DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 6 March 2016

AISEYMAN, DRIVE AJE! - BAB 12



“ERR… Encik Irham…” Tegur Pelangi teragak-agak, terbelit-belit lidahnya mahu menyebut nama lelaki itu setelah beberapa hari tidak bertegur sapa. Semenjak kejadian tempoh hari barulah hari ni Pelangi mahu membuka mulut. Sakit hatinya pada lelaki itu masih belum bernoktah, yang dia tahu sekarang ni dia hanya nak buat ‘kering’ aje! Apa saja yang disuruh oleh lelaki itu dia akan patuh dan ikut, lebih-lebih dia malas nak masuk campur. Misi dan visi dia sekarang ni hanya untuk kerja dan cari duit. Yup, itu saja! Amboi misi dan visi… kelasss kau Pelangiii~
Irham yang sedang kusyuk membaca majalah sukan tidak sedikit pun mengendahkan panggilan Pelangi.
Pelangi cebik bibir. Entah baca entah tidak, action aje yang lebih dia ni!  “Err… Encik… Encik Irham.” dia cuba sekali lagi. 
Keadaan masih sama, senyap dan sunyi.
Hish! Dia boleh buat tak dengar pulak… “Encik!” Pelangi tinggikan sedikit nada suaranya.
Mata Irham berkelip. Egonya sebagai seorang ‘tuan besar’ tercabar bila Pelangi meninggikan suara kepadanya. Gadis itu direnungnya tajam. “Kau nak apa!?” soalnya kasar dan kuat seakan bunyi guruh di langit.
Pelangi tersentak! Hai, aku ingat aku dah habis kuat dah, ada lagi yang lebih kuat! Guman Pelangi di dalam hati. Dia tarik nafas dalam.
“Erm… Tengah hari nanti saya nak minta off dalam tiga jam.”  Pelangi bersuara lancar.
Irham angkat kening. “Kau nak pergi mana?” soalnya dengan nada suara yang masih sama.
“Err… Ada hal di kolej.” balas Pelangi ringkas. Sibuk aje nak tahu!
“Hal apa!?” tambah Irham lagi. Matanya mengecil memandang ke arah Pelangi.
“Nak settlekan hal-hal semester baru. Nak register course… Nak bayar yuran… Nak…
“Hurm, okay.” putus Irham.
Dengar saja perkataan ‘okay’ dari Irham, Pelangi tanpa sengaja telah tertekan pedal minyak secara mengejut! Nyaris saja kereta yang dipandunya hendak bertembung dengan tembok pembahagi jalan.
“Hoi! Hoi! Kau nak bunuh aku ke apa ni!!?” Irham panik.
“Err… Sorry! Sorry!” jawab Pelangi kelam kabut cuba mengawal kembali pemanduannya. Nasib baiklah keadaan jalan raya sangat lengang ketika ini. Kalau tidak, memang sahih gol lah kedua-dua makhluk yang bernama manusia ini!
“Hishh!! Kalau kau nak mati, kau mati sorang! Aku ni nak hidup lama lagi tahu!?” dalam keadaan panik sempat lagi Irham melemparkan kata-kata kesat ke arah Pelangi. Gadis itu hanya mengetap bibir.
“Ha ketap! Ketaplah bibir tu sampai putus!” tambah Irham bersarkastik.
Pelangi terkesima. Entah apalah dosa-dosa yang pernah aku buat dahulu sampai terpaksa berdepan dengan si samdol ni sekarang! Oh Ya Allah, Kau berikanlah aku petunjuk dan hidayahMu… Doa Pelangi di dalam hati. Kalau diikutkan hati yang sakit, dah lama lelaki ni kena ‘kick’ keluar dari kereta ni. Tapi untunglah kesabaran Pelangi masih di tahap excellent lagi, kalau tidak… Harap maaf ampun dipinta lah, memang nahaslah kau tuan besarrrr!
I’m sorry.” Erk! Sorry? Lain yang Pelangi nak cakap, lain pula yang dia luah.
Sorry! Sorry! Itu aje yang kau tahu kan!?” bentak Irham garang, mukanya merah mungkin sedang menahan marah. Eleh! Itu pun nak marah. Bukannya betul-betul berlanggar pun, baru acah sikit dah menggelabah!  
“Err… Minta maaf.” balas Pelangi spontan keluar dari mulutnya. Dah ‘sorry’ tak nak, dia bagilah ‘minta maaf’. Susah benar kalau ‘english education’ tinggi melangit, simple word pun tak boleh nak faham. Ceh!
“Pelangi!!”
Pelangi terkejut, tidak diduga dia akan ditengking macam tu. Tanpa sengaja dia menutup telinga dengan kedua-dua belah tangannya. Bingit betul lah dia nihhh!!!
Kereta kembali terhuyung-hayang, keadaan jadi makin kucar-kacir.
“Kereta Pelangi! Kereta!!”
“Hah! Hah! Mane? Mane!?”
“Ya Allah, stereng tu Pelangiii!!”
“Aaaa’!!” Pelangi cepat-cepat pegang stereng keretanya. Kereta yang lalu lalang sibuk membunyikan hon tanda tidak puas hati dengan cara pemanduan Pelangi yang berbahaya.
“Hishhh, kau nieee!! Gila ke!? Bawa kereta macam orang mabuk! Kau tahu ke tak bawa kereta ni!?? Ishh, hangin betul aku dengan kau ni, Pelangii!!” tengking Irham memarahi Pelangi, dadanya yang berombak kencang diurut perlahan. Mukanya pucat seakan tiada darah yang berani melaluinya.
Pelangi juga melakukan perkara yang sama. Jantungnya turut berdegup kencang saat ini. Dia beri signal untuk ke laluan yang paling kiri. Irham dikerling melalui cermin pandang belakang. Ini semua salah lelaki itu, kalau tidak disebabkan dia yang memekak-memekak di belakangnya, sudah pasti semua ni takkan terjadi!
Tidak lama mereka dapat menenangkan diri bila tiba-tiba mereka terdengar bunyi siren dari polis peronda. Semakin lama bunyi siren itu semakin dekat dengan mereka. Sah! Pasti polis itu sedang mengikuti mereka. Pelangi memperlahankan kelajuan kereta yang dipandunya.
Seketika kemudian dia nampak kenderaan polis dipandu berhampiran dengannya dan kemudian memberikan isyarat agar dia memberhentikan kereta di bahu jalan.
“Ha, ni kau punya pasal lah! Tak pernah seumur hidup aku kena tahan dengan polis kat tepi jalan tahu tak!?” Irham tak habis-habis nak salahkan Pelangi. Itu Pelangi, ini Pelangi. Kalau boleh semua kesalahan di dalam dunia ni dia nak letakkan di bahu gadis itu.
“Hmm… Bukan saya, Encik Irham lah bising sangat… Saya tak boleh bising-bising ni. Saya tak boleh nak fokus.” balas Pelangi berani. Kereta dah diberhentikan betul-betul di bahu jalan.  
Bulat mata Irham memandang ke arah pemandunya itu.
“Menjawab! Menjawab!” tingkahnya.
Pelangi buat tak tahu. Dia sedang siap sedia untuk menunggu abang polis badan ketak-ketak datang menghampirinya. Cewah! Bagai menanti putera raja pula gayanya. Pelangi keluarkan dompetnya, kemudian dia keluarkan pula kad pengenalan dan juga lesen memandunya. Sempat juga dia pandang sekilas pada Irham yang hanya memeluk tubuh di belakangnya. Ehhh, pandai pula dia senyap… Ha! Takutlah tu, takutlah tu! Bisik hati kecil Pelangi dengan senyuman sinis terukir di bibirnya.
Sedang asyik menunggu abang polis tu datang, tergerak pula hati Pelangi untuk membelek-belek lesen memandunya.
Gulp! Pelangi telan air liur. Dia mula rasa macam nak pitam.
“Encik Irham! Encik Irham!!” kelam kabut dia memanggil tuan besarnya itu.
“Kenapa pula kau ni Pelangi!?”
“Lesen… Le…sen.. Lesen saya dah tamat tempoh!” terketar-ketar Pelangi menerangkan keadaan sebenar.
Whatt!!?” Irham tepuk dahinya. Pandangannya kini silih berganti di antara Pelangi dan Polis  yang tinggal kurang dua tiga langkah lagi untuk sampai ke keretanya.
“Kau ni memang menyusahkan betul lah Pelangi!!” sempat Irham tolak kepala Pelangi ke tingkap. Geram betul dia dengan pemandunya itu. Dalam keadaan sekarang, nak tukar seat pun memang dah tak sempat! Ahh! Tawakal ajelahh!
Ouch! Sakitlah Encik Irhammm…” rungut Pelangi sambil mengosok-gosok kepalanya.
“Itu dapatnya!”
Tidak lama kemudian tingkap bahagian pemandu diketuk perlahan. Pelangi makin cemas. Dia bukan boleh cemas-cemas ni,  mulalah rasa macam nak terkucil!
“Encik… Nak buka ke tak?” Pelangi tanya soalan yang kurang bijak. Dah sah-sahlah Polis tu ada di depan mata kau, Pelangi! Dia panik! Darah gemuruhnya sudah mencanak naik hingga ke kepala! Dalam keadaan begini, apa sahaja yang terlintas di kepala pasti akan terluah di bibirnya walaupun….
“Perlu ke aku jawab soalan bodoh kau tu, Pelangi?” soal Irham kembali. Dia kelihatan lebih tenang berbanding Pelangi. Mestilah, lelaki kan… What you expect!?
“Err…” Pelangi toleh pada Irham, kemudian dia alihkan pula pandangannya pada abang polis badan ketak-ketak yang sudah pun mengangkat kening ala-ala Ziana Zain tercekik tulang ikan. “Erk! Okey, okey… Tak payah jawab.” balas Pelangi menjawab soalannya sendiri. Perlahan-lahan dia menurunkan cermin tingkap dibahagiannya.
“Kenapa lambat turunkan tingkap ni?” serta merta polis itu mengajukan soalan.
Pelangi hanya mendiamkan diri. Nafasnya ditarik sehabis boleh. Soalan dari polis itu dibiarkan tidak berjawab. Ah polis ni pun! Tak sempat-sempat nak tanya soalannya pun.
“IC dan lesen.”
Pelangi terkedu.
“IC dan lesen!” ulang polis itu lagi.
Pelangi tersentak. Dia hulurkan kad pengenalannya terlebih dahulu.
“Awak tahu bawa kereta atau tak?” soal polis itu sambil membelek-belek kad pengenalan Pelangi.
“Ermm… Tahu Encik.” jawab Pelangi ringkas.
“Habis tu kalau tahu kenapa bawa kereta macam tu tadi?” tambah Polis itu lagi.
“Err…” Pelangi terdiam mencari idea untuk mengelak.
“Lesen memandu.”
“Erkk!” Pelangi resah, lesen di tangan dipegang kuat.
“Err… Encik…” panggil Irham cuba untuk memberikan bantuan. Bantuan yang sebenarnya bukan dia nak sangat pun beri pada Pelangi. Kalau lah waktu ini Pelangi seorang diri, dah lama dia buat tak layan, tapi memandangkan dia pun turut sekali berada dalam kereta ni nak tak nak dia pun kena hadap jugak lah!
“Err… Abang polis… Eh tak, Encik polis. Maafkan saya! Tapi kami nak cepat, sebab tuan saya ni mengalami sakit perut yang sangat kronik. So, saya nak bawa dia ke hospital. Tolong abang… Eh, Encik…” walaupun dalam keadaan tersasul-sasul, spontan saja alasan itu keluar dari mulut Pelangi.
“Hah!?” Irham jegil mata.
“Teruk ke sakit tuan awak ni?” soal Polis tadi sambil menghulurkan kembali kad pengenalan Pelangi. Irham di belakang diperhatikannya tidak berkelip.
“Ishhh… Teruk Encik. Ni kalau lambat tak tahu lah apa akan jadi, mungkin Innallilah Encik…”
Lagi jegil mata Irham mendengar kata-kata Pelangi. Terkumat-kamit mulutnya menyumpah-nyumpah gadis itu. Kuang ajaqqq!~
“Erm… Okey. Awak boleh pergi sekarang. Hospital terdekat sepuluh kilometer dari sini. Hati-hati bawa kereta tu. Safety first!”
“Ohhh… Thank you, Encikk!” ucap Pelangi girang. Yes, umpan mengena!
Polis itu sekadar tersenyum lantas memberi laluan kepada gadis itu untuk berlalu.
Pelangi cepat-cepat tolak gear dan dengan pantas menyusur masuk ke lebuhraya. Setelah keadaan menjadi agak tenang, baru dia teringat akan tuan besarnya yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
“Err… Encik okey?” tegur Pelangi.
“Sukalah hati kau kan dapat lepas diri lepas ‘doa’kan aku macam-macam!” balas Irham memarahi Pelangi.
Pelangi mencebik. Hish! lelaki ni memang pantang kalau diberi peluang untuk bersuara.
“Bukan mendoakan Encik… Cuma…
“Sudahlah! Aku malas nak layan kau. Lagi aku layan, lagi sakit kepala aku ni!”
“Err.. Tapi Encik…”
“Aku cakap enough kan!? Should I repeat?”
“Tapi…”
“Hurmm… Ada apa lagi Pelangi!?”
Off time saya? Err… yang tiga jam tu.” Pelangi mengingatkan Irham tentang permintaannya tadi.
Irham mendengus kasar. Dia diam memikirkan sesuatu. “Okay, kau boleh off, dalam masa yang sama kau pergi renew lesen kau tu!”
      “Eh, tapi takut ramai…
      “Ada aku kisah!”
      “Err… Tapi…
      “Tapi! Tapi! After aku lunch nanti you may go. Before 5.00 pm aku tahu kau dah ada depan ofis aku. I don’t care how, yang aku tahu kau dah ada. Now shut your mouth and drive me to the office!” Tegas Irham memberi arahan. He had enough for today. Entah nasib malang apa yang menemukannya dengan pemandu barunya itu. Semuanya dirasakan serabut!
      Pelangi terdiam dan kembali fokus pada pemanduannya. Dia juga tidak tahu mahu menjawab apa, yang dia tahu dia letih sekarang ni. Letih sebab bertekak dengan tuan besarnya yang banyak hal tu. Cukup Pelangi, cukup. Kau kena simpan energy untuk petang nanti pula.
      More to come, Pelangi. More to comeeee



No comments:

Post a Comment