6 tahun lalu…
“Zurra, Qil
harap sangat Zurra dapat pujuk mak dan abah Zurra. Kita dah lama bercinta.
Setiap kali Zurra balik kampus hati Qil risau. Qil memang tak boleh nak
berjauhan dengan Zurra.” tutur lelaki itu penuh pengharapan. Fazzura pandang
wajah Aqil yang sedikit berserabut. Tertera tulisan B Brawn di baju kerja yang
tersarung di tubuh Aqil. Kesian Aqil, lelaki ini bekerja keras untuk cinta
mereka. Untuk memilikinya. Sampaikan dia sanggup tolak tawaran untuk sambung
belajar hanya semata-mata nak kumpul duit demi masa depan mereka. Katanya
pengalaman lebih penting. Kalau tak ada Diploma,Ijazah dan Phd sekalipun ramai
yang berjaya.
“Zurra, Qil takut...” air mata lelaki itu kelihatan
bertakung. “Qil benar-benar cintakan Zurra. Qil sayang Zurra. Qil tak rela kita
terus-terusan berjauhan begini.
“Tapi Qil, Zurra
bukannya menyeberang laut China Selatan pun. Zurra kat Perlis. Lagipun Qil kan
sekarang kerja kat Penang. Bukannya jauh pun kalau kita nak jumpa.
“Zurra, selagi
kita tak berkahwin selagi tu lah hati ni tak tenang. Qil nak lebih serius dalam
sebuah ikatan rumahtangga. Qil nak Zurra sentiasa ada di sisi Qil. Qil tak
sanggup macam ni. Qil siksa!Zurra pujuklah mak dan abah tu.”
“Tapi Qil Zurra
baru satu semester. Ni dah nak kahwin. Susah Qil.”
“Tak ada apa
yang susah Zurra. Kita bukan nak buat jahat! Kita nak kahwin. Kahwin tu benda
yang baik. Qil akan jaga Zurra. Qil akan sara Zurra. Qil tak nak Zurra sambung
belajar. Qil boleh bagi duit. Qil boleh. Yakin dengan Qil. Qil akan jaga Zurra
sampai akhir hayat.
Akhir
hayat?Fazzura menyeka air matanya. Pedih hatinya saat kenangan lalu bertamu di
jiwa. Itulah kebodohannya yang terlalu nyata. Dia rela tinggalkan segalanya
demi cinta pada lelaki ini. Dan kini, dia sendiri yang menanggung siksa dek
janji yang dusta semata-mata. Dia sendiri yang menanggung beban cinta yang
palsu. Menyesal sekalipun semuanya telah berlaku. Semuanya telah di takdirkan.
Suami yang di puja dan di sanjung rupanya racun yang membunuh seluruh saraf
yang ada.
“Hai kau ni
Zurra, asal aku datang kau nangis. Bukannya kau nak sambut bakal suami kau ni
dengan senyuman.”
Fazzura
tercengang dengan kehadiran Ammar yang tiba-tiba sahaja.Tak boleh tengok dia senang.
“Apa kau cakap
ni Ammar? Kau jangan nak perasan Ammar!”
“Sudah-sudahlah
tu ingat jantan tak guna tu. Tapi, kenapa Aqil tu boleh ceraikan kau hah?Mesti kau
ada buat apa-apa sampai dia ceraikan kau.
Kalau nak cakap Aqil tu jahat mungkin tak kut. Dia tu aku tengok biasa-biasa
ja. Awek tak teringin pun nak pandang. Kalau pandang duit dia tu mungkin.
Maklumlah orang dah senang!”
Kata-kata Ammar
kian menyeksa hatinya. Ammar seolah-olah dapat membaca apa yang terjadi di
dalam hidupnya. Boleh juga digelar penembak tepat.
“Kau jangan nak
sibuk nak ambil tahu hal aku Ammar.” Fazzura bangun dari pangkin itu. Tidak
selesa tatkala Ammar duduk di sebelahnya. Masih dia ingat kata-kata emaknya
dulu. Dia dah penatlah layan kontroversi murahan macam ni. Tak sangka jadi
janda boleh popular. Lagipun sejarah kisah rumahtangganya biarlah hanya dia,
Aqil dan Riyadh sahaja yang tahu.
“Aku kena ambil
tahu sebab kau tu bakal isteri aku.”
Fazzura gelak
kuat. “Kau jangan perasanlah Ammar.”
“Tapi aku rasa
mak dan abah kau tu dah setuju nak nikahkan aku dengan kau.”
“Iye?” Fazzura
kerut kening. Buat muka terkejut padahal menyampah gila dia dekat Ammar.
Angan-angan setinggi gunung Everast. Seluas laut China Selatan. Sedangkan batu
Caves pun belum mampu didaki.
“Kau jangan nak
berharap sangatlah Ammar. Kau tahu tak Ammar perkahwinan sesama kerabat
terdekat ni boleh menyebabkan berbagai penyakit yang kadangkala sukar di ubati.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda pilihlah jalan yang jauh, dan jangan kamu
pilih jalan yang dekat. Kita ni dah dekat, kau boleh pilih anak-anak dara
banyak lagi kat Kampung ni Mar.”
“Aku peduli
apa?Kalau dah aku cakap aku nak tu! Aku naklah.” balas Ammar sedikit beremosi.
Fazzura cebikkan bibirnya.
“Tak ada
taste langsung kau ni Ammar!” balas Fazzura sengaja nak menyakitkan hati
lelaki itu. Biar Ammar sedar diri tak banyak, sikit pun jadilah. Tapi dia kenal
Ammar, kalau dia dah kata dia nak tu dia naklah. Susah sebenarnya berbicara
dengan orang yang tak faham bahasa seperti Ammar.
“Ibu, ibu nak
susu ibu.” jerit Aqilah di muka pintu.
“Kejap sayang.”
balas Fazzura. “Sudahlah Ammar, hentikan semua yang kau dah rancang tanpa
pengetahuan aku. Hentikan niat kau untuk memiliki aku. Aku tak perlukan sesiapa
pun untuk gantikan tempat Aqil. Untuk jadi bapa kepada anak-anak aku. Aku rasa
kau tak layak Ammar.”
Berdesing
telinga Ammar mendengar ayat terakhir Fazzura. “Kau tengoklah nasib nasib kau
tu nanti tinggi ke rendah. Sepatutnya kau tu sedar diri tuh. Bukan aku!Niat aku
ni ikhlas tapi kau belagak kan?” balas Ammar kasar kepadanya.
“Ibu..nak sushu
ibu..”
“Yang anak kau
ni pun satu! Dah besar-besar pun nak susu. Kau tak reti nak ajar anak kau ni
berjimat ke Zurra. Dah besar-besar pun nak susu lagi.” Herdik Ammar keras.
Matanya di jegilkan kepada Aqilah. Aqilah peluk kaki Fazzura. Takut barangkali
dengan suara keras lelaki itu.
“Dah la sayang,
mari kita masuk dalam.” balas Fazzura sambil mengusap lembut bahu Aqilah. Macam
ni nak jadi bapa kepada budak-budak ni?Ermm...kau memang tak layak Ammar! Tak
layak!
“Kenapa uncle Ammar marah ibu? Aqilah tak suka
kat uncle tu. Dia garang. Aqilah tak
suka!” Anaknya itu siap tarik muka lagi. Fazzura mengukir senyuman.
“Anak ibu ni
kalau marah buat muka macam tu. Comelnya…patutlah uncle Yadh suka kat anak-anak ibu.” ujarnya perlahan.
“Uncle Yadh baik. Tak macam uncle Ammar.”
“Hesy sayang.
Jangan cakap macam tu. Tak baik tau. Nanti nenek dengan tok wan marah.” tegur
Fazzura pulak. Budak-budak yang seperti Aqilah ni cepat tangkap apa yang sedang
berlaku. Waktu-waktu ini tumbesaran otak mereka mula menerima benda-benda baru.
Kalau baik, baiklah. Sebab itu kalau boleh dia tak nak cakap kasar-kasar depan
Ammar tadi. Dia bimbang anaknya itu akan ikut sama seperti yang dia cakap.
Riyadh sendiri pernah bagi pesanan pada dia. Depan anak-anak lebih baik
tunjukkan perkara yang baik sahaja.
“Kenapa pulak nenek
dan tok wan nak marah?” Anaknya itu
menyoal lagi. Fazzura ambil botol susu yang terletak di atas meja makan. Buat
seketika dia terjenguk melihat Ammar yang masih duduk di pangkin tu. “ Tak
reti-reti nak balik!” ucapnya antara dengar dengan tidak.
“Kenapa ibu?”
“Tak ada apalah
sayang. Pergi ke depan. Adik tak jaga lagi ke? Letihlah tu main tadi.” Aqilah
terus berlalu sebaik sahaja mendapat botol susu. Fazzura perhatikan anaknya
itu. Mujur ada Aqilah dan Fazmizie. Merekalah pengubat deritanya.
SUASANA di butik
pengantin itu riuh rendah dengan gelak tawa dari Annis.
Masuk kali ini sudah berapa kali Annis mencuba gaun putih yang direka
khas oleh Annis sendiri. Tidak dinafikan Annis memang berbakat. Cuma cara hidup
Annis sahaja yang mungkin membuatkan kak Longnya tidak berapa berkenan.
“You, cantik tak
you?” soal Annis lagi. Masuk kali ni dah berapa kali dia soal dengan soalan
yang sama.
“You pakai apa
pun cantik sayang!” jawabnya sambil sambung belek majalah yang sejak tadi
berada di tangannya. “Cuba you tengok betul-betul…” tunjuk Annis lagi sambil memusing pusing
tubuhnya bak model. Dah memang model pun. Mestilah pakai apa pun nampak sesuai.
Nampak cantik. Gaun berwarna putih melekat cantik di tubuh Annis. Itulah yang
Annis impikan di majlis perkahwinannya nanti. Gaun berwarna putih itu kelihatan
mewah dan elegan, kerana di padukan dengan bordel atau mute-mute berbagai
bentuk, yang menghiasi bahagian gaun. Tetapi agak mendedahkan dada Annis yang
putih gebu itu. Itu yang dia tak berapa suka sebenarnya. Perlu ke Annis nak
tayang eset yang dia ada di hari bahagia mereka.
“You cantik
sangat. Tapi, tak rasa seksi sangat ke gaun you tu?” Awalnya dia tidak kisah
tapi sebab Annis duk ulang soal banyak kali sangat. Terus dia nak ambil kisah.
“Kalau tutup sikit yang terdedah tu lagi cantik.” ujarnya lagi.
“You ni awal-awal dulu you tak cakap pun. Mana
boleh dah I nak ubah design ni...dah
terlambat!”
“Kalau macam tu
buat apa you nak ulang tanya lagi. I bagi pendapat lebih-lebih nanti muncung
you sedepa.” pujuk Riyadh kembali.
Annis, seindah
nama yang cukup cantik dipadankan dengan pemiliknya. Perkenalan mereka bermula
di bangku university lagi. Dia senior dan
Annis junior. Annis menjadi kegilaan
dek kecantikkannya. Manakala dia pula lelaki yang pantang di cabar. Kerana
cabaran jugalah dia mengorat si Annis ni sampai boleh. Dengan cara Annis yang
ala-ala menggoda tu siapa yang tak cair. Tujuh tahun dia setia dengan Annis.
Dia juga mengharapkan kesetiaan yang sama dari Annis walaupun pernah beberapa
kali Annis kantoi dengannya. Tapi dia diam sahaja sebab memang dia sayang.
“Sekaranglah you
nak pakai cantik-cantik begini. Nanti dah ada anak. Jangan haraplah you nak
pakai begini lagi. Sekali sekala apa salahnya pakai grand begini.” ujar si pemilik butik yang terkenal dengan panggilan
Yujie itu. Kawan Annis jugak. Pandai pula dia nak jadi batu api kat sini. Riyadh
jeling tajam. Terus Yujie angkat punggung dari situ. Melentik kalah Annis.
“You cakap pasal
anak I tak bersedia lagi nak ada anak.” Annis jawab .
Dia terus
pandang Annis dengan wajah serius.
“Tapi I pun tak
tunggu you bersedia or tak!” Riyadh
balas tegas. Sedikit kesal apabila Annis cakap begitu. Keinginan mereka dalam
soal anak terlalu berbeza.
“I tak peduli.”
Annis mula balas kasar.
“Kalau you tak peduli. I peduli. I nak ada
anak secepat mungkin. Please sayang I
tak nak bertekak dengan you soal anak. Selama ni I dah banyak bagi kebebasan
pada you. You buat apa yang you nak. But
now, please...tolong dengar cakap I. Permintaan I dan keinginan I.” ujar Riyadh serius.
“Berhenti cakap soal ni..” sambungnya sekali
lagi.
“You paksa I
kahwin. You cakap I tak ikut lagi apa yang you nak? I cuma cakap yang I tak
bersedia nak ada anak cepat-cepat. Why
can not you give me a time?” bidas Annis geram. Kalau semua perkara Riyadh
nak paksa apa dia perlu merelakan semuanya.
“Selama tujuh
tahun I yang banyak beralah dengan you sebab I sayang you,Annis. Listen to me. Anak rezeki dari Allah.
Awak tak perlu nak cakap awak tak besedia atau tidak. Selama tujuh tahun masa
yang kita ambil tak kanlah sikit pun you tak bersedia?”
“Semakin lama I
semakin tak faham dengan you, Riyadh!”
“You nak I faham
you! But you?!”
Dia kesal. Kesal
dengan Annis. Annis tidak nampak impiannya. Mungkinkah salahnya yang terlalu
manjakan si Annis sampai Annis susah sangat nak ikut kata-katanya. Dia tak nak
selalu memaksa. Tapi Annis suka bagi dia paksa.
Argh! Dia meraup
muka dengan tapak tangannya. Saat itu wajah Aqilah dan Fazmizie terbayang di
minda. Semalam dia bermimpikan Aqilah dan Fazmizie datang memandangnya dengan
wajah yang putih bersih dan baju yang serba putih. Mereka hanya tersenyum
memandangnya tanpa bersuara apa-apa. Anehnya mimpinya semalam. Mungkinkah
kerana dia terlalu memikirkan pasal kanak- kanak itu tu atau mungkin di
sebabkan factor dirinya yang tidak berapa sihat.
“Uncle, ibu bawak kakak jalan-jalan
dengan adik pergi beli baju baru. Ibu cakap nak pergi kenduri uncle.”
“Ye ke
sayang?Tak sabarnya uncle nak tengok. Rindu uncle
tak sayang?”
“Rindu…
hari-hari Aqilah sebut uncle. Uncle,
uncle, adik dah pandai sebut uncle.”
Aqilah begitu beria-ia bercerita kepadanya.
“Adik cepat adik. Uncle nak dengar adik sebut uncle.
Cepat dik. Sebut uncle…uncle,cepatlah
adik!”
Riyadh
tersenyum. Telatah Aqilah yang memarahi Fazmizie mencuit hatinya. Sayup-sayup
di hujung talian dia terdengar si kecil Fazmizie menyebut uncle. Walaupun masih tidak jelas butir bicaranya. Namun dia
gembira. Bagaikan penawar untuk kesakitannya. Terus dia rasa sihat dan
bersemangat. Tak seperti semalam. Ingatannya kembali kepada Fazzura pula.
“Riyadh sorry sebab anak-anak saya ni bising
sangat.”
“Seronok Zurra...rasa
macam nak duduk depan diaorang sekarang. Cuba Zurra tengok lepas sakit je dia
dah pandai sebut uncle. Bertuahkan
saya?”
Fazzura hanya
diam. Tidak menjawab soalan darinya. Fazzura macam tu la kayu je. Bilalah
agaknya dia dapat tengok senyuman di wajah Fazzura selalu.
“Awak ada masalah ke Zurra? Diam je? Awak
sihat ke tak ni?”
“Sihat. Tahniah
awak dah nak kahwin.”
“Ermm…” entah
kenapa Riyadh tak suka lagi cakap pasal perkahwinannya. Dia lebih teruja nak
cakap pasal Aqilah dan Fazmizie.
“Nanti awak tak
payah susah-susah beli tiket bas ke apa ke. Saya dah tempah teksi yang akan
ambil dan hantar awak. Tapi kan bagus kalau saya sendiri dapat ambil awak dan
anak-anak.”
“Terima kasih
awak.”
“Zurra, boleh
tak awak buat video call. Saya nak
tengok wajah dia orang. Rasa tak puas pulak cakap dengar suara je”
“Handphone saya ni mana ada video call.”
“Awak download la…”
“Riyadh, awak ni
dah kenapa?Kan saya cakap tak boleh.”
“Hurm…nanti saya
post telefon bimbit yang baru kat
awak ek?”
“Riyadh!” suara
Fazzura yang kedengaran tegas.
“Aik marah?” dia
mengusik wanita itu lagi dari hujung talian dia sudah mengekek ketawa.
“Hoi! Yang kau
ni dah kenapa tersengeh sorang-sorang! Nah ambil baju ni. Pergi try muat ke tidak!” Yujie menyergahnya
kuat. Baju kot bewarna putih itu dihulurkan kepadanya. Terus dia tersedar dari
lamunan. Mengingati setiap perkara yang berkaitan tentang Fazzura dan
anak-anaknya seringkali saja buat dia tersengeh sampai terbawa-bawa ke dunia
nyata. Kata orang itu penyakit angau. Tapi angau pada siapa?
“Teruk sangat
dah laki kau ni Annis. Tersengeh sorang-sorang.” Yujie cekak pinggang.
“Jangan nak
lembut sangatlah.” balas Riyadh selamba. Yujie terus tarik muka.
“Kau dengan
Annis samalah. Spesis suka tarik muka.” ujarnya lagi sambil ketawa.
“You!jangan nak
mula.” Marah Annis. Riyadh terus bangun menuju ke bilik persalinan. Ingatannya
makin kuat terhadap Aqilah dan Fazmizie sampaikan kadangkala dia tak boleh nak
fokus seratus-peratus pada majlis perkahwinan yang bakal berlangsung. Dia
sendiri tertanya petunjuk apakah yang Tuhan ingin berikan untuknya.
No comments:
Post a Comment