DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 6 March 2016

SESUNGGUHNYA.. DIA LELAKI PELINDUNGKU - BAB 1



SETIAUSAHA ARNI sedang menyusun atur keperluan CEO di atas meja dengan cukup berhati-hati. Bimbang jika ada yang tidak sempurna. Bekas kaca kristal diisikan dengan gula-gula berperisa pudina dan kopi. Tidak lupa coklat berjenama mahal dimasukkan ke dalam bekas kaca kristal sebagai kudapan CEO yang disegani.
Surat khabar berbahasa inggeris diletakkan di tepi sisi meja. Business Times dan Newstraightstimes merupakan surat khabar kegemaran CEO yang terkenal dengan kredibilitinya mengendalikan perniagaan warisan keluarga yang bernilai berbilion. Setiausaha Arni sempat menjeling jam di tangan dan mulutnya berdecit kerana terlupa sesuatu yang teramat penting. Lagi beberapa minit menunggu ketibaan CEO, dia masih belum menyediakan secawan kopi espresso dan roti croissant sebagai sarapan ringan sebelum CEO memulakan kerjanya. Setiausaha Arni mula cemas untuk menyediakan kopi dan roti croissant. Dia bergegas ke pantry pejabat.

“Habislah!” Setiausaha Arni kelam-kabut menyediakan kopi dan memasukkan roti croissant yang dibeli ke dalam ketuhar gelombang mikro. Berharap CEO lambat sedikit hari ini. Kalau tidak masaklah dia dengan seseorang.

Ehem..ehem..” muncul seorang wanita cantik dengan penampilan ala diva dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki. Sekali pandang nampak macam Paris Hilton dengan rambut emasnya. Dua kali pandang nampak macam patung Barbie pun ada. Setiausaha Arni mula menggigil. Nasib baik semuanya sudah siap, tinggal nak meletakkannya di atas meja CEO sahaja. Setiausaha Arni tunduk. Dia yakin dia akan dimarahi sebentar lagi.

“Arni! Berapa kali I nak cakap dengan you.” Zara Diandra menggelengkan kepalanya beberapa kali. Kasut dihentak berkali-kali sambil berpeluk tubuh. Zara langsung tidak berpuas hati dengan perfomances pekerja di hadapannya itu kerana tidak mematuhi setiap arahannya. Perkara rutin setiap hari pun tidak dapat nak dilakukan dengan betul. Bukannya susah sangat pun! Bebel Zara Diandra di dalam hati.

Er..maafkan saya Miss Zara. Lain kali saya tak buat lagi.” Memohon maaf tanpa mendongakkan wajah. Arni terlalu takut kehilangan pekerjaannya.

Hm..bak sini dulang tu! Biar I sendiri yang hidangkan. Harapkan you, taklah!” omel Zara Diandra dengan wajah serius. Setiausaha Arni masih menundukkan kepala. Maklumlah dia hanyalah mentimun. Di hadapannya durian musang king. Jangan cari pasal nanti tak pasal-pasal periuk nasinya berisi pasir. Hilang mata pencarian, dia dan anaknya mahu makan apa. Sudahlah dia seorang janda. Nak mencari pekerjaan di masa sekarang bukannya mudah. Tunduk sajalah.

“Maaf Miss Zara!” sambil menghulur dulang kepada wanita cantik itu. Tunduk hormat.

“Lain kali jangan buat lagi! Kalau tak I cari setiausaha baru.” Berkata tanpa perasaan. Zara Diandra berpusing dan melangkah ke arah pejabat CEO pujaan hati. Kebetulan CEO baru saja tiba dan sedang bersandar tenang di kerusi empuk. Zara Diandra datang dengan senyuman manis. CEO memandang Zara Diandra dengan wajah bersahaja tanpa riak.

Hm..Zara buat apa kat sini? Pagi-pagi dah muncul. Tak ada kerja ke?” CEO bersuara sinis. Rimas dengan kehadiran wanita gedik di hadapannya. “Huh! Pagi-pagi dah tunjuk muka! Dasar muka konkrit!” cemuh Megat Qaiser Zulkarnain di dalam hati dengan wajah cukup menyampah.

“Hai, Abang Qaiser!” Zara Diandra menyapa dengan wajah paling manis.

Hm..hai..” Qaiser menjawab malas. Bosan!

“Zara datang nak tengok abang je! Rindu..” ujar Zara Diandra dengan suara manja. Benar dia rindukan lelaki itu. Sudah seminggu tidak berjumpa kerana Qaiser telah pergi ke luar negara diatas urusan perniagaan.

“Zara, ini ofis! Hanya urusan perniagaan berlaku di sini. Baik Zara balik!” malas betul nak melayan budak tak cukup matang. Menggedik saja pandai!

“Ala..seminggu lebih Zara tak jumpa abang! Halau Zara balik pulak!” rengek Zara Diandra tidak terkesan dengan kata-kata Qaiser.

“Zara, abang ada banyak kerja! Lepas ni abang ada board meeting, okay!” berharap Zara Diandra cepat-cepat blah. Dia betul-betul malas nak melayan.

“Abang ni!” Zara Diandra menghentak-hentak kakinya menunjukkan protes tidak puas hati.

“Zara! Please..” Qaiser tunjuk muka serius.

Okay! As you wish!” Zara Diandra muncung kerana dihalau. Kemudian, keluar dengan hati yang panas. Setiausaha Arni bangun sewaktu Zara Diandra melintasi mejanya sambil menunduk hormat. Langkah Zara Diandra terhenti kemudian berpatah balik ke meja Setiausaha Arni dengan wajah menyinga. Kemarahan yang sedang berkumpul di dalam hati harus diluahkan. Mangsa kemarahannya siapa lagi kalau bukan setiausaha CEO itu sendiri. Tak dapat marah bos, marah setiausaha bos pun jadilah! Biar lepas rasa tak puas hatinya.

“Ini you punya pasal! Kerja tak betul! Lembap!” maki Zara Diandra sesuka hatinya.

“Esok pastikan semuanya disediakan dengan sempurna. Sut Armani dua pasang di dalam bilik ingatkan CEO pilih yang mana satu dia suka untuk dipakai waktu majlis tertutup Armada Group di Hilton. Jangan lupa! Atau..you jangan datang bekerja esok pagi!” keras amaran Zara Diandra. Setiausaha Arni hanya menunduk dan mendengar arahan wanita berpengaruh itu.

“You faham tak?” Zara Diandra bertanya kasar bimbang setiausaha Qaiser tidak mengerti arahannya.

“Faham, Miss Zara!” ujar Setiausaha Arni dengan suara terketar-ketar. Masih menunduk hormat.

“Ingat!! Atau..jangan datang bekerja esok pagi! Mengerti!!” Zara Diandra menghentak pen yang ada di atas meja dengan kuat sampai terpelanting jatuh ke bawah.

“Fa..faham..Miss Zara!” takut nak memandang wanita itu.

Huh!” Zara Diandra berlalu dengan wajah masih menyinga. Sampai di pintu lif, Zara terus masuk dan berlaku perlanggaran tidak disengajakan dengan seorang lelaki.

“Mata letak kat lutut, eh?!!” Zara Diandra yang tengah baran menunjukkan jarinya pada mata dan kemudian turun ke lutut. Terpinga-pinga lelaki itu dengan sikap agresif Zara Diandra.

Er..Maaf!” lelaki itu meminta maaf. Wajah kacak dan redup lelaki itu masih tidak mampu menggoyahkan jiwa Zara Diandra.

Hm..lain kali mata tu tengok betul-betul!”  Zara Diandra menggumam geram sambil berpeluk tubuh dengan sombongnya. Lelaki itu hanya tersenyum langsung tidak tercuit dengan perangai baran wanita muda di hadapannya. Salahnya juga tidak berhati-hati.

Hm..lain kali saya akan lebih berhati-hati. Terima kasih mengingatkan saya.” Ujar Daris Hadif dengan senyuman tidak lekang di bibirnya.

“Tak payah nak perli saya!” lain pula penerimaan Zara Diandra yang terasa diperli oleh lelaki muda itu.

“Betul ni! Saya tak perli, saya cakap yang benar.” Daris ketawa kecil dengan jari telunjuknya diacu ke hidung kononnya segan. Mata lelakinya begitu tertarik dengan kejelitaan gadis yang berambut emas di hadapannya. Persis anak patung!

Hm..” Zara malas nak melayan lagi, membatukan diri sambil menanti lif sampai ke destinasi.

Daris Hadif pula relaks menyandarkan badannya pada dinding lif juga sedang menanti. Sesekali, matanya nakal menoleh ke sisi melihat anak patung cute di sebelah.

QAISER menghirup kopi espresso kegemarannya bersama dengan roti croissant yang enak hanya boleh didapati di kedai roti yang terkenal di ibu kota. Memang kena dengan seleranya yang suka bersarapan ringan sahaja sebelum memulakan kerja. Selesai bersarapan Qaiser mengulum gula-gula pudina untuk menyegarkan mindanya sambil menyandar tenang melihat skrin komputer. Dia sedang menyusun atur strategi perniagaannya. Tiba-tiba Iphone 5 miliknya berbunyi nada dering Maroon Five – One more night. Qaiser pandang skrin Iphone 5, tertera nama mummy. Qaiser tarik nafas dalam-dalam. Dah tau sangat apa yang bakal dibicarakan oleh mummynya.

Yes, mummy! Hm..” Qaiser terpaksa menjawab panggilan mummynya.

“Majlis tertutup Armada Group nanti bawa Zara sebagai teman Qaiser, okay!” arah Puan Sri Raja Qarlina. Qaiser mendengus tidak puas hati. Terdengar jelas di telinga Puan Sri Raja Qarlina.

Son..can you do me a favour? Zara bukan orang lain. Dia bakal isteri Qaiser juga nanti.” Ujar Puan Sri Raja Qarlina. Qaiser lagi mendengus geram.

Son!” panggil Puan Sri Raja Qarlina dengan lembut. Dia tahu Qaiser tidak bersetuju dijodohkan dengan Zara tetapi sudah menjadi adat perniagaan menggabungkan kuasa-kuasa besar melalui perkahwinan.

Orait, mummy! As you wish!” Qaiser bersuara malas. Qaiser cukup bosan dengan konsep tipikal penggabungan syarikat-syarikat besar melalui perkahwinan. Dialah di antara mangsanya dipaksa berkahwin dengan budak gedik entah hapa-hapa tu. Bajet Paris Hilton Malaysia sangatlah konon! Qaiser sempat mencemuh. Huh!

Hm..macam tu la anak mummy!” Puan Sri Raja Qarlina lega mendengar persetujuan anak lelaki tunggalnya itu. Qaiser menggumam sebal tak habis-habis.

Ketukan di pintu..

“Masuk!” Qaiser bersuara apabila terdengar ketukan di pintu.

“Bos! Saya nak ingatkan jadual untuk hari ini.” Beritahu setiausaha Arni dengan penuh sopan. Qaiser hanya mengangguk lemah. Semangat nak bekerja hari ini terus luntur dengan panggilan mummy. Dia hanya mendengar tetapi tidak memberi perhatian. Kepalanya berserabut.

“Bos! Er..bos..” panggil Arni berkali-kali. Majikannya kelihatan sedang mengelamun. Tiada respon! Entah apa yang difikirkan oleh bosnya pun tak tahu. Lagaknya seperti perdana menteri berfikir tentang masalah negara saja.

Er..bos!” Arni memanggil lagi. Kali ini dengan suara yang agak kuat.

Qaiser tersentak.

Hm..apa?” Tanya Qaiser dengan pandangan kosong.

“Bos, Miss Zara ada berpesan dengan saya tunjukkan sut Armani ni kat bos. Ada dua pasang ni, bos! Cantik-cantik semuanya. Bos nak pilih yang mana?” Tanya Arni sambil menayangkan dua pasang sut Armani.

Qaiser pandang sut Armani tersebut. Dua-dua dilihatnya cantik. Pasti Zara menempahnya di Paris. Bukan dia tidak tahu rekaan sut seperti itu hanya boleh didapati di Paris. Dalam diam dia menyetujui pilihan Zara yang menepati citarasanya.

Hm..yang kanan! Nanti suruh Ramli bawa balik semua sut tu ke rumah saya.” Arah Qaiser.

Arni mengangguk dan keluar dari bilik dengan membawa sut-sut tersebut. Dia juga begitu berkenan dengan pilihan Miss Zara yang mengikut peredaran fesyen semasa.


ZARA mengamati wajahnya di cermin. Setelah berpuas hati dengan penampilan diri. Zara menyembur minyak wangi Dior kegemarannya di leher dan sedikit di rambut supaya berbau wangi. Zara begitu gembira pada malam ini kerana Qaiser akan membawanya ke majlis tertutup di Hotel Hilton. Penampilan diri ditilik lagi. Zara memusingkan badannya ke sisi memperlihatkan belakangnya yang terdedah luas. Zara memakai gaun baldu labuh berwarna hitam mengikut bentuk badan tertutup penuh di hadapan namun terbuka luas di belakang sehingga ke pinggang. Rambutnya yang panjang disanggul tinggi. Cukup seksi!

Hm..anak mama! There must be an angle with a smile on your face. Qaiser pasti terpesona. Cantik sangat, sayang!” puji Datin Seri Delilah. Teruja melihat anak gadis sendiri kelihatan begitu menawan dengan gaun malam rekaan Giorgio Armani yang dibeli ketika Milan Fashion Week.

“Betul ke mama? Zara nampak cantik?” Zara gementar dengan penampilan diri. Bimbang penampilannya tidak memenuhi citarasa Qaiser sebagai teman di majlis yang gah.

“Taklah, Zara! You’re damn gorgeous! Trust me!” Datin Seri Delilah menggenggam tangan Zara dengan kemas memberi semangat. Dia tahu Zara amat menyukai Qaiser sejak dari zaman remaja lagi.

Thanks, mama! I love you so much!” pipi Datin Seri Delilah dicium rapat.

Qaiser menanti Zara bersiap di ruang tamu. Hanya wajah serius terpamer.

“Lama tunggu?” sapa Zara dengan senyuman manis tatkala turun dari tingkat atas.

Qaiser berpusing dan terpaku seketika melihat Zara Diandra yang begitu jelita dengan gaun malam berwarna hitam.

Er..taklah lama sangat! Er..jom! Dah lambat ni!” ajak Qaiser agak tergagap. Maunya tak tergagap melihat Zara Diandra yang begitu jelita. Tetapi tidak lama tahap keterujaannya menurun mendadak bila terfikirkan mereka berdua akan dijodohkan kerana urusan perniagaan.

Qaiser membuka pintu Lambourghininya buat Zara. Kemudian tergesa-gesa ke tempat pemandu. Berharap mereka tidak terlewat ke majlis.

Di Hotel Hilton..

Majlis keraian sempena kejayaan syarikat mengaut keuntungan berganda dari tahun yang sudah. Banyak kenalan berpengaruh menghadiri majlis tersebut. Zara mendapat perhatian ramai dengan penampilan ala Paris Hiltonnya yang seksi. Menjadi bahan bualan para jejaka hidung belang dan lelaki kaya tua gatal tidak tahan melihat kegebuan kulit Zara yang putih melepak.

Qaiser tidak mengendahkan pasangan yang dibawanya tadi. Dia ke hulu dan ke hilir berbual dengan potensi rakan niaga baru. Zara terpinggir di majlis itu, nak bermesra dengan para tetamu wanita banyak yang menunjukkan wajah tidak menyenanginya. Bila melihat wajah-wajah wanita yang tidak menyenanginya Zara hanya mendiamkan diri dengan wajah sombong. Dia bukan seorang yang mudah mengalah atau cepat tersentap. Dia tahu ramai yang cemburu dengan dirinya.

Zara mengambil tempat di satu sudut dengan minuman di tangan. Memerhati Qaiser dari tempat dia duduki. Ramai wanita di majlis itu tidak kira tua atau muda memandang calon suaminya dengan mata bersinar-sinar. Menimbulkan perasaan jengkel di hati Zara. Bengang!

“Korek bijik mata tu karang!” omel Zara di dalam hati. Buahan potong yang berada di dalam piring dia korek-korek dengan garfu. Geram!

“Hai, beautiful girl! Kenapa ni?” tegur seorang jejaka bernama Kevin Shah anak kepada billionaire Tan Sri Hussein well known as Malaysian entrepreneur. Seorang founder of commercial airline with budget no-frills airline. Senang cerita anak tauke kapal terbang tambang murah. Zara sekadar senyum plastik. Bukan dia tidak kenal dengan buaya titanium yang berada di depannya itu. Jangan cari pasal!

“Teman you ke mana? Sanggup tinggalkan teman secantik ini sorang-sorang di sini. Satu pembaziran!” Kevin menyoal dengan senyuman nakal.

Owh..dia busy melayan potential rakan niaga baru. Biarlah dia..” Zara senyum.

I temankan you,boleh?” Kevin mencuba nasib. Gadis secantik ini nak dibiarkan saja. Bukan dia orangnya!

Sure!” Zara tak sudah-sudah tersenyum.

Kevin dan Zara menjadi perhatian umum di majlis itu kerana masing-masing kelihatan rancak berbual dan ketawa. Lebih-lebih lagi Zara kelihatan amat gedik di samping Kevin.

You tak nak ikut I ke club selepas ini?” ajak Kevin ingin melanjutkan lagi perbualan mereka.

Sebenarnya, Kevin ada niat yang tersembunyi. Zara faham sangat dengan minda jantan jalang seperti Kevin ini. Tetapi dia buat tidak mengerti dan naif.

“Tak bolehlah macam tu! I datang dengan Qaiser  balik pun dengan Qaiser. You fahamkan!” Zara memujuk sambil menggenggam tangan Kevin supaya mengerti.

“Zara! Jom, balik!” tiba-tiba muncul Qaiser entah dari mana. Selamba menarik tangan Zara pergi dari situ. Kevin terpinga-pinga.

Di dalam kereta..

“Gedik kau ni tak kira tempatkan?! Runtuh akhlak betul!” cemuh Qaiser sakit hati melihat Zara begitu selamba menggenggam tangan lelaki lain. Padahal, terlalu jelas Zara sebagai teman Qaiser di dalam majlis itu tadi. Malu betul mukanya tadi sehinggakan tidak tahu nak disorok ke mana.

“Apa abang cakap ni? Zara berbual sajalah tadi. Bukan ada apa-apa pun!” nafi Zara bengang kerana dituduh.

“Mudah sangat mesra dengan lelaki. Nampak jalang tau tak!” Qaiser tak sudah mencemuh kegedikan Zara.

“Zara tak gediklah, abang! Zara borak saja tadi.” Zara cuba mempertahankan dirinya.

“Zara pegang-pegang tangan jantan tu tadi! Tak nampak macam perempuan jalang?” tembak Qaiser geram. Tercalar imej korporatnya dengan kegedikan Zara.

“Abang ni kenapa? Pegang tangan je kot! Bukan berpeluk atau bercium!” protes Zara tak puas hati.

“Zara! Zara! Hai..” Qaiser tak tahu nak kata apa lagi. Dipandang Zara yang menunduk. Belakang badan Zara yang terdedah terpamer. Cukup seksi! Hati Qaiser tercuit sesuatu. Badannya tiba-tiba terasa panas.

“Abang tau tak Zara sayang abang sorang je!” Zara bersuara dengan tiba-tiba membuatkan Qaiser terdiam. Zara angkat wajahnya lalu dipandang wajah lelaki yang selalu menjadi pujaan hatinya. Dia teramat menyukai Qaiser sedari zaman remaja lagi.

“Abang..Zara sayangkan abang sangat-sangat! Zara..cintakan abang!” tangan Qaiser digenggam erat. Matanya bersinar-sinar sewaktu memandang wajah lelaki yang amat dicintainya. Tidak semena-mena Zara mendekatkan wajahnya ke wajah Qaiser. Tanpa perasaan malu Zara menciumi pipi Qaiser.

“Zara!” tidak percaya dengan kelakuan Zara yang terlalu berani. Dia seorang lelaki! Bukan jantanlah namanya kalau dia membiarkan saja lauk yang sudah berada di depan mata. Tanpa kata dia menarik Zara di dalam pelukan. Apabila tangan merasai belakang badan Zara yang terdedah. Qaiser tidak dapat lagi menahan dirinya. Wajah dirapatkan ke wajah Zara. Dengan rakus dia mencumbui Zara. Kelihatan Zara merelakan perlakuannya. Qaiser hampir lupa diri tetapi bila teringatkan perkahwinan mereka di atas urusan perniagaan nafsunya tiba-tiba mati. Masaklah dia jika mereka berdua terlanjur. Sudah pasti perkahwinan itu wajib terjadi.

“Abang!”

“Kita balik!”















No comments:

Post a Comment