DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 6 March 2016

AISEYMAN, DRIVE AJE! - BAB 14



“ERR… Encik Irham nak saya bawa ke mana?” soal Pelangi setelah Irham selesa duduk di belakangnya. Wajah lelaki itu merah padam, tapi tak sure lah merah sebab marah atau merah sebab panas matahari. Faham-faham ajelah, orang kulit putih ni kan…
“Saujana Apartment.” balas lelaki itu ringkas.
“Saujana Apartment yang dekat Damansara Damai tu ke Encik Irham?” soal Pelangi lagi.
“Ialah… Takkan kumpulan nasyid saujana pula!”
“Err…” Pelangi terdiam. Tuan besar dia ni nak ajak bergurau ke? Atau sengaja nak bersarkastik dengannya? Hurmm… Entah nak gelak atau nak nangis. Laaaawak sangat! Mahu saja diajuk gaya Farish tengah hari tadi, ‘Mata ke atas, tangan ke bahu’ Duh!~
“Boleh gerak cepat sikit tak?” soalan keras dari Irham mematikan lamunan Pelangi.
“Eh boleh… Apa pula tak boleh…” jawab Pelangi sengaja. Irham hanya buat tak tahu. Malas nak bertekak dengan pemandunya itu. Dia lebih risaukan keadaan Bella ketika ini, hatinya resah memikirkan apa sebenarnya yang sedang dihadapi oleh temannya itu. Pelangi pula, tanpa tahu apa yang sedang bermain di fikiran Irham, girang menyanyi di dalam hati. Satu, kosong! Dengan senyuman yang manis terukir di bibir, dia mula memusing stereng dan menyusur laju.

TIDAK sampai sepuluh minit mereka bergerak, telefon bimbit Irham tiba-tiba mengalunkan lagu. Pelangi curi pandang ke arah lelaki itu. Wajah Irham kelihatan sangat cemas, cepat saja jemarinya menjawab panggilan itu.
“Baby, I on the way okay. Stay with what you are now.”
Pelangi sedikit tersentak. Untuk pertama kalinya dia dapat mendengar suara Irham yang sememangnya sangat enak berlalu di pendengarannya. Patutlah hatinya selalu saja berdebar-debar tatkala mendengar suara tuan besarnya itu, lunak merdu rupanya. Hmm… Kalaulah hari-hari aku dapat dengar tone suara dia yang macam tu, mahu terbuai-buai rasanya perasaan aku ni.
Erkk… Mintak simpang Malaikat empat puluh empat!
“Hey honey, don’t cry. I’ll be there soon…”  
Wah! Tadi baby, ni honey pula dahhh… Girlfriend dia agaknya. Cehh! Cakap dengan cinta hati bukan main lagiii… Pijak semut pun tak mati! Cuba nak dengar cakap dengan aku pula, nun enam puluh lapan ribu kilometer dah boleh dengar suara dia memekik!
      “Pelangi, lama lagi ke!?”
Hah see… Tak ke macam tarzan tertelan kulit siput aje bunyinya tu! Cubalah cakap slow-slow.
“Pelangi! I’m talking to you!!”
“Erm… Jammed ni, mungkin setengah jam lagi kut.” jawab Pelangi acuh tak acuh. Entah kenapa dia rasa macam mood dia ke laut sekarang ni. Ah! Boleh pula mood kau nak ada perasaan begitu sekarang ni kannn… Kang kalau tuan besar kau tu mengamuk, bukan setakat mood kau, dengan kau kau sekali ke laut Pelangi!!
“Lambatnya! Kau tak tahu jalan short-cut ke?”
“Ni dah habis short-cut dah ni Encik Irham… Sekarang ni dah pukul lima, waktu orang balik kerja, memang tak boleh nak lari.” balas Pelangi sambil memerhatikan keadaan jalan raya yang mulai sibuk.
“Aku tak suruh kau lari pun, aku suruh kau bawa kereta je!” getus Irham geram. Dia sebenarnya bengang dengan keadaan jalan raya sekarang ni. Time nak cepat, dan, dan tu lah nak jammed-nya pun!
Pelangi juih bibir. Gila sarkastik mamat ni!
“Dear, I couldn’t make it on time. Jalan hell jammed! You tunggu I okay?”
Eleleh… Itu pun nak mengadu. Tunggu ajelah sekejap, tak hilang mana pun kekasih hati kau tuuu!! Pelangi bermonolog lagi. Entah apalah yang dia sakitkan hati sangat.
“Pelangi, make it fast!!”
Ah! Whatever!~

      “OKAY, dah sampai... Blok yang mana satu ni, Encik Irham?” soal Pelangi sebaik saja mereka melewati guard house.
      “Block F/G02A.” balas lelaki itu sambil matanya melilau memerhatikan keadaan sekeliling. Apartment apa yang dia duduk ni!? Bella anak Dato’, anak orang kaya duduk dekat apartment macam ni?
      Here we are! Saya rasa G02A tu dekat ground floor aje… Cuba Encik……
      “Kau tunggu sini!” arah Irham sambil melulu keluar dari perut kereta.
Pelangi tepuk dahi. Gelojoh sangat dia ni! Desis hatinya.

      Mommy, you hurt me! Please stop! Please mommy… Pleaseee… It’s painful…”
      I hate you! You deserved this!” raungan dan teriakan si anak langsung tidak dihiraukan oleh ibunya. Bertalu-talu rembatan tali pinggang dihayun ke tubuh anak kecil yang tidak berdosa itu.
      Mommy, please don’t… Mommy…”
      Stop calling me!! I’m not your mom!!!” Ibu muda itu seakan terkena histeria, berkali-kali pipi mulus anak kecil itu ditampar. Tak cukup dengan tamparan itu, rambutnya juga menjadi mangsa. Terjerit-jerit anak kecil itu menahan sakit.
      Mom… please. Sakittt…”
      Stop! Stop!! Shut up!!”  
      Mommm…” Hanya itu yang mampu diungkapkan oleh anak kecil itu sedari tadi. Hendak melawan, kudratnya tidaklah sekuat mana.
      “BELLA!”  Tempikan Irham membuatkan Bella tersentak.
      “Ir…”
      “Hey!! You buat apa ni!??” seakan tak percaya dengan apa yang dilihat oleh Irham ketika ini. Dengan cepat Irham menarik tubuh Alice jauh dari Bella.
      “Ir… I, I…” tergagap-gagap Bella ingin menutur kata.
      Are you completely out of your mind?? She’s your daughter! You nak bunuh dia ke??” marah Irham. Anak kecil yang baru saja berusia tiga tahun itu dipeluk erat. Tubuh anak kecil itu menggigil dan esak tangisnya benar-benar membuatkan dada Irham sesak. Dia dapat rasa ketakutan yang sedang dihadapi oleh anak kecil itu. “Syhh… Don’t cry sayang… You are safe now…” pujuk Irham. Belakang tubuh Alice digosoknya lembut. Suasana menjadi hening seketika, yang jelas kedengaran hanyalah esak tangis Bella dan putri sulungnya, Alice Sofea.
Irham mengesat peluh dingin yang mula menjalar ke seluruh wajahnya, fikirannya mulai kusut dengan pandangan yang silih berganti… “Syhhh… Alice…” sesekali dia bersuara untuk menenangkan anak kecil itu. Alice benar-benar berada di dalam ketakutan. Dia mengalihkan sedikit pandangannya ke arah Bella. Wanita itu juga turut menangis. Irham melepaskan keluhan berat. Antara Bella dan Alice, sudah pasti anak kecil itu yang akan menjadi keutamaan Irham.
“Bell… What you think you are doing now? What happened?” soal Irham lembut. Dia cuba kawal nada suaranya serendah mungkin. There must be something behind all these, Bella bukan macam ni. Selama dia berkawan dengan wanita itu, inilah kali pertama dia lihat Bella berkelakuan seperti itu.
“Hmm… Bell… Please tell me… Why?” tambah Irham lagi bila soalannya yang tadi dibiarkan sepi tidak berbalas. Bella masih seperti tadi hanya berdiam diri menahan tangis yang masih bersisa. Irham mengeluh, dengan perlahan dia melepaskan pelukan anak kecil itu dan bangun menghampiri Bella.
“Bell…” lengan wanita itu dipegang dan diusapnya lembut. Wanita itu dengan kuat menepis pegangan Irham. “Oh come on, Bell… You know you can trust me, right?” Irham bersungguh-sungguh meyakinkan Bella agar meluahkan segalanya. Tetapi wanita itu tetap mendiamkan diri.
Mata Irham redup, wajah Bella dipandangnya keruh. Akhirnya dia mengalah, dia membiarkan Bella sendiri. Dia kembali pada Alice. Kasihan Alice… Lemah longlai tubuh kecil itu dikerjakan oleh ibunya sendiri.
“Alice… you okay?” soal Irham.
Anak kecil itu masih menangis.
“Mommy jahat… She hurts me.” jawabnya perlahan. Esakkan yang tadinya kian mengendur kini kembali tegang.
“Syhhh… Don’t cry. You are strong girl right?” pujuk Irham. Tubuh kecil itu didukungnya.
“… No, mommy wanna kill me.” jawapan telus yang keluar dari bibir anak kecil itu membuatkan Irham panar.
“Sayang… Don’t….
 I hate her…” pintas Bella keras.
Irham tersentak. Dia alihkan pandangannya pada Bella. Setelah agak lama berdiam diri, barulah Bella memberanikan diri untuk memandang ke arah lelaki itu.
 But why? She’s your daughter. She is Alice.”
No! Dia bukan anak I, dia perosak! Perosak hubungan I dengan Paul! Dia hancurkan segalanya!! Di sebabkan dia, Paul tinggalkan I! His leaving me with nothing, none! Zero!!”
My God, Bell! Apa yang you cakap ni? Paul tinggalkan you?”
Yes!! He left me! Dia tinggalkan I macam sampah, Ir! Macam sampah!”
“Apa maksud you? I tak faham… Paul left you? And what is wrong with Alice? She’s only a kid. She knows nothing. Why you keep on blaming her?” soal Irham bertubi-tubi. Dia benar-benar tidak faham sekarang ni. Apa sebenarnya yang terjadi di antara Bella dengan keluarganya sehingga wanita itu sanggup melakukan hal ini.
“Ir… Ada… Ada suatu perkara yang I terpaksa rahsiakan daripada you…” jawab Bella teragak-agak.
“You rahsiakan apa?” Irham semakin resah. Pelbagai persoalan terbuai dibenaknya kini.
“I balik Malaysia sebab I have nothing there. No one needs me. No one care about me anymore. Paul left me, parents ignores me. I tak ada siapa lagi di sana Ir… Dan sekarang I’m all alone…” terang Bella perlahan, air mata yang sedari tadi mengalir dikesatnya dengan belakang tangan.
Irham mula kusyuk mendengar. Dia dapat rasa yang wanita itu sudah mula ingin meluahkan sesuatu, sesuatu yang tidak pernah dia jangka akan berlaku.
      But why? You buat apa sampai semuanya messy macam ni?”
      “Ir…” ayatnya terhenti. Tangan Irham dicapai, berharap agar kekuatan dapat dikumpul. “… But you must promise me. You takkan marah dengan I…”
Dahi lelaki itu sedikit berkerut. “I don’t know. I perlu tahu dulu rahsia apa yang you cuba sembunyikan daripada I…” wajah Bella direnungnya tajam. “You continue and I’ll listen to it.” balas Irham tegas, dia tidak mahu terburu-buru membuat keputusan. Dalam keadaan sekarang ni, apa-apa pun boleh jadi. Dia perlu rasional.
      “Hurmmm….” Bella tarik nafas dalam. Irham memang sangat tegas dengan kata-katanya. “Err… Sebenarnya Alice….” ayatnya mati. Merenung ke arah Irham.
      “Sebenarnya Alice?” Irham jungkit kening.
“Erm… Dia…” Bella tergagap-gagap. Dia melarikan pandangannya, tidak sanggup rasanya untuk bertentangan mata dengan lelaki itu.  
“Hey Bell… Look at me! Kenapa dengan Alice!?” Irham makin hilang sabar.
“Dia… Dia bukan anak Paul.”
      Irham tersentak.
      Whattt!?”

      “ADOIII!! Kat mana dia ni!? Hishh, itulah gelojoh sangat nak jumpa cinta hati sampai tertinggal-tinggal phone! Ni bila ada hal penting macam ni, tak ke menyusahkan aku pula nak mencari…?” Pelangi melilau mencari kelibat Irham. Sebentar tadi Kak Fiya call beritahu ada hal urgent di ofis. Nak tak nak tuan besarnya itu kena balik juga ke ofis. Hal melibatkan juta-juta ringgit katanya. Lantaklah! tak mahu nak ambil port. Bukannya dia dapat sesen pun!
“Hmmm… G02A, GO2A… Di mana kau…”




No comments:

Post a Comment