“Emirrrr…”
Berlagu manja suaraku memanggilnya. Tak berkelip mataku memandang wajah Emir.
Bukan niatku untuk mengganggu fokusnya memandu tapi aku memang sengaja nak buat
dia tergoda. Jahatnya aku…
“Emirrrr…”
Sekali lagi aku panggil dia. Tanganku cuba merayap untuk memegang tangannya
tapi pantas dia melarikan tangannya ke stereng kereta. Aku diam sambil cebik
bibir. Huh! Kuatnya iman mamat ni.
“Emir ni.
Suri panggil langsung tak layan. Hmmm…” Aku buat-buat merajuk. Nak juga merasa
dia pujuk aku. Tapi kalau Emir ni memang jenis yang tak reti memujuk, memang
parahlah aku. Sampai bila-bilapun aku makan hati. But, wait-wait. Buat apa aku nak merajuk dengan dia dan aku nak dia
pujuk aku. Bukannya kami ni couple
pun. Ah! Lupakan! Yang penting sekarang aku nak Emir pujuk aku. Full stop!
“Ya,
Suri. Kenapa?” Akhirnya Emir bersuara. Dalam diam, aku tersenyum mendengar
suara gemersiknya. Pandai pun pujuk.
Aku mendengus kecil seakan-akan sudah merajuk benar
dengan dia. Namun, sesaat kemudian, apabila aku pandang Emir dan terlihat
senyuman Emir yang manis macam gula-gula tu, aku tak jadi nak merajuk. Alahai…
comelnya dia senyum.
“Emir
tahu ke jalan nak masuk rumah Suri ni? Tak tanya Suri apa-apa pun.” Kata-kataku
jelas buat Emir terkejut. Entah kenapa dia jadi agak menggelabah.
“Err…
Emir lupa nak tanya. Rumah Suri kat mana ya?” tanyanya sambil berpaling ke
sebelah memandang wajahku yang memandang wajahnya. Mata kami bertembung. Tak
sampai sesaat, laju dia mengalihkan anak mata hazelnya itu ke lain. Kecewa aku
dibuatnya sebab tak berjaya menatap lama anak mata hazel milik Emir itu.
“Dah
dekat ni. Area-area ni jugak. Lepas traffic light nanti, Emir masuk simpang
ke kanan. Lepas tu straight aje.” Aku
beri arahan. Yang peliknya aku hanya cakap rumahku terletak di kawasan Puchong
Perdana. Tak sangka pula Emir betul-betul memandu hingga ke kawasan berdekatan rumah aku. Mungkin hanya
kebetulan. Tak mungkin dia tahu aku tinggal di mana. Kamikan baru kenal.
Akhirnya kereta yang kami naiki berhenti di lampu
isyarat. Sementara menunggu satu minit lampu merah bertukar menjadi hijau, aku
ingin mengambil peluang ini untuk bertanya soalan kepadanya. Soalan peribadi.
“Emir
ada berapa orang adik-beradik?” tanyaku agak manja.
Namun, soalanku itu berjaya membuat Emir agak serba
salah untuk menjawabnya. Agak lama lelaki itu berjeda. Sempat juga
digaru-garukan kepalanya. Aku hanya memerhati kosong.
“Erm… Emir
anak tunggal. Tapi Emir ada adik angkat,” jawabnya tenang.
“Ooo…
adik perempuan ke lelaki?” tanyaku lagi.
“Perempuan.
Suri ada berapa orang adik-beradik?” Seperti biasa, dia pasti menanyakan kembali
soalan yang sama aku tanya padanya.
“Suri
ada seorang kakak. Sekarang dia study
di Australia. Adik Emir tu study lagi
ke?”
“Ha’ah.”
Entah kenapa hatiku sedikit tidak berpuas hati dengan jawapannya. Cemburukah
aku apabila ada perempuan lain yang mendampingi Emir? Tapi antara aku dan Emir
bukan ada apa-apa hubungan pun. Yana, bila kau nak lamar Emir jadi bf kau ni. Suara hatiku berbisik.
Aku pandang Emir. Patutkah aku meluahkan perasaanku
padanya sekarang? Tapi kami baru aje kenal dua hari. Macam tak logik pula dalam
masa dua hari aku dah boleh jatuh cinta dengan dia. Mesti dia ingat aku
main-main. Kalau boleh, aku nak dia nampak keikhlasan aku mencintainya walaupun
hakikatnya aku hanya berlakon!
Tak sempat aku bertanya lanjut, kereta mula
bergerak. Emir segera memusingkan stereng masuk ke simpang belah kanan.
“Yang
mana satu rumah Suri?” tanyanya kepadaku. Amboi mamat ni. Macam dah tak
sabar-sabar nak aku keluar dari kereta ni. Hello! Ni kereta akulah.
“Yang
nombor 341 tu,” jawabku acuh tak acuh. Akhirnya kereta mula memperlahankan
rentaknya. Emir memberhentikan kereta betul-betul di hadapan pagar rumah agam
tiga tingkat milik keluargaku.
Aku tarik nafas dalam. Walau dalam hati aku rasa
kecewa sebab tak banyak yang boleh aku bualkan dengan Emir, aku masih punya
satu lagi idea hebat. Minta-minta dia setuju.
“Kereta
ni Emir bawa balik. Esok Emir datang ambil Suri. Tepat jam 9 pagi. Okey?” Dia
agak tercengang. Mungkin tak percaya aku minta dia bawa balik kereta aku yang
mahal ni.
“Tapi….”
“Takde tapi-tapi. Lagipun kat kawasan ni
susah nak dapat teksi. Emir ambil aje kereta ni. Esok datang ambil Suri. Kita
pergi kolej sama-sama. Boleh sarapan sama-sama. Atau Emir ada kerja lain nak
buat esok. Hmm?” Aku cuba pancing dia.
Emir membetulkan kaca mata bingkai tebalnya. Dia
menggeleng kepala.
“Kalau
macam tu, Emir datang ambil Suri esok ya,” ujarku lagi memaksa. Dan akhirnya
dia menganggukkan kepala. Senang aku dengan jawapan yang diberikannya. Bukan
susah sangat pun nak pikat mamat nerd ni. Emir ni macam kerbau dicucuk
hidunglah. Aku suruh ni, dia buat. Aku suruh tu, dia ikut. Heh! Baik sangat.
“Okey.
Suri minta diri dulu.Bye…” Aku bukak pintu kereta. Tak sempat kakiku menjejak
tanah, tiba-tiba saja aku menjerit kesakitan.
“Arghh,
sakitnya! Ouchhh…” Kekejangan yang aku alami masih belum hilang. Terasa keras
pehaku dibuatnya.
Emir pantas keluar dari tempat duduk pemandu. Dia
segera mendapatkan aku. Tidak banyak yang boleh dia lakukan. Dia hanya
perhatikan aku yang sedang memicit-micit pehaku agar hilang sedikit rasa
kebasnya.
“Dah
okey?” tanya Emir dengan nada perlahan. Aku anggukan kepala.
Merasa kakiku kembali elok, segera aku bangun dari
kerusi dan keluar dari kereta. Aku berdiri di hadapan Emir sambil tersenyum
manis. Emir turut membalas senyumanku itu dengan senyuman mahalnya.
“Emir
pergi dulu ya, Suri.” Dia meminta diri. Aku hanya angguk kepala. Tanpa berkata
lebih lanjut, Emir segera masuk ke dalam kereta sambil melambai tangan. Seketika
kemudian, kereta itu menghilang dari pandanganku.
Aku masih berdiri di situ sambil mengimbau kembali
memori indah yang tercipta antara aku dan dia hari ini. Takku sangka, Emir boleh
dikategorikan sebagai mamat romantik yang berselindung di sebalik rambut Abu
Bakar Elahnya itu. So sweet!
“Esok
aku harus pujuk dia ubah style rambut
dia tu. Eee… pleaselah. Sekarang
bukan zaman Abu Bakar Elahlah. Sekarang zaman ‘oppa gangnam style’. Barulah
sesuai nak berdampingan dengan Intan Suriyana ni. Huh! Tunggulah kau Emir.
Lepas ni kau bukan lagi Emir yang dulu. Tapi akan jadi Ku Emir Affan yang
baru.” Aku tersenyum penuh makna. Benakku sibuk merangka rancangan yang
seterusnya. Bab-bab make over ni aku
harus minta bantuan dari Suzi. Salah seorang kawan rapat aku selain Sofiya.
Kami bertiga mempunyai gelaran yang tersendiri. Suriyana, Sofiya, Suzi. SUSOSU.
Ahli SUSOSU haruslah daring, seksi
dan menggoda. Tidak perlu setia pada seorang lelaki selagi tidak bergelar
isteri. Itulah motto kami. Yeah!
************
“Jemput
makan, Yana.” Pelawa Mak Limah sambil menarik kerusi untuk aku. Aku yang baru
turun dari bilik segera melangkah ke meja makan lalu melabuhkan duduk ke
kerusi. Ucapan terima kasih kuhulurkan pada Mak Limah, orang gaji yang telah
lama berkhidmat untuk keluarga aku. Mak Limah sebenarnya ada bau-bau bacang
dengan mama.
“Mak
masak lauk apa hari ni? Macam best
aje ni.” Aku pandang lauk pauk yang terhidang atas meja. Ada lauk udang masak
merahlah. My favourite!
“Hari
ni mak masakkan lauk kegemaran Yana. Kuih kegemaran Yana pun mak buatkan
sekali. Cukup ke ni?” tanya Mak Limah yang bersedia untuk menambah sesenduk
lagi nasi ke dalam pingganku.
“Dah-dah.
Yana tak boleh makan banyak sangat sebab sekarang Yana tengah diet. Lagipun
baru tadi Yana berjogging. Kalau makan banyak-banyak, sia-sialah kalori yang
Yana berjaya turunkan tadi tu.” Aku tersengih. Mak Limah juga senyum sama.
Tanpa aku suruh, Mak Limah menyeduk udang masak
merah itu ke pingganku. Tiga ekor udang segar-segar dan besar-besar memenuhi
pinggan. Usai itu, dituang pula jus oren ke dalam gelas. Layanan Mak Limah
memang tip top lah. Macam tahu-tahu
aje aku malas nak buat semua ni. Hehehe…
Itulah Mak Limah. Selain menjadi orang gaji di rumah
ini, dia juga sudah ku anggap seperti ibu ku sendiri. Kerana itulah aku
memanggilnya mak. Mama dan papa pula tidak kisah. Kerana mereka juga sudah
menganggap Mak Limah bagai keluarga sendiri. Tapi Kak Su, kakak sulungku tidak
begitu mesra dengan Mak Limah. Entah kenapalah Kak Su macam benci sangat dengan
Mak Limah yang baik gila tu. Ah… Tak faham aku.
Banyak benda yang aku kongsi dengan Mak Limah. Mak
Limahkan sporting. Kalau aku ada
masalah, aku pasti akan share dengan
dia. Boleh dikatakan, semua nama ex-boyfriend
aku Mak Limah ingat. Hehehe…
“Hah,
Yana. Lelaki mana yang hantar Yana balik tadi? Kereta Yana mana?” tanya Mak Limah sambil duduk di sebelahku. Dia turut tumpang
sekaki makan malam bersamaku. Mama dan papa masih berada di Bandung. Kata
mereka, lagi dua tiga hari baru mereka akan pulang. Banyak masalah yang masih
belum diselesaikan di sana. Aku tak kisah. Yang penting, mama harus belikan
baju baru untuk aku. Sudah agak lama aku tak membeli-belah ke Bandung. Cuti
semester ni aku nak ke sanalah. Ajak Sofiya dan Suzi sekali.
“Yana…
Oh Yana…” Panggilan Mak Limah menyentakkan aku. Aku pandang wajah tuanya sambil
tersengih macam kerang wangi.
“Oh,
budak tu eh. Itu kawan baru Yana.
Dan… Yana nak jadikan dia bf Yanalah,
mak. Sebab Yana rasa Yana dah jatuh hati dengan dia.” Aku berterus terang.
Mungkin Mak Limah boleh salurkan idea yang hebat untuk aku berjaya pikat Emir.
Mak Limah mengerutkan dahinya. Mungkin tak percaya
aku boleh secepat ini jatuh cinta dengan lelaki baru. Yalah, baru beberapa
minggu yang lepas aku beritahu padanya tentang perasaanku pada Jimmy. Mungkin
Mak Limah sendiri dah keliru.
“Bukan
Yana cakap Yana suka pada Jimmy ke? Ini budak mana pulak. Apa nama dia?” Mak Limah
bertanya serius. Hah, kan aku dah kata. Mak Limah memang dah keliru.
“Alaa
Jimmy tukan dah berpunya, mak. Takkanlah Yana nak rampas dia dari kawan Yana
sendiri. Yang si Emir ni belum berpunya lagi. Still single. Yana jatuh cinta pandang pertama pada dia, mak. Betul
Yana tak tipu.” Aku cuba meyakinkan. Aku rasa tidak perlulah Mak Limah tahu mengenai perjanjian dan pertarungan
aku dengan Sofiya itu. Kalau dia tahu, mahu aku ditazkirahnya panjang berjela.
Mesti aku akan berat hati nanti. Lebih baik Mak Limah tak tahu. Aku pun takkan
rasa bersalah lagi nak buat Emir macam tu. Demi mendapatkan Jimmy, aku sanggup
buat apa saja!
Terdengar keluhan berat dari Mak Limah. Tak jadi aku
sambung menyantap.
“Kalau
Yana betul-betul sukakan budak Emir tu, mak akan sokong seratus peratus. Tapi
jangan nak main-mainkan hati orang lagi, Yana. Tak baik, nak. Suatu hari nanti,
mungkin hati Yana pula yang akan dipermainkan. Kalau Yana cintakan Emir,
ikhlaskan hati cintakan dia. Jangan cintakan dia sebab nak main-main. Faham,
sayang?” Aku telan liur.
Takku sangka Mak Limah akan memberi nasihat seperti ini
kepadaku. Apa selama ini Mak Limah tidak menyukai apa yang telah aku lakukan
pada lelaki-lelaki yang pernah menjadi teman lelakiku? Mungkin di belakang aku,
Mak Limah mengutuk dan menghina perlakuan aku yang selalu mempermainkan hati
lelaki. Ah! Sampai hati mak!
“Jadi
mak rasa perbuatan Yana ni salah? Kenapa selama ni mak tak cakap apa-apa pun.
Mak tak pernah beri nasihat macam ni pada Yana.” Sedikit kasar percakapanku.
Aku cuba untuk bersabar. Mungkin Mak Limah punya maksud dia yang tersendiri.
Sambil pegang tangan aku, Mak Limah tenung jauh ke
dalam anak mataku.
“Memang…
Memang perbuatan Yana ni salah. Permainkan hati lelaki. Bila Yana suka, Yana
cinta. Bila Yana tak suka, Yana benci dan tinggalkan dia. Pernahkah Yana fikir,
mungkin lelaki yang Yana permainkan tu benar-benar mengasihi Yana. Dan mungkin
juga ada antara mereka telah menyimpan dendam terhadap Yana. Sudah-sudahlah,
sayang. Belum terlambat lagi untuk Yana berubah. Hentikan daripada
mempermainkan hati orang. Jangan sampai hati Yana pula yang merana nanti.”
Cukup berbisa kata-kata yang terluah dari bibir Mak
Limah itu. Sepertinya akulah perempuan yang paling jahat dalam dunia ini kerana
telah mempermainkan hati lelaki. Akulah perempuan jahat yang suka menghancurkan
perasaan lelaki. Akulah si pematah hati!
“Yana
tak suka mak masuk campur dalam hal ni. Ini kehidupan Yana. Yana berhak buat
apa yang Yana suka. Selama ni Yana kongsi masalah dengan mak, sebab Yana nak
tenangkan hati Yana. Bukannya nak terima kata-kata sindiran dari mak! Mak tak
layak beri nasihat pada Yana!” Aku bingkas bangun. Mati terus seleraku saat
itu. Untuk pandang muka Mak Limah pun aku tidak mampu. Aku takut, bila hati
panas macam ni, aku hamburkan kata-kata yang lebih menyakiti hati aku dan dia.
Aku meluru mendaki anak tangga menuju ke kamar
tidurku. Hatiku sakit. Sindiran Mak Limah menusuk ke jiwaku yang paling dalam.
Dan aku mula terfikirkan kata-kata itu. Benarkah hati aku pula yang akan
terluka suatu hari nanti? Kerana aku telah melukakan banyak hati. Aku telah
mempermainkan ramai lelaki. Tapi mereka seharusnya faham. Intan Suriyana tidak
pernah setia dengan seorang lelaki. Tidak pernah. Sepatutnya mereka tahu
tentang hal tu. Mereka yang terhegeh-hegeh nak bercinta dengan aku. Walaupun
mereka tahu, aku ni si pematah hati lelaki. Ada antara mereka yang masih
sanggup setia dan mencintai aku. Akukah yang salah? Akukah yang salah?!
***********
Mood aku mati. Kata-kata sindiran Mak Limah masih
berbekas dalam hati. Mana mungkin aku dapat terima teguran itu dengan hati yang
terbuka. Kerana bagi aku, aku tidak salah dalam soal ini. Lelaki-lelaki yang
pernah menjadi teman lelakiku, semuanya sudah sedia maklum dengan gelaran ‘playgirl’ yang aku pegang. Tapi mereka
masih lagi terkejar-kejarkan aku. Mereka masih lagi memberanikan diri untuk
bercinta dengan aku. Aku takkan menolak. Kerana bagi aku, bercinta dan
berkenalan dengan lelaki adalah satu cara aku untuk belajar apa itu erti cinta
sejati. Setakat ini, aku sudah berjaya mengutip banyak pengalaman mengenai
CINTA. Kononnya demi cinta, orang sanggup melakukan apa saja. Aku melalui semua
itu.
Haikal. Lelaki pertama yang menjadi teman lelakiku. Dengan
wajahnya yang tampan persis seorang model, aku cukup berbangga memiliki dia
sebagai kekasih. Dahlah anak orang kaya, kacak pulak tu. Apa lagi yang aku
mahu. Aku rasa akulah perempuan yang paling bertuah dapat memiliki dia. Aku
betul-betul cintakan dia sepenuh hati.
Tapi! Yang sengalnya pasal Haikal ni bila dia curang
di belakang aku. Aku cukup pantang dengan orang yang curang dengan aku. Haikal
cakap… ‘Bercinta biar beribu, berkahwin biar satu, Yana.’ Masih aku ingat usai
dia mengucap baris ayat itu, terus aku menghadiahkannya satu tamparan wanita.
Padan dengan muka dia!
Selepas putus cinta dengan Haikal, aku dipikat oleh
Syed Firdaus Maulana. Anak tauke kilang karpet yang paling popular di Kuala
Lumpur. Muka sah-sah ala-ala pak Arab. Memang kacak habis. Tapi! Sikap dia buat
aku memutuskan hubungan kami. Dia terlalu mengongkong aku. Sikapnya yang terlalu
‘caring’ berjaya meloyakan aku. Ah! Aku cukup tidak suka dengan lelaki yang
mengongkong. Dipendekkan cerita, aku putus dengan dia selepas dua bulan
bercinta.
Yang ketiga, Affendi. Lelaki Minang yang sangat
pekat loghat Nogorinya. Kadang-kadang aku tak faham kenapa aku sanggup jadi
teman wanitanya. Muka Affendi bukannya handsome
sangat pun tapi sikap dia yang suka mendengar masalah aku buat aku jadi
tenang di sampingnya. Tapi! Affendi ni memang agak membosankan. Setiap kali
naik kereta dengan dia, wajib dia pasang lagu Ayam Den Lapeh. Aku yang tak
minat lagu rakyat macam tu, sampai dah ingat lirik lagu Anita Sarawak tu.
Dahsyat tak dahsyat! Oleh kerana Affendi membosankan aku, aku break up dengan dia. Cari lain!
Yang keempat, kelima, keenam, ketujuh dan kelapan…
Semuanya aku yang minta putus dulu. Banyak yang aku kutip dari setiap
percintaan aku. Mungkin kerana sekali hati aku dikecewakan oleh Haikal dulu,
aku mula menyimpan dendam terhadap lelaki. Bagi aku, lelaki tak ubah seperti
sepinggan cakuew tiow. Memang senang nak dapat sepinggan cakuew tiow, tapi
untuk mencari cakuew tiow yang kena dengan jiwa cukup segala rencah dan rasanya
memang agak sukar.
Begitulah lelaki. Memang ramai lelaki dalam dunia
ini. Tapi untuk mencari lelaki yang kena dengan jiwa, memang aku rasa agak
payah. Apa orang putih cakap. Soulmate?
Dalam sibuk mempermainkan hati lelaki, aku juga
sebenarnya masih mencari cinta sejati. Teman sehidup semati yang mampu
mencintai dan menyayangi aku apa adanya aku. Kadang-kadang aku rasa aku tak
layak untuk memiliki seorang lelaki yang baik dan penyayang kerana aku bukanlah
seorang perempuan yang baik dan penyayang. Tapi aku hanya manusia biasa yang
aku pasti suatu hari nanti aku akan mengalami perubahan untuk menjadi lebih
baik.
Aku harap sangat, selepas ‘urusan’ aku dengan Emir
selesai, Allah menemukan aku dengan seorang lelaki yang bakal menjadi jodoh
aku. Untuk selama-lamanaya… Amin…
No comments:
Post a Comment