DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 6 March 2016

AISEYMAN, DRIVE AJE! - BAB 13



USAI menandatangani semua surat perjanjian dan bil-bil yang perlu diselesaikan petang itu, Irham berkira-kira untuk menelefon Datin Yuhanis di butik. Irham lihat jam di dinding, dah pukul dua petang. Entah apalah yang dibuat bondanya ketika ini, sudah lunch ke belum? atau mesti bondanya sedang sibuk melayan pelanggan-pelanggannya, tak pun tengah sibuk bergosip dengan kawan-kawan seperniagaannya.
Irham paling malas kalau disuruh pergi ke butik Datin Yuhanis tu, bukan sebab keadaan butik tapi di sebabkan oleh kawan-kawan bondanya itu. Mereka pantang kalau ternampak kelibat Irham di butik, mulalah semua pakat-pakat nak kerumun… Macam semut duk usung gula! Macam-macam soalan yang ditanya, dan antara banyak-banyak soalan tu ada satu soalan yang paling klise dan rimas untuk Irham jawab… ‘Irham bila nak tamatkan zaman bujang?’ Arghh! Tension bila memikirkan hal itu. Semua orang sibuk nak mengatur hidupnya. Bila dah terbuka aje topik kahwin-kahwin tu mulalah semua nak kenalkan anak gadis masing-masing. Bab itu lagi Irham menyampah, annoying kut! Suka hatilah bila dia nak kahwin pun, bukannya nak pakai duit dorang… Eh, ter-emo!
Telefon bimbitnya dicapai, baru saja dia nak mencari nombor bondanya panggilan lain pula yang masuk.
“Eh, Bella?” nama wanita itu meniti di bibir. Pantas saja jemarinya menekan skrin telefon. “Hello Bell…” nada suara Irham ceria menjawab panggilan dari temannya itu. Sejak pertemuan mereka hari itu, inilah kali pertama Bella menghubunginya.
“Irham...” sahut Bella, suaranya kedengaran lemah.
“Bell…? Are you okay?” soal Irham. Sahutan Bella terasa asing di pendengarannya. Dia tidak semesra selalu.
“Ir…” suara Bella bergetar dihujung talian.
“Bell… What happened? You okey tak ni? Kenapa dengan you?? Tell me!” gesa Irham, dia mula cemas. Pelbagai perkara buruk mula terlintas di fikirannya.
Help me…” balas Bella, esak tangisnya sudah mula kedengaran.
“Bell, why? Calm down…” pujuk Irham. Tangisan Bella jadi makin kuat. “Dear… Don’t cry. Where are you? Kenapa you menangis ni?” tambah Irham lagi.
I’m dying now, Ir… Please come here, I need you.” putus Bella tersekat-sekat.
“Where!?”

WEH perempuan! Janji pukul satu, pukul dua lebih baru nak terpacak depan muka aku kan!”
Ah! Sudah dijangka, mamat ni pasti akan bising. Pelangi letak beg di atas kerusi bersebelahan dengan Farish yang sedang masam mencuka.
“Alah… Tak payahlah buat muka macam tu. Aku sorry, okey. Bukan sengaja pun nak lambat.” pujuk Pelangi. Dia mengaku yang dia memang lambat. Nafasnya ditarik dalam, penat berkejar dari post office ke sini pun masih belum hilang lagi.
“Kau pergi mana?” soal Farish.
“Pejabat pos.” jawab Pelangi ringkas.
“Buat apa kat pejabat pos?” soal Farish lagi sibuk nak tahu.
“Renew license.” balas Pelangi sambil memandang tepat ke arah skrin laptop kepunyaan Farish. Dahinya berkerut. “Banyaknya kredit hour!! Semput aku nak habiskan ni.” rungut Pelangi tatkala melihat schedule untuk semester barunya itu.
“Dah nama pun ‘part-time’ kan? Gedik! Dulu dah elok-elok full time, pergi tukar.” ngomel Farish memarahi Pelangi. Dia memang marah dengan keputusan Pelangi untuk bertukar waktu tu. Degil, cakap orang tak nak dengar… Ikut kepala dia sendiri aje.
Then? Macam mana aku nak kerja kalau teruskan juga full time study tu? Cakap macam tak guna brain lahh..” balas Pelangi geram dengan ngomelan Farish. Ngomel, ngomel, itu aje yang dia tahu!
“Siapa suruh kau kerja? Kau yang nak sangat cari duit kan…”
“Habis tu kau nak tanggung aku ke?” Pelangi renung tajam mata Farish.
“Kan aku dah offer……
“Ha tak payah nak ulang offer kau tu yer… Tak ingin aku nak jadi adik kau.” bidas Pelangi tanpa sempat Farish menghabiskan ayatnya.
Farish jeling manja ke arah gadis itu. “Eh, takut sangat nak jadi adik aku… Kau belum tahu lagi betapa untungnya dapat kakak macam aku ni….” lirih suaranya meyakinkan Pelangi.
“Kakak?” mata mereka berlaga.
“Ha’ah kakak. Kakak Farisha…” jawab Farish sambil mengelip-ngelipkan bulu mata palsunya.
“Kakak Farisha?”
“Ha’ah…” semakin laju pula kerlipan bulu mata Farish saat tu.
Eeeee…euww!” Pelangi juih bibir.
“Ala Lani…~” rengek Farish cuba untuk tagih simpati.
“Eeee… Kau tak payah nak manja-manja dengan aku macam tu. Meremang segala bulu-bulu yang ada kat badan aku ni tauu!”
“Erkk! Tak senonoh betul lah perempuan niee!!” Farish tolak lengan Pelangi.
Pelangi ketawa besar. Nak sangat kan manja-manja dengan aku.
“Malang betul siapa yang jadi laki kau, Lani.”
“Eh, mana kau tahu malang? Kau belum kenal aku lagi tau… No. No. No. Don’t judge a book by its cover.” balas Pelangi sambil mengoyang-goyangkan jari telunjuknya. Dah macam Azwan Ali ‘amboi, amboi, amboi’ aje gayanya.
“Eleh… Like I don’t know you!”
Yes, you don’t.”
“Mata ke atas tangan ke bahu. Lalala…~” Farish buat muka annoying.
Hahaha. Sengal ubi!” Pelangi ketuk kepala Farish dengan jarinya. “Hishh… cepatlah! Aku tak ada masa ni…” tingkah Pelangi. Itulah dia-nya, dah puas bergaduh baru nak terhegeh-hegeh buat kerja. Kalau dah berjumpa tu, macam-macam hal yang nak dilagakan mereka.
“Okey! Okey! Kau dah read thru everything kan?” soal Farish mula serius.
Pelangi angguk. “Dahlah sikit-sikit. Tapikan aku rasa… Erm… eh, jap…” telefon bimbit Pelangi tiba-tiba berdering kuat.
      “Ish! Full volume ke apa? Bingit betul!” bebel Farish bila bunyi telefon Pelangi menganggu konsentrasinya.
      “Eeei, mulut kau lagi bising tau. Diam, aku nak jawab call ni.” arah Pelangi.
      Farish mencebik. “Yelah… Yelah…” dia mengalah.
      Pelangi tahan nafas. Entah kenapa bila lelaki ni call aje, hatinya mesti berdegup laju.
      “Err… Hello Encik Irham.”
      “Kau kat mana?”
      “Err… Kampus.” jawabnya gugup.
      “Balik ofis sekarang!” arah Irham tegas.
      Pelangi tersentak. “Erk, tapi… Kerja saya tak siap lagi. Lagipun lambat lagi nak pukul lima…” jawabnya berani.
      “Aku tahulah. Aku rushing on something. No matter how kau kena balik juga sekarang. Nanti-nantilah kau settlekan kerja kau tu.”
      “Err… Tapi..”
      Now!”
      “Hmm… Okay.” Pelangi akur. Memang itulah kesudahannya. Tak payah nak susahkan diri ‘bargain’ apa-apa dengan lelaki itu. Confirm lepas tu diri sendiri akan rasa sakit hati.
      Pelangi mengeluh panjang sambil memandang ke arah Farish yang hanya mendiamkan diri. “Farish…” panggil Pelangi. Suaranya kendur.
      “Hurm… Pergilah. Aku pun tak tahu nak cakap apa dah. Kalau aku bising-bising, kau cakap aku membebel. Kalau aku tak halang, kau buat jugakan?”
      “Farish… Janganlah cakap macam tu. Aku…”
      “Tak apalah. Aku faham. Pergilah jumpa bos kau tu dulu. Nanti kena marah lagi. Harini baru berapa haribulan, ada masa lagi. Dahlah, pergilah cepat.”
      “Betul ke ni?”
      “Betullah! Baik kau pergi sekarang sebelum aku ubah keputusan…” Farish angkat kening. Pelangi masih berteka-teki untuk meninggalkan Farish. Kasihan lelaki itu, dahlah tadi terpaksa menunggu lama.
      “Malam nanti kita jumpa okey?”
      Will see how.” jawab Farish ringkas, sedikit pun wajah Pelangi tidak dipandangnya.
      “Eleh merajuklah tu…” duga Pelangi sengaja.
      Farish diam. Sah merajuk!
      “Hmm…” Pelangi mengeluh. Dia serba salah. “Farish…” mendayu-dayu pula suara Pelangi memanggil lelaki itu.
      Keadaannya masih sama, senyap dan sepi.
      “Hesyy, I hate to say this!!” Pelangi tarik nafas panjang. “Erm.. err. Fa… Fa… Farish… Fa..ri.sha… Janganlah merajuk, aku minta maaf.” akhirnya terlepas! Mual pula rasa anak tekak dia sekarang ni.
      Mata Farish membulat, bersinar-sinar. “Apa kau panggil aku tadi Lani?”
      “Err… Hishh, sudahlah. Nanti-nanti aku pujuk kau lagi. Got to go. See you!” dalih Pelangi. Dia cuba melarikan dirinya daripada memanggil Farish dengan panggilan tu lagi.
      “Laniii! Kau panggil aku apa tadi? Farisha? Farisha kan?? Wahhh!! Aku mimpi ke ni. The most ‘kerek’ girl in the world call me Farisha!! Ohh, teruja mak!! Ohh!!” Farish mula nak mengedik. Senyumannya dah meleret sampai ke telinga.
      “Ahh, sudahh! Aku pergi dulu. Bye!”
      “Laniiii….. Mak happyyyy!!”
      “Grr!”






No comments:

Post a Comment