“I-I kena rogol, Irham…”
“What!? Bila??” bulat mata Irham bila mendengar pengakuan Bella.
“A month before my wedding…” dalam susah payah Bella cuba untuk
berterus-terang.
“Hah! Maksud you waktu kita di Ausie??” Irham panar. Bella diam
seketika dan kemudiannya hanya mengangguk lemah.
“Are you serious!??” Irham semakin tidak percaya dengan apa yang
didengarnya.
“Yes, I am… I’m not kidding.” sahut Bella dengan itonasi suara yang
lemah.
“Siapa
yang rogol you?? Kenapa you tak pernah beritahu I sebelum ni??” bertubi-tubi
soalan yang keluar dari mulut lelaki itu.
“I tak tahu siapa. I pengsan waktu
tu… Bila I sedar, semuanya dah terlambat Ir… I rahsiakan hal ni dari semua
orang. Bukan dari you saja, even dari
my husband. Dia tak tahu apa-apa,
sehinggalah hari tu blood test Alice
yang revealed everything…….” Bella
terhenti di situ, dia tidak sanggup untuk meneruskan ayatnya. Wajahnya suram
merenung lantai. Air matanya sekali lagi tumpah.
“Blood test Alice?” Jantung Irham yang baru sekata rentaknya kembali
berdegup pantas.
“Malam tu Alice deman panas, kami
bawa dia ke hospital. Doktor terus buat blood
test, and then the result was unexpected. Alice’s blood type not even tallies with me or him. Then Paul terus decided nak buat DNA test.
Time tu I memang tak fikir apa-apa
lagi. I terus setuju and too bad
semuanya musnah after the result came out.”
luah Bella sambil teresak-esak menahan tangis.
Irham terdiam. Dia hanya merenung
ke wajah Bella. Dia tidak pasti dengan apa yang dirasanya kini. Perasaan dan
fikirannya kosong.
“Hurmmm….” tanpa sedar Irham
menghela nafas panjang. Untuk seketika dia membiarkan Bella sendiri. Alice yang
berada di pangkuannya dipandang sepi. Anak kecil itu sudah lama lena di bahunya…
Dengan perlahan dia berjalan ke arah sofa, Alice perlu dibaringkan dengan
sempurna, melihat dari cara dia dipukul sebentar tadi pun cukup untuk
membuatkan hati Irham terkesan.
Ubun-ubun Alice yang basah dek
peluh dingin dikesat dan dikucupnya lama. Perasaan simpatinya semakin
meluap-luap. Sungguh dia tidak menyangka anak kecil ini akan berhadapan dengan
situasi sebegini. Dia tidak dapat jangka apakah yang akan jadi sekirannya nanti
kebenaran terbongkar, apalah perasan anak kecil ini bila mengetahui dirinya
hanyalah anak luar nikah!
“… I hate her. She had ruined my life! Kalau I tahu lebih awal yang
dia bukan anak kami, I takkan lahirkan dia!!” bentak Bella dan dengan tidak
semena-mena dia meluru pantas ke arah Alice yang sedang lena.
Irham terkejut dengan tindakan
Bella yang secara tiba-tiba. “Hey!! What
are you trying to do!?” secepat kilat dia menepis tangan Bella. Wanita itu
tertolak ke belakang dan hampir saja jatuh tersungkur.
“Are you crazy? Don’t you dare to touch her again! Dia tak bersalah.
She knows nothing! Bukan dia minta
pun lahir dalam keadaan macam ni… You tak sepatutnya tuduh dia yang
bukan-bukan…” Irham bersuara keras.
“Habis tu you nak cakap, I yang
salah?? I yang buat diri I menderita!? I yang buat Paul tinggalkan I? Hah? Macam
tu!??” Bella berang. Suaranya meninggi.
“… No, bukan macam tu… It just…
“ ayat Irham terhenti. Dia memerhatikan Bella yang sedang tunduk memeluk tubuh.
Untuk pertama kalinya dia dapat melihat Bella dalam keadaan begitu. Bella
kelihatan seperti orang yang tidak terurus dan tidak tentu arah. Dia terkilan
kerana tidak diberitahu dengan lebih awal. Kalaulah waktu itu Bella berterus
terang dengannya, sudah pasti keadaan sekarang ni tidak menjadi terlalu rumit.
“Hurmm…” Irham meraup muka dengan kedua-dua telapak tangannya.
Kau perlu bertenang, Irham. Bella
perlukan kau. Bisik hati kecilnya. Dengan langkah perlahan dia berjalan
merapati Bella.
“Honey, Listen... Look at me.” sapa Irham dengan nada suara yang
lembut. Bella masih tunduk memandang lantai. Lengan wanita itu Irham pegang dan
diusapnya lembut. Dia juga perlu mencari kekuatan sendiri untuk memujuk wanita
itu. “Thing happens, dear… Benda dah jadi. I pun tak salahkan
you dan I janji I tak akan pernah salahkan you. Cuma, one thing. One thing you must promise me…” dagu Bella ditolak
sedikit ke atas agar memandangnya. Mata Bella berkedip memerhati setiap inci
wajah Irham. Irham yang selalu ada dengannya. Irham yang selalu akan
menyokongnya.
“… You kena janji dengan I yang you
tak akan buat benda-benda yang boleh memudaratkan diri you sendiri dan yang
paling penting sekali you tak boleh layan Alice macam tadi. Whatever
it is, dia tetap anak you. Too sad
yang dia memang bukan dari suami you but Alice
tetap dari darah daging you. Dia anak kandung you sendiri! Dia tak bersalah,
Bell. Dia yang menjadi mangsa keadaan dan Paul pun tak sepatutnya tinggalkan
you macam ni……”
“…. Tapi dia dah pun tinggalkan I,
Irham. My husband left me dan I dah
tak ada sesiapa lagi…” pintas Bella perlahan. Matanya redup merenung Irham. Dia
benar-benar mengharapkan belas dan simpati dari lelaki itu.
“Hmm… Please be strong, dear. Atleast for Alice... In future you akan sedar yang dia perlukan you lebih dari you
perlukan Paul… and I promise I pun
akan sentiasa ada dengan you… I janji.” pujuk Irham. Dia bukan kenal Bella
sehari. Dia tahu Bella tidak selemah ini. Dia tahu wanita itu kuat untuk
menghadapi semua ini.
Untuk seketika, keadaan menjadi
sepi. Yang jelas kedengaran hanyalah tangisan Bella. Tanpa dipaksa, Irham
meraih Bella ke pelukannya. Esak tangisnya makin kuat.
“Menangislah Bell… Menangislah jika
ini yang boleh buat you tenang…” bisik Irham. Untuk hanya melihat dan
membiarkan wanita itu terus menerus berkeadaan begitu dia memang tidak sampai
hati. Esak tangis Bella benar-benar menyesakan jiwanya.
Wanita itu hanya menurut dan
membiarkan Irham memeluknya. Memang itu yang dia perlukan ketika ini. Sokongan
dan kekuatan dari seorang teman yang dia boleh bergantung harap.
Di dada lelaki itu Bella menangis
sepuas hati... Dan di situ juga lah dia melepaskan segala yang terbuku di hati.
Walaupun dia tahu apa yang diluah tidak seperti apa yang terbuku, dia akur
kenyataan itu lebih memeritkan.
I’m
sorry, Irham… Maaf kerana terpaksa merahsiakan hal yang sebenar. Kebenaran itu
lebih menyakitkan dan I tahu you tak akan boleh menerimanya… Hati
Bella berbisik sendiri.
No comments:
Post a Comment