Seperti biasa, satu mug Nescafee sudah siap dibancuh.
Tapi… hari ini, Zana pontenglah pulak!
Ermm… letih sangat ke dengan aktiviti family day untuk dua hari tu?
Pintu bilik Encik Irfan aku ketuk dan suaranya lantang meminta aku masuk.
“Nescafee, Encik
Irfan…..”
“Letak situ. Zana
cuti lagi?”
“Zana MC. Untuk
hari ni, Encik Irfan cuma ada satu meeting
petang nanti dengan Datuk Ismail di Quality Hotel”
“Aku nak kau ikut
aku” Arahnya tegas.
“Maaf Encik… saya
tak boleh!” Aku membantah. Encik Irfan pandang aku tajam.
“Oh ya.. aku lupa!
Ini ada revised letter offer untuk
kau. Mulai hari ni, kau dengan Zana bertukar tempat. Kau jadi P.A. aku dan Zana
ditukarkan jadi P.A. Natrah! So… kau
tak ada alasan lagi nak bantah arahan aku, faham?” Lambat-lambat aku sambut
sampul surat yang dihulurkan sambil mendengus perlahan.
“Encik Irfan ni,
memang sengaja, kan? Sengaja nak suruh saya marah dan berhenti kerja?”
“Kalau kau dah
faham, baguslah! Tak payahlah aku nak cerita panjang lebar. Kau boleh sign surat tu dan hantar ke HR. Starting now on, semua tugas Zana kau
ambil alih dan Nescafee aku tetap kau kena buat, ok?” Encik Irfan kenyitkan
matanya.
Aku berpaling ke
pintu sambil menahan lahar marah daripada meletus. Ikutkan hati mahu aku
bertempik kuat padanya. Memang kejam sungguh lelaki yang bernama Irfan Mukhriz
Tan Sri Zainuddin ini. Tapi.. kenapa aku yang jadi mangsa? Salahkah aku jatuh
cinta pada bos sendiri?
Muka kelat aku
pamirkan sehingga tiba di Hotel Quality di Jalan Raja Laut. Rela dalam
terpaksa. Aku ni kuli… Encik Irfan, bos. Sungguh aku tersepit dengan perangai
bos yang seorang ni. Masuk sahaja lif ke restoran di mana temujanji dengan
Datuk Ismail akan diadakan, Encik Irfan pusingkan badannya menghadap aku yang
bersandar di dinding lif. Sebelah tapak tangannya dilekapkan ke dinding lif
sangat rapat di tepi kepalaku. Aku telan liur dan menahan rasa gementar. Mentang-mentang
sekarang ni hanya kami berdua sahaja di perut lif ini. Berani sungguh dia.
“Kau marah kat
aku?”
“Marah? Buat apa
saya nak marah?” Aku menafikan padahal angin marah sedang meruap-ruap di dalam
dada. Seperti gunung berapi yang bila-bila sahaja akan meletuskan lanarnya.
Dari aku ditukarkan untuk menjadi P.A..nya, dipaksa pula menemaninya ke sini.
Boleh dia tanya aku soalan bodoh begini?
“Kau buat muka macam tu.. aku cium bibir kau yang
memuncung tu.. kau nak?” Hah! Cepat-cepat aku kemam bibir sendiri. Encik Irfan
sewel!
“Encik Irfan nak
apa sebenarnya dari saya? Saya tak harapkan apa-apa pun dari Encik. Saya sedar
dengan diri saya. Saya tak mampu bergandingan dengan Encik… Saya rasa tak
mungkin Encik akan jatuh hati pada saya..”
“Then…. kau harus belajar macamana nak
pikat hati aku..supaya aku boleh jatuh cinta pada kau!”
“Jangan harap!
Encik ni, gila lah!” Encik Irfan tersenyum sinis.
“Aku tak segila kau
yang sampai terigau-igau sebut nama aku dalam tidur”
“Encik Irfan!....
macam mana....” Ting! Lif berhenti dan pintunya terbuka. Encik Irfan turunkan
tangannya di sisi kepalaku dan menadah tangannya kepadaku. Sebelah tangannya
lagi memicit butang di panel lif supaya pintunya tidak tertutup kembali dengan
segera. Aku pandangnya dengan hairan. Mahu ke restoran saja kan? Takkanlah
sampai mahu berpimpin tangan? Lagi satu..... siapa yang bercerita yang aku
tidur mengigaukannya? Ini mesti kerja Zana! Siap kau Zana bila datang semula ke
pejabat esok. Pagi-pagi lagi aku akan cari kau!.
“Pegang tangan aku
kalau kau nak selamat. Datuk Ismail tu boleh tahan miangnya kalau nampak
perempuan muda dan cantik macam kau!” Oops!!
Cepat-cepat aku letakkan tanganku di atas tapak tangannya yang sedang terbuka.
Tapi kan..... kembang jugalah hatiku ini bila Encik Irfan memuji aku cantik!
Datuk Ismail
sudahpun menunggu di The Benteng Coffee House. Bersamanya seorang gadis
berambut perang yang panjangnya melepasi bahu. Aku agak mungkin juga sebaya
usiaku. Tak padan sungguh dia bergandingan dengan lelaki yang berusia separuh
abad seperti Datuk Ismail.
“Hai Irfan.. lambat
sampai?” Datuk Ismail menegur setelah kami menghampiri mejanya. Kedua-dua mereka saling bersalaman. Gadis di
sebelahnya juga berdiri dan hulurkan tangan pada Encik Irfan. Liur ku teguk.
Pakaiannya.... pheww! Fesyen kemban
yang menampakkan lurah dadanya yang montok dan skirt pendek yang hanya beberapa inci dari punggongnya. Pahanya
yang gebu dan putih melepak terserlah. Aku cuba membandingkan pakaianku hari
ini. Baju kurung moden peplum dengan sulaman di pinggang, jauh bezanya
penampilan kami.
“You bawak siapa
ni? Cantik!” Mukaku terasa kebas dan aku teragak-agak mahu menyambut tangan
Datuk Ismail yang dihulurkan padaku. Aku menentang mata Encik Irfan dan dia
mengangguk, barulah aku sentuh tangan itu. Kejapnya genggamannya hingga aku
sedikit cemas.
“Datuk....” Lega
bila Encik Irfan menyedarkan Datuk Ismail yang sedang merenung wajahku tanpa
berkelip.
“My P.A. Idayu Aireen... oh hai Lydia.
You pun ada jugak kat sini? Tak ada shooting
ke hari ni?” Oh! Pelakon rupa-rupanya. Patutlah bergaya mengalahkan artis
dengan gincu tebal berwarna shocking pink.
Sambil itu, Encik
Irfan tarik sebuah kerusi untukku mempersilakan aku duduk. Gaya seorang lelaki
yang budiman kononnya lah. Hendak menunjuk-nunjuk di depan Datuk Ismail dan
pasangannya ke?
“Buat masa sekarang
I berehat dulu. Job pun kurang. Dah
Datuk ajak I keluar.., I ikut ajalah...” Lydia menjawab sambil melentikkan
badan, membuat gaya seksi sambil memintal hujung rambutnya. Dia mengerling
manja pada Datuk Ismail.
“Ok.... kita order makan dulu. Cik Idayu nak
makan apa?” Eh... eh! Datuk Ismail yang sibuk bertanyakan aku padahal dia dan
Lydia sama-sama meneliti menu yang dihulurkan pelayan tadi.
“Tak apa... I order untuk Idayu sekali...” Encik Irfan
menjawab bagi pihakku. Elok juga begitu. Tak perlu aku bersusah payah mahu
meneliti dan membuat pilihan. Sudahlah masakkan ala carte' pelik-pelik sahaja
bunyinya.
Encik Irfan
menggamit seorang waiter. Dengan
hormat dia menundukkan kepalanya mengucapkan terima kasih setelah Encik Irfan
dan Datuk Ismail selesai membuat pesanan.
“Ir..... kat office you tak ada kerja kosong ke untuk
I? Bosanlah I duduk rumah aja.. Datuk pun selalu sangat sibuk...” Rengek Lydia
pada ketuaku. Ishh... dia ni.., dengan siapa-siapa pun nak menggedik. Tak malu
sungguh!
“Kenapa tak kerja
kat opis Datuk aja?” Encik Irfan mengerling padaku yang sedang membeku.
“I, nak kerja
dengan Datuk? You pun tahu kan? Si kucing Parsi Datuk ni ada kat situ jugak..
manalah Datuk berani nak bagi I kerja satu pejabat dengan dia?” Datuk Ismail
terbatuk mendengar Lydia menggelarkan isterinya si ‘Kucing Parsi’. Aku pun nak
tergelak sama. Suka-suki aja gelarkan orang kucing parsi. Habis tu, dia sendiri
apa? Si ulat beluncas?
“I pun kerja dengan
my uncle. Takkanlah I senang-senang
nak bawa you masuk company orang?
“Lah.. mati-mati I
ingatkan you kerja dengan your dad...
frust lah I macam ni.....” Lydia tarik muka.
“Alah... you tak
payah kerja pun... Datuk boleh tanggung you... buat apa you nak penatkan badan
lagi?”
“Stop it, Lydia. I ajak you datang sini
temankan I makan,.. bukan nak merapu yang bukan-bukan” Datuk Ismail bersuara
sebaik sahaja Encik Iirfan membidas. Ooh.... satu kesimpulan yang dapat aku
buat. Lydia.. perempuan simpanan Datuk Ismail? Ermm.... ramai ke pelakon muda
di tanah air kita ni di'bela' orang
kaya?
Aku bangun minta
diri ke bilik air. Lydia juga bangun dengan wajah mencuka. Agaknya panas hati
dengan teguran Datuk Ismail lah tu!
“So Datuk.. mengenai tapak projek yang kita survey
minggu lepas, macamana keputusannya?” Encik Irfan mulakan perbincangan. Aku tinggalkan Encik Irfan bersama Datuk
Ismail di meja. Rimas aku dengan perangai gedik Lydia dan renungan gatal Datuk
Ismail seolah seluruh tubuhku ingin ditelanjanginya.
“You….. best tak kerja dengan Irfan Mukhriz?”
Aku mencuci tangan di sinki dan Lydia sedang menyapu kembali gincunya. Semakin
tebal bibir lebar itu selepas satu lapisan lipstik dicalit lagi ke atasnya.
“Boleh la… mood dia
kadang-kadang o.k. Kadang-kadang ke laut jugak…”
“Untung you dapat
kerja dengan dia…. dapat rapat dengan dia. Dah lama tau I cuba goda dia… tapi
dia tak layan. Maklumlah…. girlfriend
dia boleh tahan orangnya” Untung? Untunglah sangat!
“Siapa girlfriend dia sekarang? Setahu I , awek
dia keliling pinggang?” Teruja juga aku mahu tahu, siapakah yang sedang
bertakhta di hati Encik Irfan sekarang.
“Atilia…. Model
iklan yang tengah top sekarang. Muda lagi budak tu.. , baru habis SPM tak silap
I..” Aku angkat kening. Model? Terasa
sungguh kerdil diri ini mahu mendampingi lelaki sepertinya.
~
Hari Jumaat yang ditunggu-tunggu comittee family day di TBBR tiba jua, tapi tidak bagiku. Malahan
sejak pagi tadi, aku resah memikirkan apa akan berlaku untuk sesi karaoke
bermula jam 8 malam nanti. Pada Babah dan Ummi juga aku sudah maklumkan yang
aku akan pulang lewat malam ini. Itupun puas Babah bertanya berapa ramaikah
staf yang akan turut serta. Bila aku
khabarkan bahawa bos yang mahu belanja semua AJK, barulah Babah merasa lega.
Selepas solat
Maghrib di surau pejabat, kami semua ke Redbox The Garden. Seram sejuk tanganku
mengingatkan kata-kata Encik Irfan yang mahu dengar aku menyanyi. Aku pasti
semua orang akan ketawakan aku. Dahlah tak pernah sepanjang hayatku masuk ke
pusat karaoke dan aku pasti suaraku akan sumbang-mambang menjunam ke laut.
Bilik besar
ditempah Zana. Kami lapan orang termasuk Cik Natrah. Yang paling tak tahannya,
Encik Irfan duduk rapat di sebelahku. Macamlah tak ada ruang lagi di sebelah
Nizam. Eeiii…..
Semua yang ada
berebut memilih lagu di panel skrin. Aku hanya biarkan mereka kerana aku
langsung tidak berniat untuk menyanyi malam ini. Mintak-mintaklah Encik Irfan
lupa pasal permintaannya padaku semasa minum di gerai di luar TBBR.
Cik Natrah yang
mendahului memilih satu lagu. Bersahaja dia menyanyi lagu Rossa berjudul
‘Tegar’ yang berentak perlahan. Sungguh menusuk jiwaku. Sampai di bahagian chorus, mataku terpaku di skrin TV besar
menghayati bait-bait lirik yang terpapar.
Gapai semua jemariku….. rangkul aku dalam bahagiamu
Ku ingin bersama berdua… selamanya
Jika ku buka mata
ini, ku ingin selalu ada dirimu
Dalam kelemahan hati ini, bersamamu
Aku tegar.. oh… oh.. aku tegar…
Mendayu-dayu Cik
Natrah mengalunkan lagu cinta hingga aku tenggelam dalam kesyahduan. Dalam
suasana kelam, Encik Irfan sentuh tanganku dan genggam erat jari-jemariku.
Seperti mengerti hatiku yang tidak tentu rasa ini. Badannya semakin
menghimpitku, hingga aku dapat mendengar desahan nafasnya di leherku. Berdiri
tegak bulu romaku. Sumpah! Kalau diajak ke tempat ini di lain kali, mati-mati
aku akan cuba menolaknya.
Habis sahaja lagu,
Nizam dan Hisyam menjerit kuat. Terkejut aku dibuatnya.
“Bravo… bravo. Cayalah Cik Natrah!” Cik
Natrah naikkan ibujarinya dan hulurkan pula mikrofon pada Hisyam.
Kini giliran lagu
yang dipilih Hisham, sebuah lagu lama. “Cinta Pantai Merdeka” Wah! Lagu rock
kapak. Boleh tahan juga suaranya. Penuh perasaan Hisyam menyanyi sampai lupa
isteri di rumah. Riuh rendah bilik sederhana besar ini dengan ketawa kami. Yang
pastinya, jari-jemariku tetap berada di dalam genggaman Encik Irfan walaupun
sudah beberapa kali aku cuba tarik tanganku, tapi Encik Irfan masih enggan
lepaskannya.
Rasyidah pula
menyanyi. Suaranya yang sumbang tidak
dihiraukan. Malah boleh berduet pula
dengan Laila, rakan sepejabatnya yang diheret sama ke sini tadi. Selepas itu
giliran Nizam dan Zana. Aku masih diam di sebelah Encik Irfan. Hanya menghayati
setiap lirik lagu yang terpampang di skrin TV. Ada lagu yang aku tahu, aku
nyanyikan di dalam hati.
Lagu bertukar lagu.
Sedar tak sedar sudah melebihi 1 jam kami di sini, tapi rakan sekerja yang ada
semakin enjoy pula dengan acara malam
ini. Aku mula gelisah. Berapa jam yang Encik Irfan tempah malam ini? Pukul
berapa pula nak balik ke rumah? Dalam kegelisahan, aku tergamam bila mikrofon
diserahkan padaku. Aku pandang Nizam dengan hairan.
“Buat apa bagi pada
saya?”
“Dari tadi awak
diam aja. Nyanyilah satu lagu. Tu.. kami dah pilih, duet dengan Encik Irfan,
boleh kan?” Aku tercengang-cengang dan pantas menoleh pada Encik Irfan. Dia
mengangguk sedangkan jantungku berdegup kuat. Mikrofon yang lain dihulurkan
pada Encik Irfan.
“Lagu apa?” Aku
membisik di telinga Encik Irfan.
“Aku dan Dirimu”
Hah? Tak sempat aku membantah, muzik sudah kedengaran. Aku tegakkan badanku dan
pegang mikrofon dengan kejap. Sejuk tanganku, sudahlah aircond terpasang dengan kuatnya. Encik Irfan dulu yang harus
menyanyi.
Tiba
saatnya kita, saling bicara
Tentang
perasaan yang kian menyiksa
Tentang
rindu yang menggebu
Tentang
cinta yang tak terungkap
Aku bersedia untuk
rangkap kedua dengan debaran di dada.
Sudah terlalu lama kita
berdiam
Tenggelam dalam gelisah
yang tak teredam
Memenuhi mimpi-mimpi malam
kita
Aku pejam mata
sebaik sahaja menghabiskan rangkap yang aku dendangkan tadi. Baru aku sedar
senikata lagu ini, kena benar dengan diriku yang hanya memendam cintaku pada
lelaki di sebelahku. Tangan Encik Irfan melingkari bahuku menarik tubuhku agar
lebih rapat padanya hingga bahuku menyentuh dadanya. Aku menahan getar di dalam
hati.
***c/o
Duhai cintaku, sayangku lepaskanlah
Perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu
Dan kini hanya ada aku dan dirimu
Sesaat di keabadian
Jika
sang waktu bisa, kita hentikan
Dan
segala mimpi-mimpi jadi kenyataan
Meleburkan
semua batas
Antara kau dan aku, kita…………………..
Dan kami sama-sama
ulang chorusnya sebelum muzik berhenti. Sekali lagi bilik ini riuh dengan
tepukkan.
“Boleh pun,
menyanyi. Minggu lepas kau kata ribut
petir akan keluar kalau kau menyanyi. Tak ada pun aku dengar?” Aku ketawa
perlahan mendengar kata-kata Encik Irfan yang membisik di telingaku.
Aku sedut minuman
yang aku ambil dari atas meja kecil di depan kami. Perit tekakku rasakan walau
hanya menyanyi sebuah lagu. Itupun berduet dengan Encik Irfan. Melihat aksi
rakan-rakan yang lain bergelak ketawa sambil menyanyi beberapa buah lagu, rasa
kagumku tak putus-putus.
Selesai berkaraoke, Encik Irfan mengajak pula kami
ramai-ramai singgah di Bangsar Park untuk manjamu selera. Sememangnya perutku
sudah berkeroncong. Dari petang tadi, tidak banyak makanan masuk ke perutku.
Perut terasa tepu mengenangkan acara berkaraoke yang tak pernah aku hadiri
selama hayatku. Makanan yang dihidangkan di meja buffet package lengkap bersama charge
sewa bilik tadi juga tidak memenuhi seleraku. Encik Irfan yang beria-ria
makan tapi sekarang dia lagi teruja untuk menikmati hidangan lewat malam pula.
Ishh!!! Kuat betul makannya!
Meja panjang
diduduki kami lapan orang di salah sebuah gerai di medan selera. Gerai-gerai di
Kuala Lumpur ini tidak penah sunyi dengan pelanggan. Buktinya, kebanyakan gerai
dipenuhi pelanggan walaupun jam sudah melewati 12.00 tengahmalam.
Kerenah rakan-rakan
satu pejabat memeningkan pelayan yang mengambil pesanan. Segala jenis makanan
disebutkan tanpa mengira kenyang atau tidak. Lagilah, Encik Irfan yang berjanji
akan belanja kami semua. Apa lagi… bertambah seronok lah mereka.
“Kau nak makan
apa?” Encik Irfan meneliti menu di tanganku. Badannya dirapatkan ke bahuku. Aku
mula rasa tidak selesa bila banyak mata yang memerhatikan kami.
“Er… saya nak nasi
goreng cendawan dan jus tembikai”
“Cukup ke? Kau
dengar yang lain-lain tadi mintak macam-macam”
“Cukuplah! Dah
tengah malam ni. Nanti saya susah nak tidur sebab kekenyangan”
“Aku nak order tomyam dan ikan kerapu tiga rasa.
Kau share dengan aku… ok?” Encik
Irfan tambah lagi kailan belacan dan ayam goreng pandan. Hah! Banyaknya? Boleh
habis ke semua tu?
Yang lainnya sedang
rancak berbual. Aku hanya mendiamkan diri. Gelisah sebenarnya. Tidak pernah aku
pulang ke rumah selewat ini. Apa kata Babah dan Ummi? Yang aku lagi gerun,
dengan Abang Is. Marahkah dia nanti?
“Kau diam aja.
Kenapa?”
“Saya… er… dah
lewat sangat ni. Saya bimbang Ummi dan Babah saya risau”
“Telefon kan ada?
Nah…! Telefon rumah kau… biar aku cakap
dengan Ayah kau…”
“Tak apa… saya ada handphone sendiri” Aku gagau telefon
bimbit di dalam beg tangan. Nombor telefon rumah aku dail dengan dada yang
berdebar-debar. Tak perlu menunggu lama, Babah terus menyambut panggillan ku.
Sah! Babah sedang runsingkan aku yang belum sampai-sampai lagi ke rumah. Segera
aku mengucapkan salam.
“Waalaikumsalam…
Ayu kat mana? Kenapa tak balik-balik lagi? Babah dengan Ummi dah risau. Is pun
tak sabar nak keluar cari Ayu”
“Babah… maafkan
Ayu. Ayu kat Bangsar Park sekarang. Bos Ayu bawak kami semua makan”
“Betul ke
kawan-kawan sepejabat Ayu ada sekali? Dorang pun belum balik lagi?”
“Betul Babah. Bos
lama Ayu, Cik Natrah pun ada sekali” Mataku melirik pada Encik Irfan yang
membuat isyarat mahu bercakap dengan Babah”.
“Babah. err… Bos
Ayu nak bercakap dengan Babah” Aku alihkan telefon dari telinga dan serahkan
pada Encik Irfan.
Encik Irfan berbual
santai seolah tidak ada rasa bersalah langsung. Aku pula yang cuak. Sesekali
pula dia tersenyum dan mengangguk-ngangguk. Kemudian dia mengucakan salam dan
serahkan kembali padaku. Malangnya, Babah sudahpun letakkan gagang telefon.
“Babah awak cakap
dia percayakan saya, suruh hantar awak ke rumah dengan selamat” Kata-kata Encik
Irfan sedikit meredakan suhu kemarahanku yang mula naik. Bengang juga aku!
“Saya ingatkan nak
tumpang Zana aja balik nanti?”
“Aku dah janji
dengan Babah kau, biarlah aku yang hantar”
“Ikut ajalah
Idayu.. dah ada yang volunteer tu.
Mana tahu… boleh rungkaikan perasaan yang menggebu di jiwa tu?” Hah! Rasyidah
neh…. Sengaja aja nak mengungkit bait-baik lagu yang kami nyanyikan tadi. Habis
semua gelakkan aku. Ya Allah !! Janganlah esok lusa, timbul gosip di pejabat
yang aku dan Encik Irfan berpacaran. Habislah aku!
“Kau masih tak nak
mengaku yang kau cintakan aku?” Pantas aku berpaling ke sebelah. Mata Encik
Irfan tetap memandang ke jalanraya tapi bibirnya tersenyum-senyum.
“Sama ada saya
mengaku atau tidak, bukannya boleh beri kesan pada Encik Irfan. Saya tahu Encik
Irfan ramai teman wanita dan tentu saya tak setanding dengan mereka”
“Siapa kata tak
berkesan? Tadi… Rasyidah usik kau aja.. muka kau dah merah menyala. Aku tahu
kau perempuan jenis macamana. Suka pendam… suka menafikan. Tapi gerak-geri kau…
bahasa tubuh kau, tunjuk yang sebaliknya”
“Saya tak pernah
jumpa lelaki yang perasan macam Encik Irfan….”
“Sekarang, kau dah
jumpa. Baguslah! Aku suka jadi lelaki yang pertama dalam hidup kau” Hah! Kesitu
pulak dia. Eiiii… geramnya!
“Dahlah…. Malas
saya nak bercakap dengan Encik Irfan lagi”
“Ooo…. Malas ya?”
Lantas, Encik Irfan menekan pedal minyak. Audi Q7 memecut laju. Sudahlah
jalanraya sungguh lengang ketika ini.
“Encik
Irfan….!!!”Aku menjerit ketakutan di luar kawalan. Ngeri… sungguh ngeri!.
Bayangkan kalau kereta ini melambung tinggi dan merempuh penghadang jalan?
“Kalau awak nak
mati cepat…. Tunggu lepas awak selamat
hantar saya” Berdekah-dekah Encik Irfan ketawa. Kelajuan diturunkan.
“Ha….. kau kena
bercakap juga…. Ermmm sedap pulak bila kau ber saya-awak dengan aku. Comel!”
Hah! Aku sebut ‘awak’ ke tadi? Akibat terlalu ngeri tadi, aku tak perasaan aku
gunakan panggilan ‘awak’ padanya.
“Saya tak sengaja”
Aku membela diri atas keterlanjuranku.
“Kalau disengajakan
pun apa salahnya? Aku lagi suka!” Aku menjeling tajam. Bercakap dengan Encik
Irfan ni, memang aku tak pernah menang. Ada saja jawapannya buat hatiku
mendidih.
Kereta Encik Irfan
berlabuh dengan selamatnya di depan rumahku. Lega sungguh. Aku mengerling jam
di dashboard. Hampir dua pagi. Ya
Allah! Tak pernah-pernah aku berembun hingga lewat begini.
“Terima kasih!”
“Sama-sama . Tapi..
lambat lagi aku nak terima kasih kau, kalau kau tak berusaha nak cakap “I LOVE YOU” pada aku” Aku tersentak
dengan kata-katanya yang bersahaja. Arghhh!!!
Geramnya! Aku hempas pintu keretanya kuat. Lantaklah kalau tercabut
sekalipun. Dia kan, banyak duit?
Tingkap automatik
terbuka dan Encik Irfan melaung namaku sekali lagi.
“Good night dan mimpikan aku lagi malam
ni” Dia mengenyitkan mata dan mula menukar gear. Aku acukan kunci pintu pagar
dengan hati yang bertambah geram.
Tiada siapa yang
menyambutku sebaik sahaja pintu rumah aku selak. Babah dan Ummi sudah tidur
agaknya selepas mendapat kepastian dari Encik Irfan sewaktu kami makan lewat
malam di Bangsar Park tadi.
Baru saja aku
melintas di ruang rehat, suara Abang Is menegurku. Terperanjat dan secara
automatik, tanganku memegang dada.
“Baru balik?
Seronok sangat ke berkaraoke sampai pukul 2.00 pagi baru jumpa jalan balik?”
Suara Abang Is kedengaran lain benar di telingaku. Ada nada marah di situ.
“Maaf…. Ayu tak tahu pulak Cik Natrah dan bos baru Ayu nak
bawa kami pergi makan lepas tu”
“Tak reti nak call Abang suruh Abang jemput? Atau Ayu
tak suka Abang kacau daun Ayu nak enjoy?”
Mataku mula pedih dan berair. Sampai hati Abang Is memarahiku.
“Ayu tahu Ayu
salah… bukan niat Ayu nak buat macam tu. Ayu janji lain kali, Ayu tak ikut
mana-mana program lagi kecuali waktu siang” Suaraku serak menahan sebak yang
mula bertandang. Abang Is merenungku lama. Kemudian, perlahan-lahan bibinya
mengukir senyuman
“Kena gertak sikit
pun dah mula nak merembes. Baby Abang
ni, cengeng!” Huwaaaaa.. aku terus menangis dan menumbuk bahu Abang Is. Abang
Is raih tubuhku ke dalam pelukkannya.
“Abang Is jahat!”Aku menangis lagi. Teruk betul rasanya
dimarah sebegini.
“Lain kali.. nak
pergi mana-mana, tanya dulu. Habis pukul berapa, lepas tu terus balik ke atau
nak singgah mana-mana ke… Jangan buat Ummi dan Babah risau…”
“I’m sorry. Ayu ingatkan sekejap aja.
Paling lama pun sampai 11.00 malam. Lepas karaoke, Ayu pun tak tahu mereka nak
pergi makan pulak”
“Babah dah bagitau
Abang tadi. Dah jangan nangis lagi. Pergi mandi air panas, lepas tu tidur. Esok
subuh, kalau Ayu tak bangun, Abang siran dengan air sejuk!”
“Sampai hati
Abang!” Aku mencebik dan Abang Is tegelak. Dahiku dikucup seperti biasa.
“Dah… pergi tidur
Tak elok berembun sampai ke pagi. Ayu tu ada lelah. Abang cuma risaukan Ayu”
“Abang tak tidur?”
“Memang nak tidur,
tunggu Ayu balik baru hilang resah Abang. Esok pagi Abang nak ke Melaka. Nak ikut tak?”
“Nak .. nak!”Aku
kegirangan. Hilang sudah kesedihanku tadi.
“Lepas solat Subuh,
jangan tidur. Pukul lapan pagi kita bertolak. Abang ada meeting dengan client jam
11.00. Lepas tu kita jalan-jalan kat Bandar Melaka. Nanti petang sikit baru
kita balik”
“Ok bos! Yeah…. Dah lama
tak pergi Bandar Melaka. Ayu nak makan yong
tau foo…”
“Nak makan apa pun,
boleh!” Abang Is tolak badanku keluar dari ruang rehat dan dia pun mahu ke
biliknya.
“Good night big brother. Ayu sayang Abang
Is!” Abang Is senyum dan membalas kata-kata sayangnya seperti selalu.
No comments:
Post a Comment