“Idayu.. nah! My birthday
invitation. You mesti datang tau! Make
sure you gonna bring your partner” Aku buka sampul kad jemputan di
tanganku. Mak aih..birthday party pun
buat kat hotel? Siap ada dress code
lagi?
“I tak ada partner lah Cik Natrah……”
“Carilah seorang.
Tak kiralah kawan ke, adik ke… abang ke?” Abang??? Hah… yes yes! Abang Is. Tapi
dia nak ke pergi ke party-party neh?
Perasaan melonjak suka tadi menurun serta-merta. Ahhhh….. belum cuba belum
tahu! Abang Is kan, baik? Mana mungkin dia tolak permintaan adik manjanya ini?
Keluar sahaja dari
bilik Natrah aku terus dapatkan Zana. Aku ingatkan mustahak sangatlah Cik
Natrah panggil aku masuk ke biliknya tadi. Selepas aku bertukar ketua ini,
jarang sangat Cik Natrah interkom aku.
“Zana….. Kau ada
dapat jemputan dari Cik Natrah tak?”
“Dapat” Dia
menjawab acuh tak acuh saja.
“Kau nak pergi
dengan siapa?”
“Tak tahu lagi.
Rasa-rasanya…. Mungkin pakwe aku lah kot..” Zana menjawab sambil matanya tetap
di skrin komputer.
“Oh …. Dah ada boyfriend
rupanya!” Aku menyakat sambil tersengeh.
“Ada… tapi tak de
lah sehandsome dan sekaya Encik
Irfan” Zana menjawab perlahan.
“Tak kisahlah rupa
dia macamana pun. Asalkan dia jujur dan ikhlas. Tak menunjuk-nunjuk, tak
bongkak” Aku memberi nasihat, tapi sebenarnya mengata diri sendiri. Aku
menyimpan perasaan pada Encik Irfan, tapi perangainya… boleh buat aku makan
hati. Makan dalam!
“Kau pulak nak
bawak siapa?” Jari-jemari Zana di papan kekunci terhenti dan wajahnya
didongakkan padaku yang berdiri di depan mejanya.
“Entahlah… maybe my brother kot?”
“Brother? Apa kelas?” Zana senyum
sumbing. Perli aku lah tu?
“Habis tu, aku nak
bawak siapa?” Zana tergelak bila aku menjawab begitu.
“Encik Irfan tak
ajak kau ke?” Aku angkat bahu.
“Aku mana padan nak
partner dengan dia. Lagilah itu majlis sepupu dia. Mestilah dia bawak girlfriend yang vogue gitu!” Kendur suaraku, kendur juga hatiku bila teringat
kata-kata Lydia tempohari.
“Idayu.... Abang
kau tu, handsome tak?” Ingatanku mati
serta-merta. Aku tunduk memandang Zana semula.
“Handsome sikit dari Encik Irfan” Aku
ketawa bila Zana membeliakkan matanya padaku.
“Kau tak pernah cerita pun kau ada Abang?”
“Dah kau tak pernah tanya? Yang selalu hantar aku
pagi-pagi dan jemput aku setiap hari lepas habi kerja, Abang Is aku lah!”
“Oh kisahnya. Aku ingatkan driver Babah kau!” Driver?
Uh… melampau sungguh tuduhan Zana. Ingat muka Abang Is aku yang handsome tu layak bergelar driver aja ke?”
“Ello…
ingatkan Babah aku kaya sangat ke nak ada driver
sendiri?”
“Aku gurau ajalah…. Abang kau kerja apa?” Cewah-cewah!
Tadi kutuk-kutuk, sekarang berminat pulak nak tahu Abang Is ku kerja apa.
“Lawyer… dia
ada syarikat guaman sendiri”
“Fuyooo…. Dia
dah ada girlfriend? Boleh kau
kenalkan dia pada aku tak, nanti? Mana tahu kot-kot ada jodoh aku dengan dia.
Boleh aku jadi kakak ipar kau?” Mataku terbeliak.
“Kau? Nak jadi kakak ipar aku? Oh tidak… aku tak sanggup
nak panggil kau kakak!” Zana ketawa besar. Aku pun tak ambil hati sangat dengan
kata-katanya memandangkan dia hanya bergurau. Dah ada pakwe katanya. Takkan
sanggup nak mencurangi kekasih sendiri?
“Abang Is!!!” Abang
Is sedang duduk di sofa membaca akhbar. Diam-diam aku menyergahnya dari
belakang. Hampir tercampak surat khabar yang dipegangnya ke lantai.
“Sorry.. sorry.. Ayu tak sengaja” Aku
rangkul lehernya dengan manja.
“Abang Is marah
ke?”
“Tak marah.. sayang
je” Aku tepuk bahu Abang Is dan duduk di sebelahnya.
“Ayu nak mintak
tolong, boleh?”
“Tolong apa? Ayu
tak cukup duit ke?”
“Apa pulak pasal
duit? Ayu kan, dah kerja? Sebenarnya, Ayu ada dapat invitation. Birthday party Cik Natrah, tapi…..
Ayu tak ada partner”
“Itu aja
masalahnya? Bila?” Aku pandang Abang Is macam tak percaya. Macam kecil sahaja
masalah yang terbeban di bahuku sekarang. Sudahlah tadi mahu meminta
pertolongan sikit punya berdebar dadaku bimbang kalau-kalau Abang Is menolak.
Siapa yang hendak aku bawa ke majlis Cik Natrah? Takkan mahu ajak Babah kot?
Jatuhlah saham aku!
“Esok malam. Boleh
Abang Is jadi partner Ayu?”
“Hmm…. boleh saja.
Irfan tak marah ke? Dia tak ajak Ayu temankan dia?” Aku kerutkan dahi. Kenapa
nama Irfan pulak yang timbul? Bukannya Irfan kekasih aku…
“Apa kena mengena
dengan Encik Irfan? Mestilah dia bawak girlfriend dia”
“Okeylah…. Abang
setuju” Aku terkejut. Senangnya Abang Is akur dengan permintaanku?
“Ermmm…. hari tu,
Ayu pernah cakap Irfan tak pandang Ayu sebelah mata pun, kan?”
“Iya… haah… tapi
kenapa?” Abang Is ni, ada perancangan apa-apa ke?. Perancangan untuk memikat
Irfan untukku?
“Apa kata Ayu pakai
cantik-cantik malam esok. Biar terbeliak mata Irfan bila tengok Ayu. Dan jangan
terkejut kalau Abang peluk Ayu malam esok!” Aku tergelak perlahan.
“Macam lah selama
ni Abang Is tak pernah peluk Ayu…”
“Maksud Abang….
peluk yang ala-ala romantik. Ala pasangan kekasih…”
“Oooo nak buat
Irfan cemburu? Tapi Abang Is…..Ayu mana ada baju baru? Semua dah Ayu pakai buat
pergi kerja”
“Jom!”
“Ke mana?”
“Butik, cari baju”
Nasib baik di badanku sudah tersarung t-shirt
dan jeans. Aku hanya mengikut sahaja Abang Is bawa aku ke Butik Ixora di Kota
Damansara.
“Assalamualaikum,
Puan Sri”
“Walaikumsalam..
Lah.. Iskandar rupanya!. Lama Untie tak jumpa Is. Owh.. datang dengan
girlfriend?”
“Ini adik saya,
Puan Sri. Kenalkan, Idayu Aireen”
“Apa khabar, Puan
Sri?” Aku berbasa-basi. Tangannya aku salam dengan hormat.
“Sihat…
Alhamdulillah! Wah cantiknya adik Is ni?” Dia tersenyum ramah sambil merenung
wajahku.
“Idayu nak cari
baju ke?” Aku angguk. Puan Sri ni pun satu…. Takkanlah datang butuk dia aku nak
cari kasut? Mestilah nak cari baju!
“Saya Puan. Sri.
untuk majlis ulangtahun kawan saya malam esok”
“Hm….. tengok
bentuk badan Idayu langsing ni..... Untie rasa Untie ada dress malam” Puan Sri Azilah ke rak hujung dan keluarkan sehelai dress bertali halus berwarna merah
garang. Cantik, tapi agak seksi. Aku sendiri tidak tahu material apakah yang
sedanga ku pegang. Melihat aku teragak-agak, Puan Sri Azilah memanggil
pekerjanya.
“Huda, tolong ambil tank top warna hitam untuk dress
ni?” Dan bila pekerja butik yang di panggil Huda itu padankan tank top pada
dress tersebut, aku pula yang tertawan.
“Ayu pergilah cuba
dulu” Abang Is di belakangku menyuruh.
Dengan dada
berdebar-debar aku sarungkan dress cantik ini ke tubuhku. Lama aku menilik
tubuhku ke kiri dan kanan. Puas hati, aku selak langsir fitting room. Alangkah malunya bila Abang Iskandar berdiri
betul-betul di hadapanku sambil tersenyum lebar.
“Cantik.. sesuai
sekali dengan Ayu”
“Okey Puan Sri…
saya ambil yang ini” Terus sahaja Abang Is hulurkan kad kreditnya pada pekerja
Puan Sri Azilah tadi.
“Lagi satu
Iskandar… esok petang, bawa Idayu ni ke salon Untie kat sebelah. Pandailah
pekerja Untie siapkan dia untuk party
tu. Free of charge…. ”
“Baik Untie. Dan
terima kasih banyak-banyak”
“Sama-sama. Dah
bertahun Is tak datang rumah Untie. Sekali-sekala datanglah!”
“InsyaAllah Puan
Sri. Ada masa nanti saya datang”
“Baik betul hati Puan Sri Azilah tu, kan Abang Is?. Siap
nak bagi free grooming lagi”. Di
dalam kereta aku bertanya pada Abang Is.
“Sebab kita dah
beli baju dia. Bukannya murah sayang ooiii! Beratus-ratus jugak” Aku hanya
tersengeh. Sebentar tadi aku sempat menilik harga di dress cantik itu. Boleh tahan harganya.
Seperti dijanjikan
sebelum ke majlis Cik Natrah, kami singgah di salon kepunyaan Puan Sri Azilah..
Setelah disolek, rambutku yang panjang digulung bertingkat-tingkat menampakkan
gaya feminin. Majlis Cik Natrah bermula
jam sembilan 9 malam. Masih banyak masa
untuk kami ke hotel.
“Ayu cantik sangat
malam ni”
“Abang Is pun, apa
kurangnya?” Aku tersenyum ke arah Abang Is yang segak berkot hitam dan tali
leher merah sepadan dengan pakaianku.
Tak lama selepas
itu kami sampai di ballroom sebuah
hotel terkemuka di tengah bandar Kuala Lumpur. Aku peluk dan cium pipi Cik
Natrah kiri dan kanan. Kotak hadiah di tangan aku serahkan padanya.
“Wow!.. Idayu.. you look gorgeous and this is your partner?” Lama Cik Natrah amati
lelaki di sebelahku.
“Ameer Iskandar?”
“Natrah?” Abang Is
menyebut pula nama Cik Natrah.
“Er.. korang memang
dah kenal ke?” Dahiku berlapis.
“I tak tahu pulak
you ni, bos pada my sister?”
“Lah! . Idayu ni
adik you ke?” Cik Natrah masih lagi dalam keadaan terkejut. Rupa-rupanyanya
mereka sudah saling mengenali. Punahlah harapanku untuk membuat Encik Irfan
cemburu. Tak jadilah aku belakon konon-kononnya Abang Is kekasih istimewaku.
“Irfan… look who’s here!” jerit Cik Natrah
menggamit Encik Irfan. Dadaku berdebar kencang.
“Hey bro.. what’s up?” Encik Irfan dan
Abang Is bersalaman. Mereka berpelukkan mesra.
“Abang Is dengan
Encik Irfan pun dah kenal ke?”
“Dua orang ni, junior Abang masa kat asrama penuh dulu”
“Lah……” Aku
mengeluh.
“Idayu.. your sister? Yang hari tu hantar dia kat
lobi tu, kau?” Encik Irfan menelitiku dari atas sampai ke bawah.
“You look different” Encik Irfan terjerit
sedikit dalam suasana bising dengan irama muzik rancak.
“Tengoklah siapa
yang buat makeover… your mother!” Jawab Abang Is dengan
lajunya.
“My mom?”
“Yup. I pergi your mom’s boutique dan dia kasi grooming sekali” Aku terpinga-pinga. Puan Sri Azilah emak pada
Encik Irfan? Kenapa personaliti mereka amat berbeza? Puan Sri Azilah begitu
lembut, sedangkan Irfan.. Ahh! macam Hitler!
Emcee melaungkan nama Cik Natrah ke tengah dewan. Di
atas meja terdapat kek besar yang amat cantik untuk sang puteri. Ramai-ramai
menyanyikan 'Happy Birthday' untuknya
dan Cik Natrah meniup lilin sehingga habis. Kemudian irama sentimental
kedengaran. Natrah dan papanya menari di tengah dewan. Sungguh terharu melihat
kedua beranak itu berpelukkan menari.
Sebentar sahaja
bebrapa pasangan lain menyertai mereka. Aku dan Abang Is saling berpandangan.
“Dance?” Abang Is hulurkan tangannya dan
aku meyambutnya dengan senang hati. Aku dibawa ke tengah dewan. Pinggangku
dipeluk kemas. Berhati-hati aku ikuti langkah kaki Abang Is dengan teratur. Dari jauh aku perasan, Encik Irfan Mukhriz
sedang leka memandang kami. Dia duduk berdua-duaan di sebelah seorang gadis
yang aku kira teman istimewanya.
“Ayu tak tahu pulak
Abang Is pandai menari?” Abang Is tersenyum lebar. Kami saling bertatapan.
Aku labuhkan
kepalaku ke dadanya. Bagaikan aliran magnet, satu perasaan halus menyentap
jantungku. Eh! Kenapa harus aku berperasaan begini? Abang Is, abangku. Hatiku
juga sudah terpaut pada Encik Irfan Mukhriz. Tapi…. Ahhhhh!... kenapa malam ini
aku terasa lain benar dengan Abang Is? Jatuh cintakah aku pada Abang Is?
~~Eh! Mana Boleh? Kami
adik-beradik! Mana boleh wujudnya perasaan di antara kami?!!~~
“May I?” Gerak tari kami terhenti. Abang
Is tersenyum lantas hulurkan tanganku pada Encik Irfan. Dengan berat hati aku
sambut tangan yang Encik Irfan hulurkan. Pinggangku diraih dan Encik Irfan
mulakan langkah.
“Kau dengan
Iskandar ada apa-apa ke?”
“Dia abang saya..”
Cepat-cepat aku menidakkannya.
“Tapi aku nampak
lain.. nampak dia sukakan kau” Tambahnya lagi.
“Apa Encik Irfan
mengarut ni. Dia abang saya, tak mungkin kami boleh bercinta. Er.. mana girlfriend Encik?” Mataku memandang ke
meja tempat duduk Encik Irfan tadi. Tak nampak pula gadis cantik dan seksi
bergaun singkat warna hitam yang diperkenalkan padaku sebelum ini.
“Dia dah merajuk…
dah balik agaknya”
“Kenapa?”
“Sebab aku bagitahu
dia, aku nak menari dengan kau”
“Dulu Encik Irfan
pernah kata, yang Encik tak hingin pun nak peluk pinggang saya?”
“Ya ke? Aku pernah
cakap macam tu ke?” Encik Irfan buat-buat lupa. Soalanku tadi dibiarkan begitu
saja. Semakin rapat pula pinggangku ditarik ke badannya. Aku menahan getar
menghidu wangian di tubuh Encik Irfan yang begitu maskulin. Encik Irfan mengikuti bait-bait lagu
“Wonderful Tonight” dendangan Eric Clapton yang sedang berkumandang.
I feel wonderful because I see
The love lights in your eyes
And the wonder of it all
Is that you just don’t realize, how much I love you………
Mata kami
bertatapan. Aku terbuai-buai dengan suara merdu dalam pelukkan erat Encik
Irfan. Sungguh! Kalau boleh aku ingin masa berhenti di sini menikmati
momen-momen indah bersama lelaki kacak yang aku gilakan separuh mati.
Mataku terkalih ke
sisi bila ternampak kelibat Abang Is sedang menari dengan seseorang. Apabila
gadis itu palingkan wajahnya, aku terasa hendak pitam. Abang Is sedang menari
dengan Cik Natrah. Sungguh mesra bak pasangan kekasih.
“Encik, saya dah
penat. Boleh kita berehat?” Encik Irfan rungkaikan pelukkannya di pinggangku.
Segera aku berlalu ke meja hidangan buffet.
Aku agak lapar sekarang. Nasi goreng dan sedikit desert aku cedokkan ke pinggan
dan bawa ke meja bulat. Encik Irfan datang membawa dua gelas jus oren.
“Untuk kau”
“Terima kasih.
Maaf.. saya lapar”
Sambil makan,
mataku tidak lepas dari memandang pada Abang Is yang sedang menari dengan Cik
Natrah. Hatiku dipagut cemburu yang amat sangat. Kenapa dengan aku? Kenapa
mesti mahu cemburu pada abang sendiri sedangkan aku dan Encik Irfan tadi juga
menari begitu romantis dan kini dia sedang duduk di sebelahku?
“Kau tengok apa?”
Encik Irfan menangkap pandangan mataku terarah ke ruang tari.
“Tengok Cik
Natrah.. cantik sungguh dia malam ni”
“Kau lagi cantik,
Idayu” Aku terkesima. Pujian yang selama in aku harapkan dari lelaki pujaan
hatiku kedengaran sungguh enak di telinga. Seiring rasa hati nya yang cuba
disampaikan kepadaku.
“Encik Irfan puji
saya cantik? Bukan ke dulu Encik kata….”
“Aku mintak maaf.
Baiklah, aku mengaku. Selama ni aku kasar pada kau, sebab aku nak elakkan dari
jatuh cinta pada kau. Tapi malam ni, aku mengalah. Memang aku jatuh hati pada
kau” Encik Irfan lebih laju memintas kata-kataku.
Aku terkaku. Ya..
akhirnya! Encik Irfan akhirnya kalah dengan perasaan sendiri. Tapi, kenapa
hatiku seakan tidak gembira saat ini? Bukankan selama ini aku dambakan lelaki
di hadapanku ini?
Pasangan Abang Is
dan Natrah merapati kami.
“Wow… . both of you, look like a perfect
couple” Cik Natrah menyakatku. Abang Is hanya tersenyum. Seolah dia juga
mengiayakan kata-kata Cik Natrah. Dan….. aku dapat rasakan yang Abang Is
merestui kami.
Irama rancak pula
kedengaran. Cik Natrah menarik tangan Encik Irfan untuk menari di tengah dewan.
Tak penat ke dia? Ah..! Mungkin Cik Natrah sudah biasa bersosial. Abang Is pula
ambil tempat disebelahku.
“Ayu… let me guess… Irfan dan mula sukakan
Ayu?” Aku tunduk dan menguis makanan dengan garfu.
“Entahlah Abang
Is. Ayu rasa macam tak percaya” Aku
menjawab tanpa rasa.
“Ayu tak suka?”
“Bukan tak suka…
tapi rasa lain macam”
“Hai Idayu…….” Aku
disergah seseorang.
“Hai Zana..
kenalkan. Abang aku, Iskandar”
“Wow… hi handsome… nice to meet you. Shall we
dance?” Abang Is memandangku dan lambat-lambat aku anggukkan kepala. Hatiku
seolah berat untuk melepaskan Abang Is pada Zana. Dadaku berombak kencang. Rasa
resah, cemburu.. sayang.. segalanya bersatu.
Teruknya aku di kala ini. Abang Is berhak untuk gembira dengan orang
lain. Kenapa harus aku mengongkongnya?
Seleraku terus
sahaja mati melihat Zana dan Abang Is sedang rancak menari di tengah dewan,
begitu juga pasangan Cik Natrah dan Encik Irfan. Aku ambil tas tangan dan
bangkit segera ke pintu dewan, keluar mencari lif. Aku berdiri sahaja di depan
hotel menunggu teksi yang lalu lalang macam orang dungu tapi aku tidak pula ada
keinginan untuk menahan teksi tersebut.
“Ayu nak pergi
mana?” Tiba-tiba Abang Is di belakangku. Eh! Bukan ke tadi dia sedang rancak
menari dengan Zana? Aku memgerlingnya dengan ekor mata.
“Ayu nak balik!”
“Kan majlis belum
habis? Nanti balik sekali dengan Abang”
“Kalau Abang Is nak
berseronok lagi, suka hati Abang Is lah! Ayu boleh balik sendiri”
“Tak boleh! Abang tak akan biarkan Ayu naik teksi
malam-malam macam ni” Kuat sekali cengkaman Abang Is di pergelangan tanganku.
Aku menurut sahaja langkahnya yang membawaku ke tempat letak kereta.
“Masuk!” Segera
Abang Is buka pintu kereka dan menolak tubuhku ke dalam. Abang Is hidupkan
enjin kereta kemudian memasang air-cond. Aku terus-terusan membatukan diri.
“Ayu ni, kenapa?”
“Tak ada apa-apa.
Ayu penat”
“Abang dah tolong
Ayu, Irfan pun dah sukakan Ayu… apa lagi yang tak kena?”
“Ayu rasa tak sedap
badan. Boleh kita balik sekarang?”
Sepanjang
perjalanan, ke rumah, masing-masing membisu. Abang Is tenang mamandu
bertemankan lagu-lagu dari corong radio. Sebuah lagu sentimental dendangan Marc
Anthony kedengaran.
~MY BABY YOU~
as I look into your eyes
I see all the reasons why
my life’s worth a thousand skies
you’re the simplest love i’ve known
and the purest one I’ll own
know you’ll never be alone
[chorus:]
my baby you….. are the reason I could fly
and ’cause of you
I don’t have to wonder why
baby you………..there’s no more just getting by
you’re the reason I feel so alive
Aku terpukau. Abang
Is menyanyi untuk siapa? Untuk seorang gadis yang sentiasa ada dalam hatinya
sepertimana pernah diceritakan padaku dulu kah? Nanar hatiku. Siapakah gadis
bertuah itu? Adakah gadis itu Cik Natrah? Lagu sudah berhenti tapi fikiranku
masih merawang entah ke mana sehingga Abang Is menegurku.
“Ayu… kita dah
sampai”
“Hah?” Aku buka
pintu dengan lemah tetapi Abang Is pantas tarik lenganku.
“Abang nak cakap
sekali lagi, Ayu cantik sangat malam ni” Abang Is cium pipiku.
“Abang sayang Ayu…you will always be my baby”
No comments:
Post a Comment