DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 6 March 2016

AISEYMAN, DRIVE AJE! - BAB 11



“NAK berhenti ke tak nak? Nak atau tak? Nak? Tak? Nak?” Pelangi berkira-kira sendiri. Baju kemeja dan seluar slack warna putih hitam yang menjadi uniform kerjanya dibelek lama. “Nak ke tak nak? Hmmm…Pelangi, kau nak ke tak nak jadi driver si samdol tu? Kau boleh tahan ke? Boleh ke? Boleh ke aku tahan? Arghh!! Kusutnya kepala ni!” Pelangi campak uniformnya ke lantai. Pening betul bila memikirkan perihal kerjanya sekarang. Grr! Nak stay tapi macam dah tak tahan, tapi kalau tak stay macam mana nak dapatkan duit? Dahlah susah nak cari kerja sekarang ni. Semester baru pun dah nak mula, takkan nak quit pulak. Tuan rumah pula dah nak kahwin, takkan nak terus duduk sini. Hmm…
      Sedang Pelangi serabut memikirkan hal kerjanya, pintu biliknya diketuk bertalu-talu. “Lani… Oh, Lani!” Dia yang seakan baru tersedar dari mimpi terus bangun menghala ke pintu.
      “Lani…”
      “Ya, ya, kejap kak Yana!” Pelangi kuak pintu bilik. Tersembul wajah kak Yana, tuan rumahnya. Baru lepas mandi agaknya minah ni, bau sabun semerbak masuk ke hidung. Ngomel Pelangi cuba menahan nafas sendiri. Dia bukan boleh sangat wangi-wangi ni, rasa macam nak tersumbat saluran penafasannya.
      “Lani buat apa? Free tak? Kak Yana ada hal sikit nak cakap.” tanya kak Yana dengan nada suara yang serius.
      “Err… Ada apa kak Yana?” balas Pelangi teragak-agak.
      “Erm, boleh akak masuk?”
      “Eh! Sorry. Sorry. Jemput masuk kak.” Pelangi sengih, terasa diri begitu keji membiarkan tuan rumah berdiri di depan pintu biliknya sahaja.
      Wanita itu sekadar tersenyum. Dengan perlahan dia atur langkah memasuki ruang bilik Pelangi. Pelangi hanya mengikut di belakang. Hatinya sedikit resah menanti ‘hal’ yang bakal dikatakan oleh tuan rumahnya itu.
      “Erm… Lani, sebelum tu akak nak minta maaf banyak-banyak dengan Lani.” ucap wanita itu. Tangan Pelangi dicapai dan diusap lembut.
“Err… Kenapa nak minta maaf kak?” hati Pelangi berdegup semakin pantas.
“Erm… Lani tahu kan akak nak kahwin hujung tahun ni?” soal wanita itu. Dahinya berkerut menunggu reaksi dari Pelangi.
Pelangi angguk. “Erm, tahu kak. Kenapa?”
“Okay, sebenarnya akak nak beritahu yang perkahwinan akak tu terpaksa diawalkan sebulan. Maksudnya ke bulan hadapanlah…”
“Erk! Kenapa nak cepat sangat kak?” soal Pelangi berminat untuk tahu.
“Sebab bakal mak mertua akak tu tak berapa sihat. So, kami tak naklah majlis pernikahan kami tu nanti akan buat keadaanya jadi lebih teruk. Lani tahulah kan kerja kahwin ni bukan mudah, persiapan semua tu makan masa…” terang wanita itu tenang.
Pelangi sedikit tersentak, tapi dia cuba kawal sebaik mungkin.
“Oh, ye ke kak? Tak apalah, betul lah tu… Lani faham. Erm, by the way tahniah ya. Lani happy untuk akak…” Pelangi cuba bersuara girang.
Wanita itu mengeluh. “Tapi Lani… Akak…
“Eh, its okay kak, Lani faham sangat dengan situasi akak sekarang ni… Lagipun bukan kita minta kan. Tak apa, akak jangan risau tentang Pelangi ya. Lagipun Lani dah jumpa dah bilik sewa yang baru cuma belum sempat nak beritahu akak aje lagi. Hujung bulan ni Lani mula pindah barang ya kak…” dalih Pelangi cuba menghilangkan gusar di hati wanita di hadapannya itu.
Ah sudah! Pandai-pandai pula aku bagi dateline hujung bulan ni. Rungutnya sendiri. Entah kenapa dia rasakan ‘susun atur’ kehidupannya jadi makin rumit pula sekarang ini.
       “Betul ke Lani? Jangan nak sembunyi apa-apa dari akak ya, kalau ada apa-apa Lani beritahu akak, kita cari bilik sama-sama.” pelawa wanita itu bimbang jika Pelangi cuba sembunyikan sesuatu daripadanya. Dia kenal Pelangi, dia tahu gadis itu sedang cuba untuk menghilangkan rasa kurang senang di hatinya. Tetapi dalam keadaan begini dia juga tidak mampu untuk berbuat apa-apa, dia juga tersepit di antara kemahuan manusia.  
Pelangi hanya mengangguk perlahan. “Betul kak… Soal Lani akak jangan risau ya, akak fokus aje dekat majlis pernikahan akak tu…” ujar Pelangi tenang, setenang hati yang memandangnya.
“Terima kasih ya, Lani. Lega hati akak bila Lani cakap macam tu.” tubuh Pelangi didakap kemas. Pelangi turut membalas pelukan wanita itu. Pandangannya dibuang jauh ke luar tingkap. Hmm…  Mana kau nak pergi lepas ni Pelangi… Dalam diam hatinya berdesis.
“Nasib badanlah…”
Erk! Pelangi terdengar suara seseorang berbisik ke telinganya. Dia macam kenal aje suara tu!
“Sekarang kau memang tak boleh lari dari aku, Pelangiii.” suara itu kedengaran lagi. Kini lebih jelas dan nyata dari yang sebelumnya.
Oh Ya Allah, suara siapa lagi kalau bukan suara si samdol itu!
Haishhhh… Sebuah keluhan berat dilepaskan.
Now you have no other options, Pelangi… Hadap ajelah muka dia hari-hari…’ Hatinya berbisik sendiri.

No comments:

Post a Comment