Riyadh duduk di
Taman Pullman Putrajaya sambil memerhatikan anak-anak kecil itu bermain bola
yang di belinya tadi dengan gembira. Raut wajah mereka jelas terpampang
kegembiraan. Seminggu yang lalu sewaktu dia bertemu dengan mereka berdua wajah
Fazmizie pucat. Demam panas yang di hidapinya membuatkan dia benar-benar tak
berdaya. Tapi kuasa Allah S.W.T. Anak kecil ini begitu cepat sembuh dan hari
ini sudah boleh bergerak bebas. Walaupun pergerakannya masih terbatas.
Kata Fazzura
sewaktu dia mengambil mereka tadi, Fazmizie baru sahaja boleh berjalan. Lebih
kurang sebulan macam tu. Ya Allah, comel sangat. Bilakah waktunya dia akan
memiliki semua ini sendiri. Memandang anak-anak kecil ini hatinya bagaikan disiram
gerimis. Sejuk terasa. Terlupa seketika dia pada Annis dan juga pada kerja yang
bertimbun-timbun di pejabat.
Pada mulanya
tadi Fazzura agak keberatan untuk melepaskan Fazmizie bersamanya. Budak kecil
biasalah. Takut meragam pula nanti. Tapi, tak sanggup rasanya dia nak bawa
salah seorang sahaja. Jadi dia putuskan agar Fazzura sediakan susu dan lampin
untuk Fazmizie. Dia boleh melakukan. Anak abang Rahmat dan Kak Ngah pun dia
yang selalu sediakan semuanya. So,
tak menjadi masalah langsung buatnya. Tapi sekarang anak saudaranya semua dah
besar-besar. Itu yang sibuk nak jaga anak orang pula.
“Uncle, uncle, sambut bola ni.” Suara
anak kecil itu menjerit halus sambil membaling bola bewarna biru itu ke
arahnya. senyum sambil menyambut bola
yang itu. Anak kecil itu terus bergerak menghampirinya. Pantas pipi putih gebu
Aqilah dicubit perlahan.
“Comel betul.
Geram uncle tau.”ujar sebelum bangun untuk mendapatkan Fazmizie yang mula berjalan jauh
darinya. Baru boleh berjalan mulalah dia.
“Sini sayang, jangan main jauh-jauh, nanti
kang ibu marah uncle.” terus
didukungnya Fazmizie. Merengek Fazmizie sebab tak mahu didukung. Dia
kemudiannya melabuhkan duduknya di bangku tadi sambil meriba Fazmizie. Aqilah
pula setia duduk di sebelahnya.
“Uncle lepas ni bawak Aqilah dan adik
Mizi datang sini lagi ya.”
“Ye sayang,
kalau ibu dan papa korang berdua izinkan.”
“Uncle ada anak macam kita orang tak?” soal
Aqilah lagi. Celotehnya seperti orang dewasa. Nak tergelak di buatnya.
“Uncle kahwin pun belum sayang, macam
mana nak ada anak.” ujarnya semula. Tubuh Aqilah yang berada di sisinya dipeluk
mesra. Fazmizie yang berada di atas ribaannya merengek manja nak bergerak ke
sana sini.
“Kahwin tu apa uncle?” soal Aqilah lagi.
“Nanti bila
sayang besar, sayang akan tahulah. Sekarang sayang kecil lagi.”jawab Riyadh
Satu ciuman hinggap di dahi Aqilah dan Fazmizie. Setiap kali memandang wajah
mereka ini hatinya rasa tenang yang sukar untuk di gambarkan dengan kata-kata.
Pelikkan, macam manalah ada orang yang sanggup buang anak merata-rata.
“Uncle jomlah kita main bola tu…”
“Aqilah suka
main bola ya? Tapi bola ni sesuai untuk budak-budak lelaki je. Macam adik ni.
Lelaki.” terang Riyadh.
“Tapi Aqilah
suka.”
Riyadh gelak. “Jomlah kita pergi makan ice- cream. Tengok adik, dia dah
merengek-rengek. Aloo..,sayang,
kenapa ni?nak jalan erk…uncle dukung
la.” pujuk .
“Adik nak jalan
macam kakak la tu…”
“Kakak dah
besar. Tahun depan dah boleh pergi sekolah. Adik baru boleh berjalan. Nanti
lambat. Uncle dukung cepat sikit.
Nanti kita boleh makan ice-cream.”
“Yee!” Aqilah
berlari ke depan.
“Jangan lari laju
sangat tu. Nanti jatuh.” Riyadh sedikit terjerit.
“Uncle belanja ice- cream ya sayang. Lepas tu kita boleh pulang. Nanti kalau
lambat ibu dan papa korang marahkan uncle
pula.”
“Papa tak marah uncle. Dia selalu marah ibu aje.”
“Hesy!sayang,
tak baik cakap macam tu. Mana sayang tahu papa marahkan ibu ni.” Soal Riyadh
sambil memegang tangan Aqilah menuju ke arah penjual ice-cream yang berada di kawasan berhampiran. Sebelah tangan lagi
mendukung Fazmizie. Budak-budak selalunya apa yang dia orang nampak yang itulah
dia orang cerita.
“Aqilah selalu
nampak papa pukul ibu.” balasnya lagi tanpa berselindung. Manalah budak ni tahu
untuk menipu apa-apa.
“Sayang, tak
baik cakap begitu. Papa bergurau je tu.” ujarnya pula. Dari awal dia berjumpa
dengan Fazzura dan anak-anak kecil ini pun dia sudah mula rasa ada sesuatu. Tak
pernah sekalipun dia nampak bapa budak-budak ini. Waktu ambil di rumah tadi pun
tak ada. Fazzura pun seringkali mengelak bila di tanya tentang suaminya. Tapi
kalau sampai pukul memukul ini dah memang kes berat.
“Sedap tak ice-cream tu…ermm…comot habis bibir dia.
Meh, sini uncle tolong lapkan.” Ice- cream Conneto dari perisa chocolate itu memenuhi bibir kecil itu.
“Yummy...dap...” ujar Aqilah.
“Kalau sedap nanti uncle belanja lagi.”
“Yeeeaa…uncle baik. Uncle baikkan adikkan.”
“Aa…adik tu nak
berjalan lagi tu. Sini sayang habiskan ice-
cream ni dulu.”panggilnya pula. Fazmizie mula nak berjalan. Pantang dia
lepas. Ya Allah seronok sangat tengok kerenah budak-budak ni. Tak terasa waktu
berlalu dengan cepat.
“Terima kasih je
sayang. Kiss la uncle kat sini.” Riyadh tunjuk pipi.
Serentak dengan
itu Aqilah mencium pipinya. Habis sisa-sisa ice-cream
melekat di pipinya. Aqilah ketawa riang melihatnya. “Oo…dia comotkan uncle. Ermm…” Riyadh pura-pura cubit
pipi si kecil itu. Mereka sama-sama ketawa sebelum bangun dan mengambil Fazmizie yang mula sudah
bergerak jauh. Dia kembali semula ke arah Aqilah. Sapu tangan yang berada di
dalam poket seluarnya diambil lalu dilapkan ke bibir kecil itu.
“Lepas ni kalau
sayang nak makan ice-cream bagitau uncle. Uncle boleh belikan banyak untuk
Aqilah dengan adik. Adik nak tak? Suka tak?”
“Nanak..cremm…”
Riyadh ketawa
besar. “Adik nanak cremm…ermm….nanti uncle
beli lagi.” ujarnya tertawa. Proses pembesaran anak-anak yang terlalu berharga
untuk dilepaskan. Apatah lagi bila si kecil ini baru boleh bertutur dua tiga
patah perkataan.
Dia mengerling jam di tangan yang sudah
menunjukkan ke angka 6 petang. Sudah tiba masanya untuk dia memulangkan kembali
anak-anak kecil ini kepada ibu dan bapa mereka. Argh!terlalu cepat masa berlalu
sehingga tak terasa waktu yang berlalu.
Aqilah diam tak
menyoal apa-apa lagi. Habis comot sana sini. Sekali-kali dengan dia comot. Tak
kisahlah, yang penting setiap masa yang di lalui harus di isi dengan sebaiknya.
SEBAIK sahaja
sampai di rumah banglo dua tingkat itu dia segera keluar dan membuka pintu di
sebelah penumpang. Aqilah segera diturunkan. Kemudian dia segera mendapatkan Fazmizie
yang sedang tidur di tempat duduk belakang. Nyenyak benar dia tidur. Sisa ice-cream masih melekat di bibir
comelnya. Hendak dikejutkan tidak sampai
hati pula. Jadi dia putuskan untuk mendukung sahaja Fazmizie.
Telinganya
menangkap suara riuh rendah di dalam banglo dua tingkat sebaik sahaja kakinya
melangkah masuk ke garaj utama. Sebuah kereta Toyota Camry juga terparkir di
belakang proton wira milik Fazzura barangkali. Dia mula rasa tak sedap hati.
“Suara siapa
tu?”soal kepada Aqilah.
“Uncle tu suara papa.” jawab si comel
itu.
“Oh!papa marah uncle bawa Aqilah dengan adik Mizi tak?”
“Papa memang
suka marah. Aqilah selalu kena marah dengan papa.”
“Papa gurau je
tu. Dah, jom cepat. Nanti ibu bising pula.” ujarnya semula.
Sebaik sahaja
kakinya sampai di hadapan muka pintu matanya jelas dihidangkan dengan sesuatu
yang benar-benar membuatkan dirinya terkejut besar. Tidak langsung menduga
bahawa situasi sebegini yang akan menjadi tontonannya di senja begini.
“Ibu!” jerit
Aqilah kuat sebelum berlari mendapatkan Fazzura yang sedang terduduk di lantai
sambil memegang kepalanya yang jelas kelihatan darah merah. Ya Allah Ya
Tuhanku. ujian apakah ini yang sedang kau perlihatkan kepadaku?
“Oh! sekarang
dah ada jantan. Siap boleh bawa anak keluar lagi. Patutlah makin lama kau makin
tak hairan dengan aku. Hey! jantan. Kalau ya pun kau kemaruk sangat hendakkan pompuan ni.Tunggulah aku lepaskan dia
dulu. Sial!” jerkah Aqil kuat. Aqilah sudah menangis di sisi Fazzura. Fazmizie
yang tadinya hanyut di buai lena turut sama terjaga mendengarkan pekikan kuat
itu. Serentak itu rengekkan halusnya mula kedengaran.
“Bertenang
Encik. Jangan nak tuduh melulu.” balas Riyadh tenang sambil memujuk lembut
Fazmizie. Ternyata pujukannya gagal bila si kecil masih terkejut dan ingin
menangis.
Fazzura pantas
bangun untuk mendapatkan Fazmizie di dukungan . Tapi tindakannya pantas
dihalang oleh Aqil. Rambutnya ditarik kuat. Tangisannya juga semakin jelas
kedengaran. Situasi yang langsung tak
pernah fikirkan akan terjadi di dalam hidupnya.
“Kau nak sangatkan
pergi kepada jantan ni? Nak sangatkan?” soal Aqil bengis.
“Abang…lepaskan
saya...lepaskan…” Fazzura meronta minta dilepaskan.
“Lepaskan isteri
kau. Bukan macam tu cara nak layan isteri. Aku pun tak nak main kasar dengan
kau bro! Kau sedar tak yang kau buat
tu siapa? Isteri kau? Kau dah gila ke apa?” tukas Riyadh geram. Dah aku cakap
baik-baik nak main kasar. Bentak hatinya pula.
“Sabar sayang, uncle akan selamatkan ibu…” bisiknya
perlahan.
Dengan kekuatan
yang tidak seberapa Fazzura meronta. “Lepaskan saya, Aqil! Lepaskan saya!”
pintanya bersungguh-sungguh.
“Okey! Baik, aku
akan lepaskan kau pompuan. Pompuan
tak kenang budi. Kau nak aku ceraikan kau? Berapa kau nak? satu?dua? tiga?”
Pang!
Sekali lagi
tangan itu hinggap dipipinya.Fazzura terduduk
lemah. Riyadh pantas berlari masuk ke dalam rumah. Fazmizie di dukungan
diletakkan di sebelah Fazzura. Tak sanggup rasanya bila melihat perempuan
seperti Fazzura dikasari begitu. Apatah lagi perempuan itu adalah ibu kepada
kanak-kanak ini. Kanak-kanak yang saban waktu kian beraja di hati kecilnya.
Kenapa tegar benar lelaki ini.
“Abang…apa yang
awak buat ni?” suara Fazzura bergetar bersama tangisannya. Anak-anaknya dipeluk
erat. Bimbang tindakan Aqil yang di luar jangka.
“Kurang ajar
punya jantan!” jerkah Aqil sekali lagi. Lagaknya tak ubah seperti serigala yang
kelaparan. Ingin menelan mangsa bila-bila masa sahaja.
“Aku yang kurang
ajar atau kau? Macam ini cara kau layan isteri dan anak-anak kau? Agaknya kau
memang nak tengok anak dan isteri kau mati. Baru kau puas hati. Hey! kalau kau
rasa jantan sangat. Lawan kau aku! bukan anak dan isteri kau yang lemah
ni.”
Kali ini dia
betul-betul berdiri di hadapan Aqil. Memandang wajah bengis lelaki itu. Apa
punca dia sanggup buat anak dan isterinya begini. “Kalau ya pun kau marahkan
isteri kau sebab benarkan aku ambil anak-anak kau. Kau pukul aku. Bukan dia!”
sambung Riyadh sekali lagi.
“Huh! bagus. Patutlah sekarang berani sangat
sebab ada jantan ni yang nak bela. Kau nak ajar aku pula?”
“Aku rasa kau
dah salah faham. Aku rasa aku cuma ambil anak kau dan bawa diaorang
jalan-jalan. Itupun sebab aku belum ada anak.”balas Riyadh cuba berlagak
tenang. Kalau dia yang jadi punca sampai nak pukul-pukul begini rela dia mintak
ampun. Kalau nak suruh dia melutut pun dia sanggup.
“Kalau aku punca
kau nak mengamuk macam ni. Aku minta maaf. Aku tak ada niat nak kacau anak-anak
kau.” Dia cuba untuk meredakan suasana
yang semakin tegang itu.
“Kalau kau nak
sangat dia aku boleh lepaskan dia. Lagipun aku dah bosan hidup dengan dia!
Perempuan kampung!” ujar Aqil sombong. Begitu jelas keangkuhannya. Benar-benar
lupa asal usulnya bermula dari mana.
“Abang! Apa awak
cakapkan ni…” Fazzura separuh merayu.
“Apa aku cakap?
Kau pekak. Kau dengar sini baik-baik Siti Fazzura Binti Faisal aku ceraikan kau
dengan talak satu. Mulai hari ni kau dan aku dah tak ada apa-apa hubungan lagi.
Kau boleh berambus keluar dari rumah aku!”
“Abang!”
“Astagafirullahalazim…”
Riyadh geleng kepala.
“Berambus! Aku
tak nak tengok muka kau lagi. Bawak sekali anak-anak kau pergi.”
“Aqil!!!!!!!”jeritan
Fazzura memenuhi segenap ruang. Senja itu menjadi saksi berakhirnya sebuah
ikatan yang suci. Ini bukan kisah dongeng tapi sebuah kenyataan yang
benar-benar menggerikan di dalam hidup Fazzura. Tegar benar Aqil buatnya
begini. Begini akhirnya kisah cinta mereka. Begini balasan yang Aqil berikan
setelah dia korbankan segala-galanya. Bagaimana di teruskan hidup dengan
keadaan diri yang tak punya apa-apa. Selama ini dia terlalu bergantung kepada
Aqil seratus peratus.
Fazzura meraung
di situ tanpa menghiraukan anak-anaknya lagi.
Riyadh bungkam.
Pandangan matanya jatuh ke wajah Aqilah dan Fazmizie yang menangis di sisi
Fazzura. Hatinya terasa dicucuk cerucuk yang tajam. Tangisan anak-anak kecil
itu membuatkan dia sakit. Sungguh!dia tidak sanggup melihat tangisan mereka.
Dia tidak sanggup melihat bebola mata si kecil bertakung air jernih seolah-olah
merayu kepada si bapa agar jangan melakukan mereka seperti pakaian yang boleh
dibuang bila-bila masa sahaja. Bahkan merayu kepada si ibu agar hentikan
tangisan yang menyiksa.
“Kau boleh
berambus keluar dari rumah aku!” tengking Aqil kasar sebelum berlalu menuju ke
tingkat atas. Tangisan Fazzura kian kuat. Bersilih ganti dengan tangisan Aqilah
dan Fazmizie. Dia jatuh kasihan dan tak mampu hanya dengan menjadi pemerhati.
Dia harus membantu Fazzura dengan sedaya upaya yang termampu olehnya.
No comments:
Post a Comment