DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 6 March 2016

AISEYMAN, DRIVE AJE! - BAB 9



BILA dah selesai dinner nanti, Encik call saya... Saya ada sekitar sini saja.” Pesan Pelangi setelah kereta diberhentikan betul-betul dihadapan pintu masuk The Club, Bukit Utama.
 Irham memandang sekilas ke arah Pelangi sambil menanggalkan seat belt dari tubuhnya. “Tak payah nak ingatkan aku apa-apa, aku tahu bila aku nak panggil kau. I’m your bos, not your friend.” Tingkahnya sambil membetulkan rambut dan kemeja yang dipakainya.
Pelangi cebik bibir.  Giler kerek kau ni! Gumannya di dalam hati. Melalui cermin pandang belakang dia memerhati Irham. Walaupun bahasa lelaki itu kasar tapi raut wajah dan posture tubuhnya malam ini agak berbeza, dia kelihatan agak tenang berbanding dengan hari-hari sebelumnya. Mungkin teruja hendak berjumpa kawan atau mungkin di sebabkan oleh Datin Yuhanis yang sudah pun keluar daripada hospital. Erm, mungkin. Pelangi berteka-teki sendiri.
Dalam diam dia kagum dengan tuan besarnya itu. Irham memang segak dan bergaya. Bergaya dan ada style tersendiri itu sudah tentu sebab dia orang kaya, no doubt! Muka pula dah ada rupa mat saleh converted to islam, tubuh tegap, tinggi tak usah cakaplah, melangit perginya. Teringat saat pertama kali dia berdiri bersebelahan dengan tuan besarnya itu, ketinggian dia hanya paras siku Irham je kut! Ah! Peduli apa, kecil-kecil cili padi tau. Desisnya hendak membela diri.
Eh! Pelangi terpandang sesuatu. Ada lesung pipit rupanya mamat ni. Dalam juga lesungnya ni, bolehlah muat masuk duit syiling lima puluh sen. Ishhh… Sayangnya… Muka boleh ‘jual’, tapi attitude ke laut!
“Kau ambil perfume aku dalam dashboard tu.” Arah Irham mematikan lamunan Pelangi yang tak pasal-pasal menjadi pengkritik bebas tak berbayar. Pelangi menurut. Dia ambil minyak wangi itu dan dihulurkan pada Irham. Perlahan saja gerak-gerinya.
“Cepatlah sikit! Lembablah!” Marah Irham.
Herdikan Irham yang secara tiba-tiba membuatkan Pelangi terkejut. “Err… Janganlah menjerit-jerit…” Tingkah Pelangi di antara dengar tak dengar. Geram betul dia dengan lelaki ni, cubalah cakap baik-baik. Asyik nak menengking aje!
Irham buat tak tahu. Dia buka pintu dan terus keluar tanpa sebarang kata. Pelangi menyoroti langkah Irham dengan anak mata. Dia mengeluh. Jauh di sudut hati, dia berdoa agar satu hari nanti lelaki itu akan melayannya dengan baik. Bukanlah sampai nak menatangnya bagai minyak yang penuh, tapi cukuplah kalau Irham bercakap lembut dengannya. Dia tidak suka Irham menjerit-jerit, memaki hamunnya. Dia juga punya hati yang mudah tersentuh bila Irham memperlakukannya begitu. Niat dia ikhlas untuk bekerja dan mencari duit bagi menampung kehidupan sehariannya. Lagipun dia suka dengan kerjanya sekarang, tidak terlalu stress dengan paperwork, start enjin dan terus menyusur laju. Kadang-kadang tu boleh sekali menyelam sambil minum air, sambil drive sambil jalan makan angin. Tak ke indah kerja macam tu? Erm, Tapi itulah, nak jadi driver kepada majikan yang banyak kerenah juga bukan mudah, silap-silap nanti dia boleh dapat darah tinggi kerana tahap stress yang melampau. Who knows, kan? Hurmmm… Wahai hati, sila bertahan, baru-baru lagi memang macam ni. Insha-Allah nanti, everything will be so fine… Pujuk hatinya sendiri.  

      OH MY GOD, BABE!” Tingkah Bella sambil berpelukan dan berlaga pipi. Sebentar tadi dengan Alan dan Amer, kini giliran Irham pula. Mesranya bukan main lagi. Itu memang menjadi kelaziman mereka, entah kelaziman mana yang dorang ni pakai, nampak sangat terikut-ikut dengan budaya barat. Kalau muhrim tak apa juga nak berlaga pipi bagai, ni laki perempuan main belasah aje. Rosak!
      “Bell! How are you!? How’s your life?” Alan memulakan bicara setelah keadaan reda.
      Well, everythings okay. Nothing change. Cuma mungkin I yang dah semakin vogue kut!” Seloroh Bella cuba untuk menghangatkan suasana. 
“Ya, you memang makin vogue sekarang. Tak padan dah ada anak satu.” Puji Amer jujur. Dahulu Amer pernah berhasrat untuk menjadikan Bella sebagai kekasih hatinya, tapi dia di rejected mentah-mentah. Waktu belajar dahulu Bella sangat rapat dengan Irham, sikit-sikit Irham, pergi mana mesti kena ada Irham, itu Irham, ini Irham. Semuanya Irham lah.  Tapi fair enough lah, dia dulu selekeh aje… Harta pun tak ada. Setakat bergantung dengan duit biasiswa dari kerajaan dan kerja part-time yang tak tentu hala bayarannya tu, memang cari nahaslah minta couple dengan wanita macam Bella yang serba serbi high taste tu.
“Memang bergetah lagi mama hot ni!” Alan tiba-tiba bersuara. Susuk tubuh Bella ditelitinya tak berkelip. Dengan hanya shorts paras peha dan ber-cardigan satin menutupi badannya yang berlapiskan singlet top, wanita itu kelihatan sangat seksi di matanya.
“Hoi! Agak-agaklah dengan kawan sendiri pun kau nak tenung macam tu!” Irham tolak kepala Alan. Lelaki itu ketawa besar. Aisey, kantoi… Guman hatinya.
“Alan ni memang! Perangai tak ubah dari dulu. Bila dah ‘nak’, tapi tak dapat begitulah jadinya.” Perli Bella yang sudah faham benar dengan perangai kawannya yang sorang ni. Alan hanya tersengih menyambung tawanya yang masih bersisa.
“Tu sebab dah kemaruklah tuh! Ish, Alan… Alan… Bikin malu aje loh!” Usik Amer menambah rasa yang ada.
“Itulah dia, pantang betul!” Tambah Irham lagi.
“Eh, come on lah guys! Itu pun lu orang mahu kecoh ka? I tahu lah I takkan dapat, sebab tu I pandang macam tu. Kecoh lah lu orang…” Bidas Alan, membalas setiap perlian yang dikenakan padanya. Dia pasrah… Antara mereka berempat memang dia aje lah yang selalu menjadi mangsa usikkan mereka.
Suasana sekitar menjadi bising dengan gelak tawa mereka.
“Hai you all ni masing-masing perangai tak berubah!” Tingkah Bella. Walau bagaimanapun keadaan mereka sekarang ni, dia tetap happy. Happy sebab dapat berkumpul semula dengan kawan-kawan lelakinya super-duper hyper itu. Lagipun, memang sudah agak lama mereka tak berjumpa. Kali terakhir pun lima enam tahun lepas, itu pun dalam keadaan yang tergesa-gesa.
 “Tak sangka hati you terbuka lagi nak balik sini. Ingat ke dah tak ingat jalan pulang.”  celah Irham tiba-tiba. Dia sebenarnya masih terkejut dengan berita kepulangan Bella ke Malaysia. Setahunya Bella memang sudah tidak mahu langsung balik ke sini. Di tambah pula dengan keluarganya yang masing-masing sudah migrated ke overseas. Jika pulang ke sini pun tiada siapa lagi yang tinggal melainkan dia, Amer dan Alan.
Bella jeling manja teman tapi mesranya itu. “Eh, hello… Ayat makan dalam nampak? Malaysia ni tanah tumpah darah I okey! Takkanlah I tak boleh balik kampung sendiri.” Balas Bella, keningnya diangkat sedikit tanda tidak puas hati. Memang di antara Irham, Amer dan Alan, dia memang rapat dengan Irham. Irham pandai melayan rentaknya, apa saja kehendak Bella, Irham pasti cuba untuk tunaikan. Pernah juga dia menaruh hati pada Irham, tapi perasaannya itu hanya dibiarkan terkubur bila mendapat tahu yang Irham sangat benci pada komitmen. Especially komitmen bercinta. Masa itu dia anggap Irham gila! Mana mungkin hidup tanpa komitmen. Di sebabkan hal itu, hatinya berubah arah. Dia berkenalan dengan lelaki Australia, berkahwin dan terus menetap di sana. Tapi kini bila difikir balik, baik hidup tanpa komitmen daripada hidup dengan komitmen yang menyesakkan kepalanya!
“Ishh, melawan!” Irham tarik hidung Bella dengan jarinya. Itu memang kebiasaan Irham bila dengan Bella, dia suka usik hidung Bella yang mancung tu.
“Ouch, Irham!!” Bella geram, bahu lelaki itu dipukulnya. “… Dari I single, sampailah sekarang ni dah ada anak, you tak habis-habis nak main dengan hidung I eh!”
“Ah dah sudah… Ni lagi sorang! Ingat ke Alan je yang buat perangai, kau pun sama juga Ir? Nak manja-manja pula dia…” Tegur Amer, terhambur tawa Irham dan Bella. Alan buat tak tahu, takut dia akan diheret sekali dalam perbualan itu.
“Ha, cakap pasal anak. Where’s Alice? and where’s your husband? You balik Malaysia ni dengan siapa?” Soal Irham bertubi-tubi.
“I balik sini dengan Alice saje. Dia ada I tinggalkan dengan maid I. Biarlah, nak bagi dia familiar dengan maid I tu dulu. Nanti senang I nak keluar kerja.” Terangnya.
“Err… A--Alice?” Soal Alan sedikit gugup.
Irham dan Bella serentak memandang ke arah Alan yang kelihatan resah.
“Yes Alan, Alice… My daughter.” Balas Bella dengan senyuman tersirat.
“Err… Your daughter? Maksudnya?” Entah kenapa Alan rasa serba tidak kena ketika itu. Alice? Bella’s daughter? How old is she? Begitu banyak persoalan yang bermain di fikirannya ketika ini. Irham dan Amer berpandangan sesama sendiri.
“Maksudnya? Maksudnya apa?? Jangan kata kau tak tahu Alice tu anak Bella. Kau ni tengah ‘high’ ke apa Alan? Semacam aje aku tengok!” Tegur Irham. Bahu temannya itu ditepuk-tepuk berulang kali.
 “Eh… you balik dengan Alice saja? Your husband?” Soal Amer pula.
“Oh, we all balik dulu. Dia akan follow later.” Jawab Bella ringkas, tapi teragak-agak.
“You dengan your husband okey ke?” Soal Irham bila terasa ada sesuatu yang hilang dalam jawapan Bella itu. Bella pandang Irham, mata mereka berlaga dan kemudiannya Bella cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Irham tambah hairan. Dia pandang pula pada Amer yang turut memandangnya.
Well, so far okey.” sahut Bella dengan yakin.
Are you sure?” Irham masih lagi tak puas hati.
Sure lah. Kenapa pula I tak sure?”
“Mana lah tahu…”
“Mana lah tahu, apa?”
“Ehh… Dah, dah, yang lu orang nak gaduh ni kenapa? Selalu bikin ributlah! You ni Irham… kan Bella dah cakap dia dengan husband dia okey. So, lu mahu apa lagi? Lagi mau soal siasat macam polis… Ceh!” bebel Alan memarahi Irham.
“Eh, eh, apek ni…”
“Erm… Kan Bella darling? You okey saja kan? Kalau you tak okey, you beritahu cepat-cepat sama abang Alan, abang Alan akan sentiasa ada untuk membantu.”  Bebel Alan. Dalam bebel-bebel tu sempat juga dia nak flirt dengan Bella. Ada hati nak jadi ‘Abang Alan’. Macam bagus aje bunyinya. Heh! 
“Okey abang Alan, kalau ada apa-apa Bella darling akan cepat-cepat beritahu abang Alan ya?” Bella ikutkan saja gelagat temannya itu. Alan ni memang lain sikit perangainya. Kadang-kadang dia boleh diajak untuk bergurau, tapi kena tengok juga timing-nya, kalau agak-agak timing tak betul, janganlah diajak bergurau. Mahu melayang orang tu kena hayun dengan apek ni.
Amer hanya tersenyum melihat gelagat dua temannya itu. Dalam diam dia memerhatikan Irham yang kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu. Dia kenal Irham, lelaki itu sedang mengesyaki Bella. Dia juga turut merasakan hal yang sama. Dari pandangan dan jawapan Bella sebentar tadi pun dia tahu ada sesuatu yang sedang disembunyikan oleh wanita itu.
      “Bell, you tinggalkan Alice dengan your new maid okay ke?” soal Irham lagi. Entah kenapa dia rasa sangat tak puas hati dengan jawapan Bella sebentar tadi.
      She’s fine. Lagipun my mom’s friend yang introduce dia dekat I. Don’t worry. Alice should be okay. She’s my daughter, I know her very well… She can, no worries.” 
      “I bukan apa, you know lah kan lately ni banyak kes. Manusia sekarang banyak yang dah kejam. Tak tahulah apa yang ada dalam kepala dorang tu. Hm, I harap dia akan jaga Alice dengan baik…” kata Irham cuba memujuk hatinya sendiri. Alan dan Amer hanya mengangguk mengiakan kata-kata Irham.
Trust me, she’ll be fine.” ulang Bella lagi meyakinkan kawan-kawannya. Dia sebenarnya sudah dapat menangkap apa yang sedang berlegar-legar di fikiran mereka, terutamanya Irham. Sudah lama mereka berkawan. Mustahil mereka tidak tahu apa yang dirasakan olehnya. Tapi biarlah… Biar mereka berteka-teki sendiri. Sampai masa dan ketika, mereka akan tahu juga segalanya. Tapi untuk hari ini biarlah dia bergembira dahulu…

No comments:

Post a Comment