“KAU
jangan pandai-pandai buka mulut depan Datin nanti. Kalau Datin tanya apa-apa,
biar aku aje yang jawab. Faham?” tak ada angin, tak ada tanda tiba-tiba Irham
beri amaran. Pelangi hanya tunduk mengangguk. Malas nak bersuara. Marahnya pada
lelaki itu masih belum hilang. “Faham tak!?” ulang Irham kasar.
Pelangi ketap bibir. Ah, lelaki ni… Buta
ke aku dah angguk tadi! Gumannya sendiri. “Faham…” perlahan dan mendatar saja
itonasi suara Pelangi.
“Apa? Aku tak dengar.”
“Fahammm.” Pelangi kuatkan sedikit volume suaranya. Pekak badak agaknya dia
ni.
“Susah sangat ke nak buka mulut tu.
Nak kena sumbat dengan botol kicap agaknya kau ni kan!” sambung Irham lagi.
Pelangi urut dada. Botol kicap!? Arghh! Wahai hati, sila bertahan dengan
keceluparan mulut si samdol ni! Bila dah sampai ke tahap ‘samdol’, ini bermakna
amarah Pelangi semakin menebal. Tanpa sedar kakinya dihayun pantas meninggalkan
Irham.
“Hoi! Kau nak pergi mana!?”
Langkah Pelangi terhenti serta
merta. “Err… Bilik Datin.” dahinya berkerut.
“Depan tu bilik mayat.” tunding
Irham. Matanya tajam merenung Pelangi. Gadis itu hilang arah. Berdirinya jadi
serba tak kena.
“Err… Saya tahu. Er…” terketar-ketar
dia nak balas, itulah terlalu ikutkan sangat perasaan marahnya itu. Janganlah
lelaki ni fikir aku yang bukan-bukan, manalah aku tahu depan tu ada bilik
mayat. Sorry lah, tuan besar… Saya
tak sengaja. Ehhh, tapikannn! Pelangi terfikirkan sesuatu. Melilau matanya
memandang sekeliling. Ni bukan ke tingkat VVIP, takkanlah bilik mayat ada kat
tingkat ni! Dia nak kenakan aku ke apa ni!?
“Encik Irham, bukan ke ni tingkat
VVIP. Mustahil ada bilik mayat kat sini. Encik nak main-mainkan saya ya?” soal
Pelangi berani.
“Bodoh sangat nak percaya kenapa? Tak ada
akal nak fikir!?”
Perghhh! Main kasar mamat ni! Pelangi
hanya mampu mengetap bibirnya sendiri.
“Kenapa diam? Kau…-”
“Irham…” Irham tak sempat
menghabiskan ayatnya. Dia memalingkan mukanya mencari susuk tubuk si pemanggil.
“Eh, doktor.” Doktor Luqman, Doktor peribadi keluarganya. Irham menghulurkan tangan
untuk bersalaman. Lelaki dalam lingkungan umur empat puluhan itu menyambutnya
dengan senyuman mesra.
“Nasib baik jumpa you di sini, you
tahukan Datin dah boleh keluar wad hari ni?”
“Ya tahu, bonda ada beritahu I this morning. So, how is her condition, doctor?”
soal Irham ingin tahu. Pelangi hanya memerhati. Raut wajah Irham sangat serius
bila berbicara soal bondanya. Bagus, sikap yang satu ni dia memang respect!
“Alhamdulillah, she’s fine. Semuanya dah back to normal. But still, you kena selalu monitor
Datin. Jangan biar dia buat banyak kerja dalam satu masa.” pesan Doktor
Luqman dengan senyuman yang masih manis terukir di bibir.
Irham mengangguk kecil. “I will, Doctor. But you know lah bonda
tu, degilnya mengalahkan budak kecil. Kadang-kadang bila ditegur, kita yang
dimarahi balik…” rungutnya.
Doktor Luqman ketawa besar, Pelangi pula
sekadar tersenyum. Biasalah, orang tua, takkan tak tahu. Complaint aje pandai… Cuba jadi orang tua tengok! Getus Pelangi di
dalam hati.
“It’s okay. Take it easy and slowly. Orang tua memang banyak
kerenah, sebagai anak you kenalah banyak bersabar. Layankan saja kemahuannya.”
tambah Doktor Luqman lagi.
“Insha-Allah, doktor.”
“So, okeylah. I shall go now. See you later.”
“Ya okey. Thank you, doktor.” sahut Irham.
“No problem.” balas Doktor Luqman. Matanya kemudian jatuh tertumpu
pada Pelangi yang berdiri di belakang Irham. Gadis itu dari tadi hanya
mendiamkan diri.
Pada masa yang sama, Irham juga turut
menoleh ke arah Pelangi. Ada apa dengan dia sehingga doktor Luqman memandangnya
sebegitu.
Pelangi tiba-tiba jadi malu. Mulalah dia
rasa mengigil satu badan.
“Ada apa, doktor? Kenapa pandang dia
macam tu? Doktor kenal ke?” soal Irham pelik. Dari pandangan lelaki itu
merenung Pelangi, Irham sudah boleh agak akal lelaki di hadapannya ini.
“Eh, tak ada apa-apa. Dari tadi dia
senyap aje, itu yang rasa baru perasan.” jawab doktor Luqman.
“Oh, dia memang macam ni doktor.
Tak pandai nak bersosial, itu yang senyap aje tu.” jawab Irham selamba. Pelangi
dipandangnya sekilas, gadis itu ketap bibir. Hesh, dia dah mula dahhh… Suka
hati aje cakap aku tak pandai bersosial!
“Tak apa, zaman sekarang ni yang
tak pandai tu lah yang rare. So, kena jaga dia baik-baik. Orangnya
pun boleh tahan manis.” puji doktor Luqman tanpa mengetahui status sebenar
hubungan mereka.
Irham tersedak. Pelangi mahu ketawa tapi
ditahannya.
“So, good luck!” sempat doktor Luqman memesan. Bahu Irham
ditepuk-tepuk sebelum berlalu.
“Err…” Irham tidak mampu untuk membalas. Dia
pandang Pelangi yang tersengih sendiri. Adrenalin darahnya terasa laju naik ke
muka. Tanpa sengaja, mata mereka bertaut. Lama, sebelum…
“Kau tak payah sengih macam tu,
menyampah aku tengok!”
Ek eleh mamat ni! Dan Pelangi
seperti tadi hanya mampu mengetap bibir dan memaksa hatinya untuk mengawal
emosi dan diri.
“EH, siapa ni Irham? Manis budaknya.” soalan dari Datin Yuhanis
membuatkan Irham menjuihkan bibir. Manislah sangat! Gumannya perlahan. Irham
berang! Dan tambah berang bila dia melihat raut wajah gadis itu yang sedang tersenyum
seakan mengejeknya. Eh, apahal semua orang nak sibuk pasal perempuan ni! Manis
sangat ke driver aku ni? Dia
perhatikan tingkah laku Pelangi yang sedang sibuk memasukkan barang-barang
bondanya ke dalam beg kertas. Bahagian mana yang manis sangat tu? Masam je aku
tengok!
“Dah, kau pergi kemas baju Datin,
lepas tu tunggu kami di kereta.” arah Irham dengan nada suara yang agak tinggi.
Datin Yuhanis pukul perlahan bahu
anaknya itu. “Kenapa kasar sangat dengan perempuan Irham? Bonda tak ajar Irham
layan perempuan macam tu kan?”
“Eh, mana ada Bonda. Hmm… Okey,
okey. Kenalkan, ini Pelangi, driver
baru Irham. Baru start kerja semalam.
Pelangi, ni Bonda a’.. erm saya, Datin Yuhanis…” terbelit-belit Irham nak
bahasakan dirinya.
Pelangi senyum dalam hati. Sejuk
sikit hatinya bila Irham membahasakan dirinya sebagai ‘saya’. “Erm… Datin, saya
Pelangi. Tapi Datin boleh panggil saya, Lani.” dia menghulurkan tangan untuk
bersalaman.
“Eh, panggil saya Auntie je, tak payah berDatin-Datin.
Apalah ada pada pangkat kan. Erm… Pelangi? Unik nama kamu ni. Manis, semanis
orangnya. Tak apa, auntie panggil
kamu Pelangi saja ya.” Datin Yuhanis menyambut salam Pelangi dengan mesra.
Wahhh! Baiknya hati Datin ni. Lembut aje
orangnya, tak macam anaknya yang macam singa kelaparan setiap masa! Desis
Pelangi sendiri sambil mengerling ke arah Irham. Lelaki itu turut merenungnya
dengan pandangan yang tajam.
“Err… Baik auntie. Terima kasih.” ucap Pelangi.
“Sama-sama.” Sahut Datin Yuhanis
lembut. Gerak-geri dan bahasa tubuh gadis itu berjaya memikat hatinya. “Pandai
kamu cari pengganti Pak Harun, Irham…” Puji Datin Yuhanis. Irham yang mendengar
hanya pamer riak bersahaja. Hmm… Tak ada pandainya bonda, itu pun sebab dia dah
tak ada pilihan. Apa yang ada di depan mata ketika itu, dia main sauk aje!
“Berapa umur kamu ni, Pelangi?”
“Dua puluh tahun, Auntie.”
“Laaa… Patutlah nampak muda sangat.
Remaja lagi tu. Kenapa kerja awal sangat? Pelangi tak sambung belajar?”
“Memang tengah…-”
“Okey, selesai dulu sesi suai kenal
untuk hari ni yer, bonda nak berehat. Nah! ambil beg ni Pelangi, tunggu di
kereta.” Beg berisi baju dicampaknya ke Pelangi. Dia perlu menghentikan sesi
suai kenal itu serta merta, kalau dah start
sampai sesi ‘orentasi’ nanti entah bila pula dorang ni nak berhenti.
Tubuh Pelangi terdorong sedikit ke
belakang. Hish! Kurang asam betullah dia ni, dahlah tak bagi aku cakap habis,
lepas tu main campak-campak aje… Bagilah elok-elok!
“Eh Irham, kamu ambil beg tu, biar
Pelangi tolak kerusi roda bonda. Kamu selesaikan dulu bil-bil hospital tu,
bonda dan Pelangi akan tunggu di kereta.” Ujar Datin Yuhanis.
Irham mendengus perlahan. “Alah, bonda ni...”
“Irham… Bertolak ansur sikit, beg
tu kan berat.”
“Hmm… Yelah, yelah…”Akhirnya Irham
mengalah. Dia ambil beg baju yang dicampaknya tadi dari tangan Pelangi. “Jaga
bonda baik-baik” Sempat dia berbisik ke telinga gadis itu.
Pelangi sekadar mengganguk, tapi dalam
hatinya Allah saja yang tahu. Hatinya berbunga ceria! Dia bangga bila ada orang
yang menyebelahinya.
Padan muka kau, tuan besar!
No comments:
Post a Comment