“PELANGI
tinggal di mana?” baru beberapa minit kereta melepasi pintu pagar hospital, Datin
Yuhanis sudah mula mengajukan soalan. Berminat sungguh dia dengan driver baru anaknya itu. Irham yang
duduk di sebelah pemandu, menguap berulang-kali.
“Tinggal menyewa di Puncak Perdana, Datin…
Eh, Auntie.” tersasul-sasul Pelangi membahasakan Datin Yuhanis.
Wanita itu hanya tersenyum. Mungkin sudah
biasa dengan keadaan itu.
“Oh, tinggal dengan parents?”
“Tak auntie,
saya sorang saje. Parents dah
meninggal masa saya baby lagi. Adik
beradik pun tak ada.” jawab Pelangi jujur.
“Innalillah. Maafkan auntie ya. Auntie tak
tahu…” suara Datin Yuhanis bertukar sayu.
“Eh, tak apa. Saya dah biasa.” balas
Pelangi. Ditolehnya sekilas ke arah Irham yang sedang asyik memandang ke luar
tingkap. Kut-kutlah dia pun nak terkesan sama. Tapi berangan ajelah, dari
awal-awal lagi lelaki itu memang tak langsung cuba untuk mengenalinya. Irham
lebih pentingkan keadaan luar daripada kisah sedihnya itu, entah apalah yang
dia nampak kat luar tu. Pelangi kembali fokus pada pemanduannya. Nak complaint lebih-lebih pun, dia siapa? Driver aje.
“Hmm… Pelangi sabar ya. Allah tu Maha
Adil, Dia sudah aturkan sesuatu yang lebih baik untuk Pelangi…” Pujuk Datin
Yuhanis. Pelangi sekadar mengangguk. Hatinya sedikit terusik. Baik sungguh hati
Datin Yuhanis ni, jauh benar jika hendak dibandingkan dengan anaknya yang
sorang itu.
“Pelangi okey. Inshaa-Allah.” balasnya
akur dengan keadaan diri.
“Baguslah kalau begitu. Jadi sekarang Pelangi
menyewa soranglah yer? Selain buat kerja ni Pelangi buat apa lagi?”
bertubi-tubi Datin Yuhanis mengajukan soalan. Cukuplah berbicara tentang hal
tadi tu, dia tidak mahu menambahkan lagi kesedihan di hati gadis itu. Dia faham
keadaan Pelangi kerana suatu masa dahulu dia juga pernah berpisah dengan orang
yang paling dia sayangi.
“Yer
Auntie, menyewa sorang diri saje. Selain part time kerja, saya study…
Dulu full time, tapi nanti nak tukar part time. Sebab nak kerja kan. Takut
tak terkejar nak jadi driver Encik
Irham nanti.” terang Pelangi, Irham yang terdengar namanya disebut terbatuk
kecil.
“Oh, baguslah kalau dah ada perancangan
macam tu. Tapi make sure, Pelangi
tahu nak bahagikan masa, okey?”
“Inshaa-Allah…”
“Erm, Pelangi ambil course apa?”
“Art
and design, Auntie…”
“Wah, jadi Pelangi ni pandai melukislah
ya? Mesti Pelangi ni kreatif kan…” Datin Yuhanis kelihatan sangat teruja
bertanyakan hal itu dan ini.
“Tak adalah pandai, auntie. Bolehlah sikit.” jawab Pelangi merendah diri.
“Pandailah tu, auntie ni pun…-”
“Amboi bonda… Minat betul dengan driver Ir ni.” Irham tiba-tiba
menyampuk.
“Alah Ir ni, takkan nak tanya sikit pun
tak boleh. Ir takut ke bonda apa-apakan driver
Ir ni? Jangan risau… Driver Ir, driver bonda juga. Eh, tapi… Muka manis
macam ni, tak sampai hati pula bonda nak panggil Pelangi driver. Ha apa kata Pelangi buat part time dekat butik auntie aje.” cadang Datin Yuhanis, dia
sengaja mahu mengusik Irham.
Irham pandang bondanya tidak berkelip.
“Bondaaa…” lirihnya. Jangan buat hal bonda, teruk Ir nanti. Dahlah nak cari driver macam minta satu lagi nyawa.
“Kenapa? Irham tak izinkan Pelangi tolong
bonda ke?” tambah Datin Yuhanis lagi. “Pelangi macam mana? Mahu tolong auntie?” Soalnya pada Pelangi pula.
Gadis itu tertawa kecil. Mestilah nakkk!
Hatinya laju aje nak setuju. Tapi ditahannya. Sebelum ada kata putus, baik dia
jangan kata apa-apa. Kang yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
“Bonda jangan main-main ya…” Irham
tiba-tiba bernada serius. Datin Yuhanis dan Pelangi terdiam serentak. Suasana
yang tadinya ceria mula bertukar suram.
Selepas seketika, kedengaran Datin Yuhanis
ketawa. “Bonda gurau ajelah Ir… Takkanlah bonda nak buat naya anak sendiri.” tingkahnya.
“Tapi kalau bonda nak, bonda ambil jelah.
Ir boleh cari orang lain.” Irham beralah.
“Alahai, macam bonda tau tahu dengan
perangai kamu tu, Ir… So Pelangi,
tadi kamu cakap kamu tinggal menyewa seorang diri ya?” Datin Yuhanis tukar
topik baru.
Irham memerhatikan gerak geri bondanya.
Apa lagi akal bondanya kali ni. Dia mula gusar.
Pelangi agak terkejut bila diajukan soalan
itu. Dia pandang muka Irham yang mencuka. Wajahnya tenang, tapi dalam tenang
rona kulitnya merah. “Err… Ya, auntie.”
balasnya tersekat-sekat.
“Good,
kebetulan rumah Auntie ada banyak bilik
kosong. Tak payahlah Pelangi susah-susah nak menyewa. Tinggal saja di rumah Auntie. Duit sewa tu boleh dibuat
belajar. Lagipun senang kalau Irham nak
pergi mana-mana nanti. Tinggal panggil aje. Betul tak Irham?” cadangan kedua
dari mulut Datin Yuhanis membuatkan keduanya tersentak.
Irham buat muka garang, Pelangi rasa nak
pitam. Mereka berpandangan sesama sendiri.
BALA!!
Masing-masing bermonolog di dalam
hati.
No comments:
Post a Comment