Belum puas dengan barbeque dinner, sekarang grup commitee berkumpul
pula di gerai berhadapan Tanjung Bidara. Walaupun sudah melepasi lewat tengah
malam, gerai-gerai masih terang- berderang disinari lampu. Masih ramai
pengunjung yang mahu menghabiskan sisa malam di sini. Dengan skrin besar di
tengah-tengah kawasan lapang, anak-anak muda menonton bola sepak dari saluran
Astro Supersport.
“Bos.. dasyat la
suara bos menyanyi…. power!” Nizam
memuji Irfan.
“Baru tahu ke?”
Encik Irfan puji diri sendiri. Eiiii….. Berlagaknya!
Aku hirup Neslo
panas kegemaranku. Angin pantai di tengah malam, buat bulu roma di lenganku
menegak. Selepas barbeque dinner
tadi, kami terus ke sini. Malas pula mahu balik ke bilik untuk ambil sweater.
“Lain kali saya nak
dengar Idayu pulak yang menyanyi” Aku panggung muka mendengar kata-kata Encik
Irfan.
“Saya? Nak bagi
rebut petir melanda, boleh lah…” Zana tergelak kuat dengan kata-kataku.
“Alah.. kita set pergi karaoke. Sumbang-mambang
belakang kira. Ok tak, Bos?” Nizam memandai-mandai saja memberi cadangan.
“Boleh!... lepas
balik KL… I belanja semua committee. No excuses, diwajibkan!” Encik Irfan
Mukhriz menoleh padaku dengan seyuman perli. Sajalah tu nak kenakan aku!
“Ok set. Minggu depan, Jumaat lepas kerja.
Boleh, Bos?” Nizam tambah teruja.
“Yes! Zana… tolong masukkan dalam my schedule, ok?”
Zana mengangguk
sedangkan aku diam tidak terkata. Mahu membantah, tadi Encik Irfan seperti
memberi arahan pula. Aduhhh!!! Dia nak dengar aku menyanyi? Boleh pitam aku
macam ni. Kalau suara itik serati yang keluar nanti, mesti kena gelak kaw-kaw punyalah!
“Dah lewat malam
ni. Saya dah mengantuk, saya nak balik bilik dululah!” Aku tolak kerusi ke
belakang tapi Encik Irfan lebih pantas cekup lenganku.
“Tunggulah sekejap
lagi. Kita balik bilik sama-sama. Tengok, Nescafee aku belum habis lagi. Dahlah
kurang sedap macam kau buat” Lima pasang mata memandang aku dan pandanganku aku
jatuhkan pada pautan tangan Encik Irfan dilenganku.
“Encik Irfan….” Aku
tarik tanganku dengan kuat dan duduk semula di kerusi. Bimbang jika ada yang
salah mentafsir.
“Err…. Cik Natrah…
esok pagi, kita nak mulakan sukaneka dengan acara apa?” Aku buat-buat bertanya
pada Cik Natrah. Mahu alihkan perhatian mereka tentang kelakuan Encik Irfan
tadi yang tidak segan-silu menyentuh lenganku.
“Untuk kids dulu lah. Kalau dorang dah masuk
laut, nak panggil semula keluar untuk game,
susah” Nizam setuju. Aku dan Zana juga mengangguk.
"Dah ada
nama-nama untuk volleyball pantai?”
Tanya Cik Natrah lagi.
"Sudah ada,
tapi masih belum cukup. Pagi esok I tanyakan lagi” Zana menjawab.
“Irfan… kau dulu terror volleyball, kan? Kau masuk
jugaklah, boleh?” Cik Natrah menyoal Encik Irfan. Aku yang mendengar rasa
kagum. Aktif sungguh dia ek? Dahlah suara bagus, boleh main gitar dan kuat
bersukan pula.
“Tengoklah dulu…”
Jawab Encik Irfan bersahaja serentak kedengaran jeritan nyaring dari BBnya.
Segera dia menyambut panggilan tersebut.
“Hai Nita.. Oh ya
ke? nak jumpa I? Owh… you datanglah.. kat gerai depan laut ni… ok. Bye!”
“Kawan I, yang bagi
40% diskaun pada kita tu. Dia nak datang sini join us. You all don’t mind,
right?” Serentak, kami semua
gelengkan kepala walaupun dalam hati rasa tak sedap pula.
"Irfan darling.....!! Kesemua kepala yang ada
berpusing pada yang empunya suara. Nyaringnya, jauh sebatu sudah boleh di
dengar. Terbeliak mata Nizam melihat makhluk paling seksi berskirt pendek sampai ke paha dan baju ketat
bertali halus menampakkan lurah dada. Telan liur Nizam seketika. Aku menyikunya
dan dia tersengeh macam kerang busuk.
“Seksinya…
mengancam!” Bisik Nizam perlahan. Agaknya perempuan tu boleh dengar kata-kata
Nizam. Senyum lebar dia sempai ke telinga. Aku memandang jelik!
“Oh hai Nita.
Kenalkan my staf… Idayu, Nizam, my cousin Natrah. She is one of our Managing Director. My P.A Zana, Rasyidah dan yang
sana tu, Hisham” Nita angguk lantas kerusi di meja sebelah ditarik dan menyelit
di tengah antara aku dengan Encik Irfan. Terpaksa aku berkalih sedikit ke tepi,
memberi ruang padanya. Nita duduk saja, terus mata Nizam di sebelahku membulat.
Dada yang montok seakan mahu terkeluar dari baju ketatnya. Ya Rabbi!... memang
sedaplah budak berdua yang menghadap Nita mencuci mata.
“Sorrylah sayang!. I ingat nak datang
awal tadi… tapi my parents pulak
datang dari KL. I pergi jemput mereka kat airport”
Adunya manja sambil tangannya mengelus lengan Encik Irfan. Gediknya! Aku rasa
nak termuntah di situ juga.
“Zana, jom balik
bilik. Bagi chance lah Encik Irfan
dengan Nita. Kita ni pengacau je…” Aku kenyitkan mata pada Zana dan Rasyidah.
Mereka terus bangkit. Cik Natrah juga bangun.
“I pun nak balik
bilik lah! Dah mengantuk. Nizam dan Hisham? Korang berdua nak lepak kat sini
lagi ke?” Cik Natrah memyampaikan “hint”
pada budak berdua yang dari tadi tak lepas-lepas pandang ke arah dada Nita
dengan geram.
“Sudah-sudah lah tu!” Aku tepuk bahu Nizam
kuat. Terkulat-kulat dia.
“Jom balik bilik.
Esok nak bangun awal”
Dalam perjalanan ke
bilik, aku dan Zana ketawa kuat. Bukan main lagi kami mengutuk si Nita.
“Aku tengok dia pun
gerun oooo… macam nak terkeluar aset dia. Aku rasa Nizam tu tak sedar kut air
liur dia meleleh keluar” Geli hatiku mendengar kata-kata Zana yang langsung tak
ada tapis-tapis.
“Aku pun hairan la…
tak sejuk ke malam-malam pakai baju tak cukup kain macam tu?” Aku bertanya
balik pada Zana.
“Ermm..
rasa-rasanya Nita tu girlfriend Encik
Irfan yang ke berapa tu ek? Aku nampak dia macam dah “biasa” je dengan bos kita
tu” Soalan Zana buat aku berfikir sejenak. Dah “biasa”. Uhhhhh ngerinya!!!
Masuk ke bilik,
cuci muka dan gosok gigi. Pijama labuh aku sarungkan dan naik ke katil. Zana di
katil sebelah mengiring padaku.
“Idayu…. aku
rasalah kan, bos kita tu ada hati kat kau…” Aku berdebar saat Zana menyatakan
pendapatnya.
“Ishhh….
mengarutlah! Kau dengarlah cara dia bercakap dengan aku. Mana pernah lembutnya.
Panggil 'KAU-AKU' je…” Aku menyangkal sedaya-upayaku. Mana mungkin Encik Irfan
menaruh hati padaku sedangkan kelakuannya sangat-sangat menyakitkan hati?
“Kau nak tahu satu
perkara tak, Idayu? Lelaki ni ada yang ‘ego’nya tinggi melangit. Dia tak berani
nak tunjukkan perasaan dia pada kau, sebab takut jatuh saham dia. Mungkin bagi
dia, kau tak setanding dengan girlfriend dia
yang sebelum-sebelum ni” Zana menerangkan, macam arif sungguh dengan perangai
lelaki.
“Aku tak rasa macam
tu. Aku ni memang bukan taste dia” Aku masih menidakkannya walaupun hatiku
pedih dengan kata-kata sendiri.
“Tapi masa dinner tadi.. lagu ‘Hero’ tu… aku rasa Encik Irfan cuba sampaikan isi
hati dia pada kau…”
“Aah… sekadar lagu
jer…. tak ade makna apa-apa pun”
“Serius Idayu…. aku
rasa dia suka kau….”
“Dahlah… malas
cakap pasal bos lagi. Aku nak tidur!” Aku tarik bantal dan tekup mukaku.
“Weh… sengaja lah
tu, nak elak!. Kau memang dari dulu sukakan Encik Irfan, kan?” Masih tidak puas
hati, Zana mengusikku sambil ketawa. Aku kalihkan bantal semula.
“Kalau aku suka dia
pun, dia tak suka kat aku. Aku nak buat apa? Tepuk sebelah tangan, bunyi angin
pun tak ada, kan?” Aku tekan suis lampu di tepi katil dan bilik gelap gelita.
Masa untuk tidur!
“Idayu… bangun. Dah subuh dah!” Aku terpisat-pisat
bangun sambil mengenyeh mata.
“Pukul berapa
sekarang?”
“6.45… Kau mimpikan
bos ke tadi? Asyik sebut “LET ME BE YOUR
HERO…. LET ME BE YOUR HERO!” Hah? Biar betul? Aku mengigau macam tu ke?
“Zana…. Betul ke
aku sebut macam tu?”
“Betul lah!”
“Kau tak main-main,
kan?” Aku mula gelabah. Ya Allah! Malunya aku…..
“Aku cakap betul…
yang kau gelabah sangat kenapa? Rileklah!. Aku tau kau memang minat gila dengan
bos aku tu. Tengok.. sampai terigau-igau. Parah sungguhlah kau!” Eeiii… mana
aku nak letak muka? Nasib baiklah aku sebilik dengan Zana. Kalau dengan Cik
Natrah? Aduhai……..!
Selepas bersarapan, kami semua bergerak ke tepi pantai
Tanjung Bidara. Acara sukaneka dimulakan dengan permainan kanak-kanak. Riuh
rendah jadinya dengan laungan kuat ibu-bapa masing-masing. Pelbagai ragam
anak-anak kecil mengikut arahan yang kami berikan. Dan ada yang menangis bila
tidak dapat memecahkan belonnya. Puas pula bapanya memujuk. Kasihan…..
Habis acara
kanak-kanak giliran staf bersama pasangan mereka. Yang seronoknya mereka sporting habis. Senak perutku menahan
ketawa. Tiba di acara berlari berpasangan dengan sebelah kaki diikat. Tiga
pasangan sudah tampil, hanya menunggu dua pasangan lagi. Maka, Nizam heret
Hisham ke tengah. Terpaksalah juga isteri Hisham mengikut dengan malu-malu.
Tinggal satu pasangan lagi. Masing-masing panjangkan leher.
“Tak boleh jadi ni.
Kalau aku yang committee kena… tak
kira, bos kena masuk jugak!” Hisham dengan selamba tarik tangan Encik Irfan
sama.
“Eh mana boleh?
Saya tak ada partner…”
“Ada.....ada! Ni,
Idayu ada?” Rashidah tolak aku mendekati Encik Irfan.
“Syidah.. apa ni?
Aku mana boleh?”
“Ala…. Sporting la sikit. Dah ramai tengah
layan anak tu…” Zana mencelah.
“Boleh ke ni?”
Tanya Encik Irfan padaku.
“Ok lah…. nak buat
macam mana. Kena paksa!” Aku mengalah dengan muka cemberut.
“Tak ikhlas la tu…”
Bisiknya perlahan bila kami berdiri amat rapat kerana kedua kaki kami sudah
diikat bersama. Di penghujung barisan kami, petugas TBBR bersedia meniup wisel.
“Kau jangan
terkejut kalau aku angkat kau” Encik Irfan memberi amaran.
“Hah!”
Preeeettttt!!! Wisel berbunyi. Aku tak
sempat melangkah kerana Encik Irfan sauk pinggangku hingga aku terjengket.
Terasa melayang tubuhku bila Encik Irfan melangkah laju hingga ke garisan
penamat.
“Tak aci…. bos main
tipu!!!!” jerit Zana dan yang lain bersorak. Memang aku dan Encik Irfan yang
dulu sampai ke hujung garisan sedangkan pasangan yang lain masih terkial-kial
melangkah.
Sebaik saja kakiku
cecah ke tanah, aku tergolek jatuh. Dan Encik Irfan turut sama tergolek jatuh
tepat ke atas badanku. Ya Allah! punya sakit badanku kena hempap dek tubuh sasa
Encik Irfan. Semakin galak semua yang berada di situ ketawakan kami. Aku tolak
tubuh Encik Irfan ke tepi. Dia terkekeh-kekeh.
“Siapa suruh kau
tarik aku? Kan dah jatuh!”
“Saya bukan
sengaja, dah memang nak jatuh!” Merah padam mukaku. Geramnya aku saat ini.
Mudah saja Encik Irfan salahkan aku. Aku naikkan badanku dan cuba buka ikatan
kain di kaki kami. Lah…… tersimpul matilah pulak!. Siapalah punya kerja ni?
Rasyidah!! Grrrr…………..
“Kenapa?” Tanya
Encik Irfan bongkokkan badannya melihat aku yang terkial-kial.
“Tali ni… dorang
ikat mati tadi” Encik Irfan tunduk dan serentak aku cuba alihkan kepalaku.
Malangnya kepala kami terhantuk pula.
“Auchhhh!” Aku pegang dahi yang sengal.
“Sakit ke?” Encik
Irfan sentuh dahiku. Aku tepis tangannya.
“Encik …. Orang
tengok kitalah! Syidah… Ada gunting tak? Kenapa ikat mati tadi?” Aku jerit pada
Rasyidah. Rasyidah datang duduk bersila di depan kami. Ketawanya masih belum
habis lagi. Aku tarik muka masam.
“Saja nak bagi
korang terikat lama-lama. Best pulak
tengok korang berdua. Dalam gaduh-gaduh pun, tapi nampak macam serasi je…”
“Kau ni….. eeeii..
cepatlah bukak!” Hangin aku sudah naik tahap maksimum. Sepatutnya aku sebagai committee tidak terlibat langsung dalam
apa juga permainan. Tapi, tengoklah apa yang jadi? Kakiku terikat dengan kaki
bos pula.
“Mana gunting?”
Tanyaku tidak sabar.
“Gunting tak ada.
Tunggu sekejap..” Rasyidah bangun sambil mengibas pasir di punggungnya.
Seketika kemudia dia datang dengan sebilah pisau. Terkejut besar aku.
“Weh.. kau bawak apa
tu?”
“Aku pinjam pisau
kat gerai atas sana. Dah susah sangat nak bukak!” Ngerinya kurasakan saat pisau
tajam itu begitu hampir dengan kakiku, hingga terpejam mataku.
“Itupun, kau nak
takut?” Ejek Encik Irfan.
Terlepas sahaja
ikatan di kaki, aku segera jarakkan diri. Encik Irfan dulu yang berdiri dan
menghulurkan tangannya padaku. Lambat-lambat aku menyambut dan lengan tegapnya
menyokong aku bangun. Aku kibaskan rambutku yang separas bahu. Banyaknya pasir
pantai melekap di kulit kepalaku.
Permainan volleyball pantai terpaksa dibatalkan
kerana kebanyakkan staf sudah berendam di dalam air laut melayan anak dan
isteri masing-masing. Para committee mula
mengemas segala peralatan yang digunakan untuk sukaneka tadi dan sumbatkan ke
dalam kotak. Hadiah untuk sukaneka pun masih ada lagi di atas meja. Nampak
gayanya terpaksalah ditangguhkan juga. Mungkin sewaktu buffet lunch nanti, kami boleh agihkan semua hamper dan hadiah kepada para pemenang.
“Dah siap ke?”
Tanya Zana.
“Beres… nak angkat
semua ni naik atas sekarang ke?” Tanya Rasyidah kembali.
“Sekejap lagilah…
aku nak mandi laut la, pasir penuh kat kepala ni. Zana... kau nak join aku
tak?” Aku pandang Zana.
“Why not? Dah lama tak berendam dalam
laut” Zana bersetuju untuk mandi bersamaku.
Mujurlah sebelum
turun ke pantai tadi, aku sudah siap memakai pakaian renang lengan pendek di
dalam T-shirt labuh dan tight paras
betis. Aku londehkan track-suit dan
letakkan di atas meja.
“Fuhhh!... ada
seluar. Aku ingat kau nak bogel kat sini, Idayu?” Nizam terkekeh gelak.
“Amboi.. mulut?
Kalau aku bogel.. aku takut kau yang pengsan nanti!” Aku layan lawaknya. T-shirt putih aku biarkan sahaja di
badanku dan terus ke gigi air. Zana juga menyertaiku tak lama selepas itu.
Aku berenang ke
tempat agak dalam dan selamkan kepalaku lama-lama. Tujuanku agar semua
pasir-pasir halus di kulit kepalaku gugur. Pedih hidungku dimasuki air masin,
barulah aku angkat muka. Terkejut!. Batang tubuh Encik Irfan betul-betul di
depan mataku. Sedikit lagi kepalaku hampir melanggar dada bidangnya yang tidak
berbaju. Hampir terbang semangatku. Eh… mana perginya Zana?
“Encik
Irfan…terkejut saya! Mataku melilau mencari Zana. Rupanya dia hanya duduk di
gigi air. Lah…. minah ni. Aku ingatkan dia mandi di sebelahku tadi.
“Boleh ke aku mandi
kat sini?” Encik Irfan renung aku tajam.
“Kenapa pulak tak
boleh? Laut ni bukan saya punya. Lagipun, ramai kat sini…..” Aku menjawab tanpa
rasa dan berenang jauh sikit darinya. Encik Irfan menyaingi aku.
Sekejap aku
menyelam dan sekejap aku terapung seperti biasa. Sedikit kecewa sebab aku tak
dapat lakukan “Kuak Lentang” kegemaranku bila mandi laut. Aku bimbang mata
tajam Encik Irfan menyoroti seluruh tubuhku yang sedang terapung.
Yang aku geram,
Encik Irfan pula yang pamerkan aksi ‘Kuak Lentang’ padaku. Nampaknya Encik
Irfan memang sengaja mahu tunjukkan padaku otot-otot badan sasanya yang tidak
berbaju. Ishhh!... Nak tengok lama-lama, takut Encik Irfan tuduh aku gatal.
Tapi kalau tak pandang rasa rugilah pula. Adessss… Tuhan!... tolonglah kuatkan
iman hambaMu yang tak seberapa ini!
Akhirnya, aku ambil
langkah selamat mahu berenang ke tepi pantai. Sampai di kawasan air paras
pinggang aku cecahkan kaki ke dasar. Melangkah perlahan-lahan di dalam air.
“Idayu… tunggu!”
Lenganku direntap dari belakang. Aku tak dapat imbangi badan. Burrrr…!
serta-merta aku jatuh ke dalam air betul-betul ke dalam dakapan Encik Irfan.
Tergamam aku seketika dan kami saling bertatapan. Darah merah menyerbu wajahku.
Tersedar dari leka, aku loloskan diri dari pelukkannya. Malu… sungguh malu
dipeluk begitu erat. Aku tidak pasti samada staf lain nampak insiden tadi. Aku
harap tiada siapa yang perasan.
~
Zana mengheret beg kecil beroda dan aku dengan sebuah beg
sandang di bahu menghampiri warga Mesra Holding di lobi TBBR. Sebelum pulang ke
KL, kami semua menyerahkan kunci pada Rasyidah dan Nizam. Sudah cukup
kesemuanya, Rasyidah bergerak ke kaunter resepsi. Kami bersalaman dengan
kesemua staf yang mahu beredar. Dan tinggallah aku, Zana, Rasyidah dan Nizam
yang paling akhir melangkah keluar dari TBBR.
Di tempat letak
kereta, aku beriringan dengan Zana untuk ke kereta Cik Natrah. Sedang aku dan
Zana berbual rancak, satu suara menegur kami.
“Hello….. orang tu dah lupa ke semalam di
datang dengan kereta siapa?” Langkah kami terhenti. Encik Irfan sedang berpeluk
tubuh bersandar di pintu Audi Q7nya.
“Idayu… bos dah
panggil tu, pergi lah!”
“Aku nak tumpang
kereta Cik Natrah lah. Suruh Nizam sajalah naik dengan dia” Aku berkata pada
Zana, tapi sebenarnya aku tujukan pada Encik Irfan. Aku pasti dia dapat
mendengar dengan jelas kata-kataku. Encik Irfan mara padaku dan tarik beg
sandangku kuat sehinggakan badanku tertarik ke belakang.
“Encik Irfan… apa
main tarik-tarik ni?” Marahku. Terasa sengal bahuku.
Aku nak kau naik
kereta aku. Bukannya Nizam”
Suka hati sayalah!”
Ini arahan. Siapa
Bos? Aku atau kau?” Aku pandang Cik Natrah yang ada di situ minta dia masuk
campur.
Pergilah Idayu.
Kang ada jugak yang naik darah tu… tak pasal-pasal kena sakit jantung!” Cik
Natrah pula menyuruh sambil tergelak-gelak. Paham sangat dengan perangai Encik
Irfan yang kuat mengarah itu.
Hampanya hatiku.
Aku sangkakan, Cik Natrah akan memihak padaku. Harapanku sebentar tadi
serta-merta hancur. Encik Irfan bawa beg sandangku ke keretanya dan masukkan ke
tempat duduk belakang. Aku terpaksa menurut dan melambai pada kawan-kawanku.
Pintu sebelah penumpang aku buka dan segera meloloskan diri ke dalamnya. Encik
Irfan kerling wajahku yang mencuka dan undurkan keretanya keluar dari tempat
parkir.
“Kenapa Encik Irfan
suka sangat paksa saya? Encik tahu tak, sekarang bukannya waktu pejabat?”
“Aku punya pasallah
nak buat apa pun. Aku bos kau, ada masalah ke dengan tu?” Jawapan selambanya
buat aku tambah geram.
“Memang banyak
masalah. Sebabnya saya tak suka cara Encik Irfan layan saya. Kenapa dengan saya
Encik Irfan berkasar tapi dengan orang lain tidak?” Selama ini aku hanya diam
setiap kali dia membuliku. Entah kenapa hari ini timbul keberanianku untuk
mempersoalkan tindak-tanduknya yang tidak rasional itu.
“Kalau kau tak suka,
kau boleh berhenti kerja” Aku tenung wajah Encik Irfan lama. Semakin hangat
hatiku saat ini.
“Encik Irfan tak
ada hak nak suruh saya berhenti. Saya P.A. Cik Natrah, bukannya Encik…”
“Aku suruh kau
berhenti, sebab aku tahu kau sukakan aku” Dia menjawab pantas.
“Saya suka atau
tidak pada Encik Irfan, tak ada kena mengena dengan kerja saya” Encik Irfan
tersenyum sinis.
“For your info Cik Idayu Aireen, aku tak
layan ‘CINTA’ pejabat. Kalau kau rasa nak bercinta dengan aku, kau mesti hantar
notis dan cari kerja tempat lain”
“Saya tak teringin
pun nak bercinta dengan Encik Irfan. Saya sedar siapa saya. Encik Irfan dari
keluarga ternama. Saya tak sepadan dengan Encik Irfan”
“Kau jangan nak
tipu akulah, Idayu. Dari hari pertama aku jumpa kau dalam opis Natrah, kau
tenung aku macam tak pernah tengok lelaki. Kau tergoda dengan aku, kan?”
Astaga! Aku mengucap di dalam hati. Merona merah wajahku serta-merta. Rupanya
dalam sikapnya yang selamba hari tu, dia dapat menangkap keterujaanku padanya.
Aku hembuskan nafas perlahan. Tapi…. eh! Di mindaku terdetik sesuatu.
“Kalau Encik Irfan
sedar saya perhatikan Encik.. maknanya Encik pun curi-curi tengok saya? Encik
pun ada hati pada saya?” Aku membidasnya. Pedas! Encik Irfan senyum.
“Perlu ke aku jawab
soalan tu?”
“Sangat perlu,
kalau melibatkan hati dan perasaan saya” Dia ketawa sinis.
“Setakat perempuan
macam kau ni, sekali aku petik…. Bukan saja 10 perempuan, lebih dari tu pun
sanggup beratur nak berkenalan dengan aku. Macam aku cakap tadi, kalau kau nak
cuba dapatkan perhatian dari aku, kau kena cari kerja lain. Then… kita tengok, sejauh mana hubungan
kita akan pergi. Kalau ada jodoh tak ke mana” Encik Irfan menjawab dengan
bongkak.
“Maknanya saya kena
mencuba nasib?”
“Lebih kurang macam
tu lah!” Dia tersengeh.
“Ok…. Aku nak
berhenti sekejap. Nak solat Asar. Kau nak ikut tak?” Aku angguk.
“Lepas solat nanti,
kau bagi jawapan pada aku”
Usai solat di surau
R&R Seremban, aku termenung di tepi kereta Encik Irfan. Menunggu, entah ke
manalah mamat ni pergi. Takkanlah lelaki solat lebih lama dari perempuan?
Selepas sepuluh minit berlalu, dari jauh aku nampak Encik Irfan datang dengan
bungkusan plastik.
“Nah air untuk kau.
Aku tak tahu kau suka minum apa. Aku belikan Coke saja, ok tak?”
“Thanks…” Ucapku sambil tersenyum hambar.
Aku pelik dengan lelaki ini. Kasar tapi begitu mengambil berat. Dia ni dari
spesis mana datangnya, ek?
“Kau dah fikir ke
dengan permintaan aku tadi?” Tanya Encik Irfan sebaik sahaja keretanya masuk ke
lebuhraya semula.
“Maaf, saya tak akan
perjudikan nasib saya dan kerjaya saya semata-mata untuk mengejar ‘Cinta’ yang
belum pasti”
“Ok… terpulang pada
kau, aku tak paksa. Aku pun tak teringin nak bercinta dengan kau. Tapi…. selagi
kau ada dekat aku, aku terus akan berkasar dengan kau” Aku terdiam. Bengang
otakku. Kenapalah aku dapat Bos yang perangai macam Hitler neh?? Huwaaaa…..
Selepas Maghrib,
barulah Encik Irfan berhentikan keretanya di depan pintu pagar rumahku.
“Aku ajak kau dinner dulu… kau tak nak?”
“Tak apalah Encik
Irfan, saya dah penat. Lagipun Ummi saya dah siapkan makan malam agaknya”
“Tak nak pelawa aku
makan sekali ke?”
“Saya tak bersedia
nak kenalkan Encik Irfan pada keluarga saya. Ummi saya tu tak habis-habis tanya
pasal calon menantu. Nanti saya pening nak jawab” Ujarku dengan panjang lebar
tanpa perlu berselindung.
“Kau jawablah aku
ni bakal menantu” Selamba sahaja dia bercakap tanpa berfikir.
“Apa? Tak payah
buat lawaklah… tadi baru je cakap, Encik Irfan tak teringin pun nak bercinta
dengan saya”
“Memang aku buat lawak,
itupun kau nak gelabah?” Encik Irfan ketawa. Aku tutup pintu keretanya. Tanpa
ucapan terima kasih aku buka pintu pagar dengan hati yang mendongkol geram.
“Assalamuailaikum!” Laungku. Abang Is sambut
salamku di muka pintu. Aku cium tangan Abang Is seperti biasa, Abang Is
membalas dengan ciuman di dahiku.
“Siapa hantar?”
Tanya Abang Is sambil kepalanya meninjau ke pintu pagar. Malangnya kereta Encik
Irfan sudah bergerak menjauh dari pintu pagar rumahku.
“Bos Ayu… Encik
Irfan…”
“Oh… dia yang
hantar” Abang Is tersenyum. Terangkat-angkat keningnya.
“Apa sengeh-sengeh?
Orang tak ada apa lah dengan dia. Semalam treasure
hunt naik kereta dia… sebab tu hari ni kena balik dengan dia jugak” Aku
beri penjelasan pada Abang Is.
“Oohhh…. Ermm, ni
dah makan ke belum? Ke, dah makan dengan Irfan?”
“Belum… Ayu penat
lah. Nak naik atas mandi”
“Ok…. Jangan lupa
Solat. Lepas tu turun makan dengan Abang. Ummi dan Babah ke masjid, ada majlis
Tahlil dan ceramah agama. Ummi mintak Abang tunggu Ayu kat rumah” Aku angguk dan
melangkah ke tangga dengan longlai. Aduhh penatnya! Rasa macam pergi cuti
seminggu, padahal dua hari sahaja kami di Tanjung Bidara.
No comments:
Post a Comment