DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 6 March 2016

AISEYMAN, DRIVE AJE! - BAB 10



FARISH, aku off phone dulu. Bos aku dah keluar tu!” tergesa-gesa Pelangi ingin mematikan perbualan telefon di antaranya dengan Farish.
      “Ek eleh perempuan ni! Tak sampai lima minit pun kau cakap dengan aku tahu tak?” rungut Farish tak puas hati.
      “Alahhh… Nanti-nanti kau call aku lagi. Aku nak cepat ni, nanti singa tu mengamuk!”
      “Pastu nak suruh aku jugak yang call dia! Tak kuasa mak tau!”
      “Alah dengan aku jangan nak berkira sangat boleh tak? Ni bukan handphone aku. Kang kalau aku call kau, kantoilah. Nanti kau juga yang kemaruk rindu nak cakap dengan aku. Hesh… Dahlah! Aku letak ni. Bye! Bye!”
      “Alaaa… Pelangi!?  Lani!? Babe… Beb!? Bebbb!! Ishhh! Benci tau perempuan ni!!!”

      KAU betul tak nak aku hantarkan ni?” Soal Amer.
      “Yup, no need. Aku…-”
      “Okay darlings, I off dulu. My ‘driver’ dah sampai.” Potong Bella.
      Driver? Mana driver you?” Irham tercari-cari kelibat ‘driver’ yang dimaksudkan Bella.
      “Tu!” Sahut Bella sambil menunding jari ke arah sebuah teksi.
      “Err, okay… Girl, what do you mean by that? Cab? You naik cab? You must be kidding me right? Where’s your car?” Soal Irham seakan tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya. Bella dan teksi? Bella naik teksi? Mustahil! Setahu Irham, gara-gara wanita itu hampir dirompak dan dirogol sewaktu menaiki teksi dahulu, Bella jadi sangat anti dan fobia untuk menaiki teksi lagi. Daripada naik teksi, dia lebih rela berjalan kaki. Tak kisahlah berapa jauh pun, dia rela asalkan bukan menaiki teksi.  Tapi sekarang lain pula jadinya.
      “Alah… Later I story okay? I nak cepat ni. Bye!” dengan cepat Bella meninggalkan rakan-rakannya yang terpingga-pingga. Alan dan Amer berpandangan sesama sendiri. Mereka juga terfikir hal yang sama seperti Irham.
      Hey, what is wrong with this lady?? She looks so weird!” Irham tiba-tiba naik angin setelah teksi itu hilang dari pandangannya. Dia bukan boleh kalau ada orang yang cuba nak sembunyikan sesuatu daripadanya. Lebih-lebih lagi kalau orang tu orang yang rapat dengannya dan Bella is one of them.
      Control yourself, Ir.” kata Amer cuba menenangkan Irham.
Relax bro. Cool down…” tambah Alan pula.
      “Korang perasan tak dia dah banyak berubah sekarang.? Korang tahu Bella kan? Korang tahu we all macam mana kan? Dia memang dah lain sekarang. Aku rasa ada banyak benda yang dia cuba sembunyikan dari kita...” tingkah Irham.
      “Hmm. Bagi dia sikit masa lagi. Aku pun perasan juga tadi. Tapi kita tak tahu apa sebenarnya yang jadi dengan dia, kita tunggu dan lihat ajelah nanti. Aku yakin dia akan beritahu kita kalau ada apa-apa nanti. Kau relaks lah.” pujuk Amer cuba untuk mententeramkan Irham. Irham mengeluh. Dia tidak suka bila terpaksa hidup dalam keadaan berteka-teki begini. Kalau orang lain, lantaklah. Dia memang tak ambil peduli. Tapi bukan Bella, bukan dengan kawan yang dia sudah anggap seperti ahli keluarganya sendiri.
      “Err... Ir, don’t tell me that your driver sekarang ni seorang perempuan?” Alan tiba-tiba menukar topik perbualan. Irham sedikit terkejut dengan kenyataan yang baru saja dikeluarkan oleh lelaki itu. Dia mengeluh. Perkara yang ingin dia rahsiakan kini bukan lagi rahsia, mana mungkin lelaki ego macam dia mahu mengaku yang driver dia sekarang ni seorang perempuan? But well Irham, your rahsia dah pun terbongkar sekarang ni. She is in front of you right now… Hatinya berbisik seakan mengejek dirinya sendiri. Dia jeling Alan dan Amer dengan ekor mata, jelaslah mereka  sedang mentertawakannya. Shit!
      “Hmm… Expected! Now she is.” jawab Irham sambil memberi isyarat tangan kepada Pelangi untuk keluar daripada kereta.
      “… Alahai mamat ni, masuk ajelah dalam kereta ni. Tak payahlah nak panggil-panggil aku keluar. Hisshhh…” rungut Pelangi bila melihat signal yang diberikan Irham, dia akur, dia tahu dia tiada pilihan lain selain menurut. Dengan perlahan dia membuka seat belt, seterusnya pintu kereta dan kemudiannya dia berjalan keluar ke arah Irham dan dua orang lelaki yang sedang asyik memerhatikan setiap langkah yang diambilnya.
      “Err… Encik Irham. Everything is ready.” tergagap-gagap Pelangi memberitahu.
      “Aku tahulah.., yang kau tu datang sini kenapa?”
      “Eh, tapi tadi Encik Irham panggil saya kan?” Pelangi mula bingung. Mana satu yang betul ni?? Haishh… Cakap tak serupa bikin! Aku salah dengar atau dia yang salah bagi arahan ni?? Muka Pelangi sudah berona merah.
Alan dan Amer hanya tersenyum sendiri. Nahaslah budak ni dikenakan Irham. Masing-masing bermonolog di dalam hati.
“Aku suruh kau keluar bukakan pintu untuk aku, aku nak masuk. Bukan suruh kau keluar dan tayang muka dekat sini!” jerkah Irham. Terkebil-kebil Pelangi memandang lelaki itu. “… yang kau pandang aku macam tu, kenapa? Nak tumbuk aku pula? Cepatlah pergi buka pintu tu!”
“Err… Baik, baik…” Sahut Pelangi mahu melangkah. Tapi bukan setakat nak melangkah saje sekarang ni, nak menangis pun ada ni! Uwaaaa~
“Hi, I’m Amer. Kawan Irham, your bos.” tanpa disuruh Amer memperkenalkan dirinya. Tangan dihulur tanda mahu bersalaman.
“Err…” Pelangi jadi serba salah. Nak sambut atau tak? Nak atau tak? Nak? Tak?
“Hi, I pula Alan. Kawan kepada Irham and Amer.” Alan pula menyampuk. Pelangi jadi ‘double’ serba salah. Dia pandang pada Irham yang sedang merenungnya.
It’s okay girl. Bos you ni baik sebenarnya. Tapi biasalah baru-baru… You dah lama jadi driver?” Amer mula menyusun ayat.
“Erm, saya Pelangi… boleh panggil Lani saja kalau mahu dan saya baru saja jadi driver Encik Irham…” jawab Pelangi jujur.
“Wow, Pelangi! Nice name!” puji Amer.
“Mir, enough. We got to go now. Tak payah nak mengayat sangatla. Budak ni bukan ada apa, dahlah pendek kemetot macam tu aje, kurus melidi pulak tu. Aku nak pandang pun tak ada selera.”
Bulat mata Pelangi mendengar kutukan demi kutukan yang keluar dari mulut lelaki samdol di hadapannya tu! Ewahhh! Sedap mulut kau aje nak mengata aku kan. Macamlah kau tu hebat sangat! Ishhh…
“You gila ‘tak ada apa-apa’? Hot stuff kut! Kalau nak upgrade pun, tak banyak sangat nak kena ubah ni.”
Makin bulat mata Pelangi bila mendengar ayat-berani-mati yang keluar dari mulut lelaki cina yang berdiri bersebelahan dengan tuan besarnya itu. Eh.eh, Apek ni sekali aku siku kau kang! Kau ingat aku ni Microsoft office ke? Atau telefon smartphones yang kau nak upgrade-upgrade bagai ni!!? Walawey, ini sudah lebih niee!! Pelangi menyumpah-nyumpah di dalam hati. Geramnya akuuu!!
“… Okay, okay dah. Kesian pulalah driver kau ni kena sakat. Kau pun janganlah buli dia sangat.” Amer tiba-tiba berubah nak jadi baik.
Pelangi cebik bibir. Memaku dulang, paku serpih. Mengata orang, dia yang lebih! Kau pun sama aje tahu tak! Getusnya, marahnya pada lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Amer itu pun meluap-luap naik sama. Sabar Pelangi, sabar. Ingat kau perlukan kerja ni untuk dapatkan duit. Semester baru nak buka dah ni. Sabar Pelangi… Tarik nafas, hembus. Tarik, hembus… Pelangi cuba psycho dirinya sendiri agar lebih bertenang.
“Nak sangat jadi driver aku, nasib badanlah!” Irham pandang sinis pada Pelangi yang hanya tunduk memandang bawah. “Hmm… Dahlah, layan korang sampai kiamat pun tak habis! Aku blah dulu. Gerak Pelangi!” putus Irham akhirnya.
Pelangi hanya diam menurut. Hatinya betul-betul terasa malam ni. Mereka bertiga melayannya macam sampah! Tanpa sedar air matanya mengalir. Terasa diri begitu hina diperlakukan sebegitu.
Setelah sampai ke kereta, dia bukakan pintu belakang untuk Irham. Air mata yang basah di pipi diseka dengan jemarinya, Pelangi tidak mahu Irham nampak dia menangis. Dia tidak mahu dirinya dijadikan bahan ketawa lagi.
Telahan Pelangi sememangnya tersasar! Irham ternyata lebih pantas daripadanya. Lelaki itu sempat melihat air mata yang mengalir di pipi Pelangi. Melampau sangat ke aku main-mainkan dia tadi? Irham sempat terfikir akan layanannya terhadap gadis itu. Timbul sekelumit rasa bersalah di hatinya, namun untuk beralah dan meminta maaf daripada gadis itu adalah satu perkara yang mustahil untuk dia lakukan.
“Kalau rasa tak tahan dan nak berhenti, kau boleh berhenti sekarang.” lain yang difikir, lain pula yang diluah. Irham terkesima dengan kata-katanya sendiri. Kalau betul budak ni nak berhenti sekarang tak ke naya dia kena balik jalan kaki! Desisnya sendiri. Berdebar-debar hatinya menunggu jawapan daripada gadis itu.
“Saya okey lagi.” jawapan yang keluar dari mulut Pelangi sedikit sebanyak melegakan hati Irham.
“Kau jangan cakap aje kau okey. Aku tak suka tengok kau lembik macam ni, tegur sikit nak menangis, tegur sikit nak meraung!” sengaja Irham tak beri muka.
“Saya bukan seperti yang Encik Irham bayangkan. Cuma kalau boleh saya nak minta Encik Irham jangan malukan saya seperti tadi. Saya juga punya hati dan perasaan untuk dijaga.” luah Pelangi dengan berani. Dia tahu risiko yang bakal dihadapinya nanti. Diamnya tadi bukan bererti dia membenarkan dirinya dipijak-pijak sesuka hati. Dia cuma tidak mahu melakukan hal yang sama seperti mana yang dilakukan oleh lelaki dihadapannya itu.
Irham terdiam. Suasana menjadi sepi.
“Kau ingat kau siapa nak minta itu dan ini?” bentak Irham tiba-tiba. Sekejap saja perasaan bersalah itu wujud dihatinya. Wajah polos Pelangi ditenung tajam.
“Encik… Saya bekerja…..
“Oh! Kau sedar kau bekerja? Kau sedar tak yang aku ni bos kau?” Pelangi tak sempat menghabiskan ayatnya bila Irham terlebih dahulu memotong.
“… Di sini aku bos dan aku yang beri arahan. Kau tu hanya kuli dan sedar sikit yang kuli tu tugasnya hanya mendengar arahan bukannya memberi aku arahan. Kau tak layak langsung nak bercakap dengan aku macam tu tahu tak!?” suara Irham bergema.
Pelangi terkedu. Kata-kata Irham tidak sedikit pun dia balas.
“Kau dengar sini Pelangi! Kalau kau nak kerja lama dengan aku, kau kena ikut apa yang aku suruh. Kau kena hadap apa pun yang aku akan buat dengan kau. Kalau kau tak suka kau boleh berambus bila-bila masa! Lagipun kau lupa apa tujuan kau kerja? Kau perlukan duit bukan? Kau berharap sangat dengan duit aku ni kan? Sekarang aku bagi kau duit. Tugas kau senang, hanya jadi driver aku. Aku tak suruh kau tidur dengan aku pun dah cukup baik tahu tak! Now move! I had enough for today!” panjang lebar Irham memberi amaran. Wajahnya merah menahan marah.   
      Pelangi sebak. Dia tidak jadi untuk melawan. Dia akur dengan status dirinya kini. Dia hanya seorang kuli! Ya kuli… Kuli yang boleh diperlakukan sesuka hati, entah kenapa dia lupa akan perkara itu.
      Kau hanya kuli, Pelangi. Dia bos kau… Kau kuli! Suara itu berulang kali berlegar-legar di setiap ruang fikirannya.
      Kau kuli, Pelangi…
      Kau kuli…
     

No comments:

Post a Comment