DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday, 7 March 2016

ELUSAN KASIH - BAB 13



RIYADH berjalan menuju ke arah wad kanak-kanak itu sambil memegang tangan Aqilah. Tadi, pagi-pagi lagi dia sudah kejutkan Aqilah. Niatnya cuma satu nak cepat-cepat sampai ke Hospital. Walaupun waktu melawat belum di buka kepada orang ramai dia tetap nak datang awal. Di tangan kirinya memegang sebungkus plastik. Ada nasik lemak tiga bungkus, air mineral, dan kuih-muih. Dia senyum sendiri. Sempat lagi dia singgah beli di gerai tepi jalan tadi. Beraneka kuih muih. Kalau di fikir-fikir macam ramai sangat yang nak makan.
 “Zurra, saya ada di luar wad ni. Awak keluar kejap.” pintanya sebaik panggilannya di sambut. Telefon kembali diletakkan di dalam poket seluar jeansnya itu. Sementara menanti Fazzura keluar dia meninjau kawasan sekitar. Matanya terpandang pondok yang bersebelahan wad itu. Dia senyum menampakkan sebaris giginya yang tersusun cantik.
“Okey, sayang, uncle dah jumpa port cantik untuk kita sarapan.” ujarnya selamba kepada Aqilah. Aqilah yang sedang memegang susu botol itu hanya angguk.
“Awalnya awak datang Riyadh?” tegur Fazzura dari belakang. Riyadh menoleh laju. Satu senyuman dilemparkan kepada wanita itu. Fazzura masih dengan pakaian yang dipakainya semalam.
“Dah mandi ke belum ni?” Riyadh kembali menyoalnya sambil tersengeh. Tahu yang Fazzura belum bersihkan diri lagi. Saja nak panaskan pagi-pagi yang sejuk ni.
“Belum, ingat nak balik mandi di rumah kejap lagi.” jawab Fazzura. Rasa malu pula dengan persoalan dari Riyadh. Rambutnya yang sedikit kusut disanggul. Matanya sebam sebab semalaman tak dapat lelapkan mata-mata. Lagipun sebelum itu entah banyak mana air mata yang mengalir mengenang nasib diri.
Dia memandang Riyadh yang nampak segak dengan baju t’hirt dari jenama polo bewarna biru gelap dengan jeans biru dari warna yang agak lusuh.
“Anak ibu nakal tak duduk dengan uncle?” soalnya kemudian.
“Mestilah tak kan Aqilah..” Riyadh pula yang tolong menjawab bagi pihak Aqilah.
“Iye ke tak ni?Kalau duduk dengan ibu bukan main nakal lagi kan?” Dia usap pipi anaknya lembut.
“Ye ke, ciannya ibu…” celah Riyadh lagi sambil tersenyum.
“Ermm…” Dia tak faham apa maksud senyuman Riyadh tu. Sedangkan tak ada apa yang lucu dan menggeletekkan hati langsung di kala ini.
“Ibu, adik mana ibu?” soal Aqilah sambil menarik-tarik tangannya. Sebelah tangan lagi masih memegang susu botol itu. Pandai Riyadh bancuhkan dan buat semua ini. Ringan tulangnya dia.
“Adik tak bangun tidur lagi  Aqilah. Adik tidur lagi. Nanti kita pergi tengok adik ya sayang.”
“Kalau macam tu kita sarapan dulu. Kita duduk dekat situ.” Riyadh  angkat plastik makanan yang berada di tangan kirinya. Mulutnya dijuihkan ke arah pondok itu.
 “Awak ni tak habis-habis nak menyusahkan diri. Bukannya selesa sangat duduk kat situ. Kenapa awak tak makan di kedai tu siap-siap.”
“Selesa tu kan dari hati bukan dari tempat. Awak ingat saya ni belagak sangat ke? Saya bukan macam tu okey. Tak selesa tak semestinya tak bersihkan. Lagi selesa duduk  kat tempat macam ni. Orang tak ramai macam kat Restoran tu. Lagi selesa kalau dapat makan dengan awak anak beranak.” Selamba dia menuturkan kata-kata. Fazzura angkat bahu.
“Terpulanglah, saya takut awak tak selesa.” Kadang-kadang dia naik rimas dengan layanan baik dari pemuda ini. Apa yang istimewanya anak-anak dia. Macam budak-budak lain jugak. Kasih sayang Riyadh untuk anak-anaknya terlalu mendalam. Sampaikan sanggup datang dari jauh untuk tengok semua ini. Riyadh, tak ada kepentingan pun kau nak buat semua ini.
“Dah bersihkan muka ke belum ni?” soal Riyadh. Tangan laju mengambil surat khabar yang di belinya tadi dua tiga helai lalau dihamparkan di atas pondok itu.
“Dah…”jawab Fazzura malas. Yang tu pun Riyadh nak tanya ke?
“Bila?” ada lagi.
“Semalam!” jawab Fazzura tak puas hati.
Riyadh ketawa bila pandang mimik wajah wanita di hadapannya itu. Sebenarnya dia pun malu. Kenapalah boleh soal begitu.“Duduklah atas surat khabar tu. Selesa sikitkan.” ujarnya sambil memperlawa Fazzura duduk.
 “Aqilah, mari duduk dekat uncle...” Riyadh tarik Aqilah agar duduk bersebelahan dengannya.
“Dah tak nak duduk dekat ibu ye dia.” Fazzura jeling.
“Alah… dengan ibu hari-hari dah duduk kan sayang. Duduk dekat uncle ni jarang-jarang sangat. Entah bila la pulak lepas ni nak jumpa...”
“Aqilah duduk sebelah uncle. Nanti adik duduk sebelah ibu.” tutur Aqilah petah.
“Ermm…pandai pun sayang uncle ni.” Riyadh usap perlahan pipi Aqilah yang comel itu. Geram sebab comel sangat. Kulit putih mesti ikut Zurra.
 “Owh!Aqilah dah tak nak kawan dengan ibu ya. Tak pe ibu kawan dengan adik je lah..."
Riyadh ketawa. “Ibu marajuk sayang. Cakap kat ibu…jangan merajuk, nanti cepat tua. Muka ibu tak cantik kalau merajuk.” ajarnya pula.
“Ibu jangan merajuk…nanti cepat tua. Ibu tak cantik uncle kata kalau merajuk.” ikut Aqilah dengan lancar sekali.
“Eh!pandai pula anak awak ni tambah apa yang saya cakap. Hahaha...” Fazzura geleng kepala. Anaknya macam tu lah.
 “Awak dah baca ke belum surat khabar ni, Riyadh?” soal Fazzura pula apabila terpandangkan tarikh pada surat khabar yang dihamparkan oleh Riyadh tadi.
 “Belum baca lagi. Tak  penting. Kalau saya nak baca saya beli yang lain.”
Fazzura mengeluh.“Lagi sekali awak buat saya rasa serba salah. Awak tak perlulah nak buat semua ni…”
“Zurra, tak payahlah cakap macam tu. Awak ni…dah la tu. Makan dulu nanti  adik jaga cari ibu tak de pulak!”
Dia tak nak Fazzura terlalu fikir macam tu. Apalah sangat surat khabar 1.50 sen ni. Dia boleh beli lainlah. Muka Fazzura berkerut memandangnya. Dia suka tengok wajah Fazzzura. Tanpa make up. Asli semulajadi.  Macam ni pun bekas suami dia boleh cari perempuan lain lagi. Kalau dialah tak adanya dia nak sia-sia macam ni. Macam teringin pula nak test market. Dah tujuh tahun jadi manusia yang setia pada cinta. Boleh ke?Huh!jangan buat pasal Riyadh! Kau kan dah nak kahwin! Tak sedar diri betul.
“Banyaknya awak beli? Macam nak makan satu kampung ni?”
“A’ah…satu hospital ni pun boleh.” jawab Riyadh cuba bergurau.
“Aqilah, nak makan apa? Kuih? Nasi lemak?Nak yang mana satu uncle suapkan.”
“Tak nak nasi pedas. Aqilah nak yang tu…”Aqilah tunjuk kuih yang di inginkannya.
“Kuih lapis sayang.” Riyadh ambil dan berikan kepada Aqilah apabila si comel itu mahu menyuapnya sendiri ke dalam mulut. “Jangan comot-comot.”
Di awal pertemuan dulu, Fazzura beranggapan Riyadh adalah seorang lelaki yang serius. Sekarang dia tengok dah semakin kelakar pulak. Memang betullah pepatah mengatakan.Tak kenal maka tak cinta. Tapi dalam kesnya tak boleh guna istilah cinta-cinta tu. Tak boleh…tak boleh…
“Awak makan Zurra. Jangan tak makan. Semalam awak beli nasik kat saya tu awak dah makan ke belum?Jangan-jangan Zurra belikan untuk saya tapi Zurra tak makan?”
“Saya kenyang…tak ada selera nak makan.”
“Itulah awak, patutlah saya tengok makin kurus. Sekarang Zurra makan. Makan bagi gemuk balik macam mula-mula saya kenal dulu!” keras suaranya. Bungkusan nasik lemak itu dibuka lalu diletakkan di hadapan Fazzura.
“Saya boleh buat sendiri.” Fazzura rasa malu. Riyadh ni layan dia lebih sangat. Cukup anak-anak dia sudahlah. Perlu ke nak take care segala bagai? Tak perlu kan.
 “Berapa hari awak kat sini?” soal Fazzura. Bau nasik lemak memang benar-benar membuka seleranya.
“Berapa hari yang awak nak?”Riyadh soal balik.
Fazzura geleng. Orang tengah serius dia nak buat lawak pulak. Kalau aku tahu buat apa aku nak tanya!Sengallah!
Sorry…” ujar Riyadh perlahan. Wajah itu kelihatan kelat dengan usikannya.
“Saya ingat nak stay dua tiga hari lagi kut. Ingat kalau Fazmizie keluar wad nak bawa dia orang pergi jalan-jalan dulu.”
“Jalan-jalan?”
Riyadh angguk. “Kenapa?Zurra tak izinkan?”
“Tak lah bukan macam tu…”
“Kalau Zurra tak izin, saya culik anak-anak Zurra dengan Zurra sekali nanti. Buatlah tengok.” jawabnya selamba sungguh. Berani nak culik dia. Langkahlah mayat abah dulu.
“Awak ni agak-agaklah…”dia balas perlahan. Tak lagi menghiraukan senyuman dari Riyadh. Malaslah nak layan. Tak ada kepentingan pun.
Mereka terus makan di atas pondok itu diiringi dengan suasana yang tenang dan nyaman. Riyadh lega kerana semuanya selamat. Lega kerana dapat melepaskan rindu yang sarat kepada Aqilah dan Fazmizie. Tapi, keadaan akan jadi sebaliknya bila dia pulang ke Kuala Lumpur nanti.
Bagi Fazzura pula dia kusut. Kusut bila mana Riyadh ingin membawa Aqilah dan Fazmizie jalan-jalan. Di sini langkah kakinya terbatas. Hidup di kampung tidak seperti di kota metropolitan. Apa alasan jika abah bertanya? Apa alasan jika emak menyoal perkara yang sama. Apa pula tanggapan Kak Shahira bila dapat tahu dia sedang duduk bersama seorang lelaki padahal dia baru sahaja bercerai. Apa pula tanggapan Maria nanti. Itu belum lagi dikira soal bakal isteri Riyadh. Riyadh tak seharusnya makin dekat. Riyadh seharusnya makin jauh. Agar nanti anak-anaknya tidak ulang bertanya ke mana ‘uncle’ pergi. Dia sendiri tidak mahu ada fitnah yang timbul di kemudian hari.

FAZZURA meletakkan barang-barang Fazmizie di dalam kereta Proton Saga bewarna biru itu. Sudah dua hari abah membenarkan dia menggunakan keretanya. Dia lega kerana abah semakin lembut hatinya. Fazmizie pula sudah dibenarkan keluar pada hari ini. Jadi, dia tidak perlu berlama-lama di sini lagi. Riyadh yang sedang mendukung Fazmizie di kerling sekilas. Pagi tadi wajah pemuda itu riang sekarang dah bertukar masam. Semuanya gara-gara dia tak benarkan pemuda itu ikut dia pulang ke rumah. Mana boleh!
“Zurra, family awak tu makan orang ke?” soal Riyadh sekali lagi. Tak puas hati betul dia. Tapi  apa nak buat dia bukan siapa-siapa. Lagipun dia kasihankan Fazzura dan tak nak membebankan wanita itu. Cuma dia frust sebab tak puas lagi duduk dengan Aqilah dan Fazmizie.
“Saya bukan apa Riyadh. Saya nak awak faham. Saya tak nak orang salah tafsir. Nanti apa pulak emak akan anggap dekat saya kalau awak ikut saya pulang ke rumah. Siapa awak? Orang pasti akan bercakap.” terang Fazzura lagi.
“Tapi…saya dah janji dengan Aqilah nak bawa dia jalan-jalan.”
Fazzura senyum. “Nanti ada masa kita jumpa lagi.”
“Bila?” soalnya kuat. Fazzura geleng kepala. Tidak mahu berjanji. Biarkan keadaan yang menentukan bila.
“Saya mintak maaf Riyadh. Saya perlu jaga tingkah saya. Saya janda. Awak pun tahu. Saya tak nak emak dan abah rasa malu bila orang kampung mula mengata nanti. Kampung saya tu bukan macam di Kuala Lumpur.”
“Apa masalah dengan janda. Bukannya saya nak buat apa-apa pun. Tak logiklah alasan awak tu.”
“Habis tu awak nak saya bagi alasan apa Encik Riyadh?” Dia ulang menyoal. Nadanya sedikit tegas. Tak faham kenapa Riyadh terlalu kasihkan anak-anaknya sampai sanggup datang ke sini. Sanggup redah perjalanan panjang dari Kuala Lumpur. Yang paling mengharukan sanggup tolong jagakan Aqilah semalam. Riyadh, aku tak nak terlalu makan budi!
Riyadh tarik nafas. “Saya tak boleh nak paksa.” jawabnya lemah. Satu ciuman hinggap di pipi Fazmizie sebelum dia menyerahkan anak kecil itu kepada Fazzura.
“Sepatutnya dalam keadaan adik begini awak perlu ribakan dia. Kesian dia...”
Fazzura menyambut Famizie. “Dah nasib saya macam ni Riyadh.”
“Kita boleh ubah nasib kita Zurra. Nak dengan tak nak je?”
“Habis tu awak ingat saya tak nak ubah. Saya nak macam ni je!”
Riyadh terus diam bila nada suara Fazzura dah mula meninggi. Tak mahu Aqilah dan Fazmizie melihat mereka bertikam lidah. “Saya minta maaf…” ucapnya perlahan.
“Aqilah salam dengan uncle cepat!” pinta Fazzura pula tanpa menghiraukan maaf dari Riyadh. Aqilah yang duduk di hadapan kereta segera mendapatkan Riyadh.
Uncle…kenapa tak ikut Aqilah?”soal anak kecil itu pula. Riyadh duduk mencangkung sambil memegang bahu anak kecil itu. Beratnya hati untuk berpisah dengan mereka. Semalam dia menidurkan Aqilah. Membancuhkan susu untuk anak comel itu. Telatah Aqilah menghiburkan dia sehingga penat seharian bekerja dan memandu datang ke sini tidak terasa.
Uncle bukan tak nak ikut...tapi…”
“Aqilah uncle sibuk. Nanti ada masa lapang uncle bawa Aqilah jalan-jalan.” potong Fazzura laju. Riyadh mengeluh perlahan. Kenapa Fazzura tak cakap je yang Fazzura tak suka dia rapat dengan anak-anaknya. Takut menyusahkan dia. Ermm…
“Cepat salam Aqilah, nanti lambat pula kita sampai rumah!” paksa Fazzura lagi. Benar, dia mahu cepat-cepat tinggalkan kawasan Hospital ini. Bukan niat ingin melarikan diri daripada Riyadh tapi dia tidak mahu pemuda itu selalu menolongnya.  Cukuplah, dia menginzinkan Aqilah tidur dalam jagaan lelaki ini semalam. Lagipun hatinya begitu terasa dengan kata-kata dari Riyadh tadi. Riyadh tak tahu betapa siksanya dia. Siapa cakap dia tak nak ubah takdir hidup dia. Orang luar hanya tahu membuat penilaian tentang hatinya.
Uncle ikut Aqilah kan…” Anaknya itu masih tidak putus menyoal.
 “Sudahlah tu…jangan tanya banyak sangat Aqilah. Salam dengan uncle cepat! ”keras nada Fazzura berbicara. Riyadh geleng kepala. Dia tak suka cara Fazzura cakap dengan anak-anak macam tu.
“Salam Aqilah…ibu dah marah tu. Jangan nakal-nakal sayang. Jangan susahkan ibu ya.” pinta Riyadh tenang.Aqilah menurut. Riyadh  cium pipi comel itu. Berat dan berat!Argh! Hatinya menjerit tidak keruan. Menyakitkan bila kita menyayangi seseorang melebihi diri kita sendiri. Aqilah di bawa masuk ke dalam kereta. Fazmizie pula dibaringkan di tempat duduk belakang.Kemudiaan Fazzura  kembali semula kepadanya sambil menghulurkan duit kertas lima puluh ringgit tiga keping kepadanya.“Bil hospital yang awak bayar tadi.”
Riyadh geleng. Matanya tajam memandang Fazzura. “ Kenapa dengan awak ni? Makan harimau ke apa yang nak angin-angin macam ni. Jangan marah-marah Zurra. Kalau sebab saya cakap macam tu awak nak marah macam ni saya mintak maaf. Senyumlah…awak lebih cantik kalau senyum bukan bila buat muncung itik macam ni.” ujarnya pula.
 Fazzura tetap buat muka serius. Rasanya di dalam hidupnya cukuplah dengan Aqil sahaja dia berlembut. Cukuplah Aqil sahaja yang mampu membuat dia mendengar kata. Kesudahannya dia sendiri yang kecewa dengan Aqil. Dia sangup korbankan apa sahaja demi Aqil dan yang nyata kesudahannya hanya sia-sia. Namun, ini bukanlah kudis untuk dibiarkan merebak begitu sahaja.
 Bukannya dia tak percaya Riyadh. Tapi dengan apa yang berlaku dalam hidupnya, kepercayaan terhadap lelaki itu semakin kurang. Kalau dia tidak percaya langsung sudah tentu dia tak benarkan Aqilah bersama dengan Riyadh. Dia masih kenang jasa-jasa Riyadh. Dan kini, dia ingat apa yang Riyadh katakan padanya sebentar tadi. Hatinya rasa kecewa dengan sebaris kata yang keluar dari mulut lelaki itu. 
“Ambillah…saya tak nak terlalu makan budi.”
“Awak simpanlah buat belanja dia orang.Lagi satu kalau nak marah apa-apa, marah terus pada saya. Tak perlu nak lepaskan angin kus-kus awak kat anak-anak. Assalamualaikum.” ujarnya terus berlalu dari situ. Fazzura tercengang. Tidak berkelip matanya memerhatikan langkah lelaki yang berbaju warna biru gelap itu berlalu menuju ke kereta. Marah mungkin!Ah…suka hatilah!Grr…






No comments:

Post a Comment