DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday, 7 March 2016

ELUSAN KASIH - BAB 15



WAJAH emak pada pagi yang redup itu bertukar garang. Telinganya mula bersarapan ayat-ayat pedas dari emak. Fazzura yang sedang menyapu sampah di dapur diam tidak bersuara. Pagi-pagi Mak Jah dah datang rumah bawa mulut pasal dia. Kononnya nampak dia berasmara dana dangan dengan Ammar di Ban Pecah tempoh hari. Hish! Geramnya dia dengan Mak Jah tu.
“Payah-payah sangat aku nikahkan saja hang dengan Ammar!” herdik emak lagi.
Nikah dengan Ammar?Tak akan sesekali.
“Mak, Ammar tu sepupu Zurra mak. Anak saudara emak juga. Zurra tak naklah dengan dia.” Fazzura akhirnya menjawab.Tidak bersetuju dengan cadangan emak.
“Habis tu yang hang duduk berdua-duaan dengan dia sampai orang kampung mula mengata tak pulak kau fikir!”
“Mak, Zurra tak buat apa-apa pun dengan Ammar tu mak. Ammar tu je yang tak boleh tengok Zurra senang.” Dia cuba pertahankan yang benar. Walaupun emak mungkin tak percaya apa yang dia cakap. Kemarahan emak tak pernah hilang sejak peristiwa lima tahun lalu. Walaupun Ammar tu sepupunya yang paling nakal emak tetap suka. Tak tahulah ubat apa yang si Ammar buaya darat tu guna.
Emak memandang dia tajam. “Hang tu dah janda. Hang suka orang bawa mulut pasal hang. Walaupun Ammar tu sepupu, hampa berdua tetap boleh kahwin. Malu aku bila orang kampung mula mengata. Tak habis-habis nak menyusahkan aku. Baik aku nikahkan sahaja hampa berdua.”
Mak begitu memandang serong pada janda walaupun anaknya sendiri. Percaya sangat cakap Mak Jah. Padahal Mak Jah tu pun janda jugak. Sampai dah tua pun kahwin masih lagi bercerai.
‘Kalau kita tak buat apa salah apa nak di takut…’ pesan Riyadh berlegar di minda. Dia tak perlu takut pada cakap-cakap orang kerana sememangnya dia tidak bersalah apa-apa.
Dia memandang emak semula. Bertekak lidah tidak akan memberikan apa-apa hasil. “Mak, saya mintak maaf…tapi antara saya dengar Ammar kami tak buat apa-apa pun mak. Ammar jumpa saya hanya sekadar bertanya khabar.”  Penyapu kembali diletakkan di tempatnya.
“Saya tak setuju mak nak nikahkan saya dengan Ammar tu.” sambungnya lagi dan terus berlalu. Degilkah dia? Dia cuma harapkan emak faham keadaannya saat ini. Dia perlukan sokongan untuk terus hidup. 
“Abah pun rasa lebih elok kalau hang nikah saja dengan Ammar tu. Bukannya orang lain. Hang dah kenal. Abah dengan emak pun dah kenal. Tapi dalam soal ni abah tak paksa. Bukan hang tak tahu mak hang ni dah berkenan sangat dengan si Ammar dari dulu lagi.”
Fazzura berpaling kembali ke belakang. Abah yang masuk dari pintu dapur pula memberikan cadangan sama seperti emak. Ya Allah…hatinya kian rabak. Dia tak sanggup nak lukakan hati abah dan emak.  Sejak dia pulang abah yang menyara hidupnya dengan anak-anak. Tapi dia juga tidak sanggup untuk memperjudikan masa depannya dengan memilih Ammar Haikal sebagai pengganti bapa kepada anak - anaknya. Apa bezanya Ammar dengan Aqil? Bukankah kedua duanya menyakitkan hatinya.

TENGAHARI itu Ammar datang lagi. Siap bawa Mak Long. Fazzura yang sedang menyiapkan makanan tengahari pura-pura sibuk. Malas nak layan Mak Long dengan Ammar yang berada di ruang tamu. Butir  bicara yang sedang mereka bualkan pun dia tidak ambil kisah. Dia malas nak dengar. Kemudian dia terdengar Aqilah dan Fazmizie terjerit-jerit di belakangnya. Turut disusuli dengan Ammar yang mengusik mereka berdua.
“Rajinnya kau masak. Bau sampai di depan.”
“Rezeki kau dengan Mak Long lah…kebetulan pulak aku masak lebih hari ni.”
“Ibu…lapar bu…boleh makan tak lagi ibu.” Aqilah menyoalnya sambil menarik baju t’shirt ditubuhnya.
“Aqilah, pergi main dengan adik…jangan ganggu ibu nak siapkan makan ni. Sabar kejap sayang.” pintanya pula.
“Hah!pergi main jauh-jauh. Uncle Ammar nak cakap dengan ibu korang kejap!” Sergah Ammar sambil ketawa.“Masak pandai, serba serbi pandai. Tapi tetap kena cerai. Tetap jadi janda. Kesian…” Ammar buat muka macam nak kena penampar. Fazzura tarik nafas geram.
“Mulut kau tu Ammar jaga sikit. Jangan sampai aku cabaikan nanti!”
“Eh!marah? Aku cakap yang betul pun marah. Kesian…”Ammar juih bibir.
“Malaslah aku nak layan kau Ammar.” Fazzura ambil mangkuk. Masak lemak ikan patin itu dicedoknya ke dalam mangkuk. Lalu diletakkan di atas meja. Matanya memerhatikan Fazmizie yang duduk ditepi meja makan itu. Surat khabar yang ada ditangannya direnyuk-renyuk. Mujur lukanya kian pulih walaupun masih dibaluti kain anduh di kakinya.
“Aku pun pelik dulu bukan main lagi bahagianya kau dengan Aqil tu. Aku ni kau tolak mentah-mentah..”
“Ammar…boleh tak kau berhenti cakap pasal aku.” potong Fazzura laju. “Kalau asyik bercakap pasal diri orang lain lama-lama nanti takut terkena kat batang hidung sendiri.”
Ammar ketawa sinis.
“Aku tak ada susahkan kau pun Ammar. Aku tak mintak simpati kau pun. Kenapa kau rasa susah ke? Tak habis-habis nak busy body!” bebel Fazzura lagi. Geram dan geram. Apatah lagi bila mengingati kata-kata abah dan emak pagi tadi yang nak jodohkan dia dengan Ammar. Ammar bangun dari kerusi yang di duduknya itu. Mukanya merah padam menahan perasaan marah. Baru cakap sikit dah nak melenting. Ammar mengeluh kuat.
“Kau tak layak kut Ammar nak gantikan tempat Aqil.”
Ammar pandang Fazzura macam nak telan. “Kau jangan nak belagak sangat Zurra.”
“Aku belagak?” Fazzura tertawa. Wajah Ammar di hadapannya kian mencuka.
“Aku sedar siapa diri aku Ammar. Aku pelik apa yang mak Ngah nampak pada kau ni. Kau tahu tak, mungkin sebab kau ni manusia yang hipokrit. Depan mereka bukan main lagi kau kan. Belakang?macamlah aku tak tahu ligatnya kau tu.”
Sejak dari kecil mereka bersekolah di satu sekolah yang sama. Kenakalan Ammar sampaikan mak Long dengan arwah pak Long terpaksa berulang alik ke sekolah.
“Kau suka aku ke tak tu tak penting. Yang penting mak dan abah kau tu suka kat aku.” Ammar tarik senyum lebar. Dapat merasakan kemenangan akan berpihak kepadanya. Memiliki Fazzura adalah keinginan dari zaman persekolahan yang tidak pernah ada batasan.
“Suka hati kau lah Ammar. Aku malas nak layan kau. Tak sangka pulak janda macam aku ni pun kau berkenan.” Fazzura senyum sinis.
  Taste engkau tak adalah tinggi sangatkan Ammar?” lagi sekali dia ingin menyakitkan hati sepupunya itu.
“Asalkan aku dapat memiliki kau. Aku puas!” balas Ammar dan terus bangun.
“Sukahati kaulah Ammar.” Kata dia janda. Tapi janda ni jugaklah yang Ammar terhegeh-hegeh. Hanya Riyadh seorang yang tak pernah nak pandang rendah akan dia. Riyadh? Satu nama asing yang tiba-tiba muncul di dalam kamus hidupnya. Sebaris nama yang tidak pernah buat dia rasa tarafnya rendah. Cuma kelmarin mereka bertikam lidah. Bila malam Riyadh dah mesej mintak maaf.  Kasih sayang yang Riyadh berikan kepada Aqilah dan Fazmizie bagaikan penawar di atas kesakitan yang Aqil berikan. Anak-anak juga tidak lagi bertanya ke mana papa mereka pergi.
“Ibu, Aqilah rindu uncle Yadh.” tutur Aqilah tiba-tiba. Tidak menyangka kata-kata itu yang akan meniti di bibir si comel itu. Baru sebentar dia mengingati pemuda itu.
Uncle sibuk Aqilah. Uncle kan nak kahwin tak lama lagi.” jawabnya sambil meletakkan pinggan diatas meja itu. Lauk pauk sudah terhidang tunggu hendak dijamah sahaja lagi.
“Bila kita nak jumpa uncle ibu?”
“Syut... nantilah kita jumpa. Sekarang Aqilah jangan cakap pasal uncle lagi. Nanti nenek dan tok wan marah.” pujuknya pula.
“Uncle janji nak bawa Aqilah dan adik jalan-jalan.” Bibir comel itu masih lagi ingin bersuara. Mengulangi janji yang pernah dibuat oleh Riyadh. Budak-budak besar ni kalau dah berjanji mesti dia akan ulang soal.
“Aqilah, kenapa degil ni. Lepas makan nanti ibu telefon uncle.”Aqilah terus lompat girang.
 “Yeee! Adik! Nanti ibu nak call uncle adik.” dia beritahu pula kepada Fazmizie.
“Sayang jangan bising-bising macam tu. Nanti nenek dan tok wan marah. Jangan sebut-sebut pasal uncle. Pergi panggil nenek, tok wan dan tok long makan.” pinta Fazzura kepada anaknya.
Dia seboleh-bolehnya tidak mahu ada kaitan dengan Riyadh. Tidak mahu anak-anaknya terlalu rapat dengan pemuda itu.Tapi, kasih sayang yang Riyadh berikan bak angin lajunya meresap di dalam diri anak-anaknya bagaikan tak ada jalan keluar. Dia mengeluh perlahan. Lagi-lagi nama Riyadh.

RIYADH leka bermain dengan anak-anak buahnya berhampiran pergola pangkin itu. Cuaca di luar yang redup membuatkan anak-anak buahnya seramai tiga orang itu di dua petang. Budak-budak ni kalau balik rumah nenek dengan atuk mana reti duduk diam-diam. Ummi, walid, Kak Long dan Abang Ngah semua berkumpul di rumah. Riuh rendah rumah dengan celoteh anak cucu Tuan Radhi. 
“Riyadh!” panggil kak Long tiba-tiba. Dia menoleh. Kak Long yang duduk di pintu rumah itu tergamit-gamit memanggilnya.
“Kenapa?” soalnya sedikit terjerit di dalam keriuhan suara anak-anak saudaranya. Kak Long bagi isyarat tangan agar dia ke sana.
“Kenapa?”soalnya sebaik tubuhnya berada di hadapan kak Long.
“Sinilah…” Kak Long tarik tangannya menuju ke meja bulat yang berhampiran pintu itu.
“Kau dengan Annis ni sure ke nak kahwin?” Riyadh pandang kak Longnya pelik. Tiba-tiba sahaja tanya soalan macam ni.
“Kau janganlah buat muka pelik kau tuh. Kak Long tanya je. Kau serius ke ni dengan Annis tu?”
“Habis tu tak kan saya nak main-main pulak. Bukannya Kak Long tak tahu yang saya dengan Annis tu dah lama kawan. Tak kan saya nak buang masa.” jawabnya yakin. Terlalu yakin yang hatinya hanya ada pada Annis. Terlalu yakin yang hanya Annis wanita yang akan di kahwininya. Yang mampu memberikan kebahagiaan kepadanya. Yang mampu melahirkan anak-anak yang comel seperti Aqilah dan Fazmizie. Ah! Rindu pulak dekat diorang berdua.
“Kenapa?apa yang tak kena?” soalnya pula. Kak Long menghadiahkan senyuman yang dia sendiri tak faham apa maksud kak Long nya tu. Boleh pulak tanya begitu.Tak kan benda-benda begitu nak di buat gurauan.
“Manalah kak Long tahu kau serius ke tak. Selama tujuh tahun kau couple dengan Annis tu tak pernah pulak kau cakap yang kau nak kahwin.”
“Kalau dah sampai jodoh…kahwin la tak kan nak membujang sampai tua kut!”
“Tapi dengan Annis?”
“Hesy kak Long ni…mestilah dengan Annis. Habis yang ummi pergi merisik tu  orang lain ke? Bukan Annis? tu la kak Long! Sibuk sangat dengan kerja. Bila orang ajak pergi majlis merisik dulu tak nak. Kak Long ikut abang Long ke Luar negara. Tak boleh renggang sikit kak Long ni. Time tu la juga nak pergi.” Lancar mulutnya berbicara. Kak Long suri rumah tapi sibuk mengalahkan yang kerja. Maklumlah abang iparnya berjawatan besar. Kak Long pun ikut sibuklah agaknya.
Ruzilah sengeh. Mengakui kekhilafan diri. “Habis tu siapa pulak budak dua orang yang selalu kau usung ke hulu, ke hilir dulu tu?”
Dupp!
Pertanyaan dari kak Long membuatkan jantungnya berdegup kencang. Dia pandang wanita yang lapan tahun beza dengan darinya itu. Kak Long tetap berlagak biasa. Menanti jawapan yang terbit dari mulutnya. Kak Long ni dah macam perisik pulak.
Perlu ke dia nak cerita benda yang tak perlu dia nak cerita. Lagipun siapa Aqilah dan Fazmizie biarlah jadi rahsia hidupnya. Kalau pun ahli keluarganya nak tahu biarlah di majlis perkahwinan dia dengan Annis nanti. Kerana waktu itu dia pasti akan kenalkan insan-nsan yang telah membuka pintu hatinya untuk berkahwin.
“Budak mana pulak yang kak Long tengok saya bawak ni? Merepek ke kak Long? Demam ke nak boleh sorang lagi ni?” Riyadh mengusik selamba.
“Hesy!kau tak payah nak tukar topik Yadh.” Ruzilah menampar kuat bahu adiknya itu.
“Merepeklah kak Long ni.Mana ada.” Riyadh cuba berahsia pula. Bahunya yang ditampar digosok perlahan. Boleh tahan sakit.
“Tak ada ye? Kau nak menipu pun agak-agaklah. Kau ingat Taman Reakreasi Pullman tu tempat kau sorang? Kak Long nampak tau dengan bijik mata dua bijik ni. Tak rabun lagi.” bebel kak Long siap tunjuk dua biji matanya dengan jari. Riyadh bagi isyarat tangan agar kak Longnya memperlahankan sedikit suara. Nanti kalau ummi dan walid dengar banyak pulak soalan.
“Kak Long tunggu di majlis perkahwinan saya nanti. Saya akan jawab soalan kak Long tu.” ujarnya dan terus bangun berlalu dari situ
Ruzilah geleng kepala. “Yang kau nak berahsia dengan kak Long ni apesal?”
“Alah…kak long tolong jangan bagi tekanan. Hesy!mana ada. Mana kak Long nampak ni? Sejak bila pulak jadi wartawan tak bertauliah ni?”
“Kau nak cerita ke tak nak?” Ruzilah soal sekali lagi.
“Tak nak.” balas Riyadh tanpa memandang sedikitpun ke arah Ruzilah. “Kak Long saya ni dah besar tau. Bukan budak kecil yang kak Long boleh kepit bawah ketiak kak Long tu. Jangan risau sangat.”sambungnya lagi.
“Pasal kau tu adik kak Long yang diri ni risau.”
“Yalah…tapi janganlah buat saya macam budak kecik. Saya ni lelaki.”
“Terpulang kepada engkaulah. Kak Long cuma tak nak  kau tersalah pilih.”
“Masalahnya saya dah pilih Annis tu.” terangnya untuk sekian kali. Apesal dengan kak Long ni. Macam ada sesuatu yang cuba kakaknya itu sembunyikan darinya.
“Ada news yang saya tak tahu?”
Ruzilah mengeluh berat dengan pertanyaan Riyadh.
“Kau lebih kenal dia Yadh. Bukan kak Long. Tapi kau kena ingat selama mana pun kita kenal, kita kawan dan kita bercinta dengan orang tu, itu semua belum menjamin lagi yang kita betul-betul kenal akan dirinya.”
“Kak Long bercakap pasal Annis?Apa yang kak Long cuba nak sampaikan kepada Yadh ni?”
Tak kanlah aku nak cakp kepada adik aku ni. Ermm…Ruzilah geleng kepala.
“Tak ada apalah Yadh. Kak Long nak masuk dalam dululah.”pintanya pula.
“Pulak? Tadi beria-ia macam nak cakap sesuatu.” Riyadh ketawa memandang Ruzilah.
Dia tidak kisah siapapun pilihan adiknya itu. Tapi, Kalau boleh biarlah bukan dengan Annis. Sejak dari dahulu lagi dia tidak berkenan dengan Annis. Dia tahu kehidupan Annis macam mana. Dia tahu kebebasan Annis di belakang Riyadh.  Mungkin tanggapannya silap tentang Annis. Mungkin juga Riyadh lebih mengenali Annis. Tapi di sudut hati kecilnya dia dapat rasakan ada sesuatu yang kurang pada Annis. Dia pernah ternampak Annis bersama lelaki lain. Berjalan sakan berpelukan. Bukan sekali dua.Tapi berkali-kali dengan orang yang berbeza.
Begitu juga dengan Riyadh? Dia tertanya-tanya siapakah sepasang budak kecil yang Riyadh bawa. Kemesraan yang Riyadh tonjolkan seoalah-olah Riyadh terlalu kasihkan kanak-kanak comel itu. Mereka kelihatan mesra. Adakah anak Riyadh dengan Annis? Ya Allah…dia tidak ingin berfikir bukan-bukan. Dia yakin Riyadh bukan begitu. Adiknya cukup terdidik dengan ilmu agama. Tapi, dengan cara hidup Annis itu yang menggusarkan hatinya sebagai seorang kakak.
Riyadh masuk ke dalam rumah dan mberlalu menuju ke biliknya. Senyuman tersungging dibibirnya. ‘Kak Long ni dah macam edisi siasat.’ Dia ketawa kecil. Telefon bimbit dicapai. Sebut pasal budak-budak tu tiba-tiba ada rasa rindu yang bertamu.
Assalammualaikum orang di sana?Sibuk tak?Kalau uncle nak call cakap kejap boleh tak?

Dia senyum lebar sambil berbaring di atas katil. Aduhai macam dah panasaran pulak dia. Terbayang rupa Fazzura bila dapat mesej tadi. Mesti serius macam selalu. Alah, dia tak kisah pun. Kehendak hati mana boleh nak halang. Dia teringatkan Aqilah dan Fazmizie jadi dia mesejlah. Apa yang jadi masalahnya. Dia teringin nak bawa diaorang jalan-jalan pun apa masalahnya. Masalahnya  kak Long tadi mesti dah fikir bukan-bukan. Ermm…tak akan ada yang percaya. Tapi dalam sejuta mungkin dia insan yang paling istimewa sebab Allah anugerahkan dia perasaan kasih sayang terhadap budak-budak tu. Sayang sangat-sangat.

Waalaikumusalam. Ini cerita P. Ramlee ke bujang lapok siap ada disana bagai. Sibuk la uncle. Kalau uncle nak cakap malam nantilah. Kalau mesej tu boleh lagi.
           
Alah sibuk ye? Apa yang di sibukkan tu?Buat2 sibuk tak sebab tak nak cakap?

Jangan merepek uncle. Tok Long Aqilah dengan adik datang rumah ni.

Iye?Buat apalah tu kan..

Tak buat apa uncle. Makan2 je.

Makan apa tu?Ibu masak apa?Sedap tak?

Masak ikan patin lemak cili api. Sedap kut!mai la rasa.

Ermm…ibu mana bagi uncle pergi. Dia cakap nanti nenek marah. Agaknya tok wan dengan nenek tu makan orang kut. Setakat dalam mesej jelah ibu berani ajak kan!

Rasa terliur tiba-tiba bila Fazzura sebut pasal masak lemak ikan patin tu. Fazzura ni macam tau je kesukaan dia. Hesy! Dalam SMS berani la ajak. Kalau betul-betul bukan main lagi dia mengelak. Beribu alasan Fazurra bagi sampai gaduh-gaduh tempoh hari.
Seminit dua telah berlalu. Dia pandang skrin telefon. Sudah tak ada balasan dari orang di sana. Sudahnya dia tarik bantal. Mata terasa berat pulak. Rasa lemak ikan patin terasa di hujung lidah. Seronoknya kahwin kalau dapat orang yang pandai masak. Annis? Ermm…silap-silap dia yang kena masak. Rebus air pandailah Annis tu. Tapi tak apa lah. Aku terima kekuranganmu seadanya Annis. Bukan salah pun mencintai kalau ada kekurangan. Riyadh pejam mata sebelum hanyut  terlena. Zzz…



No comments:

Post a Comment