KAD jemputan
perkahwinan yang tertera nama Riyadh dengan pasangannya ditatap lama. Dia yang
baru pulang dari tempat kerja terpandangkan kad yang berada di atas meja itu.
Di dalam kad undangan itu turut terselit nota kecil. Katanya dia tidak sabar
mahu berjumpa dengan Aqilah dan Fazmizie. Katanya lagi dia mahu mereka hadir
kerana di sebabkan oleh Aqilah dan Fazmizie hatinya terbuka untuk berkahwin.
Dia mahu meraikan hari bahagianya bersama mereka berdua. Hmm…
Sudah hampir
sebulan dia tak dengar khabar Riyadh. Sejak hari pertama dia bekerja sampailah
kad ini yang diterimanya. Walaupun Riyadh ada hantar mesej bertanyakan khabar
anak-anaknya. Tapi dia tak punya kredit untuk balas semua mesej-mesej itu.
Akhirnya di biarkan sahaja.
“Ibu…apa tu
ibu?” soal Aqilah tiba-tiba. Buku lukisan yang berada di tangannya diletakkan
dia atas meja berhampiran sofa hitam itu.
“Aqilah, ni kad
kahwin uncle. Uncle kan cakap dia nak kahwin. Nanti kena pakai baju
cantik-cantik.” terangnya satu persatu.
“Kita nak pergi
bila ibu?Aqilah rindu kat uncle. Uncle janji nak bawak Aqilah dengan adik
jalan-jalan.” Senyuman manis meniti di bibir si comel saat bercerita. Kepetahannya
membuatkan dia senang dengan sesiapa sahaja. Malahan sesaat pun dia tidak
pernah lupa janji pemuda itu.
“Uncle sibuk. Ibu kan cakap uncle sibuk. Dia tak boleh nak bawa
Aqilah dengan adik jalan-jalan dan makan ice- cream macam dulu. Sebab uncle jauh. Kita kat Perak. Uncle kat Kuala Lumpur. Jauh sangat.”
“Papa pun duk
kat Kuala Lumpur kan Ibu.?”
Pertanyaan
terakhir dari Aqilah itu mengingatkan dia kepada Aqil. Setelah hampir empat
bulan mereka bercerai. Aqil diam seribu bahasa. Hanya satu bulan pertama dia terima
nafkah dari Aqil yang dimasukkan ke akaun bank miliknya. Selepas itu tiada lagi
khabar berita yang dia dengar. Anak-anaknya pun sudah berhenti bertanya. Cuma
dia perasan dua tiga hari ni Aqilah asyik sebut papa dan uncle. Fazmizie pula sebutannya masih belum jelas. Tapi sudah pandai
menyebut ibu, dan uncle. Itu sudah
cukup menggembirakannya.
“Ibu bila kita
nak pergi kenduri uncle ibu?”lagi
sekali anak kecil itu bertanya. Sekejap pasal Riyadh sekejap pasal Aqil.
“Kita ada lagi
lima hari nak pergi rumah uncle.”
Aqilah angkat jari tangannya.
“Satu, dua,
tiga, empat,lima.” Fazzura angguk.
“Bijak anak ibu.
Patutlah uncle sayang sangat kat
anak-anak ibu.” dia mencium pula rambut anaknya itu. Persis rambutnya yang
lurus. Berbeza pula dengan Fazmizie yang berambut kerinting seperti Aqil.
Lagi-lagi nama itu yang berlegar di mindanya. Bukan mudah untuk dibuang segala
kenangan. Namun bukan juga halangan untuk dia berusaha melupakan semuanya.
“Adik jangan
ambil buku kakak!” Aqilah menjerit apabila Fazmizie mula mencapai buku yang
diletakkannya sebentar tadi. Terus dia turun dari sofa itu menghampiri adiknya.
“Jangan main
buku kakak. Nanti adik koyak!” Aqilah terus menarik buku dari pegangan adiknya
itu. Fazmizie merengek bila Aqilah merebut buku itu.
“Sayang, jangan
gaduh-gaduh macam tu. Ibu kan dah beli sorang satu.”ujarnya pula tegas.
“Adik jom kita
main kejar-kejar. Nanti kakak kejar adik,adik lari.” kali ni dia mengajar pula
si adik untuk main kejar-kejar.” Fazzura geleng kepala. Riuh rendah jeritan
anak-anaknya mula kedengaran. Biarlah, nanti letih tidurlah anak-anaknya tu.
Bisik hatinya pula.Membiarkan keriuhan itu menguasai suasana agar yang sepi di
dalam dapat dihapuskan. Anaknya kian terurus tidak seperti hari pertama dia
bekerja. Sangat menyedihkan. Kadang-kadang dia nampak lengan anak-anaknya
kebiruan. Sekarang, dia tahu abah yang banyak tolong dan bantu.
Tiba-tiba abah
muncul dari dapur dan berjalan menuju ke arahnya. Emak juga ikut serta di
belakang abah. “Abah ada hal nak cakapkan dengan hang.” tutur abah mengambil
tempat berhadapan dengannya. “Soal masa depan hang.” Soal masa depan? Hatinya
kian di asak persoalan.
“Budak-budak ni
boleh tak pergi main jauh-jauh sikit. Nenek dengan tok wan kamu ni nak cakap
sikit dengan ibu kamu ni. Main ja kerjanya sampai 24 jam!”bebel emak terus.
“Mak Long hang
telefon abah tadi. Mereka nak datang merisik hang minggu depan.” Fazzura
merasakan jantung bagaikan nak luruh mendengar kata-kata abah itu. Merisiknya?
Ah!Bukankah minggu depan dia mahu ke majlis perkahwinan Riyadh.
“Merisik untuk
Ammar Haikal. Sepupu hang tu. Lagipun hang dah habis eddah. Dari hang kahwin
dengan orang yang hang tak kenal. Hang kahwin dengan sepupu hang tu. Dia pun
suka sangat dekat hang.” Sambung abah lagi.
Saat ini dia rasakan nafasnya bagaikan tidak terasa. Wajah abah dan emak
dipandang silih berganti. Dia kasihkan abah yang banyak berkorban untuknya
selama dia pulang ke sini. Dia juga tak mahu menggores luka di dalam hati emak
untuk kedua kali.Tapi…wajarkah dengan lelaki seperti Ammar Haikal?Lelaki buaya
darat yang tak ubah seperti bekas suaminya dahulu.
“Saya…err…bagi
saya fikir dulu abah, mak.” jawabnya sedikit tergagap.
“Zurra, Ammar tu
betul-betul sukakan hang. Hang ingat sikit. Hang tu janda anak dua. Kalau ada
yang berkenan nak buat kau tu isteri apa salahnya terima.” sambung emak pula.
Dia menelan air liur yang terasa pahit untuk melepasi anak tekaknya.
“Bukan saya tak
nak terima mak. Saya cuma nak ambil masa berfikir.Lagipun saya baru je
bercerai. Baru empat bulan mak.”
Kenapalah asyik
masa depannya sahaja yang selalu di jadikan isu. Kalau dia tak kahwin pun apa
yang jadi masalahnya. Kenapa mak dan abah tak nak kahwinkan Shahira yang sudah
menginjak ke angka 30 an tu.
“Hang bukannya
tak kenal dengan Ammar tu. Dari kecil lagi hang dengan dia kenal. Dia pun
selalu datang sini. Tak manis orang kampung tengok nanti.” tambah abah lagi.
Ah! Bukan dia melayan si Ammar tu pun. Sepupu buaya daratnya itu yang selalu
datang mengganggunya. Tak sudah-sudah. Emak yang selalu ajak Ammar masuk
berbual di dalam rumah.
“Ataupun hang
dah ada pilihan lain?”
“Hah?” Fazzura
kerut dahi. Kenapa abah tanya soalan begini. Dia bukan anak dara. Dia janda.
Dia ada kisah silam. Kisah rumahtangga yang pahit di akhirnya. Dia tidak pernah
berfikir untuk mencari pengganti Aqil. Untuk mencari pengganti bapa kepada
anak-anaknya. Apatah lagi untuk mencari penawar yang mampu menyembuhkan
hatinya. Dia yakin dia mampu untuk hidup berdikari dan membesarkan anak-anaknya
sendiri.
“Pilihan lain
apanya bang. Kahwin ja dengan si Ammar tu. Baik budak tu.”emak memuji Ammar
melangit. Di depan mak memanglah pijak semut tak mati. Di belakang bukannya dia
tak tahu ligatnya si Ammar tu.
“Kalau boleh tu
abah harap sangatlah. Macam mak hang cakap. Kita dah kenal dia. Bukannya orang
lain. Orang yang rapat dengan kita. Dia pun kerja bagus. Kontraktor. Dia boleh
senangkan Zurra dengan anak-anak.” ujar abah lagi penuh harapan dalam setiap
tutur bicaranya. Ah!Abah…sesungguhnya dia tidak sampai hati untuk melukakan
hati abah dan emak untuk sekian kali. Tapi kenapa mesti Ammar Haikal. Sepupu
yang merangkap musuh tradisinya.
Perasaannya
terhadap Ammar tiada. Dia rasa hatinya kosong untuk mana-mana lelaki setelah di
khianati. Setelah berpisah dengan Aqil dia sudah tiada rasa itu. Emak dan abah
tidak tahu punca dia dan Aqil bercerai. Antara kebimbangan kisah silam dan
harapan ibu bapa di masa dia depan. Argh! Sekali lagi dia terhimpit dengan
permasalahan yang tidak terduga. Apa pilihan yang dia ada sekarang!
No comments:
Post a Comment