DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday, 7 March 2016

ELUSAN KASIH - BAB 14



ANNIS  sampai di Kelab Rekreasi dan Berkuda Denai Alam tepat jam 5.00 petang.  Semalam dia dah janji dengan Remy nak datang awal ke sini. Malas mahu memikirkan soal perkahwinan yang semakin dekat. Lagipun hari ini dia tak sibuk. Riyadh? Ermm...bakal suami yang tak ada banyak masa untuk dia. Kalau tak kena paksa memang jangan harap.Sekarang pun mereka dah jarang jumpa. Satu lagi yang menyebabkan dia boleh datang ke sini pasal Riyadh sendiri pergi Perak tanpa beritahu apa-apa kepada dia. Urgent? Apa masalah Riyadh sebenarnya?
Hye Miss Annis? How are you? Dah sedia nak menunggang kuda ke ni?” Remy yang baru sampai menegur Annis yang sedang duduk di atas kerusi kayu itu.
Annis tersenyum. Melihat gerak langkah lelaki itu mendekatinya. “Of couse I ready to riding. Dari tadi lagi I tunggu ya.” balas Annis gembira. Sudah lama tak menunggang kuda. Seingatnya enam bulan yang lalu dia datang sini.
Remy pandang Annis yang sudah bersedia dengan kasut but setinggi paras lutut dan mengenakan sarung tangan bewarna warni. Cuma topi sahaja yang belum tersarung di kepala gadis berkenaan.
Wajah Annis yang ala-ala Fauziah Gous nampak ceria. Apatah lagi bila rambut ikal mayangnya diikat ke belakang. Kemas dan benar-benar menarik pesona sesiapa sahaja yang melihat. Jadi, tak hairanlah kenapa Riyadh memilih wanita ini. Dia sendiri pun suka si Annis ni. Pendek kata dari atas sampai bawah perfect. Memang lelaki suka. Kalaulah boleh potong jalan corner? Okey jugak ni. Hatinya berbisik nakal.
 “Ingat lagi tak asas-asas nak menunggang kuda ni Cik Annis. Maklumlah, dah lama sangat awak tak datang menunggang.” soal Remy lagi sambil menyarung kasut butnya. Annis angguk. “Jangan nak ber cik - cik pulak. Benda yang I minat tak kan pulak I nak lupa.”
Remy sengeh.Kemudian bangun dan mengambil helmet menunggang dari jenama Corich lalu dihulurkan kepadanya. Untuk awak.” ujarnya perlahan.
“Thanks”. Balas Annis. Mereka berjalan beriringan menuju ke arah stable yang menempatkan kuda bernama Zidane. Sekali sekala bahu mereka bersentuh di antara satu sama lain. Kedua-duanya berlagak seperti biasa.
See ?who’s coming.” tutur Remy sambil mengurut lembut badan Zidane yang bewarna coklat itu. Kuda kesukaan Annis. Annis memang ada soul dengan  Zidane. Annis boleh melantun dan ikut rentak Zidane. Sebab itu dia selesa bila ajar Annis.
“You pasangkan dulu Zidane.” Remy memberi arahan.
“Hai Zidane…I miss you so much.” tutur Annis pula sambil mengusap-usap badan dan kepala Zidane dengan tangannya. Annis juga mengambil pendekatan yang sama. Seperti mana yang pernah di ajar oleh Remy dahulu sebelum menunggang kita kena berbicara seminit dua dengan kuda tu. Barulah kuda tersebut akan memberi tindak balas untuk ditunggangi.
Kuda ni juga seolah-olah boleh membaca isi hati penunggang lantas bertindak selaras dengannya. Andai kata penunggang sedang bersedih, kuda akan bergerak longlai. Kiranya penunggang berfikiran agresif, kuda akan bergerak aktif. Seumpama ada hubungan antara dua hati. Sebab itulah dia suka. Yang paling penting dapat bina bentuk tubuh yang lebih menarik. Sebagai model dia harus jaga bentuk tubuhnya agar kelihatan menarik.
Dia mengambil pelana dan tali kekang yang dihulurkan Remy. Kemudian dia terus memasang Zidane dengan di perhatikan oleh Remy. Tali kekang diperiksa sekali lagi. Selesai sahaja, kuda yang diberikan nama Zidane itu dikeluarkan dari stable.
Remy pula mengeluarkan kuda kegemarannya yang diberi nama Gray.
“You tak ajak Riyadh sekali?” soalnya sewaktu mereka sama-sama menuju ke Paddock.
“You tahulah Riyadh tu. Busy memanjang.Kalau I busy dia nampak sangat. Sekarang pun, persiapan kahwin I yang banyak uruskan. Dulu beria-ia sangat ajak I kahwin. Seminggu dua ni, ke hulu ke hilir I sorang-sorang.” Annis meluahkan rasa hatinya. Bila dia bersetuju nak kahwin Riyadh pula sibuk.
Really? You dah nak kahwin dengan Riyadh? Bila you all nak kahwin?” soal Remy sedikit terkejut. Tak sangka pula mereka dah nak kahwin. Dia baru berangan nak try tackle si Annis ni.
Annis ketawa halus. “Memang tak ramai yang tahu I dah nak berkahwin dengan Riyadh. Kami buat majlis akad nikah kecil dan tertutup. Lagipun I tak nak kecoh-kecoh. Takut tak jadi. Kalau di ikutkan perancangan lagi dua bulan dari sekarang. Tapi tak mnengapalah, sebab I faham dia sibuk nak uruskan perniagaan dia lagi.You maklum sajalah,  bukan bidang I nak buat semua tu. I setakat nak design baju pengantin tu bolehlah. Jadi, soal nak buka butik tu I mintak tolong dia uruskan. Dia lebih berpengalaman dari I.” Cerita Annis lagi bersungguh-sungguh.
“I   terlambatlah ni. I baru ingat nak tackle you.” balas Remy sambil buat muka hampa. Annis ketawa. Perwatakannya yang manja membuatkan Remy tidak melepaskan matanya walau seminitpun dari memandang Annis. Alahai Annis, kalau isteri orang pun boleh jatuh cinta dengan aku inikan pula engkau. Bisik hatinya lagi nakal. Padahal isteri sendiri terabai.
Sampai sahaja di Paddock, Riyadh membantu Annis untuk naik ke atas Zidane.  Waktu itu jugalah Remy tersentuh paha Annis. Kononnya untuk perbetulkan kedudukan kaki Annis.
Annis perhatikan Remy yang tersenyum. Sentuhan Remy bagaikan aura. Dia resah dan debar bila Remy pandangnya tajam. Mungkin sebab anak mata Remy tu yang dalam. Dengan Riyadh pun dia tak resah bagai. Biasalah bila dah lama-lama ni mesti kadang-kadang tu rasa bosan. Tapi Riyadh pandang dia macam kayu tak ada perasaan pun. Dia cuba juga goda-goda Riyadh tapi iman lelaki tu boleh tahan kuat. Hmm!
Take care ya cik Annis…”ujar Remy lagi. Semakin di tatap wajah Annis semakin bersemangat pula hatinya untuk menggoda wanita itu. Selagi ada kesempatan apa salahnya dia cuba. Annis pun macam beri respond yang positif saja.
Hampir 30 minit mereka menunggang di dalam Paddock. Selepas selesai kuda-kuda itu harus dibersihkan dan dimandikan sendiri. Semuanya memang dia kena buat sendiri. Dalam bab-bab ini Remy memang tegas. Tapi dengan dia Remy boleh tawarkan diri nak tolong buat. Dia tak perlu nak buat apa-apa.
“Kesian you Annis. You nampak letih je. Ambil ni,” Remy menyuakan botol air mineral kepadanya.  Annis sambut. Sekali lagi jari jemari mereka bersentuhan. Tapi kedua-duanya hanya tersenyum sahaja.
Meh! I tolong bukakan untuk you.” suara Remy benar-benar kedengaran sangat romantis. Cara Remy tak ada bezanya dengan Riyadh. Mereka masing-masing punyai sifat romantis. Cuma Riyadh tak pandai sangat nak tunjukkan sifat romantis dia. Kenapa ia rasa berdebar sangat bila dengan Remy.
“You nak ke mana lepas ni?” soal Remy lagi lalu kembali menghulurkan mineral water kepada Annis.
Thanks.I pun tak tahu nak buat apa. Ingatkan bila hari cuti begini boleh prepare apa yang patut pasal perkahwinan tu. Tapi, you faham sendirilah Riyadh tu. Jadual kerja kami tak sama. Bila I free dia pula busy. Sekarang makin dekat nak kahwin makin busy dia.”
“Kalau macam tu you mintak lah dia tangguh dulu. Kalau I pun tak nak buat majlis kalut-kalut begitu. Nanti tak memuaskan hati pula. Kenapa tak bertunang dulu?”  Remy cuba cucuk jarum.
“Dah banyak kali I tolak Remy. Sampai dah tak ada alasan untuk I lagi. Kadang-kadang tu I bosan dengan hubungan kami ni. Hambar. Apa yang I minat dia tak minat. Tapi, dia tak ada pula nak halang apa yang I minat. I pun risau bila dah kahwin dia sibuk-sibuk nak I mengandung cepat-cepat. Padahal I tak bersedia langsung nak ada anak. Kalau ikutkan memang nak bertunang, tapi sebab Riyadh dah tak sabar. Nak cepat-cepat kahwin.”
“Patutlah you sayangkan dia. You jangan fikirkan sangat pasal hal tu. Nanti you yang pening kepala. Tak cantik nanti cepat tua nanti.” Anak rambut Annis yang terjuntai di hadapan ditarik perlahan ke belakang. Annis tak mampu nak kata-kata kerana terlalu terkejut dengan perbuatan Remy yang spontan itu. Caring!
 “Malam ni you free? Kita ke Club.” Remy separuh berbisik ke telinganya
 Annis tersenyum sambil mengerling sekilas ke wajah lelaki itu. Tidak lagi berfikir panjang dia menggangguk setuju.Itulah kesukaannya.
Kali ini senyuman lebar pula yang terukir di bibir Remy. Permulaan yang sangat positif. Riyadh? Apa kata kita main game. Jerit hatinya girang.

RIYADH sampai di rumah sewaktu jam sudah menunjukkan ke angka 12 malam. Dia benar-benar keletihan. Tadi dia pergi begitu sahaja tinggalkan Fazzura dalam keadaan marah. Geram dengan Fazzura yang tiba-tiba sahaja naik angin dengannya. Sudahnya dia pun naik angin sama. Kalau betul pun dia silap cakap susah sangat ke Fazzura nak maafkan dia.

Annis? You di mana? Temankan I kejap!
SMS dihantar. Menanti dengan penuh sabar. Rasanya memang dia tak boleh nak lelapkan mata. Hampir lima minit berlalu tiada balasan yang diterima. Dia mencapai Samsung S3 miliknya. Mendail nombor telefon Annis.
Telefon bersambut. Bunyi bising mengiringi permulaan bicara. Tak perlu ditanya dia sudah dapat mengagak Annis di mana. Terus dia letak telefon! Geram. Yang sorang ni pantang kena tinggal kejap asyik nak ke clubbing kerjanya. Apa tak sakit kepala ke si Annis ni dengan bunyi muzik yang kuat-kuat begitu.

Annis! Keluar dari situ dan tunggu I di  tempat biasa.Jangan lewat!
Send!
Dia terus capai kunci kereta yang diletakkan di hujung katil.  Nafasnya rasa tak teratur. Laju langkahnya menapak keluar dari biliknya yang berada di tingkat atas rumah banglo dua tingkat itu.
Sewaktu kaki mengorak langkah di tangga dia bertembung dengan Ummi yang sedang memegang segelas air. Ummi urut dada terkejut dengannya. Sewaktu dia masuk ke bilik tadi anak tunggal lelakinya ini belum lagi pulang ke rumah.
“Keluar kejap ummi.” jelasnya sambil teruskan langkah.
“Anak bertuah…bila yang kau balik ni Yadh? Nak ke mana pulak waktu-waktu begini.” Puan Noriah menyoal sambil geleng kepala memerhatikan anak bujangnya itu.
“Keluar kejap ummi…ambil angin luar kejap.” balasnya pula memberi jawapan selamat. Persoalan ummi di biarkan tidak berjawab. Dia terus hilang di balik pintu. Laju menuju ke kereta Alfa Romea Giulietta miliknya. Pintu dibuka sebelum dia masuk ke dalam kereta bewarna putih itu. Enjin dihidupkan sebelum pedal minyak ditekan keluar dari rumah banglo dua tingkat itu.
Tiga puluh minit perjalanan dia sampai di HR Steak House Kampung Baru. Masih ramai pengunjung yang berada di Restoran itu. Jadi dia memilih untuk menunggu Annis dari dalam kereta sahaja. Muzik di buka. Lagu Akulah Mentarimu nyanyian Laksamana berkumandang.

Redup matamu bagai petanda lepas gerimis…
Yang tersimpul bagai terkunci mengikat diri..
Kalaulah aku mempunyai kuasa sakti..
Akan ku ubah duka hidupmu jadi bahagia..

Ya! Kalaulah dia ada kuasa sakti tentu dia sendiri akan tolong ubahkan nasib Fazzura. Dia tahu Fazzura makan hati dengan kata-katanya. Dia tak sengaja. Dia sendiri tidak ingin menambahkan beban untuk wanita itu. Untuk ibu muda  yang bergelar ibu tunggal itu. Apatah lagi melihat mata itu bertukar jadi bola golf sebab banyak sangat mengalirkan air mata. Pelik!tak ada kaitan apa pun dengan dia. Tapi kenapa dia resah? Kenapa dia risau setiap kali memikirkan soal Fazzura anak beranak.Telefon bimbitnya yang diletakkan di box segera diambil. Jari jemarinya ligat menaip sesuatu.

Zurra, maafkan saya pasal hal ptg tadi. Saya tak berniat nak patahkan semangat awak. Saya cuma nak Zurra kuat. Abaikan yg negatif ambil yg positif. Sampaikan ciuman  syg saya utk anak-anak awak yg comel tu.
Send!

Hatinya rasa sedikit lapang. Seboleh-bolehnya dia tak mahu semua itu berlaku. Dia yang bersalah. Terlajur cakap mana nak boleh u-turn dah. Tapi Fazzura pun tak boleh nak lepaskan kemarahan dia dekat anak-anak. Itu yang dia pun naik angin tadi. Itu pantang. Matanya kembali merenung skrin telefon bimbitnya itu sebaik sahaja bunyi SMS masuk.

Riyadh, saya pun nak mintak maaf. Sebab emosi sangat.Terima kasih atas jasa baik awak selama ni.
.
Tak habis-habis nak berterima kasih kepadanya. Apalah sangat jasa dia. Dia hanya tolong setakat yang termampu sahaja.

Kalau banyak sangat jasa saya ni, kalungkanlah pingat!

Di sengeh panjang. Konon-konon banyak sangat jasa dia. Dia sandarkan kepalanya di kusyen kereta itu. Jari jemarinya mengetuk perlahan stereng kereta itu. Matanya dipejamkan. Buat seketika dadanya rasa lapang. Mengingati wajah si comel Aqilah dan Fazmizie jiwanya rasa tenang. Bagai ada kuasa yang mengalir dalam diri.
Bunyi hon yang di belakang keretanya sedikit mengejutkan dia yang baru sahaja ingin melelapkan mata. Dari cermin sisi dia memandang Annis yang melambaikan tangan kepada seseorang. Dia tidak pasti siapa pemilik kereta Rexton bewarna hitam itu kerana cerminnya yang agak gelap. Rexton hitam itu terus berlalu dari situ. Dia mengeluh perlahan sebelum membuka pintu keretanya dan keluar. Tangan kanannya diletakkan di atas bumbung Alfa Romeo Giulietta manakala tangan kiri diletakkan di atas pintu kereta itu. Wajah wanita yang berdiri di belakang kereta itu direnung tajam. Wajah itu bukan hadir dengan senyuman tapi masam kelat!
“Masuk!”tegas dia memberikan arahan. Dengan pakaian Annis yang menjolok biji mata itu tak kuasa dia nak pergi makan. Seleranya terus hilang.
Annis menurut.  Dia masuk ke dalam sebelum pintu kereta itu dihempaskan kuat-kuat. Marah kerana aktivitinya diganggu.
“Siapa yang hantar you tadi?” soalnya ingin tahu.
“Kawan I!” jawab Annis acuh tak  acuh.
“Lelaki?”dia soal lagi sambil pusingkan badan mengadap Annis. Seksi sangat dengan baju gaun pendek sendat bewarna hitam itu. Rambutnya yang berelung di biarkan mengurai. Bibirnya yang munggil itu dioles lipstick warna terang. Nasib dia ingat nak buat isteri. Kalau tidak sudah lama dia ngap! Tapi, sabar…imannya masih kuat.
“I tanya you ni, sayang? Lelaki ke?”
Annis angguk lambat-lambat.
Riyadh mengeluh kasar. “I tak pernah tahu pula you ada kawan lelaki pakai Rexton?”
“Kawan I…kebetulan I pergi dengan Sarah tadi. Baru je I masuk club you dah call. I tumpanglah dia.”
“Siapa dia?”Annis mengeluh. Riyadh dah macam pegawai penyiasat pula. Semua dia nak ambil tahu sekarang. Naik rimas dibuatnya.
“Daim…budak model yang sama agensi dengan I” jawab Annis. Terpaksa menipu. Kalau cakap Remy? Panjang pula bebelan Riyadh nanti. Awal-awal lagi Riyadh dah warning tak mahu dia rapat dengan Remy.
 “Apa nak jadi dengan you ni. Dah berbuih tau mulut I pesan. Pakai sopan-sopan sikit tak boleh ke? You tengok pakaian  you tu. I sendiri rasa malu. Sudah-sudahlah nak pakai seksi segala bagai.” bebelnya pula. Dari pemilik Rexton beralih bebelannya kepada pakaian pula. Penghawa dingin diperlahankan. Nanti tak pasal-pasal pula Annis jadi tugu. Maklumlah terlampau sejuk.
“You ingat I pergi masjid ke yang nak berbungkus segala bagai?” soal Annis semula. Tubuh dipeluk. Bukan sejuk sangat pun.
“Oh! I lupa you pergi clubbing kan? Habis tu kalau pergi kelab tu mesti pakai seksi-seksi begini. I ni kira bagus tau. I Cuma tegur you. I tak pernah nak larang. Tapi, you janganlah nak over sangat. You tu dah cantik. I ni dah tertarik. Cukup!” bidas Riyadh pula. Tertarik dengan tergoda dua perkara yang berbeza. Kalau tergoda? Jahanam!sekali kali dengan dia.
Muncung Annis dah sedepa mendengar kata-katanya itu. “Hah!elok sangatlah tu. Tegur sikit tarik muka.” Pedal minyak terus ditekan keluar dari parking.
“You nak ke mana pula ni?” soal Annis apabila Riyadh mula bergerak dari situ.
“Balik! I dah kenyang tengok you pakai macam ni!” Sebaris kata itu membuatkan mulut Annis terkunci. Kerana sebaris kata itu muncungnya kian sedepa.Riyadh! Semakin lama asyik nak sakitkan hati dia. Huh!





No comments:

Post a Comment