RIYADH sampai di
perkarangan Hospital Parit Buntar tepat jam 9.30 malam. Nombor telefon Fazzura
didail berulang kali namun hampa tidak berjawab. Dia keluar dari kereta Alfa
Romeo Giulietta miliknya itu. Keaadan di sekeliling hanya di terangi oleh
lampu-lampu tiang. Kawasan hospital ini semakin sunyi menjelang malam. Maklum
sahajalah waktu melawat hanya di benarkan sampai pukul 7 malam sahaja. Dia
bersandar di sisi pintu kereta itu.
Sebuah keluhan kecil di lepaskan. Kenapa dengan dia ni? Risau semacam!
Dia pandang
tubuhnya yang masih tersarung baju kemeja bewarna hitam dan chinos jeans bewarna kelabu itu. Dari pejabat tadi dia
terus bergerak menuju ke sini. Dia hanya berhenti menunaikan solat Maghrib di
surau Perhentian Tapah. Siaplah dia duit untuk bayar saman AES selepas ini.
Bayar ajelah. Itulah yang tak seronoknya Malaysia ni sikit-sikit nak saman. Tak
tahu kita ni urgent macam mana.
“Riyadh?”
Namanya dipanggil. Dia menoleh laju. Jantung seakan berdenyut kencang sebaik
sahaja melihat wajah itu. Wajah wanita di hadapannya ditatap kemas. Dengan baju t’shirt putih dan jeans biru gelap. Simple.
Rambutnya yang panjang sehingga melepasi paras bahu dibiarkan lepas bebas. Buat
seketika matanya tidak berkerdip memandang seraut wajah itu. Ayu, tenang dan
mendamaikan walaupun mata wanita itu kelihatan sangat sebam. Ternyata pertemuan
ini tidak seperti pertemuan-pertemuan yang lalu. Dia rasa kekok setelah dua
bulan tidak bertemu. Di mana yang tidak menariknya wanita ini kerana apa yang
matanya pandang sudah cukup buat dia tertarik.
Fazzura berdehem perlahan. Tidak selesa dengan
cara pemuda itu memandangnya.
“Eh! Zurra...” Riyadh
gelabah sendiri.
“Awak dah lama
sampai?”
Riyadh angguk.“Macam
mana keadaan Fazmizie?”
Anehnya kenapa
dia jadi macam ni. Seolah-olah dia tidak pernah bertemu dengan Fazzura. Jelas
perbezaan yang amat ketara pada pertemuan kali ini. Dengan Annis tak ada pula
nak rasa begini. Tapi dia cuba mengawal. Lelaki beb! Jangan tunjuk sangat
kegusaran tu.
Alahai! Lupa nak
beritahu Annis yang dia berada di sini. Lupa lagi!
Persoalan dari Riyadh
di biarkan tidak berjawab. Tidak mahu pemuda itu terlalu memikirkan
anaknya.“Kesian awak datang jauh-jauh semata-mata nak tengok Fazmizie. Dia
okey. Keadaan dia okey je. Sorry,
tadi saya solat di surau dan tak dengar pun awak call.”
Riyadh angguk
sambil tangannya mula menaip mesej untuk memberitahu Annis yang dia ada di
sini. Tak nak nanti Annis cakap dia tak sayang pulak. Annis dah setuju terima
lamaran dan dia cukup gembira. Jadi seboleh-bolehnya dia mahu menjaga hati
bakal isterinya itu sebaik mungkin.
“Awak
menyusahkan diri datang ke sini. Esok-esokkan boleh.”
Bukan niat
Fazzura untuk menghalang kedatangan pemuda ini. Tapi, dia rasa tak perlu pun.
Nanti kalau cakap takut lelaki ni berkecil hati pula. Jadi dia pilih untuk
cakap dengan susun atur perkataan yang paling sopan.
“Awak tak perlu
buat macam ni. Saya beritahu pada awak. Bukan mintak awak datang ke sini.” ulangnya
sekali lagi bila Riyadh macam dengar dengan tak apa yang dia katakan.
Riyadh senyum
sekilas memandangnya sambil tangan terus menaip mesej kepada Annis. Telinga
pulak mendengar bebelan Fazzura terhadapnya. Fazzura beritahu pun sebab dia
tanya. Sebab tergerak hati nak call.
Kalau tak, matihidup semula pun dia tak akan dia tahu punya. Yalah, sebab dia
bukan siapa-siapa pun.
“Apa yang susah?
Bukannya perlu ambil tiket bas ke apa. Kuala Lumpur dengan Perak ni berapa jam
je pun.”
Yalah, Riyadh
bolehlah cakap macam tu. Dia ada semuanya. Bukan nak perlu bersusah-susah macam
dia pun. Ermm…apa bezanya sewaktu dia bersama dengan Aqil dulu. Dia balik
kampung pun naik kereta. Tak susah pun. Entahlah, buat apa nak kenang lagi
semua yang bukan miliknya.
“Awak terus
datang dari tempat kerja?” Fazzura tanya sekadar untuk berbasa basi. Kalau
tengok dari pakaian yang tersarung ditubuh Riyadh ni memang dia dah dapat
jawapan pun.
“A’ah,terus
datang sini. Risaulah. Mana boleh nak buat kerja.” Pelik! Macam anak dia pula
yang sakit.
“Boleh ke ni nak
tengok Fazmizie kejap.”
“Dah lewat kut…”
“Alah…mintak je
lah kat jururawat tu kalau Zurra takut nak cakap biar saya yang cakap.”Cadangnya
pula. Macam mana pun dia nak tengok keadaan Fazmizie dulu baru dia akan pergi.
Kalau tak jangan harap. Tidur kat sini pun tak pe lah!
“Awak nak cakap apa pulak kat jururawat tu.
Dia orang marah awak je nanti.”
“Hah!
Lantaklah…peduli apa saya. Dalam sejarah di Malaysia ni belum ada lagi
Jururawat makan orang.” bebelnya tak puas hati bila Fazzura cakap macam tu.
“Ataupun Zurra
yang tak izinkan saya ni?” dia kerling Fazzura. Kemudian ketawa. Kerisauannya
yang tadi bersarang rasa hilang tiba-tiba walaupun belum dengar khabar yang
sebetul-betulnya tentang Fazmizie dari Fazzura. Dia cakap memang okey. Selagi
tak tengok depan mata dia jangan harap dia nak percaya seratus peratus. Baru
lima puluh peratus. Fazzura ni pulak bukan jenis yang nak cerita sangat. Suka
pendam sampai dua tiga hari baru nak cerita. Itupun kena paksa.
“Awak tak perlu
nak buat macam tu. Tak kanlah saya ni sanggup tak bagi pulak!” Sampai ke situ
pulak yang Riyadh fikir.
“Saya nak balik
rumah kejap. Nak ambil barang-barang Fazmizie. Saya ingatkan dia tak kena tahan
tadi. Tapi, doktor mintak duduk wad dulu.
Sebab tadi banyak sangat darah dia keluar.”
“Darah
banyak keluar?”
Fazzura angguk.
“Jangan risau sekarang dah okey pun.” Bila lepas habis solat Isyak tadi dia
terus datang ke kereta untuk balik ke rumah sebentar. Terpaksa tinggalkan
Fazmizie buat seketika. Sebenarnya dia tak menjangkakan yang pemuda ini
betul-betul akan datang ke sini.
“Eh!teruk ke
dia?” soal Riyadh lagi.
“Tak teruk
sangat. Luka tu dalam sebab tu banyak
darah keluar. Tapi keadaan dia dah stabil. Minum susu tadi tidur terus. Esok
boleh keluarlah tu.”
“Macam mana
boleh jadi macam tu?” Nak tahu lagi.
“Budak-budak
biasalah…Mizie pulak awak faham-fahamlah. Baru boleh berjalan. Kena kepung
selalu. Alpa seminit je ermm…” Dia rasa sedikit menyesal. Sepatutnya dia tak
biarkan Fazmizie main di situ. Teruk sangat ke dia ni. Sampai anak kecil macam
tu pun boleh alpa sangat.
“Sebab tu lah
kena awasi dua puluh empat jam. Dia tu kecil lagi. Jangan tinggalkan dia main
sorang-sorang.”
“Hmm…” Fazzura
sedar memang salahnya.
“Boleh ke
tunjukkan saya di mana katil dia. Biar saya tolong jagakan dia.”
Fazzura angguk dan mula berpaling untuk menuju
ke wad kanak-kanak yang menempatkan anaknya itu. Tidak jauh dari kawasan tempat
letak kereta itu. Dia tahu walau macam mana pun dia bagi alasan lelaki ini
tetap berdegil.
“Saya harap tak menyusahkan awak, Riyadh. Awak
dah banyak tolong kami. Sampai sekarang pun awak masih ambil berat terhadap
kami. Kami ni bukan siapa-siapa pun. Orang luar yang tiba-tiba hadir dan
menyusahkan hidup awak. Tak ada kaitan pun kan?”
“Tak pernah ada
istilah susah untuk anak-anak awak, Zurra. Jangan cakap macam tu. Jangan buat
ayat simpati macam tu. Saya ni yang orang luar bukan awak. Apalah sangat ha...kecik
punya hal la.” balas Riyadh tenang. Buat apa nak cakap lagi. Kalau menyusahkan
tak adalah dia berada kat sini sekarang. Dia tak pernah rasa susah pun. Sikit
pun tak! Fazzura asyik pandang susah dia, cubalah pandang keikhlasan dia ni.
Mereka terus beriringan berjalan menuju ke
wad. Tetapi seketika kemudian langkah kaki Riyadh terhenti. Dia pandang Fazzura
dengan dahi berkerut. “Kenapa pula dengan awak ni?” soal Fazzura aneh. Pelik
sangat cara Riyadh pandang. Dia tak suka.
“Zurra, boleh
tak kalau nak mintak tolong Zurra?” Riyadh cakap sambil peluk tubuh. Nak kata
ada angin sebab sejuk tak pula. Style
kut!
Dia menentang
mata lelaki yang berdiri dihadapannya ini. “Awak nak saya tolong apa?” Selama
dia mengenali pemuda ini tidak pernah sekalipun Riyadh meminta pertolongan
darinya. Apa yang dia terima adalah sebaliknya. Riyadh selalu ada saat-saat
ujian datang menimpa dirinya.
“Boleh awak bawa
Aqilah sekali?” luah Riyadh dengan muka ala-ala mintak simpati. Fazzura rasa
serba salah. Bimbang Abah tak izinkan dia bawa sekali Aqilah. Lagipun di sini,
bukannya selesa sangat pun. Tak kan nak tidur atas lantai wad tu. Agak-agaklah!
“Macam ni, awak
bawa dia ke sini. Nanti malam saya sewa
hotel berdekatan. Awak boleh tidur dengan dia. Saya jaga Fazmizie boleh?” Fazzura
terus geleng kepala. Tak setuju dengan cadangan Riyadh. Kalau Aqil mungkin dia
setuju. Ada juga pertalian darah di situ.
“Saya tak nak
menyusahkan awak, Riyadh. Awak kena faham tu…”
“Zurra, please... okey kalau Zurra tak nak saya
jaga Fazmizie, Zurra bawa Aqilah sekali nanti. Saya jaga dia. Zurra bawa
pakaian dia sekali. Kita tukar plan!”
pujuk Riyadh sekali lagi.
“Saya janji saya jaga dia.” sambungnya pula
bila melihat Fazzura diam sahaja seperti sedang memikirkan cadangannya yang
pada pendapatnya tak perlu nak fikir-fikir lagi. Setuju sajalah. Bukan kena
jatuh hukuman apa pun kalau dia setuju.
Fazzura geleng
kepala. Tidak bersetuju dengan cadangan
itu. Bukankah semua itu hanya akan menyusahkan pemuda ini.
“Zurra, boleh lah
Zurra. Awak ni macam tak percayakan sayakan?” rayunya lagi.
“Tak boleh Riyadh.
Saya tak nak menyu..”
“Boleh tak Zurra jangan cakap saya menyusahkan Zurra!”nada
suaranya keras sambil pandang Fazzura. Anak mata bewarna hitam itu ditenung
dalam namun Fazzura cepat sahaja melarikan pandangan matanya. Fazzura memang
degil. Apa benda mesti nak kena cakap berulang kali baru dia setuju. Tapi yang
dia tahu orang degil ni luar aje. Dalam hati baik.
“Saya tak tahu
kenapa awak perlu buat semua ni Riyadh?”
“Awak jangan
soal saya benda yang saya tak ada jawapan. Apa yang pasti saya ikhlas. Ikhlas
dengan apa yang saya lakukan.”
Fazzura geleng
kepala. Dia terus mengorak langkah. Tidak peduli dengan permintaan Riyadh. Dia
tetap tak nak menyusahkan pemuda itu. Sudahlah Riyadh.
“Zurra, please…”
Fazzura menoleh.
Lagi sekali Riyadh buat muka kesian. Allah! Dia tak sampai hati. Tolonglah Riyadh.
Jangan merayu macam tu depan aku.
“Please… ” pinta Riyadh sekali lagi. Dia
tidak berganjak sedikitpun dari situ walaupun Fazzura dah sedikit kehadapan
meninggalkannya.
“Zurra!”
“No Riyadh! saya
tak nak menyusahkan awak. Saya tak nak menyusahkan awak. You can go and come tomorrow.”
“Semua tu akan
hilang bila dia orang berdua ada di sisi saya!” jawab Riyadh tegas. Degil
sungguh Fazzura ni. “I will not go!”
balasnya geram. Bertimbang rasalah sikit dekat dia. Dia ni datang jauh-jauh tak
kan tak boleh nak jumpa Aqilah langsung.
“Manalah saya
tahu?” Fazzura cebik mulut.
“Eee.. .dia ni
kan! Aku cium jugak nanti kut. Please
la Zurra! Awak tak kesiankan saya ke?”dia buat lagi muka simpati. Aduh! Tadi
cakap ikhlas sekarang dah macam mintak balasan pulak. Kenapa dengan dia ni!
“Teruknya awak!”
ujar Fazzura perlahan. Rasa nak ketawa pula bila tengok muka Riyadh masam macam
tu. Peliknya lelaki ini. Pelik sangat!
“Lantaklah…saya
ni dah sayang sangat kat anak-anak Zurra tu. Dah rasa macam anak sendiri. Zurra
tu degil. Bagilah saya jaga Aqilah kejap malam ni aje. Esok Zurra cakap adik
dah boleh keluar, habis tu bila masa
yang saya nak jumpa Aqilah. Nak bagi saya penasaran pun agak-agaklah!” Hah!
Ambik kau.
“Ermm…Okey!
Okey! Tapi saya tak berani janji. Bimbang kalau abah tak izinkan. Lagipun awak
faham-faham sajalah hubungan saya dengan keluarga belum pulih lagi. Tapi saya
cuba sebab awak dah banyak tolong saya.” Kata Fazzura tenang. Rasanya tak
sampai hati pula untuk dia menghampakan permintaan Riyadh. Walaupun di awal
tadi dia begitu berdegil akhirnya dia berlembut juga bila pandang wajah Riyadh.
Jatuh kasihan.
Riyadh tarik
nafas lega mendengar jawapan dari mulut Fazzura.
“Tak apalah, sekurang-kurangnya
awak cuba. Apa-apa pun kena cuba.” dia tarik senyum lebar. Puas hati. Macam
yakin sangat yang abah Fazzura nak benarkan Fazzura bawa Aqilah.
“Zurra, awak
tahu tak…saya rindu sangat dengan dia orang. Rindu sangat tau. Awaklah ni, saya
ajak stay aje kat sana. Awak tak nak.
Saja nak siksa batin saya ni.” luah Riyadh perlahan tapi cukup buat Fazzura
terharu mendengarkan kata-kata pemuda itu. Aqil sendiri tak pernah nak ambil
tahu pasal anak-anaknya. Inikan pula si Riyadh yang nak rindu bagai.
Ermm…sayang sungguh dia dengan anak-anak aku. Sampai cakap aku siksa batin dia.
Dia tak tahu ke Kuala Lumpur tu lagi
buat batin aku tersiksa.
“Dia orang pun
rindukan awak jugak. Maklumlah awak tu selalu sangat layan kerenah diorang
berdua. Selalu belanja ice-cream. Bawak jalan-jalan. Balik kampung tak dapatlah
nak merasa semua tu selalu.”
“Sedihnya…”.
“Hah?”
“Nothing...” Kalau duduk dengan aku
makanlah sampai habis sejuta pun tak apa. Aku rela!gumam hati Riyadh perlahan.
Langkahnya kembali seiring bersama Fazzura. Tinggi lampai jugak Fazzura ni.
Wajah dia ala-ala bulat sikit tapi cantik. Hidung tak mancung sangat tapi boleh
buat sesiapa pun tertarik. Dia? Rasa mecam dah tertarik.
Fazzura meminta
keizinan kepada jururawat yang bertugas untuk masuk sebentar ke dalam wad
bersama dengan Riyadh. Jururawat tu
senyum pandang Riyadh yang berada di sisinya. Lagi bertambah
senyum bila Riyadh cakap dia nak tengok anak dia.Ouh! Tak perlu pun. Orang tu
tak tanya buat apa nak terhegeh-hegeh nak beritahu. Pulak tu menipu. Buat dosa
aje.
Sampai sahaja di
hadapan katil yang menempatkan Fazmizie, Riyadh terus menghampiri tubuh kecil
yang sedang lena di atas katil itu. Wayar berselirat di atas tapak tangan
Fazmizie. Wajah Fazmizie pucat. Mungkin kerana terlalu banyak darah yang
mengalir. Tangannya menyentuh lembut tubuh itu. Diusapnya perlahan bak
melepaskan rindu yang terpendam. Lama direnung sebelum bibirnya menuturkan
kata.
“I miss
you so much dear...” Wajahnya kemudian didekatkan lalu satu ciuman jatuh di
wajah Fazmizie.
“Uncle datang sayang…” tangannya
terus-terusan mengusap lembut tubuh kecil itu. Matanya jatuh ke kaki Fazmizie yang sudah dibalut dengan kain anduh
itu. Hatinya kian sayu. Kenapa terlalu banyak kesakitan yang perlu di lalui si
kecil ini. Kalaulah boleh ditukar ganti, dia rela.
“Sabar ya sayang…”
ucapnya sekali lalu ciuman jatuh bertubi-tubi di dahi, pipi dan terakhir
kalinya di hidung si comel itu. Fazzura yang berdiri di hujung katil hanya
memandang tingkah Riyadh. Teringatkan Aqil…ermm. Dia mengetap bibir cuba
menahan perasaan.
“Riyadh, saya
gerak dulu.” ujarnya menghampiri lelaki itu. Riyadh angguk tanpa menoleh ke
arahnya. Mustahil lelaki itu menangis kerana anaknya.
“Ibu tinggalkan
adik kejap nanti ibu datang ya sayang…” bisik Fazzura lembut lalu mencium dahi
anaknya itu. Hatinya berat untuk meninggalkan Fazmizie walau seminit tetapi di
dalam keadaan sekarang dia terpaksa kerana satu barang apa pun dia tak bawa
tadi.
“Zurra,
hati-hati bawa kereta tu. Kunci pintu kereta. Kalau jadi apa-apa awak call saya terus ya. Handphone tu jangan letak dalam beg. Letak dekat tempat yang senang
nak dicapai. Jangan bawak laju-laju sangat.”
Fazzura angguk.
Kakinya terus melangkah keluar dari wad kanak-kanak itu. Kesian Riyadh, tak
pasal-pasal kena jaga anaknya pula. Seolah-olah dia hidup sebatang kara. Yang
pasti dia tak nak menyusahkan keluarganya.
Riyadh
terus menarik kerusi lalu duduk ditepi
katil itu dengan pandangan masih lagi terarah ke wajah comel Fazmizie. Pipi
tembam itu dioles lembut.
“Adik tahu tak
sebab adik jugalah uncle boleh kenal
kakak. Sebab adik jugalah uncle boleh
kenal ibu.”tuturnya perlahan sambil meraih jari jemari kecil itu. Membuka
sejarah lalu.
“Adik tahu tak
sebab adik dengan kakak, uncle mula
terbuka hati untuk bekeluarga. Untuk memiliki anak seperti adik dan kakak.”
Diusapnya lembut tapak tangan itu.
Kemudian didekatkan ke bibirnya. Teringat saat-saat Fazmizie menarik
rambutnya. Bergetaran hatinya seoalah membayangkan si kecil ini anaknya. Dan
saat itu perasaannya makin membuak-buak mahu hidup seperti sebuah keluarga.
“Bila kita
terpisah uncle macam hilang arah jugak. Tapi uncle simpan semua perasaan rindu ni.
Tahu uncle ni bukan siapa-siapa pun.
Hari ni takdir mempertemukan kita lagi. Dengan cara yang sama.” Dia teringat
pertemuan pertama mereka di hospital dulu. Dia yang mendukung Fazmizie sehingga
masuk ke dalam bilik rawatan. Mana boleh lupa kenangan indah itu.
Selama hampir
dua bulan dia rasa hatinya sarat
menanggung rindu. Hari ini dia rasa tenang. Memandang wajah kecil ini hilang
tekanannya. Apatah lagi sejak dua menjak ini dia terlalu sibuk dengan urusan
perkahwinan. Sampaikan pening kepala di buatnya. Annis letak syarat
macam-macam. Nak kahwin terus tak nak bertunang. Dia tak kisah asalkan Annis
mahu kahwin.
Mana dengan butik Annis yang dia janjikan nak
tolong. Projek Denai Alam pun masih ada yang belum selesai lagi. Tapi semua
masalah tu hilang bila terpandangkan wajah kecil ini. Itu belum lagi dia jumpa
dengan Aqilah yang petah bercakap tu. Kadang-kadang dia sendiri tidak mengerti
dan memahami kenapa dia terlalu kasihkan mereka. Kenapa? Setiap nafas yang dia
hela terasa mereka ada bersamanya. Kenapa juga takdir seringkali membawanya
kepada mereka. Kenapa?
HAMPIR satu jam
dia berada di sisi Fazmizie. Sedikitpun
dia tidak berganjak. Seolah-olah yang sedang tidur di atas katil itu anaknya
sendiri. Selama mereka hilang dari pandangan matanya dia cuba juga untuk
melupakan. Tetapi ingatannya semakin hari semakin kuat. Akhirnya dia membiarkan
sahaja mereka menjadi raja di dalam hatinya.
Bunyi mesej dari
telefon bimbit yang berada di dalam poket seluarnya itu segera di ambil.
Riyadh, saya tunggu di luar ni. Awak keluar kejap.
Saya tak nak Aqilah tengok Fazmizie.
Nanti bising pula. Lagipun dah lewat sangat ni.
Riyadh terus
bangun. Bibirnya mencium lembut ubun-ubun anak kecil itu. Kemudian dia terus
melangkah perlahan menuju ke luar. Tidak mahu mengganggu pesakit-pesakit lain
yang ada. Sebaik sahaja pintu wad ditarik terus Aqilah jerit memanggil namanya.
“Sayang…comelnya
dia pakai baju kelawar ni?” terus didukungnya Aqilah sambil menonyoh perlahan
wajahnya ke wajah si kecil itu.
“Uncle…uncle…ibu cakap Aqilah tidur
dengan uncle malam ni.” soal Aqilah
petah.
“Ya sayang, malam ni Aqilah tidur dengan uncle. Ibu nak jaga adik. Rindu uncle tak ni?” Riyadh mencium lagi dan
lagi. Rasa lepas bebas.
Aqilah angguk.
“Aqilah rindu uncle. Kenapa uncle tak datang bawa Aqilah
jalan-jalan. Dekat umah nenek ada pantai.”
“Aqilah, janganlah soal uncle macam tu. Ibu kan dah cakap uncle sibuk.” baru menginjak usia 4 tahun. Tapi, petahnya dia
sampai kadang-kadang tak terlayan Fazzura. Siap bercerita tentang pantai yang
ada di kampung mereka.
“Eh? Mana ada
sibuk. Sekarang uncle tak sibuk. Tapi
dah malam sangat tak boleh nak bawa Aqilah jalan-jalan. Esok uncle bawa tengok pantai okey.” jawab Riyadh
sambil menurunkan Aqilah dari dukungannya. Aqilah lompat gembira sambil
memeluknya.
“Kita pergi
jalan-jalan bawa adik dengan ibu sekali okey?”
“Yee! bila kita
nak pergi uncle. Aqilah dah lama tak
jalan-jalan.” Dipeluknya Riyadh dengan gembira.
“Kalau boleh sekarang pun uncle nak pergi sayang. Tunggu adik sembuh dulu. Uncle janji, uncle bawak pergi jalan-jalan. Kita bawa ibu sekali ek!”
Fazzura geleng
kepala. Jalan-jalan nak bawa dia sekali. Dah gila ke apa Riyadh ni. Nanti tak
pasal-pasal pula dia dicop macam-macam. Dengan statusnya yang baru sahaja
memegang gelaran janda. Orang luar akan cop apa sahaja kepada dia. Seoalah-oleh
janda gatal. Lagipun dia lebih selesa jika hanya anak-anaknya sahaja yang rapat
dengan Riyadh. Dia tiada keinginan untuk semua itu.
“Riyadh, jangan
nak susah-susah macam tu.” Lagipun dia bimbang jika anak-anaknya asyik menuntut
janji. Asyik bertanya itu dan ini. Susah dia nak jawab. Mulut budak-budak ni
bukan boleh control. Kalau cakap
depan emak dan abah nanti lagi payah.
“Apa pulak yang
susahnya. Zurra ni kan… macam tak suka sangat saya rapat dengan anak-anak
Zurra.” Riyadh tak puas hati.Tak habis-habis nak cakap susah..susah…
“Bukan macam tu
maksud saya.”
“Habis tu?”
soalnya ingin tahu. Fazzura asyik cakap tak nak susahkan dia. Padahal dia buat
semua ini ikhlas. Kalau tak ikhlas tak kan dia nak ada di sini. Buang masa dia
je. Baik dia pergi keluar dengan Annis bincang pasal majlis perkahwinan mereka.
Lagi bagus!
“Kenapalah ibu
ni tak faham-faham yang uncle ikhlas.”
tuturnya lagi sambil pandang Aqilah.
Macamlah budak tu mengerti apa itu ‘ikhlas’!
Fazzura ketap
bibir. Tidak mahu memanjangkan cerita.
“Nah...” Dia
menghulurkan sebungkus plastik kepada Riyadh.
“Saya belikan
nasik tadi. Tentu awak laparkan. Awak makanlah bila balik bilik nanti.” Dia yakin pemuda itu belum makan. Belum mandi
dan belum lagi mencari mana-mana bilik hotel untuk disewa. Alang-alang dia
keluar tadi terus dia carikan bilik dan juga membeli makanan untuk Riyadh.
“Terima kasih
Zurra. Awak tahu tak mana-mana hotel yang dekat dengan area ni?” soal Riyadh
kembali tenang walaupun tadi dia dah
start nak makan hati. Tapi, pandai pula Fazzura tawan dengan berikan nasi
ni. Aduhai….kau jangan buat aku tergoda pula Zurra. Nanti kang Annis ke mana
kahwin ke mana. Bisik hatinya pula.
Fazzura senyum.
“Saya dah carikan untuk awak. Ini kunci bilik awak. Tapi di sini tak ada hotel
lima bintang. Yang ada Hotel Damai ni je.” usik Fazzura. Riyadh terkejut.
“Zurra, awak ni
kan…kenapalah nak susah-susah tolong carikan untuk saya pula. Ish…saya tak
mintak pun.” dia geleng kepala.
“Saya datang
sini bukan nak menyusahkan awak pun, Zurra.” Kali ini gilirannya pula yang guna
perkataan susah tu.
“Bila lagi saya
nak balas budi awak kan?”
“Macamlah saya
mintak Zurra balas.”
“Ambillah, harap
awak selesa.”
“Terima kasih.” jawab Riyadh pula.
“Manalah tahu
takut awak tak selesa.” balasnya lagi.
“Kalau nak
berbulan madu hotel macam ni mungkinlah tak selesa!” balas Riyadh selamba.
Fazzura buat tak
peduli. Bukan urusan dia pun. Suka hati Riyadh lah. Sempat Fazzura memandang
wajah Riyadh yang ada tahi lalat di bawah mata. Nampak menarik tetapi itu tak
bermakna dia tertarik. Dahulu wajah Riyadh lebih terurus tidak seperti
sekarang. Janggut dan misai mula mengambil tempat di wajah pemuda itu. Tapi Riyadh
tetap ada auranya tersendiri. Sebagai lelaki yang bekerjaya namun bersederhana
dalam banyak perkara. Itulah yang mampu dia rumuskan tentang Riyadh. Lagipun
dia lebih sedar siapa dirinya jika hendak di bandingkan dengan Riyadh. Pasti bakal
isteri pemuda ini jauh lebih bagus darinya. Eh! Tak perlu dianak bandingkan pun
sebenarnya.
“Selesa itu yang
sebenarnya lebih datang dari hati bukan pada tempat.” kata Riyadh lagi sambil
memegang tangan Aqilah. Dia bergurau pun Fazzura tetap buat muka serius.
“Okey,
sayang…cium tangan ibu…kita balik tidur dulu. Esok kita datang lagi.”
Anaknya itu
hanya menurut.
“Letih sangat dah ni dia. Kesian dia.” Riyadh
ambil beg yang mengandungi pakaian dan barang-barang Aqilah dari Fazzura.
“Terima kasih Riyadh.”
ucap Fazzura.
Riyadh angguk.
“Kalau ada apa-apa jangan lupa call
saya.”
Fazzura angguk
lagi.
“Dah, Zurra
pergi masuk dalam. Jangan risau pasal Aqilah. Saya jaga dia baik-baik. Saya tak
akan sia-siakan susah payah awak bawa dia ke sini. Terima kasih sanggup bagi
peluang untuk saya. Terima kasih sebab percayakan saya. Saya sangat
menghargai.” ucap Riyadh dengan wajah yang tenang.
Mata Fazzura
mengekor langkah kaki Riyadh dengan anak matanya. Di perhatikan juga Aqilah
yang sangat selesa di samping Riyadh. Tidak menduga sekali lagi takdir
menemukan mereka di dalam keadaan yang sama. Riyadh, kenapa kau baik sangat?
Bisik hatinya pula lalu terus menapak perlahan masuk ke dalam wad itu.
No comments:
Post a Comment