DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 6 March 2016

ELUSAN KASIH - BAB 1






 “PAPA!papa!”Jari jemari anak kecil itu menggoncang lembut tubuh yang sedang meniarap di atas katil itu. “Papa…papa...” panggil anak kecil itu lagi berulang kali. Aqil terasa tidurnya di ganggu. Terpisat-pisat dia membuka mata.
“Papa...”panggil si anak kecil itu lagi.
“Kau nak apa ni! Pergi main jauh-jauh jangan ganggu aku boleh tak!” herdiknya kuat. Perasaan marahnya membuak kerana tidurnya di ganggu oleh anaknya itu. Satu cubitan hinggap di lengan anak kecil itu lantas suara halus mulai kedengaran di pagi yang hening itu.
“Pergi jauh-jauh! Jangan kacau aku nak tidur! Pergi! Pergi! Cari ibu kaulah!” marah Aqil kuat sebelum menarik kembali selimutnya.
Tangisan Siti Aqilah yang berusia 4 tahun itu mula memecah pagi yang yang sunyi. Fazzura yang berada di bawah segera berlari anak mendapatkan Aqilah. Hatinya sudah mula tak keruan rasa.
“Aqilah, kenapa ni?” soalnya sebaik sahaja sampai di muka pintu bilik tidur itu. Dia segera mendapatkan anaknya yang menangis di tepi katil itu.
“Kenapa ni sayang? Kenapa menangis ni?” soalnya sekali lagi. Tubuh Aqil yang berada di atas katil dipandang sekilas.
“Ibu…sakit…papa…buat..” tutur si kecil itu lagi sambil menunjukkan sakit yang di alaminya. Lengannya kemerah-merahan.
“Papa cubit sayang ya? Sayang diam…syuuut…diam ya.” pujuk Fazzura sambil menggosok lembut lengan anaknya itu. “Papa letih sayang. Jangan ganggu papa. Ikut ibu turun bawah. Kita siram pokok bunga. Nak tak?” soal Fazzura lembut. Terus didukung anaknya itu lalu di bawa keluar dari bilik yang semakin terasa panasnya.
“Sabarlah sayang, papa tu penat. Sayang jangan ganggu papa ya. Papa buat sayang ya,  nanti mama buat papa balik. Sayang budak baikkan. Sayang jangan menangis. Nanti adik jaga. Susah mama nak buat kerja kalau adik jaga nanti.” pujuk Fazzura lagi perlahan sambil menunjukkan buaian adik Aqilah. Mohd Fazmizie yang masih lena. Mereka berdua hanya berbeza umur tiga tahun sahaja. Aqilah sudah hampir memasuki usia 4 tahun dan Fazmizie baru menginjak masuk ke angka setahun.
 Siti Aqilah masih lagi tersedu. Tangisannya sudah tidak sekuat tadi. Sebak rasanya melihat bekas cubitan yang hinggap di lengan Aqilah. Aqil memang semakin melampau. Dahulu sebelum dia dinaikkan pangkat dan mereka masih di Perak. Aqil tidak bersikap begini. Diri Aqil penuh dengan kasih sayang. Bahkan Aqil seorang yang amat sayang pada kanak-kanak. Tapi, saat ini semuanya hilang dalam sekelip mata. Kerana pangkat dan kekayaan yang dia miliki hari ini suaminya itu menjadi manusia yang lupa daratan.
‘Syukur sayang, ini rezeki kita sekeluarga. Kejayaan abang hari ini kejayaan kita sekeluarga.’
Masih terngiang-ngiang kata-kata Aqil sewaktu dia dinaikkan pangkat sebagai Pegawai pemasaran di dalam syarikatnya bekerja yang terletak Kuala Lumpur . Sejak itulah Aqil berubah. Mula keluar dan balik lewat malam. Hari minggu selalu saja hilang. Terlalu cepat perubahan Aqil. Itulah dusta Aqil yang terlalu nyata sekarang. Lafasan kata yang meniti di bibir Aqil tidak seiring dengan apa yang dia lakukan. Dia sudah penat untuk berperang dengan Aqil. Kadang-kadang hanya di sebabkan benda-benda yang kecil sahaja. Sudahnya dia beralah. Memendam rasa. Entah sampai bila.

“APA yang merasuk abang sampai sanggup cubit anak macam tu. Aqilah tu kecil lagi.” tegur Fazzura sewaktu melihat kelibat Aqil turun dari atas.
“Dia ganggu aku tidurlah!” marah Aqil terus.
“Abang, Aqilah tu anak kita abang. Rapatnya dia dengan abang macam mana? Lebih dari Zurra kan. Sekarang,  macam orang asing pulak abang buat dia. Kalau dia ganggu abang tu dia rindulah nak main dengan papa dia macam dulu-dulu.”
“Zurra, kau tahukan aku penat. Banyak kerja aku nak buat.” Aqil mencapai surat khabar yang terletak di atas meja kaca itu. “Kau duduk rumah, bukannya buat apa pun. Kau pun boleh main dengan dia orang.” sambungnya semula. Sofa bewarna hitam itu menjadi pilihannya untuk duduk.
“Masalahnya Aqilah tu nak bergurau dengan papa dia. Bukan dengan ibu ni pun.”
“Argh! banyak kerja lagilah aku nak buat.” balas Aqil kasar. Tangannya menyelak satu persatu helaian surat khabar itu.
“Banyak kerja abang? tunggang arak tu pun salah satu kerja abang jugak ke? Orang lain hujung minggu ada jugak duduk di rumah. Tapi, abang kerja sampai tak ada masa untuk Zurra dengan anak-anak ke bang?” soalnya kembali.
Mencerlung mata Aqil memandangnya. Surat khabar yang berada di tangan di baling ke tubuh Fazzura yang berdiri berhampirannya. “Kau jangan nak kurang ajar sangat dengan aku Zurra!” jerkahnya kasar. Tiada lagi bahasa kasih sayang yang keluar dari bibir lelaki itu. Semuanya sudah tidak seindah dulu lagi.
“Kenapa? Kenapa abang nak marah? Kenapa abang nak naik angin? Sebab  apa yang Zurra cakap tu benda betul.” balas Fazzura lagi. Sesungguhnya dia tidak sanggup menghadapi semua ini yang menyakitkan. Lama di simpan rasa marahnya. Berharap Aqil akan sedar salahnya sendiri. Namun, Aqil rupanya kian hanyut.
“Sebab tu lah aku bosan duduk dalam rumah ni. Bosan! Aku duduk rumah kau membebel. Sakit telinga aku kau tahu tak! sakit!” jerkah Aqil lalu terus bangun menuju keluar rumah.
“Penat tak kan sampai nak lupa anak-anak? Abang! tunggu! Zurra tak habis cakap lagi. Sampai bila nak jadi macam ni. Sampai bila abang nak buat kami begini. Abang, bukan anak-anak saja yang rindukan abang. Zurra abang! Zurra nak abang yang dulu. Tolonglah abang…Zurra merayu…jangan buat Zurra dengan anak-anak macam tunggul tak ada hati dan perasaan.” Fazzura cuba menghalang suaminya dari keluar.
“Kau ni kenapa hah Zurra! kau nak aku tampar kau ke apa? kau jangan nak halang aku macam ni. Hesy!” Amarahnya kian memuncak.
 “Cuba kau cermin diri kau tu?  Tak ada apa-apa yang menarik dah pada aku. Dengan kain batik kau! Kusut masai kau. Sakit mata aku tengok!” gumam Aqil geram. Di matanya dia sudah tidak nampak apa lagi yang menarik tentang Fazzura.
Fazzura tak putus asa. Tangan Aqil dicapai. “Abang, apa yang tak kenanya pada Zurra? Zurra dah korban seluruh hidup Zurra untuk bersama abang. Zurra buat yang terbaik untuk abang. Hanya sebab Zurra dah tak menarik pada pada pandangan abang. Teruk sangat ke Zurra abang? Teruk sangat ke Zurra pada pandangan abang. Zurra sedar, Zurra tak sempurna. Zurra hanya suri rumah sepenuh masa. Semuanya Zurra lakukan atas kehendak dari diri abang sendiri. Tolonglah, Zurra merayu jangan buat Zurra dan anak-anak begini.” Esakan mengiringi butir bicaranya. Mengharap belas simpati sang suami. Apa kurangnya dia?
Aqil tersenyum sinis. Kemudian mengeluh. “Entahlah, bagi aku kau dah tak ada apa yang menarik. Bila aku duduk rumah kau bebel-bebel. Sakit telinga aku dengan bebelan kau. Sakit jugak telinga aku ni sebab jeritan-jeritan anak kau. Aku nak tidur pun tak senang! Dah! Lepaskan tangan aku!” Aqil merentap tangannya kasar.Tangisan Fazzura membuatkan api kemarahanya kian meluap-luap.
“Sampai hati abang buat Zurra macam ni…sampai hati…” Fazzura terus merintih di muka pintu itu. Hanya mampu melihat Aqil pergi meninggalkannya. Tangisannya sudah tak beerti pada sang suami yang sudah jauh berubah peribadinya.
Dahulu kau berjanji menerima aku seadanya. Kau kata, adatlah suri rumah pakai kain batik. Kau kata, kau faham beza suri rumah dengan wanita berkerjaya. Kau kata cukuplah aku menarik hanya pada pandangan kau. Tapi sekarang semuanya berbeda. Ya Allah, jika aku yang bersalah membuat suamiku berubah ampunkanlah dosaku Ya Allah.
Fazzura merintih dalam tangisan. Siksa dan sesal mula mengambil tempat. Dia berdiri memandang cermin. Tubuhnya yang tersarung baju t’shirt dari warna biru muda beserta kain batik di tubuhnya dipandang. Rambutnya yang bersanggul dilepaskan mengurai. Matanya sebam dek terlalu banyak mengalirkan air mata. Benar wajahnya sudah tiada seri dek menyimpan rasa kecewa. Agak sudah lama dia tidak memakai pakaian yang cantik-cantik. Sudah lama dia tidak menyolek wajahnya. Berhias pipi merah, maskara dan celak. Sudah lama dia tidak lakukan itu semua. Kerana apa? Aqil sendiri yang tidak suka. Tetapi di mana kurangnya layanan dia terhadap Aqil.  Makan, minum dan pakai lelaki itu semuanya dilakukan dengan sempurna. Anak-anak diuruskannya. Pernahkah Aqil peduli? Atas alasan dirinya sudah tidak menarik itukah penyebab Aqil mula berubah.

No comments:

Post a Comment