin terpinga-pinga
lagi!
Zara dihenyak kasar di seat kereta sebaik saja pintu kereta
dibuka. Zara yang separa sedar dipengaruhi alkohol terduduk diam. Zara tengah blur tidak dapat nak berfikir dengan
jelas membuatkan Qaiser menggelengkan kepalanya beberapa kali.
“Apa abang nak buat
dengan Zara ni? Hai..” Qaiser tunduk menarik tali pinggang dan ingin lock tetapi perbuatannya terhenti.
Matanya merayap ke wajah Zara yang sedang memejamkan mata. Hanya seketika.
Kemudian terus memecut Lambourghininya ke kediaman mewah Zara.
“Zara!” seru Qaiser bila
sampai ke destinasi. Tiada respon! Qaiser terdiam memerhati Zara yang tertidur.
Berkira-kira nak dikejutkan atau tidak. Tapi, di hatinya timbul rasa kasihan
pula. Akhirnya, Qaiser memutuskan untuk mencempung Zara masuk ke dalam rumah
dan membaringkan Zara ke tempat peraduannya.
Orang gaji yang mengekori
Qaiser ketika mengangkat Zara ke bilik cepat-cepat beredar. Qaiser memandang
Zara yang nyenyak tidur seperti tuan puteri.
“Good night, adik!” Qaiser
tunduk menciumi dahi Zara. Walau apa pun, Zara adalah teman masa
kecilnya. Dia masih ingat itu.
No comments:
Post a Comment