“Hai sayang!!” Aku dan Cik Natrah serentak mendongak.
Terkesima aku seketika dengan suara seorang lelaki yang tiba-tiba muncul.
Dengan kemeja putih bergaris halus, tali leher yang sepadan, raut wajah dan
gaya rambut ala-ala Aaron Aziz. Wow!
“Banyaklah kau
punya ‘Sayang’…. Hah! buat apa kau datang sini?”
“Takkan aku datang
pun tak boleh? Aku nak ajak kau lunch.
Kau tu, takkan asyik nak kerja je?” Cik Natrah mengerling jam di pergelangan
tangannya. Pandangannya kemudian beralih padaku pula. Aku angkat kening. Eh!
Apa pasal pula pandang aku? Bukannya lelaki kacak di sisiku ini bertanya
padaku?
“Tak mahulah. Aku
dah janji dengan P.A. aku ni, nak pergi makan dan shopping sekali. Oh ya! kenalkan….
Idayu, ni sepupu I… Irfan Mukhriz” Irfan mengangguk seketika padaku
kemudian tumpuannya kembali semula pada Cik Natrah.
“Ala… kau shopping esok-esok je lah. Aku ada hal
penting nak cerita kat kau” Lelaki kacak ini buat muka seposen. Sungguhlah
agaknya dia ada hal penting dengan Cik Natrah.
“Tak apa lah Cik
Natrah. Apa kata kita shopping esok
aja?” Aku memberikan cadangan. Apa salahnya jika aku mengalah. Bukannya tiada
hari lain boleh kami luangkan masa untuk membeli-belah.
“Betul ni?” Aku
mengangguk dan minta diri. Tak perlu aku berlama-lama di bilik ini bersama dua
insan bersaudara itu. Aku pulas tombol pintu dan menutupnya kembali dengan
perlahan. Debaran di dadaku masih lagi kencang. Kenapa hati ini begitu tertarik
pada wajah nakal dan keanakan tadi, sedangakan lelaki bernama Irfan Mukhriz
sedikit pun tidak menunjukkan minat padaku.
Seketika kemudian
pintu bilik Cik Natrah terkuak. Cik Natrah berhenti sebentar di mejaku.
“Idayu, I masuk
lambat sikit. Appointment pukul 4.00
tu, kalau Encik Johan sampai awal, suruh dia tunggu. Kalau I lambat, call my handset”
“Baik, Cik Natrah”
Aku kerling wajah Irfan Mukhriz yang kacak, tapi matanya melilau di serata
ruang pejabat. Tak lama kemudian, mereka berdua beriringan keluar ke pintu
utama. Aku mengeluh perlahan, sedikit kecewa.
“Siapa tadi tu?”
Linda, kawan satu department mula
datang merisik di depan mejaku.
“Irfan Mukhriz,
sepupu Cik Natrah” Aku menjawab dengan nada senafas. Turut sesak nafasku ini
mengingatti wajah kacak itu yang masih berlegar-legar di kepala.
“Handsome nya…. Macam Aaron Aziz!” Aku
tersenyum. Benar kata Linda. Tadi aku juga memuji Irfan Mukhriz begitu.
“Handsome-handsome pun, kita pakat tengok
je. Berangan ajalah kalau nak buat boyfriend…”
“Apa kata kau cuba tackle dia. Kau kan cantik, Idayu?”
Linda menopang dagu di mejaku. Pandanganku tidak berkelip pada wajahnya.
“Aku, cantik? Ishh
mengarut ajalah. Entah-entah, sebelah mata pun dia tak pandang aku. Kau ingat,
kalau dah handsome macam tu, tak ada
orang kejar? Silap haribulan, dah berlambak girlfriend
dia. Bergayut kiri kanan” Gelak besar Linda dengan kenyataanku.
“Apa salahnya kau
cuba nasib. Untung sabut, timbul. Untung mengorat, kau yang dapat untung!”
“Peribahasa mana
yang kau pakai tu? Jomlah, dah masuk waktu lunch
ni. Borak pasal Aaron Aziz kau, sampai esok pun tak habis….. kita juga yang
kebulur!” Aku gagau purse di dalam handbag dan berdiri. Linda tayang
sengeh. Apa lagi lah minah ni?
“Yang kau
sengeh-sengeh, apa hal?”
“Dah setahun lebih
kau kerja sini. Kau tak pernah cerita atau tunjuk pun boyfriend kau? Kau memang tak ada teman lelaki atau kau memang tak
ada perasaan? Kau tak suka lelaki ke?” Hah! Gila lah si Linda nihhh!
“Wehhh…. Mulut tu
jaga sikit ek? Aku bukan lesbian tau…” Linda ketawa.
“Sorry.. sorry.. aku main-main aja. Jap,
aku ambil beg duit. Kita nak lunch
kat mana?” Linda bergerak ke mejanya.
“Kat restoran depan
opis, sudahlah!”
Aduh!!
Banyak-banyak tempat makan, kenapa Cik Natrah pilih restoran ni juga? Macam tak
ada tempat lain!. Ada juga mataku yang gatal, asyik merenung pada mereka
karang…. Aishhh!!!
“Eh…. Cik Natrah
dan sepupu dia makan kat sini juga lah!” Linda menyiku lenganku.
“Aku nampaklah…”
Aku jeling Linda dengan bibir herot.
Agak jauh juga kami
duduk dari pasangan Cik Natrah dan Irfan Mukriz. Mata Linda tidak lepas dari
memandang mereka berdua.
“Kau tengok dorang
tu, macam pasangan kekasih. Tapi setahu akulah…..Cik Natrah dah ada boyfriend tau!”
“Alah.. sepupu.
Mestilah mesra!” Aku cuba menyedapkan hati sendiri. Rasa di dada yang baru
bermukim, lebih baik aku pendamkan sahaja. Mana mungkin aku berani menunjukan
keterujaanku pada lelaki bernama Irfan Mukhriz di depan Linda. Tentulah aku
segan!
Sehingga aku dan
Linda sudah selesai makan, Cik Natrah dan Encik Irfan Mukhriz masih berada di
meja restoran. Masih berbual panjang tanpa menyedari aku dan Linda tidak
lepas-lepas memandang ke arah mereka. Entah apalah yang diceritakan Irfan
Mukhriz hingga tergawang-gawang tangannya ke udara.
~~Sibuklah kau, Ayu?. Buat
apa ambil tahu hal orang?~~ Aku mengutuk diri.
Melayan resah
dengan perasaan yang tak tentu arah, serasa tidak bersemangat mahu menyambung
kerja. Aku hanya renung draf minit
mesyuarat minggu lepas yang harus aku taip dan seterusnya mencetak beberapa
salinan untuk diedarkan kepada client
dan juga syarikat-syarikat yang berkaitan untuk projek PLC Sentral. Otakku
tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada kertas di atas meja, tetapi asyik
memikirkan lelaki tadi. Ah!! Kacau sungguh la……
Cik Natrah kembali ke pejabat hampir empat petang. Encik
Johan masih belum sampai lagi. Cik Natrah melewati meja kerjaku dan berhenti
seketika. Aku mendongak ke arahnya.
“Encik Johan dah
sampai ke, Idayu?”
“Belum sampai lagi
Cik Natrah. Tak ada pulak dia telefon kalau-kalau dia nak batalkan meeting hari ni” Nasib baiklah Cik
Natrah bertanyakanku. Hampir sahaja aku lupa pada Encik Johan dek terlalu
memikirkan tentang Irfan Mukhriz.
“Ok. Nanti kalau
dia sampai, bawa dia terus ke bilik meeting”
Aku angguk dan mataku meleret mengekori langkah Cik Natrah ke pintu biliknya.
Aku sambung kembali kerjaku yang tertangguh tadi.
“Assalamualaikum!”
Aku mendongak. Encik Johan menyapa dengan senyuman manis. Senyuman memikat kata
orang. Aku sambut salamnya dan terus berdiri.
“Oh!, Encik Johan
dah sampai rupanya. Mari.. saya bawa ke meeting
room” Aku melangkah dulu ke bilik mesyuarat di hujung sekali dan buka pintu
bilik yang kosong. Suis lampu aku tekan dan persilakan Encik Johan masuk.
Entah mengapa, aku
terasa tubuh Encik Johan yang separuh umur itu bergesel dengan tubuhku ketika
aku mahu keluar sewaktu melepasi pintu. Aku tak pasti samada dia ‘ter’gesel
ataupun sengaja berbuat begitu. Encik Johan tersengeh miang. Dalam hatiku mendongkol
geram. Nampak sangat dia sengaja!
Dengan muka masam,
aku ketuk bilik Cik Natrah dan terus selak pintu selebarnya. Terpaku melihat
Irfan Mukhriz duduk bersantai-santai di sofa tetamu. Bila pula dia masuk? Tak
perasan pula aku dia bersama dengan Cik Natrah tadi. Agaknya…. masa aku iringi
Encik Johan ke bilik mesyuarat tadi, lah kot!
“Cik Natrah, Encik
Johan dah sampai. I dah bawak dia kat meeting
room”
“Okey… one minute. You tolong buatkan minuman?”
Cik Natrah susun beberapa keping kertas di atas meja. Gulungan pelan akitek
juga diambil dan dikepit ke pinggangnya.
“Baik Cik Natrah.
Errrr…. Encik Irfan nak minum?” Aku sekadar mempelawa. Bukannya apa, sengaja
aku mahu tunjuk rajin hari ini. Mana tahu kalau-kalau terkesan kebaikan aku di
matanya?
“No thanks….. aku dah kenyang!” Jawabnya
dengan angkuh sambil membelek-belek majalah ‘Rider’s Digest’ di tangan. Aku
menjeling Irfan Mukhriz sekilas dan tutup pintu bilik Cik Natasya.
~Sombong!~ Getus hatiku.
Aku terkebil-kebil di atas katil hampir tengah malam.
Payah sungguh mahu lelapkan mata. Puas sudah aku kalih badan ke kiri ke kanan
agar lena. Entah mengapa, setiap kali aku cuba pejamkan mata, hanya wajak kacak
Irfan Mukhriz berlari-lari di ruang mataku. Arghhhh!! Boleh nanar aku kalau
begini.
Kenapa aku
berperasaan sebegini? Jatuh cintakah aku? Aku berkira-kira sendiri. Kenapa
selama ini aku tidak pernah ada rasa hati yang begitu kuat untuk menyukai
seseorang? Sejak pertama kali bertemu dengan Irfan Mukhriz siang tadi, dadaku
terus bergetar hebat. Tegakah aku menaruh harapan pada lelaki itu? Membayangkan
status Irfan Mukhriz, sepupu pada Cik Natrah anak hartawan terkenal di Kuala
Lumpur, diriku terasa amat kerdil sekali. Tentu sekali Irfan Mukhriz juga
datang dari golongan berada sama seperti Cik Natrah. Melihat gaya dan
pemakaiannya sahaja aku sudah dapat menilai.
Gebar yang menutup
hingga ke dagu aku selak dan tegakkan tubuh di birai katil. Letihlah macam ni.
Nak tidur tak boleh, nak membaca tak ada mood.
Aku bingkas bangun, turuni tangga menuju ke dapur. Pintu peti sejuk kubuka dan
keluarkan sekotak fresh orange
‘Marigold’. Sebaik sahaja aku pintu peti ais ditutup, aku terlanggar seseorang
sehingga aku terjerit kecil. Hampir tumbang aku jika tidak dipeluk tubuh sasa
itu.
“Ayu…….” Huh!
cepat-cepat aku jarakkan badanku.
“Abang Is ni…. buat
Ayu terkejut je”
“Tak elok minum air
sejuk tengah-tengah malam”
“Ayu dahaga. Abang
Is nak?” Aku tunjukkan kotak fresh orange
kepadanya.
“Abang nak bancuh
milo panas. Kalau Ayu nak, Abang boleh buatkan sekali. Elok untuk siapa-siapa
yang tak boleh tidur” Aiseyhhhh! Perli aku lah tu? Macam tau-tau je aku susah
nak tidur.
“Abang Is tak boleh
tidur jugak ke?”
“Abang nak tidur
lah lepas ni. Tadi abang siapkan kerja pejabat sikit” Laju sahaja dia membancuh
dua mug milo panas. Satunya diletakkan di depanku.
“Kenapa Ayu tak
boleh tidur, ingatkan buah hati ke?” Aku tersentak bila terdengar jam dinding
berdenting dua belas kali dari ruang makan. Dah tengah malam rupanya.
“Mana Ayu ada buah
hati?” Aku menyangkal dan tahu sebenarnya Abang Is hanya bergurau. Sengaja mahu
menyakatku. Bukannya sehari dua kami hidup sebumbung? Semenjak aku dilahirkan
ke dunia lagi. Dengan siapa aku berkawan, ke mana aku pergi, Abang Is ibarat spy kepada Abah dan Ummi. Pergerakkan
terkawal. Sehingga aku memasuki alam pekerjaan, setiap hari Abang Is jugalah
yang menghantar dan menjemputku
pulang dari pejabat.
“Eh! masa kat UiTM
dulu, bukan ke Ayu kenalkan Abang pada seorang lelaki?”
“Dah jadi
sejarahlah, Abang Is. Susahlah!.. Ayu tak rasa yang Ayu betul-betul sukakan
dia. Bagi Ayu kalau rasa nak bercinta tu.. mesti ada personal feeling”
“Itu Abang setuju.
Dua-dua kena ada mutual feeling, baru
boleh bercinta. Sebab tu Abang susah nak terima cinta” Abang Is cuit hidungku.
“Susah nak terima cinta?
Mungkin Abang Is tunggu seseorang, tak?”
“Mungkin juga”
Abang Is tersenyum kecil.
“Siapa?” Pantas
sahaja aku bertanya. Dalam diam, rupanya Abang Is sudah ada kekasih? Pandai
sungguh dia berahsia.
“Adalah…..” Masih
mahu berteka-teki denganku hingga aku naik geram.
“Bila Abang Is nak
kenalkan pada Ayu?”
“Nantilah! Abang
tak berapa pasti perasaan dia pada Abang. Abang takut bertepuk sebelah tangan
je” Abang Is termenung jauh sebentar. Aku meunggu lagi kalau-kalau dia mahu
menukar fikirannya tapi Abang Is tetap mahu berahsia.
“Kenapa tak luahkan
saja. Kan senang?” Ha… kan? Aku dah mula tak sabar dengan telatah Abang Is.
Cerita tentang girlfriend pun nak
sorokkan pada aku? Mana boleh jadi…. Aku nak tahu jugak siapa gadis bertuah
yang jadi pilihan Abang Is. Tak kira!
“Abang tunggu masa
yang sesuai” Aku mengeluh dengan jawapan ringkas Abang Is. Buat penat aja aku
tunggu, macam tu aja jawapanya?
“Bila tu? Kalau
Abang Is dah confirm, nanti bagitau
Ayu tau.. “ Malas rasanya mahu terus mengasak Abang Is, aku putuskan untuk
mengalah sahaja. Biarlah! Suatu hari nanti, tentu akan terbongkar rahsia.
“Yes I will. Ayu lah orang pertama yang
akan tahu. I promise” Okeylah, pergilah masuk tidur dulu. Esok nak
kerja”
“Okey!” Milo yang
sudah suam aku habiskan hingga licin. Aku tarik tangan Abang Is dan menciumnya.
Dia pegang bahuku seketika dan cium ubun-ubunku seperti biasa.
“Abang sayang Ayu”
“Ayu pun sayang
Abang Is. Good Night!” Abang Is
tersenyum lebar.
Iskandar,
satu-satunya Abang yang aku ada. Jarak umur Abang Is tujuh tahun lebih tua
dariku, memang amat jauh. Selain Abang Is, aku mempunyai seorang kakak yang
kini menetap di Pulau Pinang. Kak Long yang tua hanya dua tahun dari Abang Is.
Semenjak kecil aku lebih rapat dengan Abang Is berbanding dengan Kak Long.
Tambahan pula, Kak Long belajar di Sekolah Menengah Berasrama Penuh di Pantai
Timur. Jadi, Abang Is lah yang rajin melayanku. Cerita Ummi, Abang Is terlalu
manjakan aku hingga kadangkala Kak Long seringkali berasa cemburu.
~
Aku dikhabarkan tentang Irfan Mukhriz yang kini menjawat
jawatan penting dalam Mesra Holdings. Biliknya pula bersebelahan dengan bilik
Cik Natrah, bosku. Sementara Irfan belum lagi mempunyai P.A. aku ditugaskan
untuk membantu Encik Irfan juga. Maknanya, setiap hari juga aku akan menatap
wajah igauanku itu setiap masa? Aduhhhh…. Boleh pitam kalau macam ni!
“Idayu.. masuk
bilik aku, sekarang!!” Tergumpal aku seketika bila mendengar suara Encik Irfan
di interkom. Kuatnya…………. kalah Hitler!
“Baik, Encik Irfan”
Dengan hanya sekali ketukkan, dari dalam suara Encik Irfan menyuruh aku masuk.
“Encik Irfan
panggil saya?”
“Memanglah aku
panggil kau……… Kalau tak, aku tak suruh kau masuk!” Mak aih.. cantiknya bahasa?
“Ni, fail ni. Aku
nak kau teliti.. buat list nama-nama
yang terlibat dalam projek ni, berserta nombor telefon dan nombor fax sekali,
faham?’
“Baik, Encik Irfan”
Aku capai fail yang dicampakkan dengan kasar di depanku.
“Tunggu dulu!
Sebelum kau keluar. Aku nak satu mug Nescafee” Terhenti langkahku yang baru
hendak keluar. Aku berpaling semula kepadanya. Dahi aku kerutkan. Encik Irfan
arahkan aku bancuh kopi? Bila pulak aku jadi tealady ni?
“Tapi Encik Irfan, tealady dah balik. Dia datang semula
sebelah petang nanti”
“Aku nak sekarang,
bukannya petang karang!!! Kau tak boleh buatkan ke?” Jerkahnya lagi. Aku
terkedu. Tergumpal-gumpal aku di tempat aku berdiri.
“Ba… baik Encik
Irfan. Saya buat sekarang” Tergagap-gagap aku menjawab. Mendengar suaranya yang
seperti halilintar, kecut perutku serta-merta.
“Make sure, tak terlalu manis. Creamer
mesti lebih dan jangan panas sangat. Sekarang kau boleh pergi!”
Aku berpaling ke
pintu semula dengan perasaan geram, bengang pun ada. Sepanjang aku bertugas
dengan Cik Natrah, tak pernah sekali pun aku membancuh minuman untuknya. Semuanya
disediakan oleh tealady. Lainlah
kalau ada client yang bertandang
untuk hadiri menyuarat, itu sudah menjadi tugasku. Fail tadi aku letakkan di
atas meja dan bergegas ke pantry.
Dalam hati berbakul-bakul sumpah seranah aku keluarkan. Harap muka saja handsome. Perangai.. macam Hitler!. Suka
bentak-bentak. Ya.. Hitler yang tak ada misai kontot. Cepatlah kau dapat P.A.
sendiri wahai Hitler!
~~Make sure tak
terlalu manis… Creamer mesti lebih!~~ Aku bercekak pinggang mengajuk kata-kata Encik Irfan tadi. Aku letak garam dalam Nescafee ni kang.. baru
padan muka kau!
Pintu bilik Encik Irfan aku ketuk untuk kali kedua
dengan mug Nescafee di tangan.
“Airnya, Encik
Irfan….” Nescafee yang masih berasap aku letak di depannya. Aku tunduk
memandang meja, bimbang akan dijerkah lagi,
“Tunggu kat situ,
aku nak rasa dulu. Kalau tak kena dengan
citarasa aku, kau kena buat yang lain” Gulp..! teruknya Mamat ni? Takkanlah
kerja aku hanya nak buat Nescafee untuk dia sampai dia berpuas hati? Aku angkat
muka pandang aksinya yang sedang menyisip minumannya dengan perasaan
berbaur-baur. Mintak-mintaklah dia tak maki aku lagi selepas ini.
“Hmm.. not bad… sedap! Ok, kau boleh pergi
sekarang. Ingat! Esok…. dah hari-hari seterusnya, waktu yang sama, aku nak kau
buatkan aku Nescafee sama sebijik macam yang ini” Aku tentang matanya yang
redup merenung mataku. Tak mahu kalah, aku tenung mata cantik itu dengan tajam.
Seketika dia larikan anak matanya ke arah lain. Aku tersenyum nipis. Tau pun
takut!
“Kan cantik kalau
kau senyum macam tu?” Pantas darah menyerbu wajahku. Eh! Tadi macam Hitler, sekarang puji-puji aku
pulak ni, apa hal?
“Encik Irfan, kalau
tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu” Tergesa-gesa aku menutup pintu dan
kembali ke mejaku. Sejenak aku termenung dan bila tersedar dari lamunan, fail
tebal di atas meja aku selak.
Aku yang sedang
tekun menaip di papan kekunci angkat muka bila terdengar bunyi jari-jari yang
mengetuk meja. Encik Irfan tercengat di depan mejaku.
“Ya Encik Irfan?”
“Kau tak lunch ke? Dari tadi aku tengok kau tak
habis-habis menaip” Dah tiba waktu makan tengahari ke? Cepat benar waktu
berlalu tanpa aku sedari. Eh! Encik
Irfan perhatikan aku dari biliknya ke? Sejak bila?
“Er.... saya puasa
hari ni.... “
“Puasa? Kau diet ke? Tak cukup keding ke badan kau
sekarang?”
“Bukan diet. Saya puasa sunat”
“Aku baru nak
belanja kau lunch. Ruginya... Oklah, aku keluar dulu. Sekarang
waktu rehat, jadi aku nasihatkan kau berehat... bukannya bekerja!” Angkuh saja
pesanan dari penaja. Huh! Tak memberangsangkan langsung iklan sesingkat yang
kau lakonkan, wahai Hitler yang handsome!
Ish…. Sempat juga memuji tu…!
Tubuh Encik Irfan
menghilang di koridor yang menghala ke pintu utama. Aku termanggu-manggu di
tempat dudukku. Baiknya hati Encik
Irfan nak belanja aku makan hari ni? Semalam, dia menang loteri ke?
Hendak ke surau
masih terlalu awal untuk menunaikan Solat Zohor. Aku letak kedua-dua lengan di
atas meja dan tampungkan kepalaku di situ. Dinginnya hawa aircond yang terpasang, mata yang sudah kepenatan mudah saja aku
lelapkan.
“Idayu, bangun! Dah
pukul 2.00 ni...” Aku angkat perlahan
kepalaku. Lenganku terasa kebasnya. Rasanya baru saja aku lelapkan mata tak
sampai lima minit, tup-tup sudah menjangkau ke pukul 2.00 petang. Menggeliat
seketika dengan memusingkan pinggangku ke kiri dan kemudian ke kanan. Terasa
segar sedikit, akhirnya aku berdiri untuk ke Surau.
Anak mataku
menangkap pandangan mata Encik Irfan memalui tingkap kaca biliknya. Erk! Bila
dia masuk?
No comments:
Post a Comment