Sungguh lega bila Encik Irfan Mukhriz sudah mendapat
seorang P.A. nya sendiri. Selamat aku dari mendengar jerkahannya setiap hari.
Hanya di hari pertama aku sediakan Nescafee sahaja dia memujiku. Selebihnya
selama dua minggu ini, aku asyik mendengar arahan ala-ala Nazi darinya. Apa
sahaja kertas atau fail hanya dilemparkan di depanku. Tak beradap sungguh!
Ikutkan hati, memang aku surrender.
Tapi Cik Natrah selalu menasihatiku agar jangan diikutkan sangat panas baran
Encik Irfan. Memang perangai dia macam tu, entah bila lah dia akan berubah.
Aku gelihati
melihat wajah Zana Athirah, P.A. Encik Irfan yang baru saja keluar dari bilik
ketuanya dengan muncung panjang sedepa. Aku ingat dengan gaya seksi dan
menggoda Zana tu, akan cairlah Encik Irfan Hitler tu. Rupa-rupanya tidak!
“Idayu… kau tolong
buat Nescafee untuk Encik Irfan. Letak atas meja aku”
“Eh, apa pasal aku
pulak yang kena buat? Bukan kau ke, P.A. dia?”
“Aku dah buat
tadi.. tapi dia kata creamer kurang.
Siap komplen tak sedap! Dia suruh kau buat jugak untuk dia” Aku mendengus. Aku
tidak terus ke pantry, sebaliknya
segera aku ketuk pintu bilik Encik Irfan.
“Masuk!” Arahnya
kuat. Ishhh! Suara…. macam petir!
“Encik Irfan…..
kenapa saya pula nak kena buat Nescafee untuk Encik? Saya bukan P.A. Encik
lagi” Tanpa ucapan salam, aku terus menyoalnya.
“Oo.. dah pandai
komplen ek? Dah tak suka nak kerja sini lagi?” Aik…. Encik Irfan main ugut-ugut
aku pulak?
“Saya bukan nak
komplen Encik Irfan, saya ada banyak kerja lagi nak buat. Kerja saya dengan Cik
Natrah pun tak tertanggung. Saya ingat lepas Encik dah dapat P.A. sendiri,
kuranglah beban saya sikit”
“Aku dah tanya
Natrah, dia tak kisah pun. Lagipun, aku dah mintak Natrah ‘approve’ kan kenaikan gaji kau. Apa kau nak risau lagi?”
“Ini bukan soal
gaji, Encik Irfan. Tapi., kerja saya…. ” Tetap mahu membantah arahannya.
Setakat kenaikkan gaji, tapi aku lebih terbeban dengan kerja yang bukan
sepatutnya aku buat, memanglah aku boleh naik angin!
“Kalau kau rasa nak
kerja lama kat sini, jangan bantah apa yang aku suruh buat, faham? Sekarang kau
boleh keluar. Aku nak Nescafee aku sekarang. Dengar tak??” Suara petirnya
bergema lagi. Ya Allah!. Gila betul ‘Mamat’ sekor ni. Harap muka je lawa….
ehhh.. handsome!. Tapi perangai…..
huh! Kansel teruslah niat dan angan-anganku nak jadikan dia boyfriend. Tapi hati dah suka……… sangat
kat dia!. Habis tu, apa nak buat ek?
“Sebijik Hitler!”
Desisku perlahan pada diri sendiri.
“Kau cakap apa?”
Erk! Terkejut dengan sergahannya. Encik Irfan dengar ke aku mengomel
sorang-sorang tadi? Tergesa-gesa aku melangkah ke pintu. Keluar dari bilik
Encik Irfan, Zana pandang aku dengan belas.
"Kau kena
jerkah lagi ke? Sampai kat luar ni, dengar” Aku herotkan bibir bila Zana
menegurku dengan pandangan belas.
“Benci sungguh aku.
Pasal creamer pun, Encik Irfan nak
komplen. Nak sedap, buat sendirilah!”
Muncung bibir aku
bawa hingga ke pantry dan buka
kabinet barang-barang dengan kasar. Sakit hatiku tak terhingga. Irfan Mukhriz
dan creamer. Satu gandingan yang langsung tak serasi. Creamer tu kan, lemak…manis dan berkrim.
Encik Irfan pula…. lemak tepu, masam dan ….. arghhhh.. Lu pikirlah sendiri!
Semenjak kebelakangan ini, aku perasan Encik Irfan
semakin rapat dengan Cik Natrah. Hari-hari mereka makan berdua dan balik juga
bersama-sama. Kadang-kadang aku terdengar gelak halus dari bilik Cik Natrah.
Sudah tentu Encik Irfan juga ada di dalam. Aku pula yang dulu agak rapat dengan
Cik Natrah juga semakin rasa dipinggirkan. Hatiku menjadi sebak tiba-tiba.
Cemburukah aku?
Ya.. aku memang
bodoh, tak sedar diri! Mana mungkin Encik Irfan tertarik padaku yang comot ni?.
Berbanding dengan Cik Natrah, seribu percent
aku kalah dengan dia dari segenap sudut. Dan aku rasa, bukan aku seorang saja
yang kecewa. P.A Encik Irfan si Zana tu, lebih-lebih lagi. Betapa Zana selalu
memuji dan berusaha keras agar dapat merapati ketuanya.
Aku bawa technical report yang baru aku cetak
tadi ke bilik Cik Natrah dan letakkan di atas mejanya. Cik Natrah pandang aku
sambil tersenyum.
“Duduk dulu Idayu.
Dah lama I tak berbual dengan you”
“I ingat you sibuk”
Dengan Cik Natrah aku tak perlu ber’Cik-Cik’ dengannya bila berdua. Kalau
bersama staf lain, barulah aku panggil dia Cik Natrah. Itu yang aku suka
tentang Cik Natrah, tidak sombong walaupun lahir dari golongan hartawan.
“Hmm…. You pun
macam dah nak lari-lari dari I, kenapa? Lunch
pun tak ajak I, sekarang ni?”
“Encik Irfan kan
selalu temankan you makan?”
“Irfan tu?” Meletus
tawa Cik Natrah secara tiba-tiba. Aku memandangnya dengan pandangan pelik.
“Kenapa you ketawa?
I ada salah cakap ke?”
“Huh, you taulah
perangai dia. Hari o.k., o.k. lah! Kalau mood
tak baik… malas betul nak layan orang macam tu”
“I ingat you dengan
Encik Irfan tu……”
“Bercinta.,. maksud
you?” Pantas Cik Natrah mencantas kata-kataku. Hahahaha.. bertambah galak dia
ketawa.
“Ya… apa salahnya?
Lagipun I tengok you dengan dia rapat” Aku sedikit hairan dengan kata-kata Cik
Natrah. Sangkaku selama ini, mereka berdua adalah pasangan yang sedang
asyik-masyuk bercinta.
“Idayu… Idayu!. You
salah faham rupanya. You nak tahu kenapa Irfan selalu cari I? Asyik nak
bercerita masalah dia dengan girlfriend
dialah. Pasang girlfriend keliling
pinggang tapi tak reti nak handle. I
pulak yang selalu jadi mangsa tempat dia luahkan masalah. Dia ingat I ni doktor
pakar cinta ke apa?” Aku tersengeh tetapi dalam hati terasa dicucuk belati.
Encik Irfan ramai girlfriend?
Patutlah sedikit pun dia tak menjeling padaku. Aku saja yang berangan Mat
Jenin!
~~Idayu…. Sedarlah sikit
diri tu! Kau burung pipit.. Encik Irfan, Enggang~~.
Err…. Enggang ‘chomel’ yang suka creamer lemak manis? Ngeeeeee..........
Keluar dari bilik
Cik Natrah, aku ke pantry mahu
siapkan Nescafee untuk minum petang Encik Irfan Mukhriz. Zana yang meminta aku
buatkan tadi. Selalunya jarang Encik Irfan minta Nescafee di sebelah petang,
entah apa pula anginnya datang hari ni. Terlalu mengantuk agaknya. Entah-entah
malam tadi berpeleseran dengan teman wanita hingga ke pagi! Fikiran jahatku
mula membayangkan yang bukan-bukan.
Yang hairannya,
bila kakiku jejak ke dalam pantry,
Encik Irfan ada di situ. Sedang termenung jauh menghadap dinding dan di
tangannya ada sebiji kole. Eh!... dia buat minuman sendiri ke? Tadi, bukan ke
Zana suruh aku buatkan?
Encik Irfan tidak
bergerak-gerak hingga saat kakiku melangkah ke kabinet simpanan barang-barang
kering pun dia tidak sedar. Aku takut hendak menegur walaupun jarak antara kami
tidaklah jauh mana. Buatnya disemburnya aku nanti? Mesti satu floor dengar. Kalau di dalam biliknya,
tak apalah. Telingaku saja yang sudah naik tebal mendengar herdikkan dan
jerkahan Encik Irfan, tapi tidak bagi staf-staf yang lain.
Lah..! mana pula
botol Nescafee ni? Pagi tadi elok saja ada tempatnya. Yang aku nampak hanya
balang gula dan teh uncang. Tin Milo juga tidak kelihatan. Termanggu-manggu aku
seketika. Sudahlah kabinet atas ini agak tinggi, melebihi kepalaku. Puas aku
alihkan satu persatu barang-barang di bahagian depan. Aiseyhhhh…! rupanya botol Nescafee sudah
tertolak jauh ke dalam, hingga tak tercapai tanganku. Aku menjingkitkan kaki, tapi
hanya dapat menyentuh botol itu di hujung jariku sahaja. Mati akalku seketika.
Aku pandang
sekeliling. Nampak ‘stool’ kayu bulat di sebelah Encik Irfan. Aduh!! Takkan
pula aku mahu panjat kerusi di depan Encik Irfan? Kalau tak ada sesiapa di pantry, tentu aku panjat saja stool
bulat itu. Lagipun aku berseluar panjang hari ini.
Tiba-tiba mataku
bertembung pandang dengan mata Encik Irfan bila dia pusingkan badannya dari
menghadap dinding. Tajam matanya merenung aku yang sedang gelisah.
“Kau cari apa?” Aku
tergamam dengan soalan kasarnya.
“Er… tak ada
apa-apa” Takut pula mahu meminta tolong Encik Irfan. Sudahlah dia garang
semacam!
Aku mendongak
kembali ke kabinet atas. Sekali lagi aku jingkitkan kaki untuk mencapai botol
kaca yang masih ada di tempat yang sama. Ahhh!! Siapalah yang gatal tolaknya ke
belakang? Menyusahkan betul!
“Kau tak reti nak
mintak tolong ke? Kalau dah pendek tu, buatlah cara pendek!.” Hah! Terperanjat
sungguh aku bila Encik Irfan berdiri sangat rapat denganku. Tangannnya mencapai
botol Nescafee dan keluarkan dari kabinet.
Dadaku berdegup
kencang. Terasa bahang tubuh Encik Irfan di sisiku. Haruman maskulin di
tubuhnya buat dadaku bergetar. Ya Tuhan! kenapa lelaki ini punya aura yang
sungguh memikat? Tapi.. yang geramnya sempat jugak dia mengutuk aku pendek. Aku
tak pendek mana lah…. 5 kaki 4 inci. Standard
apa gadis Melayu. Dia tu lainlah, tinggi macam galah!
“Idayu!” Hah!
Sekali lagi aku tergamam.
“Kau berangan ke?
Nah… botol ni. Kau nak ke tak nak?” Aduhh!! Malu sungguh dengan Encik Irfan
yang sedar aku tengah mengelamun.
Botol kaca di
tangannya aku capai dan letak di sisi mug yang aku selalu gunakan untuk
membacuh Nescafee kegemaranya. Menggigil tanganku rasakan kerana Encik Irfan
masih lagi leka memerhatikan setiap gerak-geriku.
“Aku bukannya
harimau. Aku tak akan makan kau kalau kau mintak tolong!” Meremang bulu
tengkukku serta-merta bila Encik Irfan tunduk ke leher dan membisik di tepi
telingaku. Seketika aku dengar derapan kasutnya keluar dari pantry, tinggalkan aku yang masih
temanggu-manggu. Dadaku seperti mahu pecah, penuh dengan seribu rasa. Seram…
suka, terpesona! Ah… boleh gila aku dibuatnya!
Nescafee yang sudah
siap aku bancuh, aku letakkan di meja Zana. Aku mengerling ke pintu bilik Encik
Irfan yang tertutup rapat. Melalui dinding kaca, aku tidak nampak tubuh Encik
Irfan di mejanya.
“Bos kau tak ada
kat bilik dia ke?”
“Ada… baru sekejap
tadi dia masuk. Eh. Bukan ke kau dengan dia tadi ada kat pantry sama-sama. Apa yang Encik Irfan bisik kat kau tadi?” Hah!
“Zana.. kau…, eh!
Kau mengintai ek?” Zana Athirah ketawa.
“Aku tak intai.
Kebetulan aku cari kau. Nak tanya, dah siap ke minuman Encik Irfan tu? Tak
sangka pulak, ada cerita Hindustan ‘baekkk’ punya kat pantry. Jeles pulak aku!” Aku ketap bibir. Geram!
“Tak ada maknanya
jeles kau tu. Aku bukan ada apa-apa dengan Encik Irfan. Cik Natrah bagitau aku
Encik Irfan tu, awek keliling pinggang tau!”
“Alah… awek
keliling pinggang, sebab tak jumpa yang betul-betul serasi. Mana tahu dengan
kau, dia boleh setia?”
“Ishhh kau ni. Cuba
kau fikir, ek? Encik Irfan dengan aku, jauh beza darjat tau!. Aku rasa aku tak
mampu nak bersaing dengan awek-awek dalam simpanan dia tu. Dengan sikap bongkak
dia tu? Simpanglah… aku pun tak mahu”
“Di mulut bolehlah
kau kata tak mahu, tapi dalam hati kau? Kalaulah aku kat tempat kau tadi,
seronoknya aku. Kembang aku kalau ada lelaki handsome macam tu nak beromatik-romantik dengan aku” Zana masih
galak mengusikku.
“Eii… kalau kau nak
sangat, kau cuba lah mengorat dia. Aku tak sanggup kena jerkah hari-hari kalau
aku jadi awek dia!”
~
Aku campak beg tangan di hujung kusyen dan merebahkan
badan. Tidak aku hiraukan Abang Is yang melintasi ruang tamu dan naik ke
tingkat atas. Lengan kananku berlabuh di dahi. Sejak akhir-akhir ini, badanku
selalu terasa letih. Lebih-lebih sejak kehadiran bos baru bernama Irfan Mukhriz
Tan Sri Zainudin.
“Ayu… penat sangat
Ummi tengok?” Aku buka mata sedikit pandang Ummi yang berdiri menghadapku.
Sedikit pun aku tidak berganjak dari pembaringan.
“Letih Ummi… banyak
kerja hari ni” Omelku perlahan. Kelopak mataa aku rapatkan kembali.
“Selalunya Ummi tak
pernah dengar pun Ayu komplen pasal kerja kat pejabat tu? Kenapa.. bos lelaki
Ayu tu buat hal lagi ke?” Ummi berusaha untuk berbual denganku. Terpaksalah
mata yang terpejam tadi aku buka seluasnya.
“Tak adalah Ummi.. biasa aja. Ayu dah lali dah dengan
dia. Asalkan dia tak melampaui batas, sudahlah!”
“Bangun sekejap.
Ada perkara Ummi nak bincang dengan Ayu” Dengan malas aku turunkan kaki dan
menyandar lemah.
“Ada apa Ummi?”
“Lepas Isyak nanti
ikut Ummi dan Babah pergi rumah Datin Maziah, ada kenduri kesyukuran” Majlis
kenduri? Adusss.. tersangatlah malasnya mahu pergi. Kalau aku turuti pelawaan
Ummi, entah jam berapa pulangnya nanti. Entah pukul berapa pulak aku boleh
tidur?
“Malam Jumaat macam
ni pun ada yang buat kenduri ke Ummi?”
“Mestilah ada,
sebelum tu Solat Isyak berjemaah dan majlis tahlil sekali. Datin Maziah buat
kenduri bagi menyambut anak lelakinya yang baru habis belajar di Jerman. Dah
jadi engineer budak tu”
“Maksud Ummi, Abang
Hazrin ke?”
“Hah, iyalah! Siapa
lagi? Takkan Ayu tak ingat? Dulu masa kecik-kecik, Ayu selalu ikut Is dan
Hazrin kayuh basikal sampai ke hujung taman sana tu” Mana mungkin aku lupakan
Abang Hazrin kawan baik Abang Is dulu? Abang Hazrin seperti abangku juga.
“Tapi.. Ayu
penatlah Ummi…. kepala berat sangat. Ayu ingat nak tidur awal. Kirim salam pada
Untie Maziah dan Uncle Khalid. Err….. untuk Abang Hazrin sekali ya? Ayu ucap
tahniah!”
“Ishhh, budak ni…
Datin Maziah yang beria-ria suruh bawak Ayu. Mana tau boleh kenal-kenal ke
dengan Hazrin tu?”
“Lah… Ummi ni? Kan
Ayu dah cukup kenal dengn Abang Hazrin tu. Nak kenal apa laginya?”
“Memanglah Ayu dah
kenal, tapi tu masa kecik-kecik dulu. La ni dua-dua dah besar panjang. Mana
tahu berkenan ke, bolehlah Ummi berbesan dengan Datin Maziah!”
“Ummi…. Ke situ
pulak! Seganlah Ayu. Abang Hazrin tu lulusan luar negara. Yang Ayu pulak,
hanyalah graduan UiTM. Setakat dengan Ayu, dah sah-sah Abang Hazrin tak
pandanglah kat Ayu. Entah-entah, malam nanti dia akan kenalkan bakal menantu
Datin Maziah. Hah….. terlopong Ummi dan Untie Maziah nanti” Aku mencipta alasan
sendiri untuk menyelamatkan diri.
Dari dulu, aku
jarang mahu mengikut Ummi dan Babah ke majlis-majlis yang dihadiri jiran-jiran
yang agak tinggi pangkatnya. Ada kalanya mereka membandingkan aku dengan
anak-anak mereka yang mereka banggakan dengan kerja yang bagus-bagus.
“Kalau Ummi mintak
buat apa-apa, ada saja alasannya. Menjawab, menjawab ajalah kerjanya”
“Ala Ummi.. please.. Ayu letih sangat!” Aku melentok
di bahu Ummi. Alah.. bukan susah sangat nak cairkan hati Ummi. Aku kan, anak
bongsu Ummi dan Babah!
“Baiklah!... lain
kali, kalau ada apa-apa majlis, Ayu mesti ikut Ummi dan Babah Sepatutnya
sekarang ni lah Ayu kena kenal jiran tetangga. Bukan asyik memerap aja kat
rumah” Aku tahan telinga mendengar bebelan Ummi dengan buat muka seposen. Tanpa
riak bersalah langsung!
Aku menonton TV
dengan pandangan kosong. Entah apa cerita di saluran ‘Starworld’ yang ditayangkan sedangkan mindaku hilang
entah ke mana. Aku mengelamun tentang Irfan Mukhiz? Bukan…. Siapa? Abang
Hazrin? Lagilah bukan!
“Adik Abang tengok
TV sampai tembus, kenapa?” Abang Is cuit bahuku. Aku tersentak.
“Eh, dah habis ke
cerita tadi?” Aku terpinga-terpinga setelah kembali ke alam nyata. Abang Is
ketawa sambil mengeleng kecil.
“Ummi dan Babah ke
mana?”
“Hah?”
“Abang tanya, Ummi
dan Babah ke mana? Ayu okey ke tak ni?”
“Ummi, Babah….
Err.. err. Dorang pergi rumah Datin Maziah. Ada majlis kenduri. Abang tak pergi ke?”
“Ingat nak pergi,
tapi ada kerja sikit nak kena siapkan. Yang Ayu termenung jauh ni, kenapa?”
“Tak ada
apa-apalah.. Ayu okey je..”
“Cik Idayu
Aireen...., Abang tak nampak kat mana OKnya.. yang abang nampak, muka tak OK.
Serabut. Are you in love, girl?” Aku
tersipu-sipu. Pandai Abang Is menebak.
“Tak nak share dengan abang?”
“Tak de lah. Ayu
biasa jer. Abang Is tu, yang main serkap jarang” Aku letakkan kepalaku di bahu
Abang Is. Dia membelai rambutku manja. Ciuman di dahi Abang Is berikan seperti
biasa.
“Adik abang ni..
dah dewasa untuk jatuh cinta. Tak salah punyai rasa cinta, Ayu. Itu fitrah
manusia antara kaum Adam dan Hawa”
“Abang Is pun
pernah bercinta?” Aku pandang wajahnya dan dia juga memandangku. Pipi kami
hampir bersentuhan. Cepat-cepat aku
alihkan wajahku. Kalau Abang Is ni bukan abangku, kan bagus kalau dapat berada
dalam situasi begini. Sungguh romantis! Alalala…
“Hanya seorang
sahaja gadis yang Abang cinta, tapi…. biarlah jadi rahsia Abang. Kalau boleh
Abang mahu gadis itu mencintai Abang sama macam Abang cintakan dia” Amat lirih
kata-kata Abang Is buat aku terdiam. Siapakah gadis bertuah yang dicintai Abang
Is? Kalaulah Abang Is ni orang luar… bukan abangku, sudah lama aku ingin jadi
gadis bertuah itu.
“Hmmm… termenung
lagi?. Tak nak share ke pasal cinta
hati Ayu tadi tu?” Aduh! Rasa sedikit malu pula hendak mengaku pada Abang Is.
Sudahlah hanya aku sorang saja yang “Angau”!
“Tadi… Ummi ajak
Ayu pergi kenduri kat rumah Datin Maziah. Ummi ada bagitahu, Datin Maziah yang
mintak Ayu ikut Ummi. Boleh berkenalan dengan Abang Hazrin” Aku mulakan dengan
hajat Datin Maziah untuk bermenantukan aku, insan kerdil yang jauh beza pangkat
dan tahap pendidikkan kami.
“Hazrin? Ayu…
dengan Hazrin? Biar betul… Ayu nak jadi
isteri kawan baik Abang tu?”
“Itu yang Ayu
bagitau Ummi. Abang Hazrin tak ubah macam Abang Ayu sendiri. Lagipun dah lama
Abang Hazrin tak balik. Takkanlah Abang
Hazrin tak punya pilihan sendiri? Mana ada lagi lelaki yang kahwin dengan
pilihan orang tua zaman sekarang ni?”
“Ermm… kalau jodoh
tak ke mana Ayu…. Ikan di laut.. Asam kat darat.. lama-lama dalam kuali bertemu
jugak…” Abang Is cuba bermadah ikut puisi orang dolu-dolu. Aku mencebik.
“Tapi.. Ayu ada
cerita lain sebenarnya…”
“Hah? Cerita lain
pulak? Yang Hazrin tadi tu, apa? Mukadimah aja ke?” Aku tergelak perlahan.
Mukadimah pun.. mukadimah lah!
“Macam ni…. Ayu ada
sorang bos baru ni. Eh… bukan bos Ayu. ‘Managing
Director’ yang baru. Bilik dia sebelah bilik bos Ayu. Dia pun ada P.A. dia
sendiri’
“Dah tu.. Ayu suka
kat dia ke?”
“Mula-mula tu suka.
Tapi bila tengok perangai dia yang macam ‘Hitler’ tu, asyik nak marah-marah,
Ayu tawar hati. Harap muka je handsome,
tapi suka membentak. Mengarah tak pernah lembut! Dia dengan bos Ayu sepupu. Bos
Ayu cerita, awek dia keliling pinggang!. Ayu ni, sikit pun dia tak pandang”
"Oooo.. kira
Ayu bertepuk sebelah tanganlah?”
“Lebih kurang macam
tu lah..” Aku tunduk sedih.
“Kenapa Ayu tak
cuba tarik perhatian dia?”
“Buat apa nak
bersaing dengan awek-awek dia yang ramai tu? Lagipun…. siapalah Ayu ni, Abang
Is… Anak bekas guru besar jer. Dia tu,
tengok dia punya taste… Aduh! tak
boleh tahan ahh” Dalam sayu, aku menjawab. Wajahku juga tidak diangkat dari
tadi.
“Tu kena berguru
dengan Abang, macamana nak pikat lelaki kasanova macam tu”
“Malas lah Abang
Is.. biarkan jelah dia tu!” Aku letak kusyen kecil di paha Abang Is dan
rebahkan kepalaku di situ. Abang Is membelai lagi rambutku. Tuhan… aku
bersyukur diberikan abang sebegini baik. Aku sungguh sayang padamu, Abang Is.
Aku pejam mata menikmati usapan di kepalaku sehingga aku terlena disitu.
No comments:
Post a Comment