DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday, 8 March 2016

AKU SAYANG KAMU - BAB 8



Sebaik sahaja aku letakkan mug Nescafee di meja Encik Irfan, pintu biliknya terbuka dari luar. Encik Irfan masuk bersama seorang lagi lelaki berkot dan tali leher yang sepadan dengan kemejanya. Kacak! Tetapi di mataku, Encik Irfan jauh lebih kacak darinya.
            “Selamat pagi Encik Irfan”
            Morning! Awal awak hari ni? Oh ya.. kenalkan, ini Najmi Faiz. Natrah’s brother” Amboi… depan orang lain, boleh pula dia gunakan panggilan ‘AWAK’ padaku? Aku anggukkan kepala tanda salam perkenalan.
            “Er… Idayu! Saya dengar cerita.... Nescafee hasil tangan awak, tersangatlah sedap. Boleh saya minta awak buatkan untuk saya?” Aku tergamam. Ishh!.. Encik Irfan ni memandai-mandai saja jual namaku.
            “Ba.. baik Encik Najmi. Saya buat sekarang” Tergagap-gagap aku menjawabnya.
            Aku keluar dari bilik Encik Irfan dengan rasa geram tak habis-habis. Nasib baiklah Encik Najmi tak banyak songeh macam Encik Irfan, Nak creamer lebih la, kurang manis la. Kalau dia mintak begitu, tentu saja kali ini aku betul-betul bubuh garam ke dalam cawannya. Biar padan muka!
~~Idayu.. tak senonoh betul lah perangai!!!~~ Aku mengutuk diri sendiri.
           
            Selepas dua hari, kami dikejutkan dengan pengumuman semasa mesyuarat pagi ini. Encik Irfan meletak jawatannya di Mesra Holdings kerana diminta mengambil alih syarikat bapanya Tan Sri Zainudin. Tempat Encik Irfan diganti pula dengan Encik Najmi Faiz, abang kepada Cik Natrah. Aku pegang dahi. Nampaknya sampai bila-bilalah tugasku untuk membancuh Nescafee tidak akan berhenti. Selepas dua hari di sini, Encik Irfan dan Encik Najmi sama saja citarasanya. Lebih creamer… kurang manis, Nescafee mesti pekat kaw-kaw. Aduhh… boleh gila aku macam ni!
            Usai mesyuarat, sedikit jamuan kecil disediakan khas buat Encik Irfan yang bakal meninggalkan Mesra Holdings.  Encik Irfan ambil makanan dan merapatiku.
            “Saya harap lepas ni, awak akan rindukan saya” Bisiknya perlahan. Matanya mengawasi sekeliling bimbang ada telinga lain yang mendengar. Darah merah menyerbu ke wajahku. Pertama kali sejak aku mengenalinya, dia berbicara begitu lembut sekali. Dan tiada lagi istilah “Aku” dan “Kau”.
            “Tepat sekali. Saya akan rindukan Bos yang selalu tengking saya… yang selalu paksa saya buat itu ini.. Bos yang….”
            “Idayu…..” Pantas  Encik Irfan memintas sebelum aku sempat melalut lebih panjang lagi.
            “Apa?” Aku angkat kening.
            “Sepanjang saya tak ada… jangan pulak awak main mata dengan Najmi. Ingat tu… awak dilarang keras!”
            “Eh!.... apa hal pulak Encik nak halang saya? Saya bukan P.A. Encik lagi?”
            “Awak akan tahu nanti!” Jawabnya bersahaja selepas itu dia menyuapkan makanan dengan berselera sekali. Aku menelan liur. Pahit!. Kenapa dengan Encik Irfan ni? Siap larang aku itu ini? Buang tebiat ke dia?
           
            Pagi ini aku dikejutkan dengan jambangan bunga. Cantik! Tapi.. siapa pula yang baik hati hantar bunga padaku? Nak kata hari ini hari jadiku, jauh sekali! Kad kecil aku buka. Nama Irfan Mukhriz terpampang. Aku senyum lebar.
            “Amboi… orang tu senyum lebar dapat bunga. Siapa yang hantar?” Zana yang lalu di depan mejaku menegur. Aku sengeh panjang.
            “Adalah…”
            “Aku rasa aku boleh teka. Bos lama kau? Irfan Mukriz?” Senyumanku makin mekar.
            “Pandai kau teka”
            “Eleh.. aku dah boleh agak. Masa last day dia hari tu… nampak dia layan kau baik sangat, tak macam selalu. So dah confirmed lah kau dengan dia bercouple?”
            “Entah…. aku pun tak pasti” Aku cuba berselindung tapi dalam hatiku seronok bagai nak gila. Baru aku faham kenapa Encik Irfan letak jawatan dari Mesra Holdings. Rupanya dia yang mahu mulakan langkah dalam hubungan kami. Aku yang berkeras tak mahu tinggalkan syarikat ini, dia pula yang angkat kaki. Maknanya… dia yang tewas dengan perasaan sendiri? Perasaan untuk mencintaiku dengan lebih mendalam?
            Kembang hatiku. Yes! Aku menang! Bangga…. kerana Irfan Mukhriz Tan Sri Zainudin yang dulunya bongkak dan angkuh terpaksa menurunkan egonya yang tinggi melangit.
           
            Selama seminggu, ada saja jambangan bunga di atas mejaku setiap pagi. Semuanya dari Irfan Mukhriz. Tak jemu-jemu dia memujuk rayu padaku dengan kata-kata puitis di kad kecil. Selama seminggu juga dia menghantar SMS mengajak aku keluar makan malam bersamanya. Semuanya aku tolak dengan cara baik.       
            Hello Idayu….” Aku terkejut mendengar suara Encik Irfan di sebelah sana. Sejak dia meninggalkan Mesra Holdings, inilah kali pertama dia menelefon. Selalunya kami berbalas SMS sahaja.
            Hello Encik Irfan? Ada apa boleh saya bantu?”
            “Formalnya… saya bukan lagi Bos awak, tau?
            Sorry… dah terbiasa” Aku mengulum senyum gelihati.
            “Bila kita boleh keluar dinner? Kalau esok malam, boleh?”
            “Saya minta maaf, Encik Irfan. Orang tua saya tak benarkan keluar malam berdua-duaan dengan lelaki kecuali dengan Iskandar, abang saya tu..”
            “Dah besar-besar pun masih kena control?” Encik Irfan ketawa mengejek.
            “Encik Irfan, saya masih tinggal bersama keluarga, jadi saya hormat dengan peraturan yang Ummi dan Babah tetapkan”
            “Ok.. saya tahu awak anak yang baik… Apa kata kita ajak Iskandar dan Natrah sekali. Saya dapat tahu, Iskandar dah mula rapat dengan Natrah”
            “Oh… ya ke? Saya tak tahu pun?” Aku bertanya Encik Irfan balik. Dalam hatiku tertanya-tanya. Sejak bila pula Abang Is berpacaran dengan Cik Natrah?
            “Idayu.. awak dengar tak?” Tegur Encik Irfan bila aku terdiam lama.
            “Sa.. saya dengar. Kalau macam tu, Encik Irfan plan dengan Cik Natrah dan Abang Is dulu, ok? Saya ikut saja kalau Abangg Is kata ok”
            “Sayang betul awak pada Iskandar ek?”
            “Memang saya sayang dia. Satu-satunya Abang yang saya ada” Ayat yang seringkali aku ulangi untuk sesiapa sahaja yang bertanya.
           
            Di sebelah petangnya, aku masuk ke bilik Encik Najmi bersama fail tebal. Dia tersenyum manis padaku.  
            “Siapa hantar awak pagi tadi?” Aku tergamam dengan pertanyaan Encik Najmi. Aku masih ingat lagi soalan yang sama pernah ditanyakan Encik Irfan suatu ketika dulu.
            “Kenapa Encik Najmi tanya?”
            “Saya nampak mesra semacam saja? Siap cium-cium dahi. Cemburu saya tengok!” Dia ketawa perlahan dengan kata-katanya sendiri. Aku angkat kening. Cemburu? Kenapa pula Encik Najmi harus  cemburu?
            “Dia abang saya. Oh ya! Masa birthday party Cik Natrah, saya datang dengan dia lah!”
            “Oh… saya pergi majlis tu sekejap saja sebab ada hal malam tu. Patutlah saya tak perasan. Bawa abang sendiri ke party, awak tak ada boyfriend ke? Maksud saya, special boyfriend macam orang lain?”
            “Belum ada lagi. Masih mencari..” Aku menjawab telus.
            “Irfan Mukhriz?” Aku pandang wajah Encik Najmi tajam.
            “Kenapa dengan Encik Irfan?”
            “Dia bukan buah hati awak? Minggu ni saja, saya perasan hari-hari awak dapat bunga. Saya risik dari Zana, Irfan yang hantar” Aku mengeluh perlahan. Zana nihh… langsung tak boleh simpan rahsia.
            “Kenapa mengeluh? Tak betul ke, apa yang saya cakap?” Kiri kanan tangannya dicantumkan di hujung jari-jarinya. Aku tidak pasti apakah maksudnya dia berbuat begitu. Aku sangat suka dengan gayanya yang nampak rileks dan lembut. Berbeza sekali dengan sikap Encik Irfan yang bercakap lepas dan kuat mengarah selama aku bekerja di bawahnya. Malangnya perasaan ini hanya untuk lelaki bongkak dan ego bernama Irfan Mukhriz. Aku tersalah pilih kah? Aku bingung dengan perasaan sendiri.
            “Betul… Encik Irfan yang hantar bunga-bunga tu pada saya. Tapi…. saya masih tak tahu kedudukkan saya dalam hati Encik Irfan”
            “Maknanya awak sukakan Irfan?” Encik Najmi menebak.  Aku senyum nipis.
            “Setakat meminati dan mengkagumi pada kesempurnaan yang Tuhan kurniakan” Aku membalas perlahan. Pandangan mata aku jatuhkan ke meja. Malu mahu mengakuinya.
            “Oh begitu. Tapi saya nak bagitau sesuatu pada awak, Idayu” Aku angkat muka yang tadi menunduk. Menunggu dia berbicara seterusnya.
            “Saya pun amat kagum dengan keindahan dan kesempurnaan depan mata saya ni….” Encik Najmi renung wajahku lama hingga buatkan jantungku berdegup kencang. Betul ke apa yang aku dengar? Encik Najmi….. ishh! Takkanlah!
            “Apa dia? Saya salah dengar ke?” Pantas Encik Najmi mengeleng.
            “Saya sukakan awak. Itupun kalau awak sanggup terima saya seadanya…”
            “Encik Najmi…. saya…. er….” Aku tergagap-gagap.
            “Idayu…. saya tahu awak terkejut. Saya faham, hati dan perasaan awak hanya untuk Irfan Mukhriz. Tapi selagi awak belum sah jadi tunangan atau isteri pada Irfan, tak salah saya mencuba nasib, kan? Lagipun, saya faham sangat dengan perangai Irfan tu. Girlfriend keliling pinggang. Saya bimbang awak dikecewakan nanti” Aku termanggu-manggu dengan kata-kata Encik Najmi. Kalau betul, Encik Irfan hanya mahu jadikan aku sebagai koleksi teman wanita yang sedia ada, apa akan jadi padaku kelak. Akan meranakah aku?
            “Kalau tak ada apa-apa lagi… saya mintak diri dulu, Encik Najmi. Banyak lagi kerja menanti saya”
            “Ok.. awak boleh pergi. Cuma saya nak awak fikir banyak sebelum awak setuju nak jadi special girlfriend kepada sepupu saya tu...”
            “Terima kasih Encik Najmi kerana berterus terang tentang perasaan Encik pada saya. Saya amat hargainya. Cuma, buat masa ni…. saya tak mampu untuk bukakan hati saya pada orang lain. Hanya Encik Irfan yang ada dalam hati saya walaupun saya tak pasti samada dia betul-betul cintakan saya atau sebaliknya”
            “Tak mengapa. Kalau Irfan tolak awak, saya sanggup gantikan tempat dia dalam hati awak. Awak pun tak akan lari kemana-mana, kan?. Awak tetap P.A saya” Jawab Encik Najmi dengan senyuman yang memukau. Goyah juga sedikit hatiku melihat wajah tampannya yang sedang tersenyum.
~
Aku ketuk bilik Cik Natrah dan terus sahaja masuk tanpa menunggu lama.
            “Natrah….you sibuk tak?” Aku berdiri di depan mejanya.
            “Ada apa, Idayu?”
            “Pasal dinner malam nanti….”
            Why? Ada yang tak kena ke?”
            “Er… okey, semuanya okey. Cuma I nak tahu, sejauh mana hubungan you dengan my brother. You sukakan Ameer Iskandar?”
            Yes. He was much much better than Irfan. I love his character, handsome tu.. semestinyalah! Rugi sungguh you ada abang macam dia” Aku terkedu. Cik Natrah dan Abang Is sudah saling menyukai? Akan hilangkah kasih sayang Abang Is padaku selepas ini?
            “Idayu?”
            “Hah?” Aku yang sedang bermenung jauh tersentak.
            “You terkenangkan apa? Irfan Mukhiz ke? I dapat tahu.. you dah berjaya dapat tawan hati Irfan. Baguslah. I’m happy for you too. Irfan tu memang playboy.. tapi I rasa kalau you pandai control dia… mungkin dia boleh berubah. Irfan bukannya teruk sangat sebenarnya dan I tahu you gadis baik… Pasti Irfan akan jatuh cinta pada you berkali-kali”
            “I bimbang I tak setanding dengan girlfriend dia sebelum-sebelum ni… you tahulah taste Encik Irfan macam mana kan?”
            Don’t worry!… Segalanya akan baik-baik saja” Aku mengeluh perlahan. Gembirakan aku dengan perhubungan yang baru hendak bermula ini?
           
            Malam itu dengan kereta Abang Is kami ke Victoria Station, Jalan Sultan Ismail.
            “Ayu dah pun dapat perhatian dari Irfan. Ayu gembira tak?” Tanya Abang Is sebaik sahaja dia berhentikan keretanya. Tidak terburu-buru ingin keluar dari kereta, malahan Abang Is bersandar dengan selesanya. Abang Is toleh ke sebelah kiri mencari mataku. Kami bertatapan lama.
            “Ayu tak tahu…. Ayu takut sebenarnya”
            “Abang boleh teka. Ayu takut Irfan kecewakan Ayu, sebab dia ramai girlfriend?” Aku angguk laju.
            “Ayu tahu.. Ayu ni tak setanding dengan gadis-gadis yang pernah bersama Irfan. Entah-entah sekarang ni, masih ada lagi ramai perempuan yang masih mengharapkan cinta dari Irfan Mukhriz”
            “Takkan Ayu tak percaya pada diri sendiri? Ayu ada kelebihan yang tak ada pada orang lain. Buat apa difikirkan sangat? Kalau Irfan pandai menilai yang mana intan, yang mana kaca… tentu dia pilih Ayu”
            “Ayu tak pasti samada pilihan Ayu ni, tepat atau tidak” Abang Is tarik bahuku dekat padanya. Ubun-ubunku dikucup.
            “Ayu tetap ada Abang kalau Ayu nak kongsi masalah Ayu. Irfan bertuah kerana dicintai gadis sebaik Ayu. Bagi Abang dia tak layak untuk Ayu… tapi Abang tak boleh memaksa atau menegah. Ayu berhak pilih jalan hidup sendiri, pilih siapa saja yang Ayu suka” Lirih suara Abang Is di telingaku, sungguh menyesakkan dada. Kalaulah aku boleh tukarkan status dirinya dari seorang Abang kepada seorang 'kekasih', akulah gadis yang paling bahagia rasanya. Sikapnya yang melindungi, penyayang dan begitu mengambil berat.  Aku cemburu pada Cik Natrah yang semakin mendapat tempat di hati Abang Is.
            Masuk ke Victoria Station, Encik Irfan yang sudah menunggu bersama Cik Natrah terus sahaja bangun mendapatkan aku. Tangan dihulurkan padaku dan dia bawa aku ke meja. Dengan lagak gentleman, kerusi ditarik mempersilakan aku duduk.
            Thanks
            Natrah duduk di sebelah Abang Is. Waiter datang menghulurkan menu. Encik Irfan dekatkan wajahnya ke bahuku.
            “You nak makan apa?” Sama-sama dia meneliti menu di tanganku, padahal bukannya tiada menu di depannya. Sengaja mahu tunjukkan betapa romantiknya dia di depan semua. Aku pandang Abang Is yang duduk setentang denganku tapi wajahnya tenang sekali. Aku rimas dengan layanan berlebihan dari Encik Irfan. Seperti dia ingin memberitahu Abang Is yang dia telah berjaya menjinakkanku.
            Cik Natrah pula, nampak begitu manja dengan Abang Is sehingga aku pula yang menjeruk rasa. Hatiku terbakar setiap kali Cik Natrah menyuapkan sejuring steak yang telah dipotong ke mulut Abang Is. Aduhai hati…. sabar ajalah! Kenapa aku harus cemburu pada abang sendiri?
            Selesai makan, kami ke TGV, KLCC pula. Encik Irfan yang beria-beria ajak mononton midnite movie. Di dalam panggung wayang, aku duduk di tengah-tengah antara Abang Is dan juga Encik Irfan. Di sebelah kanan Abang Is, lengannya dipeluk kejap oleh Cik Natrah. Kepala Cik Natrah juga dilabuhkan  ke bahu Abang Is, menambahkan iri hatiku ini.
            Melihat adengan mesra Cik Natrah bersama Abang Is, Encik Irfan juga tak mahu kalah. Lengannya memaut bahuku agar rapat ke tubuhnya. Aku menahan perasaan yang bergelogak dalam jiwa. Dalam aku marah dengan Abang Is yang membiarkan Cik Natrah bermanja dengannya, aku merelakan saja Encik Irfan menggodaku terus-terusan. Hampir-hampir sahaja bibirnya menyentuh bibirku tapi aku berpaling ke tepi. Agaknya Encik Irfan dah biasa bercengkerama dengan ramai perempuan di panggung wayang sebelum ini.
            Filem yang ditayangkan, sedikitpun tidak menarik minatku. Apa yang aku aku fikirkan saat ini, tentang Abang Is dan Cik Natrah. Sudah sampai ke tahap manakah hubungan mereka?
           
            Hello Sayang!” Suara Encik Irfan memecah gegendang telingaku. Sayang? Baru beberapa hari sejak kami keluar berempat dia sudah pandai memanggilku Sayang?
            “Ada apa, Encik Irfan?”
            “Awak ni tak habis-habis dengan Encik Irfan… Encik Irfan! Susah sangat ke nak panggil saya, “Irfan”?”
            Sorry… saya masih segan”
            “Kalau awak nak jadi kekasih saya, awak kena berhenti dari panggil saya, Encik…”Aku telan liur. Nak jadi kekasih Irfan? Sudah bersedia kah aku untuk menjadi kekasih hatinya, sedangkan sejak akhir-akhir ini jiwaku seakan kosong sama sekali.
            “Idayu… are you still there?”
            “Ya… ya.. saya masih ada ni…”
            “Lepas kerja, temankan saya shopping, boleh? ”
            Shopping? Tapi Encik.. er…. Irfan, selalunya Abang Is yang jemput saya”
            “Jangan bimbang. Saya dah mintak izin dari abang kesayangan awak tu. Cuma dia pesan, jangan pulang lewat sangat!” Aku lepaskan nafas berat. Keluar berdua-duaan dengan Irfan?  Seumur hidupku tidak pernah lagi aku keluar dengan mana-mana lelaki selain dari Abang Is. Dulu semasa di kampus, kalau ada kawan lelaki pun, kami akan keluar beramai-ramai bercampur lelaki dan perempuan.
            “Idayu.. boleh tak ni? Tepat pukul lima, saya jemput awak”
            “Bo… boleh la…. Janji shopping aja tau? Tak pergi tempat lain” Encik Irfan tergelak besar dengan permintaanku.
            Tepat jam 5 petang, aku turun ke lobi. Encik Irfan sedang bersandar di pintu Audi Q7. Rata-rata gadis yang lalu di depanya menoleh pada Encik Irfan yang kacak. Aku menahan perasaan cemburu yang bercambah. Kalau tunggu dalam kereta, tak boleh ke? Ini sengaja pula nak tayang badan yang sasa tu. Dahlah butang kemeja di buka sampai ke dada. Aduh!.. Aku yang tengok ni pun rasa mahu terjelepuk ke lantai. Tergoda!
            Encik Irfan buka pintu kereta untukku, menunggu aku masuk dahulu baru dia tutup pintu dan bergerak ke arah pintu sebelah pemandu. Rasa serenok dilayan bagai seorang puteri. Abang Is tak pernah pula layan aku sebegini.
~Ishh.. apa hal kau nak banding-bandingkan Irfan Mukhriz dengan Abang Is, Ayu? Teruk betullah!!~ Suara hatiku bergolak marah!
            “Awak ok  ke, tak ni?” Irfan tegurku bila dia sedar dari tadi aku hanya mendiamkan diri.
            “Apa yang tak o.k.?” Tanyaku balik padanya.
            “Awak rasa ter”paksa” ke, keluar dengan saya ni?”
            “Tak…., tak adalah sampai macam tu. Saya takut, awak saja yang tak selesa dengan saya. Mana tahu kalau-kalau buah hati awak nampak nanti”
            “Awaklah buah hati saya” Pantas Encik Irfan menjawab. Aku segera menoleh padanya.
            “Tipulah!. Saya tahu, girlfriend awak keliling pinggang”
            “Memang girlfriend saya ramai tapi buah hati saya, awak sorang aja…” Aku menjeling.
            “Tu jeling-jeling saya kenapa? Tak percaya? Kalau tak percaya, belahlah dada, x-raylah hati….” Encik Irfan mengajuk dialog dalam filem P.Ramlee. Kemudian dia tergelak.
            “Susah nak percaya….” Aku senyum sinis. Encik Irfan pula tarik muka masam dengan kata-kataku.
            Aik., marah ke? Encik Irfan diam, aku pun diam. Aku pun malas mahu melayan, buat tak tahu saja.
           
            “Awak…. kita nak beli apa kat sini?” Kami masih lagi berlegar-legar di aras concourse KLCC. Ramainya orang walaupun hari ini hari bekerja. Dorang ni, tak tahu nak balik rumah ke, lepas kerja?.
            “Saya nak cari hadiah untuk annivesarry Daddy dan Mummy saya. This weekend majlis dorang. Awak diwajibkan hadir”.
            “Hah? Saya nak kena pergi ke?”
            “Awak buah hati saya, mestilah awak kena datang ke majlis parents saya. Awak tak nak berkenalan dengan bakal mertua?” Langkah yang sedang aku aturkan serta-merta mati.
            “Bakal mertua? Awak rasa tak cepat sangat ke?”
            “Kenapa? Awak tak sudi nak jadi isteri saya?” Sekali lagi aku tergamam. Dahi berkerut seribu. Encik Irfan melamarku di tengah-tengah kesibukkan orang ramai di KLCC ni? Aduhai… tak romantik langsung! Apalah nasib badan…. Huhuhuhu.
            “Apa maksud awak?”
            “Takkan susah sangat awak nak faham? Saya ajak awak kahwin. Awak nak kahwin dengan saya, tak?”
            “Awak sungguh-sungguh ke ni?” Aku masih lagi tidak percaya. Encik Irfan ni, jarang mahu bersikap serius. Selalu nak mengenakan aku, adalah!
            “Awak nampak saya main-main ke?” Soalan Encik Irfan berbalik semula padaku. Aduh! Rasa mahu pitam di sini juga.
            “Saya.. er….”
            “Jom!” lenganku terus ditarik ke dalam kedai emas Habib Jewel yang berada di depan mata kami. Elok-elok pula tadi kami berdiri di situ. Aku tercengang-cengang sebentar.
            “Awak nak buat apa, ni?”
            “Beli cincin untuk awak” Encik Irfan membalas selamba.
            “Tapi tadi… awak kata nak cari hadiah untuk anniversary parents awak?”
            “Yang ni, lagi penting!” Tanganku ditarik lagi ke depan meja kaca yang menepatkan beratus-ratus deretan cincin.
            “Selamat datang, Encik…” Jurujual cantik menegur ramah dengan senyuman manis bak gula.
            “Encik nak cari cincin untuk teman Encik yang cantik ni ke?” Jurujual manis tadi semakin membodek.
            “Ya.. untuk bakal tunang saya” Bakal tunang? Aku mula rasa tak menentu. Rasa serba-salah sebenarnya. Hanya beberapa minggu sahaja sejak kami berpacaran dengan rasminya. Secepat inikah dia mengesahkan yang aku ini calon tunangannya?.
            “Sila tengok sebelah sini, Encik. Kesemuanya cantik-cantik dan sesuai untuk pertunangan. Batu berlian asli ni, Encik….” Gadis manis di depan kami ini bersunguh-sungguh meyakinkan Encik Irfan. Aku yakin benar dia dapat menilai Irfan Mukhriz jenis yang ber”duit'.   
            “Sayang berkenan dengan yang mana satu?” Erkk?? Sayang? Aku tersipu-sipu. Over sungguh la Encik Irfan ni!       
            “Saya tak tahu nak pilih. Lagipun kita baru aja…..”
            “Sayang pilih aja dulu. Apa-apa yang sayang tak puas hati atau nak komplen, kemudian aja”
            Satu tray deretan yang didakwa cincin pertunangan diletakkan atas meja kaca di depan kami. Aku hanya meneliti satu persatu dengan mataku. Rasa gerun mahu menyentuh kilauan berlian dan emas yang terpancar. Akhirnya aku geleng perlahan.
            “Saya tak tahu. Semuanya nampak cantik”
            “Cik.. kalau saya cadangkan yang ini, macam mana?” Satu cincin diangkat dari tempatnya. Cantik, bertatahkan sebiji berlian berbentuk hati. Kilauannya memukau pandangan mataku.
            “Saya rasa sesuai dengan jari Cik yang runcing tu” Dia menambah lagi. Amboi… kalu bab memuji, mana-mana jurujual memang jaguh!
            Encik Irfan yang sambut cincin yang dihulurkan. Dia belek-belek seketika kemudian tangan kirinya menadah padaku. Mengisyaratkan agar aku letakkan tanganku di atas tapak tangannya. Lambat-lambat aku letakkan tanganku di atas tapak tangan Encik Irfan. Jari-jariku dipegang, Encik Irfan sarungkan cincin tadi ke jari manisku. Aku terpukau. Cantiknya…!
            “Ok tak yang ni, Sayang? Tak nak cuba yang lain?” Aku senyum pada Encik Irfan.
            “Kalau awak suka dengan yang ini, saya pilih ini sahaja. Lagi banyak saya cuba, lagi susah saya nak buat pilihan” Balasku.
            Setelah mengira-ngira di kalkulator, jurujual itu tersenyum pada Encik Irfan. Aduhai. Janganlah senyum banyak sangat. Aku bimbang Encik Irfan pula yang jatuh cinta pada dia!
            “Harganya 9 ribu, Encik. Saya bagi 15% untuk Encik” Gulp! 9 ribu? Gembirakah aku dengan sebentuk cincin mahal yang dibelikan oleh lelaki idamanku ni?  Aku hanya dapat memandang Encik Irfan hulurkan kad kredit platinumnya.
            “Awak, kenapa mahal sangat? Buat apa membazir?” Tidak puas hati dengan harganya yang melampau-lampau. Bagiku, aku boleh cari bentuk yang sama di mana-mana kedai emas yang biasa-biasa. Tak perlu ke Habib Jewel yang gah seperti ini. Sudah tentu harganya jauh lebih murah.
            “Tak membazir kalau untuk awak” Jari tanganku yang sudah bersarungkan cincin tadi dibawa ke bibirnya. Dikucup lembut sambil tersenyum manis padaku. Perasaan ku seperti diawan-awangan. Lupa yang kami berada di dalam kedai emas hingga kami tidak sedar, gadis manis tadi sudah berdiri di depan kami dengan kad kredit Encik Irfan dan resit di tangannya. Gadis genit tadi tersipu-sipu melihat aksi Encik Irfan yang ‘ter’lebih romantik.
            Keluar dari Habib Jewels, aku segera keluarkan bekas cincin baldu yang juga berbentuk hati dan masukkan ke dalam beg tangan. Aku bimbang cincin mahal ini, aku tersalah letak atau tercicir di mana-mana. Beg kertas kosong, aku jinjing di tangan.
            “Awak…. terima kasih. Saya lupa nak cakap tadi” Irfan senyum dan mengangguk.
            “Sebelum balik nanti, awak jangan lupa mintak dari saya cincin ni, tau?” Aku menambah lagi.
            “Buat apa saya nak ambil balik? Cincin tu untuk awak, kan?” Ishh! Encik Irfan ni…. buat-buat tak tahu pula!
            “Saya tahu awak beli cincin tu untuk saya, tapi saya masih ada keluarga. Encik Irfan kenalah datang meminang dulu, baru kita boleh bertunang secara rasmi. Kena ikut adat”
            “Kalau tak payah pinang-pinang ni, boleh? Sekarang jugak, awak dah sah jadi tunang saya”
            Hello…… ! Kita ni orang Melayu,  bukan Omputeh!” Sedikit tinggi suaraku. Encik Irfan gelak besar.
            “Saya gurau ajalah, Sayang!.... saya tahulah. Takkan nak bertunang ala koboi? Malulah saya.” Aku muncungkan bibir. Tau pun! Ingatkan sengaja buat-buat lupa!

No comments:

Post a Comment