“ALHAMDULILLAH! Sudah tiga tahun kita berkongsi hidup sebagai suami isteri. Terima kasih abang, kerana sudi menjadi suami yang terbaik sepanjang hidup Rina.”jemari Ikram dikucupnya. Dahi Marina disambut mesra dengan kucupan.
“Abang pun
sama. Ulangtahun perkahwinan kita
yang ke tiga ni, sayang
tak ada apa-apa
hadiah untuk abang
ke?”soal Ikram. Jemari Marina
yang bertaut itu
dikucupnya lagi. Tidak puas
rasanya. Rasa bahagia itu
selalu singgah hingga
ke saat ini.
“Hadiah apa
yang abang nak?”Marina
mencubit peha Ikram
lembut. Kepalanya
dilentokkan ke bahu Ikram.
Dibiarkan Ikram
membelai rambutnya.
Rambutnya lurus dan
panjang itu, sentiasa wangi
dengan bauan yang
menyegarkan. Marina sentiasa
mengemaskan dirinya dengan kekemasan
dan kecantikan untuk
tatapan suaminya. Itulah tugasnya
sebagai seorang isteri. Kecantikannya itu, didedahkan buat
suami sebagai tatapan.
“Abang nak
Rina, sentiasa ada di hati
abang. Sampai bila-bila.”
Marina jarinya
di dada Ikram lembut. “Itu
je yang abang
nak dari Rina?”
“Abang nak
anak seramai yang
boleh.”hidung mancung Marina
dicuitnya Ikram lembut.
“Insya-Allah. Kalau ada
rezeki, Rina nak berikan
abang anak. Rina minta
maaf abang. Sampai ke saat
ni, Rina masih belum
mampu berikan abang
anak.”
“Abang tak
kisah. Bila-bila pun, abang sanggup
tunggu. Kalau ada rezeki
kita, pasti akan ada
jugak nanti. Apa-apa pun, kita
perlulah berusaha.”
Marina menganggukkan
kepalanya. Kepalanya yang tadi elok
terlentok di dada Ikram, diangkatnya. Kali ini, dia
menyandarkan kepalanya ke hujung
bantal yang berdiri
tegak. Hati mana yang
tidak tersentuh, jika bertahun
berkahwin, masih juga belum
dikurniakan zuriat. Dia juga
merasakan perkara yang
sama.
“Abang minta
maaf. Abang tak terniat
nak melukakan hati Rina.”Ikram
sedar kata-katanya itu
tadi, sedikit sebanyak membuatkan
hati Marina terluka. Dia
langsung tidak terniat
untuk mengungkit perihal
itu. Bicaranya terlepas tanpa
diduga.
“Rina tak
apa-apalah bang.”
“Betul?”
“Iyalah. Rina tak
apa-apa. Mana tahu, dengan berkat
kesabaran, Tuhan gandakan nanti. Sekali
Rina mengandung dapat
kembar.”Marina cuba memujuk
hatinya. Cuba menyedapkan hatinya
sendiri.
“Hmm. Mana tahu, kita
dapat kembar tiga. Mana
nak tahu kan?”tersenyum Ikram. Kali
ini, Ikram pula melentokkan
kepalanya disebelah Marina. Rasa
bahagia itu kini
milik mereka berdua. Walaupun mereka
tidak dikurniakan zuriat
hingga ke saat ini, dia
tetap bahagia dengan
hubungan ini.
“Anak Idlan
comelkan bang?”siang tadi, Marina
sempat melawat anak
saudara suaminya yang
baru dua hari
dilahirkan. Wajah comel itu, bersih
dan sejuk sahaja
memandangnya. Saat memangku bayi
secomel itu, dia terasa
sayu. Jikalau Tuhan berikannya
rezeki secepat itu, pasti
dialah wanita yang
paling bahagia dan
gembira. Tapi sayangnya, hingga ke saat
ini. Dia masih belum
dapat memberikan suaminya sesuatu
yang berharga sebagai
tanda kasih sayang
antara mereka berdua.
“Hmm. Macam Pak Ngah
dia la.”
“Eleh. Perasan lebih. Tak
sama pun.”
“Esok sayang
tengok betul-betul. Samalah dengan
abang.”
“Tak. Baby muka macam
Idlan.”Marina tetap menyangkal. Tetap tidak
mahu mengalah, walaupun dia
tahu, Ikram hanya mahu
mengusiknya.
“Iyalah. Abang bergurau
ajelah sayang. Sayang nantikan, kalau kita
ada baby, mesti baby
kita comel kan? Muka
macam abang yang
kacak ni.”Meleret senyuman
Ikram hingga ke telinga.
“Perasannya!”Marina menahan
tawanya itu.
“Mana abang
perasan. Betullah abang ni
kacak. Kalau tak, takkanlah sayang
nak tergila-gilakan abang. Sampai
sanggup berebut-rebut dengan
perempuan kat luar
sana.”
“Abang ni
mengada-ngada tau. Suka-suka je
buat cerita.”cubitan manja
singgah di peha Ikram
lembut.
“Betullah! Abang cakap
betul kan? Sayang dulu, bukan
main tergila-gilakan abang. Nampak
sangat abang ni
lelaki limited
edition.”bangga
sekali Ikram memuji-muji
dirinya. Seronok mengangkat bakul
sendiri.
“Limited Editionlah sangat. Nak
perasan aje lebih. Mentang-mentanglah dia
lelaki idaman wanita. Nak
bangga pulak.”jeling Marina, bila
kisah lama itu
diungkit. Memang dia salah
seorang peminat kepada
Ikram pada satu
ketika dahulu. Kerana tertarik
dengan ketampanan Ikram
masa itu, Marina memberanikan
diri memulakan dahulu
salam perkenalan. Tidak disangka, perkenalan yang
dihulurnya itu disambut
dengan baik, hingga terlahirnya
sebuah hubungan abadi
ini.
“Baik sayang
mengaku. Nak malu-malu pulak.”digeletek pinggang
Marina.
“Mana ada. Masa
tu, Rina nak kenal
dengan abang je. Nak
kawan biasa-biasa je. Taklah
sampai tergila-gilakan abang
sampai tergedik macam
perempuan lain.”
“Iyalah tu. Benda
betul, tak mahu mengaku. Malulah tu!”sekali
lagi hidung mancung
Marina ditariknya.
“Abang ni, sengaja
tau.”
“Kalau dah
betul tu, mengaku ajelah. Lelaki inilah
yang sayang tergila-gilakan dulu.”masih
tetap membangga diri. Terus disakat
Marina.
Marina menjuihkan
bibirnya. Ditampar
berkali-kali peha suaminya
itu. Dia bangun dari
duduknya dan berlalu
keluar ke anjung bilik. Mengambil udara
di luar bilik. Segan sebenarnya, untuk terus
mengenangkan kembali kisah
lalu.
Ikram mengikut
langkah Marina. Dipeluk Marina
dari belakang. Terasa kehangatan
cinta
itu membuak-buak.
“Sayang...”
“Janganlah. Malulah kalau
jiran-jiran nampak. Abang ni gelojohlah.”Marina menolak
kucupan mesra Ikram. Malu
Ikram memperlakukannya begitu.
“Apa
yang nak malu. Rina
isteri abang jugak. Bukannya orang
lain. Tak salah, kalau abang
nak sayang isteri
abang yang sentiasa
wangi ni.”
Marina segera
meleraikan pelukan Ikram. Dia
berlari masuk ke dalam
kembali. Dia tidak mahu, kemesraan mereka
itu, menjadi tatapan mata
di luar sana. Tidak elok
dan manis, menunjukkan kemesraan
hubungan mereka itu
kepada orang ramai.
MARINA segera
bangun daripada baringannya. Pantas dia
membersihkan dirinya,
sebelum Subuh menginjak
waktunya. Ikram pula tiada
di sisi. Sejak bila, Ikram bangun, dia
juga tidak sedar. Tidurnya begitu
lena, hinggakan tidak sedar, Ikram
berlalu.
Usai
solat Subuh, Marina ke ruang
tamu rumahnya. Mencari kelibat
suaminya. Mana tahu, mungkin
Ikram ada di ruang
tamu, menonton televisyen.
Semua itu boleh
jadi juga. Tetapi malangnya, di ruang tamu, Ikram
juga tiada di situ. Keretanya juga
tiada di parkir rumah. Sudah tentu, Ikram
keluar rumah tanpa
di sedarinya.
Marina kembali
masuk ke kamarnya. Mengemas katil
yang berselerak. Cadar ditukarnya
dengan yang baru. Sesudah
selesai menukar cadar
baru, semburan wangian disembur
ke seluruh kamar itu.
Ketika mengemas
bilik, dia terpandang sehelai
kertas yang di selitkan
di meja solek.
Sayang,
Abang minta
maaf. Abang balik rumah
mak.
Ada emergency. Nanti ada
apa-apa, sayang
call abang.
-Abang-
Emergency? Marina juga tertanya-tanya. Apa yang
di maksudkan Ikram. Ada sesuatu
yang berlaku di rumah
mertuanya. Kenapa Ikram tidak
mengejutkannya semalam. Jika
tidak, boleh dia turut serta. Sekurang-kurangnya dia
boleh tahu, apa yang
terjadi pada keluarga
itu. Adakah semua ini, ada
kaitan dengan Idlan
lagi? Marina terus mengasak
mindanya dengan pelbagai
persoalan.
Marina tidak
dapat mengikis sikap
Ikram yang satu
ini. Dia lebih
suka berdiam diri, daripada
menceritakan semua masalah
keluarganya itu kepadanya. Marina pasti sekali
ada masalah yang
membuatkan Ikram hilang
begitu sahaja.
Telefon bimbitnya
dicapai. Telefon bimbit Ikram
terus di dail berkali-kali, tetapi tidak
berjawab. Mesejnya juga tidak
dibalas. Akhirnya dia mengambil
keputusan untuk menghubungi
pula kakak iparnya, Zaidah.
Selalunya, Marina lebih
senang merisik khabar
berita keluarga mertuanya
itu daripada Zaidah. Zaidah lebih mudah
bercerita kepadanya. Apa-apa pun, Zaidah
begitu selesa bercerita
kepada Marina.
“Apa? Biar betul
kak.”terkejut Marina dengan
berita yang baru
sampai ke telinganya itu.
“Kak
pun tak tahulah, apa
nak jadi dengan
Lan. Tak pernah serik-serik.”ngomel Zaidah
dicorong talian.
“Dia
masih ambil benda
alah tu ke, kak?”soal
Marina.
“Ambillah tu, yang
kena tangkap. Kalau dia
tak ambil semua
tu lagi, tak adalah jadi
macam ni. Patutlah selama
ni, duit kerjanya tak
pernah cukup. Dia habiskan
duit gajinya, beli benda
haram tu.”marah sekali
Zaidah kepada adik
bongsunya itu.
“Jadi Ikram
balik rumah mak
sebab tu?”soal Marina
ingin kepastian sekali
lagi.
“Sebab tu
lah. Nak sebab apanya
lagi. Rina tak payahlah
risau. Nanti baliklah suami
Rina tu. Tak hilang
ke mana pun.”sinis Zaidah.
Marina menyambut
kata-kata Zaidah dengan
tawa kecil. Dia dan
Zaidah, boleh dikatakan rapat
juga berbanding dengan
isteri Idlan. Banyak cerita
yang selalu dikongsikan
bersama. Itu tidak mustahil, Marina merupakan
adik ipar kesayangan
kepada Zaidah dan
juga menantu kesayangan
kepada ibu dan
arwah bapa mertuanya. Marina memang
seorang yang cukup
baik dan sempurna
sikapnya tidak seperti
Insyirah, isteri kepada Idlan.
“Takkan hilang
ke mana. Nanti baliklah tu. Jangan
pergi report polis pulak.”usik
Zaidah.
“Iyalah kak. Saja
akak ni sakat
Rina. Kalau macam tu, tak apalah. Nanti kita
jumpa, kita bual panjang-panjang.”setelah salam
diberi, panggilan itu terus
dimatikan. Kedengaran juga keluhan
kesah daripada Marina. Jelas
kebimbangannya tadi kian
beransur.
No comments:
Post a Comment