DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday, 8 March 2016

AKU SAYANG KAMU - BAB 4



Tiba di pekan Alor gajah. Kami harus mencari pula sebuah bank terkemuka. Masuk ke dalam bahagian mesin-mesin ATM dan catitkan segala servis yang ditulis di dindingnya. Lenguh jugalah aku menulis satu persatu beralaskan fail plastik ditanganku. Tulisanku…  baik sikit dari cakar ayam. Agaknya tulisan doktor di klinik, lagi cantik!
Yang geramnya, Encik Irfan sekadar memerhati. Enak sahaja badannya disandarkan ke  dinding kaca memeluk tubuh memandangku tanpa berkelip. Memang dasar kayu! Stonehead!
            Sejak keluar dari pekan Nilai tadi, aku rasakan Encik Irfan sudah berubah sedikit kelakuannya. Sepanjang perjalanan ke mari, dia lebih banyak berdiam. Asyik melayan lagu dari radio Red.fm. Lagak angkuhnya juga nampak berkurangan. Terfikir juga aku, takkanlah insiden aku hampir dilanggar kereta tadi, dia boleh berubah sebegitu drastik?
            Keluar dari bank, hujan mula turun. Aduh! Sudahlah Audi Q7 diparkir agak jauh dari sini. Aku pandang Encik Irfan dan dia pandang aku balik sambil angkat-angkat kening.
            So what? Takkan nak tunggu kat sini?” Eh!... dia pulak yang tanya aku.
            “Dah tu, nak buat macam mana. Tunggu ajalah….” Aku menjeling Encik Irfan dengan pandangan tajam. Aku berpeluk tubuh menahan kesejukkan. T-shirt lengan pendek yang Mesra Holdings tempah tidaklah setebal mana. Menyesal pula aku tidak keluarkan sweater dari beg sandangku tadi.
            Sedang aku bermenung, mataku nampak kelibat Encik Irfan berlari ke arah keretanya meredah hujan. Tergamam aku sebentar. Ingatkan tadi takut air!
            Encik Irfan datang semula dengan sekaki payung yang besar. Di tangannya sehelai jaket dan dia hulurkan padaku.
            “Pakai ni. Aku tengok kau dah menggigil tu..” Aku sarungkan jaket miliknya ke tubuhku dan kemudian berpeluk tubuh semula.
            “Jom!” Encik Irfan gamit aku ke bawah payungnya. Aiseh! Nak berpayung berdua-duaan? Kenapalah dia tak bawa satu lagi payung? Fail plastik di tangan aku genggam erat, bimbang kertas-kertas di dalamnya akan basah terkena tempias hujan.
            “Rapat sikitlah kat aku, nanti kau basah!”
            Dalam keterpaksaan aku menurut. Tangannya memaut bahuku agar lebih rapat padanya. Aku  menahan debar seribu rasa. Oh…!! Kan bagus kalau boleh berpayung begini hingga sampai ke Melaka? 
~~Hahahaha… kau gila, Ayu?~~
            Sekejap sangat rasanya sudah sampai di pintu kereta. Encik Irfan buka pintu kereta dan masih payungkan aku hingga belakang badannya basah lencun. Meletus tawa kami bila Encik Irfan dengan selamatnya masuk ke kereta. Entah apa yang menggelikan hati, tidak tahu pula.
            Usai ketawa, mataku terarah pada rambut Encik Irfan yang tidak terurus dan melepek di dahi. Sengehku makin lebar. Hilang sudah gaya ala-ala Aaron Aziznya.
            “Kau tolong capai beg aku kat seat belakang?” Pinta Encik Irfan. Aku pusingkan badan ke belakang dan ambil beg yang dikehendaki. Aku hulurkan padanya dan dia menyambut. Dikeluarkan sehelai T-shirt putih dan campakkan balik begnya ke belakang. Aik? Main campak-campak aja? Ganas sungguh la!
            Sorry.. aku nak tukar baju. Kau tak kisah, kan?” Gulp! Aku telan air liur. Takkan dia nak buka baju di sini? Merah padam mukaku serta-merta. Dia tarik bajunya ke atas dengan selamba. Pantas aku palingkan muka ke luar tingkap. Kalau tak mengenangkan di luar hujan semakin lebat mencurah-curah, mahu saja aku buka pintu dan terjun dari keretanya.
            “Ok, dah siap! Takkan kau tak pernah tengok lelaki tak pakai baju? Bukannya salah pun!” Encik Irfan menegurku sinis. Ya Allah! Dia ingat aku ni apa? Aku pandang ke depan semula. Masih segan mahu menoleh padanya.
            “Abang saya tak  pernah berlenggeng depan saya” Aku cuba berbohong padahal di kepalaku terbayang aksi ‘kantoi’ Abang Is selepas mandi tempohari.
            Task terakhir di Pekan Masjid Tanah pula. Lega segala clue dan soalan kami dapat selesaikan kesemuanya. Dan sekarang kami menghala ke Tanjung Bidara Beach Resort yang sudah tidak berapa jauh lagi.
            “Kita dah nak sampai. Kau pernah datang sini?”
            “Tak pernah!”
            “Ermmm pantainya cantik. Sesuai untuk mandi-manda. Masa aku kecik, Daddy aku selalu jugak bawak kitaorang bercuti kat TBBR” Encik Irfan bercerita tanpa perlu aku bertanya.
            Masuk saja ke perkarangan TBBR, sudah banyak kereta-kereta yang berpelekat Mesra Holdings Treasure Hunt berada di tempat parkir.  Nampak sangat kami tak akan berpeluang untuk menang. Hujan lebat di Alor gajah tadi melengahkan kami, tapi aku tetap senyum bahagia. Tak menang pun tak apa kerana kenangan berpayung bersama Encik Irfan lebih manis. Tak sudah-sudah aku mengulum senyum.
            “Yang kau tersenyum-senyum sorang ni, kenapa?” Hah! Aku tersentak. Tunduk menahan malu dan buka pintu tanpa menoleh padanya.
            “Idayu.. sekejap. Aku nak tanya kau…” Tangannya di lenganku menahan.
            “Ada apa, Encik Irfan?”
            “Kau suka kat aku ke?” Ya Rabbi!! Teramatlah direct punya soalan Encik Irfan ajukan padaku. Macamana aku mahu  menjawabnya?
            “Kenapa Encik Irfan tanya macam tu?”
            “Aku dah lama perhatikan kau. Kau memang ada hati pada aku, betul tak?”
            “Apa Encik Irfan mengarut ni? Jangan nak perasanlah!” Aku rentap tangannya dan terus turun dari kereta. Tanpa banyak soal, aku buka pintu belakang dan ambil beg sandangku. Sekejap lagi aku boleh minta staf yang lain tolong angkat barang-barang yang banyak di dalam bonet kereta Encik Irfan. Menonong saja aku ke lobi TBBR tanpa menunggu Encik Irfan dan berkumpul bersama rakan sekerja.
            “Mana Encik Irfan?” Tanya Zana padaku. Matanya pandang aku atas bawah. Pelik aku dengan kelakuan Zana. Apa yang tak kena?
            “I kat sini, Zana. Idayu ni punyalah teruk. Bukan nak tolong I angkat barang pun!” Amboi... sedapnya mengata! Aku jelingnya geram.
            Semua mata di situ menatap kami dengan hairan. Sekejap pandang aku dan kemudian pandang Encik Irfan. Aku mula cuak. Ishhh… apsal ni? Apa yang pelik sangat bila nampak aku bersama Encik Irfan. Bukannya mereka semua tidak tahu, dari KL lagi aku berpasangan dengan Encik Irfan bagi acara treasure hunt?
            “Idayu……. lawa jaket kau? Tapi…. Apa pasal nampak gedobos? Macam tak kena aja?” Rasyidah menegur.
            Erk!!! Aku tunduk pandang jaket di tubuhku. Jaket tebal jenama “Timberland” kepunyaan Encik Irfan. Dah terang-terang jaket lelaki.  Astaga! Macam mana aku boleh lupa mahu tanggalkan sebelum aku turun dari keretanya tadi? Berbakul-bakul aku sumpah-seranah diri sendiri. Sekejapan aku tanggalkan jaket dan hulurkan pada Encik Irfan dengan muka tebal berinci-inci. Aku pasti, selepas ini timbullah gosip-gosip liar antara aku dan Encik Irfan. Aduhhh! Mana aku nak letak muka?
            “Dah pinjam, tak reti nak basuh? Aku tak sanggup nak cium bau badan kau lah! Minggu depan kau bawak aja ke opis. Make sure dah wangi semula” Berganda-ganda merah pipiku. Kenapalah Mamat ni suka sangat naikkan suhu kemarahanku? Tak boleh ke minta tolong aku cuci baik-baik? Ini siap perli-perli lagi. Ingat bau badan aku ni busuk sangat ke? Hampir setengah botol perfume “Dune” dari jenama Chrisian Dior aku sembur pagi tadi tau! Aku campakkan jaket mahal di atas beg sandangku bersama-sama geram yang berbuku-buku di dada.
            “Zana…. Bilik-bilik dah arrange ke?” Aku alihkan tumpuan mereka-mereka yang masih ralit pandang aksiku dengan soalan lain. Linda disebelah Zana juga tersenyum-senyum. Terangkat-angkat keningnya seolah menghantar satu kiasan kepadaku. Aku buat-buat tak tahu saja,
            “Dah dapat list dan kunci. Kau dengan aku share bilik… senang nak bincang nanti”
            “Weh… aku tak boleh share bilik skali dengan korang ke? Aku pun nak bincang jugak” Tiba-tiba Nizam dating mencelah dan menyelit ditengah-tengah antara aku dan Zana.
            “Banyak cantik muka kau? Kau penah rasa makan tapak kasut saiz enam, tak?” Nizam tergelak kuat.
            “Aku gurau ajalah. Itupun kau nak marah!”  Berhenti ketawa, dia tayang sengeh pula.
            “Sudahlah…. Jangan dilayan sangat, nanti lagi dia naik daun. Aku nak mandi. Tadi aku basah kena hujan” Aku menyabarkan Zana.
            “Oooo tu yang pakai jaket bos aku? Ada peristiwa romantika de’amor ke tadi?” Zana mula mengorek rahsia. Uhuk! Aku terbatuk.  
            “Pandai ajalah kau ni…. bukak lah pintu cepat. Letih la…..lepas mandi aku nak ‘‘Bummm” sekejap! Buffet lunch habis pukul berapa ek?”           
            Buffet sampai kul 2.30 je. Kalau lambat kau pergilah café… bayar sendiri!”

            Badan mula segar selepas mandi. Si Zana entah ke mana perginya. Keluar makan kut! Desis hatiku. Nampak katil empuk depan mataku. Apalagi… buat terjun tiruk lah! Lepas tu…. kuak lentang! Baru mahu pejamkan mata, BB pula berdering. Ishhh! Kacau sungguh!
            He…llo…. !” Aku menjawab malas.
            “Assalamualaikum Ayu….” Abang Is! Aku bangun duduk bersila di atas katil.
            “Waalaikum salam…”
            “Dah sampai Melaka?”
            “Baru aja check in.. Mandi…”
            “Belum pukul 1.00 dah mandi?”
            “Tadi.. kena hujan dekat Alor Gajah... aaaaaaah chum!” Aisehhh…. Tersembur air hidungku tanpa sempat aku menahan.
            “Tengok tu! Dah selsema. Ayu tak ada bawak sweater ke?”
            “Bawak.. tapi tinggal kat dalam beg. Tadi keluar ke bank” Aku menjawab sambil genyeh hidungku.
            “Dah tahu jenis tak boleh kena hujan… lagi nak tunjuk malas!”
            “Alahh….. Abang Is… janganlah bebel-bebel.. Ayu baru jer nak happy-happy kat sini”
            “Ikut hati Abang.. sekarang jugak Abang nak ke sana. Nak tengok keadaan Ayu”
            “Abang Is!…. Ayu ok lah… selsema sikit aja. Ayu ada bawa ubat spare. Malam nanti sebelum tidur Ayu makan”
            “Janji?”
            “Ayu janji” Aku angkat tangan membuat berikrar macamlah Abang Is boleh nampak apa yang aku sedang lakukan.
            “Sebelum makan ubat, video call Abang dulu. Ayu tu bukan boleh percaya. Kang dah letih sangat, semua lupa!”
            “Ok… ok.. I promise! Ayu nak rehat dulu. Kejap lagi nak keluar bincang lagi dengan officemate Ayu”
            “Ok… take care! Pagi esok Abang call, kalau suara Ayu sengau lagi.. Abang terus pergi sana heret Ayu balik!”
            “Tak mau! Malulah Ayu camtu. Dahlah bos kerek tu mengata Ayu anak manja!” Abang Is ketawa perlahan.
            “Ayu memang manja pun….. Bye, Abang sayang Ayu…”
            “Ayu pun sayang Abang Is…!” Aku tersengeh riang. Memang aku tidak suka orang mengata aku anak manja. Tapi dengan Abang Is… susah aku mahu buang sikap keanak-anakan yang terbawa-bawa sehingga kini.
~
Malam, barbeque dinner di tepi kolam renang. Aku, Linda, Zana dan Nizam berusaha agar segalanya berjalan lancar. Nasib baik malam ini, Encik Irfan memberi kerjasama dengan baik. Dari petang tadi, dia membantu kami menyusun hadiah-hadiah untuk acara treasure hunt siang tadi. Boleh tahan juga hadiah-hadiah yang Cik Natrah dapat kumpulkan dari penaja-penaja Family Day kami. Kebanyakkannya dari pembekal-pembekal barangan yang selalu berurusan dengan Cik Natrah.
            Acara dimulakan dengan ucapan dari Cik Natrah sebagai wakil dari bapanya Datuk Firdaus yang tidak dapat turut serta bersama kami malam ini  Kemudian disusuli pula bacaan doa dari salah seorang kakitangan Mesra Holdings.
            Perut yang sudah lapar, masing-masing tidak menunggu lama menyerbu ke hidangan buffet dan juga barbeque seafood. Daging nipis dan juga kepak ayam yang masih panas di atas pemanggang tersangatlah menyelerakan. Apatah lagi, petang tadi rata-rata kakitangan mengambil peluang untuk berendam di kolam renang bersama keluarga dan anak-anak mereka. Sudah tentu perut masing-masing tidak sabar untuk menikmati hidangan enak yang disediakan pihak resort.
            Encik Irfan menatang piring mampir di sebelahku yang termanggu-manggu di tepi pemanggang. Masih berkira-kira mahu ambil apa. Semua nampak menyelerakan.
            “Kau nak udang?” Tanya Encik Irfan tiba-tiba. Aku geleng perlahan.
            “Saya tak suka udang. Nanti hidung saya gatal. Allergic
            “Cerewetnya!”
            “Saya bukan cerewet, Encik Irfan. Saya ada resdung…. Anyway thanks!” Aku berlalu ke arah deretan buffet di sebelah lain, tidak mahu terus dikutuk dengan pedas mulutnya. Rasa terkilan pula aku menyimpan perasaan pada Encik Irfan sejak awal. Dalam hati tertanya-tanya juga. Dengan awek keliling pinggangnya, beginikah cara dia melayan mereka? Kasar semacam! Kalaulah aku jadi girlfriend Encik Irfan, sudah tentu setiap hari makan hati. Tak romantik langsung. Tapi cara dia melindungiku dari hujan siang tadi… nampak caring sangat. Keliru aku dibuatnya!
            “Weh… tak baik termenung depan rezeki. Kau tenung bihun goreng dan ayam berempah sampai tembus tu, siapa yang kau nampak? Encik Irfan ke?” Linda menguis lenganku di atas meja.
            “Ishhh mulut….. aku sumbat dengan ayam goreng ni baru tau!”  Aku menjeling geram. Sesudu bihun aku suapkan ke mulut.
            Aku, Zana dan Nizam mula sibuk di tepi pentas memulakan acara penyampaian hadiah untuk treasure hunt. Aku dan Encik Irfan hanya menduduki tempat ke-10. Tak apalah, kami sekadar memeriahkan acara, bukan hadiah yang jadi keutamaan. Kanak-kanak kecil juga diberi hadiah setiap seorang. Puas melihat wajah-wajah riang mereka walaupun hadiah mainan yang kami belikan tidak seberapa harganya.
            Yang paling menariknya, sengaja kami selang-selikan dengan persembanhan karaoke secara paksa. Setiap nama yang ditarik keluar dari balang kaca, diwajibkan menyanyi. Maka, berkumandanglah suara-suara sumbang di pembesar suara menambahkan gelak tawa kami. Seronok apabila semua staf sporting habis. Tiada seorang pun menolak apabila terpaksa men’SUMBANG’kan lagu.
            Satu lagi nama dicabut dari balang kaca oleh staf paling senior di Mesra Holding, Haji Murad.            “Dipersilakan Encik Irfan Mukhriz!”
            Semua yang duduk di meja bersorak kuat. Aku dan Zana saling berpandangan. Eh? Takkan pula nama bos boleh terlepas ke dalam balang kaca, sedangkan dia salah seorang committee? Ha.. ni mesti ada sesiapa yang sengaja mahu kenakan Encik Irfan. Dalam hatiku tergelak suka. Padan muka!. Nak juga aku dengar suara sumbangnya bila menyanyi.
            Dengan lagak selamba Encik Irfan melangkah ke tepi pentas mencapai mikrofon. Fuyooo… Sportingnya!
            Fewiittt.. cayalah Bos!!!” Entah dari meja mana datangnya suara yang memekik. Yang peliknya dia capai sebuah gitar tidak jauh dari monitor TV. Eh.! Bila masanya ada gitar pula? Semakin hairan aku. DJ karaoke membetulkan stand mikrofon dan halakan pada Encik Irfan yang sedang kemaskan duduknya di kerusi.
            “Terimalah dari saya….sebuah lagu dari Enrique Iglesias berjudul ‘HERO’” Encik Irfan mula memetik gitar. Aku terpaku mendengar alunan lembut petikkan jari ke tali gitarnya. Dia berpaling ke sebelah kanan pentas, tempat aku dan Zana berdiri dan mula menyanyi.

Would you dance, If I asked you to dance?
Would you run, and never look back?
Would you cry, If you saw me crying?
And would you save my soul, tonight?
Would you tremble, If I touched your lips?
Would you laugh? Oh please tell me this
Now would you die, For the one you loved?
Hold me in your arms, tonight
chorus:-
I can be your hero, baby
I can kiss away the pain
I would stand by you forever
You can take my breath away
Would you swear, that you'll always be mine?
Or would you lie? would you run and hide?
Am I in too deep? Have I lost my mind?
I don't care, you're here tonight.

            “Idayu… Encik Irfan tuju lagu tu untuk kau la..” Zana tolak bahuku. Tersenget aku ke tepi.
            “Bukanlah.. untuk kau…dari tadi dia pandang kau..” Aku cuba menafikannya dan tolak bahu Zana semula. Kami saling bertolak bahu macam budak tadika pula.
            “Heyyy…. memang dia tenung kau la … Dia suka kat kau!” Zana rapatkan mulutnya ke telingaku seolah berbisik. Aku jadi tidak keruan. Betul ke apa yang Zana cakap? Atau aku yang ter’Perasan’ lebih?

chorus:
I can be your hero, baby
I can kiss away the pain.
I would stand by you forever
You can take my breath away
Oh, I just want to hold you
Am I in too deep?
Have I lost my mind?
I don't care
You're here tonight
I can be your hero, baby
I can kiss away the pain
I will stand by your forever
You can take my breath away
I can be your hero
I can kiss away the pain
And I will stand by you forever
You can take my breath away.
You can take my breath away………..
           
            Encik Irfan tamatkan lagunya dan mendapat tepukkan gemuruh. Tak sanggup aku memandang padanya lagi. Lantas aku buat-buat sibuk meneliti senarai pemenang di tanganku

No comments:

Post a Comment