DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday, 8 March 2016

AKU SAYANG KAMU - BAB 9



Aku masuk ke kereta Abang Is yang baru sampai. Sejak akhir-akhir ini, Abang Is seringkali lewat menjemputku. Nak kata ber’dating’ dengan Cik Natrah, rasanya tak mungkin!. Tadi, aku baru saja nampak Cik Natrah elok saja di biliknya. Masih menyiapkan kerja-kerja yang menimbun di atas mejanya.
            Sorry… Abang lambat” Aku tarik muka.
            “Janji nak sampai sini sharp pukul lima. Abang Is janji nak bawa Ayu makan Pizza. Ayu dah lapar tau! Lunch time pun Ayu tak turun makan…” Aku mengadu dengan manja dan menjeling marah.
            “Lah! Iya ke? Kenapa tak ambil lunch? Kalau sakit perut, sapa yang susah? Irfannnn….  jugak yang susah!”
            “Apa Abang Is ni? Kenapa Irfan pulak? Bukan Abang Is ke yang duduk serumah dengan Ayu?” Bibirku terus lagi memuncung.
            “Abang gurau ajalah. Sayang!” Pipiku dicubit. Aku tepis tangannya dan usap pipiku yang terasa sengal.
            “Tengok tu, buat muncung lagi. Abang datang lambat sikit pun, nak merajuk. Macamanalah Irfan tu nak tahan kalau asyik macam ni? Lelaki tak suka tau kalau perempuan kuat merajuk. Pening nak pujuk!” Aku menjeling tajam.
            “Dah tu, Cik Natrah tak pernah merajuk ke?” Abang Is menoleh padaku serta-merta.
            “Natrah? Dia mana pernah merajuk. Dia bukannya manja macam Ayu ni, macam baby!”
            “Abang Is!!” Aku menjerit. Mujurlah sekarang ni dalam kereta. Kalau di luar, mau semua orang terkejut mendengar jeritanku.
            Kereta Abang Is berhenti di petak parkir di depan restoran Pizza Hut.
            You will always be my baby… remember?” Hidungku dicuit dengan jarinya. Sekali lagi tanganku menepis. Nak memujuklah tu!
            “Jom… tadi kata lapar. Abang pun dah lama tak makan Pizza. Nanti kita bungkus untuk Ummi, Babah dan Izani”
            “Hah? Kak Long ada balik ke? Bila?”
            “Pagi tadi Izani telefon Abang”
            “Yeayy.. rindu dengan Kak Long!” Aku melonjak riang. Dah lama tak berjumpa dengan kakak sulungku itu, banyak perkara yang ingin aku ceritakan. Lebih-lebih lagi tentang Irfan Mukhriz yang berjaya meraih cintaku.     
            “Amboi.. teringat kat Kak Long, sampai dah lupakan Abang?” Aku toleh ke belakang. Eh.. Aku lupa yang aku sudah tinggalkan Abang Is dan menonong mahu masuk ke dalam restoran Pizza Hut.
            Sorry.. sorry!” Aku tersengeh dan apabila Abang Is merapatiku, segera aku sauk lengannya. Kami ke meja yang ditunjukkan seorang pelayan.
            Pizza kegemaranku sampai ke meja bersama mushroom soup dan garlic bread. Abang Is pula memesan cheese baked meatball. Abang Is baca doa makan dan aku segera potong pizza panas di pinganku. Cheese yang ditarik, buat aku kecur. Walah, marvelous!
            “Abang Is… Cik Natrah tu, cantik kan?” Abang Is senyum nipis dan melirik ke arahku  dengan bersahaja. Tak terusik dengan pujianku.
            “Cantik. Tapi Ayu lagi cantik!” Aku tak rasa apa-apa pun dengan pujian Abang Is. Dari kecil aku sudah lali dengan pujian demi pujian dari mulut Abang Is yang tidak pernah lokek.
            “Bila Abang Is dan Cik Natrah nak bertunang?” Tanpa mempedulikan kata-kata Abang Is tadi, aku bertanya lagi. Suapan Abang Is terhenti.
            “Abang tunggu majlis Ayu dulu. Abang nak pastikan Ayu bahagia dengan pilihan Ayu, barulah Abang akan fikirkan hari bahagia Abang”
            “Majlis Ayu lambat lagi lah…. Ayu pun tak pasti samada Irfan serius dengan Ayu ataupun tak dengan hubungan kami”
            “Tapi.. Natrah ada mentioned pada Abang, Irfan dan pilihkan cincin tunang untuk Ayu hari tu. So?”       
            “Alah… baru pilih cincin. Belum tentu jadi ke tidak…”
            “Ayu tak happy ke? Selalunya kalau dah masuk fasa pilih-pilih cincin, tak lama lagi lah tu!. Itu yang Ayu harapkan dari Irfan, kan?” Aku berjeda dengan kata-kata Abang Is. Gembirakah aku dengan cincin mahal yang dipilih Irfan Mukhriz yang selama ini aku dambakan sepenuh hatiku?
            “Abang dengan Cik Natrah, benar-benar serius ke?” Aku tidak mahu memanjangkan soal Encik Irfan lagi.
            “InsyaAllah, kalau ada jodoh kami” Aku tunduk. Seakan mahu menangis serta merta tapi cuba kutahankan selagi yang termampu. Aku takut kelihangan seorang Abang yang begitu menyayangiku. Aku begitu bimbang Abang Is akan pinggirkan aku dari hidupnya kelak bila sudah bersama dengan orang lain.
            Oleh kerana aku duduk menghadap pintu masuk, mataku menangkap sepasang merpati dua sejoli melangkah masuk dan si lelaki disapa ramah oleh pelayan. Si perempuan sedang memeluk lengan pasangannya dengan mesra.
            “Apa yang Ayu tengok?” Sergah Abang Is dan dia turut berpaling ke arah pasangan tadi.
            “Kawan Ayu ke?” Oh! Rupanya Abang Is tidak kenal dengan abang Cik Natrah. Kata dah berkawan rapat? Peliknya….
            “Tu lah Bos baru Ayu yang gantikan Irfan Mukhriz. Encik Najmi Faiz”
            “Owh!…. Boleh tahan cantik awek kat sebelah dia tu. Sepadan sungguh mereka berdua” Segaris senyuman hambar aku lemparkan pada Abang Is. Pasangan tadi lalu di meja kami. Encik Najmi terkejut melihat aku bersama Abang Is di resotran yang sama.
            “Hai Idayu! Awak pun makan di sini?” Mata Encik Najmi berkalih pada Abang Is.
            “Kenalkan…. abang saya. Ameer Iskandar”
            “Najmi, bos Idayu” Mereka bersalaman.
            “Oh ya…. Ini Amylia Nazirah. Amy.. this is my P.A. Idayu Aireen” Amylia mengangguk padaku tetapi tangan yang aku hulurkan tidak bersambut. Jijik agaknya mahu menyentuh tanganku yang sedang makan. Aku buat-buat tak kisah dan tarik tanganku semula. Terus sahaja aku capai garfu dan pisau, melindungi maluku.
            “Sayang…. I dah lapar…” Rengek Amylia manja pada Encik Najmi. Lengan Encik Najmi digoncang.
            Sorry guys… I nak ke meja kami. Enjoy your meals
            You too” Abang Is membalas dan tersenyum pada Encik Najmi.
            Encik Najmi bersama Amylia mengatur langkah ke meja mereka. Aku termenung seketika. Dalam hatiku libang-libu. Teringat akan kata-kata Encik Najmi tempohari, jiwaku sedikit terganggu. Buat apa Encik Najmi luahkan perasaan padaku kalau dia sudah berpunya?
            “Ayu, ok? Ada yang tak kena ke?” Abang Is pandang aku  pelik.
            “Tak ada apa-apa. Ok. Lah…  Ayu dah kenyang. Boleh kita balik?” Aku meminta. Lagi cepat beredar dari sini, lagi baik. Aku tak sanggup berlama-lama makan di restoran yang sama dengan Encik Najmi dan pasangannya.
           
            Kak Long menyambutku di muka pintu dengan senyuman lebar. Kami berdakapan erat seolah-olah sudah bertahun tak bersua. Abang Is tinggalkan kami berdua dan memanggil Kak Kiah,  pembantu rumah kami. Plastik Pizza dihulurkan pada Kak Kiah.
            “Ayu… Maghrib dah nak sampai hujung ni… naik atas dulu, Solat. Lepas ni, nak borak berjam-jam pun tak apa. Macamlah tak pernah jumpa Kak Long” Aku tersengeh dengan teguran Abang Is. Ha.. padan muka. Kan dah kena sebijik? Kak Long ketawa kecil dan tepuk bahuku.
            “Pergilah naik. Kang bos kecik melenting tak pasal-pasal!” Berlenggang kangkung aku menapak ke tangga. Dari dulu lagi, Kak Long gelarkan Abang Is sebagai bos kecik. Bos besar pula tentulah Babah kami. Encik Mohd Said.
            “Ayu… apa lagi berjalan lemah-longlai tu? Cepat naik!” Aku mendongak ke atas. Abang Is bercekak pinggang menungguku. Aiseyhhh… Bos kecik ni, sekali datang tegas dia, Babah pun boleh kalah!
            Sebaik sahaja aku buka telekung, Kak Long sudahpun berada di atas katilku. Aku bangun dan labuhkan punggung di sebelahnya.
            “Berapa lama Kak Long cuti?” 
            “Empat hari aja…. Banyak sangatlah kerja nak buat. Mana dengan student nak exam lagi. La ni cuti study week, tapi ramai yang tak balik ke rumah. Hujung minggu pun dorang cari Kak Long. Macam tulah, kalau student suka buat revision last minute” Kesian Kak Long. Tugasnya sebagai Pensyarah di sebuah Universiti di utara tanah air kadangkala terpaksa berkorban demi memastikan pelajarnya lulus dengan cemerlang.        
            “Err…. Kak Long bila nak kahwin?”
            “Kahwin? Eh.. tiba-tiba aja tanya ni…. mesti ada sesuatu. Ayu dah ada special boyfriend ek?” Aku senyum lebar.
            “Ayu tanya Kak Long, Kak Long tanya Ayu balik? Agak-agaknya, bila Abang Shahrin nak balik Malaysia?” Aku merujuk pada tunang Kak Long yang masih berada di luar negara menyambung PHD nya.
            “Enam  bulan lagi. Tanya banyak-banyak ni, kenapa?”
            “Saja tanya. Tak sabar nak dapat abang ipar” Aku menjawab telus.
            “Eleh.. kalau tak sabar dapat abang ipar, lagi elok Ayu cari abang ‘Dalam Kurungan’ sendiri” Jawab Kak Long sambil ketawa perlahan.
            “Abang ‘Dalam Kurungan’? Apa tu?”
            “Suamilah dik oii”
            “Ishhh Kak Lomg ni…. Tunggulah giliran Kak Long dulu, lepas tu Abang Is”
            “Is dah ada teman wanita? Macam tak percaya aja?”
            “Abang Is tengah hangat bercinta dengan Cik Natrah”
            “Hah? Cik Natrah bos Ayu yang selalu Ayu ceritakan tu?
            “Iyaaaa....  bos Ayu. Dia cantik sangat Kak Long. Anak orang kaya. Dressing… phewww, up to date! Nak bandingkan Cik Natrah dengan Ayu… macam langit dengan bumi. Abang Is pulak suka sangat cakap kata Ayu ni macam baby… Manja!” Aku mengadu lagi.
            “Betul cakap Is tu. Memang Ayu manja pun, entah bilalah nak matang!”
            “Eeii… Kak Long pun sama macam Abang Is. Benci tau!” Wajah ku masamkan. Tak suka.
            “Ok lah.. dah lama kita borak ni. Isyak pun dah masuk. Kak Long nak turun makan dulu. Ayu tak makan sekali?”
            “Ayu kenyang lagi. Kalau lapar, malam karang Ayu minum cereal
            “Okey,  esok kita keluar. Dah lama tak shopping dengan Ayu” Bulat mataku serta-merta.
            Shopping? Nak, nak! Kak Long belanja eh? Suka, suka” Kak Long gelengkan kepala.
            “Sebut pasal shopping, laju je dia setuju” Asyik sangat berbual pasal Abang Is, aku terlupa mahu bercerita tentang Irfan Mukhriz. Ah! tak apalah. Esok kan, masih ada?

“Ni bersiap cantik-cantik, korang nak ke mana?” Abang Is menegur kami berdua di meja makan ketika sedang bersarapan.
            “Sekejap lagi kami nak keluar shopping, tengok wayang.. jalan-jalan, kan Kak Long? Abang Is nak ikut?” Aku mempelawa. Tapi sebenarnya aku lebih suka kalau Abang Is tak mahu ikut. Ladies outing day! Satu mall kami boleh tawaf. Kalau Abang Is ada, tentu tak seronok sebab Abang Is bukan jenis kaki ‘Window Shopping’ macam kami. Kalau dah perempuan tu, tetap perempuan.  Tak dapat shopping gila-gila, window shopping pun jadilah!.  Tengok-tengok dan aim dulu barang yang berkenan di hati. Kalau sudah punya ‘ongkos’nya, lain kali boleh datang lagi. 
            “Dari ajak Abang, baik ajak Ummi dan Babah…” Abang Is pandang Ummi dan mereka saling berbalas senyum.
            “Tak apalah, Ummi keluar dengan Babah saja. Nak layan korang berdua ni, nanti longgar lutut Ummi. Tak larat nak mengekor ke hulu ke hilir” Kata-kata Ummi buat Babah ketawa.
            “Awak dulu masa muda pun, macam tu jugak. Lenguh kaki saya jadi Pak Turut” Muka Ummi merah kena perli dengan Babah. Ummi tepuk bahu Babah perlahan.
            Hahaha…..! Riuh ruang makan kami. Kak Kiah yang membawa mangkuk berisi nasi goreng yang baru ditambah dari dapur turut sama tergelak. Dia duduk di sebelahku. Di rumah ini, Babah tegaskan tidak ada diskriminasi di antara orang gaji dan juga Tuan Rumah. Masa makan, Kak Kiah diminta duduk sekali di meja bersama kami.
            “Saya pergi dulu, Ummi. Babah Ada kerja sikit kat pejabat”  Abang Is minta diri. Tangan Babah dan Ummi dikucup.
            “Ummi.. malam nanti, Is makan di luar dengan Natrah. Tak payah tunggu Is”
            “Baiklah Is. Baik-baik bawak kereta tu” Aku dan Kak Long saling berpandangan. Nampak gayanya Ummi pun dah tahu tentang hubungan Abang Is dan Cik Natrah.  Ermmm…. Sudah sah! Abang Is sekarag sedang hangat menyemai cinta bersama Cik Natrah!
~
            Menjelajahi tingkat demi tingkat MidValley Megamall tidaklah memenatkan kalau diberikan terapi minda. Shopping! Aku dan Kak Long masih lagi menjelajah butik demi butik, masuk ke Aeon Jusco dan meredahi Metrojaya tanpa jemu. Beg-beg plastik di kiri kanan kami entah berapa banyak yang kami jinjing tapi maih tidak puas-puas lagi.
            “Kak Long lapar tak? Ayu dah penat dan dahaga. Jom kita cari mana-man restoran dulu”
            “Bagus jugak tu. Kaki Kak Long pun dah rasa lenguh. Lepas makan, Kak Long nak masuk butik Bonia lepas tu kita balik” Kak Long yang lebih dulu mencari eskalator ke tingkat bawah.
            “Kita lepak kat Secret Receipe ajalah.. mahu?”
            “Ok.. no problem!” Aku tak kisah kat mana Kak Long mahu bawa aku makan kerana aku tahu, pasti Kak Long yang akan belanja. Aku kan, adik manjanya? Hehehee.

            Kerianganku mahu menimati sekeping kek coklat yang lazat dan mee kari yang enak di Secret Receipi mula jatuh merundum bila ternampak Abang Is juga ada di situ. Kak Long jua tekejut sama tapi Kak Long dengan senang hati merapati meja mereka.
            “Hai Is!?”
            “Izani? Lah…. korangg shopping kat sini ke? Anyway.. kenalkan… ini Natrah. Natrah ini Izani Azreen, Kakak sulung Idayu. Yang sebelahnya, takkan you tak kenal?” Kak Long tersenyum lebar.
            “Oh.. inilah Natrah bos Ayu. Banyak I dengar cerita tentang you”
            Hope cerita yang baik-baik aja tentang I” Cik Natrah berlawak. Mesranya dia berbual dengan Kak Long.
            “Nak join kitaorang sekali ke?” Abang Is mempelawa Kak Izani. Aku berharap benar agar Kak Long menolak. Tak sanggup aku duduk semeja dan menyaksikan kemesraan Abang Is dengan Cik Natrah. Aku cemburu!
            “Tak apalah. Mana boleh kacau korang berdua. Jom Ayu, kita cari meja lain” Fuhhh! Sungguh lega rasanya dengan jawapan Kak Long. Terima kasih kakakku sayang!
            Kak Long memesan Sherperd Pai bersama sekeping cheese cake. Aku tetap dengan tujuan asal mahu menikmati sekeping kek coklat Indulgence dan mee kari. Ingatan tentang kemesraan Abang Is bersama Cik Natrah, aku tolak ke tepi. Lagi difikirkan mereka, lagi buat hatiku sakit. Maka, sebagai mahu menutupi kegelisan hatiku, aku menikmati hidangan dengan berselera sekali.
            “Oit.. lapar benar nampaknya. Sarapan pagi tadi tak cukup ke?’
            “Lapar balik lah Kak Long! Penat jalan ke hulu ke hilir teman Kak Long shopping. Yang awal-awal angat Kak Long cari barang hantaran untuk tunang Kak Long kenapa? Tak nak tunggu Abang Shahrin balik dulu ke?”
            “Abang Shahrin kata dia nak beli barang-barang hantaran untuk Kak Long kat sana. Jadi barang-barang untuk dia, Kak Long cari sendiri lah” Mak aih! Jelesnya aku…. Tunang Kak Long mahu nak belikan barang Kak Long kat U.S? Betapa beruntungnya Kak Long!
            “Untungnya….”
            “Apa untungnya kalau dah bertahun-tahun bercinta tapi jarang jumpa? Kak Long kagi jeles tengok couple sekarang yang boleh jumpa tiap minggu. Tengoklah Is dengan Natrah…. Bahagia kan kalau macam tu?” Aduhhh. kenapalah Kak Long ungkit nama Abang Is dan Cik Natrah? Nasib baiklah aku dah habis makan. Kalau tak… mau terbantut seleraku.
            “Ayu pulak… bila nak ada boyfriend? Dulu masa Ayu masih study, Ummi cerita punyalah ramai student berebutkan Ayu?”
            “Hishh…. Ummi tu saja nak buat cerita. Mana ada ramai? Sorang dua je. Lepas tu sangkut kat sorang guy ni, tapi tak lama. Tak rasa nak panjangkan lagi perasaan pada dia. Tak rasa ada connection. Entah…. Muda lagi kot masa tu. Ayu pun tak suka sangat perangai dia yang macam budak-budak. Tak matang”
            “Dah tu.. Ayu nak lelaki yang macam mana?”          
            “Macam Abang Is…..” Laju sahaja aku menjawab tanpa memikirkan risikonya. Kak Long terdiam.
            “Is kan, abang Ayu?” Suara Kak long bergetar. Pelik juga aku mendengar suara Kak Long yang berubah nadannya.
            “Ayu tahulah dia tu abang.. Ayu cuma cakap aja. Ayu nak lelaki sebaik Abang Is dan lelaki sehebat Babah yang sangat penyayang”
            “Oh begitu..” Barulah suara Kak Long kedengaran lega. Aku tak tahu kenapa.
            Sebelum kami tamatkan sesi membeli-belah hari ini, kami singgah di butik Bonia. Ah!… ada juga pasangan Abang Is dan Cik Natrah rupa-rupanya. Mengapa asyik terserempak saja? Lagi-lagi menambahkan cemburu dihatiku melihat Abang Is dan Cik Natrah sedang berbahagia.
            ~Kau ni kjenapa Ayu? Biarkanlah aja mereka?~
           
            “Kata Abang Shahrin dah belikan barang Kak Long kat sana. Kak Long nak cari apa lagi kat sini?” Entah mengapa, ingin rasanya aku mahu mengajak Kak Long agar meninggalkan tempat ini seberapa segera.
            “Kak Long nak cari handbag untuk pergi kerja. Ayu nak tak? Pilihlah satu… Kak Long belanja”
            “Betul ni?” Terujanya aku menerima pelawaan dari Kak Long. Beg tanganku hadiah dari Ummi sewaktu aku mula bekerja di Mesra Holdings sudah melebihi setahun aku gunakan.
            “Orang dah pelawa, nak tanya-tanya lagi. Nak ke  tak nak ni?”       
            “Mestilah nak….” Kak Long ketawa perlahan dan bergerak ke rak yang lain meninggalkan aku untuk membuat pilihan sendiri.
            Lama juga aku membelek satu demi satu beg tangan yang dipamerkan. Harganya ada yang mencecah hampir seribu. Ini baru jenama Bonia, belum lagi jenama-jenama antarabangsa yang gah diseluruh dunia.
            Beg kulit berwarna biru gelap menjadi pilihanku. Lama aku membelek luar dan dalam. Harganya boleh tahan juga. Hampir lima ratus ringgit. Rasa bersalah pula mahu ‘mengetuk’ duit Kak Long walaupun aku tahu gajinya sebagai Pensyarah amatlah lumayan berbanding dengan pendapatanku sebagai Personal Assistant di Mesra Holdings.
            “Kak Long… yang ni cantik tak?” Tanpa menyedari Kak Long tiada disebelahku, aku cuba bertanyakannya tentang pilihanku ini.
            “Cantik…. Warnanya pun cantik. Sesuai untuk Ayu” Hah! Kenapa Abang Is yang menjawab? Mana Kak Long? Lah…. aku lupa yang Kak Long tadi sudah bergerak menjauh dariku. Dia kini sedang berbual dengan Cik Natrah mengenai beg tangan yang dipegang masing-masing. Cik Natrah anak orang kaya takkanlah hanya berminat dengan jenama ‘cikai’ sahaja?
            “Abang Is…Kenapa Abang Is tak temankan Cik Natrah?”
            “Natrah tengah mintak pendapat Izani tu. Dia nak beli hadiah untuk anak buah dia. Abang mana tahu sangat tentang taste perempuan macam mana…”
            “Owh….” Pendek aku membalas. Oleh kerana Abang Is pun bersetuju dengan pilihanku, aku menggamit pembantu butik untuk mengambil beg tangan yang baru. Dia datang seketika kemudian dan membuka plastiknya dan serahkan padaku bagi meneliti kalau-kalau ada cacat celanya.
            “Ok… saya ambil yang ini”    Senyuman lebar diberikan kepadaku. Aku menunggu Kak Long dan Cik Natrah selesai membuat pilihan. Hampir dua puluh minit kemudian, barulah mereka mampir ke kaunter di mana beg tangan yang sudah dibawa keluar dan diteliti mereka tadi diletakkan di kaunter.
            “Ayu dah dapat apa yang Ayu berkenan?” Tanya Kak Long.
            “Dah… Ayu mintak pendapat Abang Is tadi..” Cik Natrah sudah selesai membuat pembayaran. Kak Long keluarkan dompetnya mahu membayar beg tangan kami tapi Abang Is terlebih dulu hulurkan kad kreditnya kepada juruwang. Aku dan Kak Long terpinga-pinga. Mana taknya. Tadi semasa Cik Natrah membuat pembayaran, tak ada pula Abang Is buat perkara yang sama.
            “Simpan duit tu. Is bayar…” Melihat juruwang mencucuk kad credit di mesin, Kak Long tak jadi membuka dompet duitnya.
            “Terima kasih belanja kami”   Kak Long tersenyum senang. Sukalah dia dapat jimatkan duit. Bukan sedikit… hampir sembilan ratus ringgit untuk dua buah beg tangan kami.

No comments:

Post a Comment