DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday, 7 March 2016

ELUSAN KASIH - BAB 16



FAZZURA melangkah kaki menuju ke jalan besar di simpang hadapan. Pada hari pertama dia akan memulakan kerja. Kerja sebagai Operator Pengeluaran Wanita di sebuah kilang yang terletak di Pusat Bandar, Parit Buntar. Berat hati meninggalkan Fazzura dan Fazmizie. Walaupun semua keperluan anak-anaknya telah disiapkan. Tapi, dia tetap risau. Mak macam tak nak tolong jagakan anak-anak dia. Harap abah sorang mana boleh. Acuh tak acuh saja mak saat dia mintak tolong. Dia janji lepas dia dapat gaji dia tak akan mintak tolong mak lagi dah.
Sampai di hadapan jalan Fazzura menanti dengan penuh debar van kilang yang akan membawa dia ke kilang.Ya Allah…seumur hidup dia tak pernah fikir atau angan-angan nak jadi minah kilang. Nak mintak kerja ni pun payah jugak sebab result SPM dia elok. Dia pernah masuk University sampai sem satu dah berhenti nak kahwin punya pasal.
Tidak lama kemudian van bewarna biru berhenti betul-betul dihadapannya. Dia segera membuka pintu van. Dua tiga orang pekerja lain menghadiahkan senyuman untuknya. Fazzura membalas walaupun rasa hambar sahaja senyumannya. Dia duduk bersebelahan dengan seorang wanita yang pada pandangannya lebih tua darinya.
“Baru start kerja hari ni ke dik? nama apa?”
Fazzura angguk. “Saya Fazzura. Panggil je Zurra kak.”   Leceh kalau naik van sebenarnya tapi dah terpaksa. Apa nak buat. Kalau dia ada kenderaan sendiri lain. Ini apa pun dia tak ada. Memang patut pun dia kena tinggal dengan Aqil. Memang patut sangat dia kena lalui semua ni. Bersyukurlah Zurra!
“Nama akak Zaida.” Dia hulurkan tangan bersalamam.  Fazzura sambut.
“Kak Zaida pun baru lagi pindah sini. Baru sebulan kerja kilang.” terangnya tanpa di beritahu. Patutlah dari lorat percakapannya tidak seperti orang-orang di sini.
“Kerja kilang ni kena tahan mental dan fizikal. Kalau yang dah biasa kerja tak apa. Tapi kalau tak biasa nanti mulalah nak terasa macam-macam.” ujar kak Zaida lagi.
Hesy! Apalah kak Zaida ni. Apesal nak patahkan semangat aku ke dia ni. Ya Allah.Kalau ini rezeki aku. Aku terima. Biarlah orang nak anggap macam mana pun.
“Tak pelah kak. Asalkan ada kerja untuk saya tu kira okeylah.” Sebenarnya kalau boleh dia tak nak cakap banyak. Tak nak cakap lebih-lebih. Dia kerja kilang pun mak dah pandang sinis pada dia. Kak Shahira lagilah.  Zaman sekarang nak pilih sangat kerja pun nak kena tengok jugak pelajaran kita. Walaupun orang selalu anggap macam-macam. Dengan status dia lagilah orang-orang sekeliling nak pandang serong. Tapi sekarang zaman orang lebih terbuka. Mungkin emak sahaja yang masih susah nak terima dengan hati terbuka.
“Kenapa pilih nak naik van. Kenapa tak mintak suami hantar?”
Argh! Stress betullah dia macam ni. Itu belum lagi mereka tahu yang dia ni janda.

SEDAR tak sedar dah waktu rehat. Terasa cepat masa berlalu. Duduk kat line buat kerja macam tu memang satu pengalaman yang baru. Ermm…rindu dengan anak-anak  di rumah. Dah makan ke diaorang berdua.
Telefon bimbit yang berada di dalam poket seluarnya berbunyi. Tertera nama Riyadh. Berdegup laju jantungnya.
“Hello…Assalamualaikum Zurra,”
“Waalaikumusalam.” kenapa suara laki ni lain je. Bisik hatinya pula
“Awak kat mana? Sibuk ke?”
“Tak. Sekarang tengah rehat.”
“Rehat?”Fazzura angguk. Macam Riyadh nampak.
“Zurra awak dah mula kerja ke? Kat mana? Pergi dengan apa?” bertubi-tubi soalan yang Riyadh tanya. Hesy! perlu ke dia bagitau yang dia kerja kilang je. Jauh betul perbezaan dia dengan Riyadh. Nanti mesti Riyadh gelak je kat dia.
“Saya kerja…kerja kilang je. Kalau awak nak gelak pun awak gelaklah. Saya tak layak nak kerja hebat-hebat. Lagipun orang macam saya kerja nilah paling layak pun. Cukuplah untuk makan dan pakai anak-anak saya.”
“Alhamdulillah, baguslah macam tu. Tolonglah jangan fikir yang negatif sangat. Saya tak nampak pun apa yang teruk kerja kilang?Awak tu yang selalu fikir bukan-bukan. Awak tahu tak kerja kilang gaji lebih mahal dari awak kerja sebagai kerani. Belajar bersyukur dengan rezeki yang kita terima hari ni. Kalau asyik nak fikir itu ini, itu ini memanglah tak akan ke mana-mana.”
 Suara Riyadh kedengaran serak dan tegas. Demam ke lelaki ini. Argh! Dia peduli apa. Siap nak sound-sound dia lagi.
“Satu je saya nak pesan. Jaga diri.”
Tut..tut..tut.. talian diputuskan. Lorh! Riyadh ni pelik betul. Fazzura geleng kepala sambil pandang skrin telefon. Merajuk?Tapi kenapa?Lantaklah…dia malas nak layan. Hati sendiri belum cukup terjaga untuk jaga hati orang.
Riyadh mendengus perlahan. Sakit pula hati dia dengan tiba-tiba. Nak rasa sentap segala bagai. Eh!Kalau time demam macam ni mulalah nak perhatian. Tunggu Annis jemputnya untuk ke klinik pun dah berjam-jam.
Fazzura dah kerja sekarang. Macam mana keadaan Fazmizie dengan Aqilah.Duduk dengan siapa? Siapa yang jaga? Banyak yang dia nak tanya. Tapi Fazzura dah mematikan apa yang dia nak tanya. Sekarang dia sendiri di selubungi dengan persoalan. Haiya…pelik betul.
“Yadh!Annis dah sampai tu. Apa yang kau menungkan lagi.” tegur ummi yang datang dari arah dapur. Ummi geleng tengok dia.
“Dah macam teruk je demam kau ni, Yadh?” Ummi pegang dahinya.
“Panas ni.”
“Dah tua-tua demam pun nak manja dengan ummi lagi ke?Tulah orang suruh kahwin cepat-cepat.” sampuk walid pula. Dah siap ketawa tengok dia. Hmm…umur dah 32 tahun. Bukan dua tahun. Bukan tiga tahun. Sakit nak merap.
“Hmm…” Riyadh terus bangun. “ Walid jeles la tu..” ujarnya dan terus menuju ke muka pintu. Rasa macam nak pitam pun ada. Dari pintu rumah dia tengok kereta Annis dah tersadai depan pintu pagar. Kalau tak panggil jangan harap dia nak masuk dalam rumah.
“Kenapa tak masuk?” soalnya sebaik tubuhnya masuk ke dalam kereta Kia Optima K5. Anak Datuk macam Annis. Mana nak pakai kereta murah-murah. Lebih mahal lagi dari kereta dia kut. Dia tak kisah dah Annis suka. Mana boleh halang.
“Malaslah. Nanti lambat pulak. Melarat pulak sakit you tu.” jawab Annis sambil mengerling sekilas ke arahnya. Dia bersandar di kusyen kulit kereta itu.
“Malas ke you segan? Dah nak kahwin dengan I. Rasanya you boleh buang istilah malas dan segan tu.”
“Sakit-sakit pun you nak bebel lagi ke sayang?”
“I tak nak nanti ummi dan walid terasa dengan sikap you tu.” ujar hatinya. Geram tiba-tiba. Dia pejamkan mata. Malas nak bertekak dalam keadaan dia yang macam ni. Tadi dengan Fazzura sekarang dengan Annis pulak. Kenapa dengan dia ni.
 UNCLE dah tak sayang Aqilah dengan Adik lagi ke? Uncle janji nak bawa Aqilah dengan adik jalan-jalan. Tapi uncle tak datang pun. Aqilah takut duduk dengan nenek. Tok garang. Uncle tolonglah datang bawa Aqilah dengan adik. Aqilah tak nak duduk rumah nenek.”
 Anak kecil itu teresak-esak menangis sambil memeluk adiknya. Riyadh bungkam. Apa yang dia nampak sungguh menyakitkan. Aqilah dan Fazmizie tidak terurus.
“Sayang sabar ya. Jangan menangis macam tu. Uncle dah datang ni. Uncle datang nak bawak Aqilah dengan adik jalan-jalan. Jangan cakap uncle tak sayang. Uncle sayang sangat. Jangan menangis ya sayang.” Dia memujuk sambil berjalan menghampiri kedua-duanya. Dalam beberapa langkah sahaja Aqilah dan Fazmizie yang berada di hadapannya direntap kasar.
“Aku sakit hati betul dengan budak berdua ni. Aku dah cakap jangan sepahkan rumah. Hampa dua ni nak jugak sepahkan. Botol sana sini. Hampa dua tak reti nak letak kat sinki. Nak aku pukul ka hah!” wajah tua itu bengis sambil menengking Aqilah dan Fazmizie. Hancur lebur hatinya saat melihat Aqilah dan Fazmizie dia layan dengan sebegitu buruk.
“Tangisan Aqilah dan Fazmizie kian  kuat saat jari jemari tua itu mencubit lengan mereka. Dia yang tadinya terkaku di situ terus berlari untuk mendapatkan kedua-duanya. Sungguh dia tak sanggup.
“Jangan!Jangan buat diaorang tak salah! Jangan! Aqilah…adik. Mari sini ikut uncle. Jangan mak cik. Jangan pukul mereka. Jangan…Aqilah!Adik!”
Dia terasa tubuhnya digoncang kuat. Bagaikan dihalang untuk dia menarik tangan Aqilah dan Fazmizie.
“You!you!apa you merepek ni? You! Bangunlah. Hey!you…bangun you!” Dia tersentak. Terkebil-kebil dia membuka matanya. Wajah Annis kelat merenungnya. Dia rasa berpeluh-peluh. Dia tak sedap hati.
“Astagfirullahalazim…” Dia memegang kepala yang berdenyut. Terasa bagaikan satu tangan kasar menggenggam hatinya dengan ganas tadi.  Sakit dan pedih melihat keadaan Aqilah dan Fazmizie. Adakah mimpinya tadi realiti yang sedang berlaku.
“Apa yang you mimpikan tadi sayang. I risau betul tengok you tadi. You okey ke tak okey ni?”Annis sentuh lembut dahinya dengan tapak tangan. “Kita dah sampai depan klinik pun ni. Jomlah turun. Badan you tu dah panas sangat dah.” Annis segera buka pintu dan keluar dari kereta.  Dia tak kisah kalau dia sakit. Tapi yang dia kisahkan sekarang kalau Aqilah dan Fazmizie yang sedang sakit. Macam dalam mimpinya sebentar tadi. Allahuakhbar.















No comments:

Post a Comment