SEJAK pulang
petang tadi, Ikram lain sahaja.
Marina sangat perasan
akan perubahan suaminya
itu. Ikram asyik diam
dan termenung. Marina tahu, Ikram pasti
bimbingkan keadaan ibunya
di kampung yang bersendirian, dan juga risaukan
keadaan adik kesayangannya
itu.
Air
kopi o panas
yang sudah dibancuhnya, dihidangkan dengan
cucur udang yang
dibuatnya tadi.
“Abang, jemputlah makan
dan minum. Rina buatkan
cucur kegemaran abang
ni.”Marina duduk disebelah
Ikram. Hanya menunggu, saat bila, Ikram
akan menceritakan apa
yang sudah berlaku
kepada keluarganya. Itu sikap
Marina, dia tidak akan
menyoal akan masalah
keluarga suaminya itu, sehinggalah Ikram
sendiri yang akan
membuka mulutnya sendiri. Marina sudah
faham dengan sikap suaminya, jika disoal, tiada
jawapan yang akan
diberinya, melainkan dia sendiri
yang akan menceritakannya kepada
Marina. Sebab itu, Marina mengambil
langkah untuk terus
berdiam sahaja. Tiga
tahun ini, Marina sudah
cukup mengenali siapa suaminya
itu.
“Terima kasih, sayang.”
“Sama-sama. Rina tahu, abang
balik ni, mesti lapar. Oh ya, abang pergi
ke mana tadi? Rina call tak
berangkat. Abang keluar dating?”usik
Marina. Padahal dia sudah
tahu, ke mana suaminya itu
pergi. Sengaja ingin menguji
suaminya itu.
“Abang balik
rumah mak tadi. Ada
hal sikit.”
“Hal
apa tu?”soal Marina
lagi.
“Tak
ada apa-apalah. Adalah hal
sikit.”
Marina menjuihkan
bibirnya. Sudah diagaknya.
Ikram tidak akan
menceritakan masalahnya itu
kepadanya. Namun itu tidak
membuatkannya untuk berkecil
hati. Ianya merupakan satu
kebiasaan baginya.
“Mak
sihat?”soal Marina setelah
soalannya tadi, dijawab dengan
tidak sejujurnya. Mungkin Ikram
masih belum bersedia
untuk menceritakan semua
itu. Biarlah, dia mengambil masa.
“Alhamdulillah, sihat. Oh, lupa pulak. Mak
kirim salam kat sayang.”cucur udang
dicicah sos dimasukkan
ke dalam mulutnya.
“Waalaikumussalam... alhamdulillah.
Abang balik sana, bukan
nak cakap kat
Rina. Kalau tak, boleh Rina
pergi sekali.”Marina sahaja
berbasi-basi dengan Ikram. Sudah
pergi tidak berajak, inikan mahu
di bawanya pergi.
“Abang tak
sampai hati nak
kejutkan Rina. Lagipun Rina
tidur nyenyak sangat. Kesian pulak
nak kejutkan.”satu alasan
yang cukup baik
untuk diterima.
“Rina tak
apa-apa. Kalau abang kejutkan, Rina bangun
aje. Macamlah Rina ni
tidur mati. Tak apalah. Nanti
kalau abang nak
balik rumah mak, ajaklah
Rina sekali. Nanti mak
cakap, Rina tak mahu
balik kampung pulak.”sengaja diada-adakan
suara rajuk sedikit. Dijeling manja
ke arah Ikram.
Ikram menyambut
jemari Marina, lalu dikucupnya. “Maafkan abang, sayang. Nanti abang
balik kampung, abang beritahu
Rina.”pandai Ikram memujuk
Marina. Marina membalas pujukan
itu dengan senyuman.
“Janji tau!”
“Iya
sayang. Hmm, tadi kat kampung, Insyirah ada.” cerita
Ikram.
“Oh, Idlan ada
dengan Insyirah dah
tinggal dengan mak ke
sekarang ni?”sengaja Marina
menyoal Ikram, bagaikan tidak
tahu apa-apa tentang
Idlan. Padahal semua cerita
itu, sudah pun masuk
ke dalam poketnya. Cuma pura-pura
tidak tahu sahaja.
“Eh, taklah. Singgah sekejap
aje. Idlan minta tolong
abang hantarkan Syirah
balik rumah tadi.”
“Jadi abang
hantarkan?”
Ikram menganggukkan
kepalanya. Siapa lagi yang
mahu menghantar Insyirah
dan bayi mereka
itu pulang, jika bukan
dirinya. Idlan berharap padanya
untuk membantu segala
urusan. Jika ada apa-apa
masalah, abang Ikramlah yang
akan dijadikan rujukannya. Sebagai seorang
isteri, siapalah dia untuk
menghalang dua hubungan
saudara itu, walaupun jauh
di hatinya kurang senang. Mendiamkan diri
adalah cara yang
terbaik buatnya.
“Kenapa Idlan
tak bawa isteri
dia balik?”
“Alah, kebetulan abang
melawat Syirah di hospital
dan dia boleh
keluar wad. Alang-alang abang
dah ada situ, Idlan
minta abang hantarkan. Takkan Idlan
nak bawa isteri
dia balik naik
motor buruk tu.”sambut
Ikram. Masih juga merahsiakan
perkara yang sebenarnya.
Bila
Ikram menceritakan tentang
Insyirah, jatuh rasa simpati
pula pada birasnya
itu. Dalam pantang, si suami pula
di tangkap polis. Meringkuk di dalam
penjara. Harap tidak ada
sesuatu buruk yang
berlaku. Hanya itu yang
mampu di doakannya untuk
Insyirah.
“Syirah pantang
di rumah mak ke?”
“Taklah. Dia berpantang
di rumah orang tuanyalah. Takkan sayang
tak tahu, Syirah dengan
mak bukannya ngam
sangat pun. Mak memang
nak jaga, tapi Syirah
tak mahu. Nak cakap
apa?”terang Ikram. Rupanya tidak
habis lagi, degil Insyirah
itu. Dari awal perkahwinan
sehinggalah sudah ada
anak, dia masih dengan
keras kepalanya.
“Kesian mak. Teringin
nak jaga menantu
dan cucunya, tapi orang
tak sudi pulak.”
“Nak
buat macam mana? Kita
bukan boleh paksa.”
“Kalau iya
pun, takkan sampai macam
tu sekali. Agak-agaklah sikit. Idlan
pun satu, langsung tak nasihat
isteri dia tu. Biar
aje apa yang
isteri dia buat.”Marina
masih ingat lagi, Idlan
mengamuk pada ibunya
kerana ibunya menegur
isterinya itu. Bukan setakat
mengamuk, malah di maki orang
tuanya sendiri, semata-mata ingin
membela isteri.
“Abang dah
nasihatkan Lan. Tak tahulah, dia
dengar cakap abang
ke tak.”jelas wajah
Ikram begitu keruh.
“Abang kenalah
tegas sikit dengan
Lan tu. Jangan diikutkan
sangat rentak Lan. Nanti
dia pijak kepala.”pesan
Marina. Dia kembali masuk
ke dapur. Melihat cucur udang
yang masih berada
di atas dapur. Sibuk berbual, terlupa pula. Mujur
cucur udangnya itu
tidak hangit.
Api
yang terpasang itu, terus
dipadamnya. Cucur udang yang
baru diangkatnya, diletakkan ke dalam
pinggan dan di simpan
di bawah tudung saji. Kakinya
kembali melangkah ke ruang
tamu. Ikram masih lagi
seperti tadi. Terus termenung
dan bermuram.
“Abang kenapa? Balik
tadi asyik termenung
aje. Ingatkan siapa pulak
tu?”usik Marina, seraya duduk
di sebelah suaminya. “Abang ada
masalah, ceritalah kat Rina. Mana
tahu, Rina boleh tolong
kurangkan beban abang tu.”
Ikram tetap
mahu berahsia. Kepalanya digelengkan. Senyuman terus
bermain diwajahnya.
“Takpalah. Suka sangat
nak berahsia dengan
isteri sendiri. Abang pergi
rehat ajelah. Rina nak
sambung buat kerja
rumah ni. Lusa Rina
nak mula kerja
balik.”sudah dua hari
Marina mengambil cuti. Esok
dia akan kembali
ke sekolah sebagai pembantu
pra.
“ABANG,
kau tolonglah tengok-tengokkan isteri
dan anak aku, sepanjang aku
kat dalam ni.”Idlan
meminta pertolongan Ikram
untuk menjaga isterinya
Insyirah dan juga
anaknya, Nasuha.
“Insya-Allah, aku akan
tengokkan isteri dan
anak kau tu. Tapi
satu aje yang
aku nak minta
dari kau Lan.”
Idlan memandang
Ikram redup.
“Aku
tak mahu, lepas ni kau
ambil lagi benda-benda
tu. Kesian bini dan
anak kau tu. Berubahlah. Demi isteri
dan anak kau.”nasihat
Ikram. Dia tidak mahu
selepas menerima hukuman, Idlan kembali
kepada sikap lamanya.
“Insya-Allah, bang. Aku takkan
ulang semua tu
lagi. Masa aku di sini, tolong jenguk
dan bantu apa
yang perlu. Tambah-tambah lagi, Syirah
dalam pantang sekarang
ni. Aku risau juga, kalau
dia tertekan.”bimbang Idlan
dengan kesihatan isterinya. Dalam keadaan
sebegini, banyak perkara yang
boleh berlaku.
“Itu
kau jangan risau. Setiap bulan aku
akan bagi belanja
untuk Syirah dan
beli apa-apa yang
patut untuk anak
kau tu.”
“Terima kasih, bang. Aku banyak
terhutang budi dengan
kau. Kau banyak tolong
aku. Terima kasih.”Idlan tidak
putus-putus mengucapkan terima
kasih kepada Ikram. Banyak
bantuan Ikram hulurkan
sepanjang dia menjalani
hukuman di penjara. Baru beberapa
hari di sini, dia sudah
rasa susah dan
siksanya bila berada
di dalam. Sudahlah makanan yang
di beri tiada sebarang
rasa. Setiap masakan rasa
yang sama sahaja. Tanpa
rasa garam ataupun
gula.
“Hari ni, isteri
kau dah boleh
keluar hospital.”terang Ikram
tentang khabar Insyirah.
“Alhamdulillah. Abang kau
tolong ambil Syirah
boleh? Tolong hantarkan dia
balik rumah mertua
aku.”
“Kenapa tak
balik rumah mak
je. Mak boleh jagakan.”cadang Ikram. Lagipun emaknya
pernah menyuarakan hasratnya
itu kepada Ikram.
“Tak
payahlah, bang. Nanti Syirah tak
selesa. Lain pulak jadinya
nanti.”
“Kenapa kau
tak mahu? Kan mak
sendiri yang nak jaga.”
“Abang pun
tahu, Syirah dengan mak, bukannya
ngam sangat. Aku risaulah. Hantar aje
balik rumah mertua
aku. Senang.”
Ikram menganggukkan
kepalanya. Bersetuju, Insyirah tidak
dihantar ke rumah mertuanya. Persengketaan antara
Insyirah dan emaknya
itu, sebenarnya biasa-biasa sahaja. Insyirah sengaja
ingin membesar-besarkan keadaan.
“Abang jangan
lupa. Selalu jenguk-jenguk isteri
aku.”pesan Idlan lagi, sebelum
abangnya Ikram pergi. Waktu
melawatnya juga sudah
hampir tamat. Hanya itu
sahaja yang sempat
dipesannya, sebelum dia di bawa
kembali ke dalam bilik
kurungan.
IKRAM meraup
wajahnya. Terimbas kembali pertemuannya
dengan Idlan kelmarin. Serba-salah juga
dirinya bila mengimbaskan
kembali permintaan adiknya. Permintaannya hanya
kecil. Idlan cuma mahu
dia menjenguk Insyirah
dan juga Nasuha, serta
membantu apa yang
patut. Itu semua bukanlah
satu masalah buatnya.
Perlukah dia
terus berahsia apa
yang sebenarnya telah
berlaku ini kepada
pengetahuan Marina. Ikram rasa
bersalah. Dia banyak menipu
Marina dalam hal
keluarganya. Marina pula,
tidak pernah mendesaknya
untuk menceritakan sebarang
masalah keluarganya,
walaupun dia dapat
menghidu.
“Abang, kenapa ni? Tak
tidur ke?”Marina kembali
ke kamar. Menjenguk Ikram.
“Eh, sayang. Dah siap
kerja rumah?”soal Ikram.
“Ada
sikit lagi. Abang tak
tidur ke? Rehat-rehatkan badan
tu.”
“Abang tak
boleh tidur.”terang Ikram. Dia
bangun dari baringannya. Kali ini, dia
duduk dihujung birai
katil. Jemari Marina di capainya.
“Rina...”lembut nama
isterinya itu disebut. Matanya tidak
berkerdip memandang tepat
ke mata Marina.
Marina tersenyum. Sedikit keningnya
dijungkitkan. Meminta Ikram meneruskan
sahaja. Senyuman terus mekar
terukir.
“Abang minta
maaf.”lembut sahaja kata
maaf itu bermain
dibibirnya.
Berkerut wajah
Marina. Untuk apa, Ikram mohon
maaf darinya? Adakah Ikram
ada melakukan kesalahan
kepada dirinya?
Tertanya-tanya Marina.
“Abang ada
buat salah apa
dengan Rina?”soal Marina.
“Abang tipu
Rina.”
Marina mencebikkan mukanya. Sengaja dicebik mukanya itu, agar
nampak seperti sedang
merajuk.
“Bukan niat
abang nak tipu
Rina. Tapi abang tak
bersedia nak ceritakan
pada Rina.”keruh wajah
Ikram itu kembali
menyinar.
“Abang beritahu
ajelah. Salah apa yang
abang dah buat
pada Rina, sampai rasa
bersalah sangat.”
“Sebenarnya abang
balik rumah mak
sebab ada masalah. Sebab tu, abang
tak ajak Rina
sekali.”terang Ikram sejujurnya. Sampai bila, dia
perlu berahsia dengan
Marina lagi. Lama kelamaan, Marina akan
tahu juga nanti.
Marina hanya terus memandang Ikram. Mahu
Ikram teruskan sahaja. Dengan riak
wajahnya itu sahaja, Ikram
sudah mengerti. “Ini mesti sebab
Lan, kan?”soal Marina.
Ikram menganggukkan
kepalanya. Tanda tekaan Marina
itu tepat sekali. “Lan
ada dalam penjara.”terang Ikram.
Marina langsung
tidak terkejut dengan
cerita yang baru
Ikram sampaikan kepadanya. Dia lebih
awal tahu daripada
itu lagi. Semuanya sudah
di ketahuinya dari Zaidah.
“Kenapa?”soal Marina
bersahaja.
“Sebab dadah.”terang
Ikram.
“Tak
berubah lagi? Hari tu, cakap
dah tak mahu
ambil semua tu
lagi.”sinis sahaja kata-kata
Marina.
“Entahlah, sayang. Abang pun
tak tahu nak
cakap macamana lagi.”
“Kan
Rina dah cakap kat abang. Jangan
percaya sangat dengan
Lan. Bulan-bulan minta duit
kat abang, sebab nak
duit belanja tak
cukup nak beli
benda alah tu la.
Rina ni, bukannya nak
bersangka buruk. Tapi jangan
berlembut sangat. Naik lemak
mereka tu nanti.”sekali
Ikram membuka cerita
tentang Idlan, terus Marina
mula menyuarakan rasa
tidak puas hatinya. Lama sangat ianya
dipendam.
Ikram hanya
membatu. Tahu Marina sudah
melepaskan apa yang
disimpan. Dia mengerti sekali
dengan sikap isterinya. Jika ada
perkara yang disentuhnya, mulalah panjang
berjela yang akan
dibebelnya.
“Iyalah. Abang salah. Manjakan sangat
Lan tu.”mengaku Ikram.
“Tahu pun
salah. Kita ni, sebagai kakak
dan abang, perlulah pandai. Jangan ikut
sangat cakap mereka
tu, melainkan apa yang
dicakapkan mereka untuk
kebaikan. Rina bukan nak
abang membenci Idlan
atau menghasut apa-apa. Cuma
Rina nak abang
tegas.”sambung Marina lagi. Diakuinya, dia memang
kurang senang dengan
Idlan. Marahnya kepada Idlan, masih
bersisa hingga ke saat
ini, walaupun sudah bertahun-tahun kisah
itu berlalu.
“Abang tahu, sayang
masih marahkan Lan?”Ikram
dapat membaca apa
yang berada di fikiran
isterinya itu. Idlan pernah
mencuri wang simpanan
Marina yang belum
sempat di simpan ke dalam
bank dan juga
barangan kemasnya. Semuanya lesap
di ambil Idlan, gara-gara ketagihnya
dengan dadah.
“Memang Rina
marahkan Lan. Tapi sampai
bila, Rina nak berdendam? Tak gunanya
Rina berdendam dengan
Lan dan Rina
cuba bagi peluang
untuk terima perubahannya
sebelum ni. Tapi apa
dia dah buat? Dia
ulangi semua tu, bang. Bukan sekali, tapi
berkali-kali. Sudah tu,
langsung tak rasa nak
minta maaf dengan
Rina.”luah Marina akan
kekecewaannya kepada Idlan.
“Harap kali
ni, Lan menyesal.”
“Insya-Allah. Kita hanya
mampu berdoa untuk
perubahan dia. Sekarang semua
tu, terletak pada dirinya
sendiri. Terpulanglah pada Lan, jalan
mana yang nak
dipilihnya.”mendatar sahaja Marina
berbicara kali ini. Kalau
boleh, mahu sahaja dilupakan
rasa amarahnya itu
kepada Idlan. Bukannya dia
tidak mahu berdamai
dan melupakan perbuatan
Idlan. Baru sahaja hatinya
lembut mahu memaafkan
Idlan, dia kembali mencalarkan
hatinya.
“Dan
satu lagi...”kata-kata Ikram
terhenti. Lama dia memandang
tunak wajah isterinya
yang lembut itu.
Marina menyambut
pandangan itu. “Apa?”soal Marina
lembut.
“Idlan minta
tolong kita tengokkan Syirah
dan Nasuha.”terang Ikram. Seikutnya, Idlan hanya
mengamanahkan Insyirah dan
Nasuha kepada Ikram. Tapi
disebalik kata-katanya itu, Idlan
menyerahkan Insyirah dan
Nasuha di bawah pantauan
bersama.
“Boleh je
bang. Setakat nak tolong
tengok-tengokkan tu. Lagipun Syirah
bukan sesiapa pun. Biras
Rina jugak. Nasuha pulak
anak buah kita
jugak. Boleh je.”tanpa rasa
was-was, Marina setuju sahaja. Dia
tidak kisah, jika Insyirah
meminta bantuannya. Dia sudi
membantu, tetapi tidaklah melebih. Sekadar yang
termampu.
No comments:
Post a Comment