FAZZURA masih
teresak-esak menangis di dalam kereta. Fazmizie tertidur di ribaan setelah puas
Riyadh memujuk mereka tadi. Manakala Aqilah tertidur di hadapan. Riyadh serba
salah. Tidak tahu untuk memulakan bicara dari mana.
“Fazzura, saya
minta maaf. Saya salah. Sebab saya suami awak ceraikan awak. Saya tak
sepatutnya bawa anak awak keluar. Maafkan saya Zurra.” tutur membuka bicara setelah lama berdiam. Dari
cermin pandang belakang dia mengerling memandang wajah Fazzura yang basah dek
air mata.
“Awak tak salah.
Dia yang ada perempuan lain. Awak tahu setiap malam dia pulang dengan bau-bau
arak. Saya sudah lama syak dia ada perempuan lain. Selepas awak mengambil
Aqilah dan Mizi pagi tadi seorang perempuan datang dan memberitahu saya tentang
hubungan sulit dia dengan suami saya. Bila saya bertanya dia menenking saya. Dia pukul saya. Sampailah
awak datang. Awak penyelamat saya. Awak tak salah apa-apa…” luah Fazzura dengan
nada yang tersekat-sekat. Dia meraup muka bersama tangis sendu yang masih
bersisa. Dahinya yang tercedera semakin terasa kebas.
“Dah lama saya syak. Tapi dia tak pernah nak
mengaku. Waktu Fazmizie sakit tempoh hari wanita yang sama jawab panggilan
saya. Sa..saya malu dengan awak…” ujar Fazzura hiba. Riyadh kerling pada cermin
pandang belakang.
“Tapi, kalau
bukan sebab saya bawa anak awak keluar tentu keadaan tak akan jadi rumit
begini. Awak tak perlu malu dengan saya, Zurra. Saya ikhlas tolong awak. Ikhlas
demi budak-budak ni.”
“Kesetiaan saya
selama ini dibalas dengan tuba. Sudah lama rumah tangga kami bergolak. Dia lupa
daratan bila berada tinggi di atas sana. Dia lalai dengan kejayaan yang di
milikinya. Dia kejam! kejam!” Tangisannya kembali merembes dengan laju.
“Dia semakin
berubah. Setiap hari saya bertekak dengannya.Ada waktunya saya berdiam kerana
tidak mahu memanjangkan persengketaan. Saya mengalah dan mengikut sahaja
tingkahnya. Tapi, semua itu langsung tidak menyedarkan dia. Dia semakin jauh.
Semakin hanyut dengan dunia ciptaannya. Anak-anak di abaikan. Yang dia tahu
hanya menaburkan wang kepada kami sedangkan apa yang kami dahagakan adalah
sebuah kasih sayang. Kasih sayang yang telah hilang.” Tangis Fazzura lagi.
Hatinya benar-benar remuk dengan sikap si suami. Pelindung yang di harap
sehidup semati terlalu tegar melukai tanpa sedikitpun belas simpati.
“Zurra, saya
faham penderitaan awak. Sapulah air mata tu. Awak mesti kuat. Kuat demi
anak-anak awak. You must strunggle for it
be strong!”
“Tapi...saya dah menyusahkan awak. ”
“Jangan fikirkan
begitu Fazzura. Lepas kita pergi klinik saya akan hantar awak di rumah saya.
Awak boleh tinggal di situ dengan anak-anak awak.”
“Tapi saya tak
ada kerja. Saya tak punya apa-apa. Saya berkahwin dengan Aqil walaupun keluarga
menentang keras perkahwinan kami dahu. Saya menyesal. Menyesal. Banyak perkara
yang saya korbankan. Ini balasan dia.” Fazzura sekali lagi tenggelam di dalam
emosi yang tidak stabil. Merenung dan meratapi diri yang tak punya apa-apa.
“Zurra,
pandanglah anak-anak awak. Awak mesti kuat. Awak ada anak Zurra. Janganlah awak
risau soal wang. Hari ini hari awak. Esok lusa mungkin hari saya. Bukan
pegakhiran hidup awak, Zurra. Manalah tahu semua ini permulaan kebahagiaan awak
yang hakiki.”
“Ini mungkin
hukuman Tuhan pada saya. Saya degil. Tak mahu dengar nasihat orang di
sekeliling saya. Kerana cinta saya bekorban tapi ini balasan yang saya terima.
Saya silap…” tangisnya untuk sekian kali.
“Zurra, semua
yang berlaku tentu ada hikmahnya. Tak perlulah awak nak rasa menyesal begitu.
Benda dah terjadi. Tak ada yang salah dengan janjiNya. Tak ada yang meleset
dengan ketetapanNya. Tiada juga yang keliru dengan segala iradatNya. Semuanya
dah tertulis. Awak mesti kuat.”
Dalam keadaan
begini bukan punca masalah yang harus di persoalkan lagi. Tapi bagaimana cara
untuk menyelesaikan masalah ini. Kes penceraian Fazzura perlu didaftarkan di
mahkamah syariah. Kalau ikutkan hatinya tadi mahu sahaja dia memukul Aqil
sepuas-puas hati. Tidak nampakkah Aqil anak-anaknya yang masih kecil. Terlalu
mudah bibirnya melafaz talak. Tetapi dia tahu itu bukan caranya. Itu hanya
menambah kesusahan kepada dirinya sendiri. Dia berusaha tenang dengan masalah
yang dia sudah terkait sama.
Selesai sahaja
mendapatkan rawatan di klinik, Riyadh terus membawa Fazzura dan anak-anakanya
menujuk ke kondominium yang terletak di Titiwangsa miliknya. Dahi Fazzura
dibalut dengan kain anduh. Sewaktu di klinik tadi nurse tu dah pandang dia lain macam. Macam kes dera isteri pulak!
“Zurra, anak
awak guna susu apa ya? Lampin diaorang? Saya nak singgah beli barang dia orang
kejap.”
“Awak tak perlu
susah-susah. Apa yang ada di rumah awak sudah cukup untuk anak-anak saya.”
“Zurra, Mizi tu
baru je baik dari sakit. Awak nak bagi dia makan apa? Biskut kering?” soal Riyadh
tidak berpuas hati dengan jawapan yang Fazzura berikan. Apatah lagi bila
melihat rengekkan dari Fazmizie.
“Jangan awak nak hukum diaorang pula.
Anak-anak awak tak bersalah.” sambungnya lagi.
Betapa jelas di
matanya kini begitu mengambil berat
terhadap anak-anaknya. Katalah apa sahaja. Tapi yang pasti seboleh-bolehnya dia
tidak mahu terlalu menyusahkan lelaki itu. Tidak mahu menyusahkan sesiapa. Itu
sahaja.
“Zurra, cepatlah
bagi tau saya. Susu dan pampers dari jenama apa yang Mizi dan Aqilah guna?”
soal Riyadh sambil menoleh ke belakang
memandang Fazzura. Kepala Fazmizie
diusap perlahan.
“Kenapa ni sayang?
Merengek je? Sakit ke?Come to uncle…”
Riyadh menyuakan tangannya untuk
mengambil Fazmizie. Pantas sahaja tubuh itu bertukar tangan. Elusan demi elusan
membuatkan anak kecil itu berhenti merengek akhirnya. Seperti dapat merasakan
tangan si gagah perkasa itu adalah bapanya. Bahkan dapat merasa elusan kasih
yang tersisip buatnya. Bertubi-tubi ciuman jatuh ke seluruh muka Fazmizie.
“Jom, ikut uncle beli barang. Ibu tunggu sini ya…”
ujar Riyadh sebelum membuka pintu kereta.
“ Er...susu
dumex dugro 1-3 tahun.”
“Lampin?”
“Drypers saiz S
dan M.”
“Okey, awak
tunggu sini. Jangan keluar ke mana-mana.” pesan Riyadh sekali lagi. Di bawanya
Fazmizie bersama. Sungguh terharu Fazzura di buatnya. Terbayang-bayang di minda
apa yang pernah Aqil lakukan dahulu. Semuanya indah. Langsung tiada cacat cela.
Kasih sayang yang menjadi pengikat kebahagiaan mereka selama ini akhirnya
musnah angkara nafsu dan harta duniawi semata-mata. Kini dia sendiri menanggung
sengsara bersama dua orang cahaya mata.
Sebatang kara
Aqil menghalaunya keluar senja tadi. Sungguh dia terasa begitu hina. Begitu
kejam Aqil tanpa memikirkan sedikitpun tentang anak-anaknya. Mujur ada Riyadh.
Lelaki itu penyelamatnya. Penyelamat segala-galanya.
Aku tidak
mengharapkan semua ini akan berakhir begini. Sungguh! Aku begitu merasa
kesakitannya. Bentaknya hatinya pula tiba-tiba. Lagi sekali air mata merembes
laju di pipinya. Tak mudah untuk di terima semua ini dengan rela hati.
JAM sudah
menunjukkan ke angka 11 malam sewaktu mereka sampai kondominium itu. Riyadh
segera meminta izin daripada Fazzura untuk membersihkan Fazmizie dan Aqilah.
Fazzura tidak membantah. Malah mengangguk pun tidak. Riyadh faham keadaan Fazzura waktu ini yang
masih lagi larut dalam emosinya. Sesiapa pun akan jadi sepertinya. Sudahlah tak
punya apa-apa. Diceraikan dan dihalau sehelai sepinggang. Kalaulah dia yang
berada di tempat Fazzura pun tentu dah naik gila agaknya.
Selesai
memandikan mereka berdua dia segera mengambil barang-barang yang dibelinya
tadi. Satu persatu barang-barang yang dibelinya tadi dikeluarkan. Dari botol
susu Fazmizie dan Aqilah sehinggalah kepada lampin pakai buang dia orang di
keluarkannya. Pandangannya jatuh pula ke tubuh Fazzura yang masih lagi duduk di
sofa merah itu.
“Zurra,
bersihlah diri awak. Dah lewat sangat ni.” ujarnya sambil tangan terkial-kial
membuka tudung susu yang dibelinya tadi.
“ Riyadh tak
perlulah awak nak susah-susah. Saya boleh bancuhkan susu dia orang. Awak
pulanglah…” balas Fazzura tanpa sedikit pun menoleh ke arahnya.
“Okey, saya
pakaikan dia orang pampers. Saya
tunggu awak hantar susu kat dia orang. 10 minit je masa saya bagi pada awak.
Air saya dah panaskan.” Balas Riyadh sambil mengusung lampin pakai buang dari
jenama Drypers itu.
“Awak jangan
lambat. Saya nak tidurkan dia orang.” Kali ini nada suaranya ditinggikan. Berharap
agar Fazzura faham yang dia sendiri pun mahu segera cepat pulang ke rumah.
Sudah sehari suntuk dia berada di luar. Panggilan dari Annis pun tak sempat nak
dijawabnya. Ah! Lantaklah pasal Annis tu. Ajak kahwin tak nak! Guman hatinya
pula. Masih marah dengan kejadian yang berlaku semalam.
Segera
dipakaikan Aqilah dan Mizi lampin. Baju yang dibelinya tadi turut disarungkan
ke tubuh mereka. Aci rembat je tadi tu sebab nak cepat. Nasiblah muat. Tidak
lama kemudian Fazzura sampai membawa dua botol susu. Riyadh tarik senyum lebar.
“Awak lewat satu
minit.”
“Saya
menyusahkan awak, .”
“Taklah.”
balasnya selamba sambil menyusukan Fazmizie dan Aqilah. Seronok melihat bebola
mata si kecil itu kembali bersinar-sinar. Ditepuknya perlahan-lahan agar mereka
berdua lebih selesa. Mereka berdua seoalah-olah faham penderitaan yang ditanggung
si ibu. Walaupun adakalanya mereka meragam namun senang untuk dipujuk.
Fazzura hanya
menjadi pemerhati. Terbayang-bayang di mindanya wajah Aqil yang yang sedang
tersenyum ke arahnya sambil menyusukan anak-anak mereka. Tanpa sedar titisan
air mata merembes lagi di pipi. Semua yang berlaku umpama mimpi dalam mimpi.
Dia tidak pasti
apa yang harus dia lakukan sekarang. Pulang ke kampung? Atau terus di sini
tanpa ada sesiapa. Apa yang dia ada sebagai bekalan untuk menempuh hari esok.
Dia hanya ada dua orang zuriat yang perlu dipelihara sebaiknya. Yang perlu
diberi makan dan pakai.
“Zurra, awak
mesti tabah. Jadikan apa yang berlaku ni pengajaran kepada awak. Saya boleh
bantu awak dan anak-anak awak. Sungguh, sedikitpun saya tak mengharapkan
apa-apa balasan dari awak. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin
dengan penceraian ini awak akan belajar sesuatu yang baru. Bukankah setiap
takdir Tuhan adalah yang terindah.”
Dia sendiri pun
kadang-kadang rasa tak layak nak bagi nasihat begitu. Tapi, dia jenis yang tak
boleh nak tengok air mata perempuan ni menitis. Terus hati jadi lebur. Tengok
budak-budak dua orang tadi menangis pun dia dah mula rasa gelisah. Ini belum
lagi anak sendiri.
Sebaik Aqilah
dan Fazmizie tidur dia segera meminta diri untuk pulang. Tidak mahu
berlama-lama di sini. Sungguh! sangat tidak manis.
“Terima kasih.”
ucap Fazzura sewaktu mula melangkah kaki
di muka pintu. Suaranya mendatar dan sedikit bergetar.
Riyadh hanya menggangguk dan mengangkat isyarat
tangan sebelum berlalu.
No comments:
Post a Comment