DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 6 March 2016

ELUSAN KASIH - BAB 6



 KETIKA subuh sedang meninggalkan alam.  Riyadh  melangkah keluar dari pintu rumah. Niatnya cuma satu mahu menuju ke kondominum miliknya. Semalaman tidurnya di ganggu dengan bayangan Aqilah dan Fazmizie. Dia benar-benar risaukan mereka. Apatah lagi, bila memikirkan sarapan apa yang ada untuk mereka jamah. Bukannya dia tidak yakin dengan Fazzura. Tetapi di dalam keadaan Fazzura yang masih bersedih dia benar-benar risau akan Fazmizie dan Aqilah. Terus lepas subuh tadi dia bersiap-siap keluar. Langsung tak di beritahu ke mana kaki ingin melangkah kepada ummi  dan walid.
Warung di tepi jalan menjadi perhentiannya. Beberapa bungkus nasik lemak dan sedikit kuih muih menjadi pilihannya.
Hampir 30 minit perjalanan dia sampai di Kondominium Central yang terletak di Titiwangsa. Langkah kaki diatur menuju ke pintu rumah. Loceng ditekan berkali-kali. Sengaja ingin mengejutkan penghuninya yang mungkin masih diulit mimpi. Buat seketika dia tersenyum sendiri. Entah kenapa dia sanggup berkorban hari cutinya hanya kerana orang luar yang langsung tiada kaitan di dalam hidupnya.
“Assalammualaikum...” ujar  sebaik sahaja pintu dibuka.
“Err…Waalaikumusalam.” jawab Fazzura. Tidak menyangka dengan kedatangan Riyadh  pagi-pagi buta begini.
“Dah bangun?”soalnya terus masuk tanpa di pelawa. Mentang-mentanglah rumah sendiri. Suka hati dialah kan?
“Aqilah dan Fazmizie?” Fazzura menyoal kembali.
“Yup? Putra dan Putri saya dah bangun?” soalnya selamba sahaja sambil berjalan menuju ke meja makan. Nasik lemak dan kuih muih yang dibelinya tadi diletakkan di atas meja.
“Awak bancuh air kejap. Jag ada dalam almari tu. Saya nak tengok dia orang.” Fazzura menarik nafas sedalam-dalamnya. Kenapa kau perlu buat semua ini. Kau menyusahkan diri kau sendiri. Putra dan Putri? Sejak bila pula anak-anak aku jadi Putra dan Putri kau?Fazzura geleng kepala yang berdenyut. Inilah akibat terlalu banyak mengalirkan air mata. Semalam dia langsung tidak boleh memejamkan mata.
“Err…kalau awak tak boleh bancuh tak pe. Kejap lagi saya boleh buat. Lagipun saya tengok luka di dahi awak tu masih bengkak lagi.” Dia kembali menoleh ke arah Fazzura. Terlupa akan luka yang di alami wanita itu semalam.
“Oh!tak pe, dahi saya aje yang sakit. Tangan saya okey lagi.” jawab Fazzura semula. Sakit di dahi tak boleh nak di jadikan alasan. Sakit di dahi ini jugak tak sama macam sakit kat hati. Ya Allah…terdayakah aku mengharungi semua ini sendiri.
“Oh!okey.” jawab Riyadh dan terus berlalu.
Fazzura terus membuka pintu cabinet di dapur itu. Mencari jag yang di maksudkan oleh Riyadh. Jumpa sahaja terus di ambil tea uncang yang terdapat di dalam deretan balang kaca di rak itu. Semuanya lengkap. Banyak jugak barang-barang yang ada dalam rumah ini. Kalau  tak datang bawa sarapan pun tak apa. Anak-anaknya dapat susu pun dah cukup.
Selesai sahaja menyiapkan air yang diminta oleh tuan rumah. Fazzura terus bergerak menuju ke bilik yang menempatkan anak-anaknya. Telinganya menangkap bunyi riuh rendah suara Aqilah dan  yang bergurau senda. Ada ketikanya di selangi dengan rengekan manja Fazmizie. Hatinya kian terasa duka. Kenapa mesti Riyadh? Kenapa tidak Aqil. Sesungguhnya dia merindukan gelak tawa mereka bersama dahulu.
“ Ibu!”jerit Fazzura apabila terpandangkan tubuhnya yang berdiri di muka pintu.
“Papa mana bu?”tanya Aqilah.
Fazzura ketap bibir. Dia menatap wajah mulus Aqilah. Dia tahu si kecil itu merindui bapanya. Aqilah terlalu rapat dengan Aqil. Cuma sejak Aqil di naikkan pangkat masa untuk mereka bersama sudah tiada. Bila Aqilah tidur, Aqil pula baru pulang. Begitulah sebaliknya.
Riyadh cepat-cepat bangun dari katil dan mengangkat Fazmizie yang sudah mula merengek-rengek bila terlihat ibunya. Si kecil yang masih tidak mengerti apa-apa yang terjadi.
“Jom, Aqilah...mandi jom. Uncle mandikan nak? Nanti kita sarapan sama-sama.” panggil  Riyadh cuba mengalihkan tumpuan Aqilah. Fazmizie didukungan segera diberikan kepada Fazzura.
“Air dah siap?”soalnya pula.
Fazzura mengangguk.
“Mata awak bengkak?Awak banyak menangis? Istighfar…cuba tenangkan hati yang kewalahan tu. Saya faham apa yang terjadi ni berat untuk awak.” Dalam situasi begini Riyadh  faham yang Fazzura tidak ada sesiapa untuk dia meluahkan apa yang terpendam. Fazzura sendiri pernah kata yang dia tak ada sesiapa pun di sini. Jadi, dia sekadar tolong apa yang dia mampu sahaja.
“Awak, saya nak balik…” luahnya tiba-tiba. Riyadh mengerutkan kening.
“Nak balik?”
Fazzura angguk lagi.
“Nak balik ke mana? Ke rumah semalam? Awak nak buat apa lagi?Nak bagi dia pukul awak lagi? Atau awak nak dia pukul anak-anak awak?”  soal Riyadh pula. Tidak seharusnya Fazzura keluar rumah dalam keadaannya yang begitu. Benar dia tiada hak untuk melarang tapi sekurang-kurangnya dia nak Fazzura tahu. Kembali semula ke sana hanya menambah beban yang sedia ada. Biarlah keadaan redha dahulu.
“Bu…bukan. Saya nak ambil barang-barang penting. Urusan penceraian ini harus didaftarkan.” jawab Fazzura dalam nada getar.  Hatinya semakin hancur saat menuturkan perkataan cerai itu. Bukan itu yang dia harapkan. Bukan begini pengakhiran yang dia mahukan. Kasih dan cintanya masih masih menebal untuk Aqil walaupun lelaki itu terlalu tegar menceraikannya.
“Kalau awak nekad, awak harus kuat. Sebab semalam dia halau awak sehelai sepinggang.” pesan Riyadh. Riak wajahnya tenang dan bersahaja.
Fazzura angguk. Kuatkah dia untuk menghadapi semua ini? Hatinya bertanya sendiri.
“Cepat jom uncle mandikan.” ujarnya lagi kepada Aqilah.
Fazzura hanya memerhati. Tidak mahu mencelah. Macam-macam yang dia fikirkan. Apa orang sekeliling akan kata padanya. Perempuan jalang? Perempuan tak ada maruah. Baru di ceraikan sudah ada lelaki lain di sisi. Hakikatnya mereka tak tahu. Dia tidak mengundang sedikit pun kehadiran lelaki ini ke dalam kehidupannya.  Lelaki ini hadir menjadi saksi dia diceraikan. Malu, sakit, marah entah apa-apa lagi perasaan di hatinya ini.

 “MANA you pergi? I call you tak jawab? I call ibu you, dia orang cakap awal-awal subuh lagi you dah keluar?You jangan nak buat hal sayang?” tutur Annis sebaik sahaja panggilan telefonnya bersambut. Sudah masuk dua hari berturut-turut dia menghubungi Riyadh. Selepas kejadian di restoran malam itu Riyadh langsung tak mahu jawab panggilannya.
“I sibuk...” balas Riyadh lambat.
“Sibuk?”
“Ya sibuk. Nak uruskan persiapan perkahwinan I.” balas Riyadh selamba. Terbit satu senyuman nakal di bibirnya.
Bulat mata Annis mendengar kata-kata yang keluar dari Riyadh.
“You ni kenapa? dah gila!” soalnya tak berpuas hati di hujung talian.
“You yang cabar  supaya kahwin dengan perempuan lain.”
Annis terasa bengang. “Jadi you nak buat macam yang I cakap?”
“I dah pesan pada you, jangan cabar I. You pun tau yang I ni pantang dicabar kan. Apatah lagi kalau you yang cabar I.”
“Yadh!”
“Lagi cepat I kahwin, cepatlah ada anak. Kalau tunggu you? Ermm… sampai ke tua pun belum tentu. Agaknya you fikir umur you still ditakuk tu je kut. You terlupa ke atau you buat-buat tak tahu yang boyfriend you ni market dia lagi tinggi dari you. I kalau nak berlambak. Petik jari sikit je I boleh dapat. Tapi, you sendiri fikirlah kenapa I masih stay dengan you.” balas Riyadh lagi. Melepaskan rasa geram yang terbuku. Matanya mengerling ke arah Fazmizie dan Aqilah yang sedang tidur di sisinya. Kesian dia orang, pagi-pagi dah kena ganggu dengan dia tadi. Sebaik sahaja Fazzura keluar dia pun terus landing sama-sama dengan dia orang depan Televisyen ni.
“You ni tak habis-habis asyik cakap soal anak, anak, anak. Jadi you serius dengan apa yang I cabar tu. Sampai hati you kan.” Suara Annis mulai berubah.
“Seriuslah! Habis dah memang I nak anak. I ajak you kahwin you tak nak. Banyak alasan you bagi.”
“Sampai hati you…” suara Annis mulai serak. Hah! Baru dia gurau sikit je tu. Kalau dia buat betul-betul. Ermm…perempuan dengan air mata. Kadang-kadang sampai tak tahu yang air mata tu palsu ke atau memang dari hati.
“Dah la sayang!I gurau je. Yang you nak menangis macam tu kenapa? You jugak yang cabar I.”
“I tetap tak bersedia nak kahwin. You jangan cakap lagi dengan I pasal kahwin. You kena faham kerjaya I sebagai model.” balas Annis dengan suara yang serak. Dia belum bersedia untuk berkahwin untuk ada anak jauh sekali.
“Suka hati youlah!”
“Okeylah I nak ke Singapura. Ada urusan di sana. Maybe dalam seminggu dua lagi baru I balik.”ujar Annis semula. Riak wajahnya kembali bertukar ceria. Terbayang keseronakan yang bakal di alaminya ketika berada di Singapura nanti.
“Ermm... ” Riyadh sekadar berdehem. Malas lagi nak ambil kisah. Selagi mana dia mampu untuk menunggu Annis. Dia akan tunggu. Cinta punya pasal. Kadang-kadang fikir bercinta ni mengarut. Bila umur makin meningkat baru rasa semua tu.
“You tak nak pesan apa-apa pada I, sayang?” soal Annis lagi tak berpuas hati dengan cara Riyadh. Sejak kejadian malam itu Riyadh seolah-olah dah berubah. Langsung tak ambil berat soalnya lagi. Dia sayangkan Riyadh. Tapi untuk berkahwin itu sahaja yang dia belum bersedia.
“You jaga diri baik-baik. I tak nak you buat bukan-bukan belakang I. Take Care.” balas Riyadh talian diputuskan. Bukannya dia tak tahu macam mana life Annis. Kalau yang pandai jaga diri pandailah. Kalau yang jenis iman ‘caca marba’ mahu gigit jari ajelah dia. Entahlah, kenapa Annis juga yang dia pilih. Mungkin sebab selama ini Annis tak pernah lagi buat bukan-bukan di belakangnya.  Kalau bab seksi itu, memang tak boleh nak tegur. Bila di tegur aje Annis akan jawab ‘I buat semua tu sebab kerja.’ Penting sangatkah kerja dia tu sampai ajak kahwin pun tak nak. Huh!

FAZZURA sampai di hadapan rumahnya tepat jam 11.30 pagi. Teksi yang membawanya terus beredar sebaik sahaja wang tambang diberikan. Dia berdiri di hadapan pintu pagar yang sedikit terbuka. Pandangannya jatuh kepada kereta Toyota Camry milik Aqil yang berada di garaj. Maknanya Aqil ada di rumah. Apapun yang terjadi aku harus masuk. Bisik hatinya pula.
Dia menapak perlahan menuju ke pintu utama. Semalam sewaktu Aqil menghalaunya dia sempat mengambil kunci rumah yang terletak berhampiran telefon bimbitnya. Terus pintu dibuka. Kosong dan sunyi. Itulah yang dia rasakan saat ini. Hatinya terasa hiba. Apatah lagi debaran di dada seperti mengundang firasat yang tidak baik. Apalagi perkara buruk yang bakal dia lalui. Terpandang di dinding bingkai gambar mereka sekeluarga yang tergantung sewaktu dia meniti anak tangga. Hatinya semakin merintih hiba. Bagaimana harus aku lalui kehidupan ini tanpa kau di sisi? Bisik hati kecilnya lagi.
Pintu bilik utama terus ditolak.  Dia tidak pasti Aqil ada di dalam ataupun tidak. Niatnya kembali semula ke rumah ini hanya untuk mengambil barang-barang peribadi miliknya. Namun matanya terus dihidangkan dengan sesuatu yang dia tak pernah sangka dan jangka akan dilihat pada pandangan matanya ini.
“Aqil!” Fazzura menjerit kuat.
Aqil tersentak. Buntang matanya memandang Fazzura. Wanita yang berada di dalam pelukan Aqil juga turut memandangnya tanpa sedikitpun rasa bersalah.
“Aku tak sangka kau seteruk ni, Aqil!!!” jerit Fazzura seperti orang hilang akal. Tangisannya merembes laju. Terlalu tegar Aqil membuatnya begini. Sedangkan dia bersusah payah untuk mencari kehidupan baru tetapi Aqil sedang bergembira melakukan maksiat. Hatinya sakit. Terlalu sakit dengan perbuatan Aqil yang benar-benar tak bermoral. Apatah lagi wanita itu adalah wanita yang sama menyebabkan pergaduhan mereka meletus kelmarin.
“Hey!pompuan. Kau jangan nak buat hal di sini! Kau ingat kau bagus? Sedar diri kau dulu. Jangan nak tunjuk baik di sini. Entah apa yang kau buat dengan jantan tu pun aku tak tahu!” balas Aqil kasar dari atas katil dengan jari telujuknya dihalakan kepada Fazzura.
“Aku pun tak ingin nak buat hal. Aku datang cuma nak ambil barang-barang aku. Berbahagialah kau!”ujar Fazzura. Semangat kembali memuncak. Dia segera mengesat air matanya dengan tapak tangan.  Dia tidak mahu dilihat lemah di hadapan lelaki yang langsung tidak tahu menghargai. Dia terus bergerak menuju ke almari. Beg besar yang terdapat di dalam almari itu diambil. Barang-barangnya yang penting segera dimasukkan ke dalam beg besar itu. Tergamak Aqil buatnya begini. Tergamak!
“Baguslah tu. Aku pun tak ingin barang-barang kau ada dalam rumah aku. Isteri curang macam kau memang tak layak pun aku nak simpan lama-lama!”
Aqil semakin biadap. Menuduhnya curang. Sedangkan siapa yang curang. Dia tak pernah buat apa-apa. Sehabis baik dia telah lakukan untuk melihat kebahagiaan rumahtangga mereka.
Setelah beberapa detik dia berjalan menuju ke muka pintu. Pintu bilik dihempas kuat. Tidak sanggup menyaksikan insan yang pernah berjanji untuk sehidup semati bersama seorang wanita lain di sisi. Di dalam pelukan hanya dilindungi sehelai selimut milik mereka. Apa yang pasti keadaan mereka tanpa seurat benang langsung. Sungguh! Hatinya semakin rabak.

SUARA tangisan yang masih kedengaran dari dalam bilik air membuatkan Riyadh mengeluh kasar. Sejak dari pulang tadi Fazzura mengurung diri di dalam bilik air. Puas dipujuk tapi dia pula di marahinya. Sudahnya dia terpaksa biarkan Fazzura menangis sepuas-puasnya. Tapi sekarang dia terpaksa memujuk lagi.Sudah hampir satu jam Fazzura berkurung di dalam bilik air. Fazmizie pula dah mula merengek-rengek. Aqilah pula sibuk-sibuk tanya pasal ibunya. Habis tak ke serabut di buatnya dia.
“Zurra, sudahlah menangis tu.” ujar Riyadh sambil mengetuk perlahan pintu bilik air. Suaranya kedengaran tegas. Ya, kalau terpaksa dia harus bertegas.
Tiada perubahan. Riyadh mengeluh hampa.
“Zurra, awak ingat yang awak ada anak. Sampai bila awak nak menangis macam tu. Semalam saya tengok awak kuat. Hari ni, awak dah kembali lemah. Kesiankan anak-anak awak.” Pujuk Riyadh lagi.
“Awak boleh balik. Tinggalkan saya! Tinggalkan anak-anak saya!” jerit Fazzura lantang dari dari dalam bilik air.
“Apa yang bekas suami awak tu dah buat pada awak sampai awak jadi macam ni?” Riyadh masih tak berpuas hati. Bukan dia nak sibuk. Tapi dia cuma fikirkan Fazmizie dan Aqilah. Itu sahaja.
“Awak takkan faham apa-apa!” kedengaran jeritan Fazzura sekali lagi dalam bilik air. Begitu lantang sekali. Semalam tak adalah teruk begini keadaan dia. Hari ni dah jadi semakin parah pulak. Gumam Riyadh sambil meraup mukanya.
“Saya tak faham atau awak yang tak mahu beritahu?” tanya Riyadh sekali lagi.
 “Kalau awak tak nak pergi biar saya yang pergi. Saya akan bawa anak-anak dan tak akan menyusahkan awak lagi.” balas Fazzura dengan suara yang serak.
“Zurra, saya akan pergi kalau awak keluar dari bilik air tu. Kalau awak tak nak saya ada di sini. Kalau awak rasa saya menyusahkan awak. Saya mintak maaf Zurra. Saya tak ada niat nak campur tangan atau nak sibuk-sbuk dalam masalah awak. Saya cuma tak nak awak abaikan anak-anak awak.” Luah Riyadh dalam nada yang cukup tenang. Tapi jiwanya bergolak resah. Siapa dia untuk sibuk-sibuk sama. Ya, dia bukan siapa-siapa. Kalau Fazzura nak gelarnya penyibuk sekalipun dia terima. Asalkan Fazzura keluar dari bilik air tu.
Pandangan jatuh ke wajah Aqilah dan Fazmizie. Simpatinya semakin menebal.
“Saya akan pergi dari sini kalau awak keluar.” pujuk Riyadh lagi. Menanti dengan penuh sabar.
“Pergi! Saya mampu jaga anak-anak saya. Awak tak perlu nak sibuk sama!” jerit Fazzura seperti orang hilang akal dari dalam bilik air. Entah berapa banyak air mata yang mengalir. Hatinya terlalu sakit. Riyadh tak akan faham. Sesiapapun tak akan faham apa yang dia rasa saat ini. Kekecewaan yang bertambah-tambah semenjak kejadian pagi tadi.
“Zurra, saya akan pergi. Tapi awak tolonglah keluar. Kasihankan anak-anak awak.” Rayu Riyadh sekali lagi. “Please Zurra, awak menangis macam orang hilang akal sekalipun tak akan selesaikan apa-apa masalah.” Entah apa yang berlaku sehingga Fazzura jadi begini.
Tidak lama kemudian tombol bilik air dipulas. Terpacul wajah Fazzura dengan air mata yang masih merembes laju di pipi. Teresak-esak keluar tanpa sedikit pun memandangnya yang sedang berdiri di sisi pintu itu. Ya Allah, sesungguhnya dia tidak sanggup melihat tangisan wanita ini. Sejak dari dulu dia tak boleh tengok perempuan menangis.
Fazzura terus bergerak menuju ke arah anak-anaknya. Sedikitpun dia tidak menghiraukan Riyadh yang berdiri di sisi pintu bilik air itu. Bukan niatnya untuk melepaskan kemarahan jauh sekali menghalau Riyadh pergi. Lelaki ini yang banyak menolongnya. Yang banyak membantunya. Menjadi penyelamat mereka anak-beranak. Tetapi dia tak mahu dengan kehadiran lelaki ini keadaan akan menjadi semakin rumit.
“Zurra, saya mintak maaf kerana menyusahkan awak. Mungkin betul yang saya sebenarnya tak patut ada di sini. Awak boleh duduk di rumah ini selama mana yang awak mahu. Saya pergi dulu.” ujar Riyadh sambil mengambil kunci kereta miliknya yang terletak di atas meja makan itu.
“Awak, tolong jaga mereka baik-baik. Jaga diri awak juga.” pesannya lagi. Kakinya terus diatur laju menuju ke muka pintu. Tanpa memandangkan sedikitpun ke arah Fazzura anak beranak. Sedikitpun dia tidak menoleh kepada Fazmizie yang merengek dan Aqilah yang memanggilnya. Jika dia memandang mereka sudah pasti dia tidak sanggup untuk pergi. Sudah pasti dia tidak mampu membiarkan mereka dalam keadaan begini. Kasihnya terhadap Aqilah dan Fazmizie sudah mula bertunas. Tunas itu semakin lama semakin membesar di dalam jiwanya. Hatinya  merintih hiba bila panggilan Aqilah yang terpaksa di hiraukannya.  Tapi, dia harus pergi. Dia tak sepatutnya terheret sama di dalam permasalahan Fazzura. Tak sepatutnya!
Ya Allah, kenapa semua ini yang aku rasa?












No comments:

Post a Comment